MR PIRATE

由 CIK_ZALIKHA

3M 267K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... 更多

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

36

29.1K 2.5K 242
由 CIK_ZALIKHA

KLIK!

PANTAS sahaja jari Mia menekan butang camera. Usai tunaikan solat subuh, terus dia keluar dari bilik menuju ke jeti. Mengumpul gambar sebanyak yang mungkin sementara menunggu matahari terbit. Dia tidak mahu terlepas peluang menyaksikan detik paling indah itu. Lagi pula lawatan sudah hampir ke penghujungnya. Dia dan team yang menguruskan kerja dibandar akan pulang lagi dua hari. Dan ketika kepala menunduk melihat gambar langit subuh yang diambil, bibirnya tersenyum lebar. Satu perkataan sahaja. Iaitu Cantik. Dia akan kekalkan kenangan ini di dalam telefon sampai bila-bila.

Mia kembali mengangkat wajah. Cadangnya ingin mengambil satu lagi gambar pemandangan disini, namun saat anak mata tertangkap figura Nathan yang duduk dibangku sedang termenung kosong. Perlahan-lahan tangan itu jatuh ke bawah semula. Keningnya berkerut. Mengapa muka lelaki itu nampak pasrah sahaja?

Lantas telefon terus disimpan ke dalam bag. Dibetulkan sedikit blouse cream yang agak senget benget ditiup angin sebelum menapak ke arah Nathan yang duduk di bangku jeti.

"Encik Nathan?" Sapa Mia. Tak tahulah jika kehadiran dia agak mengejuk sehinggakan bahu lelaki itu sedikit terhinjut.

"Eh, Mia... duduklah." Lihat sahaja Mia, dia terus mempelawa untuk duduk. Nathan bergerak ke kiri memberi ruang kosong untuk Mia melabuh punggung. Tak menolak, wanita itu terus sahaja mengambil tempat diruangan itu.

"Encik Nathan ada masalah ke? Kenapa muka nampak pasrah semacam aje?"

Nathan menghembus nafas.

"Tentulah saya pasrah. Dah berapa hari saya dan team bot turun keliling pulau ni cari Husna. Tapi masih lagi tak jumpa-jumpa. Sudahlah lagi berapa hari kita akan balik KL, takkan nak harapkan papa saya pula yang gantikan tempat? Dia bukannya larat mana..." Luah Nathan.

Ada keluhan berat dibibir. Matanya tetap mengamati pemandangan laut yang ada dihadapan sana. Walaupun kurang jelas dimatanya kerana suasana masih lagi gelap, dia tetap nampak keindahan yang terpancar. Dalam masa yang sama, kepala turut tertanya-tanya seberapa luas pulau Semporna ini sehingga Husna tidak berjaya ditemukan? Haih, dimana wanita itu berada agaknya ya?

Mia yang mendengar luahan Nathan hampir sahaja meletuskan tawa. Namun ditahan bibirnya daripada melakar senyuman. Aduhai, kesian betul... kenapalah Tuan Andikha melarang dia menyebarkan berita tentang Husna kepada orang lain. Kalau tidak, tentu Encik Nathan yang menjadi pendengar pertama. Tak perlu susah payah memikirkan keselamatan Husna sedangkan wanita itu memang dah selamat bersama abang sendiri.

"Abang saya tu pun satu, bukannya nak tolong sertai misi cari Husna. Padahal, dia itulah yang paling kenal selok belok pulau ni. Hal resort, langsung dia tak nak ambil tahu. Mungkin dia masih belum lupa apa yang jadi beberapa tahun yang lalu, tapi bukannya benda sama akan berulang pun? Apa yang dia takutkan sangat? Tak habis terikat dengan kenangan pahit lama..." Sedar tak sedar, kata-katanya semakin terpesong ke kisah lain. Berkerut kening Mia yang mendengarnya.

Kenangan pahit?

"Maksud Encik Nathan?" Mia menyoal, dia tidak ada niat untuk korek cerita. Tetapi, jika Nathan sudi berkongsi. Tiada masalah.

Nathan menafik nafas panjang lalu dihembus sebelum kembali bersuara. Wajah berpaling memandang Mia disisi.

"Saya tak rasa abang saya beri keizinan untuk cerita hal ni kepada sesiapa." Ujar Nathan. Tahu dek si Raf itu, mati dia dikerjakan!

Mia angguk kepala. Faham. Lagipun, dia bukan jenis memaksa. Tidak semua cerita hal keluarga boleh dikongsikan. Sama seperti Husna, wanita itu juga hanya meluah mana yang dia rasa boleh berkongsi telinga. Bibir tersenyum kecil.

"Tapi..." Suara Nathan kembali menjengah telinga. Mengalihkan perhatian Mia.

"Tapi apa?"

"Tapi mungkin awak patut tahu sedikit. Sebenarnya..." Nathan mendekatkan jarak, gaya seperti mahu berbisik. Mia turut tundukkan kepala. Memasang telinga seluas-luasnya. Entah mengapa jantung ini tiba-tiba berdebar.

"Ocean Resort ni dah lama dibangunkan, tapi bukan Tan Sri Raqib yang pegang." Bisik Nathan.

Terbeliak biji mata Mia kerana terkejut. Seriuslah? Wajah Nathan dipandang. Lelaki itu nampak serius saat mengatakannya. Tidak cuba mereka-reka cerita.

"Kalau bukan Tan Sri Raqib yang pegang, habis siapa?" Soal Mia, penuh curiga.

"Abang saya, Andikha Rafael. Tanah Resort ni, masih lagi nama dia. Tapi Resort ni bukan lagi dia yang pegang. Selepas kejadian pahit tu, dia terus letak jawatan dan tutup Resort ni. Disebabkan papa saya sayang bila tengok Resort ni tak disentuh, jadi papa pun minta dekat abang saya untuk bagi dia yang ambil alih. Dan tak sangka, dia beri macam itu sahaja. Jadi... Papa saya pun ubah suai resort ni serba sedikit dan buka semula."

"Kenapa sampai macam itu sekali? Apa yang dah jadi?" Mia makin tertanya-tanga.

"Ha, part itulah yang saya tak boleh cerita. Kalau dengar ke telinga dia, saya rasa dia akan kejar saya dengan bot dia tu dan campakkan saya ke mulut ikan jerung. Tapi yang pasti, kisahnya agak menyedihkan. Buatkan abang saya tak boleh lupa sampai sekarang. Dan dia sanggup beri segala-galanya yang dia ada kepada Tan Sri Raqib. Malah memilih untuk hidup bersederhana di kampung kesayangan dia." Ujar Nathan. Jika dia ditempat Raf, tak mungkin dia sanggup duduk di perkampungan itu. Pelik juga. Bagaimanalah si abang boleh bertahan hidup disitu, dengan suasananya yang jauh lebih beza daripada bandar yang jelas serba moden. Rasanya tak sampai sehari, dia akan terbang balik ke darat semula.

Tak sanggup!

"Mesti Tuan Andika tu... terkesan sangat dengan kejadian itu,kan?" Kata Mia. Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi, tapi mendengar cerita Nathan. Dia boleh agak, apa yang menimpa ke hidup Andikha Rafaell itu sungguh perit untuk diterima sebagai manusia. Namun dia kagum, lelaki itu masih bertahan menempuh ujian itu sampai sekarang.

Nathan mengangguk kepala. "Ya, sangat-sangat terkesan. Kalau saya jadi dia pun, saya akan bawa diri juga. Cuma tidaklah berikan semua harta yang saya ada kepada orang lain sewenang-wenangnya!"

Mia tergelak mendengar kata-kata lelaki itu. Sayang betul Encik Nathan dengan duitnya. Memang jauh beza dengan perangai si abang, lebih mahukan kehidupan yang sederhana. Kepalanya tergeleng-geleng. Apa nak jadilah dengan Encik Nathan yang seorang ini...

Nathan mengeluh kecil. Namun, keningnya berkerut sesaat apabila tersedar sesuatu. 

"Eh, saya peliklah. Bukan selalunya kalau awak nampak muka saya, awak akan tanya tentang berita pasal Husna ke? Dulu awak sampai termenung, muka masam... Kenapa sekarang macam dah tak kesah? Awak dah lupakan dia ke?"Soal Nathan secara tiba-tiba.  Topik tentang Andikha Rafael lebur begitu sahaja. Dia memandang Mia dengan muka berkerut.

Terkulat-kulat wanita itu hendak menjawab. Anak mata mula melilau ke lain serupa mencari alasan. Macamlah akan ada jawapan yang keluar dari air laut itu. Memanglah dia dah tak kesah, kerana dia tahu Husna sudah selamat.

Aduh!

Nak jawab apa ya?













                 
                        DAHI Husna berlapis. Kening berkerut-kerut. Jika dahulu kehadiran lelaki si mata biru sering menjadi mimpi indahnya, entah mengapa kali ini kepala pecah berdarah yang menghantui bayangan mimpi dia. Takut. Sehinggakan tubuhnya menggigil dalam lena. Dia mahu buka mata, tak mahu terus melihat kekejaman yang berlaku di hadapan mata. Ngeri! Terlalu ngeri!

Namun entah mengapa, kelopak matanya terasa terkunci. Payah untuk diangkat. Disaat permainan mimpi itu mula menampakkan pistol yang diangkat tinggi, lagilah buatkan Husna rasa gementar. Tidak! Jangan lakukan perkara kejam itu lagi!

BENG!!!

"HUH?!" dentuman pistol itu seolah-olah bergema ditepi telinganya.  Spontan mata terbuka meluas. Dia terkejut, akhirnya bangkit perlahan-lahan bersandar ke dinding. Nafas mencungap. Dahi berpeluh serupa baru lepas berlari beratus kilometer.

"Astaghfirullah hal Azim..." desis Husna, dia beristighfar berkali-kali. Menenangkan diri. Menghalau jin dan syaitan yang menghasut pemikiran dia sehingga terbayang-bayang kekejaman Mondu. Baru Husna hendak mengangkat tangan meraup wajahnya, terasa seperti kedua-dua belah tangan tersekat dibawah. Dan saat kepala menunduk ke, baru dia ingat tubuhnya masih terikat. 

Haish... bilalah Mr Pirate ni nak lepaskan aku?

Husna kembali mengangkat wajah. Dan tatkala melihat Lanun yang sedang bersujud ke arah kiblat membelakanginya di penjuru kosong sana, buatkan Husna tersentak. Memandang lelaki itu menunaikan solat subuh dalam kegelapan pagi dan hanya bertemankan cahaya dari lilin,
Buatkan hati Husna turut rasa tersentuh.  Tenang seketika pemikiran dia yang diganggu mimpi ngeri tadi.

"Allahuakbar..." lelaki itu bangkit dari sujud, dan kemudian duduk bersimpuh tahiyat akhir. Jari terlunjuk diangkat tinggi, mengucapkan kalimah syahadah yang paling agung diseluruh semesta ciptaan-Nya.

Tanpa sedar bibir Husna melakar senyuman. Sedap sungguh suara lelaki itu pabila mengalunkan bacaan doa. Lupa sebentar pada perbuatan Lanun yang mengikat dia semalam.

"Eh?" Husna tersedar sesuatu saat anak mata turun melihat ke tepi hujung sejadah sebelah kanan.

Penutup mata? Kening Husna berkerut kembali. Lelaki itu tanggalkan penutup mata sebelahnya? Pasti sepasang mata itu tidak ditutup dengan apa-apa sekarang.  Bibir tersenyum menyeringai. Agaknya, kenapa dengan mata sebelah Lanun itu ek? Dia mahu tengok, tetapi posisi lelaki itu sedang membelakanginya.  Jadi, dia tidak dapat melihat wajah Lanun.

Mungkin dia patut berganjak ke tepi sedikit? Lantas, Husna menolak kedua belah kakinya mengesot ke tepi. Kepala pula terjenguk-jenguk serupa kura-kura. Baru beberapa minit, dia sudah mengeluh penat.

"Susah juga nak mengesot dalam keadaan terikat macam ini. Haish, kenapalah malang betul nasib aku..." usai mengambil nafas, dia kembali menolak kaki mengesot ke tepi.  Dah serupa ulat beluncas jadinya. Dia berhenti seketika, menjenguk lagi. Baru nampak separuh muka lelaki itu. Tak cukup! Dia mahu lihat mata yang lagi satu.

Husna mengesot lagi, lagi dan lagi...

"Apa kau cuba buat?"

Husna terkejut. Langsung dia berpaling ke hadapan. Bibir automatik menyengih apabila melihat Lanun yang berdiri memandang dia dengan sebelah kening terangkat. Cis! Dia dah pakai penutup mata tu semula. Husna mendengus di dalam hati.

Husna buat-buat berdehem. Posisi duduknya diperbetulkan.

"Tak ada buat apa-apa." Balas Husna, matanya dilarikan ke lain agar lelaki itu tidak mencari kebohongan yang cuba diselindungkan. Muka membahang malu.

Lanun mengecilkan mata. Ingat dia tak perasankah Husna mengesot ke tepi daripada tadi semasa dia sedang menadah tangan membaca doa. Masih cuba nak lari lagilah tu. Memang tak serik-serik minah kepala batu ni.

"Kau cuba nak lari lagi, kan?" Tuduh Lanun.

Hendak terbelahak Husna mendengarnya.

"Kalau saya lari pun, saya nak lari ke mana? Tangan dah terikat. Awak fikir saya reti bawa bot pakai kaki?"

"Kaukan suka buat kerja gila. Jadi tak mustahil kau boleh buat macam itu."

Husna menjeling menyampah. Tahu tak apa! Kalau dia dah hilang kewarasan, memang dia akan buat. Tapi agaknya, tak sampai sekerat jalan bot yang dipandu dah terbalik.

"Saya bukannya nak lari. Saya nak pergi tandas, ambil wudhuk. Awak dah ikat saya, macam mana saya cedok air dalam kolah tu?" Husna memberi alasan. Kali ini alasan yang lebih bijak.

"Yalah, aku nak bukalah ni." Lanun terus melutut di hadapannya. Kepala tunduk fokus meleraikan ikatan yang ketat. Manakala Husna hanya diam menunggu tali itu terlerai. Wajah Lanun yang tidak memaparkan sebarang riak itu ditenung lama. Namun, mata Husna lebih fokus melihat penutup mata berwarna hitam yang melekat disebelah kanan itu. Sedang memikirkan apa yang Lanun cuba sembunyikan dari penglihatan manusia yang lain.

Sama ada dia cuba menutup kecacatan atau untuk kekalkan imej sebagai seorang Lanun? Tetapi, Mondu tidak pula memakai penutup mata seperti dia. walhal, dia juga Lanun. Hmm...

Husna masih tertanya-tanya. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Rasa macam nak tarik terus penutup mata itu dan lihat sendiri. Namun, dia tahu... jika bertindak seperti itu, sah-sah makan penampar si Lanun.

"Kenapa awak selalu tutup sebelah mata tu?" Entah daripada celah mana keberanian datang sehingga mulut mengucapkan soalan itu. Husna sendiri pelik.

Kepala Lanun melangut. Mata bertemu mata. Dan yang pasti, renungan lelaki itu bukan renungan yang kosong. Renungannya buatkan jantung ini berantakan setiap kali bertembung. Husna tetap cuba berlagak tenang. Tanpa sedar berapa banyak air liur yang sudah ditelan. 

"Kenapa kau nak tahu?"

Husna jongket bahu. Bibir dicebir.

"Saja. Tiba-tiba terlintas nak tanya. Manalah tahu awak pakai penutup tu sebab nak acah-acah jadi Lanun? Supaya orang takut bila tengok awak." Ujar Husna. Dia sekadar main teka.

Bibir Lanun menyenget sebelum kepala tertunduk ke bawah sekali. Lilitan tali dibuka perlahan-lahan.

"Itu bukan sebab utama. Aku dilahirkan dengan satu sindrom. Dan sindrom itu yang buatkan mata aku cacat sebelah. Tapi kecacatan yang ada pada aku, yang buatkan aku rasa ia satu keistimewaan. Jadi biarlah orang yang istimewa bagi aku sahaja yang dapat menatapnya. Aku tak nak orang lain..." Ujar Lanun.

Husna diam.  Tak tahu kenapa jiwanya rasa dihentak. Pedih. Jika Lanun menyembunyikan mata itu daripadanya, bermakna... dia bukan yang istimewa itukah? Eh, kenapa pula dia kena fikir semua itu?

"Dah, bangun!" Arah Lanun setelah ikatan tali terlerai. Dia bangkit daripada melutut.  Tangan mencekak pinggang. 

Husna menggeliat sebentar. Lega betul apabila ikatan dibuka. Lenguh badan dibuatnya. Kemudian, dia berdiri.

"Aku lepaskan kau sekejap sahaja. Selesai solat, aku akan ikat kau balik."

Husna terpanar.

"Kenapa pula macam itu?" Soal Husna, tidak puas hati. Dia baru nak bebas.

"Sebab aku masih tak percayakan kau." Kata Lanun sebelum belakang baju Husna dipegang.

Kening Husna berkerut. Dia tunduk seketika melihat tangan Lanun yang mencengkam belakang bajunya seolah tidak mahu lepas.

"Aku takut kau lari sewaktu pergi ke tandas nanti. Jadi, untuk pastikan kau tak lari. Aku kena ikut kau ke sana sekali."

"Takkan sampai macam itu sekali awak tak percayakan saya?"

Lanun angguk. "Ya, selagi kau tak cakap minta maaf dan menyesal atas perbuatan semalam."

Husna mengeluh bersama jelingan penuh meluat. Dia tiada kuasa hendak melawan melainkan menurut sahaja setiap kata Lanun. Tetapi, Husna tetap keras kepala. Tetap tidak mahu meminta maaf. Dia tak bersalah!

"Ikut suka hati awaklah. Malas saya hendak melawan!"

Lanun tersenyum kemenangan.  Dia hanya mengekor langkah Husna sehingga ke kontena bilik air yang berada di belakang rumah.

Pintu bilik air ditarik. Husna berhenti seketika.

"Tak cukup dengan awak angkat saya semalam, awak nak masuk bilik air dengan saya pulak ke? " Soal Husna tiba-tiba. Dia berpaling memandang lelaki itu.

"Huh?" Kening Lanun berkerut. Dia terkejut dengan pertanyaan Husna.

Kemudian Husna memuncung bibir. Menunjuk ke arah tangan Lanun yang masih tidak melepaskan bajunya. Takkan nak masuk bilik air pun nak ikut sekali? Itu ambil kesempatan namanya!

Lanun sedikit tersentak. Cepat-cepat dia menarik tangannya semula.  Dia berdehem sambil menggosok hidung, melindungi rasa malu sebelum pandangan beralih ke lain.

"Masuklah. Aku tak segatal yang kau fikirkan.  Semalam tu, terpaksa. Kau yang degil tak nak turun dari bot."

"Mana ada lelaki yang tak gatal dalam dunia ni. Jangan nak berdalih." Sindir Husna. Mengalihkan pandangan Lanun memandangnya semula.

"Sudah tentu ada. Iaitu suami yang ada iman, takkan menggatal dengan perempuan yang bukan miliknya. Kau tak tahu benda tu, sebab kau tak ada suami lagi."

"Hanya Mr Blue saya sahaja yang boleh buktikan semua itu." Kata Husna. Berlagak.

Bibir Lanun tersenyum sendiri. Kepala diangguk.

"Yoho kointalangan tiinu."(Aku akan buktikan nanti)

Bibir Husna mengetap. Tajam jelingannya memandang lelaki itu. Apalagilah yang Lanun sedang mengutuknya dengan bahasa dusun. Hendak marah, tapi waktu subuh bukannya panjang mana. Kepala Husna hanya menggeleng. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa mempedulikan Lanun. Pintu dihempas tutup dengan rapat. Dikunci.

繼續閱讀

You'll Also Like

7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
505K 17.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
313K 1K 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka...
39.4K 3.6K 29
҂৲ stray.kids fanfic : ❝Aku masih tak tahu kenapa korang culik aku!❞ -Y/N ❝Sebab darah kau sedap...❞-SKZ START : 15 Mei 2020 END : 10 Oct 2020