DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES β™‘
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES β™‘

DSPC : 15

31.2K 1.5K 8
By aunisabiha

Isyraf Nazran memasuki perkarangan rumah agam dua tingkat itu, dengan motorsikal RXZ yang kuat menderum. Motorsikalnya itu segera diparkirkan. Tongkat ditarik lalu ditongkatnya motorsikal kesayangannya itu supaya tidak jatuh.

Jika motorsikal itu jatuh menyembah bumi, maka jatuh juga lah Isyraf Nazran mengkuburkan diri. Begitu besarnya kasih dia pada motorsikal yang dibelinya hasil dari duit simpanannya selama ini.

'Beli motor hasil titik peluh sendiri oi, sayang macam anak dah ni.'

Enjen yang masih berbunyi, lantas sahaja dimatikan. Kunci yang berada di motorsikal itu lantas dicabutnya pula. Kunci itu terus sahaja dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans yang dipakainya. Setelah puas membazirkan masa dengan meronda di kawasan perumahan barunya itu, akhirnya dia kembali pulang ke rumahnya semula.

Cuti hujung minggunya itu hanya dibazirkan dengan perkara seperti itu. Biarpun dia belum mempunyai sebarang kenalan di taman perumahan ini, dia memang jenis yang gemar menyendiri. Kemana sahaja dia pergi, dia selalunya sendiri. Dia gemar menghabiskan waktu bersama dirinya seorang diri.

Untuk apa dirinya ini mempunyai ramai rakan? Walaupun begitu, ingatannya mula tergamit akan rakan-rakannya yang berada di sekolah lama. Jika dia tidak bergaduh sehingga melibatkan kes polis, pasti dia tidak berjauhan dengan rakan-rakannya itu. Pasti sekarang ini dia tidak akan berpindah ke sekolah baharu dan rumah lamanya ini semula.

"Apa lah budak-budak tu buat sekarang en? Kalau tak, boleh aku lepak malam minggu."

"Takpelah Isy. Life goes on right?"

Isyraf Nazran sengaja menyedapkan diri. Jauh di sudut hati, dia masih berharap dapat bersama dengan rakan-rakannya lagi.

Helmet Arai yang berada di kepalanya, lantas dibuka dan diletakkan di atas tempat duduk motorsikal tersebut. Dia turun. Langkah kakinya mula diorak laju untuk menapak masuk ke dalam rumah. Namun begitu, langkahnya terhenti saat dia terpandang akan sebuah kereta yang begitu asing di pandangannya tika ini.

Pandangannya dikerling memandang sebuah kereta yang berjenama Audi Q7 itu dengan pandangan pelik. Mengapa kereta berjenama seperti ini berada di perkarangan rumahnya? Siapakah gerangan tetamu yang berada di dalam rumahnya sekarang ini?

Adakah mama mengajak rakannya untuk minum petang di rumah mereka? Tapi jika hendak difikirkannya, bukankah mama tidak punya ramai kawan, sama sepertinya? Jadi kereta berjenama itu milik siapa? Mana mungkin mama tiba-tiba sahaja membeli kereta itu menggunakan duit pencennya?

Beribu persoalan mula bermain di ruang minda. Dia sudah melalut jauh berfikir akan kereta berjenama itu dan siapa pemilik sebenarnya. Namun begitu, langkah kaki Isyraf Nazran masih jua setia menapak untuk masuk ke dalam rumah. Pintu utama rumah agam dua tingkat itu semakin dihampirin.

'Ada tetamu, tapi siapa?'

'Asal kereta ni macam familiar je kat mata aku? Macam pernah nampak, tapi kat mana?' Desis hatinya.

"Assalamualaikum ma."

"Isy dah balik."

Pintu rumah itu ditolaknya dengan bersahaja. Selepas selesai memberikan salam, dia kembali menapak masuk ke dalam rumah. Ruang tamu rumah itu dilewatinya. Anak matanya mengerling ke serata rumah bagi mencari sosok tubuh mamanya.

Sedang dirinya berjalan melewati ruang tamu rumah itu, langkah kakinya serta-merta kaku. Dia seakan terkedu dengan apa yang sedang didengarinya. Suara jerkahan itu datang dari arah dapur. Akan tetapi, siapa yang dijerkah oleh mamanya itu? Bukankah mereka hanya tinggal berdua sahaja di dalam rumah agam dua tingkat ini?

"Kau jantan tak guna!"

Jeritan nyaring mama menusuk masuk ke gegendang telinganya. Mama bukan sahaja menjerit malah mama turut menengking orang itu. Tapi siapakah yang dimaksudkan oleh mama sebenarnya?

Dia terus berlari mendapatkan mama. Jika tidak silap, suara mama sebentar tadi datang dari arah dapur. Dia terus meluru laju mendapatkan mama yang seperti sudah disampuk hantu jembalang itu.

"Keluar kau dari rumah aku!"

"Kau tak layak jejak kaki kau kat rumah ni. Kau sedar lah diri kau tu sikit."

"Kau dah tak ada apa-apa urusan dengan aku dan anak aku lagi. Elok kau berambus dari sini sebelum aku call polis!"

Tengkingan mama sekali lagi kedengaran kuat di pendengarannya. Dia masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Hatinya mula terbit rasa menyesal kerana membiarkan mama berseorangan diri di rumah sebentar tadi. Jika dia tidak keluar dari rumah, pasti mama tidak akan merasai hal ini, bukan?

Isyraf Nazran mengangkat wajah, memandang ke arah mama yang masih menyinga. Bukan mudah baginya untuk melihat mama meninggikan suara apatah lagi menengking seperti yang berlaku sekarang ini.

Selama ini, mama hanya berkelakuan baik dan sangat penyayang. Dirinya tidak pernah disakiti oleh kata-kata mama. Tapi, siapakah gerangan yang mampu membuatkan mama berubah dalam sekelip mata?

Wajah mama yang masih mencuka itu dipandang oleh Isyraf Nazran tanpa lepas. Kini, dia berkalih pandang pula ke arah kanan. Pandangannya lantas bersatu dengan seorang lelaki yang sudah berumur. Dia memandang wajah lelaki tua itu dengan pandangan keliru.

"Kau siapa?"

Wajah lelaki tua itu dipandangnya lama. Setahunya, dia tidak pernah nampak lelaki itu dimana-mana sebelum ini. Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa mama begitu marah pada lelaki tua ini?

Lelaki itu terus memalingkan wajah. Anak matanya bersatu dengan sepasang anak mata milik anak lelakinya. Senyuman jengkel lantas terhias di bibir tuanya. Dengan perlahan-lahan, dia mula merapati anaknya itu yang sedang berada di muka pintu dapur.

Derapan kaki lelaki itu yang sedang menghampiri dirinya diperhatikan. Lelaki itu semakin mendekat hingga akhirnya sudah berada di hadapan dirinya kini. Pandangannya turut dilemparkan pada wajah lelaki itu yang sedang bersatu dengan dirinya.

Saat wajah lelaki tua itu didekatkan pada dirinya, Isyraf Nazran pantas mengundur ke belakang. Dia cuba untuk menjauhkan diri. Namun begitu, hatinya masih tidak senang kerana dia masih tidak tahu gerangan lelaki ini.

"Jangan sentuh anak aku!"

"Anak aku langsung takde kaitan lagi dah dengan kau!"

Tengkingan dari mama ibarat guruh yang berdentum hebat di dada langit. Namun begitu, ia sedikit pun tidak tercuit buat lelaki tua itu daripada terus mendekat pada anak lelakinya.

'Anak?'

'Maksudnya lelaki depan aku ni, ayah aku?'

Isyraf Nazran sudah berkerut kening. Wajah lelaki tua itu direnungnya lama cuba mencari jawapan.

"Dah besar panjang rupanya anak papa sorang ni."

"Ni papa lah Isy. Takkan lah Isy tak kenal papa sendiri."

Tangan anak lelakinya itu ingin digapainya. Namun begitu, anak lelakinya itu terlihat semakin menjauh dari dirinya.

"Isy, dengar sini cakap papa."

"Papa datang nak ambil kamu tinggal dengan papa. Papa nak kamu uruskan syarikat papa. Takde waris lain dah selain kamu."

"Isteri papa tu, dia tak dapat nak mengandung anak lelaki jadi kamu lah satu-satunya harapan papa sekarang ni."

Kata-kata itu membuatkan Isyraf Nazran digeletek dengan rasa lucu. Jika difikirkan dengan logik, dia tidak pernah bersua muka dengan papanya itu bertahun-tahun lamanya.

Mengapa baru sekarang lelaki itu ingin kembali mencari dirinya ini? Adakah disebabkan harta, baru dirinya ini dipandang tinggi oleh lelaki tua itu?

Riak wajah tua itu yang sedang berubah sedih bagi menagih simpati dari sang anak dikerlingnya sekilas. Namun begitu,riak wajah dan kata-kata itu sedikit pun tidak mencuit hatinya untuk kembali semula pada lelaki tua yang pernah dia gelarkan papa. Kata-kata itu hanya membuatkan dia tersenyum sinis.

'Jadi lelaki tua ni lah yang hancurkan hati mama, hati aku waktu aku kecil dulu?'

'Jadi lelaki tua ni lah yang hancurkan nilai sebuah keluarga buat kitaorang berdua?'

'Dah buang aku dengan mama serupa sampah, sekarang kau nak kutip kitaorang berdua serupa berlian.' Desisnya di dalam hati.

Hatinya yang sudah lama dipaut rasa dendam itu mula berdarah kembali. Tangisan mama sewaktu tika dahulu mula menjadi melodi di telinganya ini.

"Bapak aku dah lama mati!" Balasnya keras. Dadanya kini sudah berombak menahan amarah yang tidak mampu dikawalnya lagi. Tubuh tua itu segera ditolaknya supaya menjauh dari dirinya.

"Mama, pergi dari sini."

"Biar Isy uruskan hal ni."

Arahan keras pantas dia berikan pada mama yang masih tercongok di dapur. Ditolak tubuh mamanya, supaya berada di belakang badannya. Dia mahu melindungi mamanya daripada disakiti oleh lelaki tua itu sekali lagi.

Dahulu dia tidak dapat melindungi mama kerana dia masih kecil. Kini, dia bersumpah bahwa dia akan melindungi mama dari terus menerus sakit di atas perbuatan lelaki tua itu padanya. Mama sudah boleh mengharapkannya. Dia sudah besar. Dia bukan lagi anak kecil mama. Dia mampu untuk melindungi mama.

"Mama taknak pergi."

"Mama taknak dia ambil Isy dari hidup mama. Mama cuma ada Isy je sekarang ni."

"Tolong jangan paksa mama pergi."

Apa yang dikatakan oleh Aunty Sherlina sebentar tadi bagaikan satu jenaka yang didengari oleh Tan Sri Syamreez. Dia sudah ketawa terbahak-bahak melihatkan kegusaran pada bekas isterinya itu. Pandangannya tidak lepas daripada merenung wajah kedua-dua beranak itu silih berganti.

Pisau besi berkilat yang berada di rak pinggan terus dicapai oleh Isyraf Nazran dengan pantas. Pisau itu diacukannya ke arah lelaki tua itu. Jika dia terpaksa bergadai nyawa demi menyelamatkan mama, dia sanggup melakukannya.

Rintihan mamanya sebentar tadi amat memilukan hatinya ini. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak mamanya itu.

Langkah kakinya makin maju ke hadapan bersama pisau yang masih erat di pegangan. Melihatkan anak lelakinya yang sudah bertindak begitu, dia akhirnya mundur beberapa langkah ke belakang dengan tangan yang diangkat tinggi tanda menyerah.

"Baik kau keluar atau aku bunuh kau!"

Tan Sri Syamreez terkedu dengan sifat berani anak lelakinya itu. Dia semakin mengundur ke belakang. Lalu, pandangannya tertancap pada pasu kaca yang berada di atas meja makan berdekatan dirinya. Segera pasu kaca yang berisi bunga melur itu dicapai lantas dicampaknya pasu kaca itu ke atas lantai.

"Prankk!"

Langkah Isyraf Nazran yang menapak sedari tadi akhirnya terhenti. Beberapa serpihan kaca pasu itu, mengenai pergelangan tangannya. Serta-merta pisau yang berada digenggamannya terlerai jatuh ke atas lantai. Darah merah likat daripada pergelangan tangannya, terus membuak-buak menitis ke atas lantai.

Derapan anak kaki Tan Sri Syamreez laju sahaja berlalu keluar daripada rumah tersebut. Dia segera melarikan diri dengan pantas bagi menyelamatkan diri. Enjin kereta dihidupkan dan dengan sekali tekan, kereta tersebut terus laju membelah jalan raya. Kini, jelmaannya bagaikan hilang ditutupi kabus.

"Isy, kamu okay tak ni?" Tanya Aunty Sherlina resah. Wajah anaknya yang sedang berkerut menahan sakit itu direnungnya dengan riak yang sangat risau.

"Tak ma, tak okay."

"Isy sakit ma."

"Ma, hospital jum."

Ucapan yang lemah daripada anaknya itu membuatkan jiwa seorang ibu sepertinya meruntun hiba. Biarpun wajah anaknya itu tidak memaparkan sebarang reaksi, pasti kejadian itu amat sakit untuk dirinya lalui sekarang ini.

"Maafkan mama sayang, maafkan mama. Mama salah sayang, kamu tak patut kena macam ni."

Mengapa mesti anaknya juga yang tersakiti di dalam perdebatan mereka sebentar tadi? Mengapa bekas suaminya itu tiba-tiba sahaja datang untuk menuntut hak penjagaannya pula? Bukankah selama ini lelaki itu telah memilih untuk membuang mereka berdua di dalam hidupnya?

"Takde siapa salah dalam hal ni, ma."

"Tugas Isy untuk lindungi mama."

"Sekarang turn mama pulak lindungi Isy. Jum gerak gi hospital.'

Aunty Sherlina sudah tidak tentu arah. Segera tudung yang berada berdekatan dengan dirinya dicapai dan disarungkan ke kepalanya. Kunci kereta proton Preve itu diambilnya pula. Dia berlalu ke arah anaknya kembali. Tubuh tinggi lampai anaknya itu cuba dicempungnya, namun pergerakannya lantas mati.

Isyraf Nazran menahan mamanya. Dia tahu mama begitu risau hingga tidak perasan dengan apa yang dilakukannya. Bukan dia tidak mahu menerima bantuan daripada si ibu, dia tidak mahu dirinya ini terus menerus menyusahkan si ibu yang sudah banyak menderita.

"Ma, Isy boleh jalan lagi."

"Mama nak dukung Isy, dah kenapa?"

"Mama bukannya kuat ma."

Hidung mamanya sempat dicuit mesra. Ditolak bantuan mamanya itu keatas dirinya.

"Walaupun baju Isy ni penuh dengan darah, Isy belum mati lagi ma."

Bibirnya mengoyak senyum resah. Biarlah dia sakit, janji dia dapat melindungi mamanya sekarang ini.

"Ajal maut kat tangan Allah. Kamu jangan cakap macam tu lagi, mama tak suka."

"Mama risaukan kamu sayang. Kamu terluka sebab mama."

"Isy tak pernah terluka dan takkan terluka sebab mama. Itu janji Isy kat mama."

Tangan tua itu, diusapnya lembut. Dia masih cuba menyakinkan mama supaya tidak bersedih dengan apa yang sudah terjadi. Tangan yang masih berdarah dikerlingnya sekilas. Kesakitan mulai terasa, namun dia mesti kuat demi mamanya sendiri.

Proton Preve yang berada di tempat parkir kereta pantas dihidupkan enjennya. Isyraf Nazran lantas memasuki perut kereta tersebut dengan tangan yang berbalut dengan kain. Badannya terus dihempaskan kasar ke tempat duduk penumpang. Matanya itu dipejam rapat, cuba untuk melupakan kesakitan yang dirasainya kini.

Puan Amelia yang sedang berada di halaman rumah itu dipandang oleh Ilya Nasuha lama. Kelihatan mamanya itu sedang leka menyiram tanaman yang semakin menggebu dan menghijau di halaman rumah mereka. Lantas dia terus menerkam dari arah belakang. Tubuh tua itu terus dipeluknya erat.

"Mama... Suha lapar lah." Rengeknya.

"Dah tahu lapar, pergi lah makan. Muka mama ni boleh kenyangkan kamu ke?" Puan Amelia sudah tertawa kecil saat memadang anaknya yang sudah menarik muncung panjang sedepa. Dikuisnya hidung anaknya itu tanda bermesra.

"Ma, ayah mana?"

Pandangannya dibuang bagi memandang sekeliling perkarangan rumahnya itu. Wajah papa masih jua tidak kelihatan di mana-mana. Kemanakah perginya ayahnya itu? Setahu dirinya, hari ini ayahnya itu cuti dan tidak keluar outstation ke mana-mana, jadi mana batang hidung ayahnya?

"Keluar dengan abang kamu lah. Dia pergi beli joran baru kot. Katanya dorang nak pergi mancing jap lagi."

Ilya Nasuha bingung. Sejak bila ahli sukan negara itu berminat untuk memancing pula? Sudah hendak tukar kerjaya menjadi nelayan berjayakah abangnya seorang itu? Mungkin abangnya sudah lali dengan kehidupan sebagai seorang atlet? Sebab itu abangnya itu hendak berkawan dengan ikan pula?

Ilya Nasuha hanya mengangguk mengerti mendengarkan apa yang dikatakan oleh mamanya. Kini, matanya meliar memerhati rumah lelaki itu yang bersebelahan dengan rumahnya. Sunyi sahaja? Kemana agaknya kedua beranak itu pergi?

"Ma, Suha nak tanya sikit boleh?" Wajah mama kembali dipandangnya. Puan Amelia masih meneruskan kerjanya bagi menyiram pokok bunga bongsai itu.

"Apadia?"

"Aunty Sherlina tu dia takde suami ke?"

Mulut celopar anaknya itu segera ditekupnya dengan erat. Bagaimana anaknya itu boleh bertanya perkara ini sewaktu mereka sedang berada di luar rumah? Buatnya pertanyaan itu nanti didengari oleh rakannya itu, apakah perasaannya nanti?

Ilya Nasuha terkedu. Dia pantas meleraikan tekupan tersebut sebelum dirinya yang ke rahmatullah disebabkan tekupan itu. Matanya terus sahaja meliar bagi memerhatikan keadaan sekeliling. Mama yang masih terjegil memandang dirinya hanya dibalas dengan sengihan.

"Aunty Sherlina dah cerai dengan suami dia. Masa tu, Isy kecil lagi." Puan Amelia mula membuka bicara setelah keadaan benar-benar selamat baginya.

"Jadi, Isy takde ayah lah?"

"Ada lah, tapi tak tinggal sama. Boleh dikatakan bercerai hidup. Mama pun tak tahu sangat pasal hidup diaorang sekeluarga."

"Sejak mama lost contact dulu, mama dah tak tahu khabar berita Aunty Sherlina ni. Sedangkan dulu mama rapat sangat dengan dia, macam isi dengan kuku tu."

"Tapi bila mama jumpa balik kawan mama tu, tau-tau je dia dah jadi single mom."

"Terkejut jugak lah mama dengan berita tu. Tapi macam kamu tengok sendiri, Aunty Sherlina tu tetap kuat besarkan Isy sorang diri."

"Apapun, mama bangga ada kawan yang kuat macam dia. Tak semua orang mampu untuk ada kat tempat dia. Kalau mama pun, mama belum tentu mampu."

Perasaan empati mula terbit di dalam dirinya. Mesti sakit untuk Isyraf Nazran menempuh setiap kehidupannya selama ini tanpa belaian kasih seorang ayah. Dia hanya mengangguk kepala mendengarkan setiap butir bicara mamanya itu.

"Ma.. Suha masuk dulu tau." Pintanya pada mama. Perut yang berkeroncong ini sungguh mengacaunya dari terus bergosip dengan mama dengan lebih lama.

"Suha lapar lah, Suha nak makan ni. Mama masak apa?" Tanyanya pula.

"Masak makanan fav kamu la. Hm, tomyam campur. Dah, pergilah masuk dalam."

Pipi sang ibu pantas dikucupnya tanda terima kasih kerana telah memasakkan lauk kegemarannya itu. Lantas dengan langkah kaki yang laju, dia kembali menapak ke dalam rumahnya kembali. Perut yang sedang bergendang kelaparan itu haruslah diisinya dengan kadar segera.

"Suha sayang mama sebab ni lah!"

Ilya Nasuha tersenyum mengenangkan nasib diri. Pantas syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Allah S.W.T masih memberikan nikmat buatnya bagi merasai kasih sebuah keluarga seperti keluarga ini. Terima kasih di atas pinjaman ini. Suha sangat-sangat menghargainya.

Perut sudah berirama untuk diisi , pinggan sudah setia menanti , sudah kenyang pasti senang hati !

Continue Reading

You'll Also Like

592K 29.2K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...
191K 19.1K 53
Known as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLIC...
270K 23.8K 29
[1.0 UNDER HIS SERIES] -KNOWN AS HIS LADY- "I nak putus dengan you" - Dian Amelia "It's a joke right? I love you. Kenapa buat i macamni?" - Tengku Qu...
EVE [COMPLETE] By Violetta

Mystery / Thriller

5.9K 352 55
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...