Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97.2K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 5
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 7
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 35
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Emir El Tamir: Bab 68 [Final]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 36

22.9K 1K 59
By escritordyanne

DERINGAN telefon membangunkan Airis daripada tidur yang lena. Luar tingkap dipandang sekilas, masih belum cerah. Masih Subuhkah?

Baru teringat dengan deringan telefon yang masih menjerit minta diangkat, dia buka lampu meja di sebelah katil sebelum panggilan tersebut diangkat dalam keadaan mamai.

"Assalamualaikum."

Terus matanya segar. Pantas dia duduk dengan tegak apabila dia kenal dengan suara yang dirindui selama ini.

"Aifel," panggil dia.

Air matanya turun laju sama rentak dengan jantung yang mengepam darah dengan sangat laju. Dia tekup mulutnya supaya Emir tidak mendengar tangisannya.

"Benci sangat kau dengan aku sampai kau taknak jawab salam aku. Tak apa," sayu sahaja kedengaran suaranya.

"Emir," panggil aku dalam nada yang perlahan.

"Yes, Aifel. It's been 7 months, hasn't it? Do you miss me?" tanya Emir.

"Kenapa baru sekarang awak call saya?" tanya Airis dengan bibir yang bergetar.

"I'm sorry. Aku sibuk sangat dekat sini," jawab Emir.

Airis angguk walaupun Emir tidak dapat melihat tingkahnya sekarang.

"Kau tak jawab soalan aku lagi. Do you miss me Aifel? Hm?"

Airis pejam mata mendengar suara lembut Emir apabila bercakap dengannya. Andai kami boleh berjumpa sekarang juga, pasti dialah manusia paling bahagia di muka bumi.

"I do miss you Emir. So much. It's so frustrating without you here," jawab Airis jujur.

Terdengar tawa kecil Emir. "Seharusnya kau percayakan aku berbanding orang lain, Aifel. Kita tak akan jadi macam ini kalau kau pilih untuk percayakan aku." 

"Saya dah tahu semuanya Emir. Razique dah beritahu saya segalanya. Saya minta maaf sebab tak percayakan awak. Bila awak nak balik? Kenapa awak pergi jauh-jauh?" Esakan semakin kuat.

"Don't cry. I'm not there to wipe your tears," ujar Emir. Dia cuba untuk memujuk Airis.

"Jadi, awak baliklah sini, tolong tenangkan saya. Saya taknak benda lain selain awak dekat sini," rayu Airis. Posisi duduk dibetulkan, kali ini dia bersandar pada kepala katil.

"Tak boleh, Aifel." Terdengar Emir mengeluh.

"Kenapa? Awak dah tak sayang saya ke Emir?" Malu tapi terpaksa dia utarakan soalan itu!

Sekali lagi dia tertawa di hujung sana. "Kau masih Aifel aku yang comel."

Hati berbunga-bunga. 'Aifel aku'

"Aku ada banyak tanggungjawab dekat sini. Aku tak boleh balik sana, dan aku tak dapat nak bahagikan masa untuk kau," sambungnya lagi.

"Bukan sebab awak benci saya? Saya tahu saya dah sakitkan hati awak, saya minta maaf." Airis sebik.

"Aku tak pernah bencikan kau. Aku cuma benci keputusan yang kau dah buat. Sampai hati kau batalkan pertunangan kita," balas Emir.

Airis diam lama.

"Aifel.." tiba-tiba dia memanggil wanita itu dengan ton suara mendayu-dayu.

"Ya," jawab Airis sepatah.

"Aifel aku," panggilnya meleret. Airis gulingkan mata, mulalah itu dia nak mengusik.

"Ya saya. Baby Mirel ini nak apa?" soal Airis dengan sengihan malu.

Dia menghamburkan tawa sebelum dia kembali senyap.

"Jangan sampai surat daripada Syamil itu dapat dekat tangan kau," pinta dia.

Airis kerutkan dahi menampakkan pelipis. "Maksud awak? Surat yang mana? Haritu saya baru jumpa abang Syamil, tak ada pula dia bagi apa-apa surat?"

"Nanti kau akan tahu sendiri. Cuma, kalau surat itu sampai dekat tangan kau maknanya aku memang dah berputus asa memperjuangkan kau. Kau pun dah berputus asa menunggu aku," jelas Emir dengan nada tenang.

Emir memang seorang lelaki yang tenang. Jarang melatah atau melenting melainkan dia cemburu.

"Saya tak fahamlah. Awak boleh tak jangan pusing-pusing." Kepala Airis terasa gatal. Pagi-pagi ini memang tak berfungsi sikit otak.

"Nothing important. Just remember that okay little baby?"

"Okay. Jadi, em.." Airis gigit jari teragak-agak untuk bertanya.

"Aifel, kenapa? Before this you're like a fierce kitten. Especially when you're jealous. And now, you're like a cute scaredy kitten." Dia gelak perlahan.

Suka panggil kita kitten benci!

"Awak dah maafkan saya ke?" Berdebar menanti jawapan Emir, dia mundar-mandir di tepi katil.

"Aifel, aku tak akan boleh maafkan seribu orang yang buat salah dengan aku, tapi aku boleh maafkan kau yang banyak kali buat salah dengan aku. Kau istimewa untuk aku. I have a soft spot for you," terang Emir panjang.

Airis hembus nafas lega.

"Feeling better huh?" Untuk kesekian kali, Emir tertawakan wanita itu.

Lama senyap, Emir kembali bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.

"Actually, Aifel. Ada sebab lain aku call kau. Aku ada benda nak beritahu sebelum terlambat."

"A-apa dia?"

"I'm getting married to someone here. Syamil ada beritahu kau?"

"Apa? Awak tipu kan?!" jerit Airis.

"Kakak! Kakak! Bangun!" Terasa ada tangan yang menggoncang hebat badannya.

Dia terus bangun tercungap-cungap.

"Kakak mimpi apo?"

Apabila dia celikkan mata, puan Adawiyah mengelap dahinya yang berpeluh.

"Umi. Tadi Emir call kakak kan?" Tak menunggu jawapan umi, dia capai telefon di tepi bantal. Skrin menyala, namun hampa tiada sebarang panggilan antara mereka.

Kali terakhir cuma Raihana yang menelefon.

"Kakak cakap apo ini? Koadaan Emir pun kito tak tahu macam mano sokaghang. Itulah, umi tak bagi tido sonjo, kakak bega. Kan dah mimpi polik-polik." Puan Adawiyah membebel.

Airis terus memeluk uminya.

"Kakak ghindu Emir bona ini, sampai mimpi dio." Umi mengusap belakang anak sulungnya. 

Semua perbualan manis antara dia dan Emir hanya sebatas mimpi?

"Kakak, umi kojut kakak ini sobab budak Arief itu tak habih-habis buek bising dopan umah." Umi memberitahu.

Airis lap air mata dan bangun untuk menjenguk ke luar tingkap. Memang ya, ada Arief di luar.

"Halau dio sobolum abah kau tau. Umi tak goma dongan porangai eh tu." Tegas umi memberi arahan.

Airis bangun untuk keluar berjumpa dengan Arief. Sudahlah baru lepas mimpi buruk, lelaki itu datang lagi nak burukkan keadaan.

•••

"Apa lagi you nak ini Arief? I dah taknak ada apa-apa kaitan dengan you," marah Airis sejurus sahaja dia berdiri di hadapan Arief.

"You kenapa macam nak mengelak daripada I ini Fel?" tanya Arief.

Airis senyum sinis. "Kalau I jadi you, I tak akan berani nak tunjuk muka I lepas apa yang I dah buat dekat orang itu. Sebab apa? I tahu malu."

"You ini Fel, belajar sastera ke belajar bisnes? Tiba-tiba you nak berseloka." Arief membuat lawak yang tak terasa kelakar.

"Itu bukan seloka. You yang bengap. But seriously, sejak bila you jadi orang yang tak tahu malu ini?" Airis berpeluk tubuh.

"Tell me, I buat salah apa? For 7 months, kita okay je, tapi few days ago you tiba-tiba out of reach, tak angkat call ataupun balas mesej I." Arief cuba berlembut dengan wanita di depannya ini.

"I malas nak layan you. Baik you cakap you nak apa datang malam-malam ini?" Sesekali mata Airis perhatikan sekeliling jikalau ada orang kampung yang mengintai. Takut menjadi buah mulut orang di sini.

Maklumlah, semua orang sudah tahu hal pertunangannya. Nanti apa pula kata orang.

"I nak ajak you keluar makan. Jomlah, awal lagi Fel kalau nak tidur pun. I bukan apa, kalau dekat universiti mesti you sibuk. Tak sibuk, si Raihana itu dah cop you awal-awal," ngomel Arief.

"Kali ini you nak letak apa pula dalam minuman I?" tanya Airis sinis.

Arief terkejut. Namun, tak sampai beberapa saat dia terus kawal riak wajahnya. Tidak mahu rancangannya dihidu oleh Airis. Ya, dia masih tidak insaf. Dia masih dikuasai nafsunya.

"You cakap apa ini Fel? Senja-senja ini you nak bergurau apa lagi dengan I?"

"You should thank me that I still didn't report you to the police," sembur Airis.

"Maksud you apa Fel?" Dia pura-pura bodoh.

Meluat Airis rasanya. Kalau ada Raihana ini, memang dah kena hempuk dengan tempurung kepala mamat ini.

"You jangan nak berdolak-dalih. I tahu punca I hampir kena rogol malam itu semua disebabkan lelaki tak guna macam you! You drugged me!" Suara Airis naik seoktaf.

"You cakap apa ini? Kan I dah cakap I tak buat, tunang you yang punca semua ini Fel!" Arief melawan. Masih ingin menyalahkan Emir.

Pang!

Satu tamparan kuat dihadiahkan pada pipi Arief.

"You jangan nak kaitkan Emir dalam hal ini. Kalau tak disebabkan dia, I tak akan boleh selamat pun malam itu! You perbodohkan I." Airis tundingkan jari ke arah wajahnya. Sampai juling mata dia.

Arief menolak isi pipi dengan lidah. "You dah tahu semuanya? You tahu daripada siapa?"

"Razique Malik! Kau kenal dia kan?" tanya Airis. Tiada lagi bahasa sopan.

Arief berubah riak.

"Mestilah kau kenal, kau kambing hitam dia!" Airis mara ke hadapan. Semakin dia ke hadapan, semakin lelaki itu berundur ke belakang.

"Y-you jumpa dia dekat mana? Bukan ke dia dah masuk dalam?" tanya Arief dengan ketakutan.

"Aku ada cara aku sendiri. Kalau ikutkan hati aku, muka kau ini elok aku tampar sekali lagi sesakit hati aku sekarang. You accused my fiance and sekarang puas hati kau bila aku tak percayakan dia!" tempik Airis. Lantaklah kalau orang kampung terdengar sekalipun.

"You tak ada bukti Fel. Siapa nak percayakan cakap banduan itu?" Tiba-tiba Arief gelak sinis.

"Kau lupa? Gambar-gambar yang kau bagi itu cukup untuk aku jadikan bukti yang kau ada dekat situ. Tapi kau buat apa? Kau cuma tengok dan tak tolong aku." Airis mula menggunakan gambar sebagai senjata terakhirnya.

Tak tahulah mengapa ketika itu Airis tidak boleh berfikir dengan baik dan meneliti satu persatu gambar. Dia juga tidak terfikir untuk bertanya sumber gambar itu.

Arief makin cuak apabila temberangnya sudah pecah. Jelas tampak pada riak wajahnya.

"Maknanya apa? Kau rakan subahat Razique dan Farid. Betul tak?!" sambung Airis lagi.

"Memang! Memang aku yang rancang semua itu. Tapi Razique dengan Farid itu dah rosakkan rancangan aku sebab diorang pun bernafsu nakkan kau!" Lelaki itu dah hilang sabar.

Airis tersenyum dalam hati. Inilah yang dia mahukan. Dia mahu Arief mengaku sendiri melalui mulutnya.

"Kenapa aku Arief?" Airis terkilan.

"Sebab kau jual mahal. Sepanjang relationship kita, kau tak pernah bagi aku apa yang aku nak. Kau selalu dengan alasan bodoh kau, nak tunggu kita kahwinlah apalah!" Akhirnya dia jujur.

Airis hanya diam menanti dia bicara.

"Tapi bila aku usik kau sikit malam dinner anniversary kita itu, terus kau mula jauhkan diri kau daripada aku. Lagi teruk bila kau dah jumpa Emir itu!"

Airis pandang Arief dengan mata helangnya.

"Yes, Emir El Tamir. Sejak dia wujud dalam hidup kau, kau langsung tak pandang aku dan kau lupakan kenangan 6 tahun kita macam itu je! Apa kau dah kena santau dengan dia?" tuduh Arief.

"Watch your mouth. Pertemuan, ajal dan maut bukan urusan kita sebagai manusia, Arief. Selama mana pun aku dengan kau, kalau ditakdirkan aku dengan Emir then you have nothing to do," balas Airis tegas.

Arief mendecit. "Of course. Airis Felora yang dah cinta mati dekat Emir akan back up lelaki dia. Oops, lupa. Bekas tunang."

Riak wajah Airis berubah kendur.

"Rasa-rasa, kalau korang berkahwin akan bercerai tak nanti? Maklumlah, dia berpengalaman bab bercerai ini." Arief mengejek Emir untuk panaskan hati wanita itu.

"Mana you tahu dia dah pernah bercerai?"

Arief angkat bahu sambil bibir dicebikkan. "Sekarang baru aku tahu kenapa kau nak sangat kahwin dengan Emir. Sebab dia duda. Duda yang pernah ada pengalaman pasti lagi hebat atas katil kan?"

Sekali lagi, Airis menampar pipi Arief yang bermulut lancang.

"Jaga mulut you, Arief! Jangan cakap macam orang yang tak tahu hukum hakam!" Airis memberikan peringatan.

Arief hanya diam sambil tangannya naik mengusap rasa sakit di pipi. Memang hari ini dia ditakdirkan untuk ditampar.

"Aku memang silap besar sebab percayakan kau lebih daripada Emir! Aku silap mengukur nilai kepercayaan melalui berapa lama tempoh perkenalan aku dengan seseorang itu. Kau lagi teruk daripada setan!" amuk Airis. 

"Siapa suruh kau percayakan aku?" Makin galak Arief mentertawakan keadaan Airis.

"Lagipun, korang semua hanya mampu cakap kosong. Kau tak boleh tangkap aku. Bukti itu tak cukup kuat." Arief masih mahu berlagak.

"Bukti dekat dunia memang tak cukup kuat, tapi bukti dekat akhirat cukup kuat untuk kau ditendang masuk ke neraka. You piece of shit!" maki Airis.

"Aku tak bersalah. Apa salah aku? Aku cuma nakkan kau dan sayangkan kau," balas Arief dengan yakin.

"Sayang kerana cinta dan sayang kerana nafsu semata adalah dua perkara yang berbeza, Arief. Kau patut sedar benda itu." Airis mendengus kasar.

"Kau tak boleh buat apa-apa dekat aku. Kes itu pun akan ditutup nanti. Bapak aku boleh senyapkan diorang semualah!"

"Sekarang mungkin you terlepas, tapi kifarah tak pernah salah alamat, Arief. You anggap maruah seorang perempuan tu cuma level kelas bawah dan you hancurkan hubungan I dengan Emir. Time will come. Masa itu you akan merayu untuk dimaafkan," kata Airis sinis.

"Dan I harap sangat-sangat Emir tak akan maafkan you sebab dah burukkan dia." Airis sambung lagi.

Tiba-tiba ada habuk-habuk yang bertebaran pada badan Arief dari belakang. Airis sengetkan kepala untuk lihat gerangan di belakang Arief. Ada abah.

Itu bukan habuk, tapi satu plastik dedak ayam abah campak ke arah Arief! Tidak sengaja atau sengaja dia pun tak pasti. Mana ada malam-malam orang bagi ayam makan dedak kan?

"Pakcik!" Arief menyapu luaran bajunya yang terkena dedak ayam.

"Eh. Ya Allah, pakcik ingat ayam tadi. Berkokok malam-malam buta depan rumah orang. Biasanya nak makanan. Kamu rupanya Arief." Abah dengan sengaja menyakitkan hati lelaki ini.

Airis kulum senyum. Memang sengajalah nampaknya.

"Balik. Tak manis kau jumpa anak dara orang apatah lagi berdua-duaan depan rumah aku. Jangan tunjukkan muka kau lagi dekat sini. Kau bukan menantu aku." Abah memberi amaran.

Arief tidak berganjak.

"Balik atau aku bagi anjing Mr Lee dekat belakang rumah kami makan daging kau malam ini." Sekali lagi, ayah memberikan amaran keras.

Airis pun gerun dengar soal anjing Mr Lee. Orang luar sahaja tidak tahu betapa tidak mesranya anjing itu dengan orang yang tidak dikenali. Kalau digigit, boleh cacat seumur hidup. Itulah perumpamaannya.

Arief yang takut dengan amaran abah terus meloloskan diri ke dalam kereta dan meninggalkan pekarangan rumah mereka. Lagipun, dia tidak mahu semakin lama dia di sini, semakin besar peluang untuk dia ditangkap polis.

Continue Reading

You'll Also Like

182K 8.9K 45
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
245K 4.7K 10
[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang d...
912K 65.2K 66
𝑽𝑶𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Black Maria X Dragon Antara hidup dan mati...
48.8K 2.4K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...