Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 5
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 7
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 35
Emir El Tamir: Bab 36
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Emir El Tamir: Bab 68 [Final]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)

30K 1.3K 74
By escritordyanne

AIRIS mengetuk pintu bilik kerja Emir. Tiada jawapan daripada lelaki itu. Buka sahaja pintu, matanya dihidangkan dengan sosok suaminya lagi sibuk bekerja. Jari-jemarinya tak berhenti menari di atas papan kekunci komputer riba. Cuti-cuti pun suaminya itu sibuk.

"Babylove. Come." Emir menggamit isterinya untuk datang dekat. Sibuk sangat dengan kerja sampai tak perasan Airis berdiri lama di luar.

Airis mencemikkan muka. "Banyak lagi ke kerja awak?"

"Banyak, babylove. Abang minta maaf. Cinta abang ini nak apa?" Komputer riba di hadapannya ditolak menjauh.

"Airis bosan," jawab jujur Airis. Memang dia bosan pun, semua kerja rumah dia dah buat dari pagi tadi. Tapi suaminya masih bertapa di bilik kerja.

"Sini." Emir menepuk ribanya berkali-kali menyuruh isterinya untuk duduk di situ.

Tak melawan, Airis ikutkan sahaja. Kini, dia selamat berada di atas riba suaminya. Emir merangkul pinggang isterinya, risau pula kalau terjatuh.

"Awak asyik duduk dalam ini. Saya tak tahu nak borak dengan siapa," ngadu Airis. Bibirnya dimuncungkan.

Nampak seperti peluang keemasan, Emir memagut dua ulas bibir yang merah itu.

"Awak!"

"Comel sangat, abang geram," jawabnya jujur tanpa serba salah.

Airis mencemikkan muka.

"Jadi cuba bagitahu abang sekarang, Aifel nak apa?" Terasa seperti alunan yang merdu sahaja suara Emir memujuk sekarang ini.

"Saya nak keluar dengan Raiha boleh? Saya nak beli barang sikit lepas itu nak makan berdua." Sejak bersuami ini, pastilah dia kena utamakan keizinan suami.

"Kenapa tak beli dengan abang?" Kening sebelah Emir ternaik tinggi. Biasanya mereka akan beli barang berdua. Tak pernah lagi Airis ingin membeli barang seorang diri.

"T-tak boleh!"

Emir pincingkan mata pandang isterinya yang nampak gelisah. "Kenapa gagap? Aifel betul ke nak keluar dengan Raiha ini?"

"B-betul. Raiha ajak keluar. Awak pun sibuk, Syamil pun sama sibuk. Awak tak percaya ke?" Dia palingkan wajah daripada menjadi santapan mata Emir. Risau juga kalau suaminya dapat hidu agenda dia.

"Bukan tak percaya tapi abang risaukan Aifel. Call her right now. Pasang loudspeaker abang nak dengar," arah Emir dengan nada yang tegas.

"Ha?" Airis blur.

"Call Raiha sekarang. Confirmkan dengan dia perjumpaan korang berdua petang ini. Infront of me." Mata Emir tertancap kepada telefon milik Airis di atas meja sebagai isyarat untuk wanita itu akur dengan arahannya.

Dengan terkulat-kulat, telefon di atas meja itu dicapai. Dia mendail nombor Raihana.

"Yow beb!" Suara Raihana bergema satu bilik.

"R-raiha aku dengan Emir ini. Nanti petang dekat tempat biasa, kita keluar beli barang kan?" Airis gigit bibir.

"Oh, ha. Betul, betul. Barang aku."

"O-okay." Airis hembuskan nafas lega.

Talian dimatikan. Barulah nampak senyuman puas di bibir Emir.

"Baik, abang izinkan. Jaga diri babylove. Nanti ambil kad abang, Aifel belilah apa-apa yang Aifel nak."

"Betul ini?!" Tanya Airis teruja.

"Betul, babylove. Pergilah. Kesian isteri abang bosan duduk seorang diri," pujuk Emir.

"Yey! I love you!" Kedua-dua pipi suaminya dicium.

Emir tersengih malu. "Love you more, Aifel. Nak kena izinkan dia keluar dengan kawan baik dulu, baru nak sayang abang ya. Agak-agaknya apalah abang kena buat supaya Aifel panggil abang, 'abang'?"

Airis kemam bibirnya tiada jawapan.

•••

"Ada apa-apa lagi yang kau nak beli ke beb?" Tanya Raihana ketika mereka berdua berada di dalam mall. Hampir sejam mereka mencari barang untuk menyambut Graduation Day Emir secara kecil-kecilan.

Ya, itulah niat asal Airis meminta izin untuk keluar tanpa Emir hari ini. Dia ingin menebus kesilapannya dahulu. Disebabkan dialah, Emir tak dapat menyambut Graduation Day bersama insan yang tersayang. Kali ini, dia akan pastikan suaminya dapat rasa hari yang bahagia.

"Aku rasa tak ada dah Raiha. Aku dah beli semua benda." Beberapa beg plastik digeledah memastikan dia yakin semuanya ada.

"Abang Emir tak tahu kan surprise kau ini?"

"Tak. Dia memang percaya bulat-bulat aku nak beli barang aku je. Siap bagi kad lagi," jawab Airis bangga.

"Baguslah kalau macam itu. Aku pun dah tolong kau jemput kawan-kawan abang Emir itu. Syamil sekali tolong." Ais krim di tangan dijilat kerana mencair.

"Abang Emir, abang Emir tak habis-habis kau kan." Bebola matanya diputarkan.

"Dah kau tak panggil dia abang, jadi bagi aku yang panggil!" Raihana jelirkan lidah.

Ketika mereka ingin melintas jalan, belum apa-apa, aiskrim di tangan Raihana terjelepok jatuh ke bawah lantai apabila bahunya dilanggar seseorang.

"Woi buta ke?!" Marah Raihana kepada gerangan yang elok memakai hoodie dan mask menutupi satu mukanya.

"Raiha! Aiskrim je pun. Sabarlah sikit," tegur Airis.

Apabila dia perhatikan wajah gerangan itu, dia terkejut. Rasanya dia cam muka itu. Perempuan itu tersenyum sinis padanya sekarang.

Tiba-tiba perempuan itu keluarkan satu cecair dalam botol kaca dan ingin campakkan ke arah mereka berdua.

"Raiha!"

"Airis!"

Sedang ralit menurunkan tandatangan pada dokumen projek yang perlu mendapatkan approval, telefonnya berdering. Tertera nama Syamil.

Tak lama kemudian..

"What?!" Tempik dia selari dia bangun dari kerusi bergegas ingin keluar.

Emir memecut dengan laju di atas jalan raya apabila dia terima panggilan daripada Syamil yang memberitahu keberadaan Airis di rumah Raihana. Sangkaannya Airis seronok keluar berdua sehingga larut malam rupanya ada benda yang terjadi.

Sampai sahaja di pekarangan rumah Raihana, dia berlari dengan laju membawa sweater milik Airis. Di ruang tamu terpampang wajah mendung masing-masing. Ada Raihana, Syamil dan Airis yang duduk di atas sofa.

"Aifel!" Seru Emir.

Melihat wajah suami tercinta, Airis terus bangun meluru mendakap erat badan Emir.

"Awak... saya takut," gumam Airis di leher Emir.

"Apa dah jadi ini? Syamil? Raiha? Aku baru tinggalkan isteri aku kejap dengan kau kan Raiha," serbu Emir. Muka Raihana yang ketakutan dipandang tajam.

Pelukan dia dan Airis terlerai.

"A-awak ini bukan salah diorang berdua. Bukan salah sesiapa pun dekat sini," ujar Airis.

"Mir. Daisya." Syamil bersuara.

"Dia buat apa lagi?" Selar Emir dengan muka yang tegang.

"Abang Emir, sebenarnya masa saya dengan Airis nak melintas keluar dari mall tadi, ada seorang perempuan pakai hoodie terlanggar bahu saya kasar. Saya ingatkan cuma stranger.." terang Raihana dengan suara yang bergetar. Rasa macam tak percaya kejadian itu berlaku di depan mata mereka berdua.

"Lepas itu tahu-tahu dia keluarkan satu botol yang ada cecair," sambung Raihana lagi. Dia kemam bibirnya.

"Asid sulfurik," pintas Syamil. Dia tahu Raihana masih berada dalam keadaan ketakutan.

"Aku tak salah dengar kan?" Dahi Emir berkerut lebih daripada biasa.

"Betul Mir. Aku dah hantar cecair itu pada yang pakar. Itu memang asid sulfurik. Dengan kepekatan yang macam itu, kalau disimbah dan kena pada muka boleh cairkan muka seseorang dan paling teruk, kematian."

"Dia gila ke?!" Tempik Emir.

"Nasib baik masa itu kebetulan ada orang terlanggar tangan Daisya itu dengan troli jadi botol itu tercampak ke bawah." Raihana terduduk lemah.

"Babylove, are you okay?" Kini wajah risau Airis di sebelah dipandang. Tangannya ligat menyentuh muka dan seluruh badan untuk melihat jika ada sebarang luka. Teringat dengan sweater yang dibawa tadi, dia pakaikan ke badan Airis.

"S-saya okay. Alhamdulillah, Allah lindungi kami berdua. Cuma saya masih terkejut. Tak tahulah apa akan jadi kalau troli itu tak ada tadi." Airis mulai sebak.

"Kalau apa-apa jadi pada Aifel, abang yang akan hilang arah." Badan kecil isterinya dibawa ke dalam pelukan. Barulah dia dapat hembuskan nafas lega.

"Macam mana diorang berdua boleh yakin itu Daisya sebab Airis ternampak muka dia. Aku pun yakin itu Daisya sebab kita semua tahu target dia memang Airis selama ini. Dia nak dapatkan hak dia balik iaitu kau," celah Syamil.

Tautan suami isteri sekali lagi terlepas. Emir mengetap rahangnya mendengar sebaris nama itu. Sudah diberi amaran tapi nampaknya perempuan itu memang tak serik.

"Dia dekat mana sekarang?"

Syamil angkat bahu. "Tak tahu. Dia lari sejurus je ramai orang berkerumun dekat situ."

"Aku kenal dia. Dia tak akan lari jauh." Emir senyum sinis.

"Aifel. Duduk sini diam-diam dengan Raiha. Abang dengan Syamil kena selesaikan perkara ini sekarang juga," arah Emir tegas. Dia berikan isyarat mata kepada Syamil.

Seakan-akan faham, Syamil meluru keluar untuk menghidupkan enjin kereta.

"Taknak. Saya nak ikut awak." Baju Emir digenggam kuat.

"Tak boleh Aifel. Abang takut kalau-"

"Saya tetap nak ikut juga! Saya ikut, atau awak tak boleh pergi. Choose." Kali ini, Airis pula mengugut suaminya.

"Fine. Pergi masuk dalam kereta. Raiha kau pun ikut sekali duduk dengan wife aku."

Raihana bangun mengikut arahan Emir. Nasib baiklah kawan baiknya berkeras mahu ikut, dia pun takut untuk tinggal bersendirian.

Beberapa minit perjalanan akhirnya mereka sampai ke satu rumah satu tingkat. Mata kedua-dua wanita itu melilau melihat kawasan rumah yang tak familiar buat mereka.

"Mana ini awak?" Tanya Airis memecahkan kesunyian dalam kereta.

"Rumah Daisya." Penumbuk dikepalkan. Inilah jalan terbaik. Dia perlu hentikan semua kegilaan ini.

"Aifel duduk dalam kereta. Syamil kau jaga bini aku elok-elok." Emir memberikan arahan. Tak menunggu jawapan mereka bertiga, dia terus membuka pintu kereta, keluar memanjat pagar milik rumah keluarga Daisya itu.

Pintu rumah Daisya diketuk berkali-kali dengan kasar. Rasanya tak lama lagi boleh roboh pintu ini disebabkan dia. Baru sahaja dia ingin menyepak pintu itu terpacul wajah perempuan yang amat dia benci.

"Sayang! You buat apa dekat sini? Nak datang jemput I ke?" Sapa Daisya dengan muka tak tahu malu.

"Apa kau dah buat dekat isteri aku?" Soal Emir dengan mata helang menunggu untuk menerkam mangsa.

"M-maksud you apa?" Tanya Daisya polos.

"Daisya! Siapa itu?" Laung Encik Fuad di dapur. Keluar sahaja dari dapur, terpampang wajah Emir yang tidak beriak.

Tak sempat dia ingin menegur Emir, lengan anak gadisnya ditarik kasar oleh Emir ke dalam bilik tidur Daisya.

"You! You nak buat apa ini?!" Tempik Daisya. Dia tidak suka dikasari sebegini. Lelaki itu tak pernah pula berkasar dengan dia sebelum ini.

Pintu dihempas kuat dan dikunci. Emir terus menolak kuat badan Daisya sehingga badan perempuan itu bertemu dengan dinding. Rahang Daisya dicengkam kuat.

"Y-you. Y-you.. buat apa ini?" Terasa perit tekak Daisya sekarang apabila tangan sasa lelaki ini mencengkam lehernya. Rasa tidak boleh bernafas.

"Emir! Emir! Jangan buat kerja gila! Anak aku tak sihat!" Jerit Encik Fuad dari luar. Puas dia ketuk pintu itu tapi tiada kesan.

"Aku dah bagi warning dekat kau Daisya. Kau jangan usik keluarga aku terutama my wife! Tapi kau degil! Asid sulfurik? Kau memang gila!" Emir bersuara setelah lama dia berdiam. Tangannya masih setia mencengkam rahang perempuan itu.

"I-I buat apa? I cuma nak hak I balik. Emir sakit..," rintih Daisya. Tangan Emir ditampar berkali-kali tapi lelaki itu sedikit pun tak berganjak.

"Tak cukup ke kau dah bunuh anak aku dulu, sekarang kau nak bunuh isteri aku pula! Tak cukup ke Daisya!" Kali ini kedua-dua tangan Emir naik mencekik leher perempuan itu. Dia hilang pertimbangan.

"E-emir apa maksud you.. Hans.. Hans ada dengan kita."

"Jangan sebut nama Hans Aabid dengan mulut kotor kau! Kau lupa ke?! Kau gugurkan anak aku tanpa pengetahuan aku demi lelaki durjana itu?!"

Daisya terpampan.

"Emir! Cukup! Daisya tak sihat Emir. Bawa mengucap!" Terdengar suara Encik Fuad masih cuba robohkan pintu itu.

"M-maksud you apa?" Tanya Daisya dengan suara tersekat-sekat.

Emir ketawa besar. Terasa kelakar sekarang apabila perempuan ini buat-buat bodoh depannya. Dia lepaskan cekikannya membuatkan Daisya terjatuh longlai ke bawah lantai.

Lelaki itu bertinggung di hadapan Daisya dengan riak wajah yang memerah akibat amarah. Dagu perempuan itu ditarik kasar untuk mendongak memandangnya.

"Kau lupa? Kau curang dengan aku sebab kau nakkan lelaki itu. Kau jual badan kau dekat dia masa kau masih isteri aku yang sah!" Emir meludahkan fakta yang selama ini dia simpan sendiri.

"E-emir I tak akan buat semua itu pada you."

"Penipu! Aku baru tinggalkan kau kejap untuk jalani kursus masa itu, kau boleh jual badan kau dekat lelaki entah datang dari mana. Bukan seorang dua, tapi ramai Daisya!"

Daisya beriak kosong. Langsung dia tak ingat apa yang lelaki ini cuba katakan.

"Kau tahu tak betapa malunya aku bila kawan aku sendiri mengaku dia langgan kau?!" Emir ketap giginya. Dia sendiri menggigil apabila teringat memori pahit yang cuba dia hapuskan dari hidupnya.

"I.." Daisya cuba menyusun kata.

"Diam! Kau dengar aku nak cakap apa! Selama ini, aku bersabar Daisya. Selama setahun aku bertahan dengan kau mengharapkan kau akan berubah sebab aku ikhlas cintakan kau!"

"Tapi aku silap. Kau masih dengan perangai lama kau. Tak cukup dengan kau jual badan kau, lepas itu kau bercinta dengan mat saleh itu. Aku masih butakan mata aku. Betapa jahilnya aku sebagai suami masa itu cuma mampu biarkan kecurangan isteri sendiri." Emir gelak sinis lebih kepada mengejek dirinya sendiri yang bodoh ketika itu.

Daisya hanya tekun mendengar dengan mata yang berkaca.

"Beberapa bulan lepas itu, Allah tiupkan roh dalam janin kau. Kau ingat? Allah hadiahkan kita Hans Aabid. Aku sangka dengan kehadiran Aabid merupakan satu jalan untuk Allah tolong selamatkan perkahwinan kita tapi sekali lagi aku silap.."

"Kau anggap kehadiran Aabid sebagai beban. Aku jaga kau, aku jaga anak aku dalam kandungan kau tapi dengan mudahnya kau..." Emir tarik nafas dalam.

"Dengan mudahnya kau gugurkan anak aku! Kau sanggup bayar mahal-mahal untuk hapuskan Aabid. Tak cukup dengan itu, kau langsung tak bagi Aabid rasakan kasih sayang seorang ibu. Tergamak kau Daisya."

Daisya menutup telinganya rapat daripada mendengar semua luahan Emir. Tak mungkin, tak mungkin dia lakukan semua itu.

Emir menyeka air matanya yang menitis keluar. Dia tak boleh lemah.

"A-apa awak merepek ini sayang. Kan sayang baru jumpa anak kita. Anak kita dah besar." Daisya bersuara kembali. Dia cuba genggam tangan lelaki itu tapi ditepis kasar.

"Kau jangan nak tipu aku!" Sekali lagi, rahang Daisya menjadi mangsa.

Daisya menepuk tangan Emir yang menyebabkan dia sukar bernafas. Habis merah rahangnya.

"Kau ingat aku bodoh ke Daisya?! Depan mata aku sendiri kau buat keputusan untuk gugurkan anak kita. Kau pergi klinik itu untuk apa?! Apa salah Aabid sampai kau bunuh dia yang tak berdosa itu?" Emir terduduk. Dia raup wajahnya kasar. Dia betul-betul tak rupa orang sekarang ini.

"Kenapa kau jahat dengan aku Daisya? K-kenapa kau matikan separuh jiwa aku dengan ambil nyawa anak aku," ujar Emir dengan teresak-esak.

"I-I tak buat semua itu. S-sayang you salah faham."

Tak bertahan dengan Daisya yang masih berdolak-dalih, Emir bangun menghempaskan badan wanita itu ke atas lantai. Tangannya mula naik mencekik Daisya.

"Kau patut mati. Kau patut mati macam mana kau matikan anak aku," ugut Emir dengan nada yang keras. Matanya memerah disebabkan tangisan dan amarah.

Continue Reading

You'll Also Like

14K 1.1K 5
𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉...
911K 65.1K 66
𝑽𝑶𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Black Maria X Dragon Antara hidup dan mati...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
47.1K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024