T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50

Bab 48

511 64 12
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka

Media
Sumpah dan Cinta Matiku - Nidji

"HARDEEN Daniel bin Haidar Saadi, aku nikah akan dikau dan aku berkahwin akan dikau akan pinangan engkau Tiara binti Ahmad Tarmizi atas jalan naib kadi syarie dengan mas kahwin satu ribu ringgit Malaysia tunai."

"Aku terima akan nikahnya Tiara binti Ahmad Tarmizi dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit Malaysia tunai."

Dengan sekali lafaz yang diwalikan naib kadi, bahtera suami isteri akhirnya termeterai secara sah disisi agama Islam. Segala persiapan ala kadar disediakan selama tiga hari selepas menetapkan tarikh perkahwinan di Songkhla dengan bantuan keluarga Encik Wahid dan Puan Irdina yang bermastautin di negeri Perlis. Perjalanan bermula dari Danok selepas imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam sebelum pukul tujuh pagi waktu Malaysia ke sempadan atau Hat Yai. Mereka berdua dijemput untuk ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) disamping membuat pembayaran penuh sebelum bernikah.

Terdapat beberapa proses yang dipatuhi untuk memastikan perkahwinan diiktiraf disamping mementingkan lima rukun nikah, dan mereka menggunakan perkhidmatan ejen berdaftar bagi mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Lokasi akad nikah berpusat di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan dijalankan oleh salah seorang naib kadi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Songkhla serta disaksikan oleh dua orang naib kadi Majlis Agama Islam Songkhla. Sijil nikah ini mempunyai cop materi Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

"Saya Hardeen Daniel bin Haidar Saadi ialah suami kepada Tiara binti Ahmad Tarmizi yang sah pada hukum syarak, boleh berjanji terhadap isteri di hadapan jurunikah dan saksi dengan kata bahawa saya akan memelihara isteri saya mengikut hukum syarak. Saya tidak akan menceraikan isteri saya dengan sesuka hati sebelum memaklumkan kepada pihak yang berkenaan." Lafaz taklik di hadapan jurunikah dan saksi bersambung berdasarkan skrip yang diberi.

"Saya berlafaz taklik dengan katanya, sekiranya saya tidak dapat bersekedudukan dengan isteri saya atau saya menyakiti akan dia sebagai menyakiti yang melampau atau saya tidak dapat bersekedudukan dengannya seperti suami isteri orang ramai lebih daripada empat bulan maka mengadu ia kepada ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam wilayah yang berkenaan, serta mendapatkan dua orang saksi di atas dakwaannya, dan diisbatkan pengaduannya, maka tertalak dia satu talak; dan jika saya rujuk akan dia yang tertalak dengan taklik ini atau dengan talak yang lain dengan ketiadaan redhanya, maka tertalak ia satu talak pula."

Air mata Tiara berguguran disisi sang suami. Tripod kamera yang dipasang sebagai bukti pernikahan dikerling sekilas sebelum jarinya turun menyeka tubir mata. Saat-saat yang begitu mendebarkan semenjak peristiwa pada malam itu akhirnya berlaku. Hari ini statusnya berubah, hari ini tiada lagi ruang yang menjarakkan mereka.

Tiga hari menempuh onak demi memperjuangkan sesuatu istimewa di antara mereka berdua umpama sebuah mimpi panjang. Mereka bertolak ke Perlis pada malam sama dan menginap di rumah Encik Wahid sehingga hari yang ditunggu-tunggu tiba. Janji-janji yang ditabur antara dua hati dan satu jiwa ditepati walaupun tanpa restu kedua-dua orang tua.

Dia sedar keputusan ini terlampau mendadak dan berisiko. Menepikan keluarga bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Hardeen menawar tangan untuk berpimpinan dalam situasi tegang, mengajaknya berjalan beriringan bagi menghadapi apa jua rintangan mendatang, dan dia setuju untuk menemani sehingga tiba ke destinasi yang diinginkan.

Hubungan ini terlalu sukar, malah memerihkan mental. Kalau hati sudah mengaku sayang, mampukah mulut untuk menidakkan? Mata mereka berlaga. Senyuman Hardeen bersemadi pada pancaindera. Begitu juga dengan detakan rasa. Spora-spora asing membara. Gerakan mulut tanpa suara lelaki itu ditangkap jelas walaupun sekadar isyarat halus.

'Thank you sayang.'

Tiara diasak hiba. Mutiara tanpa warna berlinang sekali lagi.

Usai urusan akad nikah selesai, sijil nikah dan surat pengesahan diterima dari Majlis Agama Islam wilayah Songkhla. Ejen mengatakan mereka perlu menyerahkan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla yang memaklumkan bahawa perkahwinan diantara pasangan tersebut bernombor kad pengenalan adalah sah di wilayah tersebut dan telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Thailand. Hal ini kerana, surat ini membolehkan pasangan mendaftar perkahwinan di Malaysia kelak. Urusan mengambil masa selama satu hari untuk pendaftaran serta pengesahan dan mereka bercadang untuk bermalam saja di Hat Yai.

Kedatangan seseorang yang tidak disangka-sangka meleburkan segala persengketaan di antara mereka. Hardeen tersenyum tatkala Sean berjalan merapati setelah Tiara memberi ruang dengan beredar ke kereta bagi membiarkan mereka membuka lembaran baharu. Sebelum hari ini tiba, dia sempat menghantar ringkasan kepada Sean disebabkan perjanjian yang pernah termeterai dahulu. Jabatan tangan lelaki itu disambut mesra seperti zaman dahulu kala. Trademark. Zaman dimana persahabatan mereka belum dicemari dengan najis-najis pengkhianatan, penipuan, atau hasad dengki.

"Congrats bro."

"Thanks bro. Aku tak sangka kau sanggup datang jauh-jauh."

"Janji tetap janji. Kalau kau kahwin, aku datang. Kalau aku menyusul, kau pun kena datang. Cuma tak sangka sejauh ini langkah kau, Deen. Masak juga aku bila mommy tanya kenapa aku nak pergi Thailand. Risau sangat kalau aku pergi mengurut katanya." Mengusik. Bahu Hardeen ditumbuk manja. Mereka sama-sama berdekah. "Nampaknya antara kita, kau yang off market dulu."

"Aku cuma ikut kata hati. Satu Malaysia tahu kisah aku, dan aku percaya, kau boleh faham sendiri kenapa aku pilih jalan ni."

Sean mengukir nipis. Lebih terbuka, lebih tenang. Sempat dikerling kelibat Tiara yang samar-samar melalui jendela kereta yang tidak begitu gelap. Mengimbau semula p erselisihan sebelum ini umpama menggeletek tangkai hati sendiri. Rahangnya longgar. Dia menghormati pilihan Tiara kerana dia juga belum cukup berani menentang dunia seperti Hardeen. Hardeen calon yang selayaknya, dan dia tumpang gembira atas kebahagiaan gadis itu. Cinta suci yang pernah wujud buat Tiara nyata, dan dia sedang di dalam fasa menerima dan melepaskan untuk mencari bahagia buat dirinya sendiri.

Setiap peristiwa yang dilalui tidak pernah disesali. Mengenali Tiara bukan sekadar mengajar erti pengorbanan, tetapi menyedarkannya tentang satu perkara. Jodoh itu cerminan diri. Lelaki yang baik akan dihadiahkan kepada wanita yang baik, dan dia sedang dalam proses membaiki diri sendiri. Indahnya aturan Allah SWT dalam menjentik hati hambanya. Sean mengalih fokus.

"Jaga Tiara baik-baik, Deen, dia satu dalam sejuta. Aku harap semua yang berlaku takkan jejaskan persahabatan kita. Esok flight aku ke Istanbul, dan aku memang harap aku boleh clear semua yang jadi sebelum fly."

"You're leaving?"

Mengiakan. "Kau pun tahu aku kerja dekat Estate Empire selama ni sebab terhutang budi dengan Uncle Haidar. Dulu uncle naikkan business keluarga aku, dan aku rasa aku perlu hambakan diri selama mana yang perlu. But now, I've decided it's time for me to take matters into my own hands and do something that I want to do for myself. Dan kau, kau pun patut buat sesuatu yang kau nak buat. Bukan sebab terpaksa. Bahagia sendiri lebih penting."

Isyarat dari jongketan kening Sean mudah dibaca. Tertawa Hardeen menghadamnya. Benar, sebulan lalu dia terdengar berita tersebut dari mulut-mulut orang atasan bahawa Sean berkemungkinan akan meninggalkan Estate Empire. Mereka sudah lama tidak bertukar cerita kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Lagipula, insiden sebelum ini sudah cukup mencipta kedinginan. Dia juga tidak mengharapkan Sean akan terus bekerja di syarikat itu setelah wujudnya konflik di dalam keluarga. Ada bala yang bakal mengejutkan seluruh semesta, dan dia mahu lihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana gerangan tersebut terkubur akibat keangkuhan.

Dia sudah jemu dengan permainan Tan Sri Haidar Saadi. Lelah menjadi boneka yang dikawal untuk menurut kemahuan lelaki tua itu sehingga mengabaikan keinginan diri. Kalau papa boleh mementingkan diri, mengapa tidak dia? Semua masalah yang terjadi berpunca dari lelaki tua itu. Sistem toksik dalam keluarga ini perlu dihentikan, dan dia takkan menjadi penurut dan membayar segala dosa-dosa yang terpalit akibat masa lalu. Kalau bersama Tiara memerlukannya untuk menentang dunia, dia tidak segan-segan untuk berada di barisan paling hadapan.

"Semoga kau jumpa apa yang kau cari, Sean." Ikhlas. "Walau apa pun yang jadi, kau tetap sahabat dunia akhirat aku."

Senyum. Senang dengan bait-bait Hardeen. "Kau pun sama, aku doa dari jauh. Kalau perlukan pertolongan, telefon. I know your situation isn't exactly smooth-sailing right now, but I hope that in the end, all the hard work you've put into changing things around will be worth it."

Moga-moga.

***

Bintang di dada langit berkerlipan indah. Angin malam sepoi-sepoi menciumi kulit terdedah, mengejutkan bulu-bulu roma yang sedari tadi sedang enak dibuai mimpi. Rambut yang dibiarkan bebas menari berombak-ombak mengikut aliran tiupan angin lembut. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh, membuang pandang jauh ke hadapan disamping menikmati lampu-lampu di bandar Hat Yai yang terang-benderang kerana perayaan. Tiara tersenyum kecil apabila sepasang tangan tiba-tiba melingkar dan memeluk pinggangnya dari belakang. Bau wangian di tubuh sang suami meresap ke rongga hidung. Ciuman kecil di tepi dahinya dirasai.

Sebentuk cincin belah rotan yang dilaga sesama jari hantu dan jari manis di tangan kanan terasa. Momen selepas menghantar dokumen pernikahan di Pejabat Konsulat Malaysia diingati. Cincin dan penghantaran lain tidak dianggap wajib semasa bernikah dan ia masih dianggap sah mengikut hukum syarak. Waima begitu, Hardeen tetap berkeras untuk menghadiahi satu set perhiasan sebagai tanda dirinya telah dimiliki dan ditanda. Lingkaran tangan lelaki itu semakin kejap di tubuh. Tiara menyambut selesa.

"You rasa apa yang kita buat ni betul?"

Lambat-lambat bibir menyoal sebaik saja kesepian semakin mencengkam atmosfera. Sejujurnya dia masih bimbang dengan cabaran yang bakal mereka hadapi. Terlalu banyak beñbbrfikir sehingga kepalanya diserang migrain. "I terfikir kalau kita balik ke Malaysia nanti, semuanya akan jadi lebih kucar-kacir. I takut untuk hadap persepsi masyarakat, amarah orang tua kita... It's different now. I takut, Hardeen. What if it gets worse when we get back?"

Soalan berunsur kebimbangan dari Tiara merungkai kesepian gadis itu semenjak tiba di Centara Hotel, Hat Yai. Hardeen mengelus lembut pinggang sang isteri. Pandangan turut dipusat ke hadapan, merenung jauh dari balkoni tingkat lima belas yang sedang mereka huni. Tiara lebih banyak termenung sendiri walaupun gadis itu terlihat ceria bersamanya. Benar, pulang saja dari Thailand, mereka akan dihamparkan dengan pelbagai onak dan ranjau dan berita perkahwinannya akan sampai juga di telinga media. Setiap pilihan berpakej risiko. Dia bersedia menelan duri-duri tersebut.b

"I know it's frightening and unsettling, and I totally understand how you feel, but I believe in us. I believe in our relationship, I believe that we can handle this. It might be a bit of a long and twisting path, but we'll get there one step at a time. I just hope you can believe in me as much as I believe in you."

"I'm not sure about this whole situation, Hardeen. I'm worried that it's gonna end up in a mess, that everything will fall apart. It's a scary thought, and I don't know if I have the courage to take the risk."

Tiara memejam mata. Cuba menenangkan diri dan menyusun tutur seterusnya. Memikirkan saja sudah pedih, apatah lagi merasai. Sungguh dia tidak sanggup kebahagiaan ini diragut. Dia tidak sanggup kehilangan Hardeen. "Macam mana kalau kita dipisahkan sekali lagi? Macam mana kalau-"

Belum sempat Tiara menghabiskan bicara, tubuh gadis itu dibalikkan menghadapnya. Iris saling menikam sesama sendiri. Terbuai-buai perasaan di sanubari apabila menyentuh Tiara disaat gadis itu sudah sah menjadi miliknya. Bahu si isteri dielus lembut. Lama anak mata mereka bersatu. Sangat rapat.

"No matter what happens, no matter how ugly or painful things may get, just hold my hand. Do not let go. Aku takkan pernah sesekali sia-siakan kau."

Senyuman sebak Tiara terbit di bibir. Mata hazel itu mencorakkan kedamaian yang tidak terperi. Berkaca-kaca matanya sebelum menurunkan tumpuan ke bawah. Udara ditarik ke rongga pernafasan. Dalam. Pergerakan Hardeen yang semakin mendekat disambut dengan rela hati. Mata diejam rapat. Satu kucupan hangat hinggap di dahi. Kucupan pertama yang cukup menghangatkan setelah sah bergelar isteri. Lama.

"Terima kasih benarkan aku miliki kau. Terima kasih benarkan kisah kita terus hidup. Thank you for allowing me to keep being a part of it. Thank you."

Tubuh mereka bersatu. Tangan sasa itu melingkar damai di tubuh. Kucupan Hardeen terasa di kepala. Kelopak mata dikatup. Air mata Tiara laju menuruni pipi.

Dua hari berlalu pantas. Suara-suara gelak tawa manusia membanjiri di laman gazebo rumah banglo dua tingkat. Lampu sorot dan lentera memancarkan cahaya di dalam kegelapan malam. Buaian gantung diduduki di sisi sang suami. Kerap kali Tiara tertawa dan menunduk segan apabila usikan Encik Wahid dan Puan Irdina tiada titik noktah. Hembusan angin malam begitu menyegarkan. Sulaman tangan Hardeen kemas di telapak tangan. Semenjak mereka pulang dari Hat Yai, rancangan asal diikuti. Mereka kembali ke Perlis untuk menyelesaikan beberapa urusan bagi mendaftarkan perkahwinan di Malaysia pula.

Kursus perkahwinan diambil secara maya dan dia bersyukur perjalanan mereka untuk menghalalkan hubungan dipermudahkan. Dia terhutang budi dengan kebaikan dan keramahan Encik Wahid dan Puan Irdina yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka meskipun pasangan itu cukup tahu jalan yang diambil adalah salah sama sekali. Meskipun dia melawan restu, satu mesej panjang ditaip dan dihantar kepada bonda sebelum dimatikan sehingga ke hari ini. Cukup bonda tahu bahawa dia sudah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri.

Dalam kerancakan perbualan di udara, kornea Encik Wahid terlari pada wajah lembut itu. Tersenyum lebar bibirnya tatkala mengenangkan kembali perjumpaan mereka. Terkejut. Terkejut kerana rupa gadis itu seakan-akan difotokopi dengan Diana. Sekecil-kecil perbezaan masih boleh dikesan memandangkan dia cukup rapat dengan Tarmizi sebelum pengkhianatan terjadi. Paras Tiara lebih manis, dan kemanisan itu terserlah kerana menurun dari sahabatnya. Tidak dinafikan, puteri Tarmizi sangat cantik dan tidak jemu dipandang.

Perasaan bersalah tidak pernah padam sebaik saja mengetahui Tarmizi sudah kembali pada Pencipta. Dia sudah menerima kifarah dari dosa lalunya, dan semua itu terbayar selepas anaknya dan Irdina, Rafiqi Adham meninggal dunia kerana menghidap kanser otak di usia 20 tahun. Dia mahu menebus setiap khilaf dengan mempersembahkan rahsia yang digenggam semenjak berpuluh-puluh tahun lalu. Dia tidak mahu anak yang ditumpang kasih menjadi mangsa kerakusan Haidar yang gila kekuasaan. Cukup kesilapan lalu menjadi pengajaran, dia tidak ingin Hardeen menanggung derita angkara Haidar.

Puan Irdina pamit untuk menunaikan solat isyak. Perbualan mereka terjeda. Seakan memahami dengan isyarat lirikan mata, Hardeen membalas dengan anggukan untuk memberi ruang perbincangan. Minit masa berlalu sangat laju, mereka tidak sempat untuk bersoal jawab kerana sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dan dokumen. Gadis itu menoleh kearah Hardeen sebaik saja lelaki itu meminta diri untuk beredar seketika. Keadaan menjadi sunyi. Dehaman terlepas.

Tiara mengangkat wajah. Pantulan cahaya jingga mencerahkan ruangan gazebo yang diduduki mereka. Encik Wahid memulakan mukadimah. Lembut saja tuturnya untuk menjaga hati. Bimbang sekiranya puteri Tarmizi menyalah tafsir. "Uncle tahu Tiara sudi untuk datang ke sini bukan hanya disebabkan Hardeen, tapi untuk tahu kebenaran. Cuma uncle harap Tiara tak menyalahkan keluarga sendiri, sebab mereka juga mangsa keadaan."

Tiara menanti penuh sabar. Lelaki tua itu menyambung bicara.

"Kalau nak diceritakan setiap rencah masa lalu, satu malam pun takkan cukup. Haidar dan Diana bercinta dari zaman universiti, cukup popular dalam kalangan kami. Sama cantik sama padan. Tapi semua berubah bila Haidar bawa Diana ke rumah untuk perkenalkan pada Tan Sri Hadi Sadeeq. Lelaki yang sangat berpengaruh sebab kuasa empayarnya besar." Nafas dihela. Mengingati setiap satu-persatu cekerama. Perasaan lega menyelinap secara tiba-tiba.

"Hubungan mereka berdua terhalang disebabkan darjat. Tan Sri Panglima Hadi Sadeeq rancang untuk pisahkan mereka dengan mengatur satu perkahwinan perniagaan dengan salah seorang anak saudagar kaya dari negara barat. Julia Foo namanya."

Alur cerita berterusan, dan demi Tuhan, dia tidak sanggup mendengarnya lagi. Tiara memejam mata apabila kisah Puan Diana berbutir-butir menembaknya tepat ke dada. Kisah dimana bonda tidak segan silu memilih untuk menjadi perosak rumah tangga. Kisah dimana bonda tergamak menghancurkan rumah tangga kaum sendiri kerana terbeli janji-janji manis seorang lelaki. Ya Tuhan, pedihnya untuk menerima realiti ini. Bagaimana Hardeen boleh menempuh seorang diri? Bagaimana lelaki itu masih teguh untuk bersamanya? Dia tidak akan pernah sekuat itu. Dia tidak akan boleh menerimanya.

"Satu hari, Haidar rancang untuk dapatkan Diana dengan cara kotor. Sangat kotor. Dan teruknya uncle sebab sokong rancangan Haidar dengan memerangkap Diana."

Tiara menggeleng dalam keadaan kelopak mata tertutup. Sebolehnya dia tidak mahu mendengar setiap penjelasan menyakitkan hati itu. Dipotong. Berkerut dahinya mengutarakan soalan. Memetik. "Uncle maksudkan, Tan Sri perkosa bonda? Itu rancangan kotornya?"

Encik Wahid menyangkal kenyataan Tiara. "Haidar tak pernah sentuh Diana seintim itu, Tiara. Itu cuma penipuan untuk buatkan Diana percaya dirinya diperkosa. Haidar sengaja letakkan Diana di dalam situasi terdesak untuk buatkan Diana merayu. Merayu untuk Haidar bertanggungjawab. Hakikatnya, dia masih perawan semasa berkahwin dengan Tarmizi. Kamu dan Hardeen tiada sebarang ikatan sedarah."

Kebas. Sangat kebas. Menggeletar bibirnya. Tiara menikus, tidak pasti respon apakah yang perlu dipamer tika ini. Bahang panas di sekitar mata semakin berapi. Didedahkan dalam keadaan tidak bersedia secara mental sangat memenatkan. Dia fikir dia sudah cukup kuat diperhidangkan kebenaran, namun semua dusta belaka. Melibatkan arwah ayah merupakan isu yang paling sensitif, dan dia sedang melawan rasa dari menjerit sekuat hati.

"Bertahun-tahun uncle simpan rasa berdosa pada Tarmizi. Disebabkan dendam, uncle khianat persahabatan kami. Tak fikir panjang langsung! Bodohnya uncle, bodohnya uncle sebab hilang seorang sahabat yang tulus dan bersih hatinya." Emosi. Alis bertembung. Wajah jernih Tiara mulai merona kemerahan. Mungkin turut memarahi di dalam hati kerana dia memang layak dikeji dan dihina akibat perbuatan terkutuknya terhadap Tarmizi.

"Uncle tebus dosa dengan datang pada Hardeen. Dan syukurnya uncle bila Hardeen setuju untuk bawa kamu pada kami. Apa pun yang berlaku di masa lalu, Julia, Diana, dan Tarmizi hanya mangsa keadaan. Sejauh mana kami melangkah, zaman silam tetap mengejar. Kifarah berlaku pada ahli keluarga, cepat atau lambat saja. Takdir perlu berubah, dan uncle percaya Hardeen akan rungkai semuanya. Dia jauh sekali macam ayahnya."

"Takdir pertemukan kamu berdua bersebab. Ada hikmah. Keadaan akan membadai, tapi kuat. Perlu kuat. Tetap percaya antara satu sama lain. Itu kekuatan yang tak boleh dibeli dari segi wang ringgit sebab itu datangnya dari hati yang hidup, bukan hati yang mati."

Pesan Encik Wahid lalu melorek hambar. Mata mereka bersatu lama. Melihat Tiara umpama melihat bayang-bayang Tarmizi yang tersenyum dari kejauhan. Dia ingin menemui Diana dan meminta keampunan. Ditahan-tahan emosi agar tidak menitiskan tangis sengsara. Penyesalan bermukim hebat di dada, lebih-lebih lagi dia sedang menanggung dosa yang tidak akan pernah diampunkan kerana dosa dengan manusia akan kekal sehingga kiamat. Dosa kepada sahabat yang sudah terlebih dahulu menghadap ilahi.

Maafkan aku, Tarmizi. Maafkan aku.

Continue Reading

You'll Also Like

5.1K 399 8
"How about I give you shelter but in exchange, will you marry me?" Dingin dan tiada emosi, Dahlia. Tawaran dia mengarut tapi bagi Wafi yang 'homeless...
1.9M 20.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan...
12.8K 257 53
Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah...