Boboiboy 2 : The Prince Eleme...

By Mirin_Rin

42.9K 2.4K 1.3K

Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba... More

Chapter: Prolog
Chapter 1: New friends, new mission and planet
Introduction! Part 1 (maybe?)
Chapter 2 : Boboiboy disappear
Chapter 3 : Mission finding Boboiboy
A/N Importantā—
Chapter 4 : What happend?
Chapter 5: Aeris and Solatum
Chapter 6: The legend of dragon solatum...
Chapter 7 : New members?
A/N Important and i need help
Chapter 8 : Spending time with elemental part 1
chapter 9: spending time with elemental part 2
Chapter 10 : Haunted Forest part 1
Chapter 11 : Haunted forest part 2
Vote your favourite character!ā¤ļø
Chapter 12 : HE'S BACK!!?
Chapter 13 : Boboiboy?
A/N importantā— (have to read)
A/N ImportantšŸ“
Chapter 14: Memories Okager part 1
Chapter 16: invitations and missions
Introduction part 2šŸ˜‰šŸ“
Chapter 17: Welcome to Planet Zahara
Chapter 18: Helen Zahara
Chapter 19 : Betrayed or Plan?
Chapter 20: Time to the rescue!
Chapter 21: Who are you, Helen?
Chapter 22: Time hang out with my big brothers and Flashback
One shot (Spoiler) : What if...
Chapter 23: Flashback Kitara : Past
Chapter 24: Are you Boboiboy?
A/N IMPORTANT!
Chapter 25 : The truth has just been revealed
Chapter 26: Enemy attack
Happy New Year! Welcome 2024!
New Books Again!!!?
Chapter 27: We will always to be together right?
The book Boboiboy:Hero Elemental can be published as a comic book!?
Chapter 28 : The decision I have made
Introduction Part 3šŸ“–
Chapter 29 : I'll not comeback again
Chapter 30 : We meet again
One shot Raya : Dream
Chapter 31 : Reverse

Chapter 15 : Memories Okager part 2

746 60 41
By Mirin_Rin

Di bilik Bbb...

"Hmm... Kenapa sunyi ni?", guman Bbb hairan kenapa di luar sunyi jer. Selalu waktu pagi begini riuh rendah dengan Helen dan Naeva bergaduh di dapur dan saling melawan siapa yang akan bangunkan Bbb.

Bbb sweatdrop teringat pasal tu. Arien sedang tidur atas peha Bbb dengan nyenyak. Bbb nak bangun cari dua beradik tu pun susah sebab tak sampai hati nak bangunkan si comel ni.

"Sudah 5 hari... Aku harap mereka semua baik2 saja utama lagi abang Ren dan ayah. Pasti mak dengan Mechabot sedang tenangkan mereka sekarang", guman Bbb sambil mengusap bulu Arien yg gebu tu.

"Aku mesti cari cara hubungi mereka... Dan beritahu pasal Keres... Helen dalam bahaya. Ah! Apa patut aku lakukan!? Macam mana aku nak tolong Helen!?", cakap Bbb tak sedar membuat Arien terkejut selepas dia angkat kedua-dua tanganya menggaru kepalanya hingga rambutnya jadi sarang burung dah.

Bbb sedar apa dia buat dan tengok ke bawah tengok Arien sedang melihat Bbb dengan muka tak puas hati dan marah. Bbb tersenyum janggal sambil garu kepalanya.

"Hehehe... Sori"

"..."

Clang! Clang! Clang!

Bbb terus bangun dari katilnya membuat Arien lagi sekali jatuh dan renung tajam kat Bbb tapi Bbb tidak hiraukannya sebab dia sedang fokus dengar bunyi itu.

"Itu... Bunyi pedang? Di luar!?"

Bbb lari keluar dari biliknya dan menuju ke pintu depan. Dia sudah pegang tombol pintu dan tanpa fikir panjang dia terus buka pintu itu.

"Helen! Naeva!?"

Bunyi pedang itu berhenti dan dua nama dipanggil beralih melihat Bbb berada di pintu masuk.

Pedang Helen dan Naeva yang sedang pegang itu segera bawa turun. "Bbb? Maaf kami jagakan kau", cakap Helen senyum kecil lepas tu dia lepas pedangnya bertukar menjadi cahaya dan lesap.

Bbb ternganga mulut sedikit dan Naeva ketawa kecil melihatnya. Bbb segera geleng kepala dan bertanya.

"Ah... A... Apa korang dua lakukan tadi? Ini kali pertama aku tengok korang dua berlawan... Latihan ka?", tanya Bbb sambil sengek kepala ke sebelah.

Helen ketawa kecil sekali lagi sambil menghampiri Bbb. "Betul tu, ini latihan. Kami dua menguji kekuatan masing2. Aku perlu hebat dalam pedang dan kuasa supaya aku boleh melindungi kerajaan aku suatu hari nanti", jelas Helen ajak Bbb duduk di bangku bawah pokok tu.

Bbb angguk kepala faham. "Dan juga supaya kami boleh lindungi diri sekiranya dalam bahaya", cakap Naeva pulak muncul dengan Arien.

"Hai Arien"

Bbb mengambil Arien dan mengusap bulunya tapi Arien nampak marah dan cuba tidak mencair dengan cara lembut Bbb mengusap bulunya.

"Hmm... Kenapa dia nampak macam marah jer ni?", tanya Naeva hairan.

"Haha... Mesti sebab aku buat dia terkejut dan terjaga dari tidur tadi", balas Bbb senyum janggal. Helen dan Naeva ketawa kecil.

"Aww... Si serigala comel ni merajuk~?", usik Naeva dan hasilnya Arien pergi dari situ dengan muka tak puas hati dan marah.

Mereka bertiga ketawa dan geleng kepala melihat kelakuannya. "Umm... Helen? Naeva?".

"Hm? Kenapa Bbb?", tanya Helen sambil sengek kepala dan Naeva hanya diri saja di hadapan mereka dua. Naeva kebil mata hairan kenapa Bbb panggil mereka dua.

"Itu... Tiada apa aku boleh tolong ka?"

Helen dan Naeva saling memandang lepas tu pandang Bbb balik. "Maksud kau?", tanya Helen lagi.

Bbb tarik nafas dan hembus semula. "Itu... Tiada apa aku boleh tolong untuk cari cara kita minta bantuan dari kawan2 aku atau keluarga kau?",tanya Bbb kelihatan nervous.

Helen dan Naeva terdiam. Mereka tak respons dan hanya melihat Bbb membuat dia lagi nervous lagi.

"Itu... Kami tak pasti. Tapi, abang Helen sedang menguasai teleportasi yg dia guna sebelum ni masalahnya..."

"Masalahnya?"

"Hah, setiap kali aku cuba gunakan teleport, dinding di sekeliling yang sembunyikan kita ni akan jadi lemah dan mudah ditembusi musuh. Hari tu saja, aku hampir berjaya dinding tu hampir hilang.

Dan disebabkan itu aku terpaksa kuatkannya semula dan Sage keluar untuk tarik perhatian mereka supaya tidak dapat tangkap aku. Sudahlah waktu tu aku masih lemah sebab guna terlalu banyak tenaga dan kuasa. Jadi, itu memang peluang yg baik bagi mereka", jelas Helen serius.

Gasp.

"Jadi, sebab itu Sage ada di sana?"

Helen angguk kepala. Bbb mengeluh dan tunduk ke bawah melihat rumput yang beralun sebab angin. Bbb genggam baju jubah biru gelap milik Helen itu dengan erat sebab sejuk.

"Kalau dinding ni hilang... Mereka akan terus dapat kesan kita?"

"Ya, kerana mereka tahu abang Helen ada di sini jadi mereka sentiasa perhatikan tempat ni tunggu kita keluar. Hah, abang Bbb dgn abang Helen akan dalam bahaya sekiranya dinding ni hilang.

Kita mungkin boleh lawan mereka tapi aku tak pasti pasal ketua mereka sebab... Mereka tidak pernah dikalahkan...", jelas Naeva pulak. Dia kelihatan serius tadi lepas tu kelihatan risau dan takut.

Helen dan Bbb terdiam dan tunduk ke bawah semula. "Aku pernah dengar mereka hampir dikalahkan sebelum ni tapi... Wira yang hampir berjaya kalahkan mereka tu... Mati... Sewaktu berlawan dengan Keres", sambung Helen serius.

Bbb makin genggam tangannya. Dia jadi gementar sedikit bukan sebab sejuk tapi takut. Beberapa hari ni, dia selalu mimpi buruk.

Tapi, setiap kali Helen dan Naeva tanya dia tak mahu bagitau dan mereka dua pun tak mahu paksa dia jadi mereka tunggu hingga Bbb bersedia beritahu mereka.

"Bbb? Kau okay?"

"Abang Bbb muka kau nampak pucat"

Bbb angkat sedikit muka melihat Helen dan Naeva kelihatan risau. Dia angkat hood milik jubah dia pakai tu tutup kepalanya dan tunduk ke bawah.

Helen dan Naeva saling memandang dengan tatapan risau.

"Aku..."

Mereka dua pandang Bbb balik apabila dengar dia cakap.

"Aku... Takut..."

Helen dan Naeva diam dan tunggu Bbb habis cakap dengan muka serius. Bbb terus peluk kedua-dua kakinya dan letak dagunya di lututnya.

Mereka tak nampak wajahnya tapi mereka tahu Bbb kelihatan ketakutan sebab mereka boleh nampak badan dia bergetar.

"Mimpi... Mimpi buruk aku alami selama ni... Ia terasa betul... Aku tak mahu beritahu korang dua pasal ni sebab aku tak mahu buat korang risau lagi tapi... Aku..."

"Bbb... Kau tahukan kami akan selalu dengar masalah kau. Kami tahu kau ni jenis tak suka cerita kat orang tentang masalah kau hadapi. Tapi, kau perlu beritahu kami juga. Kau nampak ketakutan... Adakah mimpi tu... Berkaitan dengan aku?"

Bbb terdiam dan hanya kuatkan lagi pelukannya di kedua kakinya.

"Sebab tu kau takut dan risau nak beritahu kami? Sebab mimpi buruk tu ada aku... Kau nampak sesuatu berlaku kepada aku bukan?", tanya Helen lagi.

Badan Bbb makin bergetar kuat dan Helen dengan Naeva terdengar suara.

"Hiks... Hiks... Hiks..."

"Abang Bbb?"

Bbb angkat mukanya. Hood kepala tu terbuka sedikit dan mereka boleh nampak jelas air mata mengalir deras dari kedua-dua mata Bbb.

Helen dan Naeva terkejut melihat Bbb menangis. Ini kali pertama mereka dua melihatnya dan ia membuat hati mereka kecut.

"Aku nampak kau mati! Kau dibunuh oleh Keres! Aku... Hiks!... Hiks! Aku takut! Hiks! Sob... Sob... Mimpi tu terasa betul! Ia asyik sama saja! Aku boleh rasakannya masa tu! Hiks.. Aku.. sob.. Aku-"

Bbb tidak habiskan kata2nya apabila Helen memeluknya dengan erat. Kedua-dua mata Bbb terbuka luas dan dia terkaku terkejut dengan apa berlaku.

"Jangan risau... Aku ada di sini... Itu hanya mimpi..."

Bbb ingin menangis lagi sekali. Air mata mula terkumpul di matanya. "Tapi-!"

"Aku akan okay Bbb... Aku akan okay. Walaupun kita berpisah aku akan sentiasa ada di ingatan kau... Di sisi kau selalu. Asalkan kau sentiasa mengingati aku... Aku akan selalu berada di sisi kau", cakap Helen dengan nada yg lembut sambil usap belakang Bbb.

Air mata yang terkumpul tadi akhirnya mengalir. "Hiks... Kenapa kau cakap begitu!? Ke... Kenapa kau bunyi seperti...."

"Hehe sori... Tapi, ayahanda aku dulu cakap begini kat aku setiap kali dia keluar untuk kerja. Jadi Bbb, tak semestinya aku akan mati", jelas Helen cuba tenangkan Bbb. Dia masih mengusap belakang Bbb dengan lembut.

Bbb masih lagi menangis dan peluk Helen balik dengan erat. "Hiks... Betul... Sob... Ni?".

"Hm hm... Betul..."

Naeva pun peluk mereka dua juga. "Kita bertiga akan sentiasa bersama- eh? Ah Arien?"

Arien tiba2 muncul dan duduk bersama mereka dengan tatapan mata yg lembut. "Hehe sudah tentu dengan Arien sekali", cakap Naeva ambil Arien dan sambung sesi pelukan semula.

Selepas mereka berasa Bbb dah bertenang, mereka pun lepaskan pelukan itu. "Kau dah okay Bbb?", tanya Helen risau.

Bbb angguk kepala lepas tu mukanya merah teringat apa dia lakukan tadi. Helen dan Naeva nampak dan mereka dua tak boleh nak tahan ketawa melihat muka Bbb merah dan nampak comel sambil pandang ke tempat lain.

"Hahaha!"

"Aaa! Abang Bbb comelnya!"

"Be... Berhenti ketawa Helen! Naeva!", muka Bbb makin merah terang dan boleh nampak asap dah. Lagi kuat mereka dua ketawa.

Arien pulak hanya mengeleng kepala dan senyum melihat pandangan di hadapannya. "Aaahh! Hentikannya!"

Skip selepas habis sesi ketawa...🤣

"Aww... Jangan merajuk abang Bbb"

"Hehe"

"Korang dua suka sungguh usik aku, hmph!"

"Itu Duri?", tanya Naeva dengan mata bersinar. "Mungkin?"

"Ah! Bbb, kau nak berlatih bersama kami? Kau boleh main pedangkan? Dan kami ingin tengok kuasa kau juga", cakap Helen dengan mata bersinar seperti budak kecil. Bbb sweatdrop.

Naeva pulak cuba tahan ketawa. 'Abang Helen dan abang Bbb comel!', jerit Naeva dalam hati. Fangirl.

"Ha jadi, mari kita main pedang dulu?", tanya Bbb senyum sinis. "Heh, jom", balas Helen berasa tercabar dan senyum sinis juga.

Naeva pulak sat melihat Bbb lepas tu Helen lepas tu Bbb dan Helen balik. Matanya bersinar lagi sekali dan kelihatan teruja. Arien sweatdrop melihatnya.

"Hei Arien kau rasa siapa menang? Aku tak tahu nak pilih!? Mereka dua kelihatan cool!", bisik Naeva kat Arien dan anak serigala itu makin sweatdrop.

"Boboiboy halilintar!"

"Wow!!!"

"Halilintar? Habislah aku", guman Helen facepalm.

"Pedang halilintar"

Bbb mengeluarkan dua pedang halilintarnya dan sudah bersedia untuk menyerang. Helen tersenyum. Dan Naeva pulak makin teruja.

"Pedang cahaya Solus!"

Beberapa bola cahaya kecil berwarna biru sapphire seperti mata Helen muncul dan berbentuk seperti pedang di tangan kiri Helen.

Apabila cahaya itu hilang, pedang itu kelihatan. Warna pedang itu seperti mata Helen begitu juga pemegangnya mempunyai tiga batu permata berwarna biru gelap seperti langit di waktu malam.

Bbb terpukau melihat pedang itu. Ini kali pertama dia melihat pedang yang bercahaya dan cantik seperti itu. Beza sikit dari pedang Ren, pedang Ren hanya bercahaya bila dia guna kuasa terkuat dia tapi pedang Helen sentiasa bercahaya.

"Cahaya solus?"

"Kuasa abang Helen merupakan antara kuasa terkuat di galaksi seperti kuasa abang Bbb juga. Kuasa solus merupakan kuasa milik kerajaan kami.

Ia akan diturunkan ke generasi kami hingga sekarang tapi... Kuasa solus ini akan memilih sendiri pemiliknya", jelas Naeva.

"Eh? Pilih sendiri?", soal Bbb kelihatan keliru.

"Boleh cakap kuasa solus ini tak boleh digunakan oleh pengguna tersebut walaupun dia mendapatnya tapi sekiranya kuasa solus itu tidak ingin pengguna itu jadi pemiliknya maka dia tak dapat keluarkan potensi sebenar kuasa itu atau langsung tidak dapat digunakan", jelas Naeva lagi.

"Dan waktu aku umur 10 tahun, kuasa itu diberikan kepada aku sebab mereka sedar kuasa itu memilih aku", jelas Helen pulak. Bbb angguk kepala faham.

"Jadi, boleh kita mula Bbb?"

"Heh, mari"

Skip 2 jam kemudian...

Bbb dan Helen terus terbaring atas rumput. Bbb kembali normal semula dan pedang Helen sudah hilang. Masing2 kelihatan penat dan nafas tercunggap-cunggap.

Naeva tepuk tangan seperti kanak2 kecil dengan mata bersinar dan Arien melompat-lompat kerana teruja melihat pertarungan antara Helen dan Bbb.

"Abang Bbb dan abang Helen hebat!!!"

Arien angguk kepala setuju. Helen ketawa kecil kedengaran penat melihat adiknya dan Arien dan Bbb tersenyum lemah sambil tunjuk ibu jarinya dan cakap, "Terbaik~"

"Oh! Dah nak masuk makan malam, ha ah! Disebabkan abang Helen penat, Naeva akan masak untuk makan malam kita hari ni!", cakap Naeva teruja dan bangga dengan tangan sebelah di dada.

Muka Helen terus pucat, "Kejap Naeva! Aku masih lagi-!"

"No no no! Abang dah guna terlalu banyak tenaga dan kuasa tadi itu tak masuk lagi berlatih bersama saya jadi... Naeva akan masak! Tata!"

"Tak! Nae... Va... Habislah...", guman Helen kedengaran takut dan perlahan sebab Naeva dah lari masuk dalam rumah.

Manakala Bbb dengan Arien sengek kepala ke sebelah hairan kenapa dengan Helen.

"Helen, kenapa ni? Muka kau pucat bila Naeva cakap ingin masak makan malam kita..."

Helen beralih pandang Bbb dengan tatapan muka bersalah dan ia membuat Bbb berasa tak sedap hati dan dia dapat teka makna riak muka Helen buat tu sebab dia pernah nampak.

"Takkanlah...", guman Bbb kelihatan pucat lesu dah. Helen angguk kepala. Arien hanya tatap dua tuannya dengan tatapan hairan.

Skip di makan malam...

Helen dan Bbb kelihatan nervous dan pucat. Mereka dua duduk di meja makan bulat yang selalu mereka bertiga makan bersama sekarang mereka nampak tak selesa dan hati tak tenang.

"Makan malam dah siap!", cakap Naeva bawa masuk beberapa hidangan ke meja.

Bbb dan Helen terkejut dan muka mereka hampir jadi purple. Mereka dua tatap dengan horror melihat hidangan di hadapan mereka.

'APADIA BUDAK NI MASAK KALI NI!? Kenapa keluar asap warna purple gelap ni!?', jerit Helen dalam fikirannya.

'RUPA DAN AURANYA SEPERTI BISKUT YAYA!!! Habislah kalau mereka dua bergabung bersama', cakap Bbb pulak dalam fikirannya. Dia terus seram sejuk fikir Yaya dan Naeva masak bersama.

'Sekurangnya, Yaya pandai masak dari buat biskut... Kalau Naeva buat biskut macam Yaya juga...', sekali lagi Bbb seram sejuk.

"Hm? Abang Bbb? Abang Helen? Korang dua okay? Korang nampak pucat", tanya Naeva dengan muka innocent dan sengek kepala ke sebelah.

Bbb dan Helen hanya pasrah saja dan senyum janggal. "Tiada apa2 Naeva", jawab mereka dua cuba beri senyuman yang yakin.

Tak sampai hati pulak mereka dua nak hancurkan hati Naeva dan tak mahu Naeva marah juga. Kenapa semua perempuan menakutkan bila marah?

"Baguslah! Jadi makan!", cakap Naeva dengan ceria dan senyum lembut.

Gulp. Bbb dan Helen saling memandang dan pandang hidangan di hadapan mereka sekali lagi. Air peluh mula terkumpul.

Apabila mereka dua ambil sudu dan mula makan. Mereka dua seperti ingin menangis tapi tahan dan terus telan. Lepas tu, rasa sup yang warnanya purple gelap. Mereka dua pun rasa sup tu dan muka Helen terus hijau dan Bbb terjatuh dari kerusi.

Atau lebih tepat dia pengsan dengan mata berpusing-pusing. Helen hanya menatap Bbb dengan horror. Gulp.

"Hm? Kenapa dengan abang Bbb? Dia okay!?"

"Ha ha... Rasanya dia letih sangat dan tertidur. Biar abang bawa dia ke bilik"

"Tak pa abang Helen! Biar Naeva bawa abang Bbb ke biliknya. Abang Helen habiskanlah makanan abang Bbb sekali ya"

Warna terus hilang dari Helen. Naeva dah angkat Bbb dan bawanya ke bilik meninggalkan Helen mati berbisu di situ. Angin lalu pun dia tak bergerak seinchi pun. Arien hanya menatap tuanya dengan muka kasihan.

Skip di bilik Bbb...
Tengah malam...

"Tak guna Bbb"

"Hehe sori..."

"Hmph!"

Bbb hanya sweatdrop melihat Helen merajuk dengannya selepas dia dipaksa menghabiskan makanan Bbb tadi.

"Sebab tu kau yang selalu masak dan tak bagi Naeva masak ha"

"Aku tahu bagaimana dia masak... Dan pernah rasa sebab tu aku tak bagi dia berada di dapur"

"Haha teringat Yaya juga macam tu utama lagi biskut dia tu. Semua orang takut dengan biskutnya. Aku pernah pengsan sebab tu juga", cakap Bbb ketawa janggal dan sweatdrop lagi.

"Rupanya ada mahkluk lain yang masakannya juga teruk macam adik aku. Aku tak boleh bayangkan apa terjadi sekiranya mereka dua bergabung"

Mereka dua terus seram sejuk membayangkannya. "Sekurangnya Yaya boleh juga masak dengan baik kecuali buat biskut", cakap Bbb lagi facepalm.

"Hahaha"

Mereka dua sambung ketawa dan sembang bersama malam itu dengan Arien tidur di peha Helen pulak dan Naeva sedang tidur nyenyak dalam biliknya.

Skip
Keesokannya...

"Abang Bbb... Boleh kami nak jumpa semua kuasa elemental?", tanya Naeva dengan puppy eyes. Bbb sweatdrop.

Awal2 pagi begini selepas sarapan kali ni Helen yang masak, Naeva tiba2 nak Bbb guna kuasa elementalnya.

"Naeva... Mungkin Bbb masih letih nak guna teknik tu"

"Tapi abang Helen pun nak kan?"

"Ahh..."

"Please abang Bbb~", puppy eyes tu lagi. Bbb teringat kat Duri pulak dan Sankyu selalu buat macam tu kat dia.

"Hahaha... Okay3, lagipun mereka semua pun nak jumpa korang. Utama lagi, Duri, Blaze dan Taufan", cakap Bbb sambil beri senyuman lembut.

Helen dan Naeva terpukau melihat senyuman itu dan pipi mereka sedikit merah. Naeva sedar apa Bbb cakap tadi dan lompat gembira.

"Okay bersedia! Boboiboy berpecah dari elemental"

(Author dah lupa apa Bbb cakap dia nak berpecah dari elemental dia😅 dan malas nak cari balik satgi pening)

Cahaya mula muncul dan Helen dengan Naeva terpaksa pejam mata disebabkan silauan cahaya itu. Apabila cahaya itu hilang.

Mata Helen dan Naeva terbuka luas melihat ada 8 boboiboy! Malah mulut mereka ternganga sedikit.

"Lapan Bbb!!?", jerit Helen terkejut.

"Wow!!! Duri!!!", Naeva pulak terus lari ke arah Duri membuat Duri terkejut dan lari sebab takut.

"Uwah!! Kenapa Naeva kejar aku ni!? Abang Bbb tolong!!"

Bbb dengan Gempa hanya sweatdrop. Halilintar mengeluh, Solar juling mata dan Ais menguap nak tidur. Blaze dengan Taufan ketawakan Duri.

"Kau kata kau tahu banyak perkara pasal Bbb sebab korang dua perminat dia tapi kenapa terkejut melihat ada 8 Bbb?", tanya Solar tiba2 muncul sebelah Helen membuat dia terperanjat.

Helen pegang dadanya untuk tenangkan dirinya. "Aku tahu cuma... Ia agak terkejut melihat depan mata. Ah... Tapi tak mengapa ka? Ia makan banyak tenaga kan?", tanya Helen kedengaran risau.

Bbb ingin buka mulutnya tapi... "AAAHHH! Tolong aku!!!", jerit Duri masih larikan diri dari Naeva.

"Duri!! Mari sini!!"

"Eiiik!!"

"Naeva! Berhenti kejar Duri!"

Naeva tidak hiraukan panggilan dari abangnya sebaliknya dia guna kuasanya pulak begitu juga Duri.

Solar hanya boleh tepuk dahi dan Taufan dengan Blaze tak habis2 ketawa sampai terbaring atas rumput.

"Nampak seperti Naeva sukakan Duri", cakap Gempa sweatdrop melihatnya.

"Hah... Naeva paling suka Duri dari semua elemental", jelas Helen.

"Helen pulak?", tanya Ais.

"Eh!? Ah... Itu... Aku tiada? Aku suka semua elemental termasuk Bbb sendiri", jawab Helen sambil senyum lembut. Rambutnya beralun lembut kerana angin lalu. Ini seperti luahkan perasaan.

Muka Bbb dan semua elemental merah dan Naeva yang dengar apa Helen kata ketawa kuat. Duri pulak kebil mata hairan.

Helen sengek kepala sebelah hairan. "Kenapa?", tanya Helen dengan innocentnya.

"Hahahaha! Abang Helen! Itu seperti luahkan perasaan!! Hahaha!", jawab Naeva masih lagi ketawa sambil terbaring atas rumput.

Muka Helen terus merah dan keluar asap dari kepala sebab malu. "A... Aku... A... Aku tak maksudkannya! Aku cuma cakap apa aku suka semua elemental dan Bbb! Mereka yang tanya aku tadi!", jawab Helen tergagap dah.

Naeva masih lagi ketawa lepas tu Taufan dan Blaze pun join sekali. Halilintar mengeluh panjang bersama Solar. Ais dengan Gempa geleng kepala dan Bbb ketawa kecil. Duri pulak makin sengekkan kepalanya hairan.

Skip...

"Aku dah tahu bagaimana perangai semua elemental kau Bbb tapi... Tak sangka huru hara macam ni", cakap Helen sweatdrop.

"Hehe dapat pun kau Duri!", cakap Naeva peluk Duri macam anak patung. "Aahhh! Tolong lepaskan aku!!", jerit Duri cuba lepaskan diri dari pelukan Naeva.

"Ah, dan di sini juga", cakap Helen lagi sweatdrop.

"Ahh... Naeva budak perempuan tak boleh peluk lelaki utama lagi aku", tegur Bbb sweatdrop tapi Naeva tidak hiraukannya.

"Tak mengapa kan Bbb aku bukan peluk yang sebenar pun!", jawab Naeva peluk Duri dengan erat sampai kawan tu tak dapat bernafas.

Bbb mahu jawab tapi tutup mulutnya balik sebab apa Naeva kata ada betulnya juga. Dia hanya boleh mengeluh.

Mereka berempat sedang duduk di atas rumput bawah pokok besar tu sambil menyaksikan pertunjukkan atau huru hara dari elemental.

"Apa kau kata kepala cahaya!? Aku lebih kuat dari kaulah!"

"Diamlah pikachu! Aku yang kalahkan kapten Vargoba sebelum ni jadi aku lebih kuat dari kau!"

"Hah!? Aku juga pernah kalahkan si badut tu!"

"Bukan korang dua sama kuat sebab kalahkan Retakka sebelum ni?", tanya Ais muncul di tengah mereka dua.

"Diamlah! Ais/ Polar Bear!", jawab Hali dan Solar serentak.

"..."

"Hah... Korang tolong berhenti bergaduh", tegur Gempa lelah tapi mereka dua tidak dengar dan ingin berlawan lagi.

💢

"Gempa, aku nak pi tidur kat Bbb dan lain. Bye-Huwah"

Gempa hanya tengok Ais dah pergi dari situ dah malas nak layan dua elemental yang saling bergaduh tu.

Ais terus baring atas rumput di sebelah Bbb. Bbb tersenyum dan usap rambut Ais membuat Ais senyum gembira.

Gempa sweatdrop melihatnya. Gempa beralih melihat Hali dan Solar sudah bersedia nak berlawan.

"Korang... Tolong berhenti-"

"Aku akan kalahkan kau ulat buku!"

💢

"Tolong jangan lawan di-"

"Diamlah si encik takut belon! Aku akan tembak kau sampai ke angkasa!"

💢

Di Bbb, Helen, Naeva, Duri dan Ais...

"Ahh... Bbb kau tak rasa patut hentikan mereka dua sebelum mereka cederakan diri sendiri?", tanya Helen risau.

"Betul tu, nanti kau pun dapat kesan dan kau baru saja pulih abang Bbb", cakap Naeva pulak masih belum lepaskan si Duri dan Duri pulak hanya pasrah.

"Haha tak pa, Gempa boleh uruskan mereka dua", cakap Bbb masih usap rambut Ais dan si polar bear tu dah berdengkur.

"Ah... Abang Helen... Gempa nampak... Marah jer?", komen Naeva melihat sekeliling Gempa gelap.

"Ah. Mula dah", cakap Bbb facepalm.

"Ah... Mana Taufan dan Blaze?", tanya Duri kedengaran penat mungkin selepas nak cuba lepaskan diri dari Naeva tak dapat. Serius Naeva begitu kuat sekali?

Helen ingin jawab soalan Duri tapi...

"Pusaran taufan!"

"Gegelung blaze!"

Sekarang dua trio troublemaker sedang bermain dengan Arien seperti mereka sedang buat sarkas. Kesian si Arien.

Mereka semua kecuali Gempa, Hali, Solar dan Ais facepalm melihatnya.

"Bbb... Bagaimana kau boleh hidup dengan mereka semua ni?", tanya Helen sweatdrop lagi.

"Entahlah... Itu tak gabung lagi dengan ahli pasukan aku, keluarga aku dan kawan2 abang aku. Abang aku juga selalu bergaduh dengan kawan2 dia. Hah, boleh kata lebih huru hara lagi kalau mereka bergabung.

Boleh berlaku kerosakan yang lebih besar. Aku pun dah jadi biasa dengannya. Lagipun, perangai mereka semua datang dari aku juga", jelas Bbb masih facepalm.

Helen hanya ketawa janggal dan beralih melihat Arien terpaksa bermain dengan Taufan dan Blaze.

"Aku tak mau terlibat dengan kawan2 dan abang kau dan kawan2 dia tu", komen Naeva facepalm. (Well, kau dah terlibat pun Naeva - Author)

Bbb hanya boleh ketawa janggal. Ais masih nyenyak tidur walaupun di situ sangatlah bising dan Duri hanya diam saja kerana tidak dapat lepaskan diri lagi dari Naeva.

"Mama Gem akan mengamuk"

"Mama gem? Maksud Duri... Gempa ka?", tanya Naeva. Duri angguk kepala dengan muka nampak ketakutan.

"Habislah mereka dua lagi kali ni", komen Ais tiba2 jer bangun.

"Huh aku kena hentikan kalau luar kawalan"

"Baik kau cepat Bbb sebelum Gempa bunuh mereka dua"

"Apa korang dua cakapkan ni?", tanya Helen hairan.

Bbb tunjuk ke arah Gempa, Solar san Hali. Dia beralih tengok Gempa sudah keluarkan golem tanah dan naga tanah. Helen dan Naeva terkejut dan terus berasa takut dengan aura dikeluarkan oleh Gempa. Utama lagi senyuman manis tapi senyuman yang seram!

"Dan Gempa sudah buat lagi", komen Ais tenang sambil hirup air koko. Kejap, dari mana kau dapat tu?

"Habislah Mama Gem keluarkan kuasa terkuat dia", komen Duri ketakutan lagi dan mula pucat lesu.

"Solar dan Hali akan mati", komen Taufan pulak. Blaze angguk kepala setuju.

"Erk! Sejak bila korang dua ada di sini!?" tanya Helen terkejut apabila dua elemental tu tiba2 ada di belakangnya.

"Bila Gempa keluarkan golemnya", jawab Blaze senyum nampak gigi. Helen terdiam.

"Okay aku akan pergi hentikannya", cakap Bbb bangun dari situ dan pergi ke arah Gempa yang sedang marah dan berleter kat Hali dan Solar dengan kedua-dua golemnya ada di belakang mereka dua.

"Ah... Tak mengapakah Bbb pergi?", tanya Naeva risau.

"Tak pa, abang Bbb ialah tuan kami dan kami mesti dengar cakap dia. Gempa tetap akan dengar ckp abang Bbb walaupun dia sedang marah dan terus bertenang", jawab Duri.

"Dan Gempa paling serupa dengan Bbb asli", jawab Ais sambung hirup air kokonya.

"Hanya Bbb saja boleh tenangkan Gempa dan kawal kami semua", komen Taufan sambil kunyah popcorn. Kejap, yang ni dari mana kau dapat pulak!?

"Lagipun, Bbb lebih menakutkan dari Gempa", jawab Blaze pulak terus merinding seram.

Helen dan Naeva saling memandang lepas tu beralih pandang Bbb sudah berjaya hentikan Gempa dan dua elemental kena marah tu sembunyi belakangnya sekarang.

Dua beradik itu saling memandang lagi sekali. Gulp.

Skip
Seminggu kemudian...

Di bilik Naeva...

"Hehe banyaknya gambar2 aku ambil", cakap Naeva tersenyum gembira nampak gigi.

Naeva duduk atas katilnya dengan banyak keping gambar dia ambil sepanjang bersama Bbb dengan elemental.

Dia ambil satu keping gambar di mana Naeva sedang peluk Duri dan Duri kelihatan pasrah saja. Naeva ketawa kecil melihatnya. Satu lagi gambar Blaze dengan Ais sedang lawan makan dan minum hingga pengsan dan kena marah dengan Gempa.

"Haha mereka semua memang lawak dan comel"

Satu lagi gambar Helen sedang hentikan Hali dan Solar dari bergaduh lagi kerana Gempa sedang uruskan Blaze dengan Ais. Seterusnya, Bbb sedang masak di dapur dengan Taufan sedang buat biskut.

"Hehe aku akan simpan semuanya ni", cakap Naeva ambil semua gambar tu dan simpannya dalam peti kotak kayu saiz sederhana tapi satu gambar terjatuh.

Nasib Naeva nampak dan mengambil gambar tu. Dia tersenyum lembut melihat gambar itu. Itu ialah gambar pertama mereka berempat bersama. Selepas Arien datang.

Naeva pun simpan gambar tu dan kunci peti tu. Dia tidur sambil peluk peti itu. Dia mengelamun melihat siling atasnya.

Dia masih lagi tersenyum tapi... Air mata mengalir sebelah matanya. Dia teringat balik kejadian minggu lepas. Bbb menangis sebab dia mimpi nampak Helen mati dan sejujurnya Naeva pun takut mendengarnya dan bayangkannya.

Melihat Bbb ketakutan macam tu hanya tengok dalam mimpi. Naeva cuba bayangkan saja rasa takut. Dia tak mahu kehilangan abangnya begitu juga Bbb. Dia telah anggap Bbb sebahagian keluarganya sekarang.

Naeva beralih mengambil anak patung beruang yang diberikan oleh Bbb dan Duri. Mereka dua buat patung beruang tu bersama untuk hari lahir Naeva kelmarin.

Dia memeluk patung itu dengan erat dan menangis. "Hiks... Semuanya akan okay... Abang... Helen... Hiks akan okay kan? Itu... Tak betul... Tolong...".

Di luar bilik Naeva...

Helen tersenyum sayu dan pejam matanya dengan dahi diletak depan pintu bilik Naeva.

Keesokan harinya...

Di luar rumah...

"Kau ingin guna teleport tu sekarang? Tak mengapa ka?", tanya Bbb risau.

Helen ingin guna kuasanya untuk balik ke istananya semula dan hubungi tapops yang Bbb selamat dan beri amaran pasal Keres datang semula.

Naeva berada di bawah pokok bersama Arien. Dia kelihatan serius dan risau pada masa yang sama begitu juga Arien.

Helen pegang kedua-dua bahu Bbb sambil beri senyuman lembut kepadanya.

"Jangan risau, aku ada rancangannya"

"Rancangan?"

"Hm, aku ada bincang perkara ini dengan Naeva sebelum ni tapi... Ia berisiko sikit", guman Helen. Bbb mula berasa tak sedap hati.

"Bagaimana rancangan tu?", tanya Bbb makin risau lagi.

"Abang Helen buat abang Bbb makin risau lah", tegur Naeva. Helen facepalm kat adiknya.

"Begini, waktu aku guna kuasa teleport aku. Dinding ni akan hilang kan tapi ia akan berlaku kalau aku guna kuasa penuh jadi... Aku fikir aku akan teleport Naeva saja balik ke istana dan minta bantuan.

Sementara itu, kita akan tunggu di sini hingga Naeva datang semula dengan bantuan. Jangan risau, mereka akan datang lebih cepat menggunakan kuasa teleport milik mereka.

Tapi, kita perlu bertahan. Aku tak pasti berapa lama dinding ni akan tahan bila aku teleport Naeva tapi sekurangnya ia tak hilang. Aku cuma harap Keres tidak sedar terlalu cepat pasal ni", jelas Helen.

Bbb terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa. Rancangan Helen kedengaran okay tapi kebesaran kemungkinan nak berjaya 50/50.

Satu, Helen tak pasti berapa lama dinding itu nak bertahan hingga bantuan tiba. Jadi, mereka harapkan Naeva datang secepat mungkin. Kedua, mereka risau sekiranya Keres sedar pasal ni dan serang mereka. Ketiga, mereka tak pasti boleh lawan dengan Keres.

Utama lgi, Helen akan kurang tenaganya sebab teleport Naeva balik ke istana yang jauh dari planet Okager ini.

"Ia akan berjaya?"

Pertanyaan Bbb membuat Helen dan Naeva terdiam. Mereka dua saling memandang. Helen beralih pandang Bbb semula.

"Aku... Tak pasti tapi kita tak boleh duduk lama di sini. Lama laun mereka akan berjaya tangkap kita dan aku tak boleh tinggalkan kerajaan aku begitu lama. Kau pun sama Bbb.

Kita tetap perlu lakukan demi galaksi. Kita perlu beri amaran kepada semua pasal Keres muncul semula. Hanya kita saja yang tahu Keres muncul", cakap Helen cuba yakinkan Bbb.

Bbb berfikir dan mengeluh. Apa Helen cakap betul. Hanya mereka saja yang tahu Keres muncul semula. Mereka perlu beri amaran pasal Keres. Kalau tak, akan ada yang dalam bahaya. Dan mereka tak boleh terus sembunyi.

Bbb perlu beritahu pihak atasan pasal ni dan tolong Helen sebab mereka dua telah jadi target.

"Baiklah... Aku akan tolong kau perkuatkan dinding ni nanti"

"Bagaimana tu?"

"Hehe aku cuba guna kuasa elemental aku", Helen angguk kepala faham.

Helen beri isyarat kepada Naeva untuk datang ke arahnya. Apabila Naeva sudah berdiri di hadapannya, Helen angkat tangan sebelahnya menghala ke arah Naeva dan tarik nafas lepas tu pejam mata.

Satu lingkaran bulat muncul bawah Naeva. Seluruh badan Helen bercahaya biru begitu juga Naeva lepas tu Naeva terus hilang dan Helen hampir terjatuh kalau bukan Bbb yang sambutnya tadi.

"Kau okay?"

"Aku okay... Cuma letih sikit"

Bbb terdengar bunyi sesuatu. Dia beralih melihat dinding biru mula kelihatan. Arien berada sebelah mereka dua sekarang kelihatan risau juga.

"Dinding dah mula kelihatan tapi ia masih bertahan lagi untuk buat masa sekarang. Aku perlu... Kuatkannya semula"

"Tapi, kau akan pengsan dan macam mana kalau sesuatu berlaku nanti?", Helen terus terdiam dan tak jadi bangun.

"Aku akan kuatkannya dengan kuasa Ais aku, bagaimana?".

"Hmm... Ia akan berkesan... Baiklah, mari kita cuba"

Bbb tolong papah Helen dan berjalan masuk ke dalam hutan. Arien pun ikut mereka dua sekali.

Sampai saja di hujung dinding itu berada, Bbb tinggalkan Helen di sebuah pokok dengan Arien bersamanya. Helen duduk di situ masih kelihatan kepenatan.

Bbb maju ke depan dan sentuh dinding itu. Helen dan Arien melihatnya dengan penuh harapan. Bbb tarik nafas dan hembus semula sambil pejam mata.

Bila dia buka mata dan bertukar jadi Ais. Dia ingin bekukan dinding itu tapi tiba2 ada cahaya warna purple gelap muncul membuat Helen, Bbb dan Arien terkejut.

Dan cahaya itu makin dekat. Ia seperti laser dan ia memang pun. Bbb terkaku di situ. Helen pun bangun dan tarik Bbb dari situ.

Apabila cahaya purple gelap itu berlanggar dengan dinding itu ia menghasilkan letupan yang sangat kuat.

"Aaahhh!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Aduh... Kepala aku...", guman Bbb kesakitan sambil pegang kepalanya. Apabila dia tengok tangan yang dia pegang di kepala tadi. Ia berdarah.

Rupanya, darah sudah mengalir dan menutup sebelah rupanya. Bbb tiba2 teringat pasal Helen. Dia pun bangkit tapi terjatuh balik walaupun begitu Bbb tidak putus asa dan berjaya berdiri dan mula mencari Helen dan Arien.

"Helen! Arien! Di mana korang!? Helen!?"

Bbb berjalan sikit tapi terjatuh semula apabila tersepak ranting pokok besar di situ. Seluruh kawasan itu hampir musnah. Seluruh pokok musnah dan tumbang habis.

Bbb juga berasa sakit seluruh badan utama lagi bahagian kepalanya. Dia berasa letih dan pening.

"Bbb!"

Bbb beralih apabila dia dengar suara itu. "Helen!?"

"Bbb! Kau okay!?", tanya Helen sebaik saja dia sampai kat Bbb. "Aku okay tapi... Kau pun cedera juga!", Bbb jadi panik melihat Helen juga sedikit berdarah di lengan dan badannya.

"Haha aku okay tapi kita perlu pergi dari sini! Mereka-"

"Nak pergi mana putera Helen dan... Boboiboy..."

"Suara tu... Dia!?"

"Ah... Kau masih ingat aku lagi rupanya. Hehe ia satu perhargaan. Dan nampak seperti putera Helen ingat aku juga", cakap Kai sambil senyum. Dia sekarang berada di hadapan mereka dua. Bbb dengan Helen pun bangun berdiri menghadap Kai.

Bbb dan Helen berasa seram sejuk dengan senyuman itu. Lelaki itu... Sentiasa membuat Bbb berasa takut dan seram. Malah, Helen juga merasakannya.

Kai mula jalan dekati mereka dua sambil keluarkan pedangnya. Pedangnya berwarna hitam gelap dan ia cantik dengan pemegangnya mempunyai permata kecil berwarna purple gelap.

Mereka dua mula undur ke belakang selangkah apabila Kai selangkah menuju ke arah mereka dua.

"Kuasa elemental, Bbb Halilintar!"

"Bbb!?"

"Tetakkan halilintar!"

Bbb serang Kai terlebih dahulu. Helen terkejut melihat Bbb dan Kai saling melawan. Gerakan mereka dua begitu laju. Dia tahu kekuatan Bbb sebab mereka dua selalu berlawan pedang bersama tapi sekarang Bbb cedera.

"Aku mesti tolong dia... Pedang cahaya Solus!"

Di Bbb dan Kai...

"Heh! Boleh tahan tapi berapa lama kau boleh bertahan, Bbb?"

Bbb merinding sekali lagi. Kenapa lelaki ni? Senyuman dan nada dia sangat menakutkan. Dia tak pernah jumpa musuh atau alien yang macam ni. Kai kuat tapi tak sekuat seperti Retakka. Walaupun begitu, alien ni berjaya buatnya sentiasa berasa seram sejuk dan merinding hanya panggil namanya dan senyumannya saja.

Bbb perasan reaksi yang sama dari Helen tadi masa dia muncul. Bbb pun serang Kai balik tapi Kai elak begitu cepat membuat Bbb terkejut dan serang bahagian abdomen.

Gasp.

Bbb berasa sakit di bahagian itu dan hampir terjatuh. Belum sempat dia ingin bangkit Kai tiba2 muncul di belakangnya. Mata Bbb terbuka luas dan Kai tersenyum sinis tapi...

"Boleh tahan tapi aku takde masa nak bermain dengan korang. Apa kata korang dua ikut aku macam budak yang baik? Aku tak-"

"Tetakkan solus!"

Kai terpelanting jauh dari Bbb. Bbb terjatuh terduduk dan kembali normal semula. Helen pun dekati Bbb dan pedangnya hilang.

"Bbb kau okay?", tanya Helen nampak risau. Bbb asyik batuk2 dan muntah sedikit darah. Helen terkejut melihatnya.

"Dia... Kuat... Aku tak boleh lawan dengan... Keadaan macam ni..."

"Kita perlu pergi dari sini sementara-"

Helen tak sempat habis cakap apabila dia berasa badannya ditikam dari belakang. Bbb melihat dengan horror melihat pedang hitam tembus dari badan Helen.

Helen juga kelihatan terkejut. Darah mengalir keluar begitu juga sedikit di mulutnya. Mata Bbb terbuka luas. Dia pernah lihatnya... Di dalam mimpinya.

Bbb beralih melihat Helen tentang mata dengannya dan terkejut melihat mata Helen kelihatan lembut dan senyum sedikit.

Pedang itu ditarik semula dan Helen jatuh atas Bbb. "Helen! Helen! Tolong! Jangan mati!", jerit Bbb panik dan air mata mula terkumpul di matanya.

"Cih! Kau tak patut masuk campur tadi budak... Aku kalau boleh tak mahu bunuh sesiapa tapi kau buat aku marah", cakap Kai dengan tatapan tajam dan Bbb boleh merasakannya tapi dia tak mau lihat sebab dia sedang fokus kat Helen.

Helen masih pejam mata seperti sedang menahan rasa sakit. Bbb tekan sedikit di bahagian Helen kena tikam tadi untuk hentikan darahnya tapi kesan luka itu besar malah ia kena di bahagian yang bahaya.

Malam pun sudah datang menyebabkan suasana di situ suram dan gelap.

"Helen!"

"Bo... Boboiboy... La... Lari... Sekarang..."

"Bodoh! Aku takkan tinggalkan kau di sini! Kau takkan mati! Kau dah janji dengan aku dan Naeva!"

Air mata akhirnya mengalir deras dari anak mata hazel tu. Bbb genggam tangan Helen dengan erat. Dia boleh rasa suhu badan Helen menurun malah cahaya di mata Helen seperti mahu hilang.

"Hah... Aku tiada masa dengan semua ni. Mari kita pergi dengan baik", tangan Kai hampir capai kat Bbb dan Helen.

Mata Bbb terbuka luas dan dia menatap tajam kat Kai. Kai terkejut melihat reaksi Bbb. Dia seolah telah hancur tapi pada masa sama dia nampak marah dan auranya seperti suruh jangan dekati dia dan Helen.

"Tak... Tak guna... Tak guna!!!", Bbb menjerit dan badannya bercahaya.

Bbb tukar kepada Bbb Beliung. Dia pun tolak Kai dengan kuasa anginnya. Lepas tu, dia bertukar kepada Halilintar dan Solar dan mereka fusion.

Bbb Supra teleport kepada Kai yang terpelanting jauh dan dia kelihatan terkejut dan cuba bangkit tapi Bbb dah ada di depannya.

Kai terkejut melihat muka Bbb. Dia sangat marah, tatapan matanya tajam dan air mata mengalir menyebabkan ia kelihatan comot tapi dia tak kisah semua tu. Perasaan dia diselebungi hanya marah.

"Aku... Takkan maafkan kau!!"

'Budak ni...'

"Tembakan super supra!"
.
.
.
.
.
.
.
.

Kai tidak kelihatan tapi Bbb tak kisah semua tu. Dia teleport balik kepada Helen yang masih terbaring dan kelihatan sukar bernafas.

Dia pun duduk di tepi Helen. Dia kembali normal semula tapi batuk darah lebih banyak lagi.

"Kau... Paksa diri kau... Bbb...", cakap Helen lemah dan senyum kecil.

"Be... Berhenti cakap Helen... Aku akan rawat luka kau... Kau tak boleh mati..."

...

"Aku... Aku akan bawa kau balik ke rumah... Naeva akan ada di sana... Kau akan selamat... Kau-"

"Bbb"

Bbb beralih memandang Helen apabila Helen memanggilnya dengan serius. Tatapan Helen kelihatan lembut dan senyum lembut sekali memberi kehangatan kepada Bbb. Helen geleng kepala kepadanya dan Bbb tahu maksudnya.

Helen dah tak banyak masa lagi. Bbb boleh rasakan badan Helen sejuk. Matanya juga hilang cahaya. Keadaan Helen nampak teruk... Rambut putihnya ada kesan darah yang banyak. Bajunya koyak dan mempunyai banyak luka.

Bbb menangis dan genggam tangan Helen dengan kuat. Ia sama dalam mimpi tu. Ia sama. Badan Bbb mengeletar kuat dan hujan turun waktu tu juga.

"Aku... Aku... Dah tak banyak masa... Aku..."

"Tak... Tolong... Hiks... Jangan... Helen... Hiks... Sob... Helen tolong jangan pergi... Aku dah janji nak bawa kau jalan2 satu galaksi... Aku nak bawa kau ke bumi... Hiks... Ahh.. Aku nak kenalkan kau kepada kawan2 aku dan keluarga aku... Hiks... Sob... Jadi... Tolong jangan pergi..."

"Maaf Bbb... Tapi... Aku tak boleh... Aku... Dah agak ia akan terjadi... Maaf sebab kau perlu lalui semua ni Bbb..."

Bbb tidak respons sebaliknya dia hanya menangis senyap dan hujan makin turun lebat seolah turut sedih juga.

"Bbb... Tolong dengar ni... Kau... Mungkin akan hadapi banyak kesusahan lepas ni selepas aku beri kuasa aku kepada kau"

Mata Bbb terbuka luas dan menatap Helen dengan tatapan tak percaya. Helen pandang Bbb dan senyum yakin kepadanya.

"A... Apa maksud kau?"

"Kuasa solus juga antara kuasa terkuat di galaksi. Aku nak beri kuasa ni kepada kau. Aku pasti kau boleh guna kuasa ni juga Bbb. Aku percayakan kau...

Kau mesti lindungi kuasa solus ini, kuasa elemental, Zahara, galaksi utama lagi diri kau... Hati2 dengan Keres..."

"Tak... Itu mustahil! Aku!"

"Kita tak banyak masa Bbb... Aku... tak sempat terangkannya. Maaf aku perlu serahkan tangguhjawab aku kepada kau... Maafkan aku Bbb... Dan Bbb... Tolong jagakan Naeva...

Aku... Sangat gembira dapat jumpa kau! Kau... Kawan terbaik aku Bbb", cakap Helen sambil pejam mata dengan air mata mengalir sedikit dan senyum kecil. Bbb berasa hatinya kecut. Dia genggam tangan Helen dengan kuat.

Helen tiba2 batuk dan keluar darah juga. Cahaya di mata Helen sudah hilang. Bbb hanya boleh menangis."Bbb... Aku... Tak nampak kau... Di mana kau...?".

Bbb terkejut. Ini kali pertama dia tengok seseorang mati. Bbb tak tahu nak reaksi apa jadi dia ambil Helen dan peluk Helen dengan kuat.

"Aku di sini... Helen..."

"Ah... Terima kasih Bbb... Aku... Tak dapat tunaikan janji aku tapi... Kalau kau sentiasa ingat aku... Aku akan sentiasa berada di sisi kau... Bbb... Selamat tinggal..."

Helen pejam matanya. Tangannya terjatuh dan Helen tidak bernafas lagi. Bbb tahu tapi dia tetap tak lepaskan Helen.

Bbb menangis dengan kuat malam itu. Dia menangis teresak-esak. Hujan turun makin lebat. Bbb peluk Helen dengan kuat. Dia tak tahu nak buat apa lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.

"ABANG HELEN! ABANG BOBOIBOY! ARIEN! Mana korang!!?"

Mata Bbb terbuka luas. Ah... Dia tak mau tinggalkan Helen. Dia nak bersama Helen lagi tapi... Dia tak sanggup berdepan dengan Naeva.

"Helen!! Bbb! Arien!!! Tolong jawab!!! Mana korang!!!?"

'Naeva... Naeva menangis... Dia pasti sangat risau... Bagaimana nanti bila dia tahu abangnya dah mati? Helen mati... Dan aku... Tak dapat buat apa2... Helen...'

Bbb pun baringkan Helen dengan lembut dan perlahan. Dia tolak sedikit rambut depan Helen yang tutup matanya. Muka reaksi Bbb langsung tak nampak.

Rambut depan Bbb tutup matanya. Darah dari kepalanya masih mengalir dan dia masih berasa sakit tapi tak lebih sakit di hatinya.

'Aku boleh rasakan sesuatu dalam badan aku... Adakah ia kuasa solus? Bila Helen berikan kepada aku? Aku terlalu sibuk kat keadaan Helen... Itu semua dah tak penting... Helen dah mati... Ia salah aku'

"Abang Helen!! Abang Bbb! Arien!!!"

"Putera mahkota Helen! Bbb! Arien! Mana korang?!"

"Maafkan aku... Naeva... Aku... Masih belum bersedia nak berdepan dengan kau... Maaf...", air mata mengalir sebelah mata dan Bbb gigit bibirnya hingga berdarah.

Dia secara perlahan bangun dan keluarkan bola cahaya dan biar ia terapung di situ. Bbb pergi dari situ secepat yang mungkin.

Dia masih tak boleh berdepan dengan Naeva. Muka Naeva kelihatan kecewa, marah dan sedih... Dia tak mahu melihatnya. Jadi, dia pergi dari situ nak bersendirian sekejap.

Dia akan cuba hubungi kawan2 dia nanti dan bila dia dah okay dia akan pergi jumpa Naeva dan bonda Helen.

"Hiks... Helen... Hiks... Kenapa?"

Bbb terus berlari dan lari entah ke mana tanpa hala tuju. Kakinya hanya terus bergerak. Dalam fikirannya, hanya ingin bersendirian dan tak mahu jumpa sesiapa utama lagi Naeva.

Selepas beberapa lama dan jauh Bbb berlari dia mula kepenatan dan tanpa dia sedar dia tergelincir disebabkan hujan dan jatuh berguling-guling banyak kali hingga belakangnya berlanggar dengan pokok di situ.

Bbb menghela nafas lelah. Boleh nampak wap keluar. Adakah cuaca kat situ mula sejuk? Dia tak tahu tapi badannya bergeletar tak habis dan kesejukan.

Sakit di seluruh badannya membuatnya tak dapat bangkit lagi. Bbb pejam mata dan teringat balik masa2nya bersama Helen, Naeva dan Arien. Air mata mengalir sebelah matanya.

Bbb hilang kesedaran di situ. Tanpa dia sedar badannya bercahaya biru.

'Kuasa solus melindungi kau dari kesejukan Bbb'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di masa sekarang...
Di suatu tempat...

"Ergh... Ah... Huh?", seseorang remaja lelaki mula membuka matanya selepas sekian lama tidur. Dia kebil mata banyak kali dan apabila penglihatannya dah elok dia terkejut melihat betapa luasnya biliknya ni dan mewah.

Dia angkat tangan sebelahnya dan pegang kepala sebab rasa sakit.

"Bbb..."

"He... Len...?"

Air mata mengalir sebelah mata hazel yang indah tu. Suara Bbb kedengaran serak mungkin sebab dia tidur begitu lama tapi bila dia ingin bangun...

Tiba2 pintu terbuka dan masuk satu sosok dia sangat kenali dan rasa takut, bersalah dan sedih muncul di hati Bbb.

"Ah, abang Bbb. Kau dah bangun?"

"Nae... Va...?"

Lepas tu seorang lagi wanita masuk. Dia nampak sangat cantik. Rambutnya berputih panjang dan matanya berwarna biru seperti permata sapphire atau lebih kurang seperti Helen.

Wanita itu juga nampak lebih dewasa. Bbb menatap mereka dua dengan tatapan terkejut dan dia tak terkata apa. 'Itu... Bonda Helen?'.

Wanita itu senyum lembut kepada Bbb memberi kehangatan kepadanya...

"Selamat pulang... Helen..."

....
Akan bersambung di chapter seterusnya! Maaf lambat update sebab kena siapkan 2 lagi citer. Harap korang semua terhibur dan maaf kalau ada silap ejaan. Author sendiri nak nangis dah tadi... Apapun!

Jumpa korang di chapter seterusnya! Saranghae❤️🍓 and sayonara!!! Jangan lupa vote, share and komen!

...

Semua: ...

Author mirin: Ah... Korang?

Aeris: Betulkah Helen mati?

Author mirin: Ya

Aeris: ...

Minami: semoga kau selamat author dan jangan lupa citer idolish7... Sayonara...

Semua: AUTHOR! / RIN!

Author mirin: Hey ini cuma-

Ren: Citer!? Mari sini kau! Berani kau buat Bbb sedih lagi!!!?

Author mirin: Uwahh!!!!

Haru: Dia memang tak serik langsung hah...

Momo (dri citer lain): Aku harap author san selamat...

Semua: Pray for author...

Ochobot: Aku tertanya reaksi rinrin readers dan readers yg lain pulak?

End!





Continue Reading

You'll Also Like

14.5K 723 13
Cerita ini mengisahkan seorang elemental jahat telah terlepas dari penjara yang telah sekian lamanya terkurung di situ Dan berhasrat untuk membalas d...
25.9K 613 37
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1.5K 52 8
Mengisahkan tentang kehidupan Ali Ghazali yg malang setelah berlaku satu kegagalan misi yg membuat satu akademi dan keluarga benci terhadapnya kecual...
127K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...