CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETE...

By msroses_

1.8M 61.3K 2.3K

1st story โ™ฅ๏ธ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang ber... More

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab Akhir โ™ฅ๏ธ
Special Chapter โ™ฅ๏ธ
Special Chapter 2 ๐Ÿฆ‹

Bab 8

29.8K 1K 5
By msroses_

Suasana riuh di kaunter klinik pada petang itu membuatkan Maira menjenguk keluar dari biliknya. Kelihatan Kak Sal, Kak Anis, Kak Ayu, Kak Nani dan Kak Rai sedang berbual di kaunter klinik dengan dua orang jejaka yang membelakanginya. Melihatkan susuk yang tinggi lampai macam tiang bendera itu sudah membuatkan Maira dapat meneka siapa gerangan salah seorang jejaka tersebut.
Perlahan sahaja langkah Maira merapati mereka yang berkumpul di kaunter Klinik Pakar Perubatan itu. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk keluar berkumpul di kaunter klinik setelah kerja masing-masing telah selesai.

"Hah Maira, sinilah.. Buat apa sorang-sorang dalam bilik tu" Teguran Kaksal itu membuatkan kedua-dua jejaka itu berpaling serentak. Tepat jangkaan Maira apabila melihat muka tidak beriak itu memandang ke arahnya. Berbeza pula dengan jejaka seorang lagi yang memberikan senyuman nipis kepadanya. Maira hanya membalas dengan anggukan kecil. Dia tidak pernah melihat wajah itu sebelum ini.

"Eh tak tahu pulak saya klinik kita ada orang baru?" Tanya jejaka itu. Berkerut dahi jejaka yang berkaca mata itu apabila melihat wajah yang tidak pernah dilihatnya.

"Ni Maira, Dr Irsyad. Baru dua minggu dekat sini. Maira ni incaj Unit Diabetes dan Endokrin dengan akak.. " Balas Raihana menjawab pertanyaan Irsyad itu.

"Oo..jarang pulak tengok nurses muda-muda dekat banggunan klinik ni".

"Amboi-amboi.. biasa mulut tu.. nak kata Kaksal and the geng ni dah tua la ye" terhambur tawa mereka semua mendengar ayat yang keluar dari mulut Salasiah itu.

"Tak adalah Kaksal. Biasanya jarang nurses muda-muda macam ni dapat turun klinik" balas Irsyad lagi.. Maira yang menjadi topik utama ketika itu hanya menayang senyuman nipis. Malas nak beri penerangan panjang lebar. Bukan apa, tak penting pun. Yang penting dia dah menurut arahan untuk turun kerja di klinik pakar itu.

"Maira ni ada sijil Pengurusan Diabetes. Itu yang Dr Hisham request untuk Maira turun kerja dekat klinik ni. Matron Rosliza pun beri kelepasan sebab Maira ni injured baru ni. ACL." Terang Raihana pula.

"Oo.. patutlah" Irsyad hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Maira ni single and available lagi Dr Irsyad. Kot-kot lah Dr Irsyad tengah cari calon". Tambah Rosnani pula.

Maira yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Rosnani itu terus membulatkan mata. Memerah wajahnya apabila melihat kedua-dua jejaka itu memandang ke arahnya.

'Dah kenapa pulak tiba-tiba menyimpang ke topik ni pulak?' detik hati Maira.

"Doktor jangan layan Kak Nani ni ya. Dia tengah takde kerja tu. Jom Kak Nani, teman Maira pergi jumpa Sr Maznah kejap " Segera Maira memotong percakapan Rosnani sebelum Rosnani sempat menyambung lagi. Cepat-cepat dia menarik tangan Rosnani untuk beredar dari situ. Bukan boleh dibiar Kak Nani ni.. Habis semua orang kalau boleh dia nak kenenkan dengan Maira.

Rosnani yang ditarik oleh Maira hanya tersenyum apabila melihat wajah yang sedang memerah itu.

Melihatkan dua susuk tubuh itu sudah menghilang dari pandangan mata, tiba-tiba Irsyad bersuara perlahan.

"Takkan lah cantik macam tu single and available lagi. Macam tak percaya je"

"Kenapa? Dr Irsyad berminat ke nak buat calon? KakSal boleh je nak kenen-kenen kan doktor dengan Maira tu. Lagipun apa salahnya. Dua-dua single and available lagi". Salasiah pula mengambil tempat Rosnani untuk menjadi agen pencari jodoh.

"Eh tak apalah KakSal. Jauh lagi nak fikir ke arah tu.. Lagipun saya dapat arahan untuk pergi attachment di Hospital Kuala Lumpur untuk 6 bulan. Jadinya saya nak fokus dengan attachment dulu. Tak sempat lagi nak fikir pasal bercinta ni semua". Balas Irsyad pula. Sempat dia mengerling kearah jejaka yang berdiri di sebelahnya. Rakannya itu hanya memilih untuk mendiamkan diri daripada tadi.

"Daripada Kaksal kenen-kenenkan dengan saya, baik Kaksal kenenkan dengan si Firash ni. Dia pun single and available jugak" Firash yang mendengar namanya disebut terus memalingkan wajah ke arah Irsyad sambil berkerut.

"Why did you involve me in this, bro?" Tanya Firash sambil menumbuk perlahan bahu rakannya itu. Terlepas tawa Irsyad dengan perlakuan Firash itu.

"Tahu tak apa Dr Irsyad ni. Dr Firash ni memang la single. Tapi dah unavailable dah. Takkan lah kami nak jodohkan Maira dengan Dr Firash pulak.". Anis yang berdiam diri sejak tadi menyampuk sambil tersenyum.

"Aik, kenapa pulak? Sejak bila kau taken ni bro?". Soal Irsyad. Berkerut dahinya. Setahunya rakannya yang seorang itu masih single and available kerana jejaka itu sangat tidak mahu melibatkan diri dalam apa-apa hubungan yang membuatkan dia rasa terikat. Wajah Firash juga turut berkerut memandang ke arah Irsyad.

" Ye la.. Dr Syakira tu nak campak mana pulak nanti. Kan Dr Firash?" Belum sempat Firash menjawab pertanyaan Irsyad, Anis sudah memotong terlebih dahulu. Bukannya dia tidak tahu tentang Dr Firash dan Dr Syakira. Pasangan ini dah mendapat gelaran sweet couple dah dikalangan staff-staff di hospital ini. Kemana-mana sahaja pasti dilihat bersama.

"Eh, tapi diorang cuma..." Bunyi deringan dari telefon bimbitnya menghalang Irsyad menghabiskan ayat.

"Saya kena gerak dulu la akak-akak semua. Bro, aku gerak dulu. Bos dah cari aku ni" ujar Irsyad sambil menepuk perlahan bahu Firash.

"Okay Dr Irsyad.. Good luck attachment nanti.." Balas kesemua jururawat yang ada di situ.

Sempat Irsyad melambai ke arah mereka sebelum dia menjawab panggilan tersebut sambil melangkah pergi dari situ.

"Eh mana Dr Irsyad? Balik dah? " Tanya Rosnani yang baru menyertai mereka semula selepas dipaksa menemani Maira tadi. Maira pula mengatur langkah menuju ke biliknya. Malas dia ingin menyertai kumpulan itu apabila melihat Firash masih ada disitu.

"Staff Nurse Maira, esok jangan lupa..9.00 am sharp". Suara garau yang keluar daripada mulut jejaka itu menghentikan langkahnya. Segera Maira berpusing dan membalas dengan anggukan. Melihatkan anggukan Maira itu, segera Firash meminta diri dari jururawat-jururawat yang berada di kaunter itu.

"Amboi Maira, kitorang ni beria la nak kenenkan Maira dengan Dr Irsyad, tup-tup boleh pulak Maira plan nak pergi dating dengan Dr Firash ye.." Laung Salasiah dari kaunter apabila melihat Maira sudah ingin masuk ke biliknya.

Maira segera menepuk dahinya sebelum berpusing mengadap makcik-makcik bawang di kaunter itu semula.

"Bukan la Kaksal.. Jangan nak jadi page Siakap Keli dengan Oh Bulan ye dekat sini.. Esok Dr Chan ajak Maira dengan Dr Firash buat round dekat wad la..Dr Chan suruh Maira ikut sekali..Senang kalau ada patient yang nak kena kaunseling, boleh Maira bagi kaunseling terus" Balas Maira pula. Mereka yang ada dikaunter hanya membalas laungan Maira dengan tawa.

***************************************

Keesokan harinya, tepat jam 8.50 pagi, Maira sudah terpacak di hadapan bilik Dr Chan. Takut terlambat. Kalau terlambat nanti dia tahu bukan Dr Chan yang akan bising, tapi mamat cipan tu yang akan lebih-lebih.

Semasa pertemuan bersama Dr Chan, Dr Syahir dan Dr Firash tempoh hari, memang Dr Chan ada menyatakan hasrat bahawa beliau mahu Maira menyertai mereka setiap kali mereka melakukan ward round untuk melihat pesakit-pesakit yang telah dirujuk ke unit Diabetes dan Endokrin kerana Maira mempunyai sijil dalam Pengurusan Diabetes.

Maira hanya turutkan sahaja. Bolehlah dia menambah ilmu dengan melihat perawatan yang diberikan oleh Dr Chan kepada pesakit-pesakit diabetes di dalam wad. Cuma Maira harap nanti mintak-mintaklah Dr Chan tak buat perangai banyak songeh dia dengan Maira.

Maira yang ingin mengetuk pintu bilik itu segera menarik tangannya kembali apabila pintu sudah terbuka dari dalam. Kelihatan Dr Firash dan Dr Chan sudah bersedia untuk keluar dari bilik itu .

"Hi staff nurse Maira. There you are. Jom kita start ward round sekarang" ceria suara Dr Chan menyapa gegendang telinga Maira.

"Morning bos. Saya tak lambat kan? Belum pukul 9.00 saya dah ada dekat depan pintu bos ni" ujar Maira sambil tersenyum manis. Dia hanya mengerling pemilik wajah yang tidak beriak di sebelah Dr Chan itu.

"No, lah. Jom,we start dari Wad 2A dulu. Just one floor. Kita naik tangga saja la.."

Maira sudah menelan air liur mendengar ajakan Dr Chan itu..

'Naik tangga? Ahh sudah..' Wajah Maira sudah bertukar pucat tiada warna. Sebetul-betulnya dia masih takut. Sudah dua bulan lebih peristiwa jatuh tangga itu berlaku dan sejak dari hari itu, Maira belum pernah berani menggunakan tangga lagi. Sehinggakan waktu dia cuti sakit sebulan di rumah ibubapanya haritu pun, dia sanggup tidur di bilik tetamu di tingkat bawah.

Maira hanya melangkah perlahan mengikuti langkah Dr Chan dan Dr Firash yang berada dihadapannya. Dia sudah dapat bayangkan kesakitan yang bakal dia rasakan selepas ini. Kerana itu dia takut. Peluh dingin di dahinya diseka perlahan.
'Takpe Maira, kau boleh.. kau anggap je macam tengah buat terapi fisio' detik hati Maira. Memberi semangat kepada diri sendiri.

Firash yang melihat wajah pucat gadis di belakangnya itu sudah mengerutkan dahi.
'Dah kenapa pulak dengan si pendek ni?'

Tiba-tiba perbualan bersama jururawat-jururawat di kaunter semalam kembali terlayar difikirannya.

Terus Firash menggaru keningnya yang tidak gatal. Terfikir cara hendak menyusun ayat. Kesian pula apabila melihat wajah pucat di belakangnya itu. Firash faham mesti Maira tidak berani mengatakan perkara sebenar kepada Dr Chan. Maklumlah staff baru.

"Hmm..Bos, i think we should take the elevator instead. Someone is still recovering from ACL tear". Ujar Firash perlahan sambil menghalakan pandangan ke arah Maira. Dr Chan juga turut mengikuti arah pandangan Firash itu.

"Oh my god, macam mana i boleh lupa. Sorry staff nurse.. " ujar Dr Chan sambil menghalakan kaki ke arah lif hospital.

Maira yang mendengar hanya tersenyum tawar. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Pegun matanya dihalakan ke wajah Firash. Rasa nak nangis sebab tak sangka yang Firash ingat tentang masalah lutut yang dialaminya itu. Rasa terharu pun ada apabila Dr Chan segera menukar fikiran untuk menggunakan lif selepas mengetahui keadaannya.

"Jangan tenung lama sangat muka aku ni, takut nanti kau terjatuh cinta pulak" ujar Firash perlahan sewaktu mereka berada di dalam lif. Sengaja dia memperlahankan suaranya supaya percakapannya hanya didengari oleh Maira sahaja.

"Sorry sikit" Maira sudah menepuk dahi apabila lelaki itu kembali berpaling.

'Kau dah kenapa Maira nak tenung-tenung mamat tu pulak'.

Firash yang melihat perlakuan gadis itu dari ekor mata hanya menahan senyum.

"Apapun thank you, Dr Firash. Sebab tolong beritahu Dr Chan". Ujar Maira perlahan semasa mereka berjalan menuju ke wad 2A.

"Nak tunggu kau beritahu, alamatnya berjanggut la kitorang nak tunggu kau panjat tangga tu. Silap-silap petang karang baru boleh start buat ward round"

Maira sudah mengetap gigi. Sia-sia je dia rasa nak nangis sebab terharu dengan kebaikan mamat cipan ni tadi. Rupanya tak habis-habis nak menyakitkan hati je. Maira mempercepatkan langkahnya apabila susuk tubuh Dr Chan dan Firash sudah memasuki Wad 2A itu.

Continue Reading

You'll Also Like

127K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...
360K 13.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...
405K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...