BAB 19 - TRUST IS THE KEY

15.6K 506 12
                                    


SUASANA pagi yang sunyi menyerlahkan lagi bunyi kicauan burung yang bertebangan. Rumah agam yang sedikit jauh dari lebuhraya membuatkan suasana disekitarnya sedikit nyaman.

Ayra terjaga dari lenanya. Matanya terasa berat dan kepalanya masih berpinar. Saat Ayra membuka matanya, wajah Zakery menghiasi pandangan. Zakery setia menemaninya sepanjang malam walaupun tidur dalam keadaan duduk. Hati Ayra bercampur baur. Marah, sedih dan kecewa menjadi satu.

Ayra perlahan-lahan bangun dari tempat tidurnya. Dia membiarkan sahaja Zakery terus diulit mimpi, dia ingin mengelak dari lelaki itu. Namun, pergerakkan Ayra membangun Zakery dari tidurnya. Wajah Ayra dipandang sayu.

"Sayang..." panggil Zakery lembut. Hatinya terasa sayu melihat keadaan isterinya.

"Kenapa tidur kat sini?" soal Ayra dengan nada yang tegas. Dia masih marah.

"Abang nak ada kat sisi sayang. Abang..abang merayu sangat pada Ayra, tolonglah dengar penjelasan abang sayang." Zakery merayu. Dia melutut dikaki Ayra minta untuk dikasihani. Dia benar-benar buntu jika kali ini Ayra menolaknya lagi.

Ayra menghela nafasnya. Kesungguhan Zakery sedikit mencuit hatinya. Pelbagai persoalan mula bermain difikiran. Matanya dipejamkan seketika, mencari segenap kekuatan.

"Ayra nak mandi dulu. Kepala Ayra sakit sangat ni. Nanti lepas Ayra mandi, kita bincanglah." ujar Ayra. Dia perlu mandi untuk menyegarkan diri sebelum berhadapan dengan lelaki itu. Kata-kata Ayra sedikit memberikan sinar harapan buat Zakery.

"Okey sayang. Abang tunggu sayang mandi dulu. Please, promise to me yang Ayra takkan buat benda bukan-bukan." pinta Zakery. Dari semalam dia benar-benar ketakutan. Dia tidak mahu tragedi yang berlaku pada Suri berulang kembali. Dia tidak sanggup kehilangan Ayra Maisarah.

Melihat keadaan Zakery yang terdesak, Ayra hanya mengangguk. Pada ketika ini, dia perlu rasional dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Dia perlu duduk dan berbincang empat mata terlebih dahulu sebelum dia membuat apa-apa tindakan.

Dia segera turun dari katil lalu pergi menuju kearah bilik air. Gerak geri Ayra yang berlalu meninggalkannya dihantar melalui pandangan mata. Ayra, Jangan tinggalkan abang!

AYRA menyarungkan t-shirt hitam dan palazo plain berwarna maroon ke tubuhnya. Rambutnya digumpal bersama tuala. Pagi ini, dia malas nak bersiap seperti hari kebiasaan.

Saat melihat kelibat Ayra, mata Zakery bersinar. Hampir setengah jam dia menunggu isterinya itu selesai mandi. Hatinya tidak sabar, setiap detik masa berlalu menyeksa perasaannya.

Ayra mendekati suaminya lalu duduk dibirai katil. Entah mengapa, hatinya terasa jauh dengan lelaki yang berada dihadapannya itu.

"Ayra, abang nak minta maaf atas apa yang jadi. Percayalah sayang, abang tak pernah dua kan Ayra." Zakery memulakan bicara. Debarannya terasa.

"Siapa perempuan tu abang?" soal Ayra inginkan jawapan.

"Abang tak tahu siapa dia. Abang tak sedar macam mana abang boleh ada dalam bilik hotel tu."

"Tak kan lah abang tak kenal. Abang tidur sekatil dengan dia kut." pintas Ayra tidak sabar. Zakery memandang sayu kearahnya. Jari jemarinya diraih.

"Sayang, please dengar dulu apa yang abang nak explain." pinta Zakery lembut. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menyambung kembali kata-katanya.

"Malam tu, lepas settle je kerja abang terus balik. Thaqif orang terakhir yang nampak abang sebelum abang turun ke parkir basement. Masa abang nak buka kunci kereta, ada orang ketuk abang dari belakang. Sumpah, lepas dari tu memang abang tak sedar apa-apa." jelas Zakery.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now