Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97.2K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 5
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 7
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 35
Emir El Tamir: Bab 36
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 68 [Final]

32.5K 1.2K 127
By escritordyanne

Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka bakal menunaikan umrah sekeluarga. Airis membetulkan tudung hitam Elisea yang dipadankan dengan abaya hitam. Berperang jugalah dengan budak kecil ini nak pakaikan dia tudung.

"Mama, Cea dah tak tik cebab pakai udong ini. Cea cecak nafashlah pakai udong ini," omel si kecil.

"Tudung sayang bukan udong. Jangan nak berdrama dekat sini bukannya mama pin ketat sangat. Kalau pakai tudung Cea nampak lagi cantik dan ayu. Percayalah, nanti papa suka." Airis cuba memancing emosi budak kecil itu. Elisea memang manja dengan Emir jadi itu sahaja satu-satunya cara.

"Betul ke boypren  Cea cuka? Kalau boypren cuka, Cea pun cukalah kalau macam itu."

"Dah siap Aifel? Kita boleh salam keluarga dan kawan-kawan kita dulu before berangkat," tegur Emir dari arah belakang bersama Elqarf yang comel dengan kopiah dan kurtanya. Sepasang dengan Emir.

"Ehem." Suara kecil molek menyelar. Apabila mereka toleh, Elisea menanti dengan berpeluk tubuh.

"Yes princess? Anything you want?" Tanya Emir.

"Boypren tak ashe Cea tik ke hari ini? Udong ke Cea lagi tik?" Soal Elisea.

Aduhai, ingatkan isterinya sahaja boleh tanya soalan maut rupanya anak perempuannya pun boleh.

"Dia nak abang puji dia cantik. Puji ajelah," bisik Airis kepada suaminya.

Emir senyum sebelum dia mendukung Elisea. Dikucupnya pipi gebu macam pau itu. "Princess papa ini bila aje tak cantik? Kecil-kecil dah cantik macam ini. Besar nanti mungkin cantik macam bidadari," puji Emir.

Elisea tersengih. "Dengar itu mama. Cea tik. Mama tak."

"Amboi, mama diam pun kena juga? Ingat sikit Elisea, awak itu keluar dari rahim mama jadi rupa awak, perangai awak semua ikut mama." Airis jelirkan lidah.

"Mama ini muyut murailah. Anyak takap," Elisea menjelirkan lidah kembali meniru perbuatan mamanya.

Emir hanya mampu gelengkan kepala melihat pergaduhan dua beranak ini.

"Emir! Airis!" Laung Puan Adawiyah. Di situ terdapat juga semua wajah yang dikenali mereka.

"Terima kasih semua sebab sudi hantarkan kami ke airport. Doakan perjalanan pergi dan balik kami," kata Emir sejurus sahaja dia meletakkan Elisea di bawah.

"Selamat menunaikan umrah man. Hal-hal pejabat biar kitorang uruskan. Doakan aku dan Afiyah bahagia sampai Jannah," ucap Naufal. Dia lagakan kepalanya dengan kepala Afiyah.

"Tak hilang manalah bini kau itu," balas Emir. Matanya melirik sekilas ke arah Afiyah.

"Betul. Aku sokong," Syamil bersetuju.

"Beb, hati-hati. Doakan aku dengan Syamil bahagia sampai ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat comel-comel dan sihat macam kembar ini," nyata Raihana sambil tangannya tak boleh berhenti menggomol pipi Qarf. Anak lelaki Airis ini nampak sahaja pendiam, tapi sekali sudah aktifkan mode nakalnya, penat mahu melayan.

"InshaAllah, aamin. Aku doakan urusan bersalin kau dipermudahkan beb. Kau itu jaga hati suami kau, jangan nak garang tak bertempat," pesan Airis. Bukannya dia tidak tahu Raihana ini kalau dah menyinga memang teruk.

"Hai uncle!" Tegur Elisea. Terdongak kepala Elisea memandang wajah tampan Syamil.

"Hai, Elisea. Elisea seronok nak tunaikan umrah?" Tegur Syamil dengan ton suara dikecilkan.

"Tak conok cangat. Uncle Camil tak ada," jawab Elisea dengan tangannya disatukan, kakinya dikepit. Malu.

"Excuse me, little diva. Berapa kali aunty nak cakap? Uncle handsome ini, aunty Raiha punya. Pergi cari uncle lain," selar Raihana dengan dia merangkul lengan Syamil.

"Macamlah uncle Camil nak dia," ujar Elisea perlahan.

"Sudah itu Cea. Kami pergi dulu ya semua. Assalamualaikum. Qarf, Cea cakap apa dekat mereka semua?" Emir dan Airis tunduk memandang anak-anak kembar mereka.

"Camlekom, cemua," ucap mereka serentak. Camlekom pun camlekom la nak.

•••

8 jam perjalanan akhirnya mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sampai sahaja mereka terus mengajak Elqarf dan Elisea menunaikan solat subuh berjemaah. Itulah rutin harian mereka yang diulang-ulang sehinggalah mereka mendapat peluang mendaki Jabal Rahmah. Elqarf dan Elisea enggan turut sama naik alasannya kaki mereka letih mengalahkan orang tua. Nasib baik ada para jemaah lain yang sudi menjaga mereka sebentar.

Bukit Jabal Rahmah merupakan bukit kasih sayang karena di bukit inilah pertemuan Nabi Adam dan Hawa ketika diturunkan ke bumi secara terpisah sebelum mereka dipertemukan kembali.

"Tak sangka, dulu Airis datang sini berdoa supaya Airis dijodohkan dengan lelaki yang tepat, soleh dan boleh bimbing Airis dan anak-anak ke syurga. Sekarang.." Airis mula bersuara setelah mereka selesai memanjatkan doa pada Yang Maha Esa.

"Sekarang Aifel datang dengan lelaki yang Aifel berdoa selama ini nak dapatkan," selar Emir dengan senyuman di sisi.

Airis memusingkan badannya menghadap suami tercinta. "Terima kasih abang sebab dah jadi seorang suami yang baik, papa yang baik untuk Elqarf dan Elisea."

"Baik ke?" Emir jongketkan keningnya tinggi. Nakal.

"Baik sangat-sangat cuma nakal itulah tak pernah nak hilang. Masih sama macam dulu. Cuma, Airis tetap berdoa agar perkahwinan kita sentiasa dalam barakahNya," sambung Airis lagi.

"Abang pun sama. Abang nak berterima kasih dekat Aifel sebab berjaya buka pintu hati abang, jadi satu-satunya isteri yang memahami dan mencintai abang seikhlas hati dan percayakan abang untuk jaga our little bubbles." Emir mengusap tepi kepala isterinya.

"Satu-satunya isteri? Hmm.." Airis mengetuk dagunya berkali-kali seolah berfikir.

Emir kecilkan mata memandang wajah isterinya. Bukan dia tidak tahu wanita ini cuba mengusiknya.

"Aifel jangan nak mengusik abang tentang status abang dulu." Ugutan Emir ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri apabila wanita itu cuma ketawa.

Hening.

"I love you babylove." Meluncur keluar dengan laju kalimat cinta itu dari bibir Emir. Wajah isterinya dipandang dengan penuh cinta.

"I love you more, abang." Airis tersenyum manis.

Mereka tertawa bahagia di atas sana. Berharap segala doa mereka dimakbulkan.

Setelah 10 hari di Mekah dan Madinah, hari ini mereka terpaksa pulang ke Malaysia dengan hati yang berat. Berat mahu meninggalkan kota suci dan tempat yang memberikan ketenangan kepada mereka sekeluarga. Sekarang mereka berada di pekarangan Masjid Nabawi tepat di pintu 338.

Menangis jugalah Elqarf mahu tinggalkan negara ini. Bukan Elqarf sahaja, mama Elqarf pun sama. Teresak-esak dari tadi.

"Mama ini cengenglah," ejek Elisea. Memang lumrah hidupnya sejak lahir agaknya asyik nak menyakitkan hati Airis.

Airis mengabaikan kata-kata Elisea malah dia makin galak menangis. Terasa pilu hatinya mahu meninggalkan Madinah.

"Hey, my babylove, kenapa nangis macam ini sangat? Abang janji, ada masa kita datang sini lagi. Hm?" Pujuk Emir. Ibu jarinya mengesat titisan air mata di pipi Airis.

"A-airis.." Tersekat-sekat dia mahu meluahkan isi hatinya.

"Aifel nak cakap apa? Betul, abang tak tipu, nanti kita datang lagi dekat sini. Aifel cakap aje bila lagi Aifel nak datang sini, abang akan usahakan. Stop crying please, it hurts me," lembut sahaja Emir bertutur. Dia menggenggam erat bahu isterinya.

"M-mama angan nangish nanti Qarf nangish," ujar Elqarf yang berada di antara Airis dan Emir.

Emir turunkan kepalanya sebelum dia mencium puncak kepala Elqarf. Anak lelakinya ini memang prihatin dan lebih sayangkan Airis berbeza dengan Elisea yang kuat marah.

"A-abang, lepas ini abang janji bawa kami semua pergi sini ya? Nanti Airis akan rindukan Nabi Muhammad SAW," luah Airis.

"Janji babylove. Dah dah stop nangis, nanti orang ingat abang suami dayus pula," gurau Emir. Matanya melilau melihat sekeliling.

Airis mencapai lengan baju Emir untuk digunakan sebagai kain lap air matanya. Emir hanya membiarkan perbuatan isterinya dengan senyuman lebar.

"Terima kasih abang. Airis cintakan abang," ucap Airis.

"Abang pun cintakan diri abang," jawab Emir dengan muka selamba. Niat ingin mengusik.

Buk!

Satu tumbukan hinggap di dada Emir membuatkan dia meringis kesakitan. Aduhai, tangan kecil isterinya masih berbisa.

"Baik abang cakap abang cintakan Airis sekarang, kalau tak Airis bawa lari anak-anak!"

Emir senyum senget sebelum dia menghampiri Airis meninggalkan beberapa jarak sahaja antara mereka.

"Berani ke nak tinggalkan suami Aifel yang hot ini? I don't think so. Kalau Aifel lari, abang akan cari Aifel, Elqarf dan Elisea sampai ke lubang cacing. All of you.." Anak matanya memandang satu persatu wajah kesayangan dia. Dari Airis, turun kepada Elqarf dan barulah Elisea.

"are mine. I love you so much, my home."

Airis menahan senyum daripada terbit tatkala rama-rama di dalam perut berkepak riang.

"Tak cukalah macam ini. Boypren dah tak cayang Cea. Acik mama, mama, mama! Cea nak layi umah," celah Elisea dengan abaya labuhnya.

"Cea nak lari mana?" Tanya Airis.

"Cea dengan Qarf nak cari mama baru!" Kata Elisea lantang sebelum dia menarik tangan Qarf membuntuti langkahnya. Lagaknya macam orang dewasa.

"ELISEA EL FEL!"



༶•┈┈୨♡୧┈┈•༶

And the story ends.
- TAMAT -

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison Melabuhkan Tirai

༶•┈┈୨୧┈┈•༶

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca setia Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison dari pertama kali saya publish cerita ini. Ketahuilah, tanpa sokongan daripada kamu semua, pasti saya tak akan bersemangat pun nak habiskan cerita ini.

Dengan tamatnya Tuan Emir El Tamir, maka tamatlah perjumpaan kita setakat ini. Dah banyak pembaharuan yang saya lakukan. Semoga dapat puaskan hati anda semua. Jangan lupa untuk vote banyak-banyak dan jumpa lagi di karya seterusnya. Jangan rindu Emir! 🦋

Follow my ig: @escritordyanne
Segala spoiler, upcoming stories, saya akan update di situ.

- Much love, escritordyanne - ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 229K 83
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] Completed. "I nak you bekerja dekat banglo ni as a maid" Sebaris ayat yang cukup jelas dan ringkas itu berjaya membua...
49.9K 1.9K 45
Qay's Adel Danial • seorang CEO dan merupakan seorang mafia.Mempunyai paras rupa yang kacak dengan mata hazel yang sangat cantik mampu mencairkan man...
29.6K 690 13
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...
184K 9.1K 46
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...