DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 9

37.4K 1.9K 15
By aunisabiha

Pintu kelas 1-4 itu ditarik kasar oleh Isyraf Nazran. Mujur skru pada pintu itu masih kukuh jika tidak mahu tercabut pintu kayu itu menyembah bumi kerana perbuatannya sebentar tadi. Wajah kedua-dua mereka lantas sahaja terjegul di balik daun pintu.

Derapan kaki keduanya melangkah untuk masuk ke dalam kelas. Pegangan tangan yang kejap sedari tadi akhirnya terlerai jua. Langkah kaki keduanya semakin pantas mengorak untuk masuk ke dalam kelas.

Pandangan sinis menusuk kalbu terbit di wajah Isyraf Nazran saat kesemua anak mata pelajar di dalam kelas itu tertumpu ke arah mereka. Tiba-tiba sahaja, gamat satu kelas itu dengan tepukan gemuruh. Satu suara menjerit nyaring membuatkan yang lain semakin galak tertawa.

"Ni mesti kes student baru tersilap kelas, lepastu akak Suha kita sebagai pengawas bertauliah ni dah berjaya tunjuk jalan ke kelas kita, ye?"

"Ewah-ewah Ilya Nasuha tu. Bukan main menggeletis lagi kau eh dengan student baru."

"Alolo, baiknya akak pengawas kita."

Hilai tawa pelajar kelas itu semakin galak menusuk masuk ke gegendang telinga Ilya Nasuha. Dia tergamam. Dia bungkam dengan ayat sarkastik yang dilontarkan oleh pelajar lelaki itu terhadap dirinya.

"Function teruk akak Suha kita."

"Makkkkk, lurvee."

Seisi kelas itu semakin galak dengan hilai tawa yang semakin menjadi-jadi. Ilya Nasuha semakin merasakan dirinya ini sudah tidak berkepentingan lagi di dalam kelas ini. Tidak bosankah rakan-rakannya itu menjadikan dirinya ini bahan jenaka dan lawak bodoh mereka?

'Ketawa wahai manusia, ketawa. Ketawa selagi kau mampu ketawa sepuasnya.'

Isyraf Nazran buat tidak peduli dengan apa yang berlaku. Ilya Nasuha yang menjadi bahan usikan pelajar lain di dalam kelas itu, dikerlingnya sekilas sebelum langkah kakinya terus diaturkan untuk pergi ke tempat duduknya semula.

Namun, lontaran kata seorang pelajar lelaki ke atas dirinya, terus membantutkan langkah kakinya dari terus melangkah. Riak wajahnya mula berona merah menahan amarah. Penumbuk lantas dikepalkan sehingga tertimbul urat yang ada pada pergelangan tangannya.

"Baru first day kau masuk sini, dah cuba jadi taiko ke? Jangan nak tunjuk perangai sial kau kat sini lah!"

Isyraf Nazran berpaling. Pandangannya terus sahaja meredup dan menikam anak mata seorang pelajar lelaki.

Perlahan-lahan langkah kakinya menuju ke arah pelajar lelaki yang sedang elok duduk di atas mejanya. Dia mendekat tanpa sepatah bicara yang keluar daripada bibirnya.

Ilya Nasuha yang berada di hadapan dirinya itu lantas ditolak ke tepi agar gadis itu segera berlalu ke tempat duduknya. Ada hal yang dia hendak bereskan dengan segera bersama pelajar lelaki itu.

"Kau nak apa?"

"Tak puas lagi ke kau nak tarik perhatian yang kononnya kau tu hero gadis-gadis kat sekolah ni?"

"Kau ingat tak heboh ke satu sekolah ni pasal kau gaduh tadi? Kau memang sengaja nak tarik perhatian kan?"

"Dasar, attention seekers." Riak wajahnya sengaja dibuat-buat geli cuba mencabar kesabaran Isyraf Nazran yang semakin menipis.

"Sedar diri kau tu sikit." Bahu Isyraf Nazran ditunding oleh pelajar lelaki itu berkali-kali. Dia sengaja ingin menyemarakkan lagi api kemarahan di dalam diri pelajar baharu itu. Lagaknya kini seperti sedang menuang fosil ke atas api yang sedang marak.

"Kalau kau nak bawak perangai taiko kau tu, baik kau balik sekolah lama kau lah bodoh."

Langkah kaki Isyraf Nazran lantas terhenti. Kini, dirinya betul-betul berdiri di hadapan pelajar itu. Pelajar lelaki itu sedikit pun tidak mahu berganjak dari duduknya. Matanya turut tajam menikam wajah Isyraf Nazran.

Keempat-empat mata itu beradu tanpa sebarang bicara. Lantas Isyraf Nazran menundukkan pandangan. Anak matanya merenung bait-bait perkataan itu. Nama pelajar lelaki itu yang terlekat elok di baju kemeja putih yang dipakainya dipandang lama.

'Hafieq Aieman.'

Jemarinya terus mengusap lembut rambut lebat milik Hafieq Aieman. Hafieq Aieman lantas rimas dengan perbuatan pelajar baharu itu ke atas dirinya. Terus sahaja satu tumbukan diberikan oleh Hafieq Aieman tepat ke wajah Isyraf Nazran.

Namun, dengan pantas Isyraf Nazran menunduk bagi mengelak tumbukan itu daripada terkena akan dirinya. Dengan laju kakinya terus menyadung kaki milik Hafieq Aieman yang berada di atas meja. Tubuh pelajar lelaki itu yang sudah terhuyung-hayang di atas mejanya itu dipegangnya kejap. Lantas tubuh itu diangkat sedikit lalu dihentaknya kuat ke atas meja.

"Arghhhhhhhh, sakit bodoh."

Para pelajar di dalam kelas 1-4 itu terus sahaja tergamam. Mereka seakan terpukau selepas melihat aksi di luar jangkaan mereka sebentar tadi. Mereka sungguh tidak menyangka bahwa pelajar lelaki itu handal sekali berlawan. Jika hendak ditafsirkan dengan mata kasar, pelajar lelaki ini pasti mengamalkan ilmu silat mahupun taekwondo kerana ketangkasan dirinya dalam berlawan.

"Arghhhhhhhh, sa.. sa.. sakit."

Hafieq Aiemam mengerang menahan sakit pada belakang badannya. Badannya itu sudah meringkuk sakit di atas meja milik pelajar baharu itu.

Isyraf Nazran hanya menayang sengih. Suara erangan lelaki itu semakin membuatkan dirinya ini merasa ketagih untuk berlawan. Dia leka memerhatikan pelajar lelaki itu yang sedang mengerang sakit di atas mejanya sendiri.

"Jangan main gila dengan aku."

"Aku tak suka kacau orang."

"Tapi kau... kau memang menduga kesabaran aku."

Sedang dirinya leka merenung wajah Hafieq Aieman yang sedang menahan sakit, simbahan air dari arah belakang tepat mengenai dirinya. Kemeja putih yang dipakainya sekarang ini lantas sahaja basah. Basah kuyup sehingga bandana headband yang diikat kemas di dahi juga turut melurut jatuh sehingga menutupi anak matanya.

Air yang menitik di wajahnya itu pantas diraupnya. Dia bangun lalu berpaling.

"Eh sorry."

"Aku nak sejukkan kau je, mesti hati kau tengah panas sekarang ni kan?"

"Sejuk tak?"

Habis sahaja berkata, pelajar lelaki itu hanya tersenyum menyeringai. Dia sengaja ingin membakar api yang sudah marak di dalam diri pelajar baharu itu. Baldi yang berisi air simbahan tadi dicampaknya ke tepi lalu tengkuknya diusap perlahan.

Kelas 1-4 yang sedari tadi hingar-bingar dengan jeritan sudah bertukar sepi. Kesemua pelajar yang berada di dalam kelas itu, menghilangkan diri. Kelihatan pergaduhan yang berlaku di dalam kelas itu semakin panas.

Barangkali mereka semua takut jika dirinya pula yang bakal dijadikan mangsa pukul selepas ini? Kini, yang tinggal di dalam kelas itu cuma pelajar lelaki tersebut, Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran sahaja. Oh, tidak lupa juga Hafieq Aieman yang sedang meringkuk di atas mejanya.

Ilya Nasuha yang menyorok di balik daun pintu kelas itu dikerlingnya sekilas. Tersengih dirinya ini apabila melihatkan raut wajah gadis itu yang sudah pucat lesi seperti mayat hidup.

Jika ditoreh wajah itu, pasti darah putih yang akan mengalir seperti cerita lagenda Mahsuri. Pasti gadis itu sedang takut dengan situasi sekarang ini. Perasaan bersalah mula menghurung dirinya tatkala dia tidak dapat melindungi gadis itu seperti tadi.

"Aw.. aw..awak, belakang awak."

"Awak... pusing belakang."

Namun suara itu sedikit pun tidak keluar dari mulut Ilya Nasuha. Mulutnya hanya terkumat-kamit melihatkan pelajar lelaki itu yang sudah kembali bangun untuk menerajang Isyraf Nazran dari arah belakang.

Sedang Isyraf Nazran leka merenung, kakinya terus diterajang kuat dari arah belakang. Dirinya lantas sahaja rebah ke lantai kelas 1-4. Kaki kirinya yang mula berdenyut itu dipegangnya erat. Api kemarahannya terus sahaja menjulang naik ingin mematahkan tulang-temulang pelajar yang membuat dirinya sedemikian rupa.

"Padan muka kau."

Sedang dirinya mula bangkit ingin menyerang, datang budak-budak samseng sebentar tadi meluru ke arahnya dengan laju. Tubuhnya terus diseret jauh ke hadapan kelas. Dia dipukul dengan begitu kuat oleh semua pelajar lelaki itu. Dirinya turut ditendang secara berterusan sehingga dia terkulai lemah. Lantas dirinya dipijak bertubi-tubi tanpa henti. Mungkin mereka ingin membalas dendam akan waktu rehat sebentar tadi?

"Bukan main kuat kau tadi, bila dah kena bantai macam ni, asal lembik?"

"Aku dah kata kat kau banyak kali dah, kau memang menempah mati, kau tau?"

"Budak lembik macam kau, tak layak tunjuk taiko kat sekolah ni."

"Balik sekolah lama kau, pukimak."

Ilya Nasuha hanya duduk berteleku sambil memeluk lututnya dengan rapat. Terasa berat matanya ini ingin dibuka untuk melihat apa yang terjadi dihadapannya sekarang. Namun begitu, berat lagi hatinya ini tatkala melihatkan remaja lelaki yang dipuja semasa kembara cintanya itu diperlakukan sebegitu teruk oleh pelajar-pelajar lain.

Tiadakah sesiapa yang mampu untuk meleraikan pergaduhan ini? Adakah bila salah seorang pelajar itu mati, baru pergaduhan seperti ini akan terhenti dengan sendiri? Adakah perlu pertumpahan darah itu berlaku?

Ilya Nasuha merenung wajah lelaki itu tanpa berkedip. Bagaimana wajah yang bersih sebentar tadi dalam sekelip mata sahaja sudah dipenuhi dengan luka kesan dari pergaduhannya? Kini, ia diserikan lagi dengan tompokkan merah pekat yang membasahi baju kemeja putih yang dipakai oleh remaja lelaki itu.

Namun begitu, senyuman menahan perit tetap terhias di bibir mungil lelaki itu saat pandangan mereka bersatu. Mengapa lelaki itu tetap jua menghadiahkan dirinya senyuman tatkala dirinya sedang dipukul teruk oleh pelajar-pelajar yang lain?

'Awak tak sakit ke Isy?'

'Macam mana awak boleh senyum lagi ni? Awak gila ke?'

'Saya yang tengok pun rasa sakit apatah lagi awak, kan?'

Ilya Nasuha kesal. Dia tidak mampu untuk menyelamatkan remaja lelaki itu dari terus dipukul. Sudahlah kesemua guru sedang bermesyuarat tika ini. Jika tidak, sudah pasti perkara ini akan dilaporkannya segera pada pihak berkuasa. Biar diambil tindakan terhadap kesemua pelajar lelaki itu yang dikira sangat biadab dan kurang ajar.

"Puas dah hati aku tengok dia separuh mati macam ni."

"Dah, jum blah!"

Kesemua pelajar lelaki di dalam kelas itu terus sahaja meluru keluar. Mereka lantas membawa diri apabila diarahkan oleh Akmal Ezra, selaku ketua mereka. Hafieq Aieman turut sama keluar daripada kelas itu sambil dipapah oleh pelajar lelaki yang lain.

Deruan nafas Isyraf Nazran yang tersekat-sekat itu jelas sekali di cuping telinga Ilya Nasuha. Dengan pantas dia segera berlari mendapatkan remaja lelaki itu yang elok terlentang di lantai kelas 1-4. Apabila kesemua pelajar lelaki yang lain sudah berlalu pergi dari kelas itu, dia baru berani untuk mendekat.

"Isy.. Isy.. awak okay tak?"

"Awak tak mati, kan?"

Kepala Isyraf Nazran diangkatnya sedikit lalu diletakkan di atas pangkuannya. Pipi cengkung lelaki itu ditamparnya lembut beberapa kali. Dia mahu menyedarkan remaja lelaki itu daripada terus pengsan di atas pangkuannya.

"Isy, bangun."

Digoncang tubuh remaja lelaki itu, namun tiada sebarang bicara yang terluah darinya. Sepasang mata itu pula sudah tertutup rapat-serapatnya.

"Tolong lah bangun Isy."

Air mata sudah mula bertakung di tubir matanya. Dia sudah tidak dapat menahan sebak di dadanya lagi. Wajah Aunty Sherlina, mama kepada lelaki itu mula bermain di ruang mata. Apa yang harus dia katakan pada ibu tua itu nanti? Mampukah ibu tua itu menerima ketentuan Ilahi bahwa anaknya ini telah pergi dijemput Ilahi kerana terlibat dengan pergaduhan ini?

"Jangan tutup mata awak, please...." Rintihnya sayu.

"Awak jangan lah mati Isy. Awak kuat kan, tolong bangun please...."

Tangis yang sedari tadi disimpannya kini sudah tidak dapat dibendungnya lagi. Akhirnya, tangisan itu turun seperti air terjun membasahi kedua-dua belah pipinya.

Mengapa Isyraf Nazran harus diberi layanan sebegini teruk pada hari pertama persekolahannya? Tidak bolehkah rakan-rakannya itu melayani Isy dengan baik? Mengapa kalian memilih untuk menumbuk, menendang dan memijak pelajar lelaki ini?

"Kenapa awak cari masalah?"

"Tengok sekarang ni, apa dah jadi?"

"Kalau awak tak boleh balas sekali pun, mengelak boleh kan? Kenapa awak biar je dorang tu semua pukul awak?"

"Kalau awak mati macam mana? Gila kot kalau sorang nak lawan lebih dari lima orang. Memang awak tempah mati lah Isy."

"Awak memang suka dera diri awak ke apa? Awak tak sayang diri awak ke?"

"Awak ni memang lah suka buat macam ni....."

Dalam dirinya risau dengan keadaan remaja lelaki itu, dia tidak mampu untuk mengawal saka mak neneknya dari membebel. Namun melihatkan remaja lelaki itu yang hanya membalas setiap bebelannya itu dengan anggukan, kini hanya tangisan yang menjadi pengganti seraya mematikan percakapannya.

"Aku tak mati pun."

"Jangan nangis."

Tubuhnya yang lesu itu digagahkan jua untuk bangun. Dia sedikit menjauh dari Ilya Nasuha. Dirinya ini tidak mahu dikaitkan bersama gadis itu jika dia berada di pangkuan gadis itu terlalu lama. Dia malas, jika dirinya dijadikan topik bualan seisi kelas itu lagi.

"Aku okay."

Luka dan lebam mula terasa pedih dan perit saat dirinya ini cuba untuk bangun. Namun begitu, dia tetap juga mengagahkan dirinya ini. Dia terus duduk bersandarkan dinding. Kakinya dilunjurkan manakala kaki sebelah lagi dilipatnya. Gadis yang bersandar bersebelahannya itu dipandang pelik.

'Aik darah?'

'Aku yang kena bantai teruk, dia pulak yang berdarah?'

'Pelik bin ajaib!'

"Kenapa?"

Pandangan pelik yang diutarakan oleh lelaki itu ke atas dirinya, menjadi tanda tanya buat Ilya Nasuha. Ada hingus ke? Ke hidungnya ini terlalu memerah dan bengkak seperti badut sarkas? Adakah lelaki itu hairan melihatkan wajahnya yang sudah tidak berupa manusia kerana terlalu galak menangis?

"Kenapa awak pandang saya macam tu sekali? Ada apa Isy?"

"Muka saya buruk eh bila menangis? Eh memang lah buruk, mana ada orang menangis tu cantik."

"Tak, kenapa ni Isy?"

Isyraf Nazran hanya diam. Dia tidak membalas pertanyaan itu. Sebaliknya, dahi gadis itu terus dibalutnya menggunakan bandana headband miliknya. Selesai sahaja membalut, dia pantas mengerling jam yang berada di dinding kelas.

Dia bangun daripada duduk. Beg yang berada di atas mejanya dicapai olehnya. Pergerakan kaki yang terhuyung-hayang itu dibiarkannya. Dia lantas berlalu keluar daripada kelas tersebut.

Baju sekolah yang bertompok darah ibarat seni Picasso itu ditanggalkannya. Terus sahaja dirinya menyarung baju t-shirt hitam yang dibawanya bersama.

Rambutnya yang kelihatan sedikit kusut itu diperkemaskan kembali. Luka yang ada pada batang hidung dan celahan bibir itu dibiarkannya tidak berusik kerana darah sudah membeku.

Isyraf Nazran terus sahaja keluar dari tandas lelaki itu tanpa berpaling. Belum sempat langkahnya hendak dimajukan, dia telah ditahan oleh seseorang. Ada seseorang yang sudah menahannya dan dia terpaksa mundur beberapa tapak ke belakang.

'Tak ada masa aku nak main game maju mundur dalam super spontan tu okay?'

Dia terus memberhentikan langkah. Pandangannya dihalakan ke bawah. Dan tidak semena-mena, wajah gadis itu pantas menjadi santapan anak matanya.

Ilya Nasuha hanya menayang sengih saat pandangan mereka bersatu. Dahinya yang dibaluti bandana headband milik lelaki itu ditunjukkan menggunakan jemari.

Isyraf Nazran pelik dengan perbuatan gadis itu. Dia turut memandang ke arah bandana headband miliknya yang terikat kemas di kepala gadis itu. Apa yang dimaksudkan oleh gadis ini kepadanya? Kening lantas diangkat tinggi tanda bertanya.

"Nak kena pulangkan ke?"

"Kalau kena, esok Suha bagi."

Lantas Isyraf Nazran menggeleng. Dia kemudiannya terus sahaja berlalu pergi meninggalkan gadis itu. Kedengaran suara gadis itu memanggil dirinya lantas dia berpaling kembali.

Lambaian gadis itu pada dirinya dibalas sambil lewa. Walaupun wajah gadis itu diselubungi rasa resah, namun dirinya masih tetap mengoyak senyum buatnya. Isyraf Nazran terusik.

Adakah ini permulaan percintaan buat lelaki seperti dirinya ? Atau adakah ini hanya mainan perasaannya sahaja ? Sejujurnya , Dia Si Pembeku Cinta dan tiada siapa yang mampu menakluki hati bekunya itu . Muktamad !

Continue Reading

You'll Also Like

3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
421K 28.4K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. S...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

406K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
674K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...