ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

272K 14.4K 1.7K

NOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 12

4.8K 295 61
By WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

PINTU kereta dibuka luas sebelum Tengku Danish masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dulu. Kemudian dibuka aircond sedikit kuat. Barulah dia menutup pintu kereta.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar sementara menunggu yang lain siap. On saja telefon, sudah terpapar berpuluh-puluh mesej dan misscall daripada Farisya. Tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mengarahkan Zahra untuk menyuruhnya keluar dari syarikat.

Farisya ada mengadu pada Tengku Seri, dan sudah semestinya dia kena dengar bebelan umminya tadi. Tetapi dia sudah tekankan, jika tiada apa-apa urusan, tidak perlu menganggunya di tempat kerja.

Siap perkenalkan diri sebagai girlfriend dia lagi. Lagilah dia tak beri keizinan untuk masuk. Walaupun perkara itu nampak kecil, tapi bagi dia besar impaknya. Boleh rosak nama dia nanti.

Sudahlah terjerit-jerit di syarikatnya, kalau ada reporter di situ memang naya. Pekerjanya pun kadang-kadang tak boleh percaya, sekejap je sudah viral.

Bila Tengku Danish tegaskan perkara itu, Tengku Seri hanya diam saja. Dia tahu umminya hanya mahu menjaga hubungan persaudaraan antara mereka dan dia tahu umminya faham perangai Farisya itu macam mana.

Tengku Danish hanya tinggalkan bluetick saja untuk Farisya. Kemudian dia block terus nombor gadis itu. Malas mahu melayan.

Tengku Danish melihat cermin pandang belakang kereta apabila terdengar bunyi pintu belakang dibuka.

"Masuk pat Paid" suruh si abang yang masih berdiri di luar. Dia menepuk-nepuk punggung kecil adiknya. Menolak untuk panjat ke atas tempat duduk belakang. Sedangkan adiknya terkial-kial mahu panjat. Sudahnya dia tersembam ke depan. Terus si abang menutup mulutnya terkejut.

"Oyemji Paid! Are you okay?? Does it hurt??" Tanya Tengku Faiq gelabah. Makin kuat dia menepuk punggung adiknya. Tengku Danish tersenyum lucu. Dia menoleh ke belakang. Memandang Tengku Faid yang sudah bangun untuk duduk dengan betul.

"I'm okayhh" jawabnya perlahan sambil mengengsot ke tengah. Tengku Faiq masuk ke dalam kereta lalu duduk di sebelah adiknya. Wajah adiknya diraup dengan kedua tangan. Kemudian diraup ke wajahnya pula. Seakan-akan mahu merasa sakit tersembam tadi bersama-sama.

Tengku Danish tersenyum lagi. Tengku Faiq sangat menyayangi adiknya. Sangat protective. Matanya beralih kepada Tengku Amsyar yang menghampiri kereta. Cermin kereta semua pintu diturunkan.

"Angah, ambik carseat kembar dekat kereta abah" arahnya datar, membuatkan pergerakan Tengku Darwisy yang baru saja mahu masuk terhenti. Dia pandang abangnya tak puas hati. Melihat wajah datar abangnya itu, Tengku Darwisy terus bergerak masuk ke dalam rumah. Nak ambik kunci kereta Tengku Farid.

"Kitowang tak nak duduk dekat carseat. Kitowang dah besar lah" rungut Tengku Faiq. Tengku Danish menoleh ke belakang.

"Selagi belum masuk darjah 1, twin still kena guna carseat, for your safety" ujar Tengku Danish lembut. Mendengarkan itu, si kembar terus memuncung.

Tengku Darwisy keluar dari pintu utama rumah bersama Tengku Seri. Adiknya itu terus menapak ke arah Vellfire milik Tengku Farid, manakala Tengku Seri berjalan menghampiri keretanya. Tak jauh pun, selang dua kereta sahaja.

"Dhanis, why keluar tak beritahu ummi dulu" tegur Tengku Seri setelah tiba di tepi keretanya. Wajah anak kembarnya dipandang. Puas lah dia mencari tadi. Rupa-rupanya sudah berlari masuk ke dalam kereta. Excited betul nak keluar.

"Sorry ummi" ucap si kembar serentak. Mereka berdiri dan memaut kerusi di hadapan.

"Dhanis keluar tak bagitau ummi dulu ke?" Tanya Tengku Danish kepada si kembar. Membuatkan si kembar tertunduk. Takut dimarahi.

"Along selalu pesan sebelum keluar buat apa?" Tanya Tengku Danish lagi.

"Minta izin ummi dengan abah dulu sebelum keluar" jawab si kembar.

"Lagi?"

"Cium tangan ummi dengan abah sebelum keluar" jawab mereka serentak dengan masih menunduk. Tengku Danish masih memandang adik kembarnya yang diam menunduk.

"Lepastu?"

Si kembar mengangkat wajah mereka sedikit lalu dihulur tangan mereka ke arah Tengku Seri. Tengku Seri tersenyum melihat cara anak sulungnya menegur si kembar. Suara yang lembut dan tidak pernah meninggikan suaranya. Tetapi tetap nampak garang dengan wajah serius anaknya itu.

Tengku Seri beralih ke pintu belakang. Mahu memudahkan si kembar. Pintu dibuka luas lalu ditundukkan sedikit tubuhnya. Laju si kembar mendekati ummi mereka. Dipeluk cium sebelum dilepaskan.

"Wahh berpeluk bagai, ummi tak nak peluk angah jugak ke?" Tanya Tengku Amsyar yang baru tiba. Dipelukannya ada satu carseat untuk si kembar. Satu lagi masih ada di kereta abahnya. Berat mat. Boleh tercabut lengan dia kalau nak angkat dua-dua sekali.

"Ummi tak bela baby besar" ujar Tengku Seri selamba. Terlopong Tengku Darwisy dibuatnya. Sampai hati ummi dia cakap macam tu. Bibir dicebikkan. Si kembar dipandang.

"Kau dua ketul keluar. Angah nak letak korang punya ni" arah Tengku Darwisy kasar. Lincah si kembar melompat turun dari kereta sebelum berlari ke arah Tengku Seri.

"Heyy jatuh nanti" tegur Tengku Seri. Ingat dah kalis sangat lah tu kalau jatuh. Haritu tergolek sikit pun dah menangis.

Tengku Danish keluar dari tempat memandu. Dia bergerak ke pintu belakang.

"Pergi ambik lagi satu. Biar along pasang yang ni" ujar Tengku Danish setelah membuka pintu belakang. Adiknya hanya menurut. Carseat berwarna merah ditarik ke hujung belah kiri. Dia membelek carseat itu sebelum dipasang. Dia sangat mementingkan keselamatan adik kembarnya. Risau terjadi apa-apa nanti. Tengku Danish memandang Tengku Darwisy yang baru tiba.

"Check dulu carseat tu sebelum pasang" pesan Tengku Danish sebelum menutup pintu kereta. Tengku Darwisy melihat carseat itu. Atas bawah dibeleknya. Semua okey! Tengku Seri melihat saja anak-anaknya buat kerja.

Kemudian dibantu si kembar untuk masuk ke dalam kereta. Setelah memastikan keadaan adik kembarnya dalam keadaan selamat. Tengku Danish menghampiri pula Tengku Seri. Disalam dan sempat dicium pipi ummi kesayangannya sebelum masuk semula ke tempat pemandu. Tengku Darwisy terus memeluk umminya kuat. Tadi cakap dia baby besar kan! Muahahahaha..

"Sudahlah, masuk dalam kereta cepat. Kamu nak kena tinggal ke?" Tanya Tengku Seri sambil menolak tubuh anak keduanya. Si kembar menjerit dari dalam kereta.

"Tinggal je nyah" ujar Tengku Faiq selamba.

"Tinggal tinggal" sokong Tengku Faid pula.

Tengku Darwisy terus masuk ditempat sebelah pemandu.

"Nyah lutut mu. Kau budak memang mulut tu tak boleh diam kan?" Marah Tengku Darwisy dengan perasaan geram. Tengku Danish membiarkan saja mereka adik beradik bergaduh. Kereta diundur keluar dari tempat garaj kereta sebelum dia memandu keluar dari kawasan villa itu.

-✿-

AAIRA menutup pintu store kedai sebelum berjalan ke arah rak bahagian buku kanak-kanak. Dipelukannya ada satu kotak besar buku baru. Baru sampai kemarin, harini baru nak susun. Aaira menghulurkan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberinya laluan.

Sampai saja di hadapan satu rak buku mewarna, Aaira menunduk sedikit mahu meletakkan kotak ke atas lantai. Buku-buku yang masih ada pada rak di susun dahulu. Kemudian barulah dia buka kotak baru dan susun dengan buku lama.

"Buku mewarna barbie" Sambil-sambil susun dia sempat melihat cover buku mewarna itu. Ada gambar barbie lah, doraemon lah.

"Ehh.. ada minion lah" ujarnya Aaira dengan mata yang bercahaya. Mesti tambahan buku baru sebab sebelum ni tak ada pun. Comel betul makhluk berwarna kuning ni. Dulu dia ingat minion ni pisang, rupanya bukan. Yelah, dah kuning macam tu.

Lepas dia belek-belek sikit gambar dalam buku itu, dia terus asingkan buku-buku minion di tempat lain dahulu. Takut tak muat dekat rak yang ini.

"Sinkok bagi duo, sikok bagi du-- jap sikok ke sinkok?" Tanya Aaira sendiri. Entah apa lagu trend sekarang.

"Mana-mana je lah" Aaira meneruskan nyanyian dia yang tak berapa nak jadi liriknya itu. Halus saja suaranya. Malu lah nak nyanyi kuat-kuat. Dah lah lirik pun tak tahu betul ke tidak.

Tangannya masih bergerak buat kerja. Nak nyanyi pun, tangan kena jalan. Sementara di sebalik rak di belakang Aaira, ada umat yang meninjau Aaira senyap-senyap.

"Kau nyanyi-nyanyi apa senah?" Tanya Syira mengejut. Laju Aaira pandang ke belakang. Ingatkan senior ke apa.

"Nyanyi sikok bagi duo" jawab Aaira selamba. Syira menggaru belakang kepalanya.

"Kau nak buat tiktok ke?" Tanya Syira lagi. Aaira memandang Syira lama sebelum diam tak menjawab. Dia menyambung kerjanya tadi. Syira mencebik. Dia duduk di sebelah kiri kotak. Mahu tolong sekali. Dia menyusun buku di bahagian bawah.

"Wuishh minion" ujar Syira perlahan. Macam mana boleh ada stok buku minion ni? Boss dia macam tahu-tahu je yang dia ni geng king bob.

"Beli la satu, kut kut kau ada hobi baru mewarna dekat rumah" ujar Aaira selamba.

"Banyak lah kau. Baik aku chat dengan Taufiq je" balas Syira sambil meletakkan semula buku minion tadi.

Aaira meregangkan tangannya apabila selesai menyusun satu kotak buku. Dekat belakang ada lagi lima kotak buku lagi. Hanya untuk buku kanak-kanak sahaja. Belum lagi buku-buku novel yang tebal-tebal itu.

Dia mengikut Syira dari belakang. Mahu pergi ke store belakang. Baru mahu melepasi tangga, namanya tiba-tiba dipanggil dari bawah. Syira dan Aaira serentak memandang ke arah tangga.

Terus matanya bertembung dengan sepasang mata coklat gelap. Jantung sudah berdegup laju. Syira menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Kemudian matanya menurun pada dua orang kembar. Laju tangan lagi sebelah naik menutup mulut. Awww kiyowoo..

"Akak Aairaa!!" Panggil si kembar lagi. Mereka naik tangga mahu mendekati Aaira yang sudah keras kejung. Aaira tersedar bila kakinya dipeluk. Dia menunduk sedikit sambil menghulurkan senyuman kekok.

"Hye Paiq..Paid" tegur Aaira lembut.

-✿-

TENGKU DANISH melihat Aaira yang melayan adik kembarnya memilih buku. Macam-macam soalan kembar tanya tak henti-henti. Dia yang tengok pun dah penat. Inikan pula Aaira yang sabar menjawab soalan si kembar.

Merasakan dia diperhati dari sebelah, Tengku Danish menggerakkan anak matanya ke kanan. Kepala tidak dipalingkan. Hanya bebola mata saja yang bergerak. Dia memandang Tengku Darwisy dengan hujung mata. Berkerut sikit dahinya melihat wajah pelik adiknya itu. Tak berkelip mata Tengku Darwisy memandang Tengku Danish.

"Kau dah kenapa pandang along macam tu?" Tanya Tengku Danish. Tengku Darwisy mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah si abang, menyebabkan Tengku Danish menyengetkan sedikit badannya menjauhi Tengku Darwisy.

"Kau dah kenapa setan?" Tanya dia lagi. Kalini dengan nada yang geram. Package gelaran setan lagi. Tengku Darwisy menjauhkan wajahnya semula. Tangan dimasukkan ke dalam poket sambil memandang ke arah Aaira.

"Takdelah.. Angah pelik je. Selalunya kau tak bagi sesiapa dekat dengan si kembar tu. Tapi sekarang kau rilek je bila kembar dekat dengan Aaira" ujar Tengku Darwisy. Membuatkan Tengku Danish terdiam sekejap. Dia baru tersedar. Selalunya dia risau, tapi sekarang tak rasa apa-apa pun. Dia merenung Aaira yang masih melayan si kembar. Betul, dia tak rasa apa-apa melainkan rasa selamat. Adik kembarnya selamat bila berada dekat dengan Aaira.

Tengku Darwisy mengerling abangnya sedikit sebelum satu senyuman terbit di bibirnya. Dia dapat agak sesuatu. Tapi nanti lah dia tanya. Sebelum tu dia nak cerita dekat umminya dulu. Alang-alang tu biarlah ummi yang tolong tanyakan. Selamat lah dia sikit. Kut nanti kalau dia tanya sendiri, tetiba kena maki. Naya je..

"Kau baru tau ke dia kerja dekat sini?" Tanya Tengku Darwisy.

"Hmm" Hanya itu jawapan yang abangnya beri. Mata  Tengku Danish masih terpaku pada wajah Aaira. Tak lama itu, tiba-tiba tubuhnya mengejung. Terasa seperti ada makhluk halus yang memandangnya tajam dari sebelah kanan. Perlahan-lahan dia pusingkan wajah ke tepi. Erk??

Syira mendongak dengan wajah pelik. Tak mata tu, buntang gila pandang dia kenapa? Seram wey. Tengku Darwisy merapatkan tubuhnya ke tubuh Tengku Danish. Berkerut Tengku Danish dibuatnya. Dia memandang adiknya sebelum beralih kepada Syira.

"Kau ni siapa pulak?" Tanya Syira. Terkebil-kebil Tengku Darwisy dibuatnya. Ni perempuan yang berdiri dekat sebelah Aaira tadi kan? Kawan sekerja ke?

"Err.. aku adik Danish" jawab Tengku Darwisy laju. Syira ouhh perlahan. Kepala terangguk-angguk faham sebelum menonong ke arah Aaira. Perangai betul. Macam mana lah Taufiq boleh notice Syira ni.

"Dia kenapa?" Tanya Tengku Darwisy sambil mengusap dadanya. Tengku Danish hanya diam tak menjawab.

"Tajam duh mata dia. Seram angah tengok" ujar Tengku Darwisy perlahan. Masih teringat wajah Syira tadi. Muka dah cantik dah. Tapi boleh pulak buat muka macam tadi tu.

"Along! Angah!" panggil Tengku Faiq sambil melambaikan tangan kecilnya. Tengku Danish terus menghampiri adik kembarnya diikuti Tengku Darwisy di belakang. Wajah Aaira yang menunduk itu dikerling sebelum beralih kepada si kembar.

"Kenapa panggil?" Tanya Tengku Danish lembut. Tengku Darwisy hanya memandang sambil berpeluk tubuh. Memerhatikan gedik si kembar. Ada lah tu yang dia nak mintak.

"Alongg.. Paiq nak beli buku kisah nabi boleh?" Tanya Tengku Faiq membuatkan kedua-dua abangnya terkaku. Tercengang Tengku Darwisy mendengarnya. Adiknya dah dapat hidayah ke? Ehh tak tak. Adik dia nak insaf dah ke? Selalunya si Paiq tu selalu usya majalah model-model perempuan seksi. Dia sendiri saksi sebab pernah teman si kembar beli buku. Tapi time tu dia join sekali la mengusya.

Tengku Danish memandang ke arah Aaira. Kemudian memandang Syira yang menunjuk-nunjuk ke arah Aaira dari belakang. Tengku Danish tersenyum. Dia menjatuhkan sebelah lututnya di atas lantai. Menyamakan ketinggiannya dengan si kembar.

"Boleh" Si kembar mula tersenyum lebar.

"Tapi kena janji dengan along, kembar baca buku tu sampai habis. Boleh?" Tanya Tengku Danish lembut.

"Bolehhh!!" Sahut si kembar dengan semangat. Mereka menghampiri buku-buku kisah nabi di rak belakang Aaira dan Syira.

Aaira mengangkat wajahnya perlahan-lahan sehinggalah anak matanya bertentangan dengan anak mata coklat gelap milik Tengku Danish. Aaira terus kaku bersama jantung yang berdegup kencang tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu, yang dia rasakan sangat ikhlas daripada lelaki itu untuknya.

Senyuman yang terselit dengan ucapan terima kasih.

Aaira tersenyum.

Sama sama kasih. Ikhlas juga dari hati.

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Thank you for reading! ♡

Continue Reading

You'll Also Like

35.9K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
520K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
196K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
374K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...