ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

272K 14.4K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 45

3K 223 6
By WafaAriffin

Notify me with the typo.

TENGKU DANISH sudah mula bekerja semula setelah bercuti lama untuk menjaga Aaira berpantang. Pagi-pagi juga Aaira bangun untuk menyiapkan sarapan buat si suami sebelum naik ke bilik semula untuk mengejutkan Tengku Danish untuk solat subuh bersama.

Kemudian, dia akan mandikan Fahd dan Aaliya selepas menyediakan pakaian Tengku Danish. Tetapi baru saja mahu dukung Fahd, suaminya terus keluarkan niatnya mahu bantu mandikan si kembar sekali.

Maklumlah bila melahirkan anak kembar, kena lah ulang alik menyiapkan budak berdua ini. Gilir-gilir mandikan mereka, suapkan makan, pakaikan baju. Tangan Aaira hanya ada dua, tak cukup untuk melakukannya serentak.

Selalunya Fahd lah yang jadi orang kedua sebab budak kecil itu susah nak bangun tidur kecuali masa pampers sudah penuh, memang melalak terus. Si adik senang saja nak kejutkan. Tetapi si Aaliya ni pula, walaupun senang nak bangun, tapi susah pula nak tidurkan. Kena waktu betul-betul hening tanpa bunyi, barulah dia dapat lelapkan mata. Fahd okey saja, walaupun adik-adik iparnya datang kacau dia. Tetap saja boleh lena walau di mana saja dia berada.

"Aaira" panggil satu suara garau dari belakang.

Aaira pusing. Wajahnya berkerut sedikit lalu jam yang tergantung pada dinding dipandang.

Aik.. baru pukul 12.

"Awalnya abang balik? Saya tak masak lagi" soalnya perlahan. Dia bangun menghampiri Tengku Danish yang masih tegak berdiri memandang ke arahnya. Wajahnya tampak lesu.

"Abang okey?" Soalnya lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab. Kedua belah pipi lelaki itu dipegang. Tengku Danish hanya diam buat seketika sebelum perlahan-lahan dijauhkan tangan Aaira dari pipinya. Tetapi tidak dilepaskan, malas dia genggam erat tangan kecil itu lalu menarik tubuh Aaira mendekat. Aaira terpinga-pinga saat Tengku Danish sudah memeluknya erat.

Tengku Danish benamkan wajah pada ceruk leher Aaira. Digeselkan pucuk hidungnya di situ membuatkan Aaira menggeliat kegelian. Leher putih isterinya dipandang seraya melabuhkan sisi kepala di atas bahu ibu muda itu.

Tanpa disedari Aaira sendiri, tangan kanannya menyeluk ke dalam poket seluar, mengeluarkan seutas rantai. Kemudian, dengan penuh berhati-hati, dia pasangkan pada leher jinjang itu. Setelah siap dikancing, Tengku Danish mengucup sekilas rantai yang tergantung di kulit leher mulus itu.

"Abang"

"Hmm" Pelukan dilepaskan. Aaira tunduk melihat sesuatu di lehernya. Loket berbentuk hati berwarna merah jambu dipegang dengan jari. Mata Aaira bersinar.

Uwahh..

"Siapa punya ni?"

"Acik rumah sebelah punya" balas Tengku Danish.

"Sebelah rumah kita mana ada orang!" Terus dipukul lengan Tengku Danish kuat.

"Sayang punya lah"

"Betul?!"

"Erm.. jaga elok-elok. Mahal abang beli tu. Lagi mahal dari bantal busuk lagikan hodoh Aaira tu" Mendengarkan itu, Aaira terus menarik muncung. Suka suki je kutuk fluffy kita.

Tengku Danish abaikan wajah cemberut Aaira lalu bergerak ke arah sofa. Dengan keadaan dia masih memeluk tubuh isterinya itu, membuatkan Aaira terkial-kial berjalan mengundur ke belakang.

"A-Abang" Tangan kecilnya menepuk tepi bahu Tengku Danish saat terasa belakang betisnya sudah bertemu dengan sofa. Tubuh terus rebah ke atas sofa tanpa sempat dia imbangkan badan.

Tengku Danish hanya diam saja menghempap tubuh kecil Aaira. Dipeluk tubuh itu erat. Tak mahu lepas.

"Abang orite tak orite ni? Ada masalah dekat pejabat ke?" soal Aaira perlahan. Jari jemarinya menyikat rambut suaminya yang sedikit kusut. Tengku Danish menggumam tak jelas. Wangian yang terbit dari kulit mulus Aaira menenangkannya. Dipejam mata rapat.

Aaira mengalih tangan ke belakang Tengku Danish. Ditepuk perlahan. Mungkin suaminya penat di tempat kerja. Apa yang dia perlu buat hanyalah faham dan layan lelaki bergelar suami ini dengan baik.

"Bateri abang tinggal berapa?" soal Aaira lembut. Tengku Danish di sengetkan kepala sedikit dari kedudukan asal. Kemudian, bibirnya terbuka kecil.

"Zero percent" balas suara garau itu perlahan. Laju saja dia menjawab. Aaira pincingkan mata. Nampak garisan penat di seraut wajah itu.

Hmm.. cian cuben titew ni. Penat ye..

"Abang nak saya ca-"

"Nak!" potong Tengku Danish laju. Bibir menyungging senyuman lebar. Aaira turut tersenyum. Terus dia menepuk belakang suaminya lembut. Meminta lelaki itu untuk bangun dari terus menindihnya. Tak sempat Aaira mahu duduk betul-betul, pinggangnya sudah ditarik kuat. Tersekat nafasnya buat seketika. Tahu-tahu punggungnya sudah elok berlabuh di atas peha si suami.

Tangan terus naik menampar dada kiri Tengku Danish. Perlahan saja tetapi lelaki itu tetap saja mengaduh dengan wajah tak berperasaannya itu.

"Mengada. Terkejutlah Aaira"

Tengku Danish hanya tayang senyuman tak bersalah. Kedua belah tangan yang memeluk pinggang si isteri dieratkan lagi.

"Cepatlah" suruhnya tanpa nada.

"Okey! Okey! Mula-mula kita mulakan dari sini" Dahi Tengku Danish disentuh lembut dengan jemarinya. Diusap sedikit sebelum Aaira jatuhkan bibir di situ. Agak lama dia menekan lalu dilepaskan sehingga menghasilkan bunyi.

"Muahh!!"

Tengku Danish tertawa kecil. Agak comel ye bunyi muah tu.

"Lepastu, kita turun dekat sini" Pipi Tengku Danish dicium.

"Pastu, sini dengan sini" Bibir turun pula pada kedua belah pipi suaminya.

"Sini jugak" Kemudian, dia cium sekilas pucuk hidung mancung itu. Aaira tersenyum segaris.

"Lepastu?" tanya Tengku Danish perlahan. Seakan berbisik. Aaira tersenyum malu apabila melihat suaminya sengaja menjilat bibir. Kunyah nanti!

Okey.. semua tutup mata. Scroll skrin ke bawah sikit.

Tanpa membuang masa, Tengku Danish terus meragut bibir merah milik Aaira. Terpejam mata ibu muda itu dengan kedua belah tangan kecilnya mencengkam lembut bahu si suami.

Tutup mata!

Aaira menepuk bahu suaminya apabila merasakan nafas sudah mula tidak teratur. Kedua belah pipi memerah panas. Tergelak Tengku Danish melihat seraut wajah itu. Comel sana di matanya.

"Okey, last?" Aaira terus jatuhkan tubuh ke dalam dakapan Tengku Danish. Tubuh belakang lelaki itu menyandar pada sofa sambil memeluk tubuh genit si isteri dengan sungguh erat.

"Dah full ke belum?" tanya Aaira kecil. Tengku Danish tunduk mengucup pipi merah Aaira kuat.

"Dah full. Terima kasih, sayang" balas Tengku Danish lembut. Aaira tersenyum lebar seraya menganggukkan kepalanya.

Masing-masing diam buat beberapa ketika. Tengku Danish menepuk belakang Aaira sambil melelapkan mata. Tak mengantuk pun. Cuma mahu merehatkan matanya saja. Aaira terkebil-kebil di dada Tengku Danish. Jelas di pendengarannya, detak jantung si suami. Sehingga membuat hatinya terasa tenang.

"Kak Wiena dengan Kak Mellysa masih gaduh ke?" soalnya secara tiba-tiba. Perkara itu laju melintas di fikiran. Sudah lama diperam soalan itu, tetapi tak tahu bagaimana mahu meluahkannya.

Terkejut juga dia bila tahu Wiena dan Mellysa bergaduh besar. Setahu dia, dua orang gadis itu rapat. Sejak sekolah menengah lagi. Tetapi dia tak tahu apa punca mereka bergaduh. Bila ditanya Tengku Danish, suaminya itu hanya balas..

'Masalah privasi diorang saja. Aaira tak perlu tahulah'

Itu saja jawapannya.

"Entahlah.." balas Tengku Danish pendek. Rambut panjang Aaira dimainkan dengan jari.

"Aaira ingat nak jumpa kak Mellysa" tutur Aaira selepas itu. Mata Tengku Danish yang terpejam tadi terus terbuka semula. Dia tunduk sedikit untuk melihat wajah isterinya bersama kerutan di dahi.

"Buat apa?" soalnya.

"Saja. Lagipun, dah lama tak berjumpa. Boleh Aaira tanya juga pasal dia dengan kak Wiena" balas Aaira perlahan. Tengku Dnaish menghembus nafas panjang.

"Tak perlu, Aaira"

"Alaa.. Aaira pergi dengan kak Auni je. Boleh lah ek?" pinta Aaira lagi sambil tayang wajah comel. Mata dikelip-kelip cantik membuatkan hujung bibir Tengku Danish ternaik sedikit.

Ingat dia cair lah tu?

"Tengoklah macam mana nanti" itu saja balasannya. Wajah cemberut si isteri dibiar buat tak nampak.

DERINGAN telefon bimbit di atas meja kecil di sebelah katil mengganggu lena sepasang suami isteri yang sedang lena. Skrin gajet nipis itu bercahaya. Tengku Danish meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Tangan kanannya masih berada di bawah kepala Aaira. Tengku Danish segera mengalihkan tangannya.

Kepala Aaira diletakkan di atas batal dengan penuh berhati-hati. Pinggang Aaira ditepuk perlahan apabila tubuh kecil itu bergerak sedikit. Cepat-cepat dia capai telefon bimbit miliknya. Nanti anak kembarnya bangun pula. Langkah di bawa ke balkoni bilik dan pinta gelangsar ditutup rapat.

Dahi Tengku Danish berkerut nipis tatkala nama Danyel terpapar di skrin telefon. Pagi-pagi buta telefon?

"Assalamualaikum, Danish" sapa Danyel dari dalam talian.

"Waalaikumsalam.. Kenapa call aku ni?" tanya Tengku Danish terus.

"Sorry bro ganggu. Aku just nak tanya, Nara ada datang rumah kau tak malam tadi?" Tengku Danish kerutkan kening.

"Tak ada. Kenapa?"

"Nara tak ada dekat rumah waktu aku baru balik tadi. Puas aku cari merata tempat. Aku tak nak lah call mak mertua aku. Nanti dia risau pula" beritahu Danyel perlahan sebelum kedengaran lelaki itu menghembus nafas panjang. Terjongket sebelah kening Tengku Danish mendengarnya. Aik..

"Takkan dia tak ada beritahu apa-apa dekat kau? Korang bergaduh ke?" soalnya hairan. Buat kesekian kalinya, Danyel menghela nafas berat lagi.

"Tak.. dia tak ada bagitau apa-apa. Tapi aku rasa.. Nara merajuk dengan aku"

"Nara cemburu bila tengok aku dengan Marsya dalam pejabat. Aku.. Aku termarah dia tadi. Lepastu, dia terus balik rumah"

"Aku jumpa gambar. Dalam bilik tidur kitorang. Mungkin Nara merajuk sebab gambar tu"

"Gambar apa?"

"Gambar aku dengan Mellysa"

"Nara salah faham. Salah aku juga sebab tak faham emosi dia sekarang berdolak-dalik"

Tengku Danish pusing ke belakang tatkala terdengar bunyi geseran halus pintu gelangsar di buka. Wajah mamai Aaira memenuhi ruangan mata.

"Takpe, esok pagi kita jumpa" tutur Tengku Danish perlahan. Diperhati langkah isterinya satu persatu.

"Okey bro"

Talian terus ditamatkan sebelum tangannya melingkar ke pinggang ramping Aaira. Tersembam terus wajah itu ke dadanya yang terdedah.

"Erm.. abang buat apa dekat luar ni?"

"Tak ada buat apa. Saja duduk luar nak ambik angin" balas Tengku Danish perlahan. Aaira menggumam kecil.

"Dah.. jom masuk dalam. Sambung tidur" ajaknya. Aaira angguk kecil. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar ditutup rapat lalu dikunci.

WIENA menghembus nafas kasar seraya tangan naik memeluk tubuh. Matanya tajam melihat ke tempat lain. Situasi di ruang tamu rumah Auni agak tegang sedari tadi. Tengku Danish hanya bersandar tenang tetapi otaknya ligat berfikir.

"Aku dah cakap dah, Mellysa dah berubah. Disebabkan dia, banyak masalah yang timbul. Benda kecil, jadi besar. Benda yang tak ada, tiba-tiba jadi. Gambar yang Nara dapat tu pun fake! Dia sengaja nak porak perandakan rumah tangga orang ke?"

Tak dapat lagi Wiena menahan rasa geram di hati. Diluahkan saja di situ. Biar semua orang dengar.

Asyraff diam. Danyel pula dari tadi mengurut pelipisnya. Runsing dengan masalah yang datang. Kehilangan Nara sudah dia ketahui. Senang saja mahu cari keberadaan isterinya itu. Tetapi buat masa sekarang dia mahu beri masa kepada Nara. Biar isterinya itu tenang dahulu. Kemudian, barulah dia cuba untuk memujuk.

"Mellysa berubah mesti ada sebab.."

"Dia berubah sebab dia dah mula rasa tamak!"

"Jaga mulut kau Wiena"

"Apa? Kau nak backup dia ke, Rafiq?!"

"Dia kawan kita, Wiena"

"Kawan tak akan makan kawan! Kawan sebenar tak akan tikam belakang kawan dia sendiri!"

"Sabar kak Wiena" pujuk Aaira lembut. Diusap belakang gadis itu perlahan. Cuba menenangkan sahabat suaminya itu.

"Jangan lepaskan amarah kau dekat situasi Danyel sekarang. Apa yang Mellysa buat dekat kau tu, hal kau. Tak ada kena mengena langsung dengan hal ni"

"Hal kau juga sebab kau pun suka dia kan?!" tanya Wiena kuat. Mencerun matanya memanah mata Rafiq yang sudah mula tegang.

"Kalau aku suka dia pun, apa masalah kau?"

"Masalahnya aku yang suka kau dulu! Semua dia nak suka! Danish dia nak! Kau dia nak! Sekarang Danyel pun dia nak!"

Wiena bagaikan tak percaya. Hatinya terasa sakit ketika itu. Sedangkan Mellysa sudah tau yang hatinya jatuh pada Rafiq. Sedangkan dia tahu yang Danyel suami Nara. Apa yang dia tak puas hati?

Rafiq terdiam. Tetapi matanya masih memandang ke wajah Wiena.

"Kau tahu apa yang Mellysa buat pada aku? Kau tahu tak yang aku malu?! Aku malu dengan kau! Malu dengan semua orang! Aku malu bila orang cakap aku ni terhegeh-hegeh! Aku tebalkan muka untuk hadap kau hari-hari. Tapi kau sikit pun tak nampak, sikit pun tak kisah kan?!

"Wiena.."

"Aku suka kau! Kau anggap hati aku apa?! Kau backup lah Mellysa tu! Jangan anggap aku kawan kau dah! Anggap je aku ni tak ada perasaan, anggap je aku ni tak wujud dalam hati kau.."

"Tak pun, kau anggap je aku dah mati"

"Astaghfirullahalazim, Firyal Zafwiena!"

Tangan Wiena tak sempat ditahan apabila gadis itu terus meluru keluar dari rumah. Auni terus bangun. Mahu menenangkan gadis itu. Faham Wiena mungkin dibawa perasaan sendiri. Aaira peluk Aaliya yang mula mengeluarkan tangisan. Terkejut mungkin bila semua sudah menengking. Fahd terkebil-kebil di pangkuan Asyraff. Buntang matanya melihat semua orang.

"Rafiq" tekan Asyraff.

"Sorry" Rafiq mengeluh panjang sebelum kedua tangan meraup wajah. Rasa bersalah mula hadir bila lihat wajah sedih Wiena tadi.

Tengku Danish terus bangun bila tengok anak gadisnya masih tak berhenti menangis. Aaira turut bangun sambil menenangkan Aaliya sebelum beralih ke dukungan Tengku Danish pula. Sepupunya yang masih menunduk sedari tadi dipandang.

"Danyel.. aku pinjam bilik bawah sekejap"

Danyel terus angkat kepala. Wajahnya berkerut sedikit. Buat beberapa detik barulah dia angguk membenarkan.

Tengku Danish terus tarik tangan Aaira ke arah sebuah bilik berdekatan dengan ruang makan. Aaliya di dukungan masih teresak kecil. Sempat dipesan pada Asyraff untuk menjaga si kecil Fahd sekejap.

Pintu bilik ditolak ke dalam. Aaira terus ditarik duduk ke birai katil. Aaliya diletakkan di atas pangkuan Aaira.

"Sayang susukan Aaliya dekat sini. Nanti abang ambil Fahd. Sayang tak payah fikir apa-apa. Layan anak-anak je" Diusap kepala isterinya yang berbalut tudung. Aaira jatuhkan kepala. Mata terpejam sedikit apabila Tengku Danish mengucup dahinya Jun sesaat.

"Abang keluar kejap ye" tutur Tengku Danish lagi selepas melepaskan kucupannya. Aaira angguk. Mata mengikut langkah si suami sehinggalah hilang dari pandangan mata.

Aaira tunduk melihat ke wajah anak daranya. Tangisan sudah terhenti. Basah kedua-dua pipi tembam itu dengan air mata. Aaira jatuhkan bibir di situ.

"Aaliya dah besar nanti, kalau ada apa-apa masalah tolong cerita dekat mummy ye?"

-Wafa Ariffin -
ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

33.7K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
374K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
54.9K 3.6K 41
Ian Fayyaz šŸ¤ Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...
41.7K 1.7K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...