Bab 4

30.8K 1.1K 28
                                    

Firash melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Sudah berapa kali dia mengerling jam di tangan. Menunggu seorang perempuan yang bernama Syakira Farhana ni memang selalu mencabar kesabaran seorang Ahmad Firash. Jam sudah melepasi waktu yang mereka tetapkan untuk bertemu. Hari ini Syakira mengajak Firash menemaninya mencari sedikit barang keperluan. Firash hanya bersetuju kerana kebetulan dia pun cuti harini. Daripada dia duduk di rumah baik dia keluar menemani Syakira.

Lagipun dia dengan Syakira sudah berkawan lama. Daripada zaman universiti lagi dia dan Syakira sudah berkawan rapat. Mereka terputus hubungan sekejap bagi menjalani housemanship di hospital yang berbeza. Setelah masing-masing mendapat gelaran pegawai perubatan kebetulan mereka dihantar bertugas ke hospital yang sama. Akibat dilihat selalu berkepit, ramai yang salah anggap mereka itu pasangan kekasih. Firash sudah malas mahu menyangkal tanggapan orang. Baginya hubungan dengan Syakira hanyalah sekadar teman biasa. Nasib baik Syakira pun tak pernah mempersoalkan status hubungan mereka. Itu yang membuatkan Firash selesa berkawan dengan Syakira.

Bukannya tak ada yang cuba memikat hatinya tapi dia lebih selesa tidak terikat. Malas mahu terikat dalam perhubungan yang menyemakkan kepala otak dia. Hidupnya sekarang cuma kerja kerja kerja. Baginya kerjaya sebagai seorang Pegawai Perubatan memerlukan komitmen yang tinngi. Bukan ibu bapanya tak pernah menyoal tentang perkahwinan tapi setiap kali itulah diacuba berdalih. Dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab. Menjadi suami atau bapa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

"Sorry Firash, i lambat..housemate i mintak tolong i sikit tadi" ujar Syakira yang sudah termengah itu. Nafasnya menjadi pendek akibat dia tergesa-gesa kerana dia sudah terlambat dari masa yang dijanjikan.

"It's okay. I memang dah selalu dah kena sidai dengan you" ujar Firash sambil membuka sebotol air mineral lalu dihulurkan kepada Syakira.

"Nah, minum dulu air ni. Dah nampak macam atlet marathon dah you ni." Sempat dia membeli air tadi sementara menunggu Syakira sampai.

Syakira yang menyambut huluran itu tersenyum manis sambil mengucapkan terima kasih. Sebab itulah sudah lama hati dia terpikat. Sudah lama dia menjadikan Firash sebagai pemilik takhta di hatinya. Firash seorang yang sangat mengambil berat padanya.

Dia yakin hati Firash juga miliknya tapi Firash memilih untuk tidak mengungkapkan. Kalau tidak masakan selama ini Firash hanya kehulu kehilir bersama dia sahaja. Tidak pernah dia nampak Firash keluar berjumpa dengan perempuan lain.

Staff-staff di hospital juga sudah maklum tentang hubungan mereka. Dan itulah tujuan Syakira. Dia memang nak semua orang tahu bahawa Dr Ahmad Firash yang tampan ini adalah miliknya. Sebab itulah walaupun berlainan jabatan, Syakira sentiasa mencari masa dan peluang untuk sentiasa berkepit dengan Firash.

Dia yang merupakan pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan hospital itu merupakan satu-satunya wanita yang sering dilihat bersama Firash. Itu yang membuatkan dia yakin bahawa Firash adalah miliknya seorang walaupun lelaki itu tidak pernah menyatakannya.

"Thanks sebab you sudi temankan i cari barang harini." Senyuman manis terukir di bibir Syakira apabila matanya bertentangan dengan mata hitam jejaka itu.

"My pleasure. You nak cari barang apa sebenarnya?". Tanya Firash sambil mereka berjalan beriringan menuju masuk ke gedung membeli belah itu.

"Oo.. i nak cari hadiah for my mom's birthday. Kalau i cari sorang-sorang rasa macam sendu pulak. Baik i ajak you. At least takdelah you terperuk je dekat rumah tu tak buat apa-apa"

Firash hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan Syakira. Memang betul pun, kalau tak memang dia malas nak ke bandar time-time hujung minggu macam ni. Kebiasaannya, dia akan pulang ke rumah ibubapanya di Selayang setiap kali hujung minggu. Tapi memandangkan hari esok dia oncall, dia mengambil keputusan untuk duduk saja di rumah .

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt