BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI

12.8K 434 29
                                    


ZAKERY menyemak dokumen-dokumen dihapannya itu. Kertas kerja ini harus dibentangkan secepat mungkin. Seseorang yang dipercayainya harus mengisi kekosongan jawatan itu. Tapi itulah masalah yang dihadapi Zakery. Dia mempunyai 'trust issue' yang sangat kronik. Untuk meletakkan kepercayaan dan tanggungjawab pada seseorang itu bukanlah mudah.

TUK! TUK!

Pintu pejabatnya diketuk. Setelah mendapat keizinan, Alisa menguak pintu perlahan-lahan. Berdebar pula hati Alisa saat Zakery memanggilnya dengan nada yang serious.

" Dato panggil saya?" soal Alisa memecahkan suasana. Zakery mengangguk lalu menjemputkan pembantu peribadinya untuk duduk.

"Alisa, you tahu kan our branch hotel kat terengganu tu baru buka?" soal Dato Zakery sekadar basa basi. Syarikatnya menjalankan perniagaan dalam bidang construction dan juga hartanah. Untuk sektor perhotelan pula adalah antara cabang lain bagi syarikatnya itu. Kiranya ia juga adalah salah satu anak syarikat kepada Berkat Holding.

"Ye Dato, itu saya maklum. Kenapa tu dato? Ada apa-apa masalah ke?" hati Alisa sudah tak sedap. Dia kurang pasti punyanya, tapi ia dapat merasakan hal ini akan melibatkan dirinya.

"You dah jadi my PA almost 5 years. So, I rasa ini masa yang tepat untuk you dinaikkan pangkat. I nak you handle hotel kat terengganu. Gaji you naik double." ucap Zakery. Mata Alisa membutang. Ini bukan firasat buruk, ini firasat baik! Yelah, siapa je taknak naik pangkat selepas 5 tahun berkhidmat dalam syarikat yang sama. Baginya, ia satu penghormatan besar yang diberikan oleh Dato Zakery. Dia mengenali sikap Majikannya itu yang tidak mudah memberikan kepercayaan pada sesiapa.

"Betul ke Dato?" soal Alisa penuh keterujaan. Zakery mengangguk sambil tersenyum. Syukur pembantu peribadinya itu menerima dengan hati terbuka. Jadi tak perlu dia mengatur perancangan yang lain.

"Habis tu, yang gantikan tempat saya siapa? Dato dah jumpa pengganti ke?"

"Oh soal tu, saya nak awak uruskan. I trust you the most. So, please choose wisely masa interview nanti." ucap Zakery selamba. Ya, dia meletakkan kepercayaan kepada Alisa. Dia tahu Alisa bukan lah seorang yang acuh tak acuh dalam melakukan tugasan. Kerana itu dia lebih mempercayai Alisa untuk menguruskan PA barunya nanti.

"Kalau takpayah open interview boleh ke? Saya ada calon?" soal Alisa. Zakery mengangkat keningnya tanda kehairanan. Setahunya, Alisa bukan lah seorang yang suka recommend kan sesiapa. Malah,sesiapa sahaja yang meminta bantuan nya untuk dapatkan pekerjaan dalam Berkat Holding, sudah pasti Alisa akan meminta kenalannya itu untuk melalui prosedure yang ditetapkan. Apabila Zakery tampak kehairanan, Alisa dapat menduga persoalan yang bermain difikirannya.

"Actualy saya nak recommend my cousin yang saya bawa bersama ke Langkawi minggu lepas. Untuk gantikan position saya, she is the best candidate. Dia baru balik dari australia." cadang Alisa. Alang-alang sepupunya itu tanam anggur je kat rumah, baik dia minta sepupunya itu menggantikan tempatnya. Kerja dengan ayahnya sendiri tidak mahu, jadi tiada alasan jika kerja dibawah orang lain.

Zakery sekali lagi termanggu. Wajah gadis yang bersama Alisa ketika di Langkawi tempoh hari mula menghiasi fikirannya. Sejujurnya, Zakery agak terpana ketika bertentang mata dengan gadis itu. Entah kenapa, kedamaian menjengah hatinya yang kian lama sunyi. Namun, cepat-cepat perasaan itu disingkirkan. Dia sudah buang jauh-jauh perasaan ingin bercinta. Fokusnya hanya untuk anak lelaki tunggalnya.

"Dato oh dato! Dato dengar tak?" sergah Alisa sekaligus mematikan lamunan Zakery. Dia berdehem sambil membetulkan tempat duduknya.

"Ok, kalau itu yang awak pilih, kita proceed sahaja. Make sure you ajar dia everything. Next month awak dah kena gerak ke terengganu." ucap Zakery. Aduh! Dua minggu je lagi nak masuk bulan depan. Jadi masa untuknya agak suntuk. 'Kena cepat ni! Mahu kelam kabut aku nanti' desis hatinya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now