BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP

12.6K 368 8
                                    

SEMINGGU berlalu tidak terasa bagi mereka. Kehadiran Husna dirumah itu menambahkan keriuhan suasana. Sikap Husna yang peramah dan periang sering menghiburkan Ayra. Memasak, menghias rumah dan membeli belah, semuanya dilakukan bersama. Seperti mempunyai seorang kakak yang mempunyai sama minat.

Selama ini dia dibesarkan bersama dua orang abangnya yang lasak. Panjat pokok, lumba basikal dan pelbagai aktiviti lelaki sering dilakukan bersama abang-abangnya. Dia seorang sahaja bunga, maka terikutlah lasaknya. Cuma bila menginjak usia dewasa, Ayra mula banyak menghabiskan masanya dirumah dan melakukan kerja-kerja perempuan. Mujurlah ibunya, Aisyah sangat tegas mendidiknya dahulu. Jika tidak, senduk pun dia tidak tahu bagaimana nak memegangnya.

"Akak, mommy dengan auntie lama lagi ke kat sana?" soal Ayra mengenai ibu mertuanya. Sepatutnya ibu mertuanya sudah balik menunaikan umrah.

"Rasanya lama lagi kut. Sebab semalam I call my mom. After diaorang selesai tunaikan umrah, diaorang sambung holiday ke Dubai then melawat Daniel kat Aussie. Around two weeks more." terang Husna yang sudah sedia maklum mengenai aktiviti ibunya bersama Datin Faridah.

Ayra hanya mengangguk tanda memahami. Untungnya jadi orang kaya, tak perlu tergesa-gesa pulang. Selepas beribadah, boleh terus sambung bercuti tanpa memikirkan apa-apa urusan perkerjaan. Bilalah Zakery nak ajak pergi honeymoon ni.

"Akak, Ayra nak tanya sikit pasal Suri boleh?" soal Ayra ingin tahu. Ketika dia membantu Biksue mengemas rumah tempoh hari, Ayra memasuki sebuah bilik yang jarang orang lain masuk. Bilik itu penuh dengan gambar-gambar lama mereka sekeluarga.

"Macam mana Ayra tahu tentang Suri?" soalan Husna ingin tahu. Kelmarin dia pernah bertanya kepada sepupunya itu sama ada Ayra mengetahui atau tidak mengenai kewujudan Suri sebelum ini dan jawapannya Ayra sudah sedia maklum. Namun, mengapa hari ini soalan dari Ayra seolah-olah dia langsung tidak mengenali arwah Suri.

"Sebelum ni Ayra tahu arwah isteri abang namanya Suri. Masa Ayra mengemas, Ayra ada ternampak gambar keluarga abang kat bilik belakang. Satu gambar tu, gambar pernikahan abang dengan Suri. Dan satu lagi gambar pernikahan Suri dengan seorang lagi lekaki. Gambar lelaki tu pun ada sekali dalam bilik tu. Nampak macam diaorang ni rapat. Siapa Suri sebenarnya kak? Dan siapa lelaki tu?" soal Ayra bertubi. Dia semakin keliru kerana frame terbesar adalah gambar mereka sekeluarga. Ada Zakery, ibu mertuanya, Suri dan lelaki itu sekali.

"Zakery tak pernah cerita siapa lelaki tu?" soal Husna inginkan kepastian sebelum dia membuka luka lama itu kembali. Ayra menggelengkan kepalanya. Dia pernah terfikir untuk bertanya, namun ia risau jika soalannya itu nanti membuatkan Zakery tidak selesa.

"Actually, Suri tu sebenarnya kakak ipar Zack. Lelaki yang Ayra tanya tu adalah abang kepada Zack. Nama dia Bakery tapi kami panggil dia Bad. Zack, Bad,Suri dan akak ni memang sangat rapat sejak kecil. Macam belangkas. Perbezaan umur mereka dalam 5 tahun macam tu. Suri pula sebaya dengan Bad. Bila dah meningkat dewasa, Bad mula jatuh cinta dengan Suri dan jadikan Suri sebagai isteri. Diaorang happy with each other." cerita Husna. Dia meneguk minuman dihadapannya untuk membasahkan tekak.

"Tak lama lepas tu, Suri pregnant. Bad dengan Zack lah orang yang paling excited. Masa tu Zack jarang dah kat rumah, dia keluar merantau. Katanya nak cari pengalaman." Husna tertawa kecil. Dia masih mengingat saat Datin Faridah menghalang keras akan keputusan Zakery. Zakery pula semakin dihalang, semakin dia memberontak. Nak tak nak, Datin Faridah lepaskan sahaja anak bongsunya untuk membuat keputusannya sendiri. Dan disitulah Ayra mula mengerti bagaimana ayahnya bertemu dengan Zakery suatu ketika dahulu.

"Kebahagian tu tak lama, Bad excident masa dia dalam perjalanan ke hospital. Waktu tu Suri dah nak bersalinkan Daniel."

"Daniel? Maksud akak Daniel bukan anak kandung abang?" jantung Ayra mula berdetak kencang. Anggukan Husna sekaligus membuat dirinya terkejut. Lidahnya seakan kelu. Apa aku dah buat ni?

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now