C | Love, Ariq Farhan

By viepixxa

531K 42.7K 11.5K

2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri... More

Prolog | LAF
Qisyariq | 1
Qisyariq | 2
Qisyariq | 3
Qisyariq | 4
Qisyariq | 5
Qisyariq | 6
Qisyariq | 7
Qisyariq | 8
Qisyariq | 9
Qisyariq | 10
Qisyariq | 11
Qisyariq | 12
Qisyariq | 13
Qisyariq | 14
Qisyariq | 15
Qisyariq | 16
Qisyariq | 17
Qisyariq | 18
Qisyariq | 20
Qisyariq | 21
Qisyariq | 22
Qisyariq | 23
Qisyariq | 24
Qisyariq | 25
Qisyariq | 26
Qisyariq | 27
Qisyariq | 28
Qisyariq | 29
Qisyariq | 30
Qisyariq | 31
Qisyariq | 32
Qisyariq | 33
Qisyariq | 34
Qisyariq | 35
Qisyariq | 36
Qisyariq | 37
Qisyariq | 38
Qisyariq | 39
Qisyariq | 40
Qisyariq | 41
Qisyariq | 42
Qisyariq | 43
Qisyariq | 44
Qisyariq | 45
Qisyariq | 46
Qisyariq | 47
Qisyariq | 48
Qisyariq | 49
Qisyariq | 50
Qisyariq | 51
Qisyariq | 52
Qisyariq | 53
Qisyariq | 54
Qisyariq | 55
Qisyariq | 56
Qisyariq | 57
Qisyariq | 58
Qisyariq | 59
Qisyariq | 60
Epilog | LAF

Qisyariq | 19

8.5K 659 162
By viepixxa

Akhtar mengambil tempat duduk di sofa bilik wad VIP Qisya. Dia memberi ruang untuk Ariq dan Qisya berbicara berdua. Dia ingin keluar namun dihalang oleh Ariq, katanya tidak manis jika hanya dia dan Qisya tinggal berduaan dalam bilik wad itu.

Skrin iPhone yang berada di tangannya hanya direnung. Wallpaper gambar Akhtar dan Qisya. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat Qisya dan Ariq yang sedang berbual itu. Qisya duduk di atas katil manakala Ariq duduk di kerusi tepi katilnya.

"Diorang nampak serasi.." Akhtar senyum seketika, dia ikhlas melihat Qisya bersama lelaki lain. Wallpaper gambar mereka tadi pun digantikan dengan gambar sunset.

"Kau langsung tak nampak ke muka orang yang tikam kau tu?" soal Ariq agak tidak berpuas hati apabila dari tadi berbual, dia langsung tidak dapat apa-apa maklumat penting.

"Tak. Dia pakai tertutup. Hanya mata yang nampak tapi tu pun sesaat sebab dia terus serang aku. Aku tak sempat nak self defense tau! Kalau tak, memang dia dulu yang aku tikam." Bersungguh Qisya bercerita kejadian sebenar. Dia handal berlawan tau!

"Abang kau kata kau menjerit.."

"Aku terjerit sebab terkejut tengok isi kotak tu. Bila aku buka, tiba-tiba ada ular melompat keluar. Ingatkan ular betul, rupanya palsu,"

"Lepas tu, aku lebih terkejut bila tengok orang tu dah berdiri depan aku. Dia datang and pergi secepat kilat macam hantu tau.." Ariq hanya mengangguk mendengar cerita Qisya itu.

"Hm.. Kau ada musuh ke?" soalnya.

"Musuh? Takda kot. Ehh jap, maybe peminat kau!" Qisya menduga sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Hah?"

"Mesti ada orang yang tak puas hati dengan aku sebab aku nak kahwin dengan kau. Kau pun tahu kan, aku famous sekarang." Bangga Qisya berkata apabila namanya sering disebut dalam artikel.

"Tapi takkanlah sampai nak tikam.." Ariq kurang setuju dengan pendapat Qisya.

"Niat dia bukan untuk membunuh, dia cuma nak cederakan aku."

"Macam mana kau tahu?"

"Kalau dia nak bunuh aku, dia akan tikam kat bahagian yang lebih bahaya especially leher tapi dia pilih bahagian yang kurang bahaya,"

"Sebab dia cuma nak cederakan aku and buat aku takut kot." Qisya mengangkat kedua belah bahu malas mahu fikirkan.

"Hmm.." Ariq terdiam sejenak, ada benarnya juga kata Qisya itu.

"Takkan Tiara?" Qisya menduga pula. Hanya perempuan itu yang berdendam dengannya.

"Mustahil. Tiara tak lah sejahat tu. Mulut dia memang jahat tapi dia takkan buat benda tu." Ariq menggeleng laju, dia tidak mahu terfitnah orang.

"Kau bela dia ke?" Qisya agak cemburu.

"Tak. Aku cakap berdasarkan apa yang aku tengok."

"Hm okay.. Abaikan jelah pasal hal ni. Tak payahlah report polis, aku bukan cedera teruk sangat pun." Kata Qisya.

"Tapi kalau dia serang kau lagi?"

"It's okay, I can protect myself. I will be more careful."

"Qisya.." Panggil Ariq dengan nada yang rendah.

"Apa?"

"Jaga diri. Aku tak nak princess aku ni cedera. Hati aku sakit bila tengok kau sakit." Serius saja nada suara Ariq namun kedengaran romantik di telinga Qisya.

"Ciee princess ek?" Qisya tersenyum juga, suka lah tu.

"Haah. Dari dulu sampai sekarang, kau tetap my princess." Ujar Ariq, mana mungkin dia lupa princess kesayangannya.

"Kau masih ingat?" soal Qisya agak tidak percaya. Ariq mengangguk.

"Jap.. Kenapa aku rasa macam kita sedang diperhatikan?" kata Qisya setelah perasan sesuatu, seram pula rasanya.

"Kann?" Ariq juga merasa hal yang sama dari tadi.

Mereka pun menoleh ke arah Akhtar yang masih memerhati sambil memakan keropok di tangannya. Dah macam tengok drama depan mata.

"Dah habis? Aku nak balik ni." Akhtar menayang muka comel. Ingat tak penat ke jadi nyamuk?

"Alaa aku lupa dia masih ada.." Ariq menepuk dahi seketika. Kasihan kawan baru dia tu. Qisya hanya tertawa kecil.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

Tegang saja suasana di dalam rumah mewah TS6. Masing-masing sibuk melakukan tugasan yang diberikan. Aish yang baru tiba mengambil tempat duduk di sebelah Putra. Dia baru ada masa untuk ikut serta ahli yang lain namun dia tetap tahu perkembangan semasa.

"Hai guys.." Aish menyapa Putra, Zafiy, Izzat dan Syafiq. Mereka hanya mengangkat tangan.

"Ray.." Panggil Putra. Aish membalas tatapan mata Putra.

"Pasal H.."

"Kau dah jumpa dia ke?" soal Aish agak teruja.

"Tak. Tapi maybe dia yang serang Qisya semalam." Jawab Putra, setelah disiasat semua bukti tertuju pada H.

"Why dia buat macam tu? Sebab Qisya tu bakal isteri Far ke?" soal Aish lagi sekaligus menduga.

"Maybe.."

"Hm what if dia ganggu isteri dan anak-anak aku juga?" Aish mula panik, dia tidak mahu hal itu terjadi. Cukuplah sudah ramai yang terkorban disebabkan dirinya.

"Kau jangan risau, Ray. Kami akan cuba gagalkan semua plan H." Pujuk Zafiy dengan yakinnya.

"Tapi kenapa dia target kami? Apa hubungan dia dengan arwah Harith and Ziyad?" soal Aish, dia tidak dapat memikirkan siapa orang disebalik huruf H itu.

"Tu aku tak pasti. Maybe dia orang terdekat korang juga?" Teka Zafiy. Aish hanya mengangkat kedua belah bahunya.

"Ray, aku nak tanya ni.." Keempat-empat orang jejaka yang berada di ruangan itu terus menoleh ke arah Putra ketika dia bersuara.

"Apa?"

"Arwah Ziyad.. Dia mengaku ke yang dia tolak arwah Harith?" Putra menanyakan juga hal itu walaupun dia sudah tahu situasi sebenar.

"Arwah cuma kata, Rith mati disebabkan dia. Rith nak selamatkan Yad waktu Yad nak terjun dari bangunan tu." Ujar Aish sekaligus mengingati ucapan arwah Ziyad dulu.

"Betul lah tekaan aku selama ni."

"Pasal ada orang yang sengaja nak bunuh arwah Rith ke?" soal Syafiq pula.

"Haah. Aku rasa orang tu memang sengaja nak perangkap arwah Harith. Dia bagitahu lokasi Ziyad waktu tu sebab dia tahu arwah Harith akan selamatkan arwah Ziyad,"

"Aku rasa kemungkinan besar H tulah pembunuh sebenar." Putra yakin akan hal itu.

"Kalau betul dia, apa motif dia lagi? Dia nak bunuh aku pula ke? Or dia target Far? Ish tak boleh lah macam ni.." Banyak persoalan bermain di fikiran Aish. Paniknya datang semula akibat kemunculan H ini.

"Kau pun tahu kan pihak atasan aku yang dulu tak suruh aku siasat pasal kes ni. So aku tak boleh minta bantuan sesiapapun. Mereka dah lucutkan jawatan aku and now aku hanya mampu jadi detektif persendirian." Sayu nada suara Putra berkata apabila teringat statusnya yang sekarang. Dia bukan lagi seorang polis. Dia hampir lupa kenyataan itu.

"Aku masih tak puas hati kenapa mereka perlu hentikan kau? Apa salah kau sampai kau tak boleh jadi polis lagi?" Aish turut rasa tiada keadilan untuk Putra.

"Disebabkan 3 tahun yang lepas, aku ada buka kes sendiri tanpa pengetahuan pihak atasan.. Mereka anggap aku ni tak dengar cakap dan nak membelakangi mereka. And adalah sebab lain.." Putra menghela nafas berat. Pedih untuk mengingati kembali kejadian itu. Hanya Izzat yang tahu akan hal itu.

"It's okay. Kau tetap polis dalam team kita. Cukuplah apa yang kau dah buat untuk kami." Aish menepuk bahu kanan Putra untuk membagi semangat.

"But don't worry, aku akan cari H sampai dapat. Aku akan tangkap dia." Putra tekad ingin menyelesaikan misinya yang tergelanda dulu.

"Tapi Prince, jangan sampai pertaruhkan nyawa kau." Pesan Aish dengan risaunya. Putra sudah banyak berkorban selama 3 tahun ini.

"Don't worry lah." Putra senyum hambar. Dia rela jika nyawanya terkorban asalkan kedua orang kembar itu bahagia. Tugasnya cuma itu.

"Jangan mengada." Sampuk Izzat agak tegas. Dia tidak suka jika Putra membahayakan dirinya apatah lagi berkorban.

"It's okay.." Putra senyum nipis. Dia hanya mengabaikan tatapan tajam Zafiy dan Syafiq itu.

"Yo bincang apa?" Sapa Ariq yang baru turun dari tingkat atas. Dia sibuk menguruskan tentang majlis perkahwinannya.

"Pasal H." Jawab Aish sambil menatap wajah Ariq. Dia risaukan kembar tak seirasnya ini.

"Phone arwah kawan-kawan kau masih ada dekat kau kan?" Putra bertanya kepada Ariq.

"Haah, aku yang simpan lepas Ray ambil semula hari tu." Jawab Ariq, dia duduk di sebelah Syafiq.

"Macam mana phone tu boleh ada dekat kau dulu?" soal Syafiq pula.

"Daddy arwah Yad bagi phone Yad kat aku sebab dia tak tahu password. Pastu aku terbuka bahagian log call dia. Ada someone yang dia selalu call. Aku check bahagian chat, diorang selalu jumpa. Kebanyakan chat tu dia macam batu api kat arwah Yad supaya arwah makin benci dengan Ray." Jelas Ariq panjang lebar. Disebabkan hal ini dia mula mengumpul orang untuk menyiasat secara rahsia.

"Bila aku check phone arwah Harith pula, ada someone send location bangunan tempat kejadian tu. Nombor yang sama dengan orang yang selalu contact arwah Ziyad."

"Wait.. Betul lah apa Prince cakap tadi pasal location tu.." Aish agak tidak menyangka tekaan mereka benar.

"Maksudnya incident tu disengajakan. Maybe dia hasut Ziyad bunuh diri tapi targetnya memang Harith." Spekulasi Aish setelah mendengar semuanya. Putra mengangguk, dia yakin.

"Kau dah try call number tu?" soal Putra kepada Ariq.

"Dah tapi dia guna burner phone. Langsung tak boleh nak detect orang tu." Ariq menghela nafas berat, susah mahu jumpa pelaku itu.

"Aku rasa betul H lah orangnya." Yakin Putra berkata. Dia sudah lama mencari sosok H itu.

"Kita kena cari dia. Kita tak tahu apa motif dia sebenarnya." Aish memejamkan mata, dia risau memikirkan nasib mereka nanti. Dia belum bersedia untuk kehilangan sesiapapun terutamanya adik kembarnya itu.

"Biar kami je yang cari pasal H. Far and Ray, korang uruskan lah dulu apa yang patut. Especially kau, Far. Kahwinlah dulu." Pujuk Izzat bagi menenangkan hati kembar itu.

"Thanks, TS6.." Ariq menguntumkan senyuman kepada mereka. Dia percaya mereka namun pada masa yang sama dia takut. Takut jika ada pengkhianat.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

Pintu utama rumah dibuka lalu kelihatan wajah kacak bakal suaminya. Qisya pantas membetulkan tudungnya agar nampak lebih cantik.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya.

"Tak boleh ke lawat bakal isteri?"

"Boleh je tapi.. Tak eloklah nak bawa kau masuk ke dalam. Papa dan abang aku takda."

"Siapa kata aku nak masuk? Aku nak ajak kau keluar." Selamba Ariq memberitahu hajatnya ke sana.

"Berdua je ke?"

"Taklah, bertiga."

"Hah?" Qisya menayang wajah hairan, siapa pula orang ketiga ni?

"Dia dah tunggu dalam kereta tu. Kau pergilah bersiap dulu. Aku tunggu dalam kereta."

"Okay, jap." Qisya segera naik ke atas biliknya untuk menukar pakaiannya.

Setelah siap, dia pun keluar semula. Sebaik saja masuk ke tempat duduk belakang kereta, ada seseorang yang mengintip Qisya dari tempat duduk hadapan. Seorang budak lelaki yang sangat comel dan kacak!

"Hai akak cantik!" Sapanya sambil melambaikan tangan kanannya.

"Hai budak comel!" Qisya turut melambaikan tangannya, senyuman anak itu dibalas.

"Waa I like akak cantik!" Budak kecil itu bertepuk tangan, happy!

"Tak payah panggil dia akak, nanti dia perasan muda. Panggil je aunty, Patah." Ariq membetulkan panggilan nama itu dengan nada mengejek.

"Elehh Uncle Air ni! Sibuk je." Fattah membuat muka monyok, tidak puas hati dengan Ariq.

"Dasar si Patah, aku tinggalkan kau tepi jalan karang." Ugut Ariq sengaja nak menyakat anak buah isteri kembarnya itu.

"Ish sampai hati buat Attah camtu! Nanti Attah ngadu kat Uncle Ais yang Uncle Air jahat!" Rengek Fattah, tangan turut disilang ke dada. Malas kawan!

"Suka hati kaulah, Patah Seribu." Ariq tersenyum lalu dia memandu keretanya menuju ke destinasi yang ingin dituju.

"Uncle Air ek?" Qisya mengemam bibir menahan tawa tatkala mendengar nama panggilan unik Ariq.

"Nama siapa?" soal Qisya kepada budak lelaki itu.

"Ehem nama saya Fattah Aqib, umur 7 tahun. Boleh panggil Attah je. Attah masih comel macam dulu." Petah Fattah memperkenalkan diri sambil menayang jari peace dan gigi taringnya.

"Anak siapa pula yang kau culik ni? Comel sangat lah ee!" Qisya merasa sangat geram. Nak je cubit pipi gebu anak kecil itu!

"Anak buah bini kembar aku."

"Aww ni yang buat aku tak sabar nak ada anak. Comel sangat.." Gumam Qisya perlahan namun masih didengari eleh Ariq.

"Sabar, bakal isteri. Nanti lepas kahwin, kita buat anak comel-comel ye?" kata Ariq sambil melihat pantulan wajah Qisya di cermin hadapan kereta.

Qisya terus terdiam. Entah kenapa pipinya terasa hangat. Dia pun melarikan pandangan ke tempat lain. Ariq tersenyum sinis. Suka pula sakat bakal isteri.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di studio musikal milik arwah Harith. Ariq membawa Fattah turun dari kereta lalu dia menuntun tangan Fattah. Qisya hanya mengikuti dari belakang.

"Patah, kau duduk sini diam-diam." Ariq mendudukkan Fattah di atas kerusi depan pentas kecil studio itu.

"Uncle Air.." Panggil Fattah dengan nada manjanya. Pergelangan tangan Ariq turut dipegang.

"Nak apa?"

"Attah lapar lah! Nak makan apa kat sini hmm.." Rengek Fattah sambil membuat muka sedih.

"Makan je gitar tu." Jawab Ariq tanpa perasaan.

"Eee Uncle Air ni! Uncle Ais lebih baik dari Uncle Air tau tak?" omel Fattah agak geram. Qisya tersenyum mendengar, comel je.

"Uncle Ais tu Aish Rayhan ke?" soal Qisya sekadar ingin tahu.

"Haah." Jawab Ariq.

"Comel je kena panggil Ais and Air. Twins sangat!" Qisya tertawa kecil.

"Gelak, gelak. Siram pakai air baru tahu!" ugut Ariq, muka monyok ditayang.

"Yelah sorry, bakal suami Qisya." Wajah Ariq terus berubah ketika mendengar panggilan itu. Cie blushing!

"Pergilah belikan Attah makanan, sian dia lapar." Arah Qisya, Fattah turut mengangguk sambil membuat muka comel.

"Aku dah order, nanti sampai lah tu. Tunggu jap ye, budak patah." Pujuk Ariq sambil mengusap lembut pipi Fattah.

"Aunty cantik.. Nama siapa?" Fattah bertanya kepada Qisya sambil meletakkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya.

"Aunty Qismis." Jawab Ariq tanpa sempat Qisya bersuara.

"Hihi comelnya!" Fattah menekup mulut menahan tawanya.

"Dasar Air! Ishh!" Qisya memberi jelingan maut kepada Ariq.

"Aunty cantik.. Attah nak tanya satu soalan!" Teruja Fattah berkata sambil tersengih.

"Apadia?" Qisya terus menatap wajah comel Fattah.

Fattah pun berdiri di sebelah Ariq sambil bergaya ala-ala model. Ariq turut meniru gara Fattah sambil membuat muka kacaknya. Qisya menahan senyumnya, dah macam anak-beranak pula mereka dua tu.

"Antara Uncle Air and Attah, Attah lebih handsome kan?"

"Haah Attah lebih handsome! Mesti papa Attah pun handsome kan?" Dengan yakinnya Qisya menjawab tanpa memandang Ariq.

"Yeayy Attah menang! Papa Attah memang handsome macam Attah lah." Bangga Fattah berkata. Sempat dia membuat muka mengejek Ariq.

"Waa rasa nak tengok muka papa Attah lah! Mesti macam artis kan?"

"Bombastic side eye.. Kau tak nampak ke bakal suami kau ni lebih handsome? Papa orang juga kau nak puji ish!" Ariq menyampuk dengan nada cemburu. Sempat dia memberi tatapan sinis.

"Jealous lah tuu.." Perli Qisya sengaja.

"Takde maknanya. Eh Patah, kau tak handsome pun lah. Jadi comel jelah." Kata Ariq sambil mengusutkan rambut Fattah sebelum dia melarikan diri ke tempat lain.

"Uncle!!" Fattah membuat muka tidak berpuas hati.

"Attah.. Jangan layan Uncle Air tu, dia memang macam tu. Suka sakitkan hati orang tapi dia tu penyayang tau." Pujuk Qisya, dia duduk bercangkung di depan Fattah untuk menatap wajah comel itu.

"Hm tahu.. Sebab tu Attah suka cari gaduh dengan dia. Uncle Air tu kasar tapi lembut juga. Attah suka dia!" Tersenyum Fattah bercerita tentang perangai Ariq.

"Kannn?" Qisya turut senyum.

"Aunty suka Uncle Air ek?" usik Fattah sambil tersenyum nakal.

"Ehh.."

"Cepatlah kahwin, Attah nak ada kawan baru lagi!"

"Kawan baru?"

"Uncle Air kata kalau dia kahwin, dia akan buatkan ramai kawan baru untuk Attah!" Beritahu Fattah sambil menggayakan kedua belah tangannya seperti belon besar.

"Ohh.." Qisya speechless. Anak ke maksudnya? Dasar Ariq otak senget!

"Makanan dah sampai!" jerit Ariq sambil berlari kecil dengan plastik makanan di tangannya. Sekejap betul!

"Yeayy makan!" Fattah berlari ke arah Ariq lalu dia duduk di tepi Ariq yang sudah duduk atas lantai beralaskan karpet.

"Uncle order apa?"

"Pizza and french fries je. Cukup tak? Kalau tak, nanti uncle belikan nasi pula." Sambil itu tangannya menyusun makanan tersebut.

"Ehh cukup, cukup! Daddy selalu pesan, kita kena bersyukur apa adanya. So Attah bersyukur walaupun hanya ada makanan ni," Fattah berkata-kata dengan matangnya.

"Terima kasih, uncle Air! Nah mini love." Fattah menayang jari mini love kepada Ariq sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya.

"Comel lah kau ni." Ariq turut tersenyum. Kepala Fattah diusap lembut. Tak sabar nak ada anak comel sendiri.

"Sebelum makan, kita kena cuci tangan! Ada paip ke kat sini?" Fattah menayang tangan kecilnya.

"Ada kat sana. Jom ikut uncle." Ariq bingkas bangun, tangan dihulur lalu disambut laju oleh Fattah. Mereka menuju ke kawasan dapur.

Walaupun makanan sederhana tapi bermakna untuk mereka. Mereka menikmati makan dengan riak wajah yang gembira. Sudah nampak seperti pasangan suami isteri dan anaknya.

"Alhamdulillah kenyang.." Fattah bersandar di atas kerusi sambil memejamkan matanya. Rasa ngantuk pula selepas makan.

"Tidurlah dulu. Nanti aku kejutkan." Kata Ariq sambil membelai lembut kepala Fattah. Fattah akur dan tidak lama, dia berdengkur halus.

"Comel.." Puji Ariq lalu kepala Fattah dikucup seketika. Penyayang dalam diam, itulah Ariq Farhan.

"Comel macam kau." Puji Qisya tanpa sedar.

"Hah?" Ariq mengangkat sebelah keningnya, tak salah dengar ke ni?

"Nothing.." Pantas Qisya memboloskan diri ke atas pentas kecil. Dia melihat semua peralatan muzik yang ada di tempat itu dengan perasaan kagum.

"Dulu kami selalu buat persembahan kat sini." Dia menoleh ke arah Ariq yang sudah duduk di atas kerusi pentas itu bersama gitar di tangan.

"Ni studio korang?"

"Yes. Arwah Rith punya studio tapi sekarang aku dengan Ayan yang jaga." Qisya mengangguk tanda faham.

"Teringat pula waktu kau lamar aku kat tempat ni. Kau siap nyanyi, sweet lah.."

"Tunggu lepas kita kahwin, aku akan lebih sweet." Mendengar ucapan Ariq itu membuat Qisya rasa teruja.

"By the way, tangan kau dah okay?"

"Okay than before.. Cuma sakit sikit je."

"Kalau macam tu, minggu depan kita kahwin. Nak tak?" Ajak Ariq sambil menatap mata Qisya tulus.

"Hah? Kenapa lajukan dua minggu?"

"Sebab aku takut if ada orang cederakan kau lagi. Aku nak kau ada disisi aku setiap hari supaya aku tenang." Jujur Ariq memberitahu alasannya. Buat apa ego sedangkan sudah sayang?

"So, setuju tak?"

"Mestilah setuju." Qisya senyum bahagia. Akhirnya, saat yang paling dinantikan bakal tiba. Inilah niat sebenar mengapa dia muncul semula depan Ariq. Kerana dia ingin melakukan sesuatu selepas mereka kahwin nanti.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

ᴛᴏ ʙᴇ ᴄᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ..

Be honest, korang curious nak tahu pasal misterinya or nak tahu pasal romance je?

I takut story ni tak kena citarasa korang. If korang rasa story ni tak best, just tell me..

Continue Reading

You'll Also Like

227K 11.9K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.3M 27.6K 11
(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
MIMPI NYATA By Yaya

Mystery / Thriller

24.8K 1.8K 28
Start: 28/03/2023 End : "si..siapa awak? Apa awak nak?" - Alyaa Syafiah - "Saya perlukan bantuan awak." - Hayden Hakimi - Kehidupan Yaya ( Alyaa Sy...
2.4K 167 12
Cinta yang dipendam bertahun, akhirnya bertukar menjadi dendam kerana keadaan. Dendam. Dia tidak tahu sama ada dendam itu ialah dendam selamanya ata...