Bab 26

41.2K 1.3K 69
                                    

            "Assalamualaikum mama, ibu"

Maira menghulurkan salam. Senyum manis diberikan kepada kedua-dua wajah wanita yang sedang terpampang di skrin telefonnya itu. Hari ini setelah berfikir panjang, Maira membuat keputusan untuk mengkhabarkan tentang kandungannya kepada ahli keluarga. Lagipun Dr Firash sudah tahu, jadi tidak perlu lagi dia menyorokkan kandungan ini. Kerana itu dia memutuskan untuk membuat panggilan video kepada ibu dan mamanya. Dia sangat merindukan wajah-wajah itu.

"Waalaikumussalam, Maira" - Datin Rohaya
"Waalaikumussalam, anak ibu" - Puan Norishah

Serentak kedua-dua wanita itu menjawab.

"Lamanya mama tak jumpa menantu mama ni" ujar Datin Rohaya sambil tersenyum. Benar, sejak dari kali pertama Maira menjejakkan kaki kerumahnya dulu, wanita itu tidak pernah datang lagi. Ada juga dia bertanya kepada Firash, tetapi anaknya itu seolah-olah ingin mengelak. Dia hendak menghubungi Maira pun dia tidak mempunyai nombor telefon menantunya itu. Akhirnya Datin Rohaya hanya mendiamkan diri sahaja. Lagipun dia faham situasi Firash dan Maira. Hubungan yang dibina itu bukan atas dasar cinta seperti orang lain.

"Laa, ibu ingat ibu yang jauh ni je dah lama tak jumpa anak ibu. Rupanya mama yang dekat tu pun dah lama tak jumpa Fea?" Puan Norishah sudah mengerutkan dahi. Memang banyak kali juga dia bertanyakan Maira tetapi Maira memberi alasan bahawa Firash sibuk. Menantunya itu pun memberi alasan yang sama setiap kali dia menelefon Firash. Asyik oncall je memanjang.

"Err.. sorry mama, ibu.. Bukan taknak balik jumpa mama dengan ibu tapi keadaan tak mengizinkan" Maira sudah tersenyum kambing. Dalam kepala sedang mencipta alasan yang ingin diberikan.

"Keadaan apa yang tak mengizinkan sangat tu? Haih, kamu dengan Firash tu sama je. Sibuk je memanjang" Datin Rohaya mengeluh.

"Betul tu. Apa yang busy sangat sampai tak boleh balik tu?" Puan Norishah pula menyambung .

"Maira tak boleh naik kereta jauh-jauh.. sekarang ni pun mabuk-mabuk lagi" ujar Maira sambil tersenyum manis.

"Hah?" Serentak Datin Rohaya dan Puan Norishah bersuara.

"Maksudnya?" Tanya Datin Rohaya meminta kepastian. Takut juga kalau menantu dia ni mabuk-mabuk sebab lain.

"Maksudnya tak lama lagi mama akan jadi nekma, ibu akan jadi nenek" Maira membalas riang. Lega rasanya apabila tidak perlu lagi berahsia dengan keluarganya sendiri.

"Syukur, Alhamdulillah" serentak mereka berdua mengucap syukur.

"Dah berapa bulan?" Tanya Puan Norishah.

"Empat bulan, bu" jawab Maira perlahan. Terpaksa berbohong. Ibunya tidak tahu apa-apa tentang peristiwa itu.

"Amboi, bunting pelamin anak ibu ni. Alhamdulillah" riang sahaja suara Puan Norisha. Datin Rohaya hanya tersenyum.

"Habis tu, Maira dekat mana ni? Firash mana?" Tanya Datin Rohaya. Pelik juga, dari tadi kelibat anaknya itu tidak kelihatan.

"Maira warded, ma.. mabuk teruk sangat.." jawab Maira, tidak menceritakan perkara sebenar. tidak mahu membuat mereka berdua bimbang.

"Dok.. err abang Firash tengah pergi beli barang sikit" sambung Maira lagi. Dia sudah menggigit lidah. Nyaris tak tersasul.

"Laa yeke? Semoga anak dan cucu ibu dalam perut tu sentiasa dilindungi daripada sebarang kecelakaan"

"Aaminn. Maira jaga diri, ya" sambung Datin Rohaya pula.

"InnsyaAllah mama, ibu"

"Dahlah Fea pergi la rehat. Apa-apa jangan lupa bagitahu pada ibu dengan mama. Kalau dah okay nanti, baru balik Johor. Ibu masakkan untuk Fea apa yang Fea nak makan " ujar Puan Norishah.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now