ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

271K 14.4K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 21

5.7K 304 29
By WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

SUASANA di perkarangan masjid itu di kawal dengan ketat oleh semua bodyguard Tengku Danish. Majlis akad nikah diadakan secara sederhana saja. Wartawan tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke dalam masjid.

Dan saat ini, Tengku Danish sudah bersedia duduk berhadapan dengan tok kadi. Lelaki itu nampak segak mengenakan baju melayu putih berserta samping dan songkok. Aaira tidak kurang juga, cantik tersarung baju kurung putih keemasan. Elok bersimpuh di sebelah Tengku Seri. Di sebelah kirinya pula ada Syira.

Aaira menggenggam erat bunga dipegangannya. Dia memang tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaannya saat ini. Dia memandang semua keluarga besar Tengku Danish yang hadir. Keluarga dia saja yang tak ada.

Adik beradik pun tak ada. Saudara mara apatah lagi.

Tak apa lah, yang penting sekarang ni dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik buat Tengku Danish. Plus untuk goda lelaki itu. Jangan ingat dia lupa dengan cabaran haritu. Ingat dia takut?

Sabar eh. Malam nanti wa payung sikit. Bagi dia goyang.

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Aaira tersentak apabila Tengku Seri menyentuh tangannya. Aaira menoleh ke sebelah sebelum melempar pandangan ke hadapan.

Dah ke? Lahh dia mengelamun pasal apa tadi? Gatal sangat ke dia?

Aaira tersenyum apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Tengku Seri dan Syira. Aaira kerling Tengku Danish yang sedang melakukan solat sunat sekilas.

Setelah itu, Tengku Danish duduk melutut di hadapan Aaira. Sangat rapat. Sampai lututnya bersentuhan dengan lutut Tengku Danish. Tangan lembut Aaira dicapai.

Dia mengambil cincin yang dihulur oleh Tengku Seri lalu di sarungkan ke jari manis isterinya.

Wuu merahnya jari.

Jarinya tak dipakaikan inai. Inai hanyalah perhiasan bagi kaum wanita sahaja. Haram untuk lelaki. Jadi dia menolak apabila disuruh memakai inai.

Aaira mengucup tangan lelaki yang sudah naik pangkat bergelar suaminya. Terasa tangan hangat Tengku Danish di atas kepalanya. Dapat dia dengar bisikan doa yang dibaca oleh lelaki itu. Baru sahaja dia mengangkat wajahnya, Tengku Danish terus mengucup dahi Aaira. Penuh syahdu.

Saat Tengku Danish menjauhkan bibirnya, senyuman nipis ditayangkan. Kepala Aaira diusap lembut seraya merenung ke dalam mata bundar itu.

Aaira turut membalas senyuman Tengku Danish walaupun dia tak tahu maksud senyuman yang suaminya berikan. Lain macam.

Setelah itu, mereka bangun untuk bersalaman dengan saudara mara Tengku Danish dan sedikit tetamu yang hadir.

Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam. Ramai tetamu yang dijemput hadir untuk meraikan pasangan itu. Dan majlis ini turut dikawal ketat oleh kesemua pengawal Tengku Danish dan Tengku Farid yang turut mahu campur tangan. Hanya untuk berjaga-jaga, disebabkan Tengku Danish juga pernah diserang dahulu. Lagi-lagi malam ini merupakan malam terpenting anak sulungnya, jadi dia mahu semuanya berjalan dengan lancar.

Tengku Danish dan Aaira dipisahkan dengan bilik yang berasingan.

Aaira menadah saja wajahnya sambil menutup kedua belah mata. Membiarkan Kak Eila meriaskan wajahnya. Hidungnya berkerut-kerut menahan geli apabila berus makeup yang pelbagai jenis itu menyapa wajahnya perlahan.

Nak bersin pun ada juga. Haihh..

"Hah dah siap! " Ujar Kak Eila dengan nada ceria, berpuas hati dengan hasil kerjanya. Perlahan-lahan Aaira membuka mata dan terus memandang seraut wajahnya pada cermin.

"Cantiknya kak" ucap Aaira perlahan. Badannya didepankan sedikit mendekati cermin. Jakun melihat rupa barunya. Nampak natural tapi berseri gituww..

"Kulit muka Puan Aaira dah sememangnya putih and flawless. So, memang memudahkan kerja akak la nak solek" ujar Kak Eila sambil mengemas semula peralatan makeup yang dia gunakan. Aimi tersenyum manis mendengarnya. Ditenung lama wajahnya pada cermin sebelum lamunannya terhenti apabila pintu bilik yang didiaminya di buka seseorang.

"Babee!!! Cantiknya kauu!!" jerit Syira penuh teruja. Dia masuk ke dalam meninggalkan Nara dengan yang lain di belakang. Aaira membentuk senyuman lebar.

"Kak Eila memang power lah" puji Syira sambil mengangkat ibu jarinya, membuatkan hidung Kak Eila kembang kempis menerima pujian itu.

"Ishh.. jangan puji-puji akak. Malu lah kita" tutur Kak Eila perlahan seraya melekapkan tapak tangan ke kedua-dua belah pipinya. Auni yang baru masuk menyenggol terus bahu wanita itu. Mahu mengusik.

"Acah-acah malu pulak hakak Eila kita ni. Suka lah tu orang puji dia" sakat Auni, mengejek.

"Mestilah suka kalau orang puji kerja kita. Kenapa? Nak akak puji awak lah tu" ujar Kak Eila sebelum matanya mengimbas Auni dari atas ke bawah. Laju Auni memeluk tubuhnya.

"Eh jangan puji dia kak, kembang punggung dia nanti" ucap Wiena sedikit kuat. Elok saja gadis itu landing di atas tilam. Tak risau langsung baju dan kain tudungnya akan berkedut.

Terus meletus gelak mereka mendengarnya. Auni yang kegeraman laju meletakkan punggungnya di atas kaki Wiena yang berlunjur. Terjerit gadis itu dibuatnya.

"Bangunlah gila!" Jerit Wiena kuat sambil menolak tubuh Auni ke tepi katil tetapi sedikit pun tubuh kawannya itu tak berganjak dari kakinya.

MasyaAllah, beratnyaa!!

"Auni menoleh memandang Wiena.

"Kau cakap aku berat ke?" Tanya Auni senada. Terhenti terus gerakan tangan Wiena selepas itu.

"Eh.. mana kau tau?" Soal Wiena perlahan. Auni membesarkan matanya.

"Macam mana aku tau? Ouh.. kau betul-betul cakap aku berat ke?!" Tanya Auni kuat sambil mencubit lemak yang berkumpul di pinggang gadis itu. Siapa suruh chubby sangat? Makan je tahu.

Wiena terus menampar tangan Auni kuat tetapi kawannya itu masih tidak mengalihkan tangan ketamnya. Tanpa amaran, Wiena membalas dengan mencubit lengan Auni kuat.

Kesudahannya, dua-dua sudah terjerit sakit. Nara menggelengkan kepalanya sebelum berpaling ke arah Aaira. Dipandang wajah cantik itu.

"Cantiknya Aaira, kak Eila. Nampak berseri sangat ni" ucap Nara ikhlas.

Mellysa pula memegang kedua bahu Aaira. Bersinar-sinar matanya melihat gadis itu. Tersangatlah cantik!

"Hey, see the leg la" balas kak Eila yang kemudiannya tergelak kecil. Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Terjengul kepala Mikayla dan sepupu-sepupu perempuan Tengku Danish yang lain.

"Wahh kak Aaira!! Cantik gila!" Pujian Mikayla itu turut di sokong oleh yang lain. Aaira tersengih malu. Semua puji hasil makeup ini saja, bukannya dia yang cantik.

"Tu wedding dress akak ke?" tanya Suraya seraya menunjuk ke arah dress yang tergantung itu. Aaira menjatuhkan kepala. Sejurus itu, pantas mereka menghampiri dress tersebut agar dapat dilihat dengan lebih dekat.

"Aaira dah boleh tukar baju rasanya ni. Dah nak pukul 7.30 dah" kata kak Eila. Aaira mengangguk sebelum perlahan-lahan berdiri.

"Meh akak tolong Aaira tukar baju" kata Mellysa seraya berdiri menghampiri Aaira. Nara turut bangun. Dia tengok dress tu macam susah je nak sarung. Jadi dia mahu tolong juga.

-✿-

TENGKU DANISH pusing ke belakang apabila merasakan bahu kirinya dicuit seseorang. Terhenti terus perbualannya dengan Danyel. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang tersarung cantik dengan dress kembang berwarna putih itu. Tubuhnya kaku tak bergerak. Kehilangan kata-kata.

Danyel menekup mulutnya dengan sebelah tangan.

Uihh cantik! Biasalah tu, bini orang memang cantik. Ni baru real bidadari tanpa sayap.

Bidadari ye, bukan bidadarut.

Tersenyum-senyum Aaira melihat reaksi suaminya.

Uwuwu. Suami tau, S. U. A. M. I.

I dah kahwin youu. Tak single dah.

Perlahan-lahan tengku Danish memandang Aaira dari atas ke bawah. Spontan Syira mencelah.

"Aip mata tu mata, jangan scan lama sangat" sakatnya dengan nada mengejek. Tengku Danish terus tersedar dan terus mengalihkan matanya ke tempat lain. Dia berdehem perlahan, menahan malu.

Danyel yang sedari tadi memerhati terus melepaskan tawanya.

"Just tell her, cousin" kata Danyel sambil menepuk perlahan belakang tubuh Tengku Danish.

Syira menolak tubuh Aaira mendkati suaminya. Aaira mengangkat sedikit kain yang meleret. Dia cakap dengan tengku seri dia tak mahu dress yang labuh sampai meleret-leret, tak nak terlebih beria yang boleh membawa satu pembaziran.

Terkedek-kedek dia menghampiri suaminya sebelum dia mendongak sedikit memandang ke wajah Tengku Danish sambil tersenyum lebar menayangkan sebaris giginya.

"Cantik tak saya?" tanya Aaira bersama kening yang terangkat tinggi.

Tengku Danish tersenyum senget. Dia menunduk sedikit. Aaira tak mengalihkan wajahnya. Hanya membiarkan wajah lelaki itu merapat ke wajahnya.

"Cantik! Cantik sangat. You looks like an angel. I can't take off my eyes from you, sweetie" kata Tengku Danish perlahan. Matanya tidak beralih daripada memandang ke wajah cantik isterinya itu.

Makeup ke tak makeup ke, Aaira tetap cantik di matanya. Menurutnya, perhiasan wajah itu hanya mahu menaikkan seri wajah Aaira saja.

Aaira tersengih. Dia malu apabila dipuji begitu, tetapi dibuat selamba saja.

"Hmm..." Tengku Danish memandang lama wajah Aaira.

"Lepas bergambar nanti, aku nak kau buang makeup tu" turutnya perlahan. Aaira mengerutkan dahinya.

"Ehh.. kenapa pulak?" Soalnya pelik. Punya lama kak Eila makeup dia tadi, eh tak tak. Punya lama dia tahan sakit punggung duduk lama-lama tadi. Senang-senang je suruh buang makeup.

"Aku tak suka" jawab lelaki itu mendatar sebelum memusingkan tubuhnya menghadap pintu dewan. Aaira turut mengikut.

"Tak suka?"

"Ramai lelaki tengok kau nanti. I hate that" Jawapan lelaki itu menerbitkan senyuman di bibir Aaira.

Uwuu... Jeles?

"Awak jealous ehh??" Usik Aaira. Tersengih-sengih dia melihat wajah suaminya itu. Terasa ada something yang mekar di perutnya.

Berbunga-bunga youu..

"Awak tak nak pegang tangan saya ke?" Soalnya lagi. Dari tadi dia menunggu saja tindakan Tengku Danish untuk memaut tangannya.

Tengku Danish terkaku mendengarnya. Tiba-tiba berdebar.

"B-boleh ke?" Soal lelaki itu sedikit gagap. Aaira terkelip-kelip. Apasal lelaki ni?

Tanpa menjawab pertanyaan itu, Aaira terus menyulam kemas jari jemari mereka. Tengku Danish tersenyum. Dikemaskan lagi genggaman tangan mereka.

Beberapa saat kemudian, Aaira berkerut apabila terasa tangannya dilepaskan. Tetapi bibirnya kembali melorek senyuman tatkala tangan kecilnya diletakkan pada lengan lelaki itu.

Tengku Danish hanya mengabaikannya pandangan mata isterinya. Malas mahu melayan.

"Tengku" tegur seorang lelaki yang baru muncul dari belakang mereka.

"Ready?"

Tengku Danish dan Aaira mengangguk sebagai jawapan. Lelaki itu mengangguk sedikit sebelum dia bercakap sesuatu pada walkie talkie di tangannya.

Setelah itu, dia sudah dapat menangkap sayup-sayup suara pengacara majlis yang sedang membuat pengumuman masuk buat pasangan yang diraikan pada malam ini.

Serentak itu, pintu besar di hadapan mereka terbuka dengan luas. Feel dia terasa seperti di majlis reunion haritu, sebagai pasangan dan hari ini sebagai isteri kepada Tengku Danish.

Perlahan-lahan mereka menapak masuk ke dalam dewan diikuti Danyel dan Syira sebagai pengapit mereka. Bercahaya mata Aaira melihat keindahan pelamin yang tersergam indah di hadapan.

Ya Allah, cantiknya.

Digenggam kuat lengan Tengku Danish. Terasa tangannya ditepuk lembut menyuruhnya bersabar. Aaira tersengih lebar.

Baru saja separuh jalan, Aaira sudah terasa tidak selesa pada kakinya. Dia memperlahankan lagi langkahnya supaya dia dapat menggerakkan sedikt ibu jari kakinya. Apesal sakit ni?

Tengku Danish menunduk sedikit apabila mendengar Aaira berdesis sakit. Berkerut nipis dahinya melihat wajah berkerut gadis itu. Eh tak, wanita itu. Tapi macam tua sangat pulak. Isteri lah, isteri.

"Kenapa ni?" soalnya perlahan. Aaira mendongak sedikit membalas pandangan suaminya itu.

"Kaki saya sakitlah" balas Aaira perlahan. Tengku Danish menjeling kaki Aaira yang terlindung dengan kain itu.

"Sakit sangat ke? Boleh tahan?" soalnya lagi. Aaira mengangguk kecil. Takpe, sikit lagi. Ayuhh Aaira. Kau boleh!

Tak sampai beberapa langkah, Aaira menghentikan langkahnya mengejut. Berkerut wajahnya menahan pedih. Terasa ada sesuatu yang mencucuk tapak kakinya.

Ya Allah, kenapa ni?

"Aaira? Kau ok-" Tak sempat Syira mahu menghabiskan soalannya, Aaira sudah terasa seperti diawangan. Membulat matanya melihat Tengku Danish.

"Awhh.. sweet giler wehh!!" Jerit satu suara.

Syira dan Danyel dibelakang sudah ternganga.

"Awak!" Ucap Aaira perlahan seraya memeluk erat leher Tengku Danish. Risau terjatuh macam nangka wangi pula nanti.

"Pegang betul-betul. Nanti jatuh pula, kau yang malu" ujar Tengku Danish selamba. Aaira terus sorokkan wajahnya pada dada si suami. Gila tak malu, Tengku Danish dukung dia depan tetamu! Nak terkeluar jantung dia sekarang ni.

Bagus! Sekarang ni dia nak majlis habis cepat. Malu woi semua pandang!!

Ummi!!

Tengku Seri yang memandang dari jauh sudah tersenyum terharu melihat mereka. Lengan Tengku Farid dipeluk erat.

Omo sweetnya!

-✿-

AAIRA terduduk di sebuah kerusi untuk melepaskan lelah. Seharian dia berdiri untuk melayan tetamu. Dengan sakit kakinya lagi. Sampai saja di pelamin tadi, Tengki Danish terus tunduk di hadapan kakinya. Mencabut kasut yang dia pakai. Rasa lega la jugak tapi masih terasa berdenyut-denyut sakit. Mujur dress yang dia pakai ni labuh. Boleh tutup kakinya yang tak beralas apa-apa, hanya tersarung stokin sahaja.

Sewaktu bergambar tadi, dia diberikan kasut sarung biasa. Mujur kasut itu tidak ngam-ngam dengan kakinya. Tak ada rasa sakit tu terasa mencengkam sangat.

"Hey girl. What's wrong?" tegur Mellysa. Ada Nara, Auni dan Wiena di belakangnya. Aaira sempat menjemput mereka duduk. Mereka hanya menurut.

"Kaki Aaira sakit la kak Mel" balas Aimi perlahan. Dilepaska

"Tanggal je lah kasut tu" suruh Wiena perlahan. Mellysa bangun dan menunduk di hadapan kaki Aaira. Tangannya meraba mencari kedua kaki gadis itu. Aaira terus menarik sedikit kain ke atas lalu mengeluarkan kedua belah kakinya. Mellysa menarik keluar kasut sarung yang dipakainya sebelum disusun di tepi kerusi Aaira.

Auni melihat sekilas jam di pergelangan tangan sebelum dia bangun memanggil Tengku Danish yang masih sibuk melayan tetamu.

"Nanti suruh Danish tengokkan kaki tu dulu. Macam bengkak je" pesan Nara perlahan. Risau pula tengok wajah gadis itu asyik berkerut sakit saja dari tadi. Aaira mengangguk.

"Aaira" panggil Tengku Danish lembut. Dia mengambil tempat di kerusi sebelah isterinya.

"Ni hah kaki Aaira sakit lagi. Kau bawak la dia naik atas rehat" kata Mellysa seraya memuncungkan bibirnya ke arah Aaira. Tengku Danish bergerak sedikit menutut bahagian kaki Aaira dengan tubuhnya sebelum kain labuh itu disingkap sedikit untuk melihat kaki isterinya. Tengku Danish senyap sekejap sebelum mengangguk. Dia melambai sedikit ke arah umminya.

"Kenapa along?" Tanya Tengku Seri lembut. Dia mengusap bahu Aaira.

"Along nak bawak Aaira naik atas dulu. Kaki dia dah bengkak tu" ujar Tengku Danish sebelum bangun memimpin Aaira.

"Eh.. bawak lah Aaira naik rehat" suruh Tengku Seri. Kasihan melihat menantunya itu. Tengku Danish menjatuhkan kepala. Perlahan-lahan dia memimpin Aaira.

"Aaira naik dulu ye" pamit Aaira perlahan kepada semua yang ada di situ. Mereka mengangguk saja.

"Sakitlah awak. Cuba awak dukung saya macam tadi" ujar Aaira perlahan. Tengku Danish membuat wajah menyampah.

"No"

Aaira mencebik. Ehek..

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Thanks for reading!

Saya cakap update pukul 8 eh tadi? Sksksksk sorry eh, lambat ciked jee..

Continue Reading

You'll Also Like

71.6K 8.8K 24
4th story šŸ¤ Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
509K 13.7K 59
ā› šˆ š°š¢š¬š” š²šØš®'š š„šØšÆšž š¦šž š„š¢š¤šž š­š”šž š°ššš² šˆ š„šØšÆšž š²šØš® Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
76.5K 11.5K 15
Nadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaima...
1.5M 22.3K 21
BLURB: Noah Iskandar tidak pernah menyangka bahawa hubungan yang terjalin selama tujuh berakhir hanya beberapa hari sebelum hari bahagia mereka tiba...