How I Married Your Father

Galing kay byFasyah

376K 11.8K 583

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... Higit pa

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA

14.2K 465 18
Galing kay byFasyah

AYRA membasuh inai daun yang sudah kering di jari jemarinya. Warna merah pekat mula mewarnai. Pagi-pagi lagi rumahnya sudah riuh dengan rombongan marhaban. Ibunya yang beriya sungguh untuk mengadakan majlis khatam dan marhaban pada sebelah pagi. Selepas majlis khatam, bersambung pula untuk sesi berinai.

Selepas malam itu, hubungan mereka bertambah baik. Dia meminta agar Zakery meluluskan cutinya selama sebulan untuk membantu keluarganya membuat persiapan. Dua minggu nak settlekan semua, memang huru hara. Baki lagi dua minggu tu pula adalah waktu untuknya berehat setelah bertungkus lumus untuk majlis mereka.

"Dua minggu awak nak cuti lepas majlis?" soal Zakery terkejut. Lama betul cuti kawinnya ya.

"Iya lah. Ingat tak penat ke? Dah lah rushing nak kesana sini. Siapa suruh awak minta cepatkan? Kalau kita bertunang lama sikit, takdelah kelam kabut macam sekarang." omel Ayra. Siapa suruh minta pertunangan mereka ni hanya dua minggu?

"Lagi cepat kan lagi bagus?"

"So, awak kena approve lah cuti saya. Lepas majlis, saya nak rehat puas-puas!"

"Honeymoon sekali kan sayang?" soalan Zakery membuatkan lidah Ayra kelu untuk berkata-kata. Honeymoon? Sayang? Weiiii, memang awkward ke kalau tak bercinta?

"AYRA! Pickup your phone! Dari tadi berbunyi je." suara Alisa mematikan lamunannya. Dia mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Malam ni nak nikah dah, masih boleh teringatkan dia lagi?

Ayra mencapai telefon di meja soleknya, nama Daniel terpapar di skrin. Debar didada mula memenuhi jiwa. Mengapa saat ni dia call?

"Assalamualaikum." ucap Ayra setelah punat hijau ditekan.

"Waalaikumusalam. Ayra,can we talk?" suara Daniel kedengaran dihujung talian.

"Hm, cakaplah."

"Ayra, please pikir betul-betul. Jangan disebabkan dendam, you nak korbankan hidup you. It's not worth it Ayra. I still love you, i tak boleh tengok you kawin dengan orang lain. Hati I sakit, jiwa I merana!" Daniel merayu. Dia sudah hilang arah sejak hari pertunangan mereka.

"Apa kau merepek ni Daniel? Kau sedar tak apa kau cakap ni?" kemarahan Ayra mula membuak.

"i know you still love me. I know you very well sayang. Please Ayra, jangan buat keputusan bodoh ni. You jujur dengan perasaan you, I boleh fixed kan everything sebelum malam ni." Daniel masih tidak berputus asa. Baginya, selagi Ayra belum sah menjadi isteri orang, selagi itu dia mencuba.

Ayra muak mendengar perkataan cinta. Baginya semua yang keluar dari mulut lelaki itu semuanya dusta. Kenapa baru sekarang nak hubunginya. Kenapa bukan dalam masa tempoh dua minggu ini?

"Stop it Daniel. I pilih your father as my husband. So please respect my decision."

"But you tak ikhlas dengan my dad kan Ayra? Tolong lah Ayra, I love you and I love him too. I taknak you sakitkan hati dia, I taknak you buat dia merana hanya kerana nak balas dendam pada I. Kalau you nak balas dendam, balas pada I je Ayra. Kita kawin, and after marriage, you nak buat apa pada I you buatlah. I sanggup terima apa sahaja. Please Ayra, I'm begging. I taknak dia kecewa macam mana I kecewakan you." Daniel mula merintih. Kedengaran suaranya semakin serak menahan sebak. Ya, dia tidak mahu Zakery merana kerana tiada cinta yang akan diberikan gadis itu. Dia hanya ingin membalas dendam!

Hati Ayra bertambah sakit. Kini, dia sedar satu perkara. Daniel sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi ayahnya. Cinta dia terhadap ayahnya lebih besar dari cintanya kepada Ayra. Kecewa? Seperti mana kau kecewakan aku, begitu juga kecewa yang akan kau rasai. Jika dengan cara ini bisa membuatmu menderita, aku sanggup meredahnya.

Ayra tersenyum sinis. Sudah terlambat Daniel, majlisnya hanya beberapa jam sahaja lagi. Lepas isyak nanti, aku akan sah menjadi mak tiri kau!

"Hahaha, Daniel .. Daniel.. Hey my future stepson, tak elok cakap macam ni dengan your future mother. Cittt!" Ayra ketawa sinis. Dia sengaja menekankan perkataan 'mother'.

"Doakan pernikahan bakal mama awak ni berjalan lancar ye. Bye my beloved son!" nganjing Ayra. Dia terus menekan punat merah. Daniel ni memang tau, dia sudah mula membuka sedikit hatinya untuk Zakery, hanya kerana mulut Daniel, sakit hati dan dendamnya kembali membara. Kan lebih elok kalau duduk diam-diam sahaja. Ha!

***********************

JAM menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Rombongan dari pihak lelaki sudah pun tiba. Tok kadi juga sudah bersedia untuk menikahkan pasangan itu. Zakery membetulkan songkok dikepala. Baju berwarna ivory yang dipakai menaikkan lagi seri wajahnya. Jantungnya berdetak hebat. Sesekali matanya melirik kekiri dan kekanan untuk mencari kelibat bakal isterinya.

Suasana semakin riuh tatkala pengantin perempuan turun dari biliknya diatas. Kelihatan wajah Ayra yang berseri menambahkan gugup dihati Zakery. Matanya tidak berkedip melihat wajah Ayra yang sudah disolek. Nampak berbeza dari hari biasa. Dia seolah-olah terpukau dengan gadis itu. 'Cantik!' desis hati kecilnya.

Setelah Ayra duduk dikerusi pelamin, majlis dimulakan oleh tok kadi. Seperti biasa, dia akan memberikan beberapa nasihat sebelum menikahkan mana-mana pasangan pengantin. Mengingatkan akan cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh oleh pasangan suami isteri.

Jantung Ayra berdegup kencang. Entah mengapa, kata-kata Daniel terngiang-ngiang dikepalanya. Adakah dia terlalu egois dan kejam kerana melibatkan orang yang tidak bersalah dalam dendamnya? Patutkah Zakery mengetahui hal yang sebenarnya sebelum mereka berkawin? Apakah tindakan Zakery nanti jika dia mendapat tahu perkara itu setelah sah menjadi suaminya?

Dia mula ragu dengan keputusannya. Sudah sejauh ini, mengapa hatinya pula berbolak balik? Patutkah dia membatalkan sahaja pernikahan mereka malam ini? Bagaimana pula perasaan ibu ayah nanti?

"Aku terima nikah Ayra Maisarah binti Zulkifli dengan mas kahwinnya sebanyak 50 dinar emas tunai." dengan sekali lafaz sahaja, maka terbinalah ikatan baru antara Ayra Maisarah dan Zakery Adam.

Ayra tersentak dari lamunannya saat Zakery menyebut nama penuhnya. Lidahnya seakan kelu untuk berbicara. Kini, tiada lagi jalan untuknya berpatah semula. Dia sudah pun sah menjadi isteri kepada Zakery Adam dan lelaki itu sudah menjadi imamnya.

Zakery menghampiri isterinya dan duduk bersebelahan dengan Ayra untuk sesi membatalkan air sembayang. Dia menyarung cincin ke jari manis Ayra dan memakaikan seutas gelang dipergelangan tangan. Kemudian, bibirnya menguncup lembut ke dahi Ayra. Entah mengapa, ada satu perasaan sebak mula memenuhi jiwa Ayra Maisarah. Airmata bergelinangan menanti untuk gugur. Tahan Ayra tahan! Makeup ni mahal tau!

"Finally, you're mine Ayra Maisarah." bisik Zakery lembut. Ayra terkedu seketika. Matanya tajam merenung kewajah lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya. Jantungnya berdetak pelbagai irama. Sukar untuknya mentafsir apa yang bermain dihatinya.

Senyuman manis mula terukir dibibir. Kini, tiada lagi jalan untuknya berpatah semula. Apa jua rintangan yang akan mendatang, akan dihadapi sebaiknya. Zakery Adam, semoga api dendam ini akan terpadam dan aku bisa menerima kamu sepenuhnya. Aku akan belajar mencintaimu setulus hatiku saat kau melafazkan akadmu.

Selepas selesai sahaja mereka mengambil gambar kenangan, Zakery pulang bersama keluarganya kerana perlu bersiap sedia untuk majlis sanding pada keesokkan hari. Dia perlu berehat malam ini.

Dari kejauhan, Daniel memandang sayu kearah mereka. Kini, dia kehilangan Ayra buat selama-lamanya. Dia tidah boleh memiliki Ayra lagi walau bagaimana pun cara. Dia sudah sah menjadi ibu tirinya yang baru. Jiwanya sakit, hatinya meronta. Hanya waktu sahaja yang bisa merawat lukanya.

*******************************

AYRA menghela nafas lega. Setelah seharian menjadi tumpuan, akhirnya majlis perkahwinan mereka berakhir. Dia sudah bersengkang mata seawal 5 pagi dan bersiap untuk majlis persandingan yang akan berlangsung pada waktu tengahari. Makeupnya, tatarias gaun pengantinnya, dan pelbagai persiapan yang membuatnya sedikit lelah.

Ayra mencapai tuala yang tergantung lalu masuk kedalam bilik air. Air yang mencurah dari shower mula membasahi rambut dan tubuhnya. 'Haih, leganya dapat mandi!' desis hatinya riang. Dari tadi perkara pertama bermain dimindanya adalah mandi! Badannya sudah berlengas dan tidak selesa. Selesai sahaja majlis, dia terus masuk kedalam bilik tanpa menunggu sesiapa.

Setelah puas dibawah pancuran air, Ayra menutup paip showernya. Dia mencapai bathrobe yang tergantung. Kepalanya dililit dengan tuala. Ayra memulas tombol pintunya dan melangkah keluar dari bilik air. Saat itu juga, matanya tertangkap pada sekujur tubuh. Badannya seolah terpaku, matanya membulat terbuntang. Gulp!

"Kenapa tak keluar dari bilik air lagi?" soal Zakery saat melihat Ayra terkaku dimuka pintu.

"Aaap-aappaa awak buat kat bilik saya ni?" soal Ayra gugup. Tangannya disilangkan untuk menutup dadanya yang sedikit terdedah. Zakery tertawa kecil.

"Baru je tadi kita sanding sama-sama. Sayang dah lupa ke yang sayang dah jadi isteri abang?" Zakery tersenyum sinis.

"Sayang? Abang?" soal Ayra kembali. Dia loading seketika. Cuba mencakna kembali kata-kata Zakery. Aduh! Dia menepuk dahinya, macam mana aku boleh lupa yang aku dah kawin ni!

"Kenapa tercegat kat situ? Ke nak teman abang mandi pula?" ucap Zakery dengan nada yang menggoda. Langkahnya menghampiri Ayra dimuka pintu. Kini, jarak mereka hanyalah selangkah.

"Eeeee, mengadalahhh! Pergilah mandi cepat!" Ayra menolak dada Zakery yang semakin hampir dengannya. Wajahnya kemerahan menahan malu. Dia cepat-cepat meloloskan diri. Tatkala melihat Ayra yang tak tentu arah, tawa Zakery terhambur diudara. Dia terhibur dengan gelagat gadis itu lalu masuk kedalam bilik air. Dia ingin segera mandi dan bersiap sedia untuk menunaikan solat magrib. Tadi Zulkifli ada mengajaknya untuk berjemaah disurau yang berdekatan.

AYRA mengerling jam didindingnya. Setiap saat yang berdetak membuatkan Ayra tidak keruan. Apa taknya, malam ini adalah malam pertamanya bersama lelaki yang tidak dicintainya. Pasti suasana akan bertambah kekok diantara mereka.

TUK! TUK!

Pintu biliknya dikuak dan wajah Zakery tersembol di muka pintu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum jahat. Melihat senyuman Zakery, jantung Ayra seperti ingin meledak. Dia tidak tahu ingin bertingkah. Kejapan dia menyikat rambut, kejapan pura-pura sibuk mencari barang dimeja solek. Eh, nervous ke?

"Sayang..." sapa Zakery yang sudah pun berdiri dibelakangnya. Haaa, nak apa ni? Aduhhhhh, ibu tolong adik!

"Emm, sorry saya bendera merah." Ayra beralasan. Dia terpaksa menipu untuk mengelakkan Zakery meneruskan niatnya. Bukannya lelaki itu tidak tahu pernipuaanya itu, baru je tadi dia nampak Ayra solat, takkan tiba-tiba period. Saat Zakery ingin menyentuh bahunya, Ayra mengelak.

"Kenapa? Abang tak boleh sentuh awak ke? Sebab abang bukan orang yang awak cintai seperti mana awak cintakan Daniel?" soal Zakery saat mata mereka bertemu di pantulan cermin. Tatkala mendengar kata-kata itu, Ayra membalikkan badannya untuk berhadapan dengan Daniel. Jantungnya berdebar, Zakery tahu?

"Since when you tahu yang I ex-girlfriend Daniel?" soal Ayra ingin tahu. Hatinya gementar.

"Since my son keep argue with me about you, then I investigate every single things! Remember Johan? Yes, dia yang siasat pasal korang. I sengaja invite both of you join me dinner at his restaurant. My jackpot bila dengar kebenaran dari mulut korang sendiri!" suara Zakery mula berubah, begitu juga panggilan diantara mereka. Daripada 'abang sayang' bertukar kepada 'I you'. Seolah-olah Zakery memberi amaran dalam diam bahawa akan ada satu jurang baru tercipta. Dan perkahwinan ini tidak akan seindah mimpi.

"Then, why you jadikan I as your wife kalau dah tahu semua ni?" Ayra semakin gugup. Dia menjadi tidak sabar untuk mendapatkan jawapan dari lelaki dihadapannya. Zakery tersenyum sinis.

"Ha, I bukan baik sangat Ayra Maisarah. I will not let you go as you please. I takkan lepaskan someone who play with my heart. Once you're mine, you will be mine forever Ayra!" suara Zakery sedikit keras. Hatinya bercampur baur antara sayang dan amarah.

Sejujurnya, hati Zakery sudah benar-benar mencintai Ayra. Dia sendiri tidak tahu bila saatnya perasaan itu berputik. Hari-harinya yang ditemani gadis itu sedikit sebanyak mencuit hatinya yang sekian lama tertutup. Kerana sakit hati dipermainkan, rasa cinta bertukar menjadi api kemarahan. Tanpa sedar, ada sesuatu perasaan baru yang mula timbul didalam diri. Ye! Perasaan ingin memiliki walau apa jua yang terjadi termasuklah mengorbankan perasaan anaknya sendiri. Jika seribu orang yang menghalang, dia sanggup harungi. Walaupun Ayra tidak mahu menerimanya, akan dipaksa hingga gadis itu dalam gengamannya. Kini, semua berjalan dengan lebih lancar saat Ayra terpancing emosi. Dia terburu-buru menyahut cabarannya untuk menjadi isteri Zakery Adam dan terjatuh dalam perangkapnya.  Tanpa Zakery sendiri sedar, perasaan itu telah bertukar menjadi obesesi. Ya, aku obses untuk memiliki kamu Ayra Maisarah!

Ayra menelan air liurnya. Dia sendiri tidak menyangka Zakery terlebih dahulu mendahului. Kini, dia terperangkap dalam jeratnya sendiri. Disangkakan Zakery polos, rupa-rupanya seperti ular dalam semak. Bergerak namun tidak berbunyi.

" I.. I can explain!" Ayra tergagap. Jantungnya gementar.

"No need!! I don't need any explanation. Now your plan dah success Ayra. I dah jadi suami you dah pun. And Daniel dah pun merana atas perkahwinan kita. Ini yang you nak kan Ayra?"

"But Zakery, I...."

"And now, you need to follow my plan pulak Ayra." belum sempat Ayra menghabiskan kata-katanya, Zakery memintas dengan senyuman jahatnya. Ayra tidak sedap hati.

"What's your plan Zakery? You.. you nak apa dari I?" sejujurnya Ayra mula ketakutan. Dia kecut perut apabila sisi Zakery yang satu ini muncul. Terimbas kembali kejadiaan dipejabat sebelum hari pertunangan mereka. Jadi inilah punca sebenarnya mengapa Zakery berubah mendadak! Barulah Ayra jelas mengetahui punca yang dicari. Sisi inilah yang paling dirisaukan setelah Zakery mengetahui hal sebenar. Tak sangka pula secepat ini.

"Haha! Don't worry sayang. I just nak you taste your own poison. Be my wife obediently, Ayra Maisarah." Zakery menyisir rambut Ayra kebelakang telinganya.

"Wangi, cantik rambut you sayang." bisik Zakery. Lembut dan penuh menggoda. Pinggang Ayra dirangkul, rambutnya ditelus lembut. Dia sengaja merapatkan wajahnya kearah gadis itu. Bibirnya semakin didekatkan. Apabila dilihatnya gadis itu tidak melawan, senyuman mula terukir dibibir.

Jantung Ayra bagaikan timer bomb, bila-bila masa akan meletop. Perasaannya bercampur baur. Takut, gelisah dan malu menjadi satu. Badannya kaku dan seperti terkena elektrik saat Zakery menguncup lembut bibirnya. Tangan Zakery mula meneroka ke seluruh bentuk badan rampingnya. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh ringan gadis itu dan membaringkan Ayra dikatil empuk. Ego dan prinsip untuk menyerahkan daranya pada lelaki yang dicintai terpaksa dilupakan. Malam ini, Ayra pasrah dan menyerah diri kepada suaminya sendiri. Salahnya juga mempermainkan perasaan orang yang tidak bersalah sedangkan Ayra sendiri tahu sakitnya bagaimana. inilah akibat yang terpaksa dipikul seumur hidupnya. Dan malam itu menjadi saksi hubungan yang lebih dalam terjalin diantara mereka.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

323K 14.1K 46
"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai antik tu! Dapat boss macam Alien pula tu...
44.1K 1.7K 15
( C O M P L E T E ) Cinta Fatihah pada Afiq adalah cinta yang suci . Berkahwin atas kerelaan dan bukan paksaan . Banyak kenangan yang mereka ukir , b...
39.6K 2.5K 25
Qaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya...
428K 12.1K 45
Logik tak kalau cikgu culik anak murid dia sendiri?? Mestilah tak logik kan?? Tapi itulah perasaan nurain dewi hasnita apabila tengku rayyan zafriel...