Bab 24

39.6K 1.2K 18
                                    

Hari ini hari Sabtu. Jadi Maira hanya meluangkan masa di rumah sahaja. Malas mahu ke tempat yang sesak. Nanti tak pasal-pasal dia muntah di depan orang ramai. Lagipun risau juga jika terserempak dengan Dr Firash dekat mana-mana. Perbualan telefonnya bersama Dr Firash dua hari lepas masih terngiang-ngiang di telinga Maira. Selepas pada panggilan telefon itu, mereka kembali tidak berhubung. Seperti tiada apa yang berlaku.

Maira kembali memicit dadanya perlahan. Entah apa silapnya tadi, botol perfume yang ingin disimpan di dalam almari terlepas dari tangan. Habis semerbak bau perfume dibiliknya. Disebabkan bau yang semerbak itu, dari tadi Maira sudah berulang ke tandas, memuntahkan segala isi perut.

Kalau dikira, sudah enam kali Maira membuat lawatan ke tandas pagi ini sahaja. Sampai badannya sudah tiada tenaga langsung sekarang. Hendak bangun pun tiada kudrat. Tenaganya kosong. Badan terasa lembik..Jadi Maira hanya bersandar sahaja di sofa di ruang tamunya itu. Tidak boleh berada di dalam bilik yang semerbak dengan bau perfume itu. Serpihan kaca yang berserakan di lantai bilik itu pun belum sempat dikutip.

Maira segera bangun apabila tekaknya ingin memuntahkan isi perutnya lagi. Terkocoh-kocoh Maira berlari ke bilik air di dapur.Entah dimana silapnya, kakinya terpijak tuala basah yang ingin digunakan untuk mengelap lantai biliknya tadi.

"Allah.."

Maira sudah jatuh terduduk. Terbuntang matanya menahan sakit akibat hentakan itu. Segera Maira memegang perutnya. Tiada apa yang difikirkan di kepala saat itu. Hanya keselamatan anak di dalam kandungannya sahaja. Perlahan-lahan Maira cuba bangun. Menapak perlahan-lahan. Sakit yang amat sangat dirasakan di punggung dan di perutnya ketika ini. Isi perut terasa seperti dipulas-pulas dari dalam.

Baru beberapa langkah menapak, serta-merta langkah Maira menjadi kaku. Dia dapat merasakan ada cecair panas yang mengalir keluar dari celah kangkangnya. Segera tangan menyelak kain yang dipakai.

"Ya Allah" terketar-ketar tangan Maira saat melihatkan darah pekat yang mengalir itu.

"Baby, tolong bertahan. Baby jangan tinggal mommy.. Ya Allah, lindungilah anakku ya Allah" Air mata sudah lebat mengalir.

Maira sudah tidak mempedulikan sakit yang dirasakan. Langkah yang perlahan tadi disegerakan walaupun payah. Anaknya perlu diselamatkan..Tangan mencapai tudung sebelum disarung laju ke kepala. Beg tangan diambil. Begitu juga dengan buku pinknya.

Maira melangkah keluar dari rumah. Kunci kereta ditekan. Dia sudah tidak boleh berfikir ketika ini. Dia hanya mahu segera sampai ke hospital ketika ini. Ada nyawa yang perlu diselamatkan. Nyawa anaknya! Sebab itu Maira nekad untuk memandu keretanya sendiri. Dia yakin dia mampu .

"Eh, misi. Nak kemana tu?" Ramah sahaja jirannya, Ramlah menegur.

Maira sempat berpaling ke arah Ramlah. Dia cuba untuk membalas tetapi pandangannya kini sudah semakin berbalam. Maira sudah tidak mampu bertahan. Akhirnya dia rebah di atas lantai garajnya.

"Ya Allah Misi!!! Abanggg!!!!" Telinga Maira sempat menangkap jeritan Ramlah itu sebelum dunianya menjadi gelap.

Ramlah yang sedang menyidai baju itu segera berlari ke arah rumah Maira. Pintu pagar wanita itu dibuka dengan gopoh.

"Kenapa, Lah?" Terkocoh-kocoh Anuar menjenguk ke luar apabila mendengar jeritan isterinya itu .

"Abang, cepat bang! Kita kena bawak Misi pergi hospital ni. Dia berdarah banyak ni" ujar Ramlah cemas. Wajah pucat Maira itu dipandang dengan penuh kerisauan.

***************************************

Firash yang baru sahaja selesai menunaikan solat zohor segera mencapai telefon bimbitnya di atas katil. Sudah beberapa kali telefonnya itu menjerit minta diangkat. Segera Firash menolak ikon hijau di skrin telefonnya itu ke atas. Menjawab panggilan yang dirasakan penting itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now