ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 48

2.1K 186 4
By WafaAriffin

BUNYI monitor mengisi ruangan bilik itu. Sekujur tubuh yang kaku terbaring di atas katil dipandang bersama sepasang mata yang sudah merah menahan air mata. Tengku Danish menolak kerusi roda yang diduduki Aaira merapati katil.

Wajah pucat Zein dipandang lama sebelum empangan air mata pecah tanpa sempat ditahan. Kedua tangan kecilnya mencengkam kuat cadar putih yang tersarung pada tilam hospital itu.

"Saya mintak maaf.." Aaira menarik nafas dalam. Dibiarkan saja bahunya diusap tangan suaminya lembut. Memberi amaran untuk tidak mengeluarkan air mata. Kepala ditundukkan lalu belakang tangan naik mengesat pipi yang basah. Hingus ditarik kuat. Kemudian barulah dia memandang Zein semula.

Kaku tidak bergerak bersama mata yang terpejam rapat. Zein yang suka mengusik dan tak reti duduk diam kini sudah terbaring dalam lenanya.

"Saya mintak maaf. Awak lebih teruk dari saya. Diorang nak bunuh saya, tapi awak yang jadi mangsa–"

"Aaira" tekan Tengku Danish. Tegas nadanya menegur si isteri. Aaira tersengih saja. Entah apa dosanya, sehinggakan di luar sana ada orang yang berniat jahat padanya. Bahkan, dia yakin, kes kebakaran di pusat sukan Auni juga melibatkan dirinya.

"Betullah tu.. ada orang nak bunuh saya. Mesti sekarang orang tu marah bila dapat tahu yang saya masih hidup, kan?"

"Aairaa"

"Saya takut. Saya tak nak kena bunuh. Saya cuma nak pergi dalam keadaan tenang, dalam keadaan bahagia di sisi abang. Saya tak nak mati lagi. Abang jangan tinggal saya sorang-sorang. Saya nak abang ada.." rintih Aaira perlahan bersama esakan yang terasa semakin kuat. Dada di cengkam lalu ditumbuk kecil menahan perih di hati. Sesuatu mencucuk di situ sehinggakan nafasnya terasa pendek.

Tengku Danish ketap gigi seraya membawa pandangan ke arah lain. Sakit mendengar rintihan isterinya itu. Dia menarik nafas dalam sebelum beralih ke hadapan Aaira lalu turun melutut. Tangan halus isterinya dicapai lalu digenggam erat. Dilabuhkan satu kucupan di telapak tangan Aaira.

"Abang tak akan tinggalkan Aaira sorang-sorang. Abang janji.. abang akan sentiasa ada di sisi Aaira. Abang sayangkan Aaira, cintakan Aaira. Misalnya, umur kita tak panjang. Abang harapkan kita pergi sama-sama. Abang akan teman Aaira, okey? Dah dah.. jangan menangis macam ni" pujuk Tengku Danish lembut. Tangan naik menyentuh pipi isterinya lalu diusap lembut. Tak kisah tangannya dicemari mutiara jernih itu, asalkan pipi itu bersih tanpa sebarang air mata.

Aaira mencebikkan bibir. Terharu mendengar pujukan si suami. Kedua belah tangan bergerak dan melekap lembut pada pipi si suami. Tanpa sebarang bicara, Aaira tunduk sedikit sebelum bibirnya mula menyentuh dahi Tengku Danish. Dikucup penuh rasa cinta. Mahu menyalurkan rasa berterima kasihnya di situ.

Dalam diam, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari cermin pintu. Zayn meraupkan wajahnya lalu menghembus nafas berat. Matanya merah akibat tak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Serentak jari telunjuk dan ibu jari naik menekan hujung mata. Dia sudah penat malayan perasaan sedihnya itu.

Sekarang separuh jiwanya sedang lena, tanpa ada tanda-tanda akan bangkit seperti sedia kala. Sedaya-upaya dia cuba untuk cekalkan hati bila berhadapan dengan isteri majikannya sebentar tadi. Sedaya-upaya disembunyikan garisan sedih pada wajahnya agar tidak membiarkan Puan Aaira terus berasa bersalah pada dia dan Zein.

Dia sepatutnya perlu terima semua ini dengan hati yang terbuka. Allah tak tidur. Allah turunkan ujian ini bersebab.

AAIRA diam melihat makanan yang terhidang di hadapannya. Nafas dihela panjang. Makanan hospital lagi. Sejak berkahwin dengan Tengku Danish, sudah beberapa kali dia ditahan wad. Tanpa rela jugalah dia masukkan makanan hospital ke dalam mulut, tetapi sekarang dia sudah muak. Tengok saja pun dia sudah tidak sudi.

Tengku Danish melihat Aaira yang menunduk sedari tadi. Kain selimut di kaki Aaira dibetulkan lalu mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Kenapa tak makan?" Dia bertanya lembut. Tangan kiri naik mengusap kepala Aaira.

"Tak nak makan ni. Tak sedap" balas Aaira cukup perlahan. Dia meramas jemarinya sendiri.

Tengku Danish tersenyum nipis.

"Aaira nak makan apa? Abang boleh minta Uwaiz belikan" soalnya. Tangan kecil isterinya digenggam lembut.

"Aaira nak burger.." balas Aaira kecil. Tengku Danish kelip mata sambil mengerutkan kening. Cuba menangkap bait perkataan yang keluar dari celah bibir itu.

"Aaira nak burger?" tanya Tengku Danish buat kali kedua untuk kepastian. Aaira angguk kecil tanpa mengangkat wajahnya memandang Tengku Danish. Tangan besar yang menggenggam tangan kecilnya direnung. Tengku Danish angguk. Telefon bimbit miliknya terus disauk keluar dari poket seluar. Sedang sibuk Tengku Danish menghantar pesanan pada Uwaiz, Aaira membuka genggaman tangan suaminya. Memperlihatkan telapak tangan besar Tengku Danish di ruangan mata.

Hujung jemari telunjuk mula melukis halus di situ. Bentuk love, huruf A dan bermacam lagi dia lakarkan di situ walaupun tidak meninggalkan kesan. Selepas itu, dia lekapkan telepak tangannya pada telapak tangan Tengku Danish. Sangat jelas perbezaan saiz tangan mereka. Mengingatkan detik-detik di mana tangan halusnya berada di dalam genggaman si suami, membuatkan dirinya terasa sangat kecil dan sangat dilindungi oleh Tengku Danish. Dakapan hangatnya juga membuatkan hatinya senang.

Tengku Danish senyum saja melihat tingkah isterinya. Entah apa yang menarik dengan tangannya sampai dibelek-belek begitu sekali.

Keadaan menjadi sepi apabila kedua-duanya tidak mengeluarkan suara. Aaira sibuk bermain dengan jemari Tengku Danish sampaikan tidak sedar yang perilakunya diperhatikan sedari tadi.

Tengku Danish ukir senyuman nipis. Selepas sahaja Aaira melawat Zein di ICU, mereka menerima ramai tetamu yang datang untuk melawat isterinya itu. Daripada keluarga besarnya, kemudian keluarga Tengku Farid dan berakhir dengan rakan-rakannya.

Dia bersyukur emosi isterinya bertambah baik walaupun senyuman Aaira tidak seperti dulu lagi. Tingkahnya juga banyak berubah sehinggakan dia berfikir sikap Aaira yang banyak mulut berpindah padanya pula. Aaira lebih banyak termenung dan mendiamkan diri berbanding dia yang asyik bertanya itu ini pada isterinya itu.

Tak apalah..

"Abang nak pergi tandas sekejap" Tangan lelaki itu dilepaskan. Aaira pandang Tengku Danish sehingga hilang daripada pandangan mata. Kemudian, matanya bergerak ke arah gajet nipis di atas meja kecil di sebelah katil yang didiaminya. Berkira-kira mahu mengambil benda itu ataupun tidak. 

Tapi dia nak main game.

Hmm..

Ambil sajalah! Terus dicapai gajet milik suaminya. Sedang sibuk menilik skrin, pintu bilik wad yang didiaminya tiba-tiba diterjah kuat dari luar. Kepala terangkat laju lalu sepasang matanya membulat besar.

Syira!

"Aaira Hessa Ahmad Saifuddin!" Jerit Syira kuat sambil bercekak pinggang. Serius wajahnya menatap wajah tercengang milik Aaira. Tanpa mengendahkan Taufiq di belakangnya, dia pantas berjalan menghampiri wanita itu.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Aaira gugup. Jantungnya berdegup laju. Syira merengus kasar.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau accident?" Syira menyoal garang.

"Macam mana kau boleh tahu?" Membuntang mata Syira mendengar soalan itu.

"Kau memang berniat tak nak bagitahu aku, Aaira?!" Ditekankan intonasi suaranya. Aaira yang tersengih kecil dihadapannya dipandang tajam. Nak tercabut jantungnya di tadi bila dapat tahu sahabatnya ini kemalangan. Lagi teruk, dia tahu perkara ini tiga hari selepas kejadian berlaku. Tiba-tiba dia rasa macam kawan yang tidak berguna.

Kalau bukan sebab Tengku Danish yang beritahu pagi tadi, memang sampai kesudah dia tak tahu benda ni.

Aaira tersenyum hambar.

"Maaflah.. aku tak nak kau tahu" tuturnya perlahan. Kedua belah tangan mencengkam kain selimut yang menutupi kakinya.

Taufiq terus cuit lengan Syira. Menegur gadis itu dalam diam. Tak mahu Syira terus menekan Aaira dalam situasi sekarang ini.

Syira hela nafas panjang. Bibir tersebik sedih. Pantas dipeluk tubuh kecil Aaira masuk ke dalam pelukan.

Tengku Danish yang baru saja keluar dari tandas terus merapati mereka. Kain kecil yang dia gunakan untuk lap tangan yang basah dimasukkan semula ke dalam poket seluar. Senyum tipis diukir saat menyambut huluran tangan Taufiq. Kemudian, pandangan matanya teralih pada Aaira. Ternyata isterinya itu sedang menatap ke arahnya. Senyuman manis dilorek.

"Janganlah sorokkan benda penting macam ni daripada aku. Aku terkejut tahu tak? Aku rasa macam kawan tak berguna" ujar Syira perlahan. Aaira senyum nipis. Belakang gadis itu ditepuk perlahan.

"Sorry"

"Hmm.. ni kau okey tak? Cedera teruk ke?" tanya Syira seraya melepaskan pelukan. Tubuh kecil itu dibelek-belek. Aaira diam buat beberapa detik.

"Aku.."

"Aku lumpuh"

Serta merta tingkah Syira tadi terhenti mendadak. Keadaan menjadi sunyi sepi. Aaira diam melihat reaksi daripada Syira. Kain cadar di sisinya dicengkam kuat.

Pelupuk mata Syira mula penuh dengan mutiara jernih. Kaki sahabatnya yang ditutupi selimut dipandang lama sebelum berkalih ke wajah Aaira.

"Aaira.. kau okey?" Syira bertanya perlahan. Dia tahu soalan yang dia lontarkan itu soalan yang bodoh. Terang-terang dihadapan matanya yang Aaira nampak sangat tidak okey. Wajahnya pucat dan matanya turut sembap. Turut ada lingkaran hitam di bawah mata itu seperti tidak punya masa tidur yang cukup.

Dia tak tahu bagaimana mahu mengeluarkan butir bicara. Terlalu terkejut dengan apa yang dia dengari tadi sehingga membuatkan akal fikirannya turut lagging tersangat lama.

Melihat ada perubahan di wajah Aaira, lantas dia mampir memeluk tubuh kecil itu buat kali kedua. Aaira terpempan sebelum air matanya mengalir lesu di pipi.

Sangkanya Syira akan memandang negatif terhadapnya. Tetapi saat ini, dia berada di dalam pelukan gadis itu lagi. Aaira tersenyum hiba. Kedua belah tangan naik membalas pelukan itu. Sepasang mata suaminya dicari. Saat pandangan mereka bertembung, senyuman lebar diukir.

Disambut lembut oleh Tengku Danish. Lelaki itu tumpang gembira melihat isterinya itu. Perubahan yang baik. Tak sia-sia dia panggil Syira ke sini.

Do vote and comment –

Hye kesayangan semua.. semangkuk kemaafan saya tadahkan buat pembaca setia Danish dan Aaira <33 Late night update saya hadiahkan sebagai tanda cinta dan maaf saya pada kamu semua, muahh!! Thanks for reading!

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 64.6K 62
ā„•š•’š•šš•š•’š•™ š•š•’š•Ÿš•Ÿš•’š•™ š•ƒš•–š•—š•„š•–š•Ÿš•’š•Ÿ š•‚š• š•žš•’š•Ÿš••š•–š•£ š•Œš•„š•™š•žš•’š•Ÿ š”½š•šš•£š••š•’š•¦š•¤ š‘²š’‚š’“š’šš’‚ š’Šš’š’Š š’‰š’‚š’š’šš’‚š’š’‚š’‰ š’“š’†š’Œš’‚š’‚š’ š’…š’‚š’ š’‰š’‚š’”ļæ½...
3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
596K 22.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
289K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...