Bab 7

29K 1K 6
                                    

           "Kalau dari segi pemakanan, mesti kena control pengambilan gula dengan karbohidrat.. kadang-kadang pesakit lebih fokus untuk kurangkan manis je.. sedangkan makanan berkanji macam nasi, mi, roti, biskut tu pun kena kawal.. sebab makanan berkanji tu bila sampai ke perut dia akan bertukar jadi gula jugak.." Terang Maira kepada pesakit di hadapannya itu. Pesakit itu baru dirujuk oleh unit kardiologi kerana pesakit itu baru disahkan mengidap penyakit diabetes mellitus jenis 2. Jadi sudah menjadi tugas Maira pada hari Isnin ini untuk memberi kaunseling kepada pesakit yang dirujuk kepadanya.

"Buah-buahan pun kena sukat jugak tau makcik.."

"Aik..buah buahan tu bukan gula semula jadi ke misi?" Tanya Puan Laila, pesakit yang dari tadi tekun mendengar kaunseling dari Maira itu.

"Ya makcik..walaupun dia gula semula jadi tapi dia tetap boleh naikkan gula dengan cepat..Gula pun tetap akan naik..Lagi satu, bila dah on insulin ni pulak, waktu makan pun kena betul.. tak boleh skip sarapan, lunch dengan dinner.. dinner tu pun seelok-eloknya tak lewat daripada pukul 8.00 malam.. sebab kita nak elakkan gula berlebihan pada waktu malam.. nanti dia akan membawa sampai ke pagi gula tu. Sebab tu kadang-kadang pagi gula makcik akan tinggi walaupun makcik belum makan apa-apa.." sambung Maira lagi.

Tiba-tiba perhatiannya kepada Puan Laila terganggu apabila melihat susuk tubuh yang baru masuk ke dalam biliknya itu. Dengan lagak biasa jejaka itu terus melabuhkan punggung di kerusi kosong berhadapan PC yang kebiasaannya menjadi tempat Raihana melakukan kerjanya. Laju sahaja tangan jejaka itu menaip sesuatu di keyboard tanpa menghiraukan dua orang lagi manusia di dalam bilik itu.

Maira yang melihatkan lagak jejaka itu hanya mengabaikan sahaja dan terus menyambung sesi kaunseling dengan Puan Laila tadi.

"Untuk panduan, makcik boleh amalkan pinggan sihat malaysia.. ni contoh pinggan dia..pinggan ni ikut konsep suku-suku separuh.. suku nasi atau karbohidrat, suku lauk ataupun protein dan separuh lagi sayur hijau".. terang Maira sambil menunjukkan contoh pinggan sihat itu kepada Puan Laila.

" Kalau makcik amalkan konsep suku suku separuh ni bukan setakat gula je tau boleh terkawal, berat pun boleh turun. Lepas ni misi pulak tak kenal makcik sebab dah slim melim.." terus pecah tawa Puan Laila mendengar kata-kata Maira itu.

"Ada-ada je misi ni" ujar Puan Laila setelah tawanya reda.

"Makcik ada apa-apa soalan nak tanya saya? Ada apa-apa yang makcik tak faham?"

"Ada, misi. Makcik nak tanya sikit" tanya Puan Laila sambil memperlahankan volume suaranya. Maira yang berasa pelik dengan kelakuan Puan Laila terus mendekatkan wajahnya. Mungkin soalan yang ingin ditanya agak sensitif sehingga membuatkan Puan Laila malu sekiranya orang lain mendengarnya.

"Apa dia, makcik?" Tanpa sedar, suara Maira juga sudah ditune mengikut volume suara Puan Laila.

"Misi dah kahwin ke belum?" Terus Maira ketawa kecil sambil menjarakkan kembali wajahnya apabila mendengar pertanyaan Puan Laila itu.

"Belum la makcik. " Jawab Maira selepas tawanya reda. Sempat dia mengerling ke arah jejaka yang sedang fokus memandang PC di hadapannya. Melihat muka yang tidak beriak itu Maira menarik nafas lega.

'Nasib baik dia tak dengar'

"Misi dah ada calon ke? Kalau belum ada, makcik berkenan nak buat misi jadi menantu makcik. Cantik, sopan santun je orangnya" sambung Puan Laila. Dari tadi sebenarnya dia memerhatikan jururawat yang sudah selesai memberi kauseling kepadanya itu. Sopan orangnya, senyuman pula tak pernah lekang dari bibir.

Firash yang terdengar perbualan dua orang wanita itu terus mengangkat kening. Setakat ini dah dua kali dia mendengar jururawat pendek itu dilamar oleh pesakit untuk dijadikan menantu. Apa yang istimewanya gadis itu pun dia tidak tahu. Yang Firash tahu gadis yang bermulut agak pedas itu tak pernah memenuhi kriteria seorang menantu pilihan. Nak dibuat isteri jauh sekali. Mulut pedas macam hari-hari makan maggi samyang. Bila bukak mulut pulak, ada je perkataan sinis nak keluar dari mulut dia. Siap pakej dapat jelingan maut lagi.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now