DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 40

24.6K 1.2K 14
By aunisabiha

Gelanggang bola keranjang itu terus sahaja bertukar sunyi nan sepi. Masakan tidak, gelanggang ini sedikit terperosok daripada pandangan dan betul-betul terletak di hujung bangunan sekolah. Namun begitu, suasana sepi di gelanggang itu seperti membawa satu maksud bahawa sebentar lagi akan berlaku suatu peristiwa yang cukup ngeri di antara pelajar-pelajar ini. Dinanti dan juga menanti, itulah yang pasti ketika detik ini.

Isyraf Nazran mengetap bibirnya dengan kuat. Sekali lagi luka di celahan bibirnya itu kembali terbuka. Darahnya itu sudah mula mengalir menuruni bibirnya dan terus menitik ke atas lantai. Anak matanya masih mencerlung memandang Luqman Afif yang berdiri membelakangkan jiwanya itu.

"Isy, bibir awak berdarah?!"

Kata-kata Ilya Nasuha tidak dia pedulikan. Tangan kidal itu digenggamnya sekuat hati hingga tertimbul urat di pergelangan tangannya. Bola matanya pula sudah tajam menikam Luqman Afif yang sedang memusing-musingkan pisau lipat itu sambil tersenyum sinis.

"Isy, bibir awak tu."

"Allah, banyaknya darah."

"Jangan sakitkan diri awak Isy, jangan."

Ilya Nasuha sudah tidak senang duduk. Mahu sahaja dia menerpa ke arah Isyraf Nazran sekarang ini. Dia ingin mengelap bibir serta dagu lelaki itu yang sudah mengalir darah merah likat. Namun, pandangan yang maha tajam oleh remaja lelaki itu terhadap dirinya sedikit sebanyak mematikan hasratnya untuk berbuat sedemikian.

"Jangan gerak." Arah Isyraf Nazran.

Namun kata-kata remaja lelaki itu padanya tidak dia endahkan. Langkah kakinya terus dimajukan untuk segera berlalu. Dia tidak betah untuk terus berada di samping remaja lelaki itu dengan lebih lama.

"Aku kata jangan gerak, Ilya!"

Ilya Nasuha patuh. Tubuhnya sudah terhincut saat dirinya ini dijerkah kuat oleh remaja lelaki itu. Dia kembali menjadi patung cendana di tempat asalnya.

Wajahnya sedikit berkerut merenung wajah remaja lelaki itu yang sedang berdiri berhadapan dirinya. Apa yang remaja lelaki itu pandang sedari tadi? Siapa yang ada di belakangnya ini? Dia berpaling dengan penuh berhati-hati.

Tapak kakinya terus diundurkan pada Isyraf Nazran beberapa tapak. Dia terkejut saat wajahnya dan wajah Luqman Afif terlalu rapat. Adakah lelaki ini yang ditenung oleh Isyraf Nazran sebentar tadi tanpa lepas? Hela nafas lelaki ini sungguh kasar menampar wajahnya.

'Bila masa mamat ni ada belakang Suha?'

Ilya Nasuha sudah buka langkah untuk berlari. Namun begitu, dengan pantas Luqman Afif terus mencengkam tubuhnya lantas mematikan langkahnya. Tubuh kecilnya itu lantas sahaja dibalikkan tepat ke arah Isyraf Nazran. Pisau lipat yang berada di genggaman pelajar lelaki itu sedari tadi kini sudah betul-betul mendarat di pipi tembamnya.

"Isy.. tolong saya."

"Tolong saya Isy, saya takut."

Ilya Nasuha sudah mula teresak. Masakan tidak, nanti pipi tembamnya itu sudah pasti akan terkoyak dek penangan dari pisau lipat berkilat itu. Wajah yang Allah kurniakan buat semua hamba, wajah yang mirip kedua ibu bapanya itu pasti akan musnah sebentar sahaja lagi.

Isyraf Nazran dipandangnya dengan pandangan sayu. Adakah remaja lelaki itu akan menolongnya sekarang ini? Jika bukan remaja lelaki itu yang menolongnya, siapa lagi yang akan menolongnya kerana cuma ada mereka bertiga sahaja di gelanggang bola keranjang ini.

"Le..le.. lepaskan Suha.." Rintihnya sayu. Badannya kini sudah menggigil kerana ketakutan tahap dewa.

Mengapa Luqman Afif tergamak memperlakukan dirinya sebegini? Mengapa pelajar lelaki itu menjadikan dirinya sebagai tebusan di dalam pergaduhan mereka? Adakah pelajar lelaki itu masih menyimpan dendam akan tempoh hari? Hari di mana dia menghalang pelajar lelaki itu dari menghayunkan kayu besbol tepat kepada kepala Isy?

Luqman Afif makin naik berang. Esak tangis gadis itu semakin merimaskan dirinya. Bukan niatnya mahu mencederakan gadis itu, dia hanya ingin menjadikan gadis itu sebagai umpan sahaja buat mengenakan Isyraf Nazran. Biar rasa senaknya sebentar tadi terbalas dengan cara ini.

"Kau senyap!"

"Sebelum pisau ni toreh muka kau, baik kau senyap!" Gertak Luqman Afif lantang. Pisau lipat itu ditekannya sedikit hingga pipi tembam itu bertanda merah. Dia ingin memberikan amaran pada gadis itu supaya tidak main gila dengan dirinya.

Ilya Nasuha kembali akur. Esakannya itu cuba dibuangnya dan badan kecilnya kembali terenjut menahan tangis. Mata bundarnya terus merenung Isyraf Nazran lama bagi memohon pertolongan. Bila lelaki ini hendak membantunya? Bila lelaki ini ingin memainkan watak heronya? Perlukah dia menunggu dengan lebih lama?

'Kalau lama lagi, confirm lunyai muka ni.'

'Bila si Isy nak berlagak hero ni?'

'Bukan ke Isy handal berlawan?'

Pandangan mereka bersatu buat seketika. Sekali lagi, pandangan itu sangat menyeksakan jiwa dan raganya. Tanpa sedar, dia sudah berjalan setapak ke hadapan menyebabkan Luqman Afif semakin memperkemaskan pelukannya pada Ilya Nasuha. Pisau lipat itu makin ditekankan ke pipi gadis itu dengan kuat.

"Saaaa...kit..." Rintihnya.

Pipinya sudah mula terasa sedikit pedih dek pisau lipat yang tajam itu. Adakah Luqman Afif memang benar-benar hilang akal sehingga pelajar lelaki itu tergamak untuk menoreh mukanya? Tidak waraskah akalnya itu?

"Awak, jangan datang sini." Rintihnya sayu.

Air terjun Niagara Popo sudah mula membasahi kedua-dua belah anak mata bundarnya. Pipinya itu terasa sakit dan pedih tatkala cecair darah mula mengalir dari celahan pipinya yang sedikit terkoyak.

Isyraf Nazran terkedu. Wajah Ilya Nasuha ditatapnya sebelum pandangannya bersatu pula dengan Luqman Afif. Lelaki itu hanya tayang senyum sinis pada dirinya. Mengapa tiada sedikit pun rasa bersalah di dalam dirinya kerana telah bersifat dayus terhadap seorang gadis?

Dia meludah ke tepi. Ludahnya itu sudah memerah, kesan dari darah yang terkoyak dari bibirnya tadi. Setapak dia berjalan ke hadapan dengan tangannya yang digenggam erat. Mahu sahaja dia menumbuk dan membelasah Luqman Afif sehingga pelajar lelaki itu terkulai lemah atau terus ke kubur tika ini.

"Lepaskan dia."

"Urusan kau dengan aku, bukan Ilya."

Luqman Afif buat tidak endah. Darah yang mengalir di pipi gadis itu dikesatnya. Dihisap darah gadis itu yang berada di jemari telunjuknya.

Sedap!

Lagaknya itu sudah seperti vampire yang berada di dalam cerita Twilight. Tapi ini Twilight versi coklat manis sikitlah. Maklumlah, Luqman Afif ini gelap sikit orangnya, tidaklah seputih dan sepucat Edward Cullen.

Ilya Nasuha hanya mampu menangis. Mulutnya sudah tidak dapat mengeluarkan bicara lagi. Dia jijik saat dirinya diperlakukan begitu oleh Luqman Afif. Mengapa pelajar lelaki itu boleh bermain dengan darah yang mengalir di pipinya ini? Tidakkah pelajar lelaki itu tahu bahwa pipinya sedang sakit bagai nak gila.

Mahu sahaja digapai tangan Isyraf Nazran yang berada dihadapannya kini bagi memohon pertolongan. Sakit dan pedih sungguh tidak terkata sekarang ini. Di saat genting seperti ini, dirinya sempat berfikir. Tak rasa sakit ke orang yang suspect suicide yang sanggup toreh tangan? Mana pergi deria rasa sakit mereka? Tertelan di dalam bumi ke?

Tanpa berlengah, Isyraf Nazran terus sahaja menumbuk kuat muka Luqman Afif yang sedang leka menghisap darah Ilya Nasuha. Pelukan kejap pada gadis itu sedari tadi terus sahaja terlerai.

Ilya Nasuha segera menjauhkan dirinya dari pelajar lelaki itu dengan tergopoh-gapah sekali. Luqman Afif pula sudah tertawa besar saat melihatkan gadis itu terus berlalu pergi darinya.

"Tadi kau dah buat aku kat sini." Jari telunjuk Luqman Afif mendarat ke arah bawahnya itu.

"Apa salahnya kalau aku cuba merasa Ilya punya pula?" Katanya lagi . Pisau lipat itu masih erat berada di pegangan kanannya.

Isyraf Nazran sudah naik berang. Tanpa teragak, dia terus menapak menuju ke arah pelajar lelaki itu dengan berani. Kolar baju Luqman Afif dicengkamnya kuat hingga lelaki itu sedikit terkapai. Anak mata hazelnya itu sudah merenung tajam wajah pelajar lelaki itu.

"Perlu ke kau libatkan Ilya dalam hal kita?" Bisik Isyraf Nazran sinis di telinga pelajar lelaki itu.

Dia paling pantang jika ada lelaki lain yang sibuk untuk menganggu Ilya Nasuha. Ilya Nasuha cuma untuk aku, dan aku sahaja yang layak ke atas dirinya. Tapi mengapa si malaun ini senang-senang sahaja menyakiti jiwa aku yang satu itu?

Luqman Afif hanya menayang senyum sinis pada lelaki itu. Tangannya yang tidak berkunci itu segera dia angkat tinggi. Dengan pantas, tangan kiri Isyraf Nazran ditoreh olehnya dari jari kelingking hingga ke lengan. Sangat panjang dan dalam torehan itu menyebabkan Isyraf Nazran terus sahaja mengerang sakit. Serta-merta pegangannya pada Luqman Afif terlerai.

Luqman Afif terus sahaja berlari keluar lalu mencampakkan pisau lipat itu ke lantai dewan bola keranjang. Gelak tawa syaitannya itu kuat sekali bergema. Akhirnya, dia puas dalam menyakiti Isyraf Nazran.

Ilya Nasuha terus sahaja menerpa ke arah Isyraf Nazran. Deruan nafas remaja lelaki itu yang tidak sekata makin membuatkan dia diburu dengan rasa resah. Ditatapnya muka remaja lelaki itu dan disebabkan ketinggian yang tidak seberapa menyebabkan dia terpaksa berjengket sedikit. Wajah yang terselidung di balik rambut itu dikuisnya perlahan menggunakan jemarinya.

Mata mereka bertembung.

"Awak okay?"

"Tangan awak berdarah ni Isy!!"

"Ya Allah, tadi bibir, ni tangan pulak!!"

Dilihat lengan sasa remaja lelaki itu dengan penuh riak risau. Darah merah likat itu setia mengalir dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Makin galak cecair merah itu menitik jatuh ke atas lantai.

"Jangan risaukan aku."

Isyraf Nazran tayang sengih. Tangannya yang dipenuhi luka itu terus sahaja dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah bewarna hijau tua itu. Plaster yang berada di dalam poket seluarnya itu diambil lalu dibuka balutan. Plaster itu ditampalnya pula pada pipi tembam milik Ilya Nasuha.

"Jaga diri." Ucapnya perlahan sebelum dia terus berlalu pergi sambil tersenyum tipis. Dia terus beredar dari gelanggang bola keranjang itu dengan darah yang banyak menitik.

'Kenapa mesti dia ada dan membantu saat aku terluka?'

'Kenapa mesti dia yang sanggup menanggung sakit?'

'Kenapa mesti dia selalu menimbulkan tanda tanya buat aku?'

"Isy, Suha minta maaf." Rintihnya.

Dia terduduk lantas tangisnya makin berlagu-lagu di ruangan gelanggang bola keranjang itu. Plaster yang terlekat elok di pipinya itu dipegangnya erat. Bagaimana lelaki itu boleh beriak tenang? Bagaimana lelaki itu masih mampu untuk merisaukan dirinya walaupun dia di dalam keadaan sakit seperti itu?

Pisau lipat yang masih segar dengan darah itu diambilnya. Ingin sahaja hal ini dilaporkan pada penguatkuasa sekolah namun dia tidak terdaya. Dia tidak mahu Isy dibuang sekolah lagi kerana tahun ini tahun terakhirnya bergelar sebagai pelajar. Sudahlah kes Isy tempoh hari masih belum selesai dibicarakan lagi. Kes yang menyebabkan dirinya bergaduh dengan guru disiplin sekolah itu.

"Maafkan Suha."

"Suha tak dapat buat apa-apa untuk Isy."

Pisau lipat itu terus dibalutnys dengan tisu lalu dibuangnya ke dalam tong sampah yang berada di tepi stor. Itu menjadi tempat dimana dia membuang bahan bukti yang telah melukai Isyraf Nazran.

Mop yang tersadai di tepi stor sukan itu dicapainya pula. Mop itu direndam di dalam air lalu dilapnya lantai itu sehingga bersih. Setelah puas memerhatikan ruang sekeliling yang telah dibersihkannya, Ilya Nasuha terus berlalu ke pintu utama.

Keluhan berat terlepas saat dia menutup pintu gelanggang bola keranjang itu. Serasa bayangan Isy masih setia menantinya di dalam sana. Dia mula dibalut rasa resah dan gudah. Dengan langkah lemah, dia terus berlalu memasuki kelas 1-4.

Isyraf Nazran segera menutup kedua belah telinganya tatkala mendengarkan tangis gadis itu yang makin kuat bergema. Sungguh, hatinya hancur tatkala Ilya Nasuha menjadi mangsa di dalam pergaduhannya itu. Dan, dia sungguh tidak menyangka bahwa Luqman Afif akan bertindak sejauh ini.

Langkah kakinya terus sahaja dia aturkan bagi mencari bantuan. Tangannya yang telah dilukai oleh Luqman Afif hendaklah dirawat dengan segera kerana rasa sakitnya itu sudah mula hendak menggila.

"Kau memang sial."

"Kau buat Ilya, kau buat aku."

"Tak akan aman hidup kau Luqman Afif."

Tangannya kini terasa begitu perit sekali. Dengan langkah yang separa longlai ditemani rintik darah pekat yang setia menitik, bilik kesihatan merupakan hala tujunya. Tidak akan sesekali dia menjejakkan kakinya ke hospital lagi yang penuh dengan tipu muslihat itu. Tidak pasal-pasal tangannya nanti berjahit jika dia ke sana bagi menyerahkan diri.

Lelaki . Tugasnya hanya menjaga dan hendak dijagai . Cukup sahaja dengan memberi layanan sempurna seikhlas murni . Hanya kamu sahaja harapannya si pemilik hati .

Continue Reading

You'll Also Like

2M 90.4K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...
817K 42K 58
ROMANCE SERIES •°. *࿐ «1st story » ©2020• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚ AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA ˚ ༘♡ ·˚ Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...
674K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...