T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 47

509 72 18
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka

Media
Perayaan Mati Rasa - Umay Shahab & Natania Karin

TERIKAN matahari pada waktu petang memantul ke seluruh alam. Renikan peluh di dahi meleleh ke kening sebelum terhapus dengan fabrik tudung. Plastik berisi barang-barang basah dan kering dijinjing cermat. Perbualan kosong terlayang. Sesekali bibirnya menyambut riuh. Bila kaki mereka melangkah di antara persimpangan, laluan ke kanan diambil. Figura Puan Diana menceceh menyatakan kebimbangan terhadap Tiara. Momen dua minggu lalu terngiang-ngiang di telinga. Wujud persoalan di sanubari tatkala mengimbau setiap bait-bait yang diperkatakan.

"Baru-baru ni Ara cerita dia terima kontrak sebagai duta kecantikan. Kak tak soal apa-apa kalau itu yang boleh merawat hati, Ara. Cuma kak cukup risau kalau dia terjumpa semula dengan si Hardeen. Kita ni sayang anak, tak naklah biarkan dia meratap pada yang tak sudi."

Puan Diana mengeluh panjang. Melepaskan Tiara pergi ke Kuala Lumpur bagi menguruskan hal perletakan jawatan sudah cukup merungsingkan hati. Bimbang sungguh kalau lelaki itu memujuk rayu sehingga mencairkan hati anak perempuannya. Dia tidak mahu Tiara terpalit dengan keluarga itu, apatah lagi menerima nasib sama sepertinya.

"Ara dah besar panjang Kak Ana... Budak bertuah tu dah boleh fikir mana baik mana buruk. Tak usahlah Kak Ana risaukan sangat."

"Macam mana hati kak tak risau Najda? Tengok apa lelaki tu buat pada Ara. Hati ibu mana yang meloncat suka bila anaknya menangis serupa mati laki?"

Puan Diana mendengus. Bila difikir semula memori-memori lama, hatinya disimbah panas membahang. Bapa borek anak rintik. Dua-dua hanya tahu menghancurkan hati yang ikhlas mencintai. Dia bersyukur Allah SWT menghadiahi gadis itu patah hati di permulaan perjalanan untuk menyelamatkan Tiara diseksa di kemudian hari.

"Kak Ana risau keadaan Ara atau kak Ana bencikan lelaki tu sebab terpalit dengan masa lalu?" Ujar Usu Najda berani. Tolehan Puan Diana dikesan. Langkah diteruskan apabila mereka menjejak hampir ke perkarangan rumah. "Najda tertanya kenapa Kak Ana tak jujur saja pada Ara di dapur sebelum ni tentang siapa ayahnya."

"Dia takkan tahu Najda. Seeloknya biar dia fikir apa yang kita suap untuk elak susah. Kak tak nak dia terbabit langsung dengan kelompok orang kaya di sana. Kalau kak perlu buat Ara benci mereka untuk selamatkan keadaan, biar Ara membenci."

"Najda takut kita yang terkena tempiasnya. Ara bukan jenis penyabar orangnya, cepat melatah. Silap-silap yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Najda melepaskan keluhan berat. Tidak bersetuju dengan pemikiran Puan Diana yang terselit ketidakjujuran. Andai kata pembohongan mereka terbongkar, dia cukup pasti Tiara takkan bisa menerima. Buktinya, lihat seperti sebelum ini. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Kita saja yang tahu kebenarannya, Najda. Tak usahlah buka cerita ni lagi. Tutup, lupakan saja semua. Kak tak nak kita berdua tersasul di depan Ara pula nanti." Puan Diana menjeda perbualan usai mereka tiba di kaki anak tangga. Pintu rumah yang terbelahang luas menandakan Tiara sudah pulang dari tanah perkuburan. Nafas ditarik panjang, menghidupkan emosi berlainan.

Ucapan salam didahulu. Kelibat figura yang berteleku sepi di atas kerusi mengundang senyuman. Namun begitu, tatkala matanya bersatu dengan iris Tiara, bias-bias sembap dan bengkak mencuri perhatian. Matanya tertangkap satu hamparan sampul yang cukup dikenali rupanya mendarat sempurna di atas meja kopi. Bergegar, dunia Puan Diana terasa kelam. Usu Najda yang menyusul dari belakang memanjangkan leher sebaik saja aturan langkah Puan Diana terhenti di tengah jalan. Tidak tahu-menahu.

"Ara... Bonda boleh jelaskan. Apa yang Ara faham, tak sama-"

Suaranya tersangkut-sangkut di kerongkong. Segera dia mendapatkan Tiara untuk mendakap namun anak gadisnya laju bangkit dari sofa dan menjauhkan diri. Beg plastik barang-barang kering yang dijinjing sudah bergelimpang jatuh entah kemana. Terbongkar semua noda yang cuba ditutup.

Tiara memejam mata. Kertas hasil ujian DNA di tangan setia digenggam. Demi Allah dia tidak pernah menyangka Puan Diana tergamak membohonginya berkaitan Encik Tarmizi, memalsukan hubungannya dengan ayah tanpa sebab munasabah. Tidak tahukah bonda semua itu sangat menyakitinya? Bagaimana bonda boleh berlakon tenang melihat kesengsaraannya disebabkan penipuan demi penipuan itu? Siang malam, tidak kira tidur mahupun terjaga dia kerap mempersoalkan statusnya yang bergelar anak tidak sah taraf. Ya Tuhan...

"Kenapa bonda sanggup 'bunuh' Ara berkali-kali? Apa salah Ara pada bonda sampai bonda sanggup tipu Ara soal ayah? Apa salah Ara?!" Ton naik melebihi oktaf, kurang sabar. Bergegar seisi rumah kayu separa batu ini dengan suara nyaringnya. Jari telunjuk ditunding tepat pada dada. Sepenuhnya hilang kawalan. "Jawab Ara! Ara anak siapa sebenarnya bonda? Anak Tarmizi atau anak haram?!"

"Jangan celupar, Tiara! Jangan celupar! Jangan sampai tangan aku ni ringan memukul kamu. Jangan tinggikan suara dengan bonda! Derhaka kamu tahu tak?!"

Lantang Usu Najda mengamuk dalam kegentingan. Mencerlung tajam pancaindera memanah figura Tiara yang tegang akibat marakan api. Puan Diana di sisi sudah menangis tidak berlagu. Suara bergetar. "Jangan jadi anak yang tak sedar dek untung! Derhaka! Kalau aku tahu perangai kamu hodoh ghupe ini, dari kecil lagi aku picit hidung kamu sampai mati!"

Tiara memintas laju. Air mata menitis di pipi. "Bunuh saja Ara! Tikam Ara sampai mati, tikam Ara sepuas hati macam mana usu dengan bonda menipu depan muka Ara. Ara lagi rela mati daripada diseksa dalam keluarga sendiri! Sakit! Orang yang Ara paling sayang, orang yang Ara gelar sebagai ayah dimomok dengan status palsu. Bonda sanggup gelar Ara sebagai anak haram sedangkan Ara anak ayah! Anak kandung Tarmizi!"

Terdiam Usu Najda mendengar jeritan pekiknya. Objek di tangan dilempar entah ke mana. Tidak menunggu lama, kedua-dua belah kaki berjalan laju ke arah kamar tidur. Pintu kayu ditolak kasar sehingga berdentum. Bagasi yang tersimpan di atas almari ditarik tidak sabar sehingga tergolek-golek di atas lantai. Suara kelam-kabut bonda yang menyaksikan gerak-gerinya tidak diendahkan. Dikuak almari sebesar alam sebelum menghumban laju pakaian-pakaian yang berlipat dan bersangkut ke dalam bagasi.

"Najda tolong! Tolong lembutkan hati Ara. Tolong akak, Najda, tolong..."

Kuat Puan Diana menangis, menarik dan menggoyangkan lengan Usu Najda untuk menenangkan Tiara yang dirasuk hantu. Wanita itu menarik nafas dalam, kaku seakan-akan pasrah dengan situasi ini. Berlari anak kakinya melolos ke dalam kamar tidur Tiara. Tangisan gadis itu turut parah. Baju-baju yang digumpal-gumpal Tiara ke dalam bagasi dikeluarkan semula dalam keadaan tangisan membara. Bahu gadis itu disentuh. Memohon.

"Ara, bonda mohon jangan tinggalkan bonda. Bonda terpaksa sayang, bonda terpaksa. Demi Allah bonda terpaksa! Bonda tak berniat gelarkan Ara anak luar nikah, Ara anak bonda. Anak bonda."

"Ara anak ayah, Ara cuma anak ayah!"

Tiara menjawab dalam esakan. Menitik-nitik air mata dan hingus mengalir. Dia sudah tidak mahu peduli. Kalau kehadirannya tidak pernah disenangi, buat apa dia mahu melenggang di dalam rumah ini lagi? Makin dia berada di sini, makin terpukul-pukul dia jadinya. "Bonda tak pernah nakkan Ara dalam dunia, bonda cuba bunuh Ara, dan hari ini, Ara dah mati bonda."

"Ara... Bonda merayu jangan pergi. Bonda minta maaf sayang, bonda minta maaf. Bonda terpaksa. Bonda tak nak Ara terpalit langsung dengan keluarga Haidar, bonda tak nak Ara terima nasib yang sama. Bonda sayangkan Ara. Ara anak bonda."

Terhenjut-henjut bahu Puan Diana memujuk. Keseluruhan wajah sudah basah dengan empangan bocor. Kelibat Najda yang mengintai dengan wajah yang turut merona kemerahan dikerling. Dia tidak sanggup kehilangan anak disebabkan satu kesilapan. Tiara satu-satunya penguat jiwa, harta yang ditinggalkan Tarmizi untuk dijaga dan disayangi. Kalau dikias kisah lalu, mungkin dia menolak mentah-mentah. Tapi tidak sekarang, tidak selepas dia disedarkan dengan kenyataan bahawa kewujudan Tiara disebabkan bunting pelamin. Bukan kerana dia mengandungkan anak si Haidar sialan itu.

Zip bagasi ditarik. Berombak-ombak dadanya dengan letusan lava. Kebas, organnya terasa kebas. Urat sendi seakan dicucuh api, kulitnya bagai ditoreh-toreh dengan pisau. Kalau arwah ayah masih hidup, lelaki itu tidak akan sesekali membohonginya. Kalau arwah ayah masih hidup, lelaki itu takkan pernah meletakkannya di dalam situasi seperti ini. "Ara boleh terima kalau bonda jujur, Ara boleh terima kalau bonda larang, tapi bukan menipu tentang ayah! Status Ara! Kalau betul bonda sayangkan Ara, kenapa bonda sanggup 'bunuh' Ara?"

Bergema. "Bonda tak nak Ara ulang perkara sama! Bonda nak Ara bencikan mereka! Lelaki tu akan buat perkara yang serupa, macam mana ayahnya buat pada bonda!"

"Lelaki yang bonda benci sepenuh hati tak pernah sama dengan ayahnya! Lelaki yang bonda benci sepenuh hati tak pernah mengalah demi Ara! Lelaki yang bonda jolok dengan tanggapan buruk, satu-satunya lelaki yang Ara cinta separuh nyawa!" Jerit Tiara termengah-mengah. Emosi bercampur menjadi bebola bencana. Esakannya membara. "Kenapa Ara yang perlu bayar hutang masa lalu bonda? Kenapa Ara?!"

Ucapan salam dari luar rumah berkumandang. Tanpa menunggu balasan Puan Diana, Tiara bangkit dari duduk untuk membetulkan dirian. Langkahnya dibuntuti Puan Diana dari belakang ke pintu utama yang terbelahang luas. Suara lirih rayuan bonda tidak dipedulikan. Alangkah terkejutnya Farzana saat figuranya terpacul dalam keadaan comot dan tidak terurus. Mata gadis itu terlari kepada Puan Diana yang tidak jemu menahan tubuhnya dari melangkah.

Tiada kata yang terluah, cukup kerlingan mata yang menjadi jawapan. Anak tangga dituruni pantas sehingga kaki roda bagasi tergolek disebabkan permukaan tangga yang tidak rata. Tidak mengendahkan kemunculan Farzana, laju sepasang kakinya keluar dari rumah ini tanpa hala tuju. Suara jeritan gadis itu memanggil nama tidak mampu memalingkannya ke belakang. Teresak-esak matanya berhujanan, pandangan semakin kabur meskipun langkah masih maju ke hadapan.

"Ara! Tolonglah jangan pergi. Bonda merayu..."

Puan Diana menjerit dengan kelirihan. Sangkut. Tidak cukup dengan memekik, dipaut pula Farzana yang terpasak setempat untuk meraih simpati. Perasaan malu dibuang jauh-jauh. Tersedu-sedan. Riak keliru terpamer di wajah gadis itu. Digoncang-goncang lengan Farzana untuk mengejar langkah Tiara. "Farzana, tolong bonda, Farzana... Tolong bonda pujuk Ara, pujuk Ara. Jangan biarkan Ara pergi."

"Tiara!"

Tanpa membuang masa, Farzana berlari anak sehingga sasarannya digapai. Ditarik kasar bahu Tiara sehingga gadis itu terdorong semula ke belakang dan menghadap. Amarah membabi buta naik sehingga ke puncak kepala. Tajam mata menghunus wajah itu. "Apa yang hodoh sangat perangai kau ni?! Bonda ni! Syurga kau! Setan mana yang menyinggah sampai kepala kau ting tong nak fikir mana dosa mana pahala? Bawa-bawa mengucap Tiara!"

"Kau diamlah Farzana! Jangan masuk campur! Kau orang luar jadi kau diam sajalah!" Tiara menjerit memarahi sehingga berubah muka gerangan di hadapan. Beberapa penduduk kampung yang turut lalu-lalang berhenti untuk menyaksikan drama sebabak ini. Turun naik dadanya mengawal marah yang menggunung. Suara Farzana sekali lagi memetir. Sama naik, sama berapi sepertinya.

"Kau nak berambus daripada kampung ni pun aku tak pedulilah!" Jari telunjuk ditunding ke belakang. "Kau pergi sujud kaki bonda pohon kemaafan sebelum terlambat! Jangan jadi anak derhaka!"

Kalau boleh ditoreh dada dan menarik keluar organ, ingin sekali dia lakukan bagi menghilangkan kepedihan yang menyesakkan jiwa. Menitik-nitik mutiara jernih mengungkap penuh emosi. Kesakitan yang dirasai takkan pernah difahami oleh orang yang tidak sama-sama duduk di tempatnya. Farzana tidak layak mempersoalkan! Dada ditunding. "Aku dah cukup hancur Farzana! Aku dah cukup hancur sehancurnya! Kalau keluarga sendiri khianat dalam diam, tempat mana lagi yang aku patut berpaut?!"

"Tiara... Tiara!"

Batang figura Tiara yang makin jauh ke hadapan dipandang kebimbangan. Kedua-dua belah tangan naik memegang kepala sambil menoleh ke arah bonda yang terduduk di kaki tangga bersama tangisan panjang. Serabut. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fikirannya melayang kepada seseorang. Sejenak kemudian, telefon bimbit dikeluarkan dari kocek.

Perjalanan selama empat jam tiga puluh minit yang ditemani air mata duka akhirnya terhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Menonong saja kaki berjalan tanpa arah tuju selepas menuruni bas. Mata-mata liar kerap kali mengerling melihat penampilan serabainya yang hanya mengenakan baju kurung kain kapas. Agak comot kerana wajahnya sudah hilang seri akibat menadah tangis. Dia tidak mengganti pakaian selepas pulang dari menziarah kubur ayah. Tidak diendahkan pandangan-pandangan liar, bagasi ditarik sehingga ke pintu utama terminal. Fikiran berterbangan entah ke mana.

Dia tiada sesiapa selain diri sendiri. Tiada seorang yang mampu dipercayai dalam keadaan bila mana pengkhianatan demi pengkhianatan dipertaruhkan. Destinasi yang disangka membawa ketenangan tidak seindah khabar dari rupa. Kebas. Hatinya dikoyak-koyak. Mungkin kerana dia tidak boleh menerima kebohongan dari insan bergelar ibu. Insan yang mengecopnya sebagai anak tidak sah taraf untuk menutup khilaf di zaman lalu. Tidakkah perkara itu mementingkan diri sendiri?

Kerinduan pada Encik Tarmizi mencengkam mengenangkan lelaki itu saja rumah yang paling selamat didiami. Sekali lagi mutiara tanpa warna menyelusur jernih ke pipi dan berakhir di bumi. Kalau imannya senipis kulit bawang, pasti dia tidak akan berkira-kira untuk mengambil nyawa sendiri. Tiara memejam mata sesaat. Membuang pandang.

Hujan renyai-renyai bertukar menjadi lebat. Suara-suara orang sekeliling tenggelam dalam lautan minda yang begitu asing. Termenung. Lama. Lama sebelum deria sentuhannya merasai satu kehangatan dari tangan kasar yang menggelongsor dan mengemaskan seliratan. Tiara mendongak dan berpaling ke sisi. Figura tinggi lampai yang cukup dikenali hanya melontarkan renungan hangat tanpa mengeluarkan sebarang patah. Cukup hangat sehingga gegenang tubirnya kembali berkaca. Dejavu. Lelaki itu muncul untuk kesekian kalinya sebagai penyelamat sewaktu dirinya remuk redam dengan permainan dunia.

Sentiasa.

Penghawa dingin yang dihidupkan di dalam Ford Mustang diturunkan. Dua helai tisu yang dihulur Hardeen disambut dengan ucapan terima kasih. Hampir setengah jam menghuni perut kereta tanpa perbualan dua pihak. Air mata yang tidak henti-henti menuruni laju diseka berkali-kali, begitu juga hingus. Dia tidak peduli mempersembahkan penampilan comot di hadapan lelaki itu. Rasa sesak di dada masih menguasai. Kalau dijerit sehingga berdarah anak tekak sekalipun, keasingan di dalam rongga badannya tidak mampu diubat.

"Macam mana you tahu I ada di sini?"

Tiara menyoal dengan bahu terhenjut-henjut selepas emosinya kembali membaik. Teresak. Suaranya sedikit sengau disebabkan laluan pernafasan ditutupi mukus. Ditoleh kepala memandang Hardeen yang berteleku tenang di kerusi pemandu sambil melontar fokus ke hadapan. Lelaki itu akhirnya berpaling setelah soalan diaju. Mungkin kerana menghormati 'ruang sedihnya'.

"Farzana call."

"Yeah, right. Of course dia akan call you." Tiara tergelak namun tawanya kedengaran begitu palsu. Sudah agak. Tisu dibenamkan ke hidung. "Dia ada cakap apa-apa?"

"Nah, she's just worried about you 'cause you just walked away like that."

Tiara mengangguk mengerti. Tumpuan dihadapkan ke depan. Titisan air hujan yang mengalir lebat di cermin kereta mencipta corak berjalur-jalur. Kedinginan yang mencengkam melahirkan kejanggalan. Lebih-lebih selepas insiden pertengkaran mereka di Estate Empire sebelum ini. Malu. Tapi apa yang boleh dilakukan lagi? Perlahan-lahan butir kata diluah.

"I can't even stand to look at their faces. Thinking about how they have the bloody nerve to lie to my face... That's just messed up."

"So you've already figured out the truth that we're not sibling?"

Tiara kembali memaling wajah kepada Hardeen. Berkerut seribu. Tidak memahami. Bagaimana lelaki itu boleh mengetahui? "Ma-macam mana you tahu?"

Hardeen mengukir halus dengan pertanyaan berkenaan. Nafas dihela tenang. Wajah sembap Tiara begitu ketara. Sepasang mata itu sudah bengkak. Mungkin kerana menangis terlalu lama. "There's someone I'd like you to meet. He's been wanting to see you too. Dia boleh beri kau jawapan. Mungkin jawapan yang kau cari-cari selama ni."

"Siapa?"

"Uncle Wahid."

Alis berceracak. Tidak puas hati. Soalan ditembak-tembak umpama peluru berpandu. Suara masih sengau. "Jadi you dah tahu kebenarannya? You dah tahu semua dari mula? Masa kita dah berjumpa sebelum ni, you dah tahu?"

"Ya." Mengiakan. "It's kinda difficult to put into words because your family told you their own version of events. Might be a risk for both of us, and I don't want to start any issues between you and them. Masalah yang ada pun tak terhadam, aku tak nak menambah luka. But look, here you are, bawling in my car and knowing the truth all by yourself."

Nada naik seoktaf. "You tak patut biarkan I terkapai-kapai memandangkan you dah tahu cerita sebenar. The whole situation isn't sitting right with me."

"Betul, I should've just said it right away. Tapi tengok kesudahan malam tu. You heard it from others, and by the end of it, it wasn't a pretty sight." Menjeda. Mata bulat itu dipanah redup. Postur badan dibetulkan menghadap Tiara. Jarak sedikit rapat. "It's definitely better if you found out on your own instead of listening to it from someone else. Takkan sama perasaannya. Time won't really heal anything, but you have to forgive yourself first before you can learn to forgive other people too."

Menjeling. "You tak ada di tempat I Hardeen. You don't get it."

"I did."

Mata mereka bersatu jitu. Lama. "Hearing that statement about you originally wasn't easy for me to accept either... Especially when I found out you were the daughter of that woman who pretty much screwed up my mom's life. Sakit, pedih, semuanya sebati. Lagi-lagi bila aku mengkhianati mama dalam keadaan aku terlampau cintakan kau. I'm trying my hardest to forgive myself in order to find my way back. Once I did, I started doing everything in my power to make things right again."

Tiara dihurung rasa serba-salah. Dia tidak pernah tahu keseluruhan cerita berkenaan masa lalu bonda. Hanya tragedi itu saja didedahkan, selebihnya belum diteroka. Lambat-lambat bibir menyoal. "Dan you tak bencikan I walaupun you tahu hakikat sebenar?"

Tangan Tiara digapai dan digenggam kemas. "We're not supposed to be paying for all the mistakes they made in the past. I love you for you, and my feelings won't fade just because of something we should've never been forced to deal with. I want to marry you."

Rona kemerahan kembali bergayut di sekitar pancaindera. Tanda-tanda awal dia bakal meruntun sekali lagi. Sedih, sedih kerana perjalanan mereka terlampau berliku-liku untuk ke destinasi bahagia. Sedih kerana ketenangan yang didapati hanya diperoleh daripada orang yang bukan datangnya daripada ahli keluarga. Sedih kerana lelaki itu tidak pernah mengalah demi cintanya. Bermacam-macam spekulasi menjentik benak. Mengimbau semula perbuatannya terhadap Puan Diana, perasaan berdosa tidak berhenti mengalir di setiap sendi pembuluh darah. Bagaimana dia mahu memaafkan kalau dirinya juga masih belum mampu dimaafkan?

Air mata diseka sebelah tangan. "We can't. You masih terikat dengan company."

"The arrangement is off. I don't give two shits about that damn company anymore. I just want us, you...and me."

"Tan Sri? Bonda? Mereka takkan suka. Semua takkan suka you dan I bersama."

Tiara meluahkan kebimbangan nyata. Bagaimana, bagaimana, bagaimana. Permulaan persoalan yang kerap bermain di fikiran. Dia takut keputusan mereka bakal memamah diri. Emosinya tidak stabil, sudah pasti dia akan turutkan saja lamaran Hardeen untuk tumpang berteduh.

"I tak nak kita susah di kemudian hari, Hardeen."

"Screw what other people think, Tiara. Just focus on us for a second and think about our feelings. We're going to take on whatever the hell comes our way together." Hardeen memujuk. Lembut saja suaranya. "Kau sanggup bersama dengan aku? Kau cintakan aku?"

Panahan lembut sepasang mata hazel itu meresap ke dalam sanubari. Berdebar-debar jantungnya terlemas di dalam lautan asmara. "I cintakan you."

"Marry me?"

Angguk.

Continue Reading

You'll Also Like

3.8M 68.2K 45
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Me...
925K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.4K 365 6
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
2.1M 38.5K 54
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar deri...