ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 39

4.9K 304 50
By WafaAriffin

Notify me with the typo

PERUT yang semakin membukit diusap lembut. Sedikit hairan melihat perutnya ini. Baru saja mencecah empat bulan lebih, tetapi sudah besar begini seperti sudah mencecah lima ke enam bulan. Kata suaminya, saiz perutnya ini sama dengan perut Tengku Seri ketika mengandungkan Tengku Faiq dan Tengku Faid.

Aaira tak mahu fikir jauh sangat. Dia tak arif dengan perkara sebegini. Tambahan pula, ini pengalaman pertamanya mengandung. Dia harus belajar dengan ibu mertuanya nanti.

Beberapa saat kemudian, dia pusingkan kepala ke arah suaminya yang masih lena. Bibir digigit perlahan.

Nak kejut ke tak?

Alahaii anak mama ni.. tengah malam jugalah dia nak mamam. Macam mana dia boleh termimpi nasi dagang tadi. Kan dah mengidam nak makan.

Tengku Danish dipandang lagi. Lama. Sehinggalah dia terpaksa juga mengejut lelaki itu daripada lena. Tangan menepuk bahu suaminya perlahan.

"Abang"

Melihat gerakan kecil Tengku Danish, Aaira terus menghentikan tangannya. Anak mata bergerak mencari wajah si suami dalam samar-samar cahaya daripada lampu tidur. Tengku Danish bangunkan tubuhnya bersandar pada kepala katil.

Dengan mata yang separuh terbuka, dia menggamit Aaira untuk merapat. Aaira tersenyum lebar. Laju dia bergerak naik le atas riba Tengku Danish. Kedua belah kaki dilipat di sisi peha suaminya.

"Pukul berapa ni?" Aaira tersenyum mendengar suara serak basah itu. Tangan naik menyentuh rambut kusut Tengku Danish. Juntaian rambut pada dahi itu dibawa ke belakang seraya menjongketkan kedua belah bahu. Dia bangun tadi pun tak tengok jam. Mengidam sangat. Bibir digigit.

Nak mintak macam mana ni?

Sebelum ni dia pernah je mengidam. Tapi itu pada waktu siang. Selalu waktu malam dia tahan saja sebab tak nak menyusahkan suaminya. Sudahlah penat dengan kerja, lepastu nak melayannya lagi.

Hmm..

Tengku Danish mencapai gajet nipis di atas meja di sebelah katil. Dia melihat skrin yang bercahaya itu. Aaira turut mengintai sedikit.

Omoo.. pukul 2 pagi. Terus wajah berkerut suaminya dipandang.

"Aaira okey? Tak selesa nak tidur ke? Ke Aaira sakit pinggang?" Tanya Tengku Danish perlahan. Aaira menggeleng kepala dengan wajah menghadap dada Tengku Danish yang dilitupi kain baju.

Selalunya Tengku Danish tidur tak pakai baju. Tetapi disebabkan malam ini hujan, disarung juga baju nipis. Sejuk.

"Aaira okey jee. Tapii..." Sengaja suaranya dileret panjang. Anak mata naik sedikit melihat wajah suaminya.

"Aaira teringin" Sambungnya perlahan. Mata masih melekat pada wajah tampan itu. Menunggu reaksinya. Namun, Aaira menggigit bibir bawahnya tatkala melihat senyuman nipis yang terbit pada seulas bibir merah itu.

Tengku Danish mengusap belakang Aaira lembut.

"Aaira mengidam? Nak makan apa?" Soalnya lembut. Aaira muncungkan bibir sambil jari telunjuk melukis bulatan kecil pada dada lelaki itu.

"Aaira teringin nak makan nasi dagang" Pintanya kecil. Hujung baju t-shirt yang dipakai Tengku Danish dibuat main dengan jari.

Diam.

Aaira masih menunggu balasan daripada suaminya itu. Tengku Danish meraup wajahnya dengan sebelah tangan menepuk peha Aaira lembut. Tanpa suara dia menyuruh gadis itu turun daripada ribanya. Aaira terpinga-pinga menurut. Namun, matanya langsung tak lari daripada menatap wajah si suami.

Terbit rasa kasihan apabila menangkap garisan penat pada wajah itu. Entah pukul berapa Tengku Danish tidur tadi. Sewaktu dia mahu melelapkan mata, lelaki itu masih sibuk menghadap komputer riba. Meskipun sudah berada di atas katil, sudah diajak Aaira untuk tidur bersama. Lelaki itu tetap mahu menyiapkan kerjanya terlebih dahulu.

Aaira hanya diam saja selepas itu. Nak merajuk pun tak boleh, sebab Tengku Danish tolong dodoikan dia juga sampailah dia masuk ke alam mimpi.

Bibir dikemam rapat. Tengku Danish yang mahu turun daripada birai katil ditahan.

Tengku Danish menaikkan sebelah keningnya tinggi. Dalam samar-samar lampu tidur mereka, dia masih boleh nampak buah reaksi yang terhasil di wajah itu.

"Erm.. Tak apa lah abang. Dah malam sangat ni. Abang mesti penat kan? Sudahlah abang tidur lewat, lepastu kena layan Aaira lagi. Aaira tak nak menyusahkan abang. Aaira tak teringin sangat pun sekarang. Siang-siang esok abang boleh belikan. Hah! Kalau abang sibuk esok, Aaira boleh keluar pergi beli sen-- Auchh!"

Permukaan dahi yang sakit ditekup dengan tapak tangan seraya memandang ke wajah Tengku Danish yang dekat dengan wajahnya. Tengku Danish memandang isterinya dengan wajah selenge.

"Pandailah nak keluar sorang esok. Kena culik dengan orang gila nanti padan muka. Sekali dengan anak abang terjebak sekali nanti" Kepala digeleng kecil. Mahu saja dipicit hidung isterinya itu.

Aaira mula cembengkan muka.

"Aaira boleh pergi dengan Zayn ke, dengan Waiz ke atau Zein" Tutur Aaira perlahan. Dia mula merapatkan dirinya dengan Tengku Danish. Saja mahu menggedik. Lagipun suaminya ini jenis yang melayan bini.

Siapa bini dia?

Aaira Hessa lah! Hew hew hew..

Tengku Danish menghela nafas panjang sebelum kembali memandang tepat ke wajah si isteri. Mata bening itu direnung.

"Suami Aaira siapa sekarang ni? Zayn?" Suara tegasnya mula menggelongsor keluar daripada bibir. Aaira terkaku buat seketika. Kemudian, dia menundukkan kepala. Memandang jari jemari halusnya sendiri.

"Jawab sayang. Zayn ke suami Aaira? Ke Waiz?" Soalnya sekali lagi. Kali ini, dikeraskan sedikit suaranya. Aaira pantas menggeleng sebagai jawapan.

"Habistu siapa? Zein?" Tanya Tengku Danish lagi. Aaira menggeleng. Kepala masih tertunduk ke bawah. Tengku Danish pandang gadis itu tajam.

"Suara mana? Angkat muka tu. Pandang abang. Abang tanya tadi, suami sayang siapa? Geleng-geleng tu abang tak faham" Mendengar lagi suara tegas itu, mata Aaira mula memanas.

"Abang suami Aaira" Jawab Aaira perlahan. Bibir melengkung sedih. Tengku Danish diam membalas tatapan mata bening itu. Bibir ditahan supaya tidak mengoyak senyum.

Terasa lucu melihat muka cembeng itu.

Wajah dikekalkan serius. Entah sejak bila dia ada mood nak mengusik isteri kecilnya ini.

"Bukan Zayn?"

Laju Aaira gelengkan kepalanya. Dia merapat ke tubuh Tengku Danish sebelum dijatuhkan tubuh hadapannya ke dada bidang suaminya. Kedua belah tangan melingkar di pinggang lelaki itu. Dipeluk erat. Tengku Danish tahan lucu. Sengaja tak dibalas pelukan itu. Sengaja mahu budak kecik ni melalak dulu, baru dipujuk.

"Abangg.. Aaira cowwy laaa. Janganlah marah Aairaa" Rengek Aaira sedih. Tercebik-cebik bibir menahan esakan daripada terlepas.

"Kiss abang dulu"

Serentak kulit wajah Aaira memerah. Tetapi diturutkan juga. Bibir dirapatkan pada pipi Tengku Danish sebelum berlabuh lembut di situ. Hanya sesaat sebelum dijauhkan wajah mereka.

"Dah!" Ucap Aaira malu-malu. Tengku Danish membuat muka.

"That wasn't the kiss I want, sweetheart" Tutur Tengku Danish perlahan. Aaira tergelak kecil.

Tengku Danish melepaskan keluhan kecil sebelum menjatuhkan tubuhnya pada permukaan tilam.

"Nasi dagang je?" Serak suara itu bertanya. Masih mengantuk sebenarnya. Aaira angguk laju. Wajah suaminya dipandang. Tengku Danish angguk sekali sebelum bangun semula.

Tiba-tiba tapak tangan Aaira melekap di kedua belah pipinya. Berkerut dahinya melihat gadis itu.

"Hmm.. battery abang low" Tutur Aaira perlahan. Wajah kosong suaminya di pandang.

"So.. Can you charge it to full? With your sweet lips"

Aaira terus sengih.

"Sure!"

KERETA berhenti di hadapan sebuah kedai kecil. Handbrake ditarik. Aaira melihat ke luar. Waktu-waktu begini pun ada yang buka kedai.

"Sayang tunggu dalam kereta. Abang pergi beli" Dompet dengan telefon bimbit diambil sebelum bersedia mahu keluar dari kereta.

"Nak ituttt" Lengan Tengku Danish ditarik perlahan. Menahan lelaki itu.

Tak jadi Tengku Danish mahu keluar. Wajah isterinya dipandang.

"Hujan ni sayang. Duduk dalam kereta je okey? Abang tak pergi lama pun. Sekejap je" Pujuknya lembut. Aaira mencebikkan bibir. Namun dilepaskan juga lengan lelaki itu. Membiarkan Tengku Danish keluar dari kereta.

Aaira memandang ke luar tingkap. Melihat suaminya yang berlari anak ke arah satu kedai makan.

Hmm..

Nak itut.

"Assalamualaikum" Tengku Danish menghulur senyum manis kepada makcik dan pakcik yang menjaga kedai itu.

"Waalaikumsalam" balas mereka lembut bersama senyuman.

"Saya nak nasi dagang satu bungkus"

Makcik dihadapannya itu mengangguk sebelum bergerak membuat kerja. Pakcik yang duduk sedikit di belakang makcik tadi mula bertanya.

"Bini mengidam ye?" Tanya pakcik itu perlahan. Cincin di jari lelaki di hadapannya itu dia kerling sedikit.

Tengku Danish terkelip.

"Haah.. Macam mana pakcik tau?"

Pakcik itu senyum lebar sebelum membalas.

"Selalu dah pelanggan macam kamu ni datang beli nasi dagang. Semua sebab bini mengidam" Ujar pakcik itu sambil tergelak kecil. Tengku Danish turut tergelak. Sesekali cermin kereta di tempat sebelah pemandu dipandang.

"Nah. Satu bungkus nasi dagang, empat ringgit" Tengku Danish terus mengambil huluran plastik yang berisi bungkusan nasi dagang itu. Duit bernilai lima puluh ringgit dihulur.

"Simpan baki"

Terkejut makcik dengan pakcik itu mendengarnya. Tak sempat mereka menolak, Tengku Danish terus menambah.

"Saya ikhlas" ujarnya lagi. Terus kedua orang tua itu mengucap syukur sebelum berterima kasih. Tengku Danish angguk seraya memberi senyuman manis lalu meminta diri.

Aaira teruja melihat bungkusan nasi dagang setelah Tengku Danish masuk ke tempat pemandu. Laju dia menyambut huluran suaminya.

"Terima kasih abang!" Ucap Aaira bersama senyuman lebar. Tengku Danish senyum nipis. Diusap kepala isterinya lembut.

"Jom balik"

"Jom!"

AAIRA diam duduk di birai katil sambil melihat suaminya mengemas beg sukan di atas lantai bilik mereka. Perut diusap lembut. Tengku Danish ralit memunggah barang-barang dalam beg tersebut. Entah apa yang dia cari.

Buat seketika kemudian, bibirnya memuncung sedikit.

"Nak ituttt"

"No. Tak boleh"

"Alaa abangg.. boleh lahh" Rengek Aaira. Meleret-leret suaranya. Belakang suaminya dipandang dengan mata yang mula kabur.

Nak naness..

"Tak boleh. Aaira kan mengandung. Duduk je dekat rumah" Tutur Tengku Danish perlahan tanpa memandang ke arah Aaira. Dia sibuk mengemas beg sukannya. Daripada malam tadi asyik nak itut nak itut. Bibir Aaira mula melengkung ke atas. Tercebik sedih.

"Aaira nak itutt" Tengku Danish pantas pusing ke belakang. Tepat ke wajah basah isterinya.

Pulakk.. menangis dah.

Terus dia bangun merapat ke katil. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"Bahaya sayang. Nanti Aaira duduk sorang-sorang" Lembut saja suaranya memujuk. Aaira masih mengeluarkan esakannya.

"Abang tak sayang Aaira" Ujar Aaira secara tiba-tiba. Tercengang Tengku Danish mendengarnya.

Hah?

"Apa pulak cakap macam tu? Abang sayang Aaira–"

"Tapi abang nanak bawak Aaira sekali. Aaira nak itutt" Esakan disambung lagi. Semakin kuat dia menangis. Tengku Danish sudah pening.

Nak pujuk macam mana ni?

"Okey okey, Aaira nak itut–eh no, nak ikut kan? Okey, jom" Terpaksa dibenarkan saja. Risau dia melihat isterinya itu. Sudahlah perut sudah ke depan begitu.

Serta merta raungan Aaira terhenti. Wajah suaminya dipandang dengan wajah yang bercahaya.

"Betul?!" Soalnya. Melihat anggukan daripada Tengku Danish membuatkan Aaira mahu melompat di situ.

"Yeayy!! Terima kasih abangg. Tunggu kejap, Aaira pergi siap-siap" ujarnya dengan penuh teruja. Tubuh Tengku Danish dipeluk sekejap.

Tanpa sedar, bibirnya bergerak menyentuh pipi Tengku Danish kuat. Sekali dengan bunyi dia bagi.

"Mmmuuahhh!!"

Terus Aaira mencicit berlari anak ke arah bilik pakaian. Meninggalkan Tengku Danish yang terpinga-pinga di birai katil.

Tengku Danish terkebil buat seketika sebelum wajahnya memerah panas. Sebelah tangannya terus naik menutup wajah. Kepala menunduk ke bawah dengan siku ditongkat pada pehanya.

Perlahan. Bibir menarik senyum lebar sebelum tawa kecil pecah dengan sendirinya.

Damn.. she's cute.

TENGKU DANISH membantu Aaira duduk di atas bangku panjang di tepi gelanggang badminton selepas sahaja Danyel dan yang lain menyambut kehadiran mereka. Beg sukannya terletak elok disebelah Aaira.

"Duduk sini diam-diam. Jangan merayap pergi mana-mana" Pesan Tengku Danish tanpa nada. Raket dikeluarkan dari dalam beg. Aaira angguk dengan senyuman lebar. Tubuh suaminya yang lengkap berpakaian sukan itu dipandang lama.

Sooo encem!

Kepala Aaira diusap lembut sebelum dilabuhkan bibirnya pada dahi itu. Kemudian, barulah Tengku Danish bergerak masuk ke dalam gelanggang. Aaira tersenyum-senyum melihat tubuh tinggi lampai itu.

Setiap pergerakan suaminya diperhatikan dengan penuh minat. Sehinggalah pada saat Tengku Danish melompat lalu memukul shuttle dengan kuat dan laju.

Serta merta ingatannya memutar semula memori lalu. Tak sangka lelaki yang dia lihat waktu pertama kali dia datang ke sini dulu ialah Tengku Danish.

Belakang tubuh Tengku Danish dipandang lama. Sama. Pergerakannya sama. Perlahan bibir menarik senyuman manis.

Perut yang membulat diusap lembut.

Cantik aturan yang Allah telah tetapkan buatnya.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Selang beberapa minit selepas itu, Aaira tiba terasa mahu ke tandas. Sisi kain jubah mengandung yang dipakainya diramas sambil memerhati si suami.

Alamak.. time gini lah dia nak membuang. Macam mana dia nak panggil suami dia ni.

Bibir dikemam sebelum perlahan-lahan bangun daripada bangku. Tengku Danish dipandang buat kesekian kalinya.

Pergi je lah. Membuang sekejap je, nanti dia masuk dewan balik cepat-cepat.

Tanpa buang banyak masa lagi, Aaira terus menapak ke pintu dewan. Terkedek-kedek dia mencari tandas sambil memegang perut. Kepala digaru perlahan.

Dia tak ingat tandas dekat mana.

Langkah diteruskan sehinggalah dia berdiri di satu lorong yang agak kecil. Berhadapan dengan satu pintu. Bibir terus melorek senyum lebar lalu pintu tersebut ditolak ke dalam.

Tak lama pun membuang, Aaira membuka pili air untuk membasuh tangan. Setelah dia dia menjentik kedua tangannya, menghilangkan sisa-sisa air di tangan. Tisu sempat di ambil sebelum keluar dari tandas.

Lega nyah!

Memikirkan suaminya di dalam dewan, Aaira terus percepatkan langkah. Risau Tengku Danish sedar ketiadaannya di sana.

"Hye Aaira"

Langkah Aaira terus terhenti. Dia pusingkan kepala ke belakang.

"Eh kak Anina" Sapa Aaira bersama senyuman manis. Anina menayang wajah menyampah sebelum bergerak menghampiri gadis itu.

"How are you?" Anina menarik senyum sinis. Perlahan-lahan senyuman Aaira pudar.

Err..

Tengku Danish mengerutkan dahi melihat bangku yang kosong di tepi gelanggang. Permainan mereka terus terhenti. Rafiq memandang Tengku Danish hairan.

"Bro?"

"Bini aku mana Fiq?" Mata terus melilau ke satu dewan. Mencari susuk tubuh isterinya. Raket terus dicampak di atas beg sukannya sebelum berlari ke gelanggang yang diguna Auni, Wiena, Nara dan Mellysa.

Nara dipanggil terus menyebabkan keempat pasang mata itu memandang ke arahnya. Terpinga-pinga gadis itu menghampiri Tengku Danish. Lagi-lagi apabila melihat wajah serius lelaki itu.

"Kenapa?" Soal Nara perlahan. Dia melihat sekilas ke arah Danyel, Rafiq dan Asyraff yang membuntuti langkah Tengku Danish dari belakang.

"Kau ada nampak Aaira tak? Dia tak ada dekat bangku tadu. Tiba-tiba hilang" Tanya Tengku Danish dengan nada risau. Nara dengan yang lain berkerut mendengarnya sebelum menggeleng perlahan. Mereka fokus main badminton tadi. Langsung tak sedar dengan keadaan sekeliling.

Tengku Danish meraup wajahnya sebelum beredar daripada situ. Meninggalkan yang lain di dalam dewan. Silap dia tak bawak sekali bodyguard Aaira tadi. Kaki laju menapak ke arah satu lorong sebelum langkahnya perlahan-lahan terhenti. Membuntang matanya melihat ke satu arah.

"Aaira!"

Manusia-manusia yang ada situ terus berpusing ke arahnya. Anina sudah cuak apabila melihat kehadiran Tengku Danish di situ. Laju menapak menghampiri Aaira yang cuba bangun.

Aaira mencengkam perutnya yang terasa senak. Wajah berkerut sakit. Tengku Danish menarik tubuh kecil Aaira. Pinggan isterinya dipaut erat.

"Sayang okey?" Soalnya bersama nada dan wajah yang risau. Perut besar itu dipegang. Aaira menggeleng kecil.

"Senak sikit je" balas Aaira perlahan. Nafas yang tak teratur tadi kembali normal. Tengku Danish ketap gigi. Dia alihkan mata memandang ke wajah cuak Anina.

Tuhan saja tahu betapa risaunya dia tadi. Satu dewan dia pusing mencari isterinya. Tiba-tiba saja hilang dari tempat Aaira duduk. Memang dia tinggalkan saja game tadi.

Anina meramas jari jemarinya. Anak mata hitam bergetar memandang wajah bengis Tengku Danish. Pertama kali melihat reaksi sebegitu pada wajah lelaki yang selalu menayang wajah tenang.

"I–I tak sengaja! Isteri you yang cari pasal dengan I dulu. Kalau dia tak pancing I, I tak akan tolak dia!"

Aaira mengerutkan wajah saat mendengar butiran ayat yang keluar daripada mulut gadis itu. Wajah suaminya dipandang Aaira dengan kerutan yang tak hilang sedari tadi. Tangan memaut lengan Tengku Danish seraya menggeleng kecil. Menafikan apa yang Anina katakan.

Tengku Danish beristighfar di dalam hati. Mata dipejam buat beberapa saat sebelum kembali dibuka. Wajah bengisnya tadi beransur tenang. Sambil memandang ke wajah Anina, dia mengeratkan lagi rangkulan di pinggang Aaira.

"If you have anything with my wife, talk with your mouth, not your hand. Idiot" Tutur Tengku Danish senada.

"But you punya wife yang cari pasal dulu!"

"Aku tak buta lagi, sampai tak nampak apa yang kau buat dekat Aaira. Tak payah nak gula-gula kan aku. Kau tak boleh bincang elok-elok dengan isteri aku kan? Okey, sekarang ni kau bincang dengan aku apa yang kau tak puas hati dengan Aaira"

Anina kehilangan kata-kata saat mendengar bait bicara itu. Nafas sudah tidak teratur . Tengku Danish dipandang tajam meskipun jantungnya berdetak tak menentu daripada tadi. Gerun melihat wajah tegang itu.

"Di-Dia rampas you daripada I" Bergetar suara itu.

"Rampas apanya?"

"You milik I lah!!"

"Ya Tuhan.. Sejak bila aku milik kau?!" Kuat suara itu bertanya menyebabkan kedua belah bahu Aaira. Terkejut mendengar nada tinggi itu. Cepat-cepat Aaira mengusap belakang Tengku Danish. 

"Abang.."

"Danish"

Serentak Aaira dan Syaurah toleh ke satu arah.

Ahh.. kawan-kawan suaminya.

"Kenapa ni?" Tanya Danyel pelik. Tengku Danish melepaskan keluhan panjang tatkala mendengar esakan kecil yang terbit daripada ulas bibir Anina sebelum turut pusing memandang ke arah kawan-kawannya yang lain. Wajah kosong ditayang.

Auni memandang Anina dengan riak hairan. Sudahlah mereka dikejutkan dengan suara kuat sewaktu mereka mencari Tengku Danish. Datang-datang saja, sudah ditayangkan dengan keadaan Anina yang menangis begini.

Tengku Danish pandang Nara.

"Nara, tolong pimpin Aaira. Bawak dia masuk kereta aku" Suruh Tengku Danish perlahan. Tangan yang melingkari pinggang Aaira dilepaskan sebelum diseluk ke dalam kocek seluar sukannya. Dikeluarkan kunci kereta dan diserahkan pada Nara yang sudah berdiri di sebelah Aaira.

Aaira memandang Tengku Danish dengan satu reaksi yang sukar ditafsir. Tengku Danish menarik senyuman nipis. Kepala Aaira yang dilitupi tudung sarung itu diusap lembut.

"Aaira tunggu abang dalam kereta. Abang nak kemas beg dekat dalam. Nanti kita terus balik" ujar Tengku Danish. Dibalas dengan anggukan daripada Aaira.

"Nara teman dia dekat kereta sekejap ye?" Pintanya lagi. Nara yang mengangguk seraya menghulur senyuman nipis sebelum perlahan-lahan memimpin ibu mengandung itu beredar daripada situ.

Tengku Danish memandang dua susuk tubuh itu lama sehinggalah hilang daripada pandangan mata. Kemudian, barulah dia kembali memandang ke arah Anina yang masih menunduk daripada tadi.

"Baliklah Anina. Aku tak boleh nak proses dengan apa yang kau cakap tadi. Kau tu perempuan, ada maruah sebagai seorang perempuan. Tolong jangan malukan diri kau depan kaum lelaki" Tutur Tengku Danish perlahan kepada Anina. 

Anina menggigit bibir bawahnya. Kuat. Cukup kuat untuk menahan esakannya.

Tak mahu membiarkan Aaira berlama di kereta, dia terus mengangkat kaki untuk masuk ke dalam dewan semula. Pandangan daripada kawan-kawannya diabaikan. Tak mahu membesarkan masalah itu.

Hilang saja kelibat Tengku Danish, mereka semua di situ terus melihat Anina yang masih tunduk sedari tadi. Malu dipandang begitu, Anina terus mengangkat kaki. Kepala hanya tunduk memandai lantai. Sedikit pun tidak di angkat.

Saat melepasi seseorang, satu bisikan keras menyapa gegendang telinga.

"You failed, Anina"

Serta merta tubuh Anina mengeras. Mata mula bergetar dan kabur dengan air mata.

Perasaan takut bercampur dengan amarah. Wajah Aaira terbayang di kepala.

Soon, I will make sure you disappear from this earth.

Sementara Wiena pula, memandang ke arah Auni.

"Sekarang memang musim Ira Kazar ke?" Soalnya perlahan.

Auni angguk saja.

Memang tengah musim cucuk suami orang pun.

– Wafa Ariffin –
ෆ Do vote and comment ෆ

Chapter ni tak ada benda sangat pun, main type je. Lepastu terlebih panjang pulak tu. Hmm..

Siapa yang nak join geng cucuk suami boleh pm Anina okiess.

Continue Reading

You'll Also Like

377K 13.6K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
628K 24.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
136K 9.2K 32
Adam Hirdy | Azalea
364K 1.2K 3
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...