π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

17K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 68

86 16 1
By ilightraes_

"Assalamualaikum, abang dah balik" salam diberi.

Safyna yang hanya menjadi pengikut setia di belakang mula sumpah seranah dalam hati. Acah alim, pandai pula bagi salam setan ni!

"Waalaikumussalam" satu suara lunak menjawab salamnya. Tidak lama kemudian, muncul susuk tubuh wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.

Terkedu dan terpaku Safyna melihat wanita itu. Cantik yang amat, bak bidadari orang kata. Rupa fizikalnya berjaya menarik perhatian Safyna. Dia terpaku pada mata wanita itu. Tanpa sebarang calitan kosmetik pun dia dapat menangkap hujung mata yang seperti disentuh eyeliner. Membuatkan ia tampak lebih tajam dan menarik.

Dari atas sampai bawah Safyna teliti, bukan niatnya mahu kritik tapi disebabkan terlalu cantik di mata dia. Tambah pula dengan keayuan dan kelembutan sebagai seorang wanita, erat dalam dakapannya mendukung seorang bayi yang comel. Terserlah aura keibuan. Argh, geram pula dia lihat bayi itu! Nak geget!

"Hayder sayang.. ihh comelnya.." hidung dilagakan dengan hidung kecil anaknya. Mereka saling bergelak ketawa, keluarga harmoni sangat.

"Oh ye, biy. Ni abang kenalkan pada awak, Safyna. Kalau awak masih ingat perkara.. hah awak tahulah kenapa saya bawak dia" ringan hati dia memperkenalkan Safyna kepada isteri kesayangan.

Safyna yang terdengar namanya diseru terus angkat kepala berpaling ke arah dua manusia tersebut. Senyum kekok dia ukir ketika bersemuka dengan isteri jejaka di sebelah. Wanita tersebut turut membalas senyuman, alahai manis betul.

"Abang bawa dia datang sini sebab dia kata nak minta maaf dekat biy. Dia rasa betul-betul menyesal. Abang sebenarnya tak nak pun bawa dia sebab abang takut yang biy sakit hati. Cuma.. bila orang dah sampai melutut, you know.. tak sampai hati abang nak biarkan" cekak leher terasa seperti diputar dengan spanar, teragak-agak Safyna berpaling.

Ya Allah, kau sabarkan lah hati hamba-Mu ini. Kalau tak kenangkan situasi dan hukuman yang akan ditanggung, 7 kaki ke bawah mamat ni dia tolak karang.

"Oh.. okay, saya faham" pendek wanita itu balas. Anak matanya meneliti Safyna yang sedang sibuk merenung lantai dan kaki.

"Safyna, ni isteri cikgu, Ashin. Yang comel tu pula anak cikgu, Hayder Andra" dia memperkenalkan kepada ahli keluarganya. Safyna dalam hati nak saja angkat kening tinggi-tinggi, siapa tanya?

"Kau orang berdua bincanglah apa yang patut. Saya nak naik atas pergi solat jap" Cikgu Hayyan minta diri sebelum langkahnya menuju ke anak tangga.

Kini, tinggallah Safyna dan Ashin berdua-duaan di ruang tamu rumah. Safyna sudah mula telan liur, janggal betul rasanya. Bebola mata bermain di sekitar tempat, tak tahu nak buka mulut macam mana.

"Safyna duduklah. Letak beg sekolah kat tepi sofa ke.. kat mana-mana je dulu" pelawa Ashin bersama senyuman manis yang diukir. Safyna angguk sedikit kepala, otaknya menyusun sesuatu.

Punggung perlahan-lahan dilabuhkan pada sebuah sofa berbentuk L setelah dipelawa oleh Ashin lagi. Wanita itu turut sama menyertai dia, bayi comel bernama Hayder tersebut diletakkan di sisi sang ibu.

"Nama penuh Safyna apa?" Lembut Ashin bertanya. Tergagap-gagap Safyna menjawab pertanyaannya, mereka memulakan sesi perkenalan antara satu sama lain.

"Safyna Nadda" tersenyum Ashin mendengar namanya.

"Cantik nama, macam orangnya. Ni mesti waris wajah ibu kan.." sebuah tawa kecil dihamburkan. Anak mata Ashin meratah wajah Safyna, membuatkan gadis itu makin menunduk ke bawah.

"Safyna duduk mana?" Dia bertanya lagi.

"Taman Bunga Mekar."

"Ohh.. acik tahu tempat tu. Err Safyna ada adik-beradik lain tak? Kalau Safyna ada, mesti Safyna jadi kakak atau adik yang baik. Yelah, tengok dari luar pun dah tahu macam mana orang-orangnya."

"Haha.. terima kasih tapi saya tak ada adik-beradik. Saya anak tunggal" sebaris senyuman menghiasi bibir.

"Lahh.. ibu Safyna kerja apa?"

Sedikit tersentak Safyna mendengar perkataan 'ibu' tersebut. Berat atau ringan, sambung je lah.

"Tak, ibu tak kerja."

"Oh.. ibu suri rumah?" Safyna geleng kepala lagi, membuatkan kening Ashin berpaut sedikit. Dia kelihatan berfikir sejenak sebelum mulut dibuka kembali. Telan liur dahulu.

"Habis tu?" Nada berhati-hati, pertanyaan diajukan.

"Ibu dah berpisah dengan ayah." Selamba Safyna membalas tanpa mempedulikan riak muka wanita di hadapannya.

"Acik minta maaf, Safyna. Acik tak tahu pasal itu."

"Oh tak apa.. dah biasa."

"Sekarang ni Safyna still contact dengan ibu tak?" Kepala dianggukkan, Ashin hela nafas lega. Tak kelat senyumannya dah.

"Ibu duduk mana sekarang?"

"Ibu duduk underground" senyum manis. Itukan sedekah.

Wayar otak yang tersekat memikirkan makna disebalik ayat itu kembali berfungsi dan terus pengaliran darah tiba-tiba bersembunyi. Tak pernah terlintas dalam kepala bahawa dia akan menerima jawapan sebegitu rupa.

"Err.. Safyna nak air tak? Acik buatkan. Safyna tunggu kejap ye" tiba-tiba tulang rajin mahu bergerak. Punggung diangkat lalu Hayder yang galak bermain dengan squishy di tangan digendong erat. Kaki menapak pergi ke dapur.

"Haii.. rancaknya bersembang. Dah rupa macam kawan.." celah satu suara garau. Perbualan di antara Ashin dan Safyna terhenti lalu Ashin memandang suaminya.

Safyna pula menggerakkan bebola mata ke arah lain. Permukaan gelas dimain pusing oleh jari telunjuk. Hujung mata jeling sedikit pasangan terpaling bahagia itu. Sedas dia jeling.

"Wah, awak masak apa ni, biy? Semua nampak menyelerakan betul.."

"Biasa-biasa je. Ni, saya ada masakkan lauk kegemaran abang. Asam pedas daging" tangan dihalakan ke arah pinggan yang berisi lauk tersebut.

"Wah.. asam pedas daging! Caya lah, biy. You're the best angel in this world. Jom makan, abang dah terliur sangat ni" dia terus menarik kerusi bersebelahan Ashin lalu duduk.

Sebelum meratah lauk-pauk di hadapan, dia terlebih dahulu memandang Safyna. Kepala gadis itu sedia turut menunduk ke bawah. Kemudian, pandang si isteri di sebelah.

"Kau orang berdua dah berkenal-kenalan?"

"Dah, abang" jawab Ashin.

"Wah bagusnya. Baru kenal tadi dah rapat macam besties slayy hahah. Baguslah tu" ujar Cikgu Hayyan. Makin menaik bibir Ashin mengukir senyuman.

"Jadi, macam mana, biy?"

"Macam mana apa?" Soalan diajukan semula.

Cikgu Hayyan membuat signal kepala menandakan sesuatu. Beberapa detik kemudian baru wanita itu dapat tangkap.

"Oh.. pasal itu. Tak apalah, bang. Benda dah lepas. Safyna pun dah minta maaf. Jadi saya pun nak tak nak maafkan juga. Yelah, kita manusia biasa siapa je nak menghukum seseorang. Hanya Allah je yang layak." Belakang badan dirapatkan lagi ke kerusi.

Cikgu Hayyan angguk dengarnya. Ada buk yang memukul jiwanya.

"Jadi biy tak nak buat apa-apa lah? Biy tak nak tuntut apa-apa atas benda yang dah dia buat dekat suami biy ni?" Hamburan soalan itu sengaja dikemukakan. Mengundang keluhan perlahan Ashin. Wanita itu rapatkan bibir.

"Saya tak maksudkan macam itu. Saya tahu apa yang dia buat dekat awak. Saya tahu betapa sakit dan peritnya benda itu.. but need I remind you again, dear Hayyan?" Lembut nadanya membalas.

Makhluk testosteron itu bagaikan tidak menerima sesuatu. Sebelah tangan mendarat di atas peha manakala lagi sebelah diletakkan ke atas meja gelas. Dia memandang Ashin.

"Serius, biy? Abang tahu biy ni baik orangnya tapi- erghh.. Abang bukan apa biy tapi abang rasa macam biy kena buat sesuatu yang luar dari kotak, faham?"

"Abang nak saya buat apa?" Ashin menoleh ke arah suaminya, dia mengeluh sekali lagi.

"Biy tak faham lagi ke? Biy tak faham lagi ke pasal isu ni? Biy tak kesah pasal hati dan perasaan suami sendiri? Sanggup je biy lepaskan orang yang dah aniaya abang, orang yang hampir buatkan kita bergaduh tiap-tiap hari? Kenapa biy? Apa dah jadi dekat awak, biy? Buatlah sesuatu, biy!" Badan lantas berdiri tegak, kerusi yang ditolak kuat ke belakang terlihat hampir jatuh menyembah lantai.

Kerutan menghiasi dahi Ashin, kepalanya dinaikkan ke atas lalu pandangan menusuk wajah Cikgu Hayyan.

"Abang ni dah kenapa nak marah-marah, hah? Dah kenapa nak tinggi suara pula ni?" Nada suara masih cuba dikawal.

"Tak lah.. yang biy cerdik sangat pergi menangkan pengkhianat dah kenapa? At least buat sesuatu lah, biy. Tak rasa kesian ke dekat abang ni hah?" Lantang Cikgu Hayyan bersuara. Tangannya menunjuk-nunjuk diri sendiri.

"At least upahlah dia jadi maid kita? Jadi hamba kita? Tak pun jadi bahan lepas kepuasan kita? Ataupun—"

"Siapa KITA?!" Nafas ditarik, sekilas dia memandang Safyna sebelum badan turut berdiri mahu menyuarakan sesuatu.

"Astaghfirullahalazim apa dah jadi dengan abang? Kenapa perlu cakap macam tu? Tak fikir ke pasal perasaan tuan badan? Benda kita boleh bincang, selesaikan elok-elok. Abang bertempik macam orang tak ada adab sampai ke sudah tak selesai masalah!"

Cikgu Hayyan angkat kening. Dia terkesima seketika.

"Wah, biy cakap apa? Fikir pasal perasaan dia? Perasaan dia?! Then biy perlu fikir perasaan abang juga. Utamakan suami, imam biy dulu. Bukannya orang luar. What's going on with you?"

"You wanna know what's going on with me? Okay, I will let you know. Tapi, abang cakap dulu kenapa abang nak sangat biy hukum dia. Dan kenapa setiap hukuman yang abang bagi tu perlu ada kena-mengena dengan keluarga kita? That's suspicious, you know?"

Safyna dari jauh hanya menjadi penonton drama Akasia tersebut. Tipikal drama Melayu, gaduh kalau boleh biar semua orang tahu. Alang-alang tu inform kat Buletin Utama, satu Malaysia kenal kau punya masalah. Gerenti.

"Jadi biy nak cakap apa? Oh maaflah.. abang just rasa benda ni tak adil tapi tolonglah buat sesuatu. Tak kesian ke kat abang? Abang ni mangsa dia, abang ni hampir kena sentuh dengan dia. Biy tahu tak dia kat sekolah selalu nak berkepit dengan abang lepas itu nak sentuh-sentuh. Biy tak rasa melampau ke nak biarkan suami sendiri bergembira dengan perempuan lain?!"

Lakonan dan lagaknya seakan-akan mahu menyerah akibat tidak mendapat keadilan yang dimahukan. Bergenang air mata di lorong mata, sedetik kemudian jatuh setitis air matanya. Suara bertukar serak, ekspresi muka kerut seribu, kalau orang tengok confirm beri muka kasihan. Tapi tak pada Safyna, lelaki itu di matanya memaparkan sebuah gambaran yang cukup sampah. Lebih teruk daripada itu.

Iris mata beralih pada Ashin, si isteri. Wanita tersebut terlihat seperti sedang menahan sesuatu. Tangannya memegang cawan kosong lalu digenggam erat. Keluhan dilepaskan.

Calm before the storm.

Baru sahaja Cikgu Hayyan mahu buka mulut..

BUKK!

Sekilas cawan itu dihayunkan ke arah Cikgu Hayyan. Terkedu sang suami dibuatnya. Kepala melihat cawan yang sudah bercium dengan lantai lalu naik memandang Ashin, anak mata bergetar. Naik turun naik turun dada Ashin menahan amarahnya.

"Biy.." Buku lima dikepal. "Biy apa yang awak buat ni?! Apa yang.. huh, sanggup awak naik tangan dekat suami sendiri?! Awak tak rasa berdosa ke, biy? Apa amalan awak dah cukup sangat? Hah?! Jawablah Ekzara Ashin!" Tinggi menggunung oktaf suara jantan Cikgu Hayyan sehingga membuatkan isterinya menutup kelopak mata. Perlahan-lahan ia dibuka semula, balas balik pandangan orang di hadapan.

"Ya, Hayyan Eskandar! Memang amalan saya tak cukup baik tak cukup banyak tak cukup suci lagi! Tapi tolong ingatkan diri awak sendiri juga. Dah setinggi langit ke amalan baik awak tu sampai sanggup nak buat sesuatu yang melampau?!" Cikgu Hayyan berkerut.

"Apa biy cakap.."

"Apa saya cakap? Do you want me to recap what I want to emphasize now? Jangan lagak terpaling tersakiti semata-mata nak kaburkan mata orang atas apa yang awak dah buat. Kalau dah salah tu, mengaku dan tebus. Tapi untuk orang macam awak, kalau dah kena tanam duduk underground pun masih tak nak mengaku, am I right dear pedophile?" Sebaris ayat itu membuatkan Cikgu Hayyan bagai ditimpa sesuatu.

"Apa? Apa ni biy?! Kenapa awak cakap macam itu?! Ni mesti perempuan tu dah rasuk awak sesuatu!"

"Enough with that fucking behaviour, Hayyan. Tergamak awak buat macam ini kat seorang budak yang baru umur 15 tahun? Tergamak awak buat macam ni dekat saya, dekat keluarga kita? Apa awak ingat dia ni anak patung ke boleh bawa main? Binatang? Sekarang ni simpan dalam kepala otak awak tu, you deserve nothing but the worst! Saya kecewa dengan awak, pedofilia.. huh. Saya benci awak, Hayyan. Awak bukan manusia, awak ni tak ubah sama macam iblis!" Sedas Ashin hamburkan ayatnya pada Cikgu Hayyan. Dia terus menerpa ke arah Safyna lalu menarik tangan gadis itu.

"Jom, Safyna. Biar acik hantar kamu balik. Lama-lama kamu kat sini, mesti lagi sakit hati kamu, kan?" Lengan Safyna dipegang, dia bangun dari tempat duduk. Mereka berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar daripada rumah.

Safyna jeling Cikgu Hayyan yang sedang termenung memproses sesuatu, bahu lelaki itu dilanggar oleh isterinya. Senyuman sinis menghiasi bibir dalam diam, gelas berisi air sengaja ditolak perlahan lalu jatuh mengenai pakaian Cikgu Hayyan.

Lucu.

Continue Reading

You'll Also Like

51.4K 1.4K 6
Spicy Love new version!❀️‍πŸ”₯ Perbezaan umur 22 tahun tidak menjejaskan seorang gadis yang ingin memiliki kawan bapanya sebagai suami sendiri kerana a...
560K 3.8K 8
❝You dah tak laku ke hmm...?❞ Stella pandang bekas teman lelakinya geram. Dia STELLA HAILEY ROSE Tercabar apabila bekas teman lelakinya mengatakan y...
191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
456K 21.5K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...