π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

17K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 73

85 17 0
By ilightraes_

Sepanjang waktu perjalanan pulang dari sekolah, senyuman di bibir Safyna tidak lekang diukir. Langkah besar dibuka dan kadangkala dia menari anak. Hatinya bagaikan terang, ringan, luas dan seperti berada di sebuah tempat yang aman sekali.

Safyna berpusing-pusing untuk kali yang ke berapa entah, wajah dongak melihat langit cerah. Senyum manis. Jujur, ini kali pertama dia dapat menguntum senyuman manis tatkala bersendirian setelah hampir 15 tahun hidup. Tiba-tiba tangan naik tunjuk mini love ke langit. Safyna letus tawa kecil. Lucu.

"Ya Allah, macam ini ke rasanya bahagia meskipun hanya ada diri sendiri sahaja? Ya Allah! Terima kasih untuk keadilan pertama yang kau beri padaku! Ya Allah! Tolonglah sampaikan berita gembira ni kepada ibu! Fyn rindu ibu.." tika bibir menyebut perkataan 'ibu', perlahan-lahan senyumannya melorot jatuh.

Safyna hanya mampu senyum pahit setelah itu. Tak tahu kenapa hati rasa sebak setiap kali buka topik pasal ibu. Mungkin dia masih tidak boleh melupakan perkara yang telah berlalu.

Ibu..

"Ibu.. ibukan pernah cakap yang ibu selalu dekat dengan Fyn.. jadi tak salahkan kalau Fyn nak luah apa-apa? Hm.. ibu, tadi kat sekolahkan, Fyn baru je dapat keadilan pertama setelah berbulan-bulan lamanya. Ada orang ni, dia pedo dekat Fyn. Mula-mula tu satu sekolah tak percayakan Fyn, sampai orang asyik pandang rendah. Isu buli pun makin meningkat. Fyn sedih, Fyn tak ada tempat nak mengadu, tiap-tiap hari Fyn nangis sebab ujian yang Allah bagi. Fyn luah dekat ibu je lah, walaupun ibu tak ada.. tapi tak apa, yang penting kita tak berpisah dalam fiction. Dunia Fyn."

Tanpa sedar beberapa titis air mata jatuh menghujani pipi. Safyna lantas seka cecair masin itu guna tangan. Bibir dirapatkan, payah betul mood swings macam ini.

"Fyn minta maaf ibu.. sebab tak pernah ziarah kubur ibu. Fyn tak tahu kubur ibu dekat mana.. Salah Fyn juga sebab tak cari. Maafkan Fyn ibu.. Fyn minta maaf sangat-sangat! Ibu tau tak.. Haritu Fyn nampak ada keluarga ni tengah makan kat kedai. Ada ayah dia, mak dia, dengan dia. Dia orang gelak ketawa, makan sama-sama, gurau-senda sama-sama. Bila Fyn tengok.. hati Fyn.. rasa sakit. Sakit nak mati."

"Bila Fyn boleh rasa semua benda tu? Nak harapkan ayah bagi, haha tolonglah.. Jangan pernah mimpilah! Dia lagi bahagia dengan keluarga baru dia, ibu. Fyn perhati je. Ayah.." sebuah esakan dihamburkan.

"Ayah.. Fyn teringin nak panggil lelaki tu dengan panggilan 'ayah'. Selama ni bagi dia pada Fyn, kita orang hanyalah orang asing yang beza taraf sepenuhnya. Dia pukul setiap kali Fyn panggil dia ayah. Sakit gila, ibu" Safyna dongak kepala bersama linangan air mata, dia cuba kawal pernafasannya.

"Ibu.. hina sangat ke kewujudan Fyn?" Satu soalan yang tidak pernah hilang dari akal fikiran. Sedia tersemat di sana.

Jikalau tadi kesemuanya indah bak alam magika, kini ia bertukar menjadi kelam bak alam kubur. Everything's falling apart.

Kalau tak disebabkan oleh An-Nisa:29, sudah tentu dia tidak lagi menjejakkan kaki di bumi Allah ini.

———

Tudung dan skarf dilepaskan daripada kepala. Terasa segar pula setelah hampir seharian menutupinya. Safyna melabuhkan belakang badan pada tikar getah bercorak kartun itu. Kelopak mata perlahan-lahan ditutup, penat sangat-sangat. Fizikal dan mental dia sudah teramat lali. Sakit kepala pula adalah ajinamoto kepada sakitnya.

"Hoi, perempuan! Eh eh sedap pulak dia layan lena? Woi, bangunlah!" Jerkah seorang wanita dari luar bilik. Tangan sedia mencekak pinggang, meluru ke arah Safyna lalu rambut Midnight gadis itu dicekup kuat.

Terus jeritan kecil Safyna kedengaran apabila terasa rambutnya dirembat dengan kasar dan dipaksa untuk berdiri. Baru nak toleh muka, tiba-tiba satu penampar sedas mendarat di pipi kanannya.

"Kau buat pekak je eh bila aku bagi arahan! Bibik jenis apa kau ni?!" Pang! Dia beri lagi.

"Sekarang ni kau pergi basuh muka kau! Siap-siap nak buat konten YouTube asmr kau tu! Ini arahan future husband aku! Lepas dah habis, terus buat kerja rumah! Ingat, selagi aku tak bagi rehat kau jangan rehat goyang kaki! Faham?!" Pekikan Arla membuatkan Safyna menjauhkan sedikit kepalanya. Suara nyaring minah itu sedikit sebanyak mencemarkan sistem pendengaran orang.

Arla tarik rambut Safyna sekaligus melepaskan ia. Sempat mata jeling orang suruhannya.

"Kalau aku tak nak buat?" Baru mahu angkat kaki Arla terus berdiri kaku, dia paling tubuh menghadap Safyna.

"Huh, tak nak? Boleh. Boleh sangat-sangat. Tapi kesannya kau sendiri yang kena tanggung, bukan aku. Ini atas arahan Mr. Zail Harun, bukan aku. At all" kembali perlahan-lahan mendekati Safyna kembali.

"Aku sakit kepala. Penat. Nak rehat. Nanti-nanti jelah aku buat, ergh!" Serabut Safyna dibuatnya. Dia buka langkah untuk mara ke tempat beradu, sejurus itu tanpa diduga tiba-tiba kepala disepuk dari belakang. Rambutnya ditarik kembali.

"Apa bodoh sangat kau ni hah?! Aku suruh kau buat, buat jelah! Apa payah sangat?! Kau ni biul ke terencat akal?!" Dia menepuk kepala Safyna. Terkapai-kapai gadis itu memegang rambut pendeknya.

"Lepaslah betina! Aku cakap tak nak, tak naklah!" Safyna menarik kepalanya lalu berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Arla. Dia berpaling menghadap muka perempuan itu.

"Aku sekarang ni tengah sakit! Kau jangan sampai aku transfer sakit ni kat kau!" Arla berdecit dengan kata-kata yang dilontarkan, laju mulut mahu balas balik tetapi terus dipotong oleh Safyna.

"Lagi satu, jangan sesekali kau sentuh aku! Even sikit pun! Eih, jijik lah aku dengan tangan najis taik loji kau tu!"

"What?! How dare you?! Hoi perempuan, cakap tu biar sedar sikit! Kau nak aku report semua benda ni kat Zail ke?!" Bentak Arla. Terkesan dengan label 'najis taik loji' yang dihamburkan padanya.

"Hah, reportlah! Report! Report! Kerja kau mengadu, menokok tambah, buat fitnah, sebar dosa je! Itu je lah part-time kau eh! Apa future husband kau terencat akal sangat sampai tak boleh bagi kau kerja halal? Eh lupa, Si Zail tu pun kerja bukannya halal mana" berdesup ayat dia beri. Sengaja kutuk bapa sendiri seround.

Rahang Arla jatuh mendengarnya. Dia kepal kedua-dua belah buku lima.

"Kau.. lebih baik kau jaga sikit mulut kau tu! Kalau benda ni sampai kat my-soon-to-be-husband, sakit kau dia buat! Aku jamin takat leher nyawa kau merayu-rayu minta bantuan nanti! Kau tunggulah!" Ugut Arla, memainkan perkataan yang padanya dapat menundukkan Safyna.

Gadis itu senyum hambar. Geleng kepala.

"Hah astu? Kau nak aku buat apa? Tunduk macam lembu kena tindik hidung kat malaun macam kau orang? Apa yang kau berdua nak buat, terserahlah. Aku nak lawan ke tak nak lawan, bergantung dekat aku. Lagi, kau orang jangan ingat setiap detik kau dengan aku, takkan ada apa-apa yang beri kesan kat masa depan kau" Safyna mara selangkah ke hadapan.

"Kau ingat kau sorang je ada tempat luah perasaan sebar aduan? Main character behaviour.. dahlah, aku dah penat, dah tawar hati dengan permainan sampah ni! Kau nak sepak, nak pukul, nak cabul aku? Silakan, aku tak halang langsung. Tapi ingat satu je, hati dan jiwa aku dah tawar" mulut beri kata putus. Memang tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang sekarang sudah lali dan tawar.

Ye, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Berbagai ujian perlu ditempuhi, juraian air mata perlu ditangani, tidak lupa sang hati yang perlu kuat dalam memendam perasaan pada diri.

"Oh kau cabar aku? Kau. Cabar. Aku? Wahh! Rasanya kau ni dah lama tak kena sumbat dengan makanan. Tak apa, tunggu dia balik. Kau tunggu, kau tunggu" ujar Arla dengan perasaan kagum membuku di dada. Dia keluar daripada bilik bersama rasa bangga tahap gaban.

Safyna hela nafas berat, dia menutup mata erat-erat. Hati cuba dipujuk supaya bersabar. Ini ujian dan takdir dari Allah. Tika dia hampar badan pada tikar getah, otak bagai mengimbas kembali kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seseorang.

"Jangan pernah takut dengan apa-apa benda sekalipun. Kau takut orang buat naya dekat kau? Sebab apa? Sebab dia orang ada otot besar, badan besar, lebih tinggi, lebih banyak tenaga dan kudrat dari kau? Huh, tak perlu takut. Just tawarkan hati kau dan tenang. Relax bro. Kau sebenarnya lebih berkuasa dari dia orang."

"Physical power is not that smart. They just know how to smack and physically injure people, but unknowingly stupid in using common sense, brain. Then they're proud of their own stupidity so in other words, people like them are not much different from trash. Sebaliknya, kau Safyna. Kau dilahirkan dengan akal fikiran yang pandai, bukan?"

"Learn to master the game by using your brain, it's more dangerous because it can kill and injure either physically or mentally in silence. So, in order to win the game, honestly you need to be a predator. Aku tahu kau boleh, Safyna. I know what my Angel Predator can do" - Fyaz The Vagabond

Safyna hentam wajah ke tangannya. Tak tahulah apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang. Bukan blushing eh.. ayat Fyaz semua definisi 'kepala bapak kau'. Safyna jujur.

———

Pada petang itu, Safyna terus keluar berjalan pergi ke tempat lepaknya. Kepala sakan menoleh kiri kanan untuk mencari seseorang. Kaki maju beberapa tapak ke dalam.

"Fyaz! Fyaz!"

"Mende?" Balasan suara itu datang daripada belakang. Terkejut Safyna dibuatnya, dia segera memusingkan badan. Sebuah senyuman diukir.

"Fyaz! Aku ada something nak cakap ni!" Ujar Safyna teruja. Jejaka itu jongket kening.

"Duduklah dulu! Baru senang aku nak cerita!" Dia terus menarik tangan dan mereka berdua melabuhkan punggung di tepi longkang.

"I can tell that it's a good news" duga Fyaz selamba, tengok ekspresi muka pun dah tahu.

Senyuman Safyna makin lebar diukir, dia hanya mengiyakan kata-kata Fyaz. Dengan perasaan menggunung dia hambur semua keluar. Tak duduk diam sepanjang mulut menceritakan kejadian dan nikmat yang telah berlaku.

Fyaz yang galak menjadi pemerhati dan pendengar hanya tayang muka selamba, tetapi manis. Ada kala dia rasa mahu ketawa dengan gelagat Safyna ini. Rasa tenang apabila dapat melihat gadis itu terus menerus tersenyum manis. Seperti apa yang dia pernah kata.. Safyna's happiness is his happiness too.

"Tahniah. Tahniah sebab berjaya menang kes ni" ucap Fyaz ikhlas. Lebar sengihan Safyna mendengarnya.

"Oh ya, untuk celebrate hari kemenangan kau ni.. mungkin benda ni tak seberapa tapi ambik je lah. Nah, bunga Lavender. Jaga budak ungu ni elok-elok, aku nak tengok budak ungu ni selalu mekar" tangan menyeluk kocek seluar lalu dia mengeluarkan tiga kuntum bunga Lavender.

Terbuntang dan bersinar-sinar mata Safyna melihatnya. Dia pandang Fyaz, pandang bunga itu, pandang Fyaz balik, silih ganti atas bawah anak matanya.

"Serius lah Fyaz?!" Tak percaya!

Jejaka itu angguk kepala. Teragak-agak Safyna menerima bunga itu ke dalam tapak tangan, sudah sampai ke telinga dia senyum. Bahagianya Ya Allah!

"Thank you! Terima kasih banyak-banyak, Fyaz! Terima kasiihhhh!"

"Tak payahlah terima kasih. Niat aku memang nak bagi pun, tu aku kutip kat laman rumah aku" Fyaz menyatakan niat asalnya. Safyna pandang dia bersama mata bulat, tak tahu nak ungkap apa lagi.

Tidak sehingga dia perlahan-lahan melorot kan bibir. Ada sesuatu yang masih tak kena pada diri.

"Apa pahal pulak ni?" Laju saja kaunter pertanyaan diserbu.

Safyna geleng kepala.

"Tapi.. manusia macam dia tu, aku rasa macam.. tak layak dapat balasan. Tak maksud aku, you know he deserves nothing but the worst? Aku tahu aku manusia biasa, siapa je layak nak hukum dia tapi.. entahlah."

Iris mata Fyaz mencari benda tersirat di balik anak mata coklat gelap Safyna. Hela nafas, bibir dirapatkan.

"Faham."

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 62.7K 90
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
2.1K 263 20
Tengku Aqil x Sarah Alisa Fitnah yang membawa kepada rasa dendam. Dia merosakkan hidup seorang gadis yang dicintainya. Namun perkawinan yang pada mu...
191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
6.9K 612 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...