ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 49

2.9K 204 8
By WafaAriffin

PINTU wad ditolak ke dalam. Mata melilau ke dalam bilik yang gelap itu bersama kerutan di hujung kening. Dipandang lama katil yang kosong tidak berpenghuni. Lantas, kaki diangkat ke sekitar bilik itu. Mencari sosok si isteri merata tempat.

Nafas dihela kasar sebelum telefon bimbit yang tersimpan di kocek seluar dikeluarkan. Pantas dihubungi Uwaiz yang bertanggungjawab untuk menjaga Aaira.

"Tengku–"

"Isteri aku mana?" soal Tengku Danish keras. Dia melangkah laju keluar dari bilik itu sedang tangan menggenggam erat gajet nipis di telinga.

Orang di dalam talian itu senyap buat seketika sebelum menjawab. "Puan Aaira ada dekat taman–"

Tutt–

Langsung saja diputuskan talian sebelum pekerjanya itu sempat menghabiskan ayat. Langkah kaki semakin dilajukan. Tuhan saja tahu selaju mana jantung dia berdegup. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap.

Saat kaki sudah menjejak kawasab taman di hospital itu, mata terus melekat pada seseorang yang sedang duduk di atas bangku. Di bawah pokok rendang dan membelakangi dia.

Nafas kasar dikawal sebaik mungkin. Tanpa apa-apa dia terus berjalan menghormati sosok itu. Sempat diberi isyarat pada Uwaiz untuk meninggalkan mereka berdua di situ.

"Aaira" serunya lembut. Dia nampak Aaira pusing sedikit ke arahnya sebelum kembali memandang ke hadapan. Merenung tembok batu di sekeliling taman tersebut. Riak wajah kosong tanpa senyuman.

"Aaira buat apa dekat sini? Kenapa tak rehat dekat bilik?" tanya Tengku Danish. Dilabuhkan duduk di ruangan kosong disebelah Aaira. Kehadirannya langsung tidak membuat Aaira berkutik.

"Aaira–"

"Kenapa cari saya?"

Tengku Danish terdiam. Sisi wajah Aaira dipandang lama.

"Sebab.. sebab Aaira isteri abang"

"Saya bukan isteri abang! Saya tak nak jadi isteri abang!"

"Apa yang Aaira cakapkan ni?"

"Saya cacat!" Serentak itu, Aaira berpaling ke tepi. Memandang tajam ke arah suaminya.

Dada Aaira turun naik melepaskan nafas kasar. Tajam matanya merenung ke arah mata milik Tengku Danish. Takungan air dipelupuk mata dibiarkan pecah membasahi pipi. Kedua belah tangan tergenggam erat saat melihat seraut wajah Tengku Danish yang terkejut mendengar jeritannya tadi. Rasa bersalah mula menghantui tetapi entah kenapa rasa amarah lebih menguasai diri.

Tengku Danish kawal pernafasannya. Saliva ditelan kelat. "Aaira selamanya isteri abang. Bidadari abang. Anugerah yang Allah beri pada abang. Seburuk mana pun Aaira fikir pasal diri Aaira, akan tetap sempurna pada mata abang"

"Tipu.. awak tipu saya" lirih Aaira perlahan.

"Abang tak tipu.."

"Saya nak cerai" Gugur jantung Tengku Danish saat mendengar tiga aksara yang meluncur keluar dari bibir Aaira. Wajah terus menegang.

"Apa ni Aaira?"

"Saya nak cerai!!"

"No! This is not you. Abang boleh tunaikan semua, but not this. Abang tak nak" tutur Tengku Danish sedikit kuat.

Aaira tunduk memandang ke arah kakinya.

"Kalau saya sendiri tak boleh nak terima keadaan saya sekarang, apatah lagi awak, kan?"

Aaira langsung tak melihat ke wajah suaminya. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

"Ceraikan saya" Air mata yang ditahan daripada kembali mencemari pipi sedari tadi akhirnya jatuh berderai membasahi pipi.

Tubuh Tengku Danish mengeras. Langsung tak ada satu pun bait perkataan yang keluar dari celah bibir. Rasa takut yang menghentam dadanya membuatkan dia hilang keupayaan untuk berfikir dengan baik.

"Aaira benci.." tutur Aaira kecil.

"Aaira benci macam ni. Saat Aaira hampir sempurna menjadi orang yang berguna, tiba-tiba takdir kembali jatuhkan Aaira begini. Aaira benci dengan takdir!"

"Aaira, jangan salahkan takdir"

"Takdir permainkan Aaira!"

Ditarik tubuh Aaira masuk ke pelukannya. Meskipun isterinya meronta mahu melepaskan diri, dia eratkan pelukannya lagi.

"Apa lagi yang Aaira nak? Apa lagi yang tak cukup?" Tengku Danish menyoal hiba. Dipejamkan mata.

Rontaan Aaira perlahan-lahan berhenti. Mata mengelip perlahan. Apa yang tak cukup?

"Andai kerana Allah tarik nikmat berjalan daripada Aaira, abang sanggup serahkan milik abang pada Aaira. Biar abang yang lumpuh dan bukan Aaira"

"Hilang mata Aaira, abang sudi untuk beri sepasang mata ni untuk Aaira. Rosak jantung Aaira, abang akan bagi juga jantung abang ni pada Aaira. Biar Aaira rasa cukup. Rasa puas"

"Abang mintak maaf sebab tak mampu nak lindungi Aaira. Abang manusia lemah. Abang gagal jaga Aaira. Pukullah abang kalau itu yang akan buat isteri abang puas. Tapi tolong jangan tinggalkan abang. Abang perlukan Aaira. Abang tak nak berpisah dengan Aaira. Kenapa Aaira susah sangat nak percayakan abang? Abang terima segalanya, Aaira" Aaira mula teresak kuat. Baju dibahagian belalakang badan suaminya dicengkam kuat.

Berdosanya dia..

Pasti hati suaminya hancur dengan sikap bodohnya ini. Apa yang diluahkan semuanya kerana rasa kecewa di hati dengan keadaannya sekarang. Apa yang dia rasakan cuma amarah yang terpendam akibat keadaan fizikal yang menyusahkan dirinya juga. Itu membuatkan hatinya resah dengan padangan daripada orang sekeliling terutama sekali Tengku Danish. Bagaimana kalau diri ini turut memberi bebanan pada lelaki itu?

Dia tak mampu untuk berfikiran positif jikalau melibatkan kesempurnaan. Dia tak punya keluarga. Tak berpendidikan tinggi. Tiada asal usul. Bebal lagi. Ditambahkan dengan lumpuh begini. 

Tak..

Dia tak patut hidup. Dia adalah bebanan hidup. Dia memang tak patut hidup.

Tanpa sedar, gunting besi yang dia sorokkan di poket baju yang dipakainya dikeluarkan. Tak sempat ditahan oleh Tengku Danish, bilah tajam gunting tersebut selamat menghiris tepat pada pergelangan tangan.

Deria mula hilang, pernafasan juga mula tersekat di kerongkong. Dengan mata separuh terbuka, samar-samar kelibat satu lembaga hitam menyapa mata.

Sepi.

Mata terbuka kecil. Merenung siling putih yang terbentang di atasnya. Dada disentuh lembut merasakan jantung yang masih berdegup kencang. Beberapa detik kemudian, bunyi pintu tandas terbuka mengalihkan perhatiannya. Bilik yang gelap tadi menjadi sedikit terang dengan bantuan cahaya lampu tandas.

Susuk tubuh yang menapak menghampiri dipandang lama.

"Terjaga?" Serak basah suara itu menyapa sistem pendengaran. Aaira angguk saja. Terpejam matanya saat tapak tangan kasar itu menyapi lembut kulit wajah yang merenek peluh dingin.

"Nightmare?" Tengku Danish bertanya lagi. Aaira tidak membalas. Malah, dia bergerak memeluk pinggang suaminya.

"Abang kenapa tak tidur lagi?" soalnya pula. Dengar tak dengar saja suaranya.

"Terjaga tadi" balas Tengku Danish perlahan sebelum meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Kantuk masih ada tetapi entah kenapa hatinya terasa berat. Mimpi tadi buat hatinya tidak tenang memikirkan isterinya.

Rambut diramas kasar seraya menghembus nafas panjang. Beberapa detik selepas itu, lengannya terasa dicengkam lembut. Terus ditundukkan kepala.

"Kenapa?"

Aaira bergerak birai katil sebelum ruangan kosong disebelah ditepuk dengan tangan.

"Baringlah sini. Tidur dengan saya" tutur Aaira kecil. Tengku Danish melepaskan tawa kecil.

"Sempit ni"

"Kita berhimpit je la. Lagipun saya nak peluk abang" Tengku Danish diam buat seketika sebelum melepaskan nafas panjang. Perlahan-lahan dia panjat ke atas katil lalu berbaring mengiring menghadap isterinya. Laju saja Aaira merapat dan memeluk tubuh si suami.

Terasa belakang pinggangnya didodoi lembut membuatkan kelopak matanya perlahan-lahan melayu ke bawah.

Mata terkebil-kebil saat menerima satu kucupan hangat di permukaan dahinya. Saat lena sudah menjemput, satu bisikan halus menyapa gegendang telinga.

"Jangan tinggalkan abang"

MAKANAN di atas meja dipandang lama. Lauk yang sama. Lauk hospital yang tak ada rasa itu. Aaira hembus nafas berat. Macam mana pesakit di hospital mahu sihat kalau hari-hari dihidangkan makanan tawar begini. Asyik sup saja. Kalau bukan sup ikan, mesti sup ayam! Sampai muaklah juga nak telan.

Sudu terus dicapai. Isi ayam disuap ke dalam mulut bersama nasi. Gigi mengunyah perlahan sebelum terasa sesuatu mencucuk gusi.

Mata Aaira terbuntang. Terus dimuntahkan semula makanan di dalam mulut ke atas tray. Sisa di tekak dipaksa keluar. Menggigil jemarinya masuk ke dalam mulut. Satu benda halus yang tertusuk pada gusi ditarik keluar. Anak mata mula berair dan bergetar menahan pedih. Terasa darah di lidah.

"Ab-Abang" panggil Aaira.

Tengku Danish yang baru saja keluar dari bilik air terus memandang ke wajah Aaira. Pantas dia mendekat.

"Aaira.. kenapa ni?" Soalnya dengan penuh kerisauan. Mata turun pada objek di tangan isterinya.

"Apa ni?" Ditarik besi halus ke tangannya. Wajah isterinya dipandang semula. Saat melihat bibir yang sedikit comot dengan butiran nasi, Tengku Danish terus tunduk ke arah lantai.

"Sakit" adu Aaira kecil. Drastik Tengku Danish melihat ke arah tray makanan Aaira. Dia lamgsung saja beristighfar di dalam hati. Diperhati dekat-dekat sebelum kembali menegakkan badan. Wajah ditenangkan.

"Jom pergi tandas dulu" tubuh Aaira dicempung ke tandas. Dibersihkan mulut Aaira. Saat gadis itu meludah ke singki, Tengku Danish nampak cairan merah bercampur dengan air liur isterinya. Gigi terketap rapat.

"Nanti abang suruh Uwaiz tapaukan makanan untuk Aaira, ye?" Aaira terus geleng kepala. Leher lelaki itu dirangkul longgar. Dilabuhkan kepala pada bahu Tengku Danish.

"Aaira tak ada selera"

"Aaira kena makan juga. Nanti perut kosong" tegas Tengku Danish. Tubuh isterinya diangkat dari birai singki lalu dibawa ke katil semula. Kemudian, dia bergerak ke luar bilik. Uwaiz yang sedang duduk di bangku luar terus berdiri.

"Tapaukan makanan luar. Lepastu, aku nak kau cari nurse yang hantar makanan tengahari tadi" arahnya perlahan. Uwaiz yang mahu mengangguk terus tak jadi.

"Ada apa-apa berlaku ke tadi, tengku?"

"Hmm.. kau cari je la orang tu dulu"

Uwaiz angguk akur sebelum beredar dari situ.

Tangan menyeluk poket seluar. Telefon bimbit miliknya dikeluarkan saat terasa getaran halus mengusik derianya. Nama yang terpapar pada skrin dipandang sekilas sebelum panggilan tersebut dijawab.

"Yow!" Sergah orang di dalam talian.

"Waalaikumsalam" Tengku Danish membalas tanpa rasa bersalah. Kaki dibawa ke arah bangku yang tersedia sebelum dilabuhkan duduk di situ. Mata melilau memandang ke sekitar tempatnya.

"Damn! It's hurt man in my meow meow"

Tengku Danish pejam mata buat seketika. "Kau nak apa?"

"Nak ngurat Aai–"

"Aku tutup nanti" ugutnya laju. Malas mahu melayan tingkah pelik sepupunya ini. Suara orang ketawa di dalam talian menyapa sistem pendengaran.

"Okey okey okey.. Aku cuma nak bagitahu. Aku nak datang melawat petang ni. Dengan budak Farisya tu" tutur lelaki itu bernada biasa. Hujung kening Tengku Danish ternaik sedikit.

"Farisya?" soalnya buat kepastian.

"Iye.. mummy dengan daddy aku tak dapat nak ikut sekali. Nanti bila Aaira dah discharge, nanti diorang datang lah melawat. Kau faham-faham sajalah dengan mummy aku tu. Pantang dengan bau hospital"

"Hmm.. yelah"

"Okeyy.. da daa"

Tutt–

Skrin yang sudah gelap dipandang sekilas. Kemudian, dia bangun menegakkan tubuh sebelum kembali masuk ke dalam bilik Aaira.

HASEENA memandang tajam ke arah Farisya. Farisya pula memandang tepat ke wajah Haseena. Kedua-duanya duduk saling menghadap sambil berpeluk tubuh. Mata tak henti-henti bergerak atas ke bawah.

Asyraff yang duduk di antara mereka hanya memandang mereka silih berganti.

"You tak cukup seksi untuk jadi diva" ujar Haseena pada Farisya. Terjungkit kening Farisya mendengarnya. Haseena dipandang lagi atas bawah.

"Habis tu, you? Sesuai sangat? Dua kali lima saja cara pemakaian you macam I" tutur Farisya bernada menyampah. Kepala dipalingkan ke arah lain.

"Hey, I nak melawat orang sakit. Takkan nak pakai cantik-cantik pula"

"Samalah dengan I. Takkan nak pakai seksi seksi pula!"

"Dah lah tu.. gaduh pula korang berdua ni" tegur Rafiq perlahan. Haseena hanya memuncung saja.

Nara mengusap lembut tangan halus Aaira. Gadis itu sedang lena. Pucat sungguh wajahnya. Berbeza dengan wajah manis yang dia jumpa sebelum ini. Wiena dan Auni yang duduk di kerusi dipandang. Auni sedang melelapkan mata.

Yang dia tahu, gadis itu sangat sibuk menguruskan hal pembaikan pusat sukan yang terbakar haritu. Sampaikan tak punya rehat yang cukup. Waktu makan pun tidak teratur.

Wiena pula..

Semenjak Mellysa hilang tanpa khabar berita, hubunga gadis itu dengan Rafiq sudah renggang. Seperti sekarang ini, berjumpa tetapi tidak berbual langsung. Wiena lebih banyak mendiamkan diri. Gurau senda langsung tak ada. Senyum pun tak semanis kebiasaan.

Puas dia memujuk, tetapi bila hati sudah keras seperti batu, tak akan dia mahu memaksa. Cukuplah tegur sekali sahaja. Berkali-kali nanti takut dengan dia sekali Wiena bermasam muka.

Tengku Danish dan Danyel keluar. Tak tahu ke mana. Dia malas nak menyoal lebih.

"Sakit gila! Kau tarik rambut aku!" jerit Asyraff kuat. Tangannya menampar tangan Haseena yang menggenggam helaian rambutnya. Haseena besarkan mata.

"Kau cakap aku makeup macam hantu?!"

"Tak! Tak! Aku tipu je lah!" Asyraff menjerit lagi. Farisya diam saja menilik kukunya yang berkilat cantik. Langsung tidak diendahkan suasana bising yang berlaku.

Nara cengkam cadar katil. Urat di pelipis mula timbul. Pantas dia berpusing menghadap mereka.

"Bisinglah! Aaira tengah tidur, tahu tak?!" bisik Nara kasar. Mata dijenggil memberi amaran. Terhenti terus pergaduhan di antara Haseena dan Asyraff. Rafiq yang baru saja mahu menegur turut terdiam.

Bila mak buyung dah bersuara, semua kena tutup mula. Garang nak mampus. Bila mereka melawan balik, pandai pula Nara mengadu pada Danyel.

Do vote and comment –

Dah.. saya maleh nak double check. Late night update for yaaa!!

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
89K 4.6K 57
2.0 ā’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
148K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
387K 13.8K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...