ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

Por WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED โ€ผ๏ธ ๐‘ญ๐’Š๐’“๐’”๐’• ๐’”๐’•๐’๐’“๐’š, ๐’‡๐’Š๐’“๐’”๐’• ๐’๐’๐’—๐’† ๊จ„๏ธŽ -โœฟ- ๐‘ป๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’– ๐‘ญ๐’‚๐’‰๐’“๐’Š๐’†๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’Š๐’”๐’‰ - U... Mรกs

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 25

5.8K 311 23
Por WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

DARI jauh lagi Rafiq sudah nampak kelibat Danyel di tempat parking kereta. Dia memberi isyarat tangan kepada Danyel. Menggamit lelaki itu kemari. Danyel terus berlari anak menghampiri Rafiq.

Di tangannya terdapat satu beg kertas. Barang yang dikirim oleh Wiena untuk Rafiq. Entah apa yang penting sangat sampai gadis itu merayu memintanya untuk sampaikan barang itu.

Rafiq tersenyum menyambut kehadiran lelaki itu.

"Yow, kawan" sapa Danyel.

"Ye, apa yang penting sangat tu?" Soal Rafiq terus. Danyel mendongak sedikit ke atas.

"Kut iye pun, bagi la aku masuk dulu. Panas ni dekat luar" ujar Danyel dengan wajah berkerut menahan panas. Alis mata Rafiq terangkat. Dia memandang lelaki itu dengan bibir yang perlahan-lahan menarik senyuman senget.

"Seriously, tak tahan panas?" Soalnya lagi. Danyel dipandang dari ekor mata. Danyel berdecit geram membuatkan Rafiq melepaskan tawa kecil.

Macam lah dia tak tahu rahsia besar kawannya itu.

"Bro" seru Danyel malas.

"Okey okey, chill. Jom masuk dulu" ujar Rafiq seraya menepuk bahu lelaki itu. Danyel menggulingkan biji matanya sebelum bergerak masuk ke dalam cafe. Hanya tinggal beberapa tapak sahaja mahu tiba di kaunter, Rafiq sudah menahannya. Dia menoleh memandang lelaki itu pelik.

Rafiq merapat sedikit dengan Danyel. Mahu berbisik.

"Jap, kau tengok dekat meja hujung tu" Rafiq menyorot pandangan ke arah satu meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan perempuan. Jika dilihat dari jauh, memang mereka tak dapat dengar apa yang dua orang tu bualkan. Tetapi gelagat yang kelihatan sangat mesra itu sedikit sebanyak menyakitkan pandangan mata mereka.

Cara pandangan Danyel berubah tajam setelah dapat mengecam seraut wajah yang dia kenali itu.

"Dah lama ke diorang ada dekat sini?" Danyel menyoal tanpa mengalihkan arah matanya.

Rafiq menjilat bibir yang terasa kering sebelum membalas. Sempat dijeling jam dinding di kaunter.

"Hmmm.. hampir sejam" balasnya ringkas. Dia berpeluk tubuh memandang Danyel sekilas. Wajah kawannya itu nampak serius saja. Rafiq menunduk ke bawah. Memandang beg kertas yang dihulur Danyel. Cepat-cepat dia ambil beg itu sebelum matanya mengikut gerak tubuh itu menuju ke meja yang dia tunjuk tadi.

Rafiq menahan seorang pekerjanya yang mahu masuk ke dapur. Beg kertas dihulur.

"Tolong letak dalam pejabat saya" suruh Rafiq sekali nafas. Dia senyum sedikit ke arah pelanggan di meja berhampirannya lalu mengangkat kaki menghampiri Danyel yang sudah berdiri tegak di sebelah meja tadi.

Danyel merenung tajam gadis yang masih duduk itu. Nampak seraut wajah itu kelihatan sedikit terkejut melihat kehadirannya.

"Ab--"

"What are you doing here, Farisya?" Garau suara Danyel bertanya. Rafiq berdiri sedikit jauh dari kawannya itu. Tenang bersandar pada dinding, memerhati tanpa mencelah sedikit pun.

Farisya sudah tak senang duduk. Lelaki yang duduk bersamanya tadi dijeling dari ekor mata.

"Abang Danyel, bu–buat apa dekat sini?" Soal Farisya gagap dengan senyuman kelat. Dia bangun dari duduk. Memandang abang sepupunya itu.

Danyel tersenyum sinis.

"Good, Farisya. Soalan dibalas dengan soalan" perlinya. Farisya terdiam. Hilang terus senyumannya tadi.

Sepasang mata Danyel jatuh pada lelaki yang masih duduk di hadapan Farisya tadi. Dipandang lelaki itu atas bawah. Buaya darat?

"Kau siapa?" Soal Danyel pula.

"Boyfriend Farisya, Azhan Malik. Anak Dato' Shah" Lelaki itu bangun. Berdiri berhadapan dengan Danyel dengan wajah angkuhnya.

"Azhan!" Panggil Farisya keras. Danyel hanya mempamerkan wajah tenang melihat riak sinis lelaki itu. Anak Dato' Shah huh?

Dia ada bau something.

"Oh! I'm Tengku Danyel Mikael. Anak Tengku Mirza. Plus, abang sepupu Farisya" balas Danyel tenang. Wajah Azlan terus berubah selepas mendengar sebaris nama itu.

Rafiq tersenyum senget.

"You.." Danyel mengangkat sebelah alis matanya.

"You know me, right?" Tanya Danyel. Azlan terdiam.

"Abang Danyel–"

"You buat apa dekat sini Farisya? Siap pegang pegang tangan dengan lelaki ni" Potong Danyel laju. Mencerun tajam matanya memandang Farisya. Sampai tertunduk takut gadis itu dibuatnya.

"I'm sorry Tengku Danyel–"

"Mikael" tekan Danyel. Pantang bila orang luar menyebut nama depannya. Azhan tersengih kekok.

"Sorry, Tengku Mikael. Erm.. like what I said just now. I'm her boyfriend, so–"

"Seriously, Farisya? You dating dengan dia ni? Dah tak ada lelaki lain ke?" Tanya Danyel kepada Farisya. Langsung tak rasa bersalah selepas beberapa kali memotong percakapan Azhan.

"No! Dia bukan boyfriend Farisya. Abang Danyel.."

Berlapis dahi Azhan mendengar bicara gadis itu.

"What? Farisya!" Cepat-cepat Farisya memegang lengan Danyel.

Rafiq melihat jam yang terlilit di pergelangan tangannya sebelum kembali memandang ke arah mereka. Bila nak habis ni?

"You balik sekarang. Jangan nak malukan Pak Lang dengan Mak Lang. You bawak nama diorang tahu tak? You ingat orang tak kenal you dekat sini?" Danyel kerling sedikit ke arah beberapa orang yang sudah terjeling-jeling mamandang mereka.

"No, Farisya! You hutang dengan I tau! Jangan lupa tu" tegas Azhan. Terbuntang mata Rafiq mendengarkan itu. Danyel memandang Farisya dengan wajah tak percaya.

Farisya meramas jemarinya.

"You hutang dengan orang?" Tanya Danyel. Farisya diam tak menjawab.

The heck?

Pak Lang tak bagi duit belanja ke sampai sepupunya ini perlu berhutang dengan orang.

Danyel meraup wajahnya. Letih aku dengan budak ni.

-✿-

AAIRA membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Tengku Danish mengangkat wajahnya. Matanya berubah tajam. Aaira menutup pintu dan terus menapak menghampiri suaminya. Beg yang berisi bekal makanan yang dibawanya diletakkan di atas meja sebelum tangan Tengku Danish dicapai dan dicium lembut.

Tengku Danish masih memandang Aaira tajam.

"Kenapa datang sini?" soal Tengku Danish mendatar. Aaira tersengih. Jam di pergelangan tangan dipandang.

"Dah masuk waktu lunch. Awak masih ada dekat pejabat. Dekat rumah tadi kan Aaira dah cakap yang Aaira nak datang sini, nak makan sama-sama" balas Aaira lembut. Tengku Danish diam saja.

Aaira termangu disebelah. Beg di atas meja dilihat kemudian memandang semula ke arah Tengku Danish. Lepastu pandang beg balik semua.

"Jom lah makan" ajak Aaira perlahan.

"Nantilah aku makan. Kau balik sekarang, makan dekat rumah" Tengku Danish membalas perlahan tanpa memandang ke wajah isterinya. Aaira mengeluh kecil.

"Tapi saya nak makan dengan awak"

"Balik, Aaira" pintas Tengku Danish. Aaira mencebik geram. Diperhati Tengku Danish yang masih tekun memandang laptop di atas meja.

"Saya nak makan dengan awak jugak!" Ujar Aaira sedikit kuat. Berkerut dahi Tengku Danish melihatnya.

"No, balik"

"Tak nak!"

"Balik!" Tegas Tengku Danish. Tajam dia pandang mata si isteri. Aaira tercebik sedih. Berair matanya saat itu.

Aaira mengangguk perlahan. Tali beg di bahunya dibetulkan sebelum melangkah perlahan ke arah pintu. Beg bekal dibiarkan saja di atas meja.

Tak sempat duduk lagi, dah kena halau. Hmph!

Dengar sahaja bunyi pintu tertutup Tengku Danish terus menyandarkan belakang badannya. Beg bekal yang ditinggalkan Aaira dipandang. Keluhan dilepaskan. Bukannya dia tak nampak raut wajah sedih isterinya tadi. Haihh..

Tengku Danish mengemas kertas yang bersepah di atas meja. Laptop ditutup sebelum dompet dan telefon bimbit di capai. Beg bekal turut di bawa keluar bersamanya.

"Hairy, aku masuk lambat sikit nanti" pesan Tengku Danish laju apabila terserempak dengan Hairy. Hairy tak jadi mahu menegur.

Tadi Puan Aaira, ni Tengku Danish pula. Bergaduh ke apa? Kepala digeleng perlahan sebelum bergerak menghampiri meja kerjanya bersama plastik bungkusan makanan di tangan. Nak makan!

Tengku Danish melilau mencari tubuh kecil isterinya di luar lobi. Bila dia toleh ke kiri, terus matanya menangkap susuk tubuh Aaira yang berjalan laju ke pondok bas. Terus dia bergerak mendapatkan Aaira.

Belum sempat Aaira duduk, Tengku Danish sudah memanggil namanya. Ishh.. orang nak duduk lah! Kepala di toleh memandang Tengku Danish dengan wajah marah. Orang penat tahu tak?

"Nak pergi mana?" soal Tengku Danish lembut.

"Balik" Hanya sepatah Aaira menjawab. Dah takde mood dah.

"Tak payah. Jom ikut aku" ujar Tengku Danish seraya menarik tangan Aaira. Terkebil-kebil gadis itu.

"Woi– Eh.. Awak! Saya nak balik lah!" Tangannya cuba ditarik dari genggaman suaminya. Tengku Danish berdecit kecil.

"Kena ikut jugak. Kalau tak, aku dukung kau masuk dalam kereta" ugutnya. Aaira menghentakkan kakinya. Bibirnya terkumat kamit membebel seorang diri.

Time dia tengah marah lah nak dukung-dukung bagai. Waktu dia gedik-gedik haritu tak nak pula dukung.

Mereka mengorak langkah menuju ke tempat di mana terletaknya kereta Tengku Danish.

Aaira masuk ke dalam kereta sebelum tangannya menutup pintu dengan kuat. Pantas Tengku Danish memandang ke sebelah.

"Tercabut pintu tu, kau ganti" Kata lelaki itu perlahan seraya meletakkan beg bekal makanan tadi di seat belakang. Aaira mencebikkan bibirnya. Tak nak ganti! Biar tercabut terus. Hmph!

Aaira menjeling suaminya lalu memandang ke luar tingkap.

"Elok lah tu jeling-jeling suami. Kumpul dosa tu banyak-banyak " tegur Tengku Danish. Bibir Aaira mula tercebik sedih. Kepala tertundur memandang ke riba.

"Erm.. sorry" ucap Aaira perlahan sebelum tangannya meraba mencari tangan si suami. Mata kekal memandang ke bawah. Bergerak-gerak tangan kecilnya di peha Tengku Danish.

"Apa raba-raba orang ni?" Ditepis tangan itu. Tegak bola roma dia dibuatnya. Dalam kereta pun nak menggatal.

Aaira terus capai tangan suaminya lalu dicium lembut. Terkebil-kebil lelaki itu melihat. Kemudian matanya beralih pada belakang tangannya.

"Kenapa?" Soalnya perlahan.

"Sorry" ucap Aaira. Perlahan-lahan bibir Tengku Danish melorek senyuman nipis. Diusap lembut kepala isterinya yang berbalut tudung itu. Hati dia dijentik dengan satu rasa. Perasaan yang menyenangkan.

Petanda lagi?

Tengku Danish terus memulakan pemandunya. Kedua-duanya senyap tak bersuara.

Lama.

Akibat bosan dengan keadaan sekarang, Aaira menekan satu button kecil. Ditekan-tekan berulang kali sehingga lah Tengku Danish menjentik tangan kecil itu. Aaira memuncung sambil mengusap tangannya. Suaminya dipandang tajam.

"Tekan banyak kali kenapa?" soal Tengku Danish mendatar.

"Tak hidup pun. Orang nak bukak radio" balas Aimi perlahan. Tangannya memerah akibat dijentik Tengku Danish.

"Memang la tak hidup. Tu bukan button on radio. Tengok la betul-betul" ujar Tengku Danish.

"Mana orang tau"

"Menjawab!"

"Mana ada"

"Tu menjawab tu!"

Aaira berdecit geram. "Okey okey, Aaira diam!" Tengku Danish menggeleng kecil.

Aaira berkhayal dengan dunianya sendiri sampai tak sedar Tengku Danish sudah matikan enjin kereta. Tiba-tiba pintu belah tempat duduknya dibuka dari luar. Laju dia pandang ke kiri.

"Tak nak keluar ke sayang?" soal Tengku Danish. Memerah wajahnya mendengar panggilan manis itu. Kelam kabut dia masukkan telefon ke dalam sling bag sebelum keluar dari kereta.

Tengku Danish bergerak ke pintu belakang untuk mengambil beg bekal makanan tadi. Pintu kereta ditutup rapat. Dia memandang ke arah isterinya yang berkerut pelik memerhatikan sekitarnya.

"Nak buat ape dekat sini?" soal Aaira kepada suaminya. Tengku Danish hanya diam. Di heret isterinya ke arah satu meja batu. Diletakkan beg bekal di atas meja tersebut lalu dilabuhkan duduk di atas bangku.

"Awak?"

"Duduklah, takkan nak berdiri" suruh Tengku Danish. Aaira hanya menurut. Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu.

"Kenapa kat sini?" soal Aaira lagi. Dia memandang ke satu tempat. Tempat di mana si kembar pernah menegurnya dulu.

"Saja. Tolong bukak bekas ni, tiba-tiba lapar" pinta Tengku Danish tenang. Dengan teragak-agak Aaira membuka juga penutup bekal itu. Belum sempat Aaira nak hulurkan bekas yang berisi nasi, tetiba Tengku Danish bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke tempat duduk Aaira. Dengan muka selambanya, Tengku Danish duduk di sebelah Aaira dan menarik rapat tubuh kecil itu ke tubuhnya. Aaira terpinga-pinga di situ.

"Cepat la Aaira, aku dah lapar ni" tegur Tengku Danish. Tanpa membuang masa Aaira terus hulur bekas tadi di depan suaminya. Berkerut kening Tengku Danish memandang bekas itu. Aaira yang sedar hulurannya tak disambut turut mendongak memandang wajah Tengku Danish.

"Kenapa tak ambik?" Aaira menyoal pelik.

"Suap la" pinta Tengku Danish. Aaira terkelip-kelip.

"Tapi.." Aaira tersengih apabila Tengku Danish sudah memandangnya tajam. Sudu dicapai laju. Tengku Danish hanya diam melihat. Nasi putih digaul dengan kuah kari.

"Gunalah tangan. Susah kau nak ambik ayam tu nanti"

Aaira diam sekejap sebelum beg bekal tadi dicapai. Rasanya ada dua botol mineral dia letak dalam beg itu tadi. Diambil satu sebelum dibuka untuk mencuci tangan. Kemudian, barulah dia sambung gaul nasi tadi. Daging ayam dicubit lalu dikaut bersama nasi.

"Nganga" suruh Aaira lembut. Tengku Danish menurut tanpa membantah. Nasi dikunyah perlahan.

Sedap.

Baru suapan ketiga, Tengku Danish menolak tangan Aaira.

"Kau makan la sekali. Makan sama-sama" ujar Tengku Danish. Aaira ouhh panjang lalu dianggukkan kepalanya. Nasi disuap ke dalam mulut, berselang-seli dengan suaminya.

Aaira menyapu sedikit kesan comot di tepi bibir Tengku Danish dengan ibu jarinya tangan kirinya. Terhenti terus kunyahan lelaki itu. Mengeras tubuhnya memandang wajah biasa Aaira. Sedar yang dia diperhatikan, terus gadis itu menoleh ke wajah suaminya.

"Kenapa pandang Aaira macam tu?" soalnya perlahan. Tengku Danish terdiam sejenak sebelum menggeleng kepala.

Wajah diraup dengan sebelah tangan. Dia kerling sedikit sisi wajah isterinya. Nampak biasa saja.

Dia pula yang malu.

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Thanks for reading ♡

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

50.9K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
91.5K 4.7K 57
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
392K 13.9K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...