Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97.1K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 5
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 7
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 36
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Emir El Tamir: Bab 68 [Final]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 35

23.5K 1.1K 23
By escritordyanne

"Kau ikut aku. Sekarang juga." Tangannya ditarik-tarik oleh Raihana.

Pagi-pagi lagi Airis diserbu oleh Raihana untuk mengikutnya ke suatu tempat. Padahal, baru dua hari lepas mereka berjumpa.

"Tak boleh Raiha. Aku malas. Kau nak bawa aku pergi mana ini?" tanyanya malas. Perlahan-lahan kaki Airis turun dari katil.

"You know what? Aku dah tak boleh sabar, Airis. Kau dah sembuh kan?" Raihana meminta izin sebelum dia ingin menunjukkan Airis sesuatu.

Tangan Raihana sibuk mengetik papan kekunci telefonnya, mencari sesuatu di Youtube. Airis jengukkan kepala.

"Nah. Tengok sampai habis." Dia menunjukkan satu berita sensasi.

Airis mengecilkan mata untuk membaca nama yang tertera dalam berita itu. Razique Malik dan Mohd Farid.

'Bekas pemilik kelab tersohor SunZ, Razique Malik, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan membabitkan pelacuran dan perjudian. Hukuman tersebut dijatuhkan mahkamah tentera selepas Razique Malik disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam...' Suara pembaca berita itu bergema satu ruangan bilik.

Aku tekup mulut. Ini.. bukankah kes yang melibatkan dirinya?

'..Tertuduh telah didapati mengaturkan tawaran seksual buat pelabur asing beberapa kali di samping mempunyai rakan perniagaan untuk bersekongkol bersama, Mohd Farid.'

"Farid.."

"Farid yang beli kau sebenarnya, Airis. Razique Malik pula, dia yang jual kau dekat lelaki ini. Aku tahu apa-apa pun yang keluar daripada mulut kitorang kau tak akan percaya, tapi aku terfikir satu cara untuk aku berhentikan kegilaan ini semua. Aku nak bawa kau jumpa diorang berdua," jelas Raihana panjang.

"Kenapa baru sekarang Raiha?" Tubir matanya mulai berair.

"Sebab aku hormat kau sebagai mangsa keadaan. Gilalah aku kalau aku bawa mangsa yang hampir kena rogol berjumpa dengan orang yang hampir merogol dia dalam masa yang terdekat. Kau perlukan masa untuk terima semua ini, dan sekarang aku yakin. Kau dah cukup bersedia." Raihana menggenggam jari-jemari Airis.

"Aku rasa aku dah bersedia. Kau nak bawa aku jumpa diorang dekat mana?"

Raihana hanya senyum kecil. "Kau pergi bersiap, aku tunggu dekat kereta. Jangan risau, Syamil pun ada."

"Syamil?"

"Walaupun kena paksa, tapi dia ikhlas nak tolong kawan baik aku ini. Dia cakap bahaya kalau kita pergi berdua sahaja," seloroh Raihana.

Lantas, Airis bangun melangkah ke almari untuk mengambil baju yang sesuai. Hanya sedikit lipstik dioleskan pada bibir sebelum dia membuntuti langkah Raihana ke kereta. Memang benar, Syamil setia bersandar pada kereta menunggu mereka berdua.

Sesampainya mereka di pekarangan penjara, Syamil memberhentikan kereta dan parkir di satu sudut. Mata Airis melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak menyangka dia akan jejakkan kaki di tempat seperti ini.

"Jom? Kau dah ready?" tanya Raihana. Dia merangkul lengan kawan baiknya.

Airis balas dengan anggukan meskipun teragak-agak.

"Jangan risau. Apa-apa jadi, saya ada dekat luar ini. Ada ramai pegawai polis dekat dalam," celah Syamil di belakang mereka berdua.

Sekarang Airis betul-betul berhadapan dengan lelaki bernama Razique Malik. Lelaki yang disyaki bersekongkol dengan Farid untuk merogolnya. Namun, komunikasi kami terhadang dengan gelas kaca.

"Kau buat apa jumpa aku?" tegur Razique dengan wajah tegang. Sejak dia masuk ke dalam, tidak pernah sekalipun ahli keluarga atau saudara-mara datang melawat. Apabila tahu dia menerima lawatan hari ini, dia agak terkejut kerana wanita yang pernah dianiaya dulu yang datang.

"Saya..." Airis tunduk bermain dengan jari-jemari bagi menghilangkan rasa takut.

"Kau nak takut apa? Aku dekat dalam dah pun disebabkan tunang kau." Razique berdecit.

Airis panggungkan kepala memandang wajah Razique. "M-maksud awak?"

"Emir El Tamir. Dia kan tunang kau? Kalau kau nak tahu, tunang kaulah lelaki yang dah rosakkan semua rancangan aku dan masukkan aku ke dalam penjara ini!" tempik Razique. Namun dia cepat-cepat kawal kembali ton suaranya apabila ditegur oleh pegawai polis disitu.

"Saya minta tolong sangat-sangat. Tolonglah, beritahu dan ceritakan perkara sebenar. Betul ke Emir El Tamir terlibat sama dalam kes penculikan saya? Betul ke dia salah seorang pembeli awak?"

"Betul." Razique gelak sinis.

Airis memegang dadanya yang terasa sempit mendengar kenyataan Razique. Betul?

"Tapi, dia bukan pembeli sebenar. Dialah pembeli yang paling musibat dalam perniagaan aku. Dia sanggup tipu aku, semata-mata nak beli kau untuk selamatkan kau? Huh, gila." Lelaki itu sekejap gelengkan kepala, sekejap ketawa. Tak kurang macam orang hilang akal.

"M-maksud awak?" Bergetar-getar suara Airis.

"Aku dah tertipu dengan permainan licik dia! Dia menyamar jadi Tuan.. aku tak ingat. Ha! Black Venom."

"Black Venom?" Airis tautkan kening. Siapa pula itu?

"Kau boleh bersabar tak, aku nak terang satu-satu. Aku ini tak ada masa yang banyak nak jawab setiap kali kau mencelah."

"S-saya minta maaf. Teruskan."

"Malam itu, patutnya jadi malam durian runtuh aku. Lepas aku jual kau dekat Farid, aku boleh dapat habuan lumayan punya. Tapi, semuanya jadi hancur lepas.." Tangan lelaki itu dikepalkan.

"..lelaki kau yang bodoh itu dengan kawan-kawan dia menyamar jadi pembeli kau dan serahkan aku kontrak palsu!"

Airis masih tekun mendengar meskipun hatinya bergelora hebat.

"Lagi bodoh, kontrak itu aku tanda tangan tanpa tengok dulu. Kontrak itu tulis kalau aku lepaskan kau tanpa disentuh oleh siapa pun, aku boleh dapatkan harga yang lumayan. Tapi, kontrak itu akan terbatal secara automatik kalau aku diserbu polis. Sialnya, malam itu aku diserbu polis!"

Terdiam. Mereka semua rancang itu untuk dia?

"Kalau tak ada Tuan Black Venom itu aku rasa malam itu memang habis lunyai Farid miang itu kerjakan kau." Razique tergelak besar seolah-olah perkara itu satu mainan.

"Mana tunang kau? Seronok dia tengok kami berdua meringkuk dalam ini disebabkan rancangan dia?" tanya lelaki itu.

Airis tidak membalas dengan anggukan ataupun gelengan, kerana dia sendiri tidak tahu di mana Emir. Andai Razique tahu mereka sudah salah faham, pasti lelaki itu akan mentertawakannya.

"Tengok daripada riak muka kau ini, pasti ada sesuatu yang berlaku sampaikan kau dengan kawan-kawan kau sanggup cari aku sampai ke sini." Razique meletakkan kedua-dua tangannya yang digari di atas meja kecil.

"Saya dah salah faham. Gambar yang Arief tunjuk itu.." perlahan sahaja suara Airis. Tidak pasti lelaki itu dengar ataupun tidak.

Kedengaran Razique tertawa puas sampai bergema ruangan lawatan itu. "Kau salah faham dengan siapa? Tunang kau? Hah. Aku dah agak. Orang bercinta memang bodoh dan menyusahkan."

Keadaan sepi sekejap antara mereka berdua. Airis berada dalam dunianya sendiri,  segala teka-teki kini mula bercantum antara satu sama lain.

"Lagi satu, cik Airis Felora aku nak tanya." Razique kembali bersuara.

Airis mengesat air mata yang makin deras turun tanpa berhenti. Menanti dengan sabar apa yang ingin ditanyakan.

"Apa khabar rakan kongsi aku dekat luar sana itu? Hidup lagi dia?" Razique senyum sinis.

"Rakan kongsi? Siapa maksud awak?"

"Kau sendiri yang sebut nama Arief tadi. Arief Nazhan, am I right? Dia salah seorang rakan kongsi aku dan salah seorang klien aku yang nak sangat tidur dengan kau."

Dang!

"A-apa awak cakap ini? Tak mungkin. Sedangkan dia yang bagi saya gambar-gambar itu semua."

"Gambar? Huh. Masih dengan taktik kotor dia nak nampakkan macam dia mangsa keadaan. Dia ada dekat situ sebab aku yang panggillah bahalol. Dia nak take turn tidur dengan kau! Yang bawa kau ke aku pun, dia sendiri," jelas Razique panjang. Panas hatinya apabila Arief boleh terlepas begitu sahaja.

Melihat Airis menggigil, Razique sambung bicara. "Kau nak tahu pembeli kau yang pertama siapa? Bukan Farid, tapi Arief. Ex-boyfriend kau yang terpaling suci dekat mata kau itu. Siapa suruh kau tak bagi dia apa yang dia nak?" Lelaki itu gelak jahat.

"S-sampai hati dia." Airis bagaikan tak percaya.

"Kau berdosa besar dengan tunang kau. Cakap dengan Emir itu, aku kirim salam dan aku enjoy life aku dekat sini. Kalau tak ada apa-apa lagi, kita berhenti sampai sini. Aku penat," arah Razique.

Perjumpaan mereka berhenti takat itu. Airis berjalan dengan lemah-longlai keluar dari kawasan penjara menuju ke kereta. Di situ, Syamil dan Raihana setia menanti.

"Beb!" Raihana menerpa ke arah kawannya.

"Raiha. Aku dah buat kesilapan paling besar dalam hidup aku. Arief.." beritahu Airis lemah.

"Aku dah agak dah. Mesti ada kaitan dengan si bebal itu! Dia itu memang full packagelah. Dahlah tak handsome, tak baik, tak setia, tak pandai, tak berperikemanusiaan, celaka," maki Raihana tanpa tengok keadaan sekeliling termasuk Syamil yang menjeling tajam ke arahnya.

Airis mengelamun. Terbayang betapa kejamnya kata-katanya pada Emir dua bulan lepas. Betapa yakinnya dia menuduh Emir melulu tanpa dia berikan peluang kepada lelaki itu untuk pertahankan diri. Ya Allah, tolong aku.

"Airis, kau okay tak ini?" Lamunannya berterbangan apabila Raihana menyeru namanya.

"Raiha, hantar aku balik. Aku rasa aku tak sihat," pinta Airis dengan nada yang lemah.

"Ha? Alamak! Airis, aku minta maaf ini semua salah aku sebab aku bawa kau jumpa Razique itu. Okay, jom jom!"

Beberapa minit senyap dalam perjalanan, Airis terdetik untuk bertanya mengenai Emir.

"Raiha, pasal Emir."

"Kenapa dengan abang Emir?" Raihana toleh sekilas ke belakang sebelum kembali pandang ke hadapan.

"Dia dekat mana sekarang? Bawa aku jumpa dia kejap boleh?"

"Airis, aku bukan taknak bawa kau jumpa dia, tapi.." Raihana teragak-agak.

Airis mula rasa tidak sedap hati.

"Tolonglah, Raiha. Bawa aku jumpa dia. Aku tak peduli kalau dia marah ataupun maki aku. Aku nak jumpa dia. Syamil? Tolong saya." Kali ini Airis cuba memujuk Syamil dari tadi fokus dengan pemanduannya.

"Emir dah tak ada. Awak dah terlambat," jawab Syamil dengan nada yang tenang.

"Maksud awak apa?" Pandangannya tajam menikam sisi wajah Syamil.

"Dia dah pergi jauh dari sini."

"D-dia pergi mana?"

"Dia dengan keluarga dia dah tak duduk sini, Airis. Diorang dah berhijrah keluar dari negara ini. Masa hari aku dan Syamil jumpa kau itu, kawan Syamil yang nak fly itu, abang Emir. Aku minta maaf sebab tak beritahu kau," celah Raihana.

Air mata semakin lebat menitis. Tidak dia hiraukan langsung keadaan mukanya yang tak serupa orang saat ini. Dia mati akal.

"Kami sendiri tak tahu dekat mana dia menetap. Keluarga dia taknak beritahu kami. Rahsia sulit," ujar Raihana lagi.

Satu ruangan kereta akhirnya penuh dengan suara esakan Airis yang meledak.

Sesampainya di laman rumah, Airis keluar dari kereta tanpa menoleh ke belakang. Dia perlukan masa sendirian.

"Airis," panggil satu suara di belakang. Syamil.

Airis toleh sekilas sambil tangan mengesat air mata.

Syamil menghampiri wanita itu sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Sapu tangan. Dia hulurkan dengan senyuman ikhlas.

Airis sambut huluran itu tanpa banyak tanya.

"Saya pernah pesan, cari kebenaran sendiri jangan biarkan kebenaran yang cari diri sendiri. Perasaan itu akan makan diri awak sendiri," sambung Syamil.

Airis tidak menjawab.

"Benda dah berlalu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Berbahagialah Airis. Bahagia awak, akan jadi bahagia untuk Emir. Tolong jangan cari kawan saya lagi dengan niat untuk sakitkan dia," pesan Syamil tegas.

Sudah berjam-jam sejak Airis terperap di dalam bilik. Perasaannya terasa sangat kosong. Air mata yang tidak berhenti turun membasahi bantal dan cadar, dia biarkan sahaja.

Pesanan yang dihantar kepada Emir, masih tidak diterima. Pasti Emir telah menukar nombornya ke nombor luar negara.

"Kakak, boleh abah masuk?" Terpacul wajah abah di muka pintu. Airis mengelap air matanya walaupun dia rasa abah dah tahu dia menangis.

"Masuklah abah," pelawa Airis.

Encik Azraei mengambil tempat di sebelah anaknya. "Kakak okay? Sejak balik tadi, kakak asyik terperap dekat bilik sampaikan abah panggil pun tak dengar."

"Biasalah abah, asam garam kehidupan. Kejap okay, kejap tak okay."

"Abah dah dengar semuanya daripada Raihana. Sebenarnya, abah dengan umi yang izinkan dia untuk bawa kamu jumpa pelaku-pelaku itu semua."

"Abah tahu?" Akhirnya mencurah juga empangan air mata yang ditahan dari tadi. Dia memang memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya.

Tangan abah naik mengesat air mata Airis. "Tahu."

"Kakak dah tahu semuanya abah. Kakak menyesal, kakak rasa serba salah dengan Emir. Kenapa kakak boleh bertindak melulu macam itu?" Kepalanya diketuk berkali-kali.

"Abah faham keadaan kakak. Semua orang faham." Abah mengusap belakang badan anaknya supaya bertenang.

"Kakak tak kuat abah. I want him to be here. Kakak berdosa dengan dia." Air mata semakin mencurah-curah seperti air terjun yang tidak akan berhenti.

"Kakak nak tahu satu perkara?" tanya abah secara tiba-tiba.

Lambat-laun Airis mengangguk.

"Waktu pertama kali Emir perkenalkan diri dia sebagai bakal menantu, abah tak berkenan. Abah tak suka lelaki yang main cakap tanpa ada tindakan," jelas abah.

"Tapi, lama-kelamaan abah boleh nampak usaha dia untuk ambil hati kami berdua. Itu semua dia lakukan untuk pastikan dia dapat menangi hati kamu."

"Dia sangat-sangat menghormati kita yang tak seberapa ini. Kebiasaannya, anak orang kaya tak akan pandang pun orang macam kita, tapi Emir lain. Perwatakan dia langsung tak mencerminkan dia anak orang kaya. Dato' Adrian dan Datin Julia pun baik dengan kita semua." Encik Azraei tersenyum mengenangkan betapa baiknya mereka sekeluarga.

"Betul abah, Dato' dengan Datin baik sangat," balas Airis.

"Kalau ibu ayah dia baik, maknanya anak dia pun akan baik juga. Abah minta maaf sebab abah tak mampu nak pertahankan Emir masa itu, sebab abah masih hormatkan kakak yang trauma dengan kejadian malam itu," terang abah.

"Kesian bakal menantu abah. Pasti dia rasa kita lihat dia macam penjenayah masa itu." Kata-kata Encik Azraei semakin menggalakkan tangisannya.

"Kakak minta maaf abah. Sepatutnya, keadaan tak akan seburuk ini pun." Terbayang-bayang wajah riang Emir bercerita tentang rekaan khas untuk gaun pengantinnya.

Encik Azraei setia mengusap belakang badan anaknya dengan penuh kelembutan.

"Sudah, lepaskan kakak. Kita doa banyak-banyak semoga Allah mampu tolong kita luluhkan hati Emir untuk maafkan kita semua," pesan abah.

"Abah. Masa Dato' dan Datin datang untuk batalkan pertunangan, apa kata mereka?"

Abah senyum. "Diorang langsung tak marah dekat kakak. Cuma, sebagai ibu bapa pasti mereka kecewa anak lelaki mereka dihina sebegitu."

"Emir?"

"Adrian cakap, dia terperap dalam bilik sama macam kakak sekarang. Tak makan, tak tidur, tak mandi. Tak tahu berapa lama dia macam itu. Kalau keluar pun, pergi kerja pagi balik malam."

Rasa serba salah semakin menghurung diri.

"Abah tahu kakak rasa serba salah, tapi ada hikmah semua ini terjadi. Emir pun tak akan balik ke sini lagi," pujuk Encik Azraei. Kepala Airis dielus lembut.

"Jadikan semua ini sebagai satu pengajaran. Tolong, sebelum buat sesuatu, fikir seperti orang matang dan bertindak seperti orang dewasa," pesan abah sebelum kucupan ringkas dilabuhkan di atas dahi.

Airis mengangguk dalam tangisan. Pelukan semakin dieratkan.

"Dah nak masuk 25 ke atas pun masih nak menggedik dengan abah. Kasi chancelah dekat orang sikit," celah satu suara di depan pintu. Ada umi juga di belakang.

"Armel Amanda!" panggil Airis. Dia lap air mata sebelum memeluk adik bongsunya yang baru pulang dari asrama.

"Armel, Armel lari dari asrama ke?" tuduh Airis.

"Euw, pleaselah kakak. I ni baik tau. I dah nak 18 tahun. Tak akan nak buat perangai lagi."

Ya, itulah dia, satu lagi perangai Armel Amanda yang lebih diva dan lebih elegan berbanding Afiyah Antasya.

"Abah ambil dia balik tadi. Rindu masakan umi katanya," celah abah.

"Mengada! Duduk asrama je bukan duduk kem!" ejek Airis.

Armel Amanda menggulingkan mata ke atas. "Dengki je you ini dengan I kan kakak? Ini kenapa muka sembab?"

Airis dan abah berpandangan. Datang idea nakal kami.

"Rahsia!" ucap mereka berdua serentak mengundang cemberut Armel.





"Tak usah berlari sang puteri,aku tak akan mengejarmu lagi."

Continue Reading

You'll Also Like

49.9K 1.9K 45
Qay's Adel Danial • seorang CEO dan merupakan seorang mafia.Mempunyai paras rupa yang kacak dengan mata hazel yang sangat cantik mampu mencairkan man...
333K 12K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.5M 127K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...
48K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024