BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND

19.6K 521 3
                                    

Wanita itu meremas jari jemari nya sejak dari tadi. Perasaannya bercampur baur. Sedih, kecewa dan marah menjadi satu. Gambar yang diterima bergelimpangan di atas meja. Air minuman yang dipesan langsung tidak berusik.

'Berani kau game aku ya Daniel. Dasar jantan tak guna!' getus hatinya, Kemarahan nya meluap-luap. Sumpahan demi sumpahan singgah dihujung bibir, sakit hatinya tidak terungkap.

"So, what's your planning?" soal Sofea, sahabat baiknya yang sejak dari tadi menemaniya.

"Taktahu lah beb. I'm speechless sangat." jawab Ayra dengan nada sedih.

"Then, kau nak stay in relationship lagi dengan Daniel?"

"Memang taklah beb aku pertahankan hubungan ni lagi. Once cheater, always be a cheater." Jawab Ayra tegas. Dia berpegang pada prinsip. Sekali seseorang itu pilih untuk curang, ia akan mengulanginya lagi.

"Kau nak buat apa? Curang jugak?" soal Sofea sambil menghirup jus tembikai yang dipesannya sebentar tadi. Ayra terdiam. Sejujurnya dia masih tiada apa-apa perancangan lagi. Curang? Itu bukan gayanya. Daniel cukup mengenali dirinya. Dia bukan lah seorang perempuan yang mudah jatuh cinta. Daniel adalah cinta pertamanya. Dia sendiri buntu. Dia tidak pernah rasa sesakit ini. Sakit dikhianati dengan orang yang dicintai. Ya, ayra tulus mencintai Daniel.

Tiba-tiba telefon bimbit Ayra berbunyi. Nama Daniel menghiasi skrin.

"Hi baby, where are you? I miss you already!" Sapa Daniel sejurus Ayra mengangkat panggilannya.

"Kafe tempat biasa. I baru teringat dekat you, then your call masuk. You macam tahu je kan yang I nak cari you?" jawab Ayra manis. Getar suaranya ditahan agar Daniel tidak dapat kesan apa-apa. Ye, dia perlu bersemuka untuk akhiri semua ni.

****************************************************

"Hi baby, dah lama tunggu?" Sapa Danial saat ia tiba disebelah Ayra.

"Not too long." Jawab Ayra malas. Hatinya bertambah sakit saat wajah Daniel menghiasi pandangannya. Daniel dapat menganggak ada sesuatu yang tidak kena. Melalui nada bicara gadis itu, daniel cukup kenal mengenai diri Ayra. Yelah, sudah setahun mereka bersama, bohonglah jika Daniel langsung tidak mengenali teman wanitanya itu.

"Are you okey my sweetheart? You look unhappy,why? Tell me, I will give you my ears." pujuk Daniel. Dasar jantan tak guna. Ayat manis betul, patutlah Ayra pun terjatuh dalam sarang buaya!

"Care to explain ?" soal Ayra sambil menghulur gambar-gambar skandalnya.

"Look Ayra, she's my close friend"

"Serapat mana Daniel? How do you feel when I mesra dengan someone else? Are you okey with that?"

"Yahh, I'm okey je. I faham yang kita masih muda. A lot of things we need to explore Ayra. I tak nak terikat dengan one girl je. I still nak enjoy mylife. Lagipun next week we going back to Malaysia right? Belum tentu you akan stay dengan I after kita dah kat Malaysia nanti." Jawab Daniel selamba. Hati ayra bagai disiat-siat. Sungguh mudah hatinya dihancurkan.

"What do you mean, Daniel? After a year we were together, ini jawapan you? Selama ni you anggap I apa Daniel? Banyak lagi ke yang you tak jujur dengan I selama ni? Tell me now!" suara Ayra semakin meninggi. Kesabarannya cukup teruji. Lelaki yang dihadapannya bukan seperti lelaki yang dikenalinya selama ini. Sifatnya berbeza dari kebiasaan sepanjang mereka bersama. Ayra dapat rasa ada seperti yang tidak kena.

Daniel menghela nafasnya perlahan. sudah tiba masanya untuk Ayra mengetahui kebenaran yang disimpan kemas. Dia sudah lama ingin mengungkapkan kejujuran, cuma masa tidak pernah mengizinkan.

"okey, I jujur okey. Actually, our relationship bermula dengan penipuan. I betting with my guys untuk dapatkan you. Semua orang kat kolej tahu yang you memang susah nak terima sesiapa pun. So, I sahut cabaran diaorang untuk buat you sampai jatuh cinta pada I. but we don't have exit plan. Bila I tahu yang I'm your first love, I rasa bersalah sangat. I don't know how to end this relationship. I kesian kan you. So, I try to love you. But at the same time, I still nak enjoy with my life. I taknak ada commitment with anyone. We can be together, but at the same time, we need to give each other some freedom. We happy before right?" akhirnya sebuah kejujuran terbongkar jua. Dada daniel lega sedikit selepas rahsia yang disimpannya selama ini tidak perlu ditutupi lagi. Ayra berhak tahu kebenaran.

Jawapan Daniel sungguh tidak disangkakan. Hatinya bertambah hancur. Cintanya hanyalah sebuah permainan mereka. Bodoh! Kau memang bodoh Ayra! 23 tahun kau tutup hati kau untuk lelaki, dengan sewenangnya kau bagi hati kau pada jantan tak guna ni! Setahun kau ditipu hidup-hidup!

" Why now Daniel? Why you explain all this bullshit after a year!" suara Ayra semakin keras. Dadanya berombak. Air mata yang meronta-ronta untuk keluar ditahannya.

"i'm sorry Ayra. I try nak bagitahu you banyak kali. Tapi setiap kali I nak jujur, mesti ada something else yang menghalang. Trust me Ayra, I love you."

PANG !
Sebuah tamparan keras hinggap di pipi lelaki itu. Ayra tidak mampu menahan rasa amarah yang mula menguasai diri. Mudahnya menutur cinta sedangkan hati sebaliknya. Daniel terdiam seketika. Pipinya terasa bahang selepas ditampar. Namun, ia sedar, ini sememangnya layak untuk dirinya.

"But you love another girl jugak kan?" pintas Ayra. Dia muak untuk mendengar alasan bodoh Daniel.

"Listen to me, Daniel. From now on, you and I dah takde apa-apa hubungan. I put all my trust on you,but ini balasan yang I dapat. You game I dengan betting bodoh you tu, you main kan perasaan I, you kotak katikkan hidup I selama setahun ! sampai bila-bila I takkan lupakan apa you buat ni. You keep my words Daniel, you takkan pernah lagi jumpa mana-mana perempuan yang akan mencintai you as I did. Saat ini, semua perasaan I pada you hilang. Hancur sehancurnya! I hate you Daniel!" hambur Ayra sepuasnya. Ya, hatinya benar-benar hancur. Impiannya untuk graduate bersama-sama Daniel hancur. Pelbagai impian yang diangankan hilang sekelip mata. Kaki ayra pantas meninggalkan kawasan taman itu. Taman yang banyak kenangannya.

"Sofeaaaaaa!" jerit Ayra memanggil sahabatnya saat dia tiba dirumah sewanya. Sofea segera mendakap Ayra saat sahabatnya tiba dimuka pintu. Wajah Ayra benar-benar kusut. Dia dapat mengagak pengakhiran pertemuan Ayra dan Daniel tidaklah berakhir dengan baik. Apabila ayra dalam dakapan sahabatnya, air mata yang ditahan sejak dari tadi akhirnya terhambur jua. Ye, Ayra kekal dengan pendiriannya. Dia tidak akan sesekali menangis dihadapan mana-mana lelaki. Dia tidak mahu dianggap lemah!

"Aku bodoh sofea! Aku bodoh percayakan jantan tak guna tu. Sepatutnya aku dengar nasihat kau. Aku patut percayakan kau bila kau bagitahu yang dia tu playboy. Aku terlampau bodoh sebab percaya jantan macam dia tu boleh berubah." esakkan Ayra semakin kuat. Jiwanya meronta. Beginikah sakitnya putus cinta?

"Sabar Ayra. Tenang kan diri kau dulu. Then, tell me everything apa yang daniel buat pada kau." pujuk Sofea. Jika dia tahu Ayra akan terluka sedalam ini, sudah lama dia bongkarkan apa Daniel buat dibelakang Ayra selama ini. Cuma dia tidak sanggup untuk hancurkan kebahagiaan Ayra. Bukan tak pernah untuk memberitahunya, tapi Daniel lebih dahulu mengatur langkah untuk menutup segalanya. 'Maafkan aku Ayra' , desis hatinya. Malam itu menjadi malam yang panjang untuk mereka. Ayra meluah segala apa yang terpendam. Yang pastinya, Ayra tidak akan duduk diam.
Pada awalnya, dia ingin memutuskan sahaja hubungan mereka jika wanita lain sudah menjadi pilihan hati. Dia perlu menghormati pilihan Daniel waima perasaan cintanya bersisa. Tapi, tidak disangka cerita disebaliknya pula. Kenyataan yang benar-benar buat hatinya hancur sehancurnya, sekaligus merubah dirinya menjadi seorang pendendam. Ya, Ayra akan balas dendam. Apa cara sekalipun Ayra akan cari jalan nya!

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now