Tears Of Revenge

By Naddr12

431 64 21

Raja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting d... More

Ϋ΅
𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹

𝟐𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹

9 1 0
By Naddr12

Dia melepaskan tangan aku lalu mencapai kot dia sebelum pergi ke tempat lain. Edris datang menghampiri aku. "Siapa tu? Kawan Navier?" aku hanya senyum sebagai tanda balasan. Nak kata kawan, aku rasa dia pun tak akan mengaku.

Aku makan tengah hari bersama keluarga Elara. Boleh pula waktu tu ada keluarga lain duduk di meja sebelah kami. Winter terus menukar tempat dengan aku. Aku mula tidak faham mengapa tetapi setelah melihat muka salah seorang ahli keluarga itu baru faham.

Safrina duduk bertentangan di sebelah Winter bersama Hazim di tepi. Mata aku yang salah atau memang perut Safrina tu besar? Nak kata gemuk, perut je. Oh wait... "Is she pregnant?" Winter berbisik ke telinga aku.

Kalau nak dikira bunting pelamin, perut dia sepatutnya nampak macam 2-3 bulan. Ni dah macam 6. Qistina senyum ketika dia bertentang mata dengan Datin Amira. Datin Amira membalas senyuman itu dengan muka paksa rela. "Eh Widad. Lama tak nampak muka kau."

Papa menegur Dato Widad, ayah kepada Elara. "Waktu majlis kahwin Safrina tu aku datang, tapi kau yang tak nampak. Sihat dah kau." papa angguk dan memandang aku. Dia tidak tegur pun, hanya sekadar melihat dari tepi mata.

Makanan yang nampak menyelerakan di depan mata itu tidak dijamah sedikit pun. Aku mencucuk cucuk daging yang ada di dalam pinggan. Edris menarik pinggan aku lalu memotong daging menjadi hirisan yang senang di hadam.

"Makan la Navier. Kalau nak potong kecil lagi cakap, saya potongkan." Elara yang di sebelah dia tersenyum lebar. "Ceyy abang, sweet sweet pulak. Untuk adik sendiri tak ada pula nak tolong potongkan."

Edris ketawa halus dan menjentik dahi Elara. "Suka hati abang la." Winter menyiku aku. "Don't let him show this intimate moments infront of Irwan. I feel like he would get mad."

Hampir aku lupa tentang perkara yang perlu di bimbangkan. Perkahwinan dengan Zafriel. It's not a bad offer considering the fact that he even ask Mister Ulusoy to find me a job. And he's always beside me, no matter what situation I am in.

"I'll be your steppingstone...  Kalau kau rasa tak ada orang sayang atau di sisi kau. Aku ada. Aku ada dengan kau budak.." aku masih ingat apa yang dia katakan.

"Miss Navier." Winter tiba-tiba menyentuh bahu aku. "Ha ye, ye?" dia menggeleng kepala lalu tunjuk ke depan. Datin Amira serta Dato Widad kelihatan risau kerana aku hanya termenung dan tidak makan.

"Awak tak suka saya potongkan daging tu ke Navier? I'm sorry if so." aku terus geleng dan menjamah makanan. Saat aku pergi ke tandas untuk membasuh muka, Safrina juga masuk. Dia berdiri tidak jauh dari aku.

Lipstick dipakai dan dia telek mukanya di cermin. "How's life? Aku ingat kau betul-betul kahwin dengan CEO Monster Eater tu tapi macam tak je. Mesti kau bayar dia kan, suruh cakap macam tu. Haih, kesian aku tengok kau."

Dia menjeling aku ketika dia membasuh tangan. "Besar perut kau." dia terus berhenti membasuh tangan. Kaku. Tangan yang berada di bawah air mengalir itu bergetar.

"Macam mana kau tahu..?" dia memegang tangan aku dengan kuat. "Tolong jangan bagitahu Hazim. Please! Aku tak nak dia tinggalkan aku!" well this is not the reaction that I expect. Senang betul Safrina.

"Whose child?" aku berbisik ke telinga dia. Dia terus menolak tubuh aku. Kepala digeleng berkali-kali. "Tak, kau tak boleh tahu. Hazim aku punya!" dia berlari keluar.

Safrina memang ada personaliti lain yang aku tak pernah tahu ke? Telefon bimbit dia tertinggal di atas sinki. Aku baru hendak capai dan beri kepada dia tetapi ada notifikasi dari Whatsapp. Tangan aku yang gatal ini membuka password telefon dia.

Nombor yang tidak disimpan. Tetapi aku macam pernah nampak nombor ni. Notifikasi itu dibuka. 'Macam mana alahan kau? Nak aku bagi minyak wangi lagi ke? Kau kena pastikan yang Hazim tak cerai kau, aku tak nak jaga kau dengan anak tu sekali.'

Aku terus menutup telefon Safrina. Siapa bapak anak dalam perut Safrina tu? Aku menuju keluar dari tandas tetapi mendengar perbualan seseorang yang menarik perhatianku. "Sam, aku pelikla. Safrina tu tak pernah pun bagi aku bawak dia pergi klinik. Dia selalu pergi dengan ibu je. Aku bukannya nak syak apa-apa tapi dia selalu keluar waktu malam. Aku tanya dia tak nak bagitahu."

"Aku rindu Navier Sam. Aku tak rasa cinta yang Safrina bagi ni sama macam Navier. Aku nak Navier balik." aku tidak mahu mendengar yang selebihnya. Telefon Safrina dibuang ke dalam tong sampah.

Sebelum aku balik bersama Winter, Safrina menahan aku. Dia mencengkam lenganku. "Eh kau dah kenapa?! Sakitla!" muka dia merah bahang. "Mana kau letak telefon aku? Kau mesti nampak telefon aku atas sinki tu kan, mana kau simpan?!" tangan dia dipukul oleh Winter.

"Please refrain yourself Safrina." Safrina ketawa. "Untung kau ada bodyguard. Mesti Dato Fazeel tu kan yang hire dia. Semua benda kau dapat kalau minta dekat Dato Fazeel. Kiranya betullah dia tu sugar daddy k-"

Pipi dia dilempang kuat. Sebelah tangan digenggam, sebelah berasa panas selepas melempang pipi Safrina. Aku menyuruh Winter untuk tahan Qistina daripada datang ke sini. Safrina yang sekarang tersungkur ke tanah memegang pipinya. Aku bercangkung di hadapan dia

"You can talk shit about me. But never about people who makes me feel happy. Kau nak tahu apa yang aku dengar tadi? Hazim kata dia nak aku lagi. Dia masih cinta kan aku. Happy sangat dengar. Kau nak, akak tiri kau jadi madu kau?"

Dia pandang aku dengan mata yang terbuntang bulat. "Try me Safrina. Kau jangan sampai aku sebar gambar kau keluar dengan laki dekat kelab malam. Jatuh maruah kau nanti. Nak? Tak nakkan? Then you better keep your attitude in check before I tarnish your reputation."

Seluar dikebaskan selepas aku bangun semula. Saat itu pula, ada orang yang berjalan di ruang parkir kereta. Dan Safrina yang merupakan seorang perlakon ini memulakan lakonan dia. "Sampai hati akak suruh adik minta cerai dengan Hazim. Akak tak kesian ke dekat anak adik dengan Hazim ni?!"

Dia mula menitiskan air mata palsunya. Orang yang berjalan itu pun terus berjalan ke arah kami. Orang itu memakai topeng serta hoodie jadi muka dia tidak dapat dikesan. Another victim fallen into her trap.

Orang itu bercangkung dan hulurkan tangan dia. Tidak sempat Safrina mencapai tangan dia, dia terus menarik balik tangannya. "Bodoh." orang itu membuka hoodie serta topengnya.

"Desperate girl. Pelik macam mana Hazim yang boleh dikira bijak tu jatuh dalam perangkap kau. Not everyone will fall into the whine of a devil disguise in angel clothing. Watch that mouth of yours and stop spreading rumours about Raja, unless you want to give birth with your mouth stitched up."

›♡‹

Zafriel memandu kereta sambil ketawa. Dari tempat parkir kereta hingga sekarang dia masih tertawa. "Kau dah kenapa ketawa tak habis-habis? Kena sampuk hantu ke?" tapi dia memang hantu pun kan? Kan, kan? Ketawa dia menjadi reda dan dia meraup wajahnya.

"Haih, ada hati Hazim tu nak dekat kau balik. Macam mana? Dapat tengok bukti depan mata yang adik kau tu mengandung anak luar nikah? Oh right, wanna know something else? She's carrying Luthman Naim's baby."

Aku memandang Zafriel dengan mata yang tidak percaya. Betul ke benda yang aku dengar ni? Tapi tak pernah pula nampak mereka berdua di kelab malam tu. Macam mana Zafriel tahu? "I know everything budak. Semua benda aku tahu, termasuklah tong sampah mana yang kau buang telefon Safrina. Percaya tak?"

Aku menggeleng kepala dan pusing jari telunjuk aku. "Infront of the restroom at floor 4. The restroom is near Ali's Delicacy. You throw it out exactly at 2:45 p.m. With your heart saying, 'The fuck is this bastard yapping about?'. Still don't believe me Raja?" aku terus angguk. Bahaya Zafriel ni.

Isi hati orang pun boleh tahu. "Jom, pergi date." aku tersedak air liur yang masuk ke dalam salur esofagus lalu terbatuk. Tiada hujan tiada ribut tiba-tiba ada date. "Haa?? Apa dia?" dia berhentikan kereta di tepi jalan.

"Date. Pergi keluar berdua. Kau tengah fikir aku ni baik ke tak kan? I'm only kind towards you..." ayat dia seperti tergantung. Ingin menyambung kata-katanya tetapi dia hanya telan sahaja.

"Okay. Tapi aku nak balik tukar baju." Zafriel memandang sekilas baju aku sebelum kembali memandu. Dia ni tak dengar ke apa? Dia memandu ke satu kedai baju yang agak besar. Kereta di parkir dan pintu kereta bahagian aku dibuka dari luar.

"Keluar. Kita beli baju baru." aku keluar kereta sambil memandang Zafriel dengan dahi yang berkerut. Tangan aku dicapai dan kami masuk ke dalam kedai itu. Setelah satu jam mencari baju, barulah Zafriel pergi membayar.

"Kau tak penat ke tunggu aku beli baju?" sebelah kening dia ternaik. "Kenapa nak penat? Normallah cari baju lama-lama untuk dapatkan baju yang betul-betul sesuai dengan taste kita. Sejam je pun kau cari. Now let's go." dia mengambil semua beg kertas baju dan bawa ke kereta.

Aku mencapai kunci kereta dari tangan dia. Kunci kereta Mercedes Benz itu diselup ke dalam poket. "Jom, aku bawa kau pergi satu tempat. Tapi aku nak drive." Zafriel mengeluh dan masuk ke tempat penumpang. Baik semacam je dia ni. Sampai sahaja di destinasi yang diinginkan, Zafriel enggan berganjak.

"Funfair? What are you, five?" yes, I am. Aku menarik lengan baju panjang dia sekuat hati. Dia tidak bergerak dan kekal berdiri di pintu kereta. "Eee cepatlah Real Riel! Kau ni dah la tinggi, berat tau tak!" dia geleng kepala.

Aku melepaskan lengan baju dia dan berdiri di belakangnya. Betis bahagian belakang ditendang. Dia hilang keseimbangan, peluang untuk aku menarik tangan dia. "Jom!" tangan dia tarik secepat mungkin sebelum dia seimbang semula.

"Kau kan, memang dengan orang tua tak ada adab eh?" dengan Qistina pun aku biadab, ni dengan kau? "I'm your future husband Raja. Bear that in your mind." dia merentap tangan dia lalu membaiki lengan bajunya. "Yelah, orang tua."

Zafriel membayar tiket untuk masuk. Aku mengajak dia untuk naik roller coaster. Dengan malasnya dia mengikut aku. Aku pergi sana sini pun dia ikut aje. Tidak merungut atau membebel. Aku hampir terlanggar dengan seseorang tetapi kollar baju ditarik dari belakang. "Uhuk, tercekik aku! Kau ni." kollar baju dibaiki.

"Kau jangan jalan jauh-jauh Raja. Dahlah pendek." dia menarik aku ke stesen yang menjual belon. Dia membeli belon karton hello kitty dan mencapai tangan aku. "Kau nak buat apa?" dia mengikat hujung tali belon itu ke gelang aku.

"Ha?" aku ingin membuka ikatan tali tetapu ditepis. "Nanti hilang susah. Kau pakai ni senang aku nak cari, faham?" aku memukul dia menggunakan belon itu. Kau ingat aku ni budak kecik ke?! Nak main ikat-ikat belon lak.

Aku berlari sambil menjeling dia. Mata terpacak pada aktiviti menembak. Bukan kerana aktiviti itu, tetapi lebih tepat lagi hadiahnya. Jika mendapat tembakan paling banyak akan memenangi patung kucing. Tapi aku tak reti.

Tapi apa gunanya bakal suami aku tu? Kann? "Riel, sini-sini." aku melambai dia yang sedang makan churros. Zafriel melihat aku dan melihat booth itu. Pistol yang ada di atas meja diambil dan dia terus menembak sasaran.

Satu, dua, tiga. Tiga tembakan dan tiga-tiga itu kena sasaran. Tiada miss. Wang diberi untuk bermain lagi hingga mendapat patung kucing yang aku inginkan. "Thank you Riel." aku memeluk patung kucing yang dimenanginya. "Sama-sama. Asalkan kau happy budak."

Hingga ke waktu malam kami berada di taman tema ini. Berhenti pun sebab perut aku berbunyi. "Aku ingat bunyi makhluk mana tadi, rupanya perut kau." Zafriel memang kerja sakitkan hati aku aje. Kami makan di sebuah restoran yang tidak jauh berada dari taman tema.

Setelah menempah makanan, barulah aku nampak kemunculan William yang datang dari pintu depan restoran dengan memakai kemeja biru dia. Dia tersenyum setelah nampak aku dan duduk di sebelah Zafriel.

"Good to see you Navier, how you doing?" aku membalas senyuman William lalu mengangguk kepala. William menghulurkan satu fail hitam yang tertulis nama aku di halaman depan. Zafriel arah guna matanya untuk aku buka fail itu.

Beberapa keping gambar tentang perbualan Safrina dengan Luthman serta pertemuan mereka berdua. Ada juga gambar Haziq bersama Safrina. Ada satu kertas yang bertulis dari atas hingga bawah. Aku membaca satu persatu dan terkejut dengan apa yang diketahui.

Safrina berkenal dengan Hazim secara lebih rapat di universiti kerana mereka satu bidang. Dia menginginkan Hazim walaupun sudah tahu yang aku bersama dengannya. Pada masa yang sama, dia rapat dengan Haziq. Sebab apa, tidak tertulis.

Safrina ketika itu sedang bersama dengan Luthman tapi ada perasaan pada Hazim. Kemudian Safrina membayar Haziq... "Lepastu? Asal sekerat je kau cerita ni?" Zafriel senyum, tangan diletakkan bawah dagu. "Nak tahu cerita selanjutnya, kahwin dengan aku." "Kau ugut aku Riel?" aku menjeling dia.

"I can do more than threaten you but I won't because you are too special to be treat like that."

Continue Reading

You'll Also Like

9.5M 266K 36
"Don't touch me" He said through gritted teeth, "I don't know what I'll do if you touch me" My heart dropped. "I don't want to see you like this" I...
6.9M 234K 41
After an Alpha has given up looking for their mate, and they need a Luna to help run the pack, they will organise an event known as The Whipping. Fe...
2.5M 145K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
1M 40.8K 44
THIS STORY IS COMPLETED And EDITED. It is every girls dream to have a prince in their life who will treat them like a princess.Nadia is the same. She...