π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

16.9K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 77

64 15 0
By ilightraes_

Hujung mata kerling jam di tangan. Jarum menunjukkan pukul 10:41 minit malam, Safyna dongak kepala kembali. Matanya menikmati pemandangan tasik yang tenang. Dia sudah memaklumkan pada Hannah yang dia mahu pergi mengambil angin, semestinya budak itu beri izin saja. Cuma sempat kirim nasihat supaya sentiasa hati-hati dan jangan balik lambat.

SLE Palace berada tidak jauh dengan tempat indah ini. Jalan kaki pun boleh sampai punya. Kalau jauh pun, apa dia kesah. Selama dia bernafas dekat muka bumi ni, kaki yang telah dianugerahkan Allah memang dia gunakan sebaik-baiknya. SMK SF yang berbatu jauh dari rumah pun dia boleh sampai. Tak pernah komplain langsung.

Oh, cakap pasal Hannah, Safyna tunduk melihat pakaiannya yang sekarang, juga termasuk sebuah jam berwarna hitam emas di pergelangan tangan kanan. Ini semua pemberian Hannah, saja nak beritahu. Terima kasih sangat-sangat pada budak tu. Tak sangka Hannah beri hadiah seperti ini pada dia.

Jejak saja kaki pada lantai bilik khas mereka, terus Hannah sambut dia dengan pelbagai kotak dan beg berjenama. Tak percaya gila. Itu belum lagi bila satu persatu isinya dibuka, habis mulut pergi hujah seribu satu ceramah. Daniel Wellington Watch, tengok jenama pun dah tahu mahal.

Ini bukan apa yang dia mahukan, tak pernah sekali pun dia mengharapkan untuk tumpang payung emas orang. Dia kawan sebab ikhlas, bukan nak kabur mata dengan harta orang lain. Tumpang senang nampak, eh kau.

Mata merenung pada air pancut yang berdiri megah di tengah-tengah kolam. Teringin nak buat close-up, mana tau ada lagi amalan baling duit syiling untuk hajat masing-masing.

Seketika kemudian, baru saja hidung mahu ambil nafas baru tiba-tiba terasa ada tangan yang menutup mulutnya. Dapat dirasakan badan sekilas melayang ke belakang dan pandangan terus bertukar gelap serta-merta.

———

Hening panas yang menyentuh kulit membuatkan kelopak mata Safyna perlahan-lahan terbuka. Gelap. Masa itu jugalah sakit di kepala menusuk-nusuk bagaikan jarum. Mata yang dikaburi dengan kegelapan membuatkan Safyna berasa takut. Kepalanya toleh kanan kiri depan belakang seperti orang tak tentu arah.

Safyna duduk berlutut, dia menyandarkan diri pada dinding empat segi. Gelap, dia tak dapat lihat apa-apa. Tubuh dikecilkan, bercampur aduk perasaan dan fikiran sekarang ini.

Dia kena culik ke? Ada orang nak bunuh dia? Jual organ? Oh tolong, tak mahu..

Tiba-tiba tangan menangkap bunyi derapan kasut. Tak tahu sama ada sedang menuju ke arahnya atau benda lain. Apa yang dia tahu, dekat sahaja. Di balik kegelapan, dapat jugalah mata melihat figura itu sedang hayun kaki. Persis seorang lelaki.

"Dah sedar?" Suara itu berbunyi, garau. Sah lelaki!

"K-kau nak apa dari aku hah?!" Safyna lantang suara bertanya.

"Aku tak cakap dengan kau pun budak" sinis dia berkata-kata. Berkerut dahi Safyna mendengar jawapannya. Kalau dapat tengok muka ni, gerenti mamat tu tengah senyum sinis.

Kalau bukan cakap dengan dia, habis mamat ni tanya khabar dekat siapa? Dinding?

Tup! Bunyi suis lampu dibuka. Kelopak mata terus terpejam rapat bersama tangan kanan yang serentak naik paras dahi, menghalang silau cahaya di hadapannya. Syurga terus dia beri ya. Perlahan-lahan mata dibuka kembali, dari celah jemarinya Safyna dapat lihat sebuah figura lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri.

Tangan diturunkan, mata cuba menyesuaikan diri dengan cahaya tersebut. Setelah beberapa detik, iris mata Safyna melihat kembali figura serba hitam itu. Dari bawah sampai atas hanya hitam sahaja, wajahnya tersembunyi di balik topi dan pelitup muka hitam.

Alih mata, di sisi lelaki itu terdapat seorang lagi lelaki yang diikat kaki dan tangannya. Duduk di atas kerusi kayu bersama kepala yang ditutup dengan plastik hitam. Rasa nak tutup sahaja mata sebab lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek bertona putih, cecah tengah peha. Peha, bukan lutut!

Lelaki misteri itu kemudian menapak ke arah Safyna, habis bersepai segala keberanian dalam diri. Safyna bangun dari tempat duduk, dia mahu larikan diri. Gerun dengan lelaki itu. Belum sempat kaki mahu buka langkah, terasa lehernya dicekup oleh tangan besar si dia. Safyna ditarik lalu dipaksa duduk semula.

"Kau duduk diam-diam budak" arahan keras. Lelaki itu mengeluarkan headphone hitam bercorak tengkorak dari jaketnya. Kepala dongak melihat Safyna kembali. Jarak mereka sekarang ini hanya dipisahkan dengan nafas sahaja. Dug dag dug dag miss heart.

"Whatever happens after this, I instruct you not to do anything without my permission. Your job is just to watch and serve. When it's all over, you can act like nothing happened. Understand, kid?" Garau suara lelaki itu berinteraksi. Siap speaking. Safyna hanya membuntang mata menatap lelaki misteri di hadapannya.

Dia mahu balas balik tapi pita suara bagaikan sudah koyak rabak. Sebaliknya, jari telunjuk yang bersarungkan sarung tangan kulit itu naik mendarat ke bibirnya. Kemudian headphone hitam tersebut dipakaikan di kepala.

"Don't be scared, I'm not a bad guy. Shh.." tambah dia lagi. Ringan tangannya menepuk-nepuk perlahan kepala Safyna sebelum bangun menapak ke lelaki itu.

Plastik hitam di kepala jejaka itu ditarik kasar lalu dihumban ke atas lantai. Wajahnya tidak dapat Safyna lihat akibat dihalang oleh lelaki berjaket hitam tersebut.

"What a handsome workshop guy.. but sadly, it is no longer to be proud of after this" hujung bibir naik menyinis nipis.

Sebilah pisau dikeluarkan dari pinggang seluar, berkilat mata pisau itu apabila terkena cahaya lampu. Terbuntang besar mata mangsa apabila melihat bilah tajam pisau tersebut dimainkan di pipinya.

"Can't accept the fact that you messed up with a young holy girl. What is this behaviour, tanga?" Tawa kecil dihambur keluar. Lucu dengan tingkah laku bodoh lelaki itu. Beberapa detik kemudian, tawanya mati. Dia kembali dongak melihat mangsanya, tusukan mata itu membuatkan si mangsa lagi besar biji mata lalu terus meracau.

"Tak! Tak! Aku minta maaf! Jangan bunuh aku! Jangan bunuh aku! Jangan bunuh aku! Tolonglah!" Bergetar suaranya ketika merayu. Air mata tidak dapat ditahan, laju ia mengalir di pipi. Pinta bagai orang tengah histeria.

"There's no need to throwing tantrums like a little boy here. Huh, you can be forgiven.." leret senyum lagi. "Right after you face the nemesis!"

Srakk! Terus bilah pisau itu ditarik kasar, mengoyakkan pipi si mangsa. Tepat pada waktunya, headphone yang dipakai Safyna memainkan lagu dengan volume kuat. Bunyi erangan jantan itu tidak didengari oleh Safyna. Telinganya hanya dibutakan dengan dendangan rancak muzik. Macam lagu kelab malam pun ada.

[Phonk] Live Another Day - Kordhell

Apa yang dilihat oleh Safyna selepas itu membuatkan dia terkejut beruk dan mahu menjerit. Tetapi macam biasa, dia tidak dapat keluarkan suara.

Lelaki berjaket hitam itu seret bilah pisau tersebut dari hujung dahi hingga ke rahang. Kini wajah yang tak seberapa orang itu ditayangkan padanya. Habis calar balar koyak sana sini, muka dan badan telahpun berlumuran dengan darah.

Dia pergi ke belakang dan menyepak kuat kerusi kayu tersebut. Lelaki itu jatuh terjelepok ke hadapan, sikit lagi mahu cecah tempat Safyna berada. Lantas dia tutup mulut dengan tangan, apabila satu tangan pergi terbalikkan kerusi kayu itu, terus bergema tempat tersebut dengan jeritan Safyna.

Sebuah derapan kasut boot berhenti di sisi si mangsa, lelaki itu duduk mencangkung lalu pisau di tangan singgah di bahagian leher. Mata tajam pisau menebuk ganas lapisan kulit lalu ditarik kuat sehingga ke hujung perut. Safyna terus tutup mata bersama tangan yang menggeletar.

Tak sanggup dia lihat lelaki itu membelah orang hidup-hidup. Tetapi kerana diri penuh dengan syak wasangka, dia hanya mampu intai dari celah jemari. Lagi buntang biji mata.

Badan si mangsa dibelah lalu dia menyaksikan bahawa lelaki itu menarik keluar jantung. Jantung yang berlumuran darah dan masih berdegup! Darah yang dilihat sekarang bagaikan air pancut dan mandian bath tub. 

Tidak cukup lagi, pisau diangkat lalu memotong sesuatu. Kali ini organ dalaman yang dibawa keluar adalah paru-paru. Ya Allah! Apakah ini? Safyna tutup mulutnya daripada menjerit kuat.

Lelaki itu mencarik-carik usus si mangsa dan menempatkan ia di atas paru-paru. Detik yang berlalu ialah detik yang penuh dengan darah dan organ-organ segar manusia. Safyna tidak tahu sampai bila dia perlu berada di sini.

Usai sesi mengeluarkan buah pinggang, limpa, perut, pankreas, aorta dan seumpamanya lelaki itu berdiri. Tangan yang berlumuran darah itu mengusap pipi lalu topi hitam dibetulkan. Dia beri muka pada mayat di sebelah lalu bergerak menghampiri Safyna.

"Jangan! Jangan dekat dengan aku! Kau pergi!" Arah Safyna bersama air mata yang mengalir deras. Kepalanya sakit melihat semua ini. Dia bangun lalu perlahan menapak ke belakang.

"Duduk, budak. Tak ada guna pun kalau kau lari. I told you, bila semuanya dah selesai baru kau boleh pergi dengan aman. Buat macam kau tak nampak semua ni. Senang. Kau pun boleh tenang" selamba mak bapak dia je cakap macam itu.

Safyna ketap bibir. Kepala hotak dia lah! Dah tangkap orang lepas itu buat show blood bath, lepas itu nak suruh orang lupa macam tu saja? Eh, mat!

"Kau.. Kenapa kau buat semua ni hah?! Apa salah aku? Apa salah orang yang kau bunuh tu?!" Bergetar suara Safyna ketika aju soalan pada lelaki berjaket itu.

Dia hanya diam tanpa balas apa-apa. Badan pusing ke belakang dan terus menuju ke suatu tempat. Tangannya mengambil sesuatu lalu diletakkan di sisi mangsa. Beg plastik hitam itu dibuka lalu tangan mengorek lalu kepal sesuatu. Safyna hanya melihat apa yang sedang berlaku, dia mahu lari dari sini. Cuma, kakinya terpaku.

Dari jauh nampak lelaki itu menaburkan pasir ke dalam perut si mangsa. Mata Safyna dikecilkan, dia dapat lihat sesuatu. Pasir itu bercampur dengan najis haiwan. Terus mata terbuntang luas apabila kepala imbas sebuah memori. Ini macam.. macam apa yang berlaku ke atas mayat Cikgu Hayyan!

Ketulan batu berbagai saiz dimasukkan sekali sehingga penuh perut si mangsa. Apabila sudah menepati apa yang dimahukan, lelaki itu salat tangan pada muka mayat tersebut. Badan ditegakkan kembali.

Safyna yang dapat merasakan bahawa ada ura-ura dia akan dihampiri, lantas kaki mundur beberapa tapak ke belakang. Lambat, laju saja lelaki itu terpacak di hadapannya sekarang.

"A-apa? Apa yang kau nak hah?!" Headphone di kepala terus ditanggalkan oleh lelaki itu. Hilang segala bunyi rancak muzik tadi. Dia dongak memandang lelaki misteri tersebut.

"Apa yang-" Buk! Belum sempat nak habiskan ayat terus kepalanya disepuk kuat. Tubuh Safyna berlaga dengan dinding keras lalu dia jatuh ke atas lantai. Dunianya terus gelap setelah itu.

———

"Fyn! Fyn! Bangun, Fyn!" Telinga menangkap satu suara yang sayup-sayup menyeru namanya.

Safyna perlahan-lahan membuka mata. Iris mata disapa dengan beberapa wajah yang sedang melihat ke arahnya, agak kabur. Sakit di kepala menyengat bagaikan bisa ular.

Badan bangun mengubah posisi. Rasa sakit di segenap badan membuatkan dia terasa lemah sangat. Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Ada wajah yang dia tak dapat cam.

"Apa ni?" Soal Safyna terkebil-kebil.

"Safyna, kau pengsan!"

Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 612 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
799K 46.9K 77
Apabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kan...
51.3K 1.4K 6
Spicy Love new version!❀️‍πŸ”₯ Perbezaan umur 22 tahun tidak menjejaskan seorang gadis yang ingin memiliki kawan bapanya sebagai suami sendiri kerana a...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...