Tuan Emir El Tamir: Her Addic...

By escritordyanne

1.9M 97.1K 4.1K

1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest... More

Tuan Emir El Tamir: Sinopsis
Prolog
Emir El Tamir: Bab 1
Emir El Tamir: Bab 2
Emir El Tamir: Bab 3
Emir El Tamir: Bab 4
Emir El Tamir: Bab 6
Emir El Tamir: Bab 7
Emir El Tamir: Bab 8
Emir El Tamir: Bab 9
Emir El Tamir: Bab 10
Emir El Tamir: Bab 11
Emir El Tamir: Bab 12
Emir El Tamir: Bab 13
Emir El Tamir: Bab 14
Emir El Tamir: Bab 15
Emir El Tamir: Bab 16
Emir El Tamir: Bab 17
Emir El Tamir: Bab 18
Emir El Tamir: Bab 19
Emir El Tamir: Bab 20
Emir El Tamir: Bab 21
Emir El Tamir: Bab 22
Emir El Tamir: Bab 23
Emir El Tamir: Bab 24
Emir El Tamir: Bab 25
Emir El Tamir: Bab 26
Emir El Tamir: Bab 27
Emir El Tamir: Bab 28
Emir El Tamir: Bab 29
Emir El Tamir: Bab 30 (M)
Emir El Tamir: Bab 31 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 32
Emir El Tamir: Bab 33
Emir El Tamir: Bab 34
Emir El Tamir: Bab 35
Emir El Tamir: Bab 36
Emir El Tamir: Bab 37
Emir El Tamir: Bab 38
Emir El Tamir: Bab 39
Emir El Tamir: Bab 40
Emir El Tamir: Bab 41
Emir El Tamir: Bab 42
Emir El Tamir: Bab 43
Emir El Tamir: Bab 44
Emir El Tamir: Bab 45
Emir El Tamir: Bab 46
Emir El Tamir: Bab 47
Emir El Tamir: Bab 48
Emir El Tamir: Bab 49
Emir El Tamir: Bab 50
Emir El Tamir: Bab 51
Emir El Tamir: Bab 52 (M)(TW)
Emir El Tamir: Bab 53
Amnesia Disosiatif.
Emir El Tamir: Bab 54
Emir El Tamir: Bab 55
Emir El Tamir: Bab 56
Emir El Tamir: Bab 57
Emir El Tamir: Bab 58
Emir El Tamir: Bab 59
Emir El Tamir: Bab 60
Emir El Tamir: Bab 61
Emir El Tamir: Bab 62
Emir El Tamir: Bab 63 [New]
Emir El Tamir: Bab 64
Emir El Tamir: Bab 65 [New]
Emir El Tamir: Bab 66 [New]
Emir El Tamir: Bab 67 [New]
Emir El Tamir: Bab 68 [Final]
Epilog I
Epilog II
Emir El Tamir: Special Chapter 1
Emir El Tamir: Special Chapter 2
Emir El Tamir: Special Chapter 3
Emir El Tamir: Raya Special Episode
Emir El Tamir: Announcement

Emir El Tamir: Bab 5

29.2K 1.4K 97
By escritordyanne

Hidup Airis berjalan seperti biasa. Tentang deal mereka berdua semasa birthday party itu, lupakan sahajalah. Cuma ada sesekali, Emir akan menegurnya dan berlagak biasa jika terserempak dan semestinya dengan perangai kuat menyakat dia itu.

'Spin the bottle, spin the bottle.'

Telefon menjerit menandakan dia mendapat panggilan daripada seseorang. Nombor familiar, tetapi tak ingat pula di mana dia pernah tengok nombor ini. Mungkin kenalan lama.

"Hello, assalamualaikum. May I speak to Felora?"

Zzupppp!

Jantungnya berhenti seketika walaupun waktu masih berjalan. Felora. Hanya ada seorang insan di dalam hidup Airis yang memanggilnya seperti itu. Insan yang meninggalkan luka dalam hidupnya tetapi juga membawa kebahagiaan.

"Waalaikumussalam. Ini Airis Felora. Who's calling?" Sengaja dia bertanya supaya gerangan di sebelah sana memperkenalkan dirinya.

"Fel. It's me, Arief. Arief Nazhan. You tak ingat I?" tanya gerangan di sebelah sana.

Detik itu, darah mula menyerbu seluruh badan Airis sehinggakan dia boleh kehilangan nafas.

"Fel? Are you there?"

"Hm."

"So you masih marahkan I lagi. It's been a year, sayang." Terdengar keluhan Arief di seberang sana.

"Jangan panggil I with that nickname. I tak suka. Why do you even bother calling me right now? Dah puas hidup macam itu?"

Arief mengeluh. "Fel, can we talk? Like in person? I janji lepas itu I tak kacau hidup you dah."

"No thanks, I taknak," tolaknya tegas.

"Please sayang," rayu si dia.

Airis menarik nafas panjang. "Sure. Nanti I text you kita jumpa dekat mana. Selagi I tak text you, you jangan call I."

Inilah titik kelemahan seorang Airis Felora. This dumb girl always has a soft spot for Arief Nazhan. Even after all he did. Penyebab Airis mengabaikan perasaan Emir El Tamir.

And she hates herself for that.

"Siapa call pompuan?" terjah Raihana yang elok menyandang beg laptop. Dah nak mula kelas baru perempuan ini masuk.

"Kau tak boleh lambat lagi ke Raiha? Kalau Prof sampai dulu tadi, memang Inalillah jelah kau," bebel Airis.

"Eleh! Kau macam tak masak dengan perangai aku. Ikutkan kepala aku, kalau boleh semua kelas aku nak skip. Baik aku pergi dating dengan boyfriend aku. Tapi boyfriend kitonyo rajin belajar pulak tak pasal-pasal aku kena lagi rajin daripada dia."

"Aku harap sangat anak-anak korang nanti ikut perangai Syamil, kepandaian Syamil, rupa Syamil. Kalau ikut kau..." kata Airis selari matanya menilik Raihana atas bawah.

"Memang rosak 7 keturunan."

Raihana mendebik rakannya kuat. Beberapa rakan sekelas kami berpaling ke arah kami sebab bunyi debikan Raihana ini. Gila tangan macam Thanos!

"Kau tak jawab soalan aku. Siapa call tadi? Muka kau tegang semacam. Kau ada hutang ahlong ke?" duga Raihana.

"Ish tak adalah! Tadi..."

"Tadi apa? Eh, geram pula hati kita cakap separuh-separuh ini." Raihana mencekak pinggang.

"Arief. Arief yang call aku."

"Oh Arief... Ha?! ARIEF?!"

Pantas tangan Airis naik menekup mulut Raihana yang lantang menyebut nama lelaki itu. Lepas beberapa minit baru dia lepaskan tangannya. Tercungap-cungap nafas Raihana sebab lama jugalah mulutnya ditekup tadi.

"Kau gila ke Airis! Dah itu kenapa kau angkat? Kalau kau terangkat sekalipun, kau patut maki dia cakap 'Kau memang bencana alam!' lepas itu kau offlah call tu!" marah si Raihana. Kemain cemberut muka makcik ini.

"Aku tak boleh, Raiha. Aku tak mampu," balas Airis perlahan.

Raihana menggelengkan kepala.

"Sedarlah Airis. Sampai bila kau nak berlembut dengan jantan tak guna tu? Berapa kali kau nak dia pijak kepala kau, pijak perasaan kau, pijak maruah kau? Jangan cakap dengan aku yang kau masih belum serik?"

"Taklah. Aku angkat pun tak sengaja. Aku tak cam pun nombor dia tadi," nafi Airis.

"Dia call nak apa?"

"Dia ajak jumpa."

"Pastu? Kau nak lah?" Raihana menompang tangan di atas meja.

"Aku setuju. Tapi kau jangan salah faham! Aku setuju sebab dia cakap dia tak akan kacau aku lagi dah lepas kitorang jumpa."

Terteleng kepala Airis apabila secara tiba-tiba Raihana menunjal sisi kepalanya.

"Kau memang beballah Airis! Kau still percaya dia? Apa yang keluar daripada mulut dia itu semua dusta! D.U.S.T.A., Dusta! Ikut suka kaulah, kalau apa-apa jadi kau jangan lari menangis dekat aku macam dulu," pesan Raihana tegas.

Berkaca mata Airis mendengar olahan Raihana. Memang! Memang dia akui dia lemah dengan lelaki itu. 6 tahun bukan tempoh yang sekejap untuk dia lupakan segalanya tentang mereka berdua. Disebabkan kesilapan bodoh lelaki itu, semuanya berubah sekelip mata dan dia belum bersedia untuk perubahan itu.

Cepat-cepat Airis mengelap air matanya daripada menitis memandangkan dia terlihat figura Prof Jasmine masuk ke dalam dewan kuliah.

•••

Petang ini, dia terpaksa turun ke library untuk mencari buku kajian tentang projek baru kumpulan mereka. Raihana tak dapat ikut dengan alasan sakit perut. Terpaksalah Airis menonong sendirian ke perpustakaan universiti. Perhatiannya teralih kepada satu buku yang cantik dengan kulit berwarna merah. Tajuknya ialah 'Figure Out Your Love Languages'. Macam menarik.

Satu helaian demi helaian dia selak untuk menghadam isi kandungan buku itu.

Satu per satu ayat dibaca, "If your love language is words affirmation, then everytime you meet your partner, you can assurance them by saying.."

"BAH!" Sergah seseorang.

"I love you!" Airis melatah dek terperanjat. Dia mengusap-usap jantung yang berdegup laju daripada biasa. Hampir luruh jantungnya tadi. Siapa yang kurang asam sangat ini?

"Love you more!" Balas suara yang memeranjatkannya tadi.

"Emir El Tamir! Awak ini kan!" amuk Airis.

"Shh, kita dekat library Aifel, bukan dekat club," tegur Emir apabila mata-mata di situ menjegil tajam ke arah mereka berdua.

"Tahu pula awak kita dekat mana sekarang ini? Habis itu, yang awak terperanjatkan saya itu kenapa? Hampir terkeluar roh daripada badan saya ini!" marah Airis dalam nada yang terkawal.

"Tak apalah, nanti masa aku tidur aku suruhlah roh aku cari roh kau. Kita bercinta dekat alam sana." Suara Emir bergetar menahan daripada ketawa.

"Ada je kan akal awak ini? Tepilah!" Airis menolak tangan Emir yang sedang menompang di rak buku.

"Not so soon."

Pergerakannya terhenti apabila Emir lebih pantas kedua-dua tangan lelaki itu mengepung badannya. Kalau orang tengok ini, diorang akan ingat mereka tengah bercumbu. Dekat sangat sampai boleh rasa deruan nafas masing-masing.

"A-apa a-awak nak ini?" Dah kenapa kau gagap Airis Felora?

Emir senyum sinis. "Bertanggungjawab, Aifel. Aku pernah ajar kan? Face the consequences from your own actions."

"Maksud awak apa? Ish tepilah! Saya rimas tahu dekat-dekat macam ini," marahnya selari tangan cuba merungkai tangan Emir yang mengepung dirinya sekarang ini.

Sebenarnya, dia tak tahan dengan bau wangian Emir yang menusuk ke dalam rongga hidung. Haruman itu membuatkan dia hampir terbuai.

"Bertanggungjawablah lepas apa kau buat dekat hati aku ini. Dia dah tak boleh duduk diam. Kalau boleh sekarang juga dia nak salam tangan tok kadi, kahwin dengan kau," jawab si Emir.

"Ha?" Airis blur.

"Kau nak blah macam itu je lepas kau cakap 'I love you' dekat aku?" Kening Emir dijongketkan nakal.

Airis membuntangkan mata. "Ya Allah! Itu kan saya tak sengaja?"

Dia tergelak besar namun cepat-cepat dikawal memandangkan kami masih di dalam perpustakaan.

"Comel. Kau sumpah comel Aifel," sambungnya dengan nada berbisik. Sounds so sensual that I almost drown in his words.

Mata kami bertembung selama beberapa minit sebelum terdengar suara daripada hujung rak.

"Ehem! Akak abang kalau nak bercinta buat maksiat sila keluar dari perpustakaan. Sini tempat semua mahasiswa menimba ilmu," tegur seorang budak lelaki.

Airis cepat-cepat menyorokkan wajahnya di sebalik dada Emir. Malu!

Emir memandang wanita idamannya sekilas dan menoleh ke arah budak lelaki itu.

"Okay baik dik terima kasih atas teguran. Kitorang sambung dekat luar je nanti." Selamba Emir membalas.

Terdongak kepala Airis mendengar jawapan tak tahu malu Emir itu. Tangannya naik mencubit lengan Emir. Barulah terungkai kedudukan kami lepas dia mengaduh kesakitan.

"Awak tak malu ke? Kenapa cakap macam itu dengan dia? Nanti dia fikir bukan-bukan, habis tersebar fitnah pasal kita satu universiti." Airis mendengus kasar. Dah besar panjang pun perangai macam budak-budak!

"Kisah pula aku. Siapa suruh dia kacau daun? Ini, berapa lama lagi kau dekat library ni?" tanyanya sebelum dia bertindak merampas buku 'love languages' yang dari tadi tak lepas daripada genggaman Airis.

Untunglah jadi buku.

"Kenapa kau nak tahu pasal love languages?" soal Emir sembari jarinya sibuk membelek ayat-ayat di dalam buku.

"Saja. Kenapa? Awak dah faham ke pasal love language?"

Dia tersenyum kecil. "Dah. Aku faham pasal semua buku. Cuma ada satu je yang aku belum dapat faham dan aku harap suatu hari nanti aku boleh faham."

Airis menaikkan kening. "Apa itu?"

"Kau. Aku nak sangat faham isi hati kau Aifel."

Airis terkedu. Emir kembali menghulurkan buku itu kepadanya.

"Kau free weekend ini?" tanya Emir.

"Fr..."

Baru sahaja mulut ini laju ingin menjawab, dia terimbas kembali perjanjiannya dengan Arief pada hujung minggu ini. Mereka akan berjumpa pada hari Sabtu ini untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka yang tergantung.

"Aifel?" panggil Emir apabila tiada tanda-tanda soalannya bakal dijawab.

"Eh, sorry. Tak. Saya ada hal hujung minggu ini."

Airis dapat melihat betapa kecewanya Emir melalui riak wajah yang dihamparkan sekarang ini. Serba salah tetapi dia memang ada janji yang lebih penting.

"It's fine. Lain kali. Have fun budak kecik dan jaga diri kau, sebab kau harta berharga aku," ujar Emir sebelum dia beredar meninggalkan perpustakaan.

Airis tidak dapat menahan senyum yang berpusu-pusu ingin keluar dari dua ulas bibirnya.

'Jaga diri kau, sebab kau harta berharga aku'

•••

Suasana tegang antara Airis dengan jejaka yang elok duduk bertentangan dengan dia sekarang ini. Kami bersetuju untuk berjumpa di sebuah kafe yang agak tersembunyi di dalam mall yang berdekatan dengan universiti.

"Long time no see, Fel. You're getting so much beautiful than the last time I saw you," puji si Arief apabila tiada tanda-tanda wanita itu ingin memulakan perbualan.

"You lupa ke kali terakhir you jumpa I macam mana?" Sinis kedengaran intonasi Airis.

Wajah Arief yang tadi ceria kian mengendur.

"I tahu I salah. I tak ada niat pun nak buat perkara terkutuk itu dekat you. Trust me sayang." Tangan Arief cuba untuk menggenggam tangan Airis yang berada di atas meja.

Pantas, Airis menyorokkan tangan di bawah meja. Selamba badak nak pegang anak dara orang. Beritahu Emir nanti. Eh?

"Cakap pakai mulut. Bukan pakai tangan."

Arief memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsir. Marah? Geram? Kecewa?

"Okay, look Fel. I dah mintak maaf kan? I janji lepas ini I tak akan buat dah. Lagipun malam itu I tak sempat buat apa-apa pun sayang. We're good right hm?"

"You cuba untuk rampas mahkota I, Arief! Itu you kata you tak sempat buat apa-apa? Kalau sempat? You sukalah?" amuk Airis.

Mati senyuman Arief lepas mendengar ayat yang dikeluarkan Airis sebentar tadi. Ya, malam yang sepatutnya jadi malam berharga, malam anniversary relationship mereka bertukar menjadi satu mimpi buruk bagi Airis. Lelaki yang dia cintai hampir separuh dekad dia hidup, cuba untuk menodainya tanpa perkahwinan yang sah.

"I tak sedar masa itu. I terlalu ikutkan nafsu I. I minta maaf. I manusia juga Fel. Selama kita 6 tahun bersama, tak pernah sekalipun I minta lebih-lebih dengan you. Malam itu... malam I tersungkur dengan nafsu I sendiri. Lagipun malam itu, you seksi sangat sayang. You jentik nafsu I.."

"Itu bukan tiket untuk you buat sesuka hati you pada I. I ada maruah!" cantas Airis memotong segala penjelasan Arief.

"I dah minta maaf kan? You tiba-tiba block I tanpa sebab dan tak beri I peluang untuk explain! Please Fel, I can't live without you. You tak sayangkan hubungan kita ke? 6 years sayang. Bukannya sekejap," rintih Arief.

Airis mendongakkan kepala menahan air mata daripada merembes keluar.

"You dah sakitkan I, Arief. Sakit sangat," ujarnya perlahan sambil tangan naik mengelap air mata yang degil jatuh di pipi.

Arief bangun dan melutut di sisi kerusi Airis. Dia mengambil kedua-dua tangan wanita itu dan digenggam erat.

"I kenal you Fel. You masih sayangkan I kan? You tak sejahat mana dengan I kan? Maafkan I. Boleh sayang?"

Airis memandang tautan tangan kami berdua sebelum memandang muka Arief yang polos cuba meraih kemaafan darinya. Dia akui dia terpujuk dengan rayuan lelaki itu.

Akhirnya, dia balas dengan anggukan kecil. "Tapi tak bermakna I terima you jadi kekasih I."

"Thank God! I tak peduli semua itu asalkan kita berbaik," ujarnya lega selari tangan Arief naik mengelus lembut rambut ikal mayang Airis.

Dia bangun daripada melutut dan memerhati gerak-geri Airis yang sibuk menguis makanan yang dipesan oleh mereka tadi.

'Tunggu sayang. Orang lain aku dah dapat, tinggal kau je yang susah sikit. Kalau aku dapat, memang aku kerjakan kau habis-habisan.'

•••

Usai makan, mereka berdua berjalan bersama-sama meronda satu mall. Maklumlah, Arief bukannya orang sini. Dia datang dari jauh semata-mata nak berbincang dengan Airis. Sweet!

"You nak beli apa-apa ke sayang?" tanya Arief sambil tangan menyelit beberapa helaian rambut Airis yang terjuntai ke belakang telinga.

"Tak kut. I nak balik. I dah janji dengan Raiha untuk keluar sekejap je," balas Airis perlahan.

Beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba mata Airis terpaku pada sosok di hadapan sekarang ini. Automatik kakinya berhenti berfungsi begitu juga dengan Arief disebelah yang terpaksa berhenti mendadak.

"Ini hal kau yang penting sangat itu?"

"Emir."

Continue Reading

You'll Also Like

911K 65.2K 66
𝑽𝑶𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Black Maria X Dragon Antara hidup dan mati...
3.9M 229K 83
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] Completed. "I nak you bekerja dekat banglo ni as a maid" Sebaris ayat yang cukup jelas dan ringkas itu berjaya membua...
4.5K 154 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
1K 213 12
"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Or...