ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

272K 14.4K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 11

5.2K 289 36
By WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

TANGAN yang mulai terasa lenguh tersadai ke bawah. Terkulai layu tangannya. Belakang badan tersandar penuh pada kerusi. Mata yang pada mulanya tunak ke arah buku dialihkan ke sebelah. Si adik masih aktif mewarna. Tak bosan ke adiknya itu.

Dia mahu mengajak adiknya bermain di taman bunga ummi mereka. Tetapi adiknya menolak kerana mahu melakukan hobi dia yang satu itu. Melukis dan mewarna. Disebabkan dia tak mahu bermain seorang diri, dia pun ikut mewarna sekali.

Walaupun kembar, hobi tetap lain-lain. Tak sampai setengah jam pun dia sudah bosan. Dia lebih suka membaca. Selalunya dia rembat saja surat khabar dan majalah-majalah kepunyaan abah dan abang-abangnya untuk dibaca. Walaupun tak berapa reti nak membaca, dia tetap mengeja satu-satu sehinggalah dia penat.

"Paid, bosan lah kaler kaler ni" rungut Tengku Faiq.

"Kalau bosan pergilah membaca" balas Tengku Faid selamba. Langsung tak mengalihkan matanya dari buku. Tengku Faiq memuncung.

Tengku Darwish yang kebetulan lalu di depan bilik si kembar ketika itu menghentikan langkahnya untuk melihat si kembar. Alis matanya terangkat tatkala melihat Tengku Faiq sudah terlentok di atas kerusi kecil khas untuk si kembar. Dia beralih pula pada Tengku Faid yang masih menunduk mewarna. Keadaan di dalam bilik itu hanya sunyi sepi.

Dia menghampiri si kembar dengan langkah yang senyap. Ternaik sikit hujung bibir apabila melihat hasil gambar yang diwarna oleh Tengku Faiq. Comot nak mampus, lain pula dengan hasil Tengku Faid. Cantik dan nampak kemas walaupun masih ada warna yang yang terbabas ke tempat lain.

Bahu Tengku Faiq dicuit untuk mengejutkan budak kecil itu. Nampak malas sahaja si abang itu mahu mencelikkan mata. Apabila wajah abang keduanya menyapa pandangan mata, Tengku Faiq terus bangun dengan wajah cerianya.

"Angahh" Jeritan Tengku Faiq memeranjatkan adiknya. Tengku Faid laju mendongak ke belakang bersama senyuman yang mula melebar di bibir kecilnya.

"Hmm?" Wajah kedua adiknya dipandang. Ceria semacam bila nampak dia. Selalunya asyik bagi jelingan maut. Ada la tu agenda yang budak-budak ni nak. Mehh..

"Jom gi kedai buku! Paiq nak beli books!" Ujar Tengku Faiq. Tangan angahnya digoyangkan agar permintaannya dituruti.

"Paid pun! Paid nak beli buku lukis lukis"

Tengku Darwisy sudah kembang kempiskan hidung. Dah agak dah, benda ni mesti jadi punya. Menyesal pulak dia masuk bilik ni tadi.

"No, tanak" jawabnya ringkas. Terbantut terus mood ceria si kembar bila mendengar jawapan angah mereka. Sebab kenapa mereka tak suka dengan Tengku Darwisy!

"Alaaa angahh, jom lahh" Tengku Faiq cuba memujuk Tengku Darwisy lagi dengan mata bening. Kaki Tengku Darwisy sudah dipeluk erat oleh Tengku Faid. Tak mahu dilepaskan.

"Tak nak lah. Korang mintak buku bukannya satu dua. Satu kedai tu korang nak balun" tolak Tengku Darwisy sambil menepis lembut tangan si kembar. Bibir mereka mula tercebir ke depan. Mahu nangis. Itu sahaja senjata terakhir yang mereka ada. Tengku Darwisy sudah membuat muka bosan apabila dapat menangkap apa yang akan berlaku sekejap lagi.

Tanpa rasa mahu memujuk, dia menutup kedua telinganya dengan tangan. Dalam tiga saat sahaja, bilik itu sudah dipenuhi dengan raungan si kembar. Tengku Seri yang berasa di dapur terkejar-kejar mahu ke tingkat atas apabila mendengar tangisan anak kembarnya.

"Kenapa kembar nangis ni?" Soal Tengku Seri dengan nada yang risau. Anak kembarnya terus dihampiri sebelum dia mendongak melihat anak keduanya.

Tengku Darwisy melepaskan telinganya tatkala Tengku Seri memandangnya meminta penjelasan. Belum sempat dia mahu menerangkan, si kembar sudah memutar belit cerita.

"Angah buli kitowang, ummi! Angah jahat!" Adu Tengku Faiq. Adiknya mengangguk laju bersama tangisan. Dipeluk kuat tubuh Tengku Seri. Tengku Darwisy mengeluh sambil menggeleng kesal. Payah dapat adik-adik perangai macam ni.

"Diorang nak pergi kedai buku. Angah malas nak keluar" jelas Tengku Darwisy kepada umminya. Tengku Seri memandang si kembar. Rambut yang terjuntai di dahi diraupkan ke belakang.

"Faiq dengan Faid nak pergi kedai buku nak beli apa?" Soal Tengku Seri dengan nada yang lembut. Tak sampai hati mahu meninggikan suara kepada anak-anaknya.

Dia tahu Tengku Darwisy tak mahu bawa si kembar bukan kerana malas, tetapi disebabkan si kembar ini kadangkala suka membuli angah mereka. Walaupun Tengku Darwisy nampak sahaja tingkah tak matangnya, anaknya itu masih bijak berbelanja dan tidak boros. Kalau Tengku Darwisy melayan saja permintaan si kembar, mahu koyak poket anaknya itu.

Tengku Faiq tersebik memandang wajah jelita umminya.

"Paiq nak beli buku cerita" jawabnya perlahan.

"Paid nak beli buku kaler kaler"

Tengku Seri tersenyum nipis. Dia bangga lah juga bila si kembar lebih mementingkan buku berbanding permainan. Hanya bermain apabila waktu senggang.

Kita pergi hujung minggu boleh? Ummi bawak kembar " pujuk Tengku Seri lembut. Tengku Faiq menggelengkan kepalanya. Nak pergi harini juga.

"Tapi harini semua sibuk sayang"

Si kembar menunduk. Wajah mereka terbias sedih. Seperti mahu sangat pergi kedai buku. Sedih pula Tengku Seri melihat. Belum sempat dia mahu memujuk, ada satu suara yang menegur dari belakang. Mereka semua terus memandang ke arah pintu bilik si kembar.

"Along boleh bawak diorang pergi mall esok"

Tengku Danish elok menyendeng di tepi pintu bilik. Di tubuhnya masih lengkap dengan kemeja pagi tadi. Mungkin baru pulang dari pejabat.

Si kembar laju mengangkat wajah mereka. Memandang wajah abang kesayangan. Tengku Seri melihat seraut wajah tampan anak sulungnya itu. Jelas di penglihatannya garis penat di wajah itu.

"Along kerja kan esok? Petang balik, takkan tak nak rehat?" Tanya Tengku Seri penuh prihatin.

Tengku Danish hanya tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala.

"Tak apa ummi. Along boleh je balik awal esok" ujarnya lembut. Dia memandang Tengku Darwisy sekilas. Dia tahu adiknya itu sedang menyimpan.

"Along pergi masuk bilik dulu, nak mandi" pamit Tengku Danish sebelum pergi ke biliknya sendiri. Tengku Seri dan Tengku Darwisy saling berpandangan. Anak keduanya itu mengangkat kedua bahunya.

Tengku Seri menghembuskan nafas panjang. Dia memandang pula si kembar.

"Nak pergi harini" rungut Tengku Faiq.

"Ehh budak ni. Banyak pulak cekadak dia" ujar Tengku Darwisy. Dia memandang jengkel kedua-dua adiknya itu.

Si kembar menjeling angah mereka. Bisinglah abang tua ni! Tengku Darwisy membuntangkan matanya melihat jelingan itu. Makin menjadi-jadi budak dua ekor ni. Salai kang!

"Esok je lah. Harini siapa nak bawakkan kembar keluar? Pergi mandi sekarang. Dah petang ni" arah Tengku Seri lembut. Terus si kembar berlari ke tempat di mana tuala mereka tersidai sebelum berebut mahu masuk ke dalam bilik air. Tengku Seri mengurut pelipisnya. Kembar kongsi satu bilik ada satu saja bilik air. Rasanya dia kena minta pendapat suaminya untuk asingkan bilik si kembar.

-✿-

SYIRA mengaduh kecil. Laju dia mengusap lengannya yang baru dicubit. Berkerut dahinya menahan pedih sambil matanya terpaku pada wajah tenang Aaira.

"Ape ni cubit-cubit orang" marah Syira.

"Tu hadiah untuk semalam punya" ternganga syira dibuatnya.

"Wehh..benda semalam punya cerita. Kenapa malam ni baru nak bukak. Tadi dekat tempat kerja tak nak pula ajak bincang. Benda boleh bawak bincang kan? " Aaira menjongketkan kedua bahunya dengan wajah tidak bersalah. Punggung dilabuhkan di atas sofa tunggal.

Syira memuncung. Dasar tangan ketam. Dah lah kecik.
Pedih tahu tak!

"Aaira, pedihh. Merah haa" adu Syira perlahan. Aaira hanya buat dengar tak dengar. Buat hal lagi kan, rasa lah sendiri cubitan ketam dari Aaira.

"Wey, kau tak nak cerita apa-apa ke dekat aku pasal semalam? Aku balik semalam kau tak cakap apa-apa pun" tanya Syira. Dia mahu penjelasan daripada Aaira sendiri.

Anina tak habis-habis kacau dia dari malam tadi. Sampai harini dia tak reply semua chat itu. Dah lah buat spekulasi sendiri lepastu tak nak dengar explanation orang lain pula tu. Kalau aku siku minah tu, baru puas hati.

"Ouh yaa, kau tak tahu pasal semalam kan?! Aku lupa nak cerita dekat kau" Aaira terus menukar tempat duduk di sebelah Syira.

"Hah, cerita lah apa yang jadi semalam" ujar Syira sambil mencapai balang biskut di atas meja kecil dihadapannya.

"Macam ni tau. Semalam kan kau tinggal-- eh jap, kenapa kau tiba-tiba minta aku cerita pasal semalam eh? Kau macam tahu something je" Soal Aaira pelik. Syira tergelak.

"Macam mana aku tak tanya kalau si Anina tu duk chat chat aku tanya pasal kau dengan Tengku Danish. Seteghess aku nak layan dia" jawab Syira sebelum menyumbat biskut ke dalam mulutnya lalu dikunyah dengan perasaan geram. Geram dekat Anina!

Itu kalau dia tak off kan telefon, mesti ada saja panggilan masuk daripada perempuan itu. Nak stalk Taufiq dekat Instagram pun tak senang.

"Anina? Kenapa dia tanya macam tu? Dia tanya apa je?" Soal Aaira ingin tahu.

"Sebenarnya dia bukan bertanya, tapi lebih kepada-- macam mana eh nak cakap? Lantak lah, dia cakap macam ni.." Syira membetulkan kedudukannya.

"Hey Syira, kau tak bagitau aku pun yang Aaira tu girlfriend Tengku Danish. Ha macam tuhh" ujar Syira sambil bercekak pinggang. Lagak seperti Anina bercakap depan-depan dengannya.

Mata Aaira membulat.

"Weyy.. girlfriend apa ni? Bila masa aku dengan Tengku Danish tu?" Tanya Aaira pelik. Dia ada mengaku jadi girlfriend Tengku Danish ke semalam dekat Anina. Rasanya tak ada pun. Tapi wajah Anina semalam kelat je pandang dia.

Syira menjongketkan kedua bahunya tanda tidak tahu. Dia pun tak faham. Aaira menyandar sambil berpeluk tubuh. Wajahnya berkerut memikirkan tentang semalam. Dia ada nampak macam girlfriend Tengku Danish ke semalam eh? Duduk pun jauh-jauh. Tak jalan sama-sama. Girlfriend apa nya?

"Biar je lah dia babe. Dia memang macam tu dari dulu. Ingat dah besar ni berubah la sikit perangai dia. Rupanya sama je" ujar Syira selamba. Televisyen yang menayangkan drama melayu itu ditonton. Muncul scene sweet sweet tu lah dia suka. Boleh bayangkan dia dengan Taufiq macam dalam drama tu. Uhuhu..

Aaira memuncung. Macam mana dia nak abaikan kalau ada orang yang sudah salah faham dengan dia. Jadi girlfriend tengku pula tu. Nanti kalau Anina hebohkan dekat orang lain kan naya nanti.

"Hmm..aku naik atas dulu lah" pamit Aaira. Dia bangun dengan malas sebelum menapak ke bilik. Syira mengunyah biskut sambil memerhati setiap langkah kawannya itu. Awal tidur, baru pukul berapa sekarang. Nak baca novel la tu.

Syira kembali menyambung melayan drama. Tersengih miang dia bila melihat hero dalam cerita itu memujuk heroin yang sedang merajuk. Hai.. kalau lah yang dalam cerita tu dia dengan Taufiq, kan best.

"Syiraa!! Tidur awal, esok kerja!" Pesan Aaira sambil menjengulkan kepalanya di celah pintu.

"Iyaa..kejap lagi aku masuk tidur" balas Syira tanpa mengalihkan pandangannya daripada drama tadi. Aaira mengherotkan bibirnya. Boleh percaya ke kejap dia tu. Pintu ditutup rapat.

Syira sambung berangan. Wajah Taufiq terbayang-bayang dalam ingatan. Abe Taufiq! Naik lah jerawat kalau asyik berangan je kerja.

Aaira mengeluarkan kepalanya dari celah pintu seperti tadi.

"Syira! Taufiq call aku tanya kau kenapa off phone!" Ujar Aaira, buatkan bayangan Syira hilang serta-merta. Membulat matanya memandang Aaira yang memandangnya bosan. Choii.. nampak sangat tu dah bosan dengan dia!

"Omo omo abe Taufiq" Kelang kabut dia menutup balang biskut. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam bilik sambil menjerit teruja. Aaira membuat wajah selenge melihat perangai gedik kawannya itu. Gatal kemain!

-✿-

FARISYA melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat Riel's Holding dengan lagak yang sombong. Dengan penuh berkeyakinan dia menghampiri kaunter di lobi itu. Setiap mata yang memandang dan berpampasan dengannya, hanya diabaikan.

Spek mata hitamnya dibuka setelah sampai di hadapan meja kaunter. Zahra selaku pekerja yang menjaga kaunter itu berdiri mahu menyambut kedatangan Farisya.

"Yes, miss?"

"Erm, I nak jumpa Tengku Danish" ujar Farisya, sombong sekali wajahnya ketika itu. Membuatkan Zahra mahu mengeluh berat. Namun tetap dilemparkan senyuman manis kepada gadis itu.

"Ouhh, Tengku Fahriel. Miss ada buat appointment dengan tengku?" Tanya Zahra dengan senyuman yang masih tak luntur di bibirnya. Farisya memandang Zahra.

"Appointment apa? I nak jumpa boyfriend I pun kena buat appointment jugak ke?" Soal Farisya dengan nada marah. Suaranya yang sedikit kuat itu sudah menarik perhatian beberapa orang yang lalu lalang di situ.

Girlfriend? Tengku Fahriel yang hati beku tu ada girlfriend ke? Zahra menggaru sedikit pipinya.

"Tapi miss tetap kena buat appointment dulu--"

"I cakap I nak jumpa boyfriend I! I tak nak buat appointment!" Marah Farisya, dia menatap tajam mata Zahra.

Zahra terkelu untuk bersuara. Dia mengurut kekura tangannya lembut. Sabar wahai hati, manusia depan kau ni. Bukannya syaitan.

"Takpe miss, saya perlu inform Tengku Fahriel dulu. Nama miss apa?" Zahra cuba memujuk gadis dihadapannya lembut. Dalam hati dah berbakul sumpah seranah dekat gadis itu

Farisya berdecit geram. Dia meraupkan rambut depannya ke belakang.

"Farisya" balasnya geram. Kemudian dibiarkan saja pekerja itu. Dia memandang ke tempat lain. Orang-orang yang memandang ke arahnya dijeling.

"Hairy, dekat bawah ada sorang perempuan ni nak jumpa tengku" beritahu Zahra dengan perlahan. Tidak mahu Farisya mendengar suaranya.

"Siapa? Aku tak ada terima apa-apa appointment pun?" Tanya Hairy. Kalau yang tak ingat, Hairy ni personal assistant Tengku Danish. Pekerja paling amanah setakat ini.

"Nama dia Farisya, dia cakap dia girlfriend tengku" jawab Zahra. Sesekali dia menjeling Farisya yang membelek kuku tak sudah.

Hairy mengerutkan dahi. Bila masa pulak boss dia ni ada girlfriend?

"Wait, aku tanya tengku dulu" Zahra mengangguk. Eh.. bukan Hairy nampak pun dia angguk. Bengong otak dia. Dia menunggu Hairy buat beberapa minit.

"Zahra"

"Yes" jawabnya.

"Tengku suruh dia keluar dari sini" beritahu Hairy. Zahra sudah mengeluh dalam hati. Satu hal nak kena halau dia pulak.

"Alright, got it" Talian ditutup. Zahra menghampiri Farisya semula. Dibasahkan sedikit bibirnya sebelum membuka mulut.

"Miss Farisya" panggil Zahra sopan. Farisya menoleh ke arah Zahra. Muka ketat nak mampus. Mata tak yah cite lah, tajam betul. Kaget sikit Zahra dibuatnya. Tiber kaget. Berdebar sikit lah.

"Tengku Fahriel arahkan miss keluar-- " tak sempat Zahra mahu habiskan kata-katanya, Farisya sudah menepuk meja disitu dengan kuat. Terperanjat orang-orang di situ. Zahra menutup kedua matanya. Cuba menenangkan diri. Nasib tak terlompat jantung dia tadi sebab terkejut.

"What the--? Nonsense! Danish takkan halau I! I ni girlfriend dia tau! Mesti you yang memandai-mandai cakap macam tu. You dengki dengan I ke?" Tuduh Farisya melulu. Zahra memalingkan wajahnya ke tepi sedikit bila jari gadis itu menghala tepat ke hidungnya. Kuku tu! Ya Allah, panjang mat. Tajam pulak tu. Lepastu main tuduh-tuduh orang, eyy buang masa je lah nyah nak dengki dengan orang macam ni.

"Miss, ini arahan Tengku Fahriel sendiri" ujar Zahra cuba meyakinkan gadis itu.

"No! I nak naik atas" jerit Farisya sebelum menapak menghampiri lif. Zahra sudah gelabah. Mampus la dia nanti. Laju dia mengejar Farisya yang mahu menekan butang lif. Sempat di memandang security yang berdiri pintu lobi.

"Miss! Miss tak boleh naik sesuka hati" tegur Zahra sambil cuba menarik lembut lengan Farisya. Kalau tarik kasar nanti ada jugak yang tercabut lengan anak orang ni. Dia kalau dah marah, memang tak fikir beza manusia dengan syaitan. Astaghfirullahalazim..

"How dare.. Heyy!! Lepaskan I lah!" Marah Farisya kuat. Lengan Farisya dilepaskan bila dua security sudah menahan Farisya. Penat lah nak bergelut.

"Puan tolong jangan buat bising dekat sini" tegur salah seorang security yang bernama Yazid. Daripada tadi lagi dia tengok perempuan ni terjerit-jerit dekat Zahra. Tak malu ke?

"Puan you panggil I?! Miss lah!" Marah Farisya geram.
Zahra menampar mulutnya yang mahu tergelak.

"Miss--"

"Lepaskan I!!"

"Zahra" panggil Yazid.

"Tengku Fahriel suruh Miss Farisya keluar dari sini" Zahra. Faham dengan pandangan Yazid. Kedua-dua security itu mengangguk faham.

Sedaya upaya dilembutkan pegangan mereka untuk menarik Farisya. Macam orang tak betul dah. Tak malu agaknya orang-orang di situ pandang.

"Lepaslah! I boleh jalan sendiri" marah Farisya sambil merentap lengannya bila mereka sudah hampir di pintu lobi. Yazid dan kawan security dia melepaskan Farisya. Tetapi masih tidak berganjak dari sebelah Farisya. Risau kalau gadis itu lari mahu masuk semula.

Farisya mengomel tak puas hati. Dinaikkan semula tali beg yang sudah melorot jatuh Dia terus beredar dari situ. Sempat diberi jelingan tajam kepada dua security itu. Yazid memandang kawannya. Awek jeling mat.

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Kalau ada any typo tu abaikan je lah! Buat ii faham sudah. If ada banyak ayat ulang ii tu or nampak ayat tu macam berterabur, beritahu saya ye.. Tengkiyu!

Continue Reading

You'll Also Like

229K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
206K 8.8K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
1M 36.1K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
35.4K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...