C | Love, Ariq Farhan

Por viepixxa

543K 43.2K 11.6K

2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri... Más

Prolog | LAF
Qisyariq | 1
Qisyariq | 2
Qisyariq | 3
Qisyariq | 4
Qisyariq | 5
Qisyariq | 6
Qisyariq | 7
Qisyariq | 8
Qisyariq | 9
Qisyariq | 10
Qisyariq | 11
Qisyariq | 12
Qisyariq | 13
Qisyariq | 14
Qisyariq | 16
Qisyariq | 17
Qisyariq | 18
Qisyariq | 19
Qisyariq | 20
Qisyariq | 21
Qisyariq | 22
Qisyariq | 23
Qisyariq | 24
Qisyariq | 25
Qisyariq | 26
Qisyariq | 27
Qisyariq | 28
Qisyariq | 29
Qisyariq | 30
Qisyariq | 31
Qisyariq | 32
Qisyariq | 33
Qisyariq | 34
Qisyariq | 35
Qisyariq | 36
Qisyariq | 37
Qisyariq | 38
Qisyariq | 39
Qisyariq | 40
Qisyariq | 41
Qisyariq | 42
Qisyariq | 43
Qisyariq | 44
Qisyariq | 45
Qisyariq | 46
Qisyariq | 47
Qisyariq | 48
Qisyariq | 49
Qisyariq | 50
Qisyariq | 51
Qisyariq | 52
Qisyariq | 53
Qisyariq | 54
Qisyariq | 55
Qisyariq | 56
Qisyariq | 57
Qisyariq | 58
Qisyariq | 59
Qisyariq | 60
Epilog | LAF

Qisyariq | 15

9.5K 810 345
Por viepixxa

Kamera lama terfokus pada wajah Qisya, maklumlah jurukamera juga agak kagum dengan sikap berani Qisya melawan juri. Qisya mengutuk dirinya dalam hati kerana keterlanjuran bicara tadi. Dia malu kerana ditatap oleh Ariq yang tersenyum nakal itu. Bakal suami lah sangat!

"Chef Ariq, sila bagi komen." Tiara menatap tajam wajah Ariq seakan tidak berpuas hati. Kenapa dia tidak tahu tentang hubungan mereka berdua?

"Hai bakal isteriku." Ariq menyapa dengan beraninya tanpa mempedulikan tatapan pelik orang lain. Membahang wajah Qisya ketika dipanggil bakal isteri. Ni lagi seorang, berani buat hal!

"Saya tak nak cakap banyak sebab Chef Aish dah bagi komen tadi. Tapi saya rasa masakan awak ni masih boleh diselamatkan. Walaupun masam, saya suka sebab saya kan penggemar makanan masam." Ariq tersenyum comel, ingin menyejukkan hati Qisya yang panas akibat Tiara tadi.

"Tapi awak jangan risau. Tak pandai memasak, tak semestinya tak boleh berjaya. Semua benda perlukan proses and it's okay, take your time. Awak patut bangga dengan diri sendiri sebab berani ambil risiko ikut pertandingan ni. So don't worry too much." Nasihat dari Chef Ariq Farhan itu menyejukkan hati Qisya. Tenang rasanya mendengar suara merdu itu.

"Saya bangga sebab potongan bahan-bahan awak dah kemas. So memang semua bahan dimasak dengan baik. Hanya seasonings saja yang awak perlu perbaiki. Overall, I like I like!" Ariq bersorak sambil bertepuk tangan. Harus tetap support bakal isteri!

Qisya mengemam bibir, menahan senyuman. Lelaki itu terlalu comel. Matanya teralih pada lelaki tua yang duduk di tepi Ariq. Terus hilang rasanya ingin senyum tadi. Rasa berdebar hebat pula!

"Qisya Rihana binti Khalif Adam.." Tuan Khalif menyeru nama penuh Qisya. Semua orang terkejut lagi mendengar nama bapa Qisya termasuk Ariq.

"Yes, papa.." Perlahan Qisya menyahut panggilan ayahnya itu.

"Ni first time papa rasa masakan Hana dan papa suka sangat. Terubat rindu dekat arwah mama. Papa harap walaupun Hana tersingkir sekalipun dari pertandingan ni, jangan pernah give up untuk terus belajar memasak. Papa yakin Hana boleh overcome rasa takut Hana." Tuan Khalif memberi komen sekaligus menasihati anak perempuannya itu.

Qisya ketap bibir menahan sebak. Dia sendiri tidak sangka ayahnya itu akan hadir sebagai juri jemputan pada hari ini. Malahan dia merupakan salah seorang penganjuran rancangan ini. Sungguh Qisya tidak menduga.

"Papa teringin nak makan ayam masak kicap kegemaran arwah mama. Hana boleh kan masakkan untuk papa suatu hari nanti?" Tuan Khalif turut sayu memikirkan arwah isterinya yang sudah lama meninggal dunia itu.

"InsyaAllah, papa.." Qisya tersenyum hambar. Entah sempat ke tidak dia melakukan hal itu.

Selesai shooting, Qisya segera menemui Tuan Khalif di luar restoran itu. Sudah lama dia tidak bersua dengan ayahnya itu. Dia sendiri tidak tahu akan kehadiran Tuan Khalif sebagai tetamu mahupun sebagai penganjur acara ini. Pasti ayahnya itu tahu tentang semua artikel Qisya.

"Papa.." Qisya menegur ayahnya itu dengan nada mendatar.

"My Hana! Papa rindu Hana tau." Tuan Khalif tersenyum manis. Walaupun tua tetap nampak kacak, duda ni boss!

"Bila papa sampai Malaysia?"

"Tadi pagi. Nadhif yang jemput papa tapi papa tak suruh dia bagitahu Hana." Tuan Khalif memberitahu, hanya Qarizh yang tahu akan kepulangannya pada hari ini.

"Why?" Qisya menayang wajah tidak berpuas hati.

"Papa nak buat surprise untuk anak papa ni."

"Hm.." Qisya membuat muka ketat. Dia kurang suka akan kehadiran ayahnya ini. Maklumlah, hubungan mereka tidak terlalu rapat sejak apa yang sudah terjadi pada 10 tahun yang lepas.

"Mana calon suami Hana tu? Tak nak kenalkan kat papa ke?" Tuan Khalif memancing Qisya dengan soalan agar anaknya itu tertarik untuk berbual dengannya.

"Hm.." Qisya buntu seketika untuk menjelaskan.

"Assalamualaikum Tuan Khalif." Serentak mereka menoleh ke arah Ariq yang kebetulan baru keluar dari restoran itu. Dia turut menyalami tangan tua itu dengan sopannya.

"Waalaikumsalam.. Alaa panggil uncle je. Lepas ni panggil papa pun boleh." Ramah Tuan Khalif berbicara sambil tersenyum mengusik. Ariq turut membalas senyuman.

"Saya tak tahu pula uncle ni ayah Qisya sebab dulu waktu sekolah uncle tak pernah datang kan?" Ariq berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu tadi.

"Iya sebab uncle busy kerja. Ni pun uncle baru balik dari Europe. Balik sini sekejap je sebab nak uruskan company uncle kat sana lagi."

"Ohh patutlah.." Ariq mengangguk laju.

"Chef sibuk tak malam ni?" Tuan Khalif bertanya dengan senyuman penuh makna.

"Tak. Kenapa, uncle?"

"Nanti malam jemputlah datang ke rumah. Chef Ariq sudi tak?" Ajakan Tuan Khalif itu membuat Ariq dan Qisya sedikit terkejut. Apa motif ayahnya ni?

"Eh boleh je, uncle. Tapi tak perlulah panggil saya chef, segan pula." Ariq tersengih seketika, acah malu-malu anjing.

"Uncle panggil bakal menantu jelah ek." Cadang Tuan Khalif lalu menepuk lembut bahu Ariq.

"Hehe boleh-boleh."

"Uncle nak balik dulu dengan bakal isteri kamu ni. Jumpa nanti malam ye, bakal menantu!" Sempat lagi Tuan Khalif menyakat. Ariq jadi tersipu malu. Dapat green light kot!

"Jom, Hana." Qisya hanya mengangguk dan mengikuti langkah Tuan Khalif.

"Baik, uncle. Hati-hati balik!" Ariq menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Tuan Khalif hanya mengangguk lalu beredar dari tempat itu.

"Bye bakal suami!" Qisya turut menyakat sambil melambaikan tangannya sebelum dia berlari laju.

"Cehh bakal suami ek?" Ariq menekup kedua belah pipinya yang sedikit memerah. Malu!

"Chef Ariq Farhan!" Panggilan Tiara itu membuat Ariq terus berubah serius. Dia hanya mengangkat sebelah kening tanda bertanya.

"Betul ke apa yang perempuan tu cakap tadi?" Tiara bertanya sambil bercekak pinggang. Dia berdiri tepat di hadapan Ariq.

"Perempuan mana?"

"Qisya Rihana."

"Kan cantik je nama bakal isteri aku tu." Selamba Ariq berkata, sengaja nak menyakitkan hati Tiara.

"Seriously? You akan kahwin dengan dia?" Tiara mula bengang. Dia tidak mahu percaya kenyataan ini.

"Why not? Kami dah lama kenal kot."

"Dia tak tipu?"

"Mestilah tak. So Chef Tiara, lepas ni mind your mouth. Jangan sesuka hati nak hina masakan bakal isteri aku." Amaran keras dari Ariq itu membuat Tiara terdiam seketika.

"Kau tu juri, seharusnya bersikap adil dan profesional. Bukannya bersikap pilih kasih dan hina peserta macam diorang tu takda perasaan."

"But.." Tiara mengetap rahang menahan amarah. Dia tersentap.

"Aku tahu kau suka aku, Tiara. Tapi kau kena bersikap profesional sewaktu bekerja. Jangan emosi. Tak perlu nak hina Qisya dengan teruk. Nampak sangat kau tak matang kat situ." Sempat Ariq memberi sedikit nasihat agar wanita itu sedar diri.

"Tapi memang betul kan apa yang I cakap? Dia memang tak pandai masak! Apa yang you tengok kat dia sampaikan you nak jadikan dia isteri? I'm better than her, you know?!" Tiara tidak mahu kalah, lantang dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"At least dia beradab dan matang. Bukan macam kau, asyik nak cari kesalahan orang je sampai salah sendiri tak nampak." Tiara tersentap mendengar sindiran pedas Ariq itu.

"Ariq Farhan!"

"Tiara Batrisya, tolong sedar diri. Kau dan aku hanya sekadar rakan sekerja. Tak lebih dari tu. Faham tak?"

Tiara membuat muka bengang. Dia terus pergi meninggalkan Ariq. Geram! Dia yang dulu suka lelaki itu namun perempuan lain pula yang berjaya memiliki Ariq. Sakit betul hati dia! Patutlah selama ini Ariq tidak mahu melayannya selain urusan kerja.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

"Assalamualaikum, uncle!" Ariq memberi salam dan dijawab laju oleh Tuan Khalif yang sudah menantinya di depan rumah itu. Tangan tua itu turut disalam.

"Nampak handsome pula kamu pakai baju casual macam ni." Puji Tuan Khalif agak kagum. Ariq memang nampak segak bila memakai uniform chef tapi dia dua kali lebih kacak bila memakai baju biasa.

"Uncle pun nampak handsome dan muda.." Ariq kembali memuji sambil tersenyum. Tuan Khalif tertawa kecil.

"Jom masuk, bakal menantu." Mereka pun masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Kelihatan Qisya dan Qarizh sudah menunggu di meja makan, lapar sudah agaknya.

"Hana, bakal suami kamu datang ni. Layanlah dia." Tegur Tuan Khalif. Dia menyuruh Ariq duduk di kerusi hadapan Qisya. Biar ada jarak!

Qisya akur. Dia menyendokkan nasi dan lauk ke dalam pinggan Ariq.

"Siapa yang masak semua ni?" Ariq bertanya, ingin tahu.

"Aku yang masak." Qarizh memberitahu dengan bangganya. Dia memang pandai masak sebab dah terbiasa hidup berdikari dari dulu lagi.

"Pergh mantap, abang ipar!" Ariq menayang jari thumbs up.

"Well, ni Qarizh Nadhif lah." Qarizh meraup rambutnya, acah nampak kacak padahal memang kacak pun!

"Ceh tu pun bangga." Perli Qisya agak geram melihat sikap mengada abangnya itu.

"Mestilah bangga." Qarizh tidak mahu kalah.

"Waa ada ayam masak kicap. Makanan favorite ni!" Ariq teruja melihat ayam masak kicap itu.

"Lah patutlah Hana beria suruh aku masak ayam masak kicap. Untuk bakal suami dia rupanya." Qarizh mengejek adiknya itu dengan nada menyakat.

"Eh mana ada!!" Qisya menggeleng, tidak mahu mengaku.

"Elehh kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu." Sindir Qarizh. Qisya mengenggam tangan penumbuknya, nak je dia tumbuk muka acah handsome tu!

"Dahlah tu, Nadhif. Kesian tetamu kita mesti dah lapar. Jom makan dulu. Baca doa makan." Tuan Khalif menghentikan perbualan mereka.

Selesai makan malam, Tuan Khalif membawa Ariq duduk di halaman rumahnya untuk berbual dari mata ke mata. Dia ingin membincangkan tentang masa depan anaknya itu.

"Dah lama ke kamu dua kenal?" Tuan Khalif cuba mengorek kisah cinta anak perempuannya itu.

"Haah sejak kami sekolah menengah dulu."

"Lah kamu seumur ke?"

"Taklah, saya lebih tua dua tahun."

"Ohh baguslah tu. Sesuai lah kahwin dengan Hana."

"Uncle restu ke kalau saya kahwin dengan dia?" Ariq agak tidak menyangka, takut pula jika bapa mentua tidak restu.

"Mestilah. Asalkan kamu boleh jaga dia, uncle izinkan saja. Tapi janji, jangan pernah abaikan dia or sakiti hati dia. Jaga lah anak uncle macam ratu." Pesanan seorang ayah itu terus diingati oleh Ariq.

"InsyaAllah, uncle. Saya bukan lelaki yang baik tapi saya akan cuba untuk berubah jadi lebih baik dengan anak uncle." Ariq menyakinkan agar orang tua itu tidak risau.

"Uncle harap lepas ni kamu boleh tolong rapatkan semula hubungan kami berdua." Permintaan Tuan Khalif itu membuat Ariq megerutkan dahi seketika.

"Maksud uncle?"

"Panjang ceritanya tapi uncle dah buat kesilapan besar dulu. Now uncle try jadi ayah yang baik untuk anak-anak uncle tapi rasanya Hana masih belum mampu terima uncle." Sayu saja nada suaranya bercerita. Dia agak sedih kerana hubungan mereka semakin renggang.

"Walaupun saya tak faham tapi saya akan cuba untuk pujuk dia. Saya doakan semoga Qisya boleh terima uncle semula." Ariq memujuk lembut agar hati Tuan Khalif lebih tenang.

Tuan Khalif tersenyum. Dia yakin lelaki inilah pilihan yang terbaik sebagai suami kepada anaknya itu.

"Bila kamu nak berkahwin?"

"Hm tak pasti lagi, uncle. Saya niat nak lamar Qisya dulu."

"Yelah, uncle doakan semoga dipermudahkan segala urusan kamu."

Qisya yang memerhati dari jauh mula mengeluh kecil. Entah apa yang mereka bualkan, dia pun tidak tahu. Tiba-tiba hati Qisya terasa ragu. Benarkah tindakannya ini?

"Hana.." Qisya menoleh ke arah Qarizh yang baru sahaja selesai mengangkat panggilan telefon seseorang.

"Kenapa, abang?"

"Akhtar.." Qarizh menayang wajah panik. Qisya mula gusar.

"Akhtar.." Qarizh menggeleng perlahan tanda ada berita buruk tentang kawan baik Qisya itu.

Qisya pun pantas menarik tangan Qarizh untuk membawa abangnya itu ke hospital. Mereka berlari melintasi Tuan Khalif dan Ariq yang masih berbual. Ariq agak hairan melihat kepanikan mereka berdua.

"Uncle, saya pergi dulu tau." Pamit Ariq lalu dia mengejar langkah mereka. Tuan Khalif terus mengizinkan.

Beberapa minit kemudian, Qarizh menghentikan keretanya di tempat parking hospital. Mereka segera membuka tali pinggang keledar.

"Kenapa ni?" Pertanyaan seseorang dari tempat penumpang belakang itu membuat Qisya dan Qarizh terkejut beruk. Kelihatan wajah tidak bersalah Ariq.

"Weh sejak bila kau ada kat belakang tu?" Qisya bertanya padahal hanya dia dan Qarizh saja yang masuk ke dalam kereta ini tadi.

"Sejak korang jalan tadi."

"Lah.. Kenapa aku tak perasan?" Qarizh menggelengkan kepalanya.

"Dah, jom masuk dalam!" Qisya berlari keluar terlebih dahulu, diikuti oleh Qarizh dan Ariq yang masih blur.

Pintu wad Akhtar ditolak lalu Qisya merempuh masuk ke dalam. Kelihatan Akhtar yang baru sahaja habis makan. Dia tersenyum comel sambil menayang jari peace.

"Wehh apani?" Qisya menatap tajam wajah Qarizh ingin kepastian.

"Selamat! Anda kena prank! Itu dia kameranya di sana!" Sorak Qarizh lalu menunjuk ke arah Ariq yang masih blur.

"Kau pun terlibat ke?" Qisya bertanya kepada Ariq. Pantas Ariq mengangguk. Eh salah, dia terus menggeleng.

"Kau bagitahu apa kat dia?" Akhtar bertanya pada Qarizh, agak hairan juga.

"Aku bagitahu yang keadaan kau dah kritikal dan hampir mati." Qarizh memberitahu dengan muka tidak bersalahnya.

"Eh kau ni! Aku suruh prank sikit je kan. Melebih pulak!" Akhtar menggelengkan kepalanya. Habislah!

"Jahat gile kau!!" Qisya segera menghampiri Akhtar lalu dia menghempas bantal ke kepala Akhtar.

"Alaa sorry lah hehe.." Akhtar menangkap bantal itu dan dipeluk agar kepalanya tidak tersakiti.

"Ish aku betul-betul ingatkan kau dah nak mati, tahu tak?!" Marah Qisya. Ingat hidup dan mati ni hal main-main ke?!

"Sorry lah, bestie ku sayang." Pujuk Akhtar sambil membuat muka meminta simpati.

"Euw siapa sayang kau?" Qisya membuat muka menyampah.

"Hm dahlah, nak merajuk." Akhtar menyilangkan tangan ke dada lalu memalingkan wajah ke tepi.

"Mengada kan kau ni ish!" Qisya tertawa kecil. Comel pula kawannya ini!

Ariq dan Qarizh hanya diam memerhati. Ariq melarikan pandangan ke tempat lain. Rasa cemburu menguasai diri namun dikawal. Dia harus bersikap matang.

"Aku okey dah. Esok aku boleh keluar dari hospital!" Teruja Akhtar memberitahu. Tak sabar nak keluar dari hospital ni!

"Baguslah tu!" Qisya turut lega.

Selesai melawat Akhtar, mereka keluar dari bilik wad itu. Qarizh pula singgah ke tandas seketika.

"Kalau aku lari dan menghilang lagi, kau akan cari aku tak?" Secara tiba-tiba pertanyaan itu terkeluar dari mulut Qisya. Mungkin dia ada niat untuk melakukan hal itu.

"Kau takkan boleh lari sebab aku akan ikat kau dalam hubungan kita secara halal." Dengan yakinnya Ariq menjawab soalan itu. Dia pun meninggalkan Qisya yang masih terpinga-pinga.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

Studio arwah Harith ditatap seketika sebelum Qisya melangkah masuk ke dalam. Ariq sendiri yang menghantar location agar Qisya menemuinya di sana pada malam ini. Dia juga menyuruh Qisya memakai pakaian yang cantik dan Qisya hanya menuruti saja.

Selangkah Qisya masuk, dia berhenti kerana pemandangannya yang gelap. Sunyi pula keadaan studio ketika itu. Baru sahaja Qisya ingin mengambil telefon pintarnya, lampu kecil mula menyala dan menyuluh ke atas pentas kecil. Dia pun meneruskan langkahnya ke depan pentas itu.

Alunan bunyi musik Menatap Matamu oleh Aril mula kedengaran. Melodi itu terlalu indah sehingga Qisya terbuai seketika. Lampu itu tersuluh pada seseorang yang duduk di atas pentas sambil bermain gitar di tangannya. Figura itu sangat dikenali oleh Qisya walaupun kurang jelas. Ariq Farhan.

"Sungguh indahnya hari berlalu, menunggu kasih tambatan hati.. Ingin rasanya selalu berbagi bersamanya kala suatu nanti.." Nyanyian merdu Ariq itu membuat Qisya terasa sesuatu yang pelik dalam dirinya.

"Andaikan kau jadi milikku, selaluku nyanyikan lagu rindu.. Andaikan kau dan aku bersatu, dunia ini berseri selalu.." Sempat Ariq tersenyum ketika bernyanyi. Nampak sangat manis dan menggoda!

Di samping Ariq, kelihatan 3 orang lelaki turut bermain alat musik. Dejavu. Itu yang dirasakan oleh Qisya. Umpama ketiga lelaki itu adalah Aish, Harith dan Ziyad namun itu mustahil.

"Ku ingin dirimu dekat di hatiku, berdua kita kan raih bahagia.. Ku ingin dirimu turut merasa, rasa rindu tuk menatap matamu.." Ariq menatap mata Qisya dari jauh. Tatapan yang sangat hangat dan bermakna.

"Menatap matamu.." Qisya tergamam. Degupan jantungnya semakin laju.

"Bagaikan bintang nun jauh di sana.. Terangi malam yang semakin gelap..
Jika kau sudi menemaniku, takkan ku lepas walau sedetik.." Bagaikan meluahkan perasaan, nyanyiannya penuh dengan penghayatan.

"Andaikan kau jadi milikku, selaluku nyanyikan lagu rindu.. Andaikan kau dan aku bersatu, dunia ini berseri selalu.." Ariq bangun dari tempat duduknya lalu dia melangkah turun ke bawah untuk mendekati Qisya.

Qisya terkaku di tempatnya. Tanpa dia sedari, ada dua orang lelaki yang berdiri di belakangnya. Ariq memberi bahasa isyarat kepada mereka berdua. Dua orang lelaki itu berdiri di tepi Qisya bersama dua jambak bunga mawar merah. Qisya ternganga seketika. Apakah ini?

"Ku ingin dirimu dekat di hatiku, berdua kita kan raih bahagia.. Ku ingin dirimu turut merasa, rasa rindu tuk menatap matamu.." Kini Ariq berdiri tepat di depan Qisya sambil menatap mata Qisya. Cukup mata yang mengatakan perasaan sebenarnya terhadap wanita itu.

"Menatap matamu.." Sebaik lagu itu habis, lampu turut terbuka sepenuhnya dan kelihatan jelas wajah kacak Ariq. Auranya lain macam!

Ariq mengeluarkan kotak merah kecil yang terisi sebentuk cincin dari poket seluarnya lalu dibuka di depan Qisya. Kelihatan sebentuk cincin Diamond yang cantik. Ariq menatap mata Qisya lalu dia pun berbicara lembut.

"Qisya Rihana binti Khalif Adam.. Saya Ariq Farhan bin Affan Syauqi, dengan ini ingin melamar awak dengan cara yang lebih romantik." Penuh sopan santun nadanya berkata-kata.

"Serius ke?" Qisya seakan tidak percaya. Lelaki itu memang benar ingin menjadi suaminya?

"Aku serius ajak kau kahwin. Aku akan cuba jadi lebih matang demi kau dan bakal anak kita nanti." Nada serius pula digunakan agar Qisya percaya.

"Tapi aku tak selembut perempuan lain. Perempuan lain lebih cantik. Masakan aku tak sedap. Aku tak tahu cara nak cintai orang." Qisya sengaja menguji ketulusan Ariq untuk menjadi suaminya.

"Aku suka kau apa adanya. Lagipun hanya kau perempuan tercantik di mata aku. Aku boleh ajar kau masak dan aku boleh tunjukkan cara mencintai dan dicintai." Ucapan tulus dari hati Ariq itu berjaya meluluhkan hati beku Qisya.

"Aku.." Qisya bingung di tempatnya.

"Kalau dulu kita bercinta secara haram, kali ni aku nak terus halalkan kau. Yelah dulu kan aku belum matang." Ariq berkata dengan nada machonya. Qisya hanya diam.

"Aku nak kau jadi kekasih halal aku. So will you marry me, my princess?" Penuh romantik nada suara Ariq melamar Qisya. Dia turut berdebar menanti jawapan.

Membahang wajah Qisya akibat blushing. Dia mula tidak keruan. Nak bernafas pun rasa macam susah!

"Aku macam tak percaya.. Ni bukan prank ke?" Qisya menoleh ke arah Zafiy dan Izzat yang berdiri di kiri dan kanannya untuk meminta kepastian.

"Ini benar-benar terjadi, Cik Qismis. Kami berdua saksinya. Cepatlah sikit jawab, nak kahwin ke tak nak?" Bersahaja Izzat menjawab soalan, sakit matanya melihat adegan acah romantik di depannya ketika ini

"Kalau nak, ambil lah cincin tu. Kalau tak nak, biar aku jual cincin tu." Kata Zafiy pula, turut penat menanti jawapan Qisya.

"Aku serius, Qisya. Jadi isteri aku. Aku pandai masak tau? Jangan risau, aku boleh ajar kau masak setiap hari." Ariq cuba memujuk agar hati Qisya terbuka.

"Hm jap. Ulang semula ayat kau tadi.." Arah Qisya setelah dia sudah merasa sedikit tenang.

"Aku nak kau jadi kekasih halal aku. So will you marry me, my princess?" Penuh romantik nada suara Ariq melamar Qisya sambil menghulurkan cincin itu kepada Qisya.

"Yes, I will marry you!" Qisya menerima lamaran lalu tersenyum lebar. Dia turut mengambil cincin itu.

"Alhamdulillah.." Ariq menghembus nafas lega. Tidak menyangka dia bakal berkahwin juga dengan pujaan hatinya dari dulu ini lagi.

"Yeayy makan nasi minyak!!" Zafiy bersorak sambil bertepuk tangan. Bunga yang berada di tangannya tadi sudah terbang akibat dibaling.

Aish, Putra dan Syafiq yang memerhati dari atas pentas tadi turut menghampiri mereka berempat. Mereka semua yang membantu Ariq menyiapkan acara lamaran yang agak kuno ini. Ini semua idea Zafiy yang suka tengok drama!

"Finally, kahwin juga kembar aku ni.." Aish menepuk lembut bahu Ariq, sudah tiba masanya dia melepaskan Ariq untuk berbahagia bersama Qisya nanti.

"Yeayy aku tak sabar nak buat anak ramai pastu suruh kau jaga anak-anak aku." Ariq berbisik di telinga Aish dengan nada nakalnya.

"Kau ingat senang ke nak jaga anak?" Aish kembali berbisik seakan memberi amaran.

"Kau ingat senang ke jadi aku? Aku yang banyak jaga anak kembar kau tau.. Sebab tu aku nak kau rasa pula. Nanti aku bagi triplets untuk kau jaga hehe." Bisikan Ariq itu membuat Aish membuat muka pasrah. Tidak mahu kalah betul!

"Korang bisik apa tu?" Qisya menyoal, hairan melihat Ariq tersengih macam kerang busuk.

"Laki kau ni gatal. So be careful lah." Pesan Aish sebelum melarikan diri. Ariq membuat muka bengang, ish tak guna punya kembar!

"Woo tak sabar nak ada anak buah banyak-banyak. Nanti boleh lah aku cop seorang jadikan bini. Padan muka Nasya, mesti menyesal sebab pernah reject uncle hensem dia ni!" Seloroh Zafiy dengan pemikiran sengetnya.

"Sorry, aku tak sudi terima kau jadi menantu." Tolak Ariq tanpa perasaan. Zafiy mencebik bibir, ish malas kawan!

Ariq dan Qisya saling bertatapan mata dan tersenyum bahagia. Lepas ni, dah boleh pegang-pegang! Tak sabarnya nak kahwin..

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

ᴛᴏ ʙᴇ ᴄᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...

Makin best ke tak?

Seguir leyendo

También te gustarán

3.4M 299K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
377K 13.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
18K 981 17
𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, ci...
10.7K 265 6
-Aku bersumpah akan mencintaimu dengan cara yang berbeda. (Qs. Al-Azhab : 43)