BAB 20 - CUBAAN

9.2K 302 10
                                    

SEPANJANG perjalanan, Ayra banyak mendiamkan diri. Pandangannya dibuang ke luar tingkap kereta. Pelbagai persoalan mula bermain difikiran. Hatinya seperti dibadai ombak, dia sendiri tidak dapat menerangkan apa yang sebenarnya dirasai. Bercampur baur dan membingungkan.

"Abang, can I ask you something?" soal Ayra memecah suasana yang sunyi.

"Sure sayang." jawab Zakery lembut. Matanya mengerling Ayra sekilas dan kembali fokus kepada pemanduannya.

"Siapa Johan sebenarnya? Kenapa ramai orang yang pakai tuxedo? Ayra seramlah abang, macam masuk rumah geng mafia." soalan Ayra membuatkan hati Zakery sedikit tercuit. Tawanya terhambur diudara.

"Gelakkan Ayra pula. Kita ni serious tau bertanya." rungut Ayra. Bibirnya muncung tanda merajuk.

"Alaaa sayang ni. Sensitif pula dia. Okey okey, abang bagitahu. Sebenarnya dulu Johan tu memang geng mafia. Dia kena tikam dari belakang dengan budak-budaknya sendiri. Abang jumpa Johan masa tu dah hampir nak mati. Dia kena tiga tikaman kat badan dia. Nasib baik cepat, kalau tak memang dah mati." terang Zakery sambil mengingati kembali kenangan lama.

"Disebabkan hal tu lah, Johan ni terhutang nyawa dengan abang. Dia bersumpah akan setia berkhidmat dengan abang sampai bila-bila walaupun ia melibatkan nyawa. Nak dipendekkan cerita, Johan bangkit dari kejatuhan dia. Dia nak pinjam duit dengan abang mulanya untuk kembalikan maruah dia dan bersihkan nama dia semula. Abang tak bagi pinjam but i invest to him tapi bersyaratlah, lepas dia settlekan hal dia, abang nak dia keluar terus dari dunia mafia. Dan abang nak dia berkhidmat dengan abang seorang sahaja. Kiranya underground organisation. Orang-orang yang Ayra nampak adalah bodyguard dan silent killer yang diupah under organisasi." terang Zakery lagi. Dalam erti kata lain, Johan adalah bayangannya dalam diam. Bergerak tapi tidak kelihatan.

"Silent killer? Kenapa perlu upah killer?" soal Ayra terkejut.

"Hanya untuk berjaga-jaga. Bukan senang nak pertahankan bussiness jika tiada orang yang jaga dibelakang," jawab Zakery jujur. Musibah yang berlaku keatas Bakery mula terbayang diminda. Dia tidak mahu seperti abangnya.

"Abaa...Abang pernah bunuh orang?" dia tergagap-gagap bertanya. Jantungnya berdebar ketakutan. Aku kahwin dengan pembunuh ke?

"For time being, belum pernah lagi. Johan tu pernah lah sebelum dia jumpa abang. Tapi kalau ada sesiapa yang berani sentuh Ayra atau cederakan Ayra, abang sanggup kotorkan tangan abang." nada Zakery berubah serta-merta. Stereng digenggamnya kuat. Jika Ayra disakiti, dia akan mencari pelakunya hingga ke lubang cacing.

"Abang ni! Abang buat Ayra takut tau!" Ayra menepuk lembut ke peha lelaki itu. Nada suaranya bertukar serak, nafasnya cuba dikawal. Dia takut!

Menyedari perubahan nada isterinya, Zakery terdiam seketika. Dia perlu mengawal perasaanya agar tidak menakutkan Ayra. Dia menghela nafasnya perlahan.

"Sorry sayang. Abang emosional sikit bila melibatkan Ayra. Abang tak rela kalau apa-apa jadi pada Ayra. Ayra nyawa abang, Ayra jiwa abang. Hilang Ayra ibarat hilanglah dunia ni pada abang. I really mean it sayang." jari jemari Ayra diraih lalu dikucup penuh kasih sayang.

"Maafkan abang. Abang bukan nak takutkan sayang, abang just meluah apa yang abang rasa. I can't imagine if something bad happen to you. I don't know either I can control myself or not. Biar abang terluka tapi bukan Ayra Maisarah." ucap Zakery sepenuh hati. Dia benar-benar mencintai Ayra sehingga tiada sesiapa pun boleh menyentuh isterinya.

Kali ini, air mata Ayra mula mengalir. Entah mengapa, kebelakangan ini mudah sangat dia menangis. Hatinya terlalu sensitif. Mungkin kerana perkara-perkara suram yang telah terjadi atas hubungan mereka.

"Hey sayang. Kenapa menangis ni? Abang salah cakap ke sayang?" soal Zakery lembut. Dia mula rasa serba salah kerana membuat Ayra menangis. Jari jemari Ayra dielus lembut.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now