π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

17K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 72

84 14 0
By ilightraes_

"WOI BOTAK!" Jerkah satu suara yang baru menapak masuk ke dalam kelas itu. Semua kepala terus berdesup memandang ke arah tuan empunya suara tersebut. Pengetua sekolah, Encik Saiful.

Terserlah berang dan amarah di wajahnya, dia pantas menapak ke arah Rayyan, Hariz dan Fawaz. Tangan naik mencengkam kolar baju ketiga-tiga budak lelaki itu lalu ditarik dengan kuat. Mereka sekaligus jatuh terduduk ke atas lantai.

"Kamu semua ni dah kenapa? Tak ada benda lain ke nak buat selain tunjuk samseng dekat anak orang, hah?!" Tengking Encik Saiful. Dia pandang mereka bertiga dengan tajam sekali sebelum beri panahan mata pada para pelajar yang lain.

"Kamu bertiga memang lunyai saya tibai nanti! Berani naik tocang kat budak lain, batak sangat nak tunjuk kehebatan taik hanjing kamu tu! Kalau seteruk ini kamu buat dekat dia dan sekiranya mangsa yang kamu buat alami apa-apa kecederaan serius, saya selaku pengetua sekolah ni akan balas 10 kali ganda lebih dari apa yang kamu buat! Kamu bertiga tak layak jadi murid dekat sekolah ni! Hariz, Fawaz, Rayyan, kamu ikut saya pergi ke bilik disiplin sekarang!" Herdik Encik Saiful lagi.

Dia pandang seisi kelas tersebut.

"Kamu semua, saya nak satu kelas ni ikut pergi bilik disiplin sekali. Macam mana kamu boleh tengok saja hah?! Tak buat apa-apa tindakan pun! Tengok melangok jadi batu api macam orang tak ada akal! Pergi!" Jerkah Encik Saiful sehingga membuatkan beberapa tubuh terkejut. Mereka saling berpandangan seolah-olah mahu tuding jari.

"Buat apa tercegat kat situ lagi?! Tak faham bahasa ke?! Saya kata pergi sekarang! Kamu bertiga, pergi berambus dari sini! Jumpa saya dekat sana, jangan ada sesiapa yang cuba larikan diri!" Sejurus itu, seluruh kelas 3rk1 terus berpusu-pusu menapak keluar daripada kelas.

Encik Saiful geleng kepala lalu tunduk merapati Safyna. Dahinya berkerut melihat keadaan anak murid perempuannya itu.

"Ya Allah.. Safyna.. Apa yang dia orang buat dekat awak ni?" Tangan perlahan-lahan mahu memegang bahu Safyna. Tragis sungguh keadaan dia sekarang ini. Mulut berlumuran darah, lebam sana sini, ianya sedikit sebanyak mencabar jiwa Encik Saiful yang melihat.

"Err.. arr.." mulutnya bagai mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak kesampaian. Tak sampai hati mahu melihat dia sebegini, terus saja Encik Saiful mendukung Safyna di belakangnya. Terus berdesup lari bawa pergi ke bilik rawatan.

———

Suasana tegang mengalahkan kepahitan kafein dapat dirasakan oleh semua manusia yang berada di dalam bilik disiplin itu. Safyna yang telah diberi rawatan kini duduk di sebelah Hannah. Panjang umur budak itu, akibat beberapa tugasan yang perlu dia lakukan pada pagi ini jadi dia tidak dapat berada ketika waktu kejadian.

Dapat sahaja info bahawa kawan baiknya dikejarkan ke bilik rawatan kerana isu buli di dalam kelas, terus mengalahkan pelesit dia berlari mendapatkan Safyna. Rempuh pintu kayu bilik rawatan tersebut. Mujur tak patah.

Safyna kini setia merenung permukaan meja di hadapan mata, kiri kanannya diduduki oleh Hannah dan beberapa orang guru. Para pelajar kelas 3rk1 sedari tadi setia menatap kasut masing-masing. Ada tarikan magnet agaknya. Diam mengalahkan tanah perkuburan.

Muncul suara garau berdehem setelah hampir 5 minit berlalu. Pandangannya tajam sungguh, kalau sesiapa buat eye contact gerenti kerat lapan jawabnya.

"Hariz, Rayyan, Fawaz dan tak lupa.. Kak Long sekolah kita, Farhana Safa dan Syasya Rina. Saya rasa awak semua dah kunyah habis-habisan kenapa awak semua ni kena panggil berhadapan dengan saya. Berhadapan dengan para guru."

"Boleh awak jelaskan kenapa awak berada di sini?" Pinta Encik Saiful kepada lima orang pelajar tersebut.

Mulut masing-masing bagai digam dengan gam Gajah, tak mampu buka walaupun sedikit. Itu membuatkan sebelah kening Encik Saiful jongket ke atas.

"Diam je? Kenapa? Dah bisu pula? Awak boleh gunakan bahasa isyarat, saya faham je jangan risau. Silakan."

Diam.

"Jawablah setan!" Sampuk Hannah. Hampir saja dia berdiri akibat baran dalam diri.

"Eh mangkuk, kau tak ada mulut ke memang dah bisu? Ke tak dapat kesan apa pengetua cakap? Pekak ke badak? Nak aku bentangkan?!" Sindir Hannah lagi, aksinya dihalang oleh Cikgu Zaleha di sebelah. Meminta agar untuk bersabar.

"Okay, kalau awak susah sangat nak buka mulut saya bagi peluang kepada Safyna pula. Lecehlah dengan orang suka buang masa ni. Safyna, awak boleh terangkan apa yang dah terjadi?" Encik Saiful berpaling tubuh ke arah Safyna.

Gadis itu khusyuk merenung permukaan meja, teragak-agak kepala mahu pandang pengetua sekolah. Dari hujung mata, dia beri jelingan kepada seisi manusia tersebut. Perasan muka najis-najis itu bagai tenuk tercekik tulang tenuk.

Safyna telan liur.

"Dia orang tuang air kotak kat saya masa saya tengah tidur. Saya sakit kepala waktu tu. Sumpah saya tak tahu apa salah besar saya. Dia orang siap tendang, pukul, caci maki saya sampai kaitkan arwah ibu saya.." buku lima yang diletakkan di atas peha dikepal erat. Tekak terasa perit apabila mengenangkan betapa kejamnya penganiayaan mereka terhadap arwah ibunya.

Tangan Hannah menggenggam tangan Safyna, dia menyalurkan semangat agar gadis itu kuat untuk meneruskan penerangan. Baru sahaja Safyna mahu buka mulut, Encik Saiful mencelah.

"Kenapa dia orang buat macam tu pada awak, Safyna?"

"Sebab dia orang nampak saya ikut Cikgu Hayyan balik" terus saja Safyna jawab. Lantas beberapa suara seakan-akan terkejut menghiasi bilik mesyuarat itu.

Safyna angkat kepala, matanya diluaskan sambil pandang sekeliling.

"Tapi bukan saya yang nak ikut! Cikgu Hayyan paksa saya! Masa saya tengah jalan, Cikgu Hayyan tarik saya masuk kereta dia! Dia bawa saya pergi balik rumah dia! Cikgu Hayyan.. ancam dan sexual assaults saya selama ini!" Akhirnya dia hambur tangisan dan sebak di dada.

Sekali lagi mereka yang berada di situ memberi reaksi terkejut.

"Penipu! Kau sengaja je kan cakap macam tu! Yelah, pelacur murah macam kau ni ada je benda nak dibuat-buat! Tak nak orang tau belang kau lah tu!" Tiba-tiba Amira melampiaskan tuduhan ke atas Safyna. Dia mara ke hadapan dengan muka merah padam.

"Puteri Amira! Awak diam! Jangan nak buat onar dekat sini, kalau tak awak sekali saya letakkan dalam senarai murid bermasalah!" Bangkang Cikgu Zaleha yang serta-merta bangun. Pantang betul orang asing sentuh anak murid kesayangannya.

"Eh betullah! Kenapa cikgu defend sangat budak tu! Sepatutnya dia yang kena humban dalam senarai murid bermasalah! Ergh.. me? What shit are you on about? Ergh!!" Merah padam Cikgu Zaleha dengan kebiadapan mangkuk sekor ni. Dia kepal penumbuk.

"Kurang ajar eh awak ni! Saya nak awak ulang balik apa yang awak cakap? Berapa lama mulut tu tak kena cili?!" Tangannya menghentak meja dengan kuat.

"Apa? Cikgu rasa tercabar dengan anak murid sendiri ke?"

Cikgu Zaleha berdecit, buku lima dikepal dengan lebih erat. Sungguh tak ada adab budak ni.

"Dah! Sudah! Tak ada guna gaduh-gaduh dekat sini!" Bentak Cikgu Malik. Dia menghalang dua manusia itu daripada terus bertegang leher.

Encik Saiful mengecilkan matanya sambil renung Amira. Dia suspek sesuatu dalam diri budak itu.

"Amira, saya ada soalan." Tuan empunya nama paling ke arah Si Pemanggil.

"Kenapa awak benci sangat pada Safyna dan mati-matian pertahankan seorang cikgu yang hanya pemberi ilmu pada awak? Cikgu Hayyan tu.. bapa saudara awak atau..?" Soalan Encik Saiful mendorong perhatian orang ramai. Mereka pandang ke arah Amira. Gadis itu pula bagaikan mati kata.

"Sa.. salah ke saya nak pertahankan cikgu sendiri?"

"Cakap jelah kau tu ada hati dekat suami orang bodoh" celah Hannah. Tersembur gelak tawa orang sekeliling.

"Mana ada! K.. kau pandai-pandai je cakap macam itu kan, Hannah! Tak guna!"

"Dah benda fakta kau nak mitoskan apa lagi, mangkuk! Kau ingat aku tak tahu kau yang sebar fitnah cakap Safyna mengada ikut Cikgu Hayyan terpaling kesayangan kau tu balik bersama! Siap rekod guna fon. Hah kantoi bawa fon pergi sekolah!" Satu demi satu Hannah bongkarkan. Terima kasih pada seseorang.

Amira pula bagai kehilangan darah. Seperti semua darah berkumpul di kaki, dia terus tunduk ke bawah.

"Amira! Kamu bawa fon pergi sekolah?!" Seorang lagi cikgu bersuara.

"Panggil Cikgu Hayyan sekarang. Tak kira dia tengah buat apa, heret dia ke sini sekarang juga!" Encik Saiful turunkan arahan.

BUM!

"Pesanan anda dah sampai.." satu suara baru datang membuka sambil tersenyum manis. Di tangan kirinya tersemat figura Cikgu Hayyan yang berada dalam keadaan agak serabut.

Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Cikgu Mikael bersama Cikgu Hayyan di samping. Berkerut beberapa wajah yang berada di situ.

"Aikk...?"
"Apa benda pula ni..?"
"Cikgu Mikael?"

"Jangan risau, masa anda semua tak akan disia-siakan. Sempat kamu semua bersukan pagi ini" Cikgu Mikael membuka langkah mata ke hadapan.

"Tepat pada masanya, Hayyan" pengetua sekolah itu perlahan-lahan menapak ke arah Cikgu Hayyan lalu pandang atas bawah. Jejaka itu kelihatan keliru dan takut akan sesuatu.

"Oh apa benda yang tumpul tu? Lah.. tanduk setan kau rupanya" BAM! Sebuah fail dihempas kuat ke atas meja.

Cikgu Mikael lantas mengambil lalu membuka fail tersebut. Isi kandungannya membuatkan Cikgu Hayyan buntang mata. Dia angkat kepala melihat sahabat karibnya, Mikael.

"Mikael..?" Perlahan suara Cikgu Hayyan menyeru namanya. Mereka berdua bersabung mata dan secara sengaja Cikgu Mikael ukir senyuman sinis. Dia kemudian lantas menekan butang remote di tangan dan apa yang diimbas pada layar besar putih membuatkan hampir semua orang buntang mata.

"Ini adalah beberapa buah video dan kepingan gambar yang membuktikan tentang tembelang malaikat paling suci sekolah Sultan Furthe selama ini" Cikgu Mikael mula buka mukadimah.

"Video 1. Hayyan bertindak melakukan aksi seksual ke atas Safyna di bilik seni. Lihatlah betapa kejinya perbuatan dia. Awak lupa ke sekolah ni dikelilingi CCTV, Hayyan Eskandar?"

Dia terus menerangkan setiap video yang dipaparkan. Pelbagai reaksi dapat dilihat sejak dari permulaan mukadimah sang penerang.

"Juga kami dapat beberapa rakaman suara di antara mereka berdua. Ianya sungguh menjijikkan, harap para hadirin sekalian ganyang telinga guna air Yasin selepas ini" TUP! Punat rakaman suara ditekan.

Apa yang paling mengejutkan Cikgu Hayyan adalah apabila dia dapat mendengar perbualannya dengan Safyna di rumah. Kerut dahi, paut kening.

"Surprise again, Hayyan. This voice recordings are from your own wife, thank you so much to her. Aku rasa dia pun dah luak dengan kau. Cuba fikir balik rakan-rakan sekalian, logik ke jikalau 'mangsa' bawa 'pemangsa' balik rumah dan nak kahwin dengan dia? Juga jadikan 'pemangsa' sebagai private student? Hmm.. suspicious. Banyak suspen lah kau, Hayyan. Tapi tak apa, kau suka kejutan bukan? Never make sense" Cikgu Mikael hambur tawa.

"Mikael.." terasa dirinya amat dicabar. Dia kepal penumbuk lalu pandang orang sebelah. Satu hayunan dilontarkan dan ianya sempat dihalang oleh seorang lagi guru yang berada di situ.

"Kau khianat aku, Mikael! Sanggup kau buat macam ini dekat aku?! Tak guna! Aku ingatkan kau setia dengan aku selama ini!"

"Ye? Aku khianat kau? Memang pun, Hayyan. Kau tak boleh nak salahkan aku, sebab siapa je nak ada sahabat yang buat kerja keji? Lagi satu, mulut kau.. tak layak kata aku ni 'jahat'. Sedar diri tu dulu. Macam manalah seseorang tergamak buat kerja kotor ke atas seorang budak yang tak ada salah apa-apa! Ada kau fikir benda tu beri kesan kat hidup dia? Oh lupa, kau kan bebal!"

"Hayyan, cuba kau fikir dengan lebih matang! Mulai dari saat ini, kau dan aku hanyalah orang asing! Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan pedofilia!" Hambur Cikgu Mikael lagi. Ikutkan hati ada banyak lagi benda yang dia pendam. Encik Saiful perlahan-lahan mengurut bahu Cikgu Mikael agar lelaki itu tenang.

Air mata berlinangan di mata Cikgu Hayyan. Detik-detik kehancuran dia. Lantas mata berpaling melihat semua orang yang memerhati, dapat dikatakan bahawa pada pandangan mereka, dirinya sekarang berada pada tingkat paling terkeji!

"Safyna.." dia diseru. Safyna terus alih bebola mata ke arah orang yang paling dibencinya. Dia bergegas bangun, hampir terjatuh kerusi biru yang diduduki. Kaki mara beberapa langkah mendekati Cikgu Hayyan.

Bersama linangan air mata di pipi, dia buka mulut.

"Puas? Kau dah puas sekarang, Hayyan Eskandar? Lepas kau hancurkan hidup aku, lepas kau hancurkan semuanya.. kau ingat aku diam diri je? Tak! Aku tak akan pernah biarkan orang pijak kepala aku! Kau tahu tak sebelum kemunculan kau aku dah lama terseksa! Setiap hari aku kena azab! Datangnya kau dalam hidup aku hanya menambahkan rasa sakit aku je! Ini bukan pengakhiran atas apa yang kau dah buat dekat aku, this is not the end this is just the beginning! Hidup kau tak akan pernah kekal indah selagi sakit aku tak hilang!"

"Sama juga dekat kau orang semua!" Safyna lantas berpaling ke depan.

"Dengan bersaksikan Allah, pada saat ini aku bersumpah, setiap dari kau orang yang pernah khianat aku, buli aku, sakiti aku, tak akan pernah hidup tenang! Termasuk orang yang pertahankan bohsia ni! Aku doa Allah laknat kau orang selaknat-laknatnya! Sampai akhir nafas. You people deserve nothing but the worst! Aku ikat mati janji ni!"

Dia pandang Cikgu Mikael, Encik Saiful, Cikgu Zaleha, Hannah dan Ridzwan bergilir-gilir.

"Terima kasih cikgu. Terima kasih Hannah. Terima kasih Ridzwan. Terima kasih sangat-sangat! Saya doa hidup kamu semua tenang! Ya Allah, terima kasih sangat-sangat! Saya tak tahu nak balas jasa kamu semua macam mana! Terima kasih!!" Safyna hambur tangis. Sungguh nikmat pada waktu ini amatlah menyentuh jiwa dan raga.

Kaki seakan-akan longlai, dia terduduk di atas lantai. Menangis kerana kebahagiaan. Ini ialah saat yang paling dia tunggu-tunggu. Kedua belah tangan dibawa ke dada, hati berbisik pada Yang Esa.

Ya Allah..
Sesungguhnya hamba cukup berterima kasih padamu, Ya Allah kerana kabulkan hajat hamba yang satu ini..
Ya Allah..
Terima kasih sangat-sangat..
Ya Allah..
Berilah kehidupan yang sejahtera kepada orang-orang baik Ya Allah..
Sesungguhnya mereka layak masuk ke dalam syurga-Mu Ya Allah..
Ya Allah..
Sampaikan berita ini kepada arwah ibu Ya Allah..

Juraian air mata jatuh di pipi. Sungguh dia tidak tahu mahu ungkapkan apa lagi. Hatinya betul-betul tersentuh dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Kelopak mata dibuka kembali, Safyna ukir sebuah senyuman dan dia rebah.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 57.8K 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella...
2.4M 91.1K 82
Puteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam pe...
457K 21.5K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...