DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 27

27.2K 1.5K 28
By aunisabiha

Kasut sneakers hitam yang berada di dalam almari kasut itu segera dicapai oleh Ilya Nasuha. Kemudian sepasang kasut itu disarungkan pula ke kaki yang sudah berstoking. Beg sandang yang tergantung di tombol pintu utama rumah itu dicapai sebelum disandang pula ke bahu. Jam di pergelangan tangan itu ditilik buat sekian kali.

4:45 petang.

Agaknya kemana Isyraf Nazran mahu membawa dirinya ini pergi? Hatinya ini masih tidak henti daripada berteka-teki tentang kenapa dan mengapa remaja lelaki itu mengajak dirinya ini. Sudahlah dia tidak mengenali rakan-rakan remaja lelaki itu.

'Ish nervousnya!!!'

'Macam mana kalau kawan kawan si Isy tu tak suka aku, eh?'

'Yelah, aku ni kan bukan siapa-siapa pun dengan Isy tu.'

'Nak kata girlfriend, jauh sekali.'

'Tapi, bukan ke aku kena pretend jadi girlfriend Isy sebab kawan kawan dia semua tu bawak girlfriend?'

'Ish, entahlah tak tahu.'

Bolehkah dia menyesuaikan dirinya dengan baik nanti? Tapi bila difikirkan balik, adakah ini trip pertama mereka berdua sebagai pasangan kekasih? Atau mungkin remaja lelaki itu sengaja menjadikan mereka ini pasangan olok-olok sahaja di depan rakan-rakannya itu?

Pintu pagar rumah Ilya Nasuha terus dijadikan tempat untuk tubuhnya bersandar. Kaca mata hitam jenama rayban yang tersangkut di leher baju itu diambil lalu dipakai ke mata. Serta-merta kaca mata itu menutupi sepasang anak mata hazelnya itu.

Ilya Nasuha terpegun. Langkahnya yang sedang ingin berjalan merapati remaja lelaki itu terhenti buat seketika. Remaja lelaki itu ditiliknya dari atas ke bawah beberapa kali. Remaja lelaki ini tampak berbeza sekali tatkala tubuh itu tidak mengenakan seragam sekolah.

'Camne dia boleh sesempurna ni?'

Rambut keperangan remaja lelaki itu nampak elok benar beralun tatkala sang angin menampar lembut dirinya. Tubuh sasa itu tersarung baju t-shirt putih beserta jacket hitam sebagai pelengkapnya. Seluar jeans yang sedikit baggy itu menampakkan ilustrasi kaki remaja lelaki itu semakin panjang.

'Boleh tahan jugak fashion sense dia ni, not bad.'

Ilya Nasuha sedang leka menilik pakaian lelaki itu dari atas ke bawah. Aksesori seperti kaca mata hitam dan gelang besi di pergelangan tangan makin membuatkan remaja lelaki itu kelihatan sangat tampan di matanya sekarang ini.

Wajah lelaki itu pula direnungnya tanpa lepas. Kulitnya yang putih bersih dan seulas bibirnya yang sentiasa merah memang benar-benar menggetarkan hatinya ini.

'Herlok nyahhhh, si Isy ni!!!'

Lama dia menilik remaja lelaki itu. Dan dengan tiba-tiba, deheman kuat dari remaja lelaki itu sedikit mengejutkan dirinya. Nampaknya, kerjanya yang sedang menilik remaja lelaki itu kurang clean dijayakannya. Siapa suruh tilik anak orang sampai taknak lepas, kan dah kantoi busuk!

"Puas usya?" Tanya Isyraf Nazran dingin.

Habis sahaja berkata, dia segera berpaling dari gadis itu sambil tersenyum manis. Wajahnya ini segera dilarikan dari pandangan mata itu. Dia tidak mahu gadis itu tahu yang dia sedang gembira hatta bahagia kerana gadis itu terlihat begitu asyik merenung dirinya.

Ilya Nasuha hanya mampu menayang sengih atas perilakunya itu. Sungguh dirinya ini tidak menyangka bahwa perilakunya itu akan ditegur oleh Isyraf Nazran. Sumpah, dirinya ini sangat-sangat malu dengan situasi sekarang ini. Sampai dia merasakan ada baiknya jika dia serkup kepalanya ini ke dalam tong sampah yang berada di hadapan rumahnya itu.

Walaupun dia berasa sedikit kekok, dia lantas sahaja memulakan perbualan. Dia tidak mahu rasa malunya itu terus membelenggu dirinya.

"Dah nak gerak ke?"

"Ye."

"Bila?"

"Sekarang."

"Maa, suha nak gerak dah ni!!" Jerit Ilya Nasuha nyaring. Kemana pula mamanya ini pergi tatkala dia sudah bersiap untuk keluar? Adakah mamanya itu tidak mahu menghantarnya keluar?

Puan Amelia jelas sekali terkocoh-kocoh mendapatkan anaknya itu yang sedang berada di perkarangan rumah. Senyuman manis terus terhias di bibir tuanya saat matanya bertentangan dengan anak lelaki rakannya itu. Dua beranak itu bersalaman dan ciuman dibalas dengan ciuman.

"Isy, jaga Suha baik-baik okay?"

"Dia ni kalau dapat keluar berjalan macam ni, tak ingat dunia jadinya."

Pesan Puan Amelia seraya tersenyum memandang anaknya dan Isyraf Nazran silih berganti. Hati tuanya kini sedang memberi sepenuhnya kepercayaan kepada remaja lelaki itu demi menjaga anaknya.

Jika remaja lelaki itu boleh menjaga anaknya dengan baik sewaktu mereka di Langkawi dahulu, pasti remaja lelaki ini akan mengulang perkara yang sama, bukan?

"Baik aunty."

"Saya akan jaga Ilya sebaiknya."

"Ilya separuh jiwa saya, aunty."

Tuturnya perlahan sambil mengangguk kepala sedikit. Dia cuba menyakinkan ibu tua itu bahwa dia akan menjaga anaknya sebaik yang mungkin kerana gadis itu merupakan separuh jiwanya.

Ilya Nasuha terpempan. Kata-kata dari remaja lelaki itu sedikit membuatkan anak matanya itu membulat sedikit. Selamba badak air bin sumbu sahaja dia menyebut perkataan jiwa itu di hadapan mamanya.

Gila kentang!

Yang mamanya itu pula satu. Bagaimana mamanya itu boleh buat steady wat lek wat peace sahaja tentang apa yang dikatakan oleh remaja lelaki itu sebentar tadi? Mama dengar ke tidak sebenarnya? Jiwa kot ma, jiwa!

"Hati-hati!" Pesan Puan Amelia.

Anaknya dan remaja lelaki itu yang sedang berlalu pergi dari perkarangan rumahnya itu direnung dengan ekor mata. Tangannya turut sama membalas lambaian dari dua remaja itu.

Makin besar anak mama, makin ramai yang meyayangimu.

"Awak kita naik apa?"

"Naik motor." Balas Isyraf Nazran selamba.

Tidak selang beberapa minit, dia sudah bantai ketawa tatkala melihatkan wajah gopoh gadis itu. Adakah gadis itu percaya dengan kata-katanya sebentar tadi? Wajah gadis itu yang sungguh cuak sekarang ini boleh diibaratkan seperti telah menghilangkan tupperware mama di sekolah.

"Naik kereta."

Ilya Nasuha pantas sahaja menarik nafas lega. Namun tiba-tiba riak wajahnya terus sahaja berubah gopoh sekali lagi. Kali ini engkau hendak hilangkan apa pula Suha oi? Tadi tupperware?

'Naik kereta?'

'Bila masa pulak si Isy ni ada lesen kereta?'

Jika remaja lelaki itu punya lesen kereta, pasti dia yang memandu di kembara cinta mereka dahulu. Dan jika remaja lelaki itu punya lesen kereta, sah-sah lah kereta Proton Preve milik Aunty Sherlina itu sudah dibawanya kemana sahaja.

"Siapa yang drive kereta tu?"

"Member aku. Dia tu pangkat abang dah pun sebab dia tua 4 tahun dari kita." Jelasnya panjang lebar.

Ada apa-apa lagikah yang hendak dipersoalkan oleh gadis itu? Riak takut pada wajah gadis itu diamatinya lama sebelum dia menarik senyum senget. Apa yang gadis itu takutkan sebenarnya?

"Aku ada. Kau selamat punya."

Pergelangan gadis itu dipegangnya kejap seraya menyakinkan gadis itu bahwa dia akan selamat apabila berada disampingnya. Mereka berdua segera berjalan beriringan menuju ke kereta BMW X6 yang sedang menunggu mereka di bahu jalan.

Pintu kereta itu lantas sahaja dibuka oleh Isyraf Nazran dan dibiarkan Ilya Nasuha masuk terlebih dahulu. Ladies first bak kata omputeh empat musim di negera mereka.

"Weh keping!"

"Awek mana kau rembat ni?!" Sapa Lutfi Adam dengan sengihan di bibir.

Ilya Nasuha dikerlingnya sekilas sebelum pandangannya kembali terarah pada rakannya itu semula. Sungguh dia tidak sangka setelah rakannya itu berpindah sekolah baharu, dia telah punya teman wanita secantik ini. Gila kentang, si beku itu sudah punya teman wanita tanpa menceritakan apa-apa kepada mereka.

"Der, awek wa." Jawabnya sambil tayang senyum sinis. Keningnya turut dijongketkan berkali-kali sebelum dirinya tertawa kecil.

Wajah Ilya Nasuha yang jelas sekali sudah berkerut sedikit tatkala mendengarkan kata-kata darinya dibuat tidak endah sahaja. Yang dia tahu, sekarang ini, Ilya Nasuha merupakan jiwanya dan merupakan teman wanitanya di hadapan rakan-rakannya ini.

"Keping, kau beku pun ada orang nak ke?" Tanya Abang Reykarl pula. Inilah abang driver yang dimaksudkan olehnya sebentar tadi.

"Ada bang, ni awek sebelah ni." Jawab Lutfi Adam pula mewakili Isyraf Nazran.

Isyraf Nazran hanya tayang senyum bangga pada rakan-rakannya itu. Siapa sangka, riak juga si Isy ini apabila membawa buah hati pengarang jantung untuk turut serta bersama mereka.

"Oh kira laku juga lah kau ni eh?"

"Bang, kalau tak laku takde makna si keping ni nak bawa awek naik kereta abang ni tau." Jawab Danny sambil bahu Isyraf Nazran itu disikunya beberapa kali.

Masakan tidak, kesemua mereka sekarang ini masih lagi di fasa terkejut kerana rakannya, si keping ini telah membawa seorang gadis bersamanya. Sebelum ini, mereka tidak pernah nampak si keping ini bersama dengan mana-mana perempuan. Dan ini merupakan kali pertama lelaki itu membawa seorang gadis yang cukup ayu dan cantik untuk meluangkan masa bersama dengan mereka.

Kereta BMX X6 itu akhirnya laju meluncur di atas jalan raya dengan keriuhan dari mereka semua. Walaupun mulut Abang Reykarl potpet potpet menuturkan kata yang tidak henti-henti dari tadi, dia tetap fokus akan pemanduannya. Shopping kompleks ternama itu menjadi tujuan utama mereka untuk berlibur.

Ilya Nasuha berpaling ke tempat duduk belakang. Kelihatan tiga orang gadis bertubuh kecil yang berada di tempat duduk belakang sedang tersenyum manis kearahnya. Mereka turut melambaikan tangan kearahnya. Lambaian tangan itu turut dibalasnya.

Kesemua gadis itu kelihatan baik-baik belaka di matanya. Dia memanjatkan rasa syukur kerana Isyraf Nazran masih punya rakan yang baik. Mujur gadis-gadis itu bukan jenis gadis-gadis yang berbaju ketat, berseluar sendat dan yang paling penting hapuskan gadis berkasut tebal.

"Hai, Suha kan?"

Ilya Nasuha mengangguk kepala seraya mengiyakan kata-kata itu. Ya, dirinya inilah Suha, pendekkan nama dari Nasuha.

"Saya Kak Mira Nisaa, tunang cik driver kita harini. Boleh dikatakan, akak ni dah berumur sikit lah dari korang semua. Korang semua ni adik adik akak je sebenarnya."

"Saya Sufia Ika. Saya pulak ahli yang paling termuda and tercomel dalam circle si keping ni."

"Hee, saya pula Liya Nina."

Kata mereka bertiga seraya memperkenalkan diri masing-masing kepada Ilya Nasuha. Senyuman pula tidak lekang dari bibir mereka sedari tadi buat gadis itu. Pandai keping memilih gadis untuk dijadikan sebagai teman wanitanya, andai mereka.

"Saya Ilya Nasuha."

Ilya Nasuha juga turut sama memperkenalkan dirinya kepada tiga gadis itu. Dengan cara itu, kemudiannya mereka berempat mula menjadi rapat. Moga Ilya Nasuha berjaya menyesuaikan diri bersama dengan rakan-rakan remaja lelaki itu.

IOI City Mall, Putrajaya.

Kesemua mereka yang berada di dalam perut kereta mewah itu mula keluar satu per satu. Jika keluar sekaligus, mahu tercabut pintu kereta mewah itu milik Abang Reykarl nanti. Walaupun mereka sudah seperti sardin di dalam kereta itu, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berlibur.

Satu per satu penumpang yang dibawa oleh Abang Reykarl sebentar tadi keluar dari perut kereta. Setelah selesai mengemaskan pakaian kerana terlalu lama duduk di dalam kereta, mereka semua segera berjalan bersama-sama bagi menuju ke pintu gerbang shopping kompleks itu. Masing-masing mula berjalan secara berpasangan. Isyraf Nazran terus sahaja berjalan menghampiri Ilya Nasuha lalu dia berjalan beriringan bersama gadis itu.

"Keping, mana nak pergi ni?" Tanya Danny selepas mendapati kesemua mereka hanya melepak di suatu sudut yang ada di shopping kompleks itu.

"Kau tanya lah Abang Reykarl, asal tanya aku pulak?" Isyraf Nazran memandang Abang Reykarl pula. Pandangannya itu terus sahaja melorot jatuh pada Ilya Nasuha yang sibuk berborak bersama tiga gadis yang lain.

"Kita main skate? Abang nak asah skill lama abang balik. Deal?" Abang Reykarl memandang adik-adiknya itu seraya memberikan cadangan.

Adakah cadangan daripada dirinya itu bakal diterima dengan baik oleh adik-adiknya itu? Sejujurnya, dia sudah lama tidak mengasah bakatnya dalam meluncur ais setelah sibuk membuat persiapan pertunangan di antara dirinya dan Kak Miraa Nisa itu.

"Deal!"

Jawab mereka semua serentak. Keterujaan untuk bermain sukan luncur ais itu mula terpahat di sanubari masing-masing. Sudah lama benar mereka semua tidak meluncur di gelanggang ais rink itu.

"Jum kita selfie dulu buat kenangan."

"Bukan senang nak jumpa!"

Kata Lutfi Adam sambil membuka kamera dari telefon bimbit miliknya. Maklumlah si Lutfi Adam ini menggunakan i-pong, oleh itu dengan tidak semena-mena dirinya inilah yang bakal menjadi photographer tidak berbayar bagi mengambil gambar mereka semua.

"Sayang-sayang abang, jum selfie!"

Kata Abang Reykarl sambil tersenyum pada adik-adiknya itu. Adik-adiknya itu segera dipanggilnya agar mereka semua dengan pantas berkumpul bagi mengambil gambar beramai-ramai.

Ilya Nasuha terus sahaja mengorak langkah dengan perlahan ke arah mereka semua. Bahunya lantas sahaja dipegang oleh seseorang lalu orang itu mendorongnya agar berjalan laju sedikit ke arah kumpulan itu. Pandangannya terus sahaja jatuh pada tangan yang memegang bahunya lantas dia tersenyum manis tatkala dia tahu siapa yang memperlakukan dirinya sekarang ini. Siapa lagi jika bukan Isyraf Nazran!

"Kenapa jauhkan diri dari aku?"

Bisik Isyraf Nazran rapat ke telinga Ilya Nasuha. Sedari tadi dia nampak yang gadis itu seakan selesa berbual dengan tiga lagi gadis yang lain dan bukan dengan dirinya. Adakah gadis itu lebih selesa bersama dengan rakan-rakannya itu?

"Kau tak selesa dengan aku ke?"

Ilya Nasuha pantas sahaja membalikkan dirinya bagi menghadap remaja lelaki itu. Tidak semena-mena hidung mancungnya dicuit manja oleh Isyraf Nazran. Dia terus mati kata. Matanya terbeliak sedikit tatkala lelaki itu memperlakukan dirinya sedemikian di hadapan rakan-rakannya.

"Tenang Ilya, aku ada."

"Jum, ambil gambar dengan semua."

Pantas dirinya ini turut serta untuk mengambil gambar bersama yang lain. Dia mula mengambil posisi yang sesuai untuk mengambil gambar dan tidak lupa Ilya Nasuha yang setia bersama di sisinya.

"1 , 2 , 3 smile"

Klick.

Daripada sekeping gambar hingga hampir kepada sepuluh keping gambar yang diambil oleh mereka semua. Sudah pasti berbagai jenis ragam serta posing yang dapat dipotretkan di dalam setiap gambar itu.

"Kak Mira, hmm boleh Suha tanya sesuatu?"

"Apadia Suha?"

"Kenapa kita semua ni pakai baju color hitam? Saya tertanya je sebenarnya. Eer em sebab bukan apa, saya pelik bila Isy suruh saya pakai baju hitam tadi."

"Ada apa sebenarnya Kak Mira sampai semua kena berbaju hitam? Ada tema ke?"

Ilya Nasuha tayang sengih pada Kak Mira Nisaa yang sudah mencecah umur 20an itu. Dia malas hendak berfikir panjang, oleh itu dia terus bertanyakan perihal itu kepada Kak Miraa Nisa. Setahunya, warna hitam ini lebih sinonim dengan lambang kesedihan atau kematian. Mengapa remaja lelaki itu beria-ria menyuruhnya memakai warna hitam?

"Nak dijadikan cerita.."

"Pertemuan pertama kami semua, semuanya pakai baju warna hitam. And tu semua secara kebetulan. Coincidence!"

"Tu sebab baju hitam tu kami cuba kekalkan sampai sekarang. Tapi taklah most of the time kami nak pakai hitam Suha oi, nanti dah serupa black metal pulak."

Kak Mira Nisaa sudah tersenyum mengenangkan memori itu. Memori lama yang tersangatlah manis dan menyebabkan adik-adiknya itu semakin akrab dengannya. Pertemuan pertama itulah yang menyebabkan dia berjumpa dengan tunangnya, Abang Reykarl itu.

"Ouh, patutlah."

"Baru Suha faham." Balasnya sambil tersengih dibalik tubuh Isyraf Nazran. Sempat lagi dirinya mengangguk kepala tanda mengerti setelah persoalannya itu terjawab oleh Kak Mira Nisaa.

"Weh keping!"

"Awek kau pun nak melawa jugak, biarlah dia nak pakai baju warna apa pun. Ni mesti kes kau nak arah-arahkan dia, kan?" Sufia Ika tidak puas hati. Bibirnya diherotkan pada rakannya itu. Masakan mereka tidak tahu perangai keping yang suka mengarah itu.

"Dah, diam." Isyraf Nazran terus sahaja tertawa sinis selepas habis berkata-kata. Masakan tidak, melihatkan wajah Sufia Ika yang sudah cemberut itu makin membuatkan dia berasa geli hati.

"Eei menyampah!" Sufia Ika menjeling tajam. Tangannya pula sudah diletakkan pada bahunya sambil matanya dinaikkan ke atas tanda dia extra ganda menyampah dengan sikap rakannya itu yang suka mengenakan dirinya.

Isyraf Nazran hanya tertawa sinis. Baginya, mengenakan orang itu suatu kepuasan yang tiada tandingannya. Setelah puas mengenakan ahli termuda di dalam kumpulan itu, pandangannya dikalihkan lalu bertaut pula dengan Ilya Nasuha. Segera dia berlalu pergi meninggalkan Sufia Ika bagi mendapatkan gadis pujaannya itu.

"Ilya."

Anak mata gadis itu terarah tepat menusuk retina mata hazelnya. Pandangan sengaja diredupkan tatkala dia menatap sepasang anak mata gadis itu yang sungguh mengkhayalkan.

"Kau jiwa aku."

Dia berjeda buat seketika sebelum kembali menyambung percakapannya semula.

"Biar dihidangkan dengan berjuta bidadari, kau juga menjadi pujaan hati yang satu."

Mulut lelaki bijak bermain madah bercinta . Mulut wanita bijak bermain madah berhelah . Namun setiap madah yang diluahkannya , adakah semuanya terselit rasa cinta nan lelah ?

Continue Reading

You'll Also Like

176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
1.6M 61.6K 73
[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta...
2.9M 79.4K 56
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

406K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...