Bab 1

59.2K 1.4K 47
                                    

Maira melangkah ke arah wad ortopedik itu dengan senyuman manis sehingga ke telinga. Semangat lain macam harini untuk masuk kerja. Awal-awal lagi dia dah keluar rumah. Shift petang sepatutnya bermula jam 2.00 petang tapi dia 1.30 petang dah terpacak depan pintu wad ni. Maklumlah sudah sebulan dia bercuti. Kalau orang lain dengar mesti ingat dia cuti kahwin. Tapi itulah, bertunang pun tak ada yang sudi inikan pulak nak kahwin.

Cerita sebenarnya dia baru sahaja naik daripada MC. Sebulan cuti sakit. Yalah, siapa suruh turun tangga tergesa-gesa semasa nak hantar fail pesakit ke dewan bedah, tak pasal-pasal mendapat ACL tear di lutut kiri (kekoyakan pada ligamen lutut) . Dalam erti kata lain lutut dia jadi lembik. Nak berpijak pun tak boleh inikan pula hendak berjalan. Tidak pasal-pasal kakinya terpaksa disimen. Mujur tak kena buat pembedahan. Oleh kerana kekoyakan yang dialami tidak terlalu teruk, jadi Pakar Ortopedik menasihatkan untuk Maira menjalani terapi sahaja di Jabatan Fisio.

Dan Alhamdulillah, sekarang dia dah dapat berjalan seperti biasa cumanya dia tak boleh berkawan lagi dengan tangga. Bukan setakat trauma, tapi sebab kesakitan itu masih ada sisa-sisanya.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Maira menolak pintu Wad 6A itu.

"Eh Maira, dah naik kerja ke harini? Ya Allah rindunya akak dekat kau Maira. " ujar Zaleha sewaktu terpandang Maira yang baru sahaja masuk ke dalam pantry wad itu. Segera dia bangun memeluk Maira. Dia yang bekerja shift pagi ini saja masuk ke pantry sebentar untuk mencari kudapan. Biasalah mak buyung. Kena ikut saranan doktor. Makan sikit tapi kerap. Tapi dia ikut yang kerap itu je. Yang sikit tu dia tak ikut.

"Haah Kak Za, dah naik kerja la ni. Takkan saja-saja datang tengok Kak Za mengular pulak dekat pantry ni.." Gurau Maira sambil ketawa perlahan.

" Ya Allah, Maira pun rindu Kak Za.." Balas Maira sambil melepaskan pelukannya.

"Bukan mengular ye.. akak melintah je.. baby lapar.." Zaleha menunjukkan perut yang sudah memboyot.

"Sunyi betul rasanya wad ni tak dengar suara Maira.." tambah Zaleha lagi.

"Amboi Kakza, gaya cakap tu macam Maira ni selalu terjerit jerit je kat dalam wad ni" Maira menarik kerusi di hadapan Zaleha.

"Terjerit tu takdelah..tapi rindu mulut omeh tu. Rindu nak dengar potpet potpet Maira. Makcik-makcik kat wad ni pun sibuk tanya mana calon menantu diorang ni pergi" balas Zaleha sambil mengunyah pau yang dibeli di kafe tadi.

"Calon menantu ye? Kenapa Kak Za tak cakap yang calon menantu diorang ni cuti kahwin, kan senang.. tak payah diorang sibuk nak kenen-kenen kan Maira dengan anak-anak diorang tu semua" Maira geleng kepala sambil tersenyum bila teringatkan makcik-makcik tu semua.

"Kahwin la sangat. Mana ada pengantin naik pelamin dengan kaki bersimen bagai.. itu bukan raja sehari namanya..."

Percakapan Zaleha terhenti apabila pintu pantry dikuak dari luar. Terjengul la dua orang manusia yang paling Maira tak sabar nak jumpa. Siapa lagi kalau bukan dia punya geng masuk air. Fiffy dan Husna yang baru melangkah ke dalam pantry dah mula terlompat-lompat apabila ternampak susuk tubuh Maira dalam pantry wad itu. Zaleha dah mula geleng kepala.

'Dah mula dah budak bertiga ni'

"Mairaaaaaa!!!" Serentak suara Fiffy dan Husna bergema dalam pantry itu. Mereka terus berlari mendapatkan Maira untuk berpelukan. Sebulan mereka tidak bersua muka akibat gadis itu cuti sakit.

"Ya Allah.. cair taik telinga aku ni dengar suara korang la.. Terus berdenyut denyut lutut aku ni" Maira tersengih apabila pelukan mereka dilepaskan.

"Tak payah nak over ya Staff Nurse Maira Sofea.. Takde kena mengena ya suara kitorang ni dengan lutut kau tu. Eh macam mana lutut kau, dah okay ke?" Tanya Husna sambil memasukkan beg ke dalam lokernya di pantry tu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora