ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 46

2.9K 232 15
By WafaAriffin

BOTOL minyak bersaiz besar dikeluarkan dari tempat duduk belakang. Terkial-kial dia bawa sehingga tiba di belakang dewan badminton. Mudah dia nak masuk ke dalam pusat sukan ini bila Auni pernah mengadu yang pagar belakang pusat sukan sudah berlubang. Jadi, itu merupakan kesempatannya untuk meneruskan agendanya.

Deruan nafas menjadi lebih kasar setelah habis saja mengangkat kesemua botol minyak ke dalam pusat sukan. Face mask hitam yang menutupi separuh wajahnya dibetulkan. Topi turut ditarik ke bawah sedikit. Penutup kepala dibetulkan.

Saat tubuh menegak, mata terus melihat ke segenap luar dewan itu yang diterangi lampu dinding. Dia akan mulakan dari dewan ini. Segala memori yang dia ciptakan bersama kawan-kawannya sudah disekat dengan wajah penuh kebencian Auni dan Wiena. Berombak kuat dadanya menahan rasa geram di hati.

Tak mahu membuang banyak masa, dia terus bergerak melakukan kerjanya. Segenap dewan disimbah dengan minyak. Tak ketinggalakan dewan dan gelanggang futsal yang berdekatan dengan dewan badminton. Setelah itu, barulah dia berhenti. Tangan menyeluk saku, mengeluarkan pemetik api yang baru dibelinya lalu dinyalakan. Buat seketika, tangan menggigil. Air mata bertakung di pelupuk mata tetapi bibir menarik senyuman lebar.

Dadanya terasa sakit. Tetapi hatinya lebih sakit.

Maafkan aku, Auni.

Serentak itu, pemetik api dicampak ke permakanan lantai yang dipenuhi dengan minyak. Api yang mula merebak ke serata tempat dipandang dengan pandangan kosong. Sudah tiada rasa apa di hatinya lagi ketika itu. Seolah-seolah hatinya sudah direntap keluar meninggalkan ruangan yang kosong tidak terisi.

Kaki dan tangan bergerak sendiri ke sini. Akal fikiran bagai dikawal. Dia tak tahu apa yang dia lakukan. Yang dia tahu sekarang cuma mahu memuaskan hati sendiri. Ni

Jauh dari tempatnya berdiri, ada beberapa pasang mata melihat cahaya api yang sudah marak. Bibir melorek senyuman lebar melihat susuk tubuh yang sudah terduduk di atas tanah.

"Wow! I'm speechless" tuturnya perlahan. Dia belum sempat buat kerja, tapi dah ada orang lain yang tolong selesaikan.

"Macam mana boss? Nak kitorang hentikan dia?" tanya salah seorang lelaki bertubuh besar di belakang. Orang itu menggeleng.

"No. Biarkan saja. Aku tak nak ganggu dia nikmati pemandangan di hadapan dia tu. Radeen! Ambik gambar dia. Ambik je banyak-banyak. Kita tunggu dalam beberapa minit" balasnya mendatar. Radeen yang dipanggil tadi terus angguk akur. Gajet nipis di dalam poket seluar dikeluarkan.

"Great Mellysa! Benda tu dah sebati dalam diri kau, ye? Dear.. bertahan sedikit je. Habis je semua ni berakhir, aku akan hantar kau ke tempat yang telah dijanjikan"

AAIRA menolak pintu 7Eleven ke luar. Dia melihat makanan yang dia beli di dalam plastik. Zein yang menunggu di luar kedai terus membuntuti langkah isteri majikannya. Pintu kereta belakang dibuka. Aaira masuk ke dalam kereta tanpa melihat ke arah Zein. Satu jenis aiskrim diambil dari dalam plastik.

Zein yang baru saja mahu menutup pintu terus terhenti tatkala bungkusan aiskrim berwarna coklat muncul dihadapan wajahnya. Terkejut dia dibuatnya.

"Apa ni, puan?"

"Aiskrim lah! Takkan awak tak kenal aiskrim?"

"Saya tahu.."

"Saya bagi awak. Ambiklah" Aiskrim dihulur lagi. Zein melakar senyuman di bibir seraya menyambutnya. Kepala dijatuhkan sedikit.

"Terima kasih, Puan Aaira" ucapnya perlahan. Aaira membalas dengan senyuman. Pintu ditutup rapat lalu Zein berlari anak ke tempat pemandu. Aiskrim dikepit pada mulut ketika mahu menghidupkan enjin kereta dan aircond.

"Puan ada nak pergi mana-mana lagi ke?" soalnya sambil membuka plastik aiskrim. Mata melihat ke arah cermin pandang belakang. Aaira yang sedang menggigit aiskrim Magnum terus menyengetkan kepala sedikit. Wajah beriak seperti sedang berfikir.

"Erm.. rasanya tak ada. Kita baliklah! Ambik kembar dekat villa dulu" balas Aaira. Zein angguk mengerti. Kereta terus dipandu keluar dari kotak parking lalu menderu laju ke jalan raya.

Earpiece di telinga kanannya dibetulkan sambil sebelah tangan kekal di stereng. Batang aiskrim dikepit dengan jari telunjuk dan ibu jari. Setelah itu, barulah dia santai menikmati aiskrim coklat itu.

Aaira membuka telefon bimbitnya. Video si kembar dibuka. Tersenyum-senyum dia melihat telatah si kembar. Sudah mula mahu merangkak. Cepat sungguh anak-anaknya membesar.

"Zein"

"Ye, puan?" Terus dilepaskan aiskrim daripada celah bibir. Wajah isteri majikannya dilihat sekilas melalui cermin pandang belakang.

"Terima kasih ye.. sebab sudi jadi bodyguard saya" ucap Aaira bersama senyuman manis. Ikhlas. Zein kerutkan kening lalu melepaskan tawa kecil.

"Apa pula begitu, puan Aaira? Sepatutnya saya yang ucap terima kasih sebab sudi terima saya sebagai bodyguard puan. Lepastu.. saya nak ucap terima kasih juga sebab dah ubah Tengku Danish. Dulu.. dia tak macam sekarang. Saya bersyukurlah juga, even muka beku tu still ada, tapi dia dah boleh senyum dengan pekerja sendiri. Tidaklah seseram dulu. Saya kerja dengan dia pun rasa nak terkencing sepanjang masa" Zein tergelak kecil selepas itu. Aaira turut tertawa.

Entahlah, dia tak tahu macam mana perwatakan suaminya dulu. Baginya, tak ada lah seram mana. Kecuali waktu pertama kali dia berjumpa dengan Tengku Danish di pasar. Memang ada rasa nak terkencing juga bila tengok muka garang itu.

"Awak dah ada girlfriend ke, Zein?" Tanya Aaira. Nak tahu juga. Takkanlah wajah yang tampan itu tidak mampu pikat anak dara orang? Kan?

Zein gelengkan kepala.

"Saya tak ada masa lah nak cari girlfriend. Saya nak fokus dulu dengan kerja. Nak ada lebih banyak masa dengan Zayn. Kalau saya ada girlfriend, mesti saya asyik dating je, kan? Mana tahu, nanti saya berpisah dengan dia ke? Atau saya yang pergi dulu?"

"Ishh.. apa cakap macam tu?" tegur Aaira. Zein senyum.

Gambar si kembar dilihat semula. Sedang dia sibuk swipe ke gambar lain. Tiba-tiba kereta yang mereka naiki tersentak ke depan. Aaira terjerit kuat. Telefon bimbit sudah tercampak ke bawah seat. Wajah Zein mula tegang. Tajam matanya melihat cermin sisi sambil mengawal stereng.

Ada dua buah kereta Hilux di belakang. Zein mencarut di dalam hati. Cepat-cepat dia capai gajet nipis miliknya di atas dashboard kereta.

"Kenapa ni, Zein?" Bergetar nada suara Aaira bertanya. Dia memandang ke belakang sebelum matanya membuntang melihat sebuah Hilux laju menderu ke arah kereta mereka.

"Zein!!"

Bam!!

"Shit! Jawablah gila!" Jerit Zein kuat apabila semua panggilannya tidak berjawab. Terus dicampak telefon ke tepi. Pedal minyak ditekan habis membiarkan kelajuan bertambah laju. Kereta di hadapan dipotong. Mata lincah bergerak mencari laluan.

"Puan! Loket dekat rantai! Pecahkan loket tu!" arah Zein tegas. Aaira tercengang. Pecahkan? Ini rantai pemberian suaminya.

"Tapi–"

"Tak ada banyak masa lagi, puan! Pecahkan sekarang! Itu saja jalan yang ada!"

Aaira tarik rantai dilehernya kuat. Loket kecil itu ditilik sebelum dia tersedar sesuatu. Cepat-cepat dia mencari telefon bimbit miliknya di bawah seat. Dapat saja, terus dia hentak hujung gajet nipis itu ke loket. Berkali-kali sehinggalah pecah. Aaira lepaskan telefon bimbit ke bawah. Lantas loket yang sudah hancur itu dilihat. Ada kelipan merah di dalamnya.

Allah! Abang..

Air mata mengalir deras bersama keringat di wajah. Digenggam loket itu sambil melihat ke arah Zein di hadapan.

Bum!!

"Jangan langgar-langgarlah bodoh! Tak ada otak ke, shibal?!" Amuk Zein kuat. Bunyi hon dari kereta lain diabaikan. Sekarang, nyawa Aaira lebih penting. Stereng dipusing laju.

Aaira memejam mata apabila Zein terus membelok tajam. Bunyi geseran tayar menusuk ke telinga. Kereta-kereta dari arah bertentangan mereka berhenti mengejut, mengelak daripada dilanggar kereta yang dipandu Zein. Sebuah Hilux yang tak sempat membelok terus melanggar beberapa buah kereta di hadapan.

Stereng digenggam erat. Dadanya berdegup laju. Entah kenapa dia rasa takut yang amat.  Wajah berpeluh Aaira dilihat sekilas. Ya Allah.. apa yang dia boleh buat sekarang? Senjata tiada bersamanya.

Bam!

Kereta mula hilang kawalan apabila dirempuh dari arah kanan. Nafas Zein terhenti mendadak.

Allah!

Mata Aaira terpejam rapat saat kereta mereka mula melambung tinggi selepas melanggar divider jalan. Masa terasa bergerak dengan lambat. Saat telinganya disapa satu bisikan, kereta terhempas kuat ke permukaan jalan. Bunyi geseran kereta kedengaran.

Telinga berdesing panjang. Aaira membuka mata sebelum wajahnya berkerut sakit tatkala terasa sakit dibahagian kakinya. Erangan mula terpacul keluar bersama kepala yang berdenyut kuat. Drastik tangannya naik menyentuh kepala yang sudah basah dengan cecair merah. Mata terkelip-kelip melihat ke bawah. Kakinya tersepit! Sesaat selepas itu, Aaira tersedar. Dia terus toleh ke tempat pemandu. Anak mata bergetar takut melihat kepala yang terkulai di depan.

"Zein.." panggilnya lemah. Samar-samar dia melihat bahagian pemandu. Tubuh kaku itu dipandang.

"Zein!" Panggil Aaira lagi. Tangan menolak seat hadapan yang menghimpit separuh tubuhnya. Malangnya tenaga sudah tiada tersisa. Tangan cuba menyentuh bahu lelaki itu. Suara orang ramai di luar kedengaran. Aaira aturkan nafas bila merasakan dadanya terasa sempit. Kakinya juga rasa sakit yang teramat sangat.

"To–Tolong!" Suara cuba dikuatkan. Air mata semakin lebat. Aaira bawa tangannya ke luar tingkap kereta yang sudah berlubang pecah. Dilambai sedikit meminta bantuan. Mata berbalam-balam menahan sakit di kepala.

Semakin lama, pergerakannya terhenti. Mata menggelap dengan sendirinya. Suara-suara tadi semakin hampir, tetapi dia tak mampu lagi untuk bertahan.

KAKI  menapak laju ke ruang menunggu. Nafas menderu kuat menahan rasa takut dan debar di dada. Uwaiz setia mengikut di belakang. Nurse yang tergesa-gesa keluar dari sebuah bilik pembedahan ditahannya.

"Isteri saya?"

"Maaf tengku, kami sedang usaha lagi" tutur nurse itu laju sebelum berlari ke sebuah bilik.

Tengku Danish tegak berdiri di situ. Uwaiz menapak perlahan. Zayn berada di tempat lain. Menunggu adik kembarnya di luar bilik pembedahan. Mesyuarat yang berlangsung tadi terus dibatalkan saat telefon bimbit milik semua bodyguard termasuk milik Tengku Danish berbunyi nyaring. Bermaksud loket yang dipakai Aaira telah pun pecah.

Orang pertama yang berlari keluar ialah Tengku Danish. Tanpa mengeluarkan sebarang arahan. Akhirnya, Zayn yang menyuruh mereka semua bertindak. Pekerja-pekerja yang masih ada di dalam bilik mesyuarat terkulat-kulat melihat kekalutan orang atasan mereka sehinggalah Hairy memberi arahan kepada mereka untuk segera mengemas barang dan beredar dari bilik mesyuarat.

Tengku Danish tahu yang Hairy boleh uruskan semuanya. Jadi, dia tinggalkan saja semua kerjanya dahulu. Yang lebih penting ialah isterinya!

"Tengku" panggil Uwaiz perlahan. Menyedarkan Tengku Danish yang diam terkaku melihat pintu bilik pembedahan di hadapan. Kepala dipusing.

"H–Hah?" Pertama kali dalam hidup Uwaiz melihat riak wajah yang tak pernah dia lihat. Cepat-cepat dia tarik lengan majikannya ke arah kerusi. Ditolak tubuh itu untuk duduk tenangkan diri. Telefon bimbit dikeluarkan.

Tengku Danish meraup wajahnya. Gigi terketap rapat menahan rasa. Jantung berdetak hebat melihat keadaan kereta yang dinaiki Aaira dan Zein tadi. Sekarang, kedua-duanya cedera parah. Apa yang dia boleh buat sekarang?

Hahh..

Kepala terdengok ke atas seraya menyandarkan tubuhnya. Kalimah Allah meniti di bibir. Sedar yang Allah ada bersamanya. Sentiasa. Tak kira masa dan di mana jua, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar. Doa banyak-banyak supaya pembedahan bagi kedua-dua insan terpentingnya berjalan dengan lancar. Doa banyak-banyak supaya urusan mereka yang sedang berjuang di dalam dipermudahkan.

Mahu menangis atau meratap sekalipun, tidak akan membuahkan hasil. Dada dicengkam dengan mata terpejam rapat.

Ya Allah.. kuatkanlah mereka. Kuatkan Zein. Kuatkan aku dan kuatkanlah isteriku di sana.

"Along.. anak ummi"

Spontan Tengku Danish celik mata. Dia memandang susuk tubuh wanita yang sudah berada di hadapannya. Terasa kepala diusap lembut, serentak menghasilkan senyuman nipis di bibir.

"Along.."

"Ummi.." Suara bergetar tak dapat dikawal. Wajah disembam ke perut wanita bergelar ibu. Mahu sorokkan wajah sedihnya. Mahu simpan tangisan di situ. Diluahkan semua di situ. Sedar tak sedar, air mata mula berlinangan membasahi pipi yang sudah lama tidak menyapa permata berharga itu. Esakan kecil kedengaran. Uwaiz ketap rahang melihatnya sebelum beralih ke arah lain. Tangan menggenggam penumbuk.

Tengku Farid, Darwisy dan si kembar yang turut ada di situ terus terdiam.

"Shh.. jangan nangis, sayang. Anak ummi kena kuat. Kena kuat untuk isteri along di dalam sana. Kalau suami dia ni rapuh begini, bagaimana isteri mahu berjuang untuk teruskan hidup?" pujuk Tengku Seri lembut. Pelupuk matany juga sudah dibanjiri air mata. Hati ibu mana yang tidak sakit melihat anak sendiri menjadi lemah begini.

Susah hatinya memikirkan si anak. Semasa dalam perjalanan ke hospital saja sudah buat hatinya tidak tenteram.

"Along takut.. ummi" tutur Tengku Danish perlahan. Tubuh ummi dipeluk erat.

"Jangan begini, sayang..." Belakang tubuh anaknya diusap bersama linangan air mata. Tengku Danish ketap rahang. Sakit di dada tidak tertahan sehingga dia terasa sentuhan lembut di kakinya.

"Pa.. pa!" Jerit satu suara kecil. Tengku Danish terus jauhkan wajah dari Tengku Seri. Dengan wajah yang basah, dia memandang ke bawah.

Fahd memaut kaki si ayah kuat. Ditepuk-tepuk kecil. Aaliya yang melihat dari dukungan Darwisy turut meminta melepaskan diri. Laju dia merangkak menghampiri ayah dan abangnya.

"Paaa!!!" Panggil Aaliya nyaring bersama senyuman lebar.

Tengku Danish turut menggaris senyuman. Tubuh anak kembarnya diangkat dengam bantuan Tengku Seri. Didudukkan di atas ribanya. Fahd dan Aaliya mendongak melihat wajah basah si ayah sebelum Aaliya angkat tangan menepuk pipi Tengku Danish berkali-kali.

"Pa! Pa! Pa!" Tuturnya seiring dengan tepukan pada pipi itu. Tersenyum mereka di situ melihat teletah si kembar. Fahd tersenyum lebar. Ditepuk kuat dada Tengku Danish. Mengikut kelakuan si adik.

"Cucu tokmi pandai ye pujuk daddy diorang ni" usik Tengku Seri lalu mencubit pipi cucu kembarnya. Kuat si kembar gelak apabila diperlakukan begitu.

Tengku Faid dan Tengku Faiq berdiam diri. Memberi ruang kepada si abang sulung, walaupun mereka tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Tengku Danish terus peluk anak kembarnya. Erat! Bibir turut berlabuh di pipi tembam Fahd dan Aaliya. Menghirup wangian di situ.  Barulah dia berasa tenang sedikit.

– Wafa Ariffin –
ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

643K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
90.6K 4.6K 57
2.0 ā’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
50.7K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
152K 9.9K 32
Adam Hirdy | Azalea