DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES โ™ก
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES โ™ก

DSPC : 52

22.7K 1.2K 12
By aunisabiha

Pintu pagar besar yang tersergam indah di hadapan mereka membuatkan bas persiaran yang dinaiki oleh kesemua pelajar itu berhenti. Sepertinya mereka semua sudah tiba ke tempat yang ingin dituju sedari tadi. Bulan yang mengambang penuh pada malam itu, menyuluh suasana hutan hingga menjadi terang benderang.

Anak mata pelajar SMK Putera Mirzan Syah itu sudah melilau ke kiri dan ke kanan bagi memerhatikan keadaan sekeliling. Nama pun tempat perkhemahan, sudah pasti ada rimbunan pepohon yang menghijau. Dedaun pokok yang menghijau, rumput dan semak samun yang bewarna hijau, semuanya hijau cuma mak kau hijau sahaja yang tiada di sini sekarang ini.

Ilya Nasuha bingkas bangun dari duduknya dan diikuti oleh Isyraf Nazran. Segala sampah sarap sisa daripada makanan ringan yang mereka makan, yang berada di tempat duduk mereka itu dikutipnya. Akan dibuang sebentar lagi di tong sampah yang terdapat di tempat pemandu.

Beg kepunyaan Ilya Nasuha yang berada di bahagian atas tempat penyimpanan beg dicapainya lalu diberikan pada tuan empunya. Ilya Nasuha hanya tayang sengih saat dirinya dibantu oleh remaja lelaki itu. Beg kepunyaannya yang diserahkan oleh Isyraf Nazran sebentar tadi pantas dia sambut lalu disangkut pada bahu.

"Terima kasih Isy."

"Sama-sama."

Aina Manirah yang ketika itu sedang berada di belakang Isyraf Nazran sudah membuat muka toya. Sudahlah mereka sedang berpusu-pusu ingin keluar segera dari perut bas, ada pula drama sebabak cinta cintun cita citata di dalam bas tengah-tengah malam ini. Al-maklumlah, kedua mereka itu sedang angau di antara satu sama lain, mana tidaknya.

Zariff Isaac pula sudah tersenyum penuh makna membelakangi teman wanitanya itu. Makna apalah itu sampai senyumannya itu sudah sampai ke telinga. Barangkali senyuman gembira kerana kata-katanya sebagai romeo juliet selama ini akhirnya berjaya membuka pintu hati lelaki beku itu untuk meluahkan rasa cinta.

"Jap lagi dah jadi satu ikatan lah tu." Zariff Isaac berbisik ke telinga Aina Manirah perlahan.

Aina Manirah hanya mengangguk mengiyakan kata-kata teman lelakinya itu. Segera dia berjalan keluar dari tempat duduknya dan diikuti oleh Zariff Isacc dari belakang.

"Moga sampai jinjang pelamin."

"Habis kita?"

Zariff Isaac terus tarik muka masam. Dia juga ingin sampai ke jinjang pelamin bersama gadis pilihan hatinya itu. Mengapa Aina Manirah ingin sangat berahsia akan perhubungan mereka? Dia sahaja sudah tidak sabar untuk berteriak pada satu dunia bahwa mereka berdua sedang hangat bercinta. Hatinya dicuit dengan rasa tidak puas kerana gadis itu lebih memilih untuk merahsiakan.

"Moga kita ke anak cucu cicit piut miut segala."

Zariff Isaac terus tersenyum gembira tatkala mendengarkan kata-kata dari teman wanitanya itu. Aina Manirah pula hanya tayang senyum menyampah. Manja si buaya darat itu sungguh tak bertempat. Elok disiku berjemaah sahaja.

Kesemua 100 pelajar dari SMK Putera Mirzan Syah itu mula berkumpul beramai-ramai di hadapan muka pintu pagar. Guru pengiring juga turut serta bagi mengira jumlah pelajarnya. Beg kepunyaan mereka turut dijinjit bersama di pegangan tangan mereka. Bas persiaran yang dinaiki mereka semua sebentar tadi sudah jauh meninggalkan mereka di tapak perkemahan itu.

Tapak Perkhemahan Sungai Pauh , Cameron Highlands .

"Dengar sini semua!"

Kata-kata dari Puan Aminah itu terus mengalihkan pandang pelajarnya untuk memandang dirinya. Ada apa yang hendak dibicarakan oleh guru wanita itu? Sepertinya perkara itu merupakan perkara yang penting sahaja sehingga guru wanita itu berteriak dengan begitu kuat sekali.

"Tapak khemah sudah disediakan jadi kamu semua hanya perlu pasang khemah yang cikgu berikan sebelum kita naik bas tadi."

"Kamu tidur di dalam khemah mengikut nama-nama yang sudah cikgu list down. Jangan nak ikut suka hati hempedu ginjal kamu nak tidur di khemah orang lain. Faham?"

Kesemua para pelajar itu sudah mengangguk faham akan kata-kata dari guru mereka. Khemah yang berada di pegangan, makin dieratkan. Mereka sudah tidak sabar untuk memasangnya dan segera beradu bagi melepaskan lelah.

"Hari dah larut malam ni, jadi cepat kamu pasang, cepatlah jugak kamu semua tidur."

"Satu lagi, kamu semua nampak kan khemah yang berpenghuni tu, esok mereka semua merupakan kawan baru kamu. Kem ni bukan hanya sekolah kita sahaja, sekolah lain juga turut serta."

"Jaga tingkah laku kamu semua. Jaga nama baik sekolah kita. Jika saya dengar apa-apa masalah yang dilakukan oleh kamu semua, siap lah kamu saya kerjakan."

"Okay, ada apa-apa nak tanya? Kalau tiada apa-apa boleh mulakan sekarang."

Terang Puan Aminah panjang lebar. Kata-katanya itu sebentar tadi turut sama memberikan amaran kepada para pelajarnya. Dia tidak mahu pelajar dari sekolahnya itu membuat masalah hingga boleh memburukkan nama sekolah SMK Putera Mirzan Shah.

Kesemua pelajar yang mendengarkan kata-kata dari Cikgu Aminah itu hanya menganggukan kepalanya tanda mengerti akan arahan daripada mem besor itu. Mereka juga malas hendak beradu mulut dan bertanya itu dan ini kerana ada tugas yang menanti mereka selepas ini. Setelah itu, kesemua pelajar yang meyertai kem itu mula membawa haluan masing-masing.

Misi mendirikan khemah pun bermula. Ayuhlah kita mendirikan khemah dengan segera, jika tidak alamatnya tidur lewat lah semua.

"Weh Suha, kau pergi amik khemah kita kat Isy jap. Kalau tak, mampus kita mati kejung malam ni. Sejuk siot!"

Aina Manirah sudah menggosokkan telapak tangannya bagi memperolehi sedikit haba. Kedinginan embun pada malam itu makin menambahkan suasana yang sedia ada dingin.

"Bukan ke tadi khemah tu Irah yang pegang? Macam mana pulak khemah tu boleh ada kat Isy sekarang ni?" Tanyanya hairan.

Rakannya yang sedang berpeluk tubuh itu dikerlingnya sekilas. Bukankah tadi gadis itu yang beria sangat untuk memegang khemah mereka? Bagaimana khemah itu boleh ada pada Isyraf Nazran pula sekarang ini? Pelik bin ajaib sungguh!

"Banyak tanya pulak kau ni! Cepatlah, kau tak nampak ke yang lain dah siap pasang tu."

Jari telunjuknya segera menunding ke arah empat orang pelajar lelaki yang sudah bersiap untuk masuk ke dalam khemah mereka. Khemah yang sudah terpasang itu makin membuatkan Aina Manirah berasa cemburu akannya. Mereka di sini sahaja yang masih terkial-kial ingin mengambil khemah yang berada pada Isyraf Nazran.

"Tanya sikit pun marah, sikit-sikit marah. Makan siku nanti tahulah ei."

Ilya Nasuha sudah merungut. Mengapa rakannya itu pantang sangat ditanya? Bila ditanya, pasti gadis itu akan memarahi dirinya. Sebaik mereka sudah berkawan lama, dia sudah masak dengan perangai Aina Manirah itu. Jika tidak pasti dirinya ini sedang makan hati berulam jantung dek sikap rakannya yang satu itu.

"Yalah, Suha cari Isy jap."

Ilya Nasuha pantas sahaja mengalah. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Aina Manirah yang ditemani rakannya yang lain iaitu Hawa Nazirah.

"Aduh, mana dia hilang ni?"

Ilya Nasuha sudah mula merungut. Anak matanya melilau mencari kelibat Isyraf Nazran, namun hampa. Di dalam kepekatan malam ini, dia sudah hampir ingin berputus asa. Sudah lebih 10 minit dia mencari remaja lelaki itu tetapi tidak juga berhasil. Risau juga dia akan dua lagi rakannya itu yang sedang menunggu.

Telefon bimbit yang berada di pegangannya telah lama mati. Salah dirinya juga kerana lupa untuk mengecas telefon bimbitnya menggunakan powerbank. Sedang dirinya berkira-kira ingin berlalu pergi, tiba-tiba pergerakannya itu mati. Sweater hitam yang disarungkan pada dirinya oleh seseorang dari arah belakang membuatkan dirinya seperti hilang langkah. Dia kaku. Namun, dengan laju dia terus berpusing bagi menghadap gerangan itu.

"Awak pergi mana? Penat saya cari awak tau Isy, dari tadi kot."

"Kesian kat Aina dengan Zirah tu, dahlah khemah tak pasang lagi. Buatnya dorang berdua kesejukan, macam mana?"

"See, awak tengoklah sendiri yang semua kawan-kawan dengan cikgu kita dah masuk alam mimpi. Saya je yang dok terkial-kial lagi cari awak tak jumpa-jumpa dari tadi."

"Kalau Aina dengan Zirah marahkan saya macam mana? Ini semua salah awak tau Isy, salah awak."

Bebelnya bagi melampiaskan rasa geramnya pada remaja lelaki itu. Biar remaja lelaki itu tahu akan keresahan dirinya sekarang ini. Bagaimana jika rakan-rakannya itu masih lagi menunggu dirinya beserta khemah mereka? Pasti rakan-rakannya itu akan memarahi dirinya bukan?

"Aku belum masuk alam mimpi. Aku ada kat sebelah kau sekarang ni."

Isyraf Nazran hanya menayang sengih pada gadis itu. Diselak hoodie yang menutupi wajah Ilya Nasuha namun dengan kasar, gadis itu menarik semula hoodie itu bagi menutupi wajahnya. Maghoh nampok cek mek molek ni.

"Kalau taknak tengok muka aku takpe tapi aku cuma nak kau tengok ni."

Isyraf Nazran tersenyum tatkala melihatkan gadis itu dengan perlahan-lahan membuka hoodie yang menutupi kepalanya.

"Cantiknya."

Ilya Nasuha terpesona melihatkan butir-butir bintang di dada langit yang luas terbentang. Kerlipan bintang di langit itu sungguh menenangkan dirinya tika ini. Keresahan dirinya sebentar tadi juga turut terbang tatkala dia merenung dada langit itu. Siapa sangka, ciptaan Allah ini amat sempurna dan menakjubkan mata. Sedang dia khayal merenung, tiba-tiba bahunya terasa memberat apabila remaja lelaki itu sudah elok melentok kepala di bahunya.

"Aku suka bintang, aku suka malam, aku suka kegelapan, tapi paling aku suka Ilya Nasuha."

'Saya pun sukakan awak.'

Namun kata-kata itu amat berat untuk dilafazkan di bibirnya. Hanya hatinya yang masih meronta-ronta untuk berbicara akannya. Dia masih ragu-ragu untuk menerima cinta dari remaja lelaki itu padanya. Remaja lelaki itu yang masih elok melentok di bahunya dikerlingnya buat seketika.

Setelah sekian lama mereka meluangkan masa bersama, akhirnya mereka berpisah untuk pulang ke khemah masing-masing. Entah mengapa, di saat dirinya itu meluangkan masa bersama Isyraf Nazran, dia seakan telah lupa akan nasib kedua rakannya itu. Adakah mereka baik-baik sahaja?

"Aina, Zirah bukalah zip ni. Suha takutlah kat luar ni. Gelap kot. Ainaaaaaa... Ziraaaaah... bukalah."

Ilya Nasuha sudah teresak di hadapan pintu khemah itu. Tidak silapnya, ini adalah tapak khemah dimana dia dan rakan-rakannya itu akan tidur pada malam ini. Tapi siapa yang memasangkan khemah mereka?

"Ainaaaaaa.... Ziraaaaah... Korang bukalah! Suha tak main-main tau sekarang ni. Sampai hati korang kan."

Lama-kelamaan suaranya itu sudah tidak kedengaran lagi akibat esakan yang melampau. Marah sangatkah rakan-rakannya itu sehingga mereka tidak sedikit pun mahu membuka khemah ini buat dirinya? Maaflah, dia terleka seketika tatkala meluangkan masa bersama cintanya sebentar tadi.

"Kak Ilya! Kenapa ni?" Hawa Nazirah sudah berlari mendapatkan Ilya Nasuha yang sedang menangis di luar khemah.

"Eh Zirah kat luar? Dahtu siapa dalam khemah ni?!" Ilya Nasuha terkejut apabila Hawa Nazirah yang disangkanya di dalam khemah ada di hadapan matanya.

"Kak Ilya, khemah kita yang hujung sana tu. Ni khemah Kak Risya lah. Baik kita cabut dulu sebab Zirah dengar ada bunyi zip terbuka dari dalam."

Hawa Nazirah tergelak kecil akan gelagat kakak seniornya itu. Mereka berdua cepat-cepat sahaja bersembunyi apabila terjegul wajah Risya Rinna yang masam mencuka di balik zip khemah yang dibukanya. Zip khemah itu segera dikatupkan kembali dengan diiringi carutan dari sang puaka.

"Zira, siapa pasang khemah kita?"

Ilya Nasuha pantas sahaja bertanya. Anak matanya leka merenung khemah yang sudah terpasang itu. Dia hairan buat seketika. Bukankah tadi Aina Manirah suruh dia mencari Isyraf Nazran bagi mendapatkan khemah mereka?

"Siapa lagi kalau bukan abang popular tu. Alah Zirah lupa lah pulak namanya."

Hawa Nazirah menepuk-nepuk kepalanya bagi mengingati nama senior lelaki yang telah membantu dia dan Kak Aina Manirah sebentar tadi. Masakan dia boleh terlupa akan nama itu? Dia lantas memetikkan jari tatkala nama itu kembali diingatinya.

"Errr isec erm icac haaa, abang Isacc dengan kawan dia tu yang tolong pasangkan khemah kita tapi kawan dia tu sombong sangat lah Kak Ilya."

"Tak silap Zirah kan, kawan si abang Isacc tu Isyraf namanya. Entahlah, Zirah pun tak berapa nak sure nama dia apa."

"Zirah kan senyum lah kat abang Isaac dengan dia untuk ucap terima kasih sebab dah tolong pasangkan khemah kita tapi dia boleh bantai jeling je kat Zirah ni, Kak Ilya."

"Sebaik lah hensem, kalau tak dah kena cungkil mata dia tu. Suka-suka hati dia je nak jeling menjeling kita ni."

Ilya Nasuha sudah tersenyum simpul. Dia senang akan perlakuan remaja lelaki itu terhadap gadis lain. Mood cintanya pada remaja lelaki itu serta-merta sahaja on. Mereka berdua segera berjalan beriringan menuju ke khemah mereka yang telah dipasangkan oleh rakan-rakan lelakinya itu sebentar tadi.

Sesampai sahaja mereka di dalam khemah, mereka berdua terus sahaja merebahkan badannya dan cuba untuk tidur. Aina Manirah yang berada di dalam khemah itu sepertinya sudah lama diulit sang mimpi. Kelelahan terus dilepaskan oleh mereka semua dengan dengkuran yang begitu asyik sekali.

Kembara cinta Ilya Nasuha buat kali kedua ? Moga dilimpahi kebahagiaan untuk kembara cintanya kali ini .

Continue Reading

You'll Also Like

My Fondness By nabh

Teen Fiction

406K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
226K 27.6K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
483K 24.3K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
2M 90.4K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...