Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97.2K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 5
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 35
Emir El Tamir: Bab 36
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Emir El Tamir: Bab 68 [Final]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 7

26.4K 1.6K 34
By escritordyanne

Cuaca sejuk pada waktu malam mendakap tubuh mereka. Airis kerling Emir di sebelah yang dari tadi hanya membisu seribu bahasa. Rancangan asal memang mereka nak berjumpa di kafe Dahlia sahaja tetapi Emir ini ajak berjumpa di tasik pula.

"Malam-malam macam ini sejuk kan? Tak takut ke nyamuk gigit awak? Ha..ha..ha.." Suara Airis memecahkan kesunyian. Janggal sangat sampai gelak dia pun kedengaran sangat palsu sekarang ini.

Krik krik.

"Emir pasal tadi..." Airis mengemam bibirnya. Tak tahu bagaimana lagi harus dia susun puzzle di dalam mindanya. Ini semua rancangan Raihanalah suruh dia pujuk si Emir ini.

"Emir saya dengan Arief itu cuma kawan. Kami berjumpa tadi cuma nak selesaikan masalah dulu lepas itu kami buat keputusan untuk balik. Masa itu pula awak boleh muncul and ya." Teras sesak nafasnya mengatur percakapan.

Dia jeling Emir di sebelah. Lelaki itu masih dalam dunianya sendiri menghadap tasik yang mungkin lagi cantik daripada Airis sekarang ini.

Bahu Emir yang berlapik dengan baju tshirt hitam kosong dicuit.

Emir memandang sekilas sebelum dia menoleh semula ke arah tasik. Amboi! Memang taknak bercakap ke apa.

Dia ada idea! Sekali lagi, Airis mencuit bahu Emir sehinggakan dia kembali menoleh ke arahnya. Tanganku mula bergerak-gerak.

"Kau tengah buat sign languages dengan aku ke sekarang ini?"

Fuh! barulah keluar suara emas si Emir ini.

"Ohlah? Awak boleh bercakap? Saya ingatkan awak bisu atau pekak," perli Airis.

"Aku nak balik. Kau nak cakap apa, cakap nanti. Hati aku tengah panas," ujar Emir sebelum dia bergegas bangun berura-ura nak meninggalkan aku.

"Eh Emir! We need to talk! Pasal tadi, saya dah minta maaf kan? Saya tak tahu salah saya dekat mana, tapi disebabkan awak ini macam marah dekat saya jadi saya..."

Emir berpusing menghadap Airis. Tatapan Emir sekarang ini boleh memamah usia sesiapa sahaja.

"You were sorry because you got caught. Aku paling benci manusia yang gunakan kata maaf hanya untuk buang rasa serba salah diorang tanpa diorang sedar dan baiki kesilapan diorang. Kau faham?" tegas Emir meluahkan rasa yang terbuku di hati.

"Kalau sebelum kahwin kau bagi mamat itu sentuh kau, lepas kahwin? Kau bagi lelaki mana lagi sentuh kau?" tuduhnya lagi.

"Wait what? Awak tak boleh nak tuduh saya macam itu!" Suara Airis naik seoktaf.

"Tuduh? Apa yang kau tunjuk dekat aku, cukup untuk aku buat andaian. Sebab inilah aku malas letak harapan aku dekat mana-mana perempuan. End up, they are all useless. Mudah terbuai."

Airis mengetap bibir. Sampai hati Emir!

"Dia bekas kekasih kau kan? You can go to him if you want and please leave me alone," pinta Emir.

Airis hanya mampu menjamah tingkah laku Emir yang lagi serabut meraup mukanya kasar. Rambut yang tadi elok kemas pun dah jadi serabai. Emir marah tetapi dia tahu lelaki itu sedaya upaya untuk tidak tinggikan suara.

"Kenapa awak marah sangat Emir? Oh. Tadi awak ada cakap saya sama macam 'dia'. 'Dia' itu siapa? Sebab dia ke awak lampiaskan kemarahan awak dekat silap saya yang kecil tu?"

Riak muka Emir yang tegang tadi berubah. Dia mencerlung wanita itu tajam. Kalaulah muka Airis senipis kertas A4, memang berlubang dah tertembus panahan mata Emir.

"Aku terlepas cakap. Look Aifel, kau balik. Aku tak rasa kita boleh berbincang sekarang ini. Kau ingat Aifel, kau masih terhutang satu janji dengan aku," suruh Emir tegas.

Tak habis-habis dengan 'deal' bodoh itu. Airis menghentakkan kaki dan berlalu pergi daripada situ. Memang, keadaan tegang ini tak akan pergi ke mana.

Emir memandang belakang tubuh Airis yang semakin menjauh. 'Disebabkan pengkhianatan, aku terluka. Pengkhianatan yang menjadikan aku adalah aku sekarang Aifel. Kau tak akan faham.'

•••

Telefon yang tak berhenti berdering dari tadi menandakan ada panggilan daripada seseorang.

"Angkatlah call buah hati kesayangan kau itu. Kan dah berbaik?" perli si Raihana yang tengah sibuk berdandan di hadapan cermin sekarang ini.

"Kau tak payah nak perli-perli aku. Aku tengah malas nak layan siapa-siapa sekarang ini. Dia call pun asyik nak ajak aku berjumpa. Lagi satu, kau cantik-cantik ini nak tengok talk ke kau nak tengok Syamil?" tanya Airis. Rasanya sudah sejam kawannya itu melekat di hadapan cermin.

"Benda boleh menyelam sambil minum air, Airis. Tapi mestilah lebih kepada nak tengok boyfriend aku!" ujar Raihana yang tergedik-gedik sekarang ini.

Airis tayang riak nak muntah.

"Kau taknak cantik-cantik? Nanti jumpa abang Emir," uji Raihana dengan senyuman meleretnya yang nakal itu.

Airis menggulingkan mata. "Dia pun dah tak sudilah nak pandang aku. Aku pergi dengar talk lepas itu balik terus." Hari ini dia lebih selesa mengenakan seluar jeans biru dipadankan dengan sweatshirt berwarna putih.

"Eh ye tak ye aku lupa. Kau tak payah cantik-cantik pun abang Emir tetap pandang kau." Melebih-lebih pulak si Raiha ini mengusik!

"Okay dah siap jom!"

•••

Setibanya mereka di Rampaian Hall, kelihatan ramai mahasiswa terutama para junior sedang mendaftar di meja pendaftaran. Airis hanya berpeluk tubuh di sisi Raihana sementara menunggu para mahasiswa dipanggil masuk ke dalam dewan.

Talk ini dikendalikan oleh pelajar senior Business Management Faculty dan semestinya, Emir akan berada di situ. Dia sendiri tak pasti apa peranan Emir hari ini tapi dia berharap mereka tak akan terserempak.

"Kepada adik-adik yang kacak lagi bergaya, cantik lagi menawan, sila masuk ke dalam dewan. Kita akan bermula sebentar lagi."

"Jom Airis! Kita kena duduk depan!" ajak Raihana yang terus menarik tangannya tanpa Airis bersedia. Kalau aku terjelepok jatuh memang nahas budak ini.

Ketika mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan, mereka nampak kelibat Syamil berbual-bual dengan rakan sekelas mereka. Sosok Syamil langsung tak memberikan kesan kepada Airis, sehinggalah pandangannya tertancap kepada gerangan di sebelah Syamil. Siapa lagi kalau bukan Emir.

Lelaki itu kacak dengan baju jersey hitam yang dipadankan dengan seluar track suit hitam straight cut. Betul-betul menyerlahkan ketinggian dia.

"Boo! Boo, I'm here!"

"Raiha! Kau diam! Buat malulah, aku serius taubat nak jadi kawan kau." Pantas Airis menekup mulut Raihana yang terpekik terlolong memanggil Syamil.

Tak pasal-pasal kami berdua jadi tumpuan orang sekarang ini.

Raihana menggumam sesuatu. Airis yang baru tersedar mengalihkan tangannya daripada mulut si murai.

"Biar! Aku nak mark territory aku dekat Syamil. Syamil aku punya."

Airis memutarkan bebola mata. Tiada siapalah nak ambil si Syamil itu. Lainlah Emir. Kemudian dia baru tersedar pandangan Syamil dengan yang lain sudah terpaku dekat kedudukan mereka berdua sekarang. dan Raihana sekarang ini lagi-lagi gerangan di sebelah Syamil. Dia merenung wajah Airis lama. Cukup lama sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan dia. Marah lagilah tu.

Syamil meluru ke arah kami. "Sampai pun boo, Airis. Duduklah dulu. Nanti abang MC kita yang akan mulakan."

"Siapa MC boo? You ke?!" tanya Raihana teruja.

Syamil menggeleng. "Bukan I. Tu." Mata kami mengikut arah jari telunjuk Syamil dan alamak!

"Wow, abang Emir rupanya MC hot hari ini," ujar Raihana sambil siku dia tak berhenti menyenggol siku Airis yang terkelu di sebelah.

Syamil tergelak. "Duduklah. Dah nak mula ini."

•••

"Okay, adik-adik. I hope that perkongsian yang diberikan oleh Prof, senior students yang lain dapat memberikan manfaat kepada korang. Belajar rajin-rajin, nanti boleh kahwin dengan orang kaya."

Satu dewan ketawa mendengar gurauan Emir.

"Tak adalah, abang bergurau. Baik semua boleh bangun ambil makanan dan bersurai. Terima kasih semua," arah Emir sejajar jarinya mematikan mikrofon.

"Raiha, aku nak ambil makanan dululah. Lepas itu aku nak balik," bisik Airis kepada Raihana yang dari tadi sibuk mengambil gambar Syamil dari jauh. Dasar stalker tak bertauliah.

Raihana mengangguk.

Ketika dia menuju ke arah tempat makanan, dapat dia lihat ramai pelajar perempuan berkumpul mengelilingi seorang lelaki. Ada apa itu?

"Abang Emir memang dah nak habis belajar ke?"

"Abang Emir taknak sambung master?"

"Kenapa abang Emir habis lambat degree?"

Terhenti pergerakannya mendengar seketul nama yang disebut dalam kelompok itu. Dia mengecilkan mata. Sah! Mereka tengah mengepung Emir.

"Abang tinggal lagi beberapa bulan dekat sini sebab dah nak habis dah. Korang nanti belajar rajin-rajin," balas Emir dengan pakej senyuman manis.

'Abang' konon. Senyuman itu pun, punyalah susah nak dapat dekat dia.

"Abang Emir dah ada girlfriend?"

Macam biasa soalan klise budak-budak zaman sekarang. Sengaja Airis berdiri berdekatan mereka semua untuk curi-curi dengar.

"Nope. But I have someone that I want to spend the rest of my life with," jawabnya.

"Fuyooo!"

"Bestnya! Siapa bang siapa?" Bising budak-budak itu ingin tahu gerangan yang mengambil hati Emir.

"Secret." Emir kenyit mata.

Airis malas mahu menyaksikan drama tak berbayar depannya sekarang ini. Dia mengorak langkah ke arah timbunan makanan. Entah macam mana tiba-tiba dia boleh pula terlanggar seorang budak ini. Habis bersepah makanan di atas lantai. Perhatian semua orang beralih ke arah mereka.

"Eh kak, akak okay? Saya mintak maaf tak perasan pula," ujar budak tadi. Bersungguh dia tunduk meminta maaf.

"No, it's okay. Saya salah juga. Saya tak pandang depan bila berjalan tadi. Saya ganti makanan awak ya?"

"Kenapa ini?"

Suara dalam dan garau itu, tahulah Airis siapa yang menegur.

"Abang Emir, ini saya terlanggar akak ini masa tengah berjalan. Nanti saya kemas makanan yang bersepah ini."

"You're good?" tanya Emir. Sambil itu matanya menatap langsung Airis. Soalan itu untuk Airis kan?

"I'm good," jawab Airis perlahan. Sudah lama dia tidak berbual dengan Emir.

"Not you. You. You're good?" pandangan Emir beralih tertancap kepada budak di hadapan Airis. Kurang asam! Kalau dia tanya budak itu dah kenapa dia pandang aku masa bertanya tadi?

Budak itu mula tersipu malu. "I'm good, abang Emir."

"Biarkan makanan itu. Pergi ambil makanan baru. Later I ask anyone to clean up this mess," arah Emir sambil tangannya setia menyeluk poket seluar.

"And you, Aifel. A mess after a mess?"

"Huh?"

"Masalah kau dengan aku pun belum selesai lagi, kau dah tambah masalah baru dengan budak lain pula?" perli dia.

Airis mencerlung tajam ke arahnya. "Saya tak sengaja. Budak itu pun mengaku salah dia. Kami sama-sama salah. Do you have a problem with that?"

Dia senyum senget. "Menjawab. Kau nak makan tadi kan? Pergi ambil makanan. Jangan biarkan perut kosong," katanya sebelum dia meninggalkan kawasan.

"Suruh-suruh orang, dia nak layan budak-budak itu lagi lah itu," gumamku perlahan.

Tiba-tiba terdengar dia tergelak kecil. Emir dengar ke? Tak kan.

•••

"Airis, kau ini melahap macam tak makan setahun," ejek Raihana.

"Aku lapar. Kau pergi mana Raiha? Macam-macam jadi dekat aku tadi tahu tak?"

"Jadi apa? Sihat walafiat je aku tengok kau sekarang ini."

Dia menjeling Raihana.

"Okay memandangkan semua tengah sibuk makan. Jadi ini rancangan last minute kami para senior. It's karaoke time!"

Semua pelajar di situ bersorak gembira mendengar kata-kata Naufal yang memegang mikrofon di atas pentas dewan. Emir di bawah pentas masih sibuk bermesra bicara dengan beberapa pelajar perempuan.

"Siapa yang nak karaoke boleh volunteer depan. Meh sini meh dekat abang Fal yang kacak ini," sambung si Naufal.

Muncul satu idea baru dalam minda Airis. "Saya nak!"

Terbatuk-batuk Raihana dengan keberanian sahabatnya.

Airis terus berlari ke atas pentas dan merampas mikrofon di tangan Naufal. Semua di situ memberikan tepukan gemuruh kecuali Raihana, Syamil, dan Naufal yang masih tercengang. Emir tidak terkecuali.

"Wow! Cik Airis Felora kita kontestan pertama yang berani ke depan. Adakah suara dia sedap macam Ernie Zakri ataupun sumbang macam katak? Ong ong! Mari kita saksikan."

Airis menghadiahkan jelingan tajam ke arah Naufal.

Naufal yang menerima jelingan tajam wanita itu terus berdehem. "Silakan cik Airis yang cantik."

"Airis nak lagu apa?" bisik Naufal.

Airis tersenyum sebelum dia berbisik kepada Naufal lagu yang dia mahu nyanyikan. Naufal tergelak kecil sebelum dia mengangguk faham turun daripada pentas.

Wajah Emir yang masih dikerumuni pelajar perempuan di bawah pentas dipandang sekilas. Mata Emir turut memandangku. Yes, inilah yang dia mahukan.

Lagu pun mula bermain. Airis mula menyanyi.

Bukan satu kali kamu buat begini
Bukan satu kali kamu bikin makan hati
Kalau terus begini
Serong kanan, cari lain lebih baik

Di depan mata lagaknya teman biasa
Tapi di belakang aksinya luar biasa
Aduh, ampun dasar lelaki
Memang buaya

Dapat Airis rasakan pandangan Emir mula berubah.

Emir tertawa sinis. Tahulah dia, Airis tengah memerli dia sekarang ini dah kalau sepasang mata yang mencuri hatinya itu asyik pandang dia sambil menyanyi di atas.

Usai habis seluruh lagu, Airis turun daripada pentas sebelum jalannya dihalang oleh badan tegap Emir. Dia tersenyum manis. Kenapa pula ini?

"Apa?"

"Nakalnya. Pandai kau perli aku," ujar si Emir sambil dia berpeluk tubuh.

"Ada saya tujukan lagu itu khas untuk awak? Tak ada kan? Saya nyanyi sebab saya suka lagu itu. Any problem, Emir El Tamir?" soal Airis sambil dia pun turut berpeluk tubuh.

Emir diam tidak membalas. Tetapi pandangan mata Emir makin lama makin turun ke bibir munggil Airis. Ini dah kenapa pandang bibir orang tak lepas?

"K-kenapa a-awak pandang bibir saya?" tanya Airis tergagap-gagap.

Dia menggigit bibirnya sedikit. "Aku betul-betul nak tahu, Aifel."

"Nak tahu apa?!" Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal nada suaranya. Airis menekup bibirnya daripada menjadi santapan mata Emir.

"Aku teringin nak tahu apa rasa bibir orang yang asyik nak menjawab macam kau. Tak reti nak mengalah. I really can't wait to shut your mouth in my own way. Mulut macam kau ini, elok aku satukan dengan bibir aku. Biar tahu senyap," sambungnya lagi sambil mata masih tetap terpaku pada bibir Airis.

Airis mengemam bibirnya. Takutlah Emir macam ini! Matanya pun terpaksa melilau sekeliling mengelak untuk bertembung mata dengan sepasang mata coklat Emir.

Terletus ketawa Emir melihat riak wajah ketakutan wanita itu.

"You're so cute when you're scared. Aku baru cakap aku nak satukan bibir kita, belum aku buat betul-betul lagi."

Dia mara ke hadapan betul-betul berdiri dekat dengan Airis sebelum badannya dibongkokkan sedikit.

"You're like a scared kitten right now. Meow," ejek Emir sebelum dia beredar berpaling daripada Airis.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 100K 69
[ PRIVATE CHAPTER ] - COMPLETED 𝑼𝒏𝒅𝒆𝒓 𝑺𝒐𝒖𝒗𝒆𝒏𝒊𝒓 #1 Kepada hati, kenapa dia? ❝Hello- ingat saya lagi, tidak? Memandangkan saya dah jatuh h...
912K 65.2K 66
𝑽𝑶𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Black Maria X Dragon Antara hidup dan mati...
3.9M 229K 83
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] Completed. "I nak you bekerja dekat banglo ni as a maid" Sebaris ayat yang cukup jelas dan ringkas itu berjaya membua...
48.8K 2.4K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...