π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

17K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 57

90 19 1
By ilightraes_

"Macam complicated sangat je. Argh aku tak nak lah buat.." selafaz kata putus asa keluar dari mulut Safyna. Tiba-tiba terasa seperti tidak ada tenaga mahu meneruskan misinya.

Hannah menghentak pen ke atas helaian kertas buku. Wajahnya berkerut.

"Apa pula kau ni? Kata nak buktikan lepas itu suruh aku bagi cadangan. Dah aku bagi kau nak bangkang" mulut sudah mula membebel.

"Bukan apa, tapi macam cliche sangat. Macam.. apakata kalau kita buat plan yang nampak tak budak-budak sangat. What I mean is matang..?" Safyna pula beri cadangan. Dia tahu budak perempuan 15 tahun di hadapannya akan bertukar menjadi singa betina dalam beberapa detik sahaja lagi.

"Jadi kau nak kata.. kau nak kata idea aku macam budak 9 tahun ke bawah?"

"Ya Allah tak! Maksud aku, apa nama perkataan tu? Uhh.. upgrade!"

"Dah tu kau bagi lah idea macam mana. Meh sini aku tadah telinga" Hannah menyuakan telinganya.

Berkerut sudah dahi Safyna. Bukan dia bermaksud idea minah tu tak boleh diguna-pakai tetapi macam ada benda yang mereka perlu betulkan lagi. Cuma.. dia sendiri pun tak tahu.

"Don't know what to say, dear girl?" Nada suara Hannah seakan-akan menyindir.

Safyna juling bebola mata. Dia mengeluh perlahan sambil menggosok-gosok belakang leher. Tiada langsung idea yang sudi masuk dalam benak fikiran.

"Macam budak-budak sangat. Aku.. ah entahlah tak tahu apa pasal dengan aku ni!" Pasrah sudah. Senang betul dia berputus asa.

"Kau takut idea 'budak-budak' ni tak menjadi lepas itu kena ejek dengan sempudal-sempudal lain?" Duga Hannah.

"Kind of."

"Don't give a shit about them. Therefore, work hard until mockeries turn into praisers" jawab si kawan ringkas. Dia menjongket kedua belah bahu dan terus menggesek skrin telefon bimbit.

Safyna membuang pandang ke suatu arah yang berlainan, dia cuba mencari idea. Kenapalah benda sebegini boleh jadi terlalu sukar?

"Meluat pula aku tengok posting setan tua tak sedar diri ni! Buat tiktok buat story IG buat post IG tunjuk kebahagiaan palsu kau tu! Diam seperti pemalu bergerak menjadi menantu mamamu~ Idih kuntull sudah!" Mendatar berang suara Hannah melepaskan barannya sehingga mengundang pautan kening Safyna.

Skrin telefonnya dipusingkan menghala ke Safyna. Tersemat beberapa buah postingan video dan gambar yang memaparkan keharmonian dua beranak tersebut. Menyenget bibir Safyna apabila menyaksikan video tentangnya yang sedang membuat video asmr diiringi dengan lagu berjudul Until I Found Her. Sudahlah dirakam dari jauh, senyap-senyap.

"Oh I used to say.. I would never fall in love again until I found her~"
Caption : Proud of you my beloved daughter. You never cared about being tired even though your father told you to stop. Dad has never regretted having a child like you, Safyna🥰

"Ini kau rasa pukul berapa dia rakam kau senyap-senyap? Cringe budu.. dad has never regretted lah kononnya. Lagu pun.. puss" Hannah geleng kepala. Dia tahu sesuatu yang Safyna tidak tahu.

Safyna hanya cebik bibir lalu membuang pandang sekali lagi. Malas lah nak ambil tahu hal kedukaan dia itu, buat mogok mod saja. Live asmr semalam hari sampai nak dekat pukul 5 dia buat, atas arahan dan pemerhatian dua ekor setan tak sedar diri.

"Entah lah Hannah, semalam aku buat je live tu. Mengantuk tak mengantuk itu hal lain. Aku rasa kosong gila, tak tahu nak buat apa" luah Safyna tentang situasi yang sebenar. Selepas tamat live, dia masih tidak rasa mengantuk. Mungkin sudah terbiasa dengan keadaan.

"Tapi semalam aku jadi viewer kau juga. Asmr kau selalu boek do! Vibe hijau-hijau macam Badarawuhi. Tenenenenenenene nenenenene terererereer tere terererereretere.." kedua belah tangan dan badan mula digoyangkan. Hannah sudah mula terjun dengan perangainya, menari ala-ala Tari Gandrung. Terkaku kawan di sisi yang menjadi pemerhati.

Balik daripada berjumpa dengan Hannah, jilbab hitam dilepaskan daripada kepala. Safyna mengibas-ngibas rambut pendek tona birunya. Punggung dilabuhkan ke atas tikar getah bercorak kartun. Sekali lagi termenung tanpa sedar, isi hatinya kosong. Kedua belah tangan memegang lutut lalu kepala dilabuhkan ke bawah.

Hari ini tiada kerja sekolah, semuanya sudah disiapkan. Sanggup balik lewat gara-gara malam nanti tidak perlu dia membazirkan tenaga lagi. Ergh, seperti biasa lah. Kalau sudah namanya sekolah dan anak murid yang berjawatan tetap, tahu-tahu lah apa tokok-tambah selepas ini. Tidak lain tidak bukan si tua tak sedar diri tu!

Pagi-pagi lagi sudah menempel dekat orang. Waktu rehat, elok dia tengah fokus buat kerja dalam kelas tiba-tiba sempudal pedo tu datang melekap dekat dia. Tanya itu ini, sentuh sana sini. Ajak keluar date bagai. Ringan saja kaki ni mahu pelangkung biar bersepai gigi. Rimas, itu Hannah suruh layan macam 'real couple'? Tolonglah..

Selepas tamat waktu rehat, sudah semestinya apa yang terjadi akan sampai ke pengetahuan Hannah dan ini jawapannya.

"Geram betul aku! Eh lepas ni kalau dia gedik naik telo sangat, kau tusuk sumbat dalam-dalam payung dekat punggung dia lepastu buka! Tak ada payung, guna je lah apa-apa!"

Ditambah lagi dengan masalah sosial. Ketidakpuashatian, ketidaksenangan orang lain seolah-olah bergantung pada dirinya. Para guru, murid-murid, kakitangan, senang cakap majoriti sekolah. Jejak kawasan sana sahaja sudah tidak ada beza seperti di rumah.

Safyna hela nafas berat buat kali yang tidak terhitung, dia mencapai sebuah buku dan sebatang pen hitam. Bukan sebarang buku, tiada unsur diari mahupun tersimpan apa-apa rahsia. Tetapi hanya tersemat berbagai luahan dalam bentuk contengan. Pen ditekan lalu tangan mula melakar. Salah satu aktiviti yang telah membuat dia ketagih. Sekosong-kosong perasaan dan minda juga boleh dilakukan.

Dakwat hitam memenuhi segenap ruang muka surat. Tidak tahu apa yang difikirkan, hanya terus menerus melakar. Tahap fokusnya terhadap sesuatu benda tiada tandingan, sehingga bunyi daun pintu diselak juga dia tidak sedar.

Langkah demi langkah tapak kaki itu menghampiri Safyna. Senyuman manis disembunyikan.

"Kakak!" Nada suara seorang kanak-kanak perempuan menyergah. Terkejut akan ketibaan yang tidak diundang, Safyna lantas menghempas pen ke atas kertas lalu kulit buku ditutup.

Terkebil-kebil anak mata Safyna memandang figura genit seorang budak perempuan yang sedang tersenyum menatapnya. Bersama teddy bear di tangan serta mata bulat dan pipi kemerah-merahan yang menambahkan lagi kecomelan dirinya. Cair hati beku kalau tengok ni.

Safyna melontarkan sebaris senyuman. "Hai.. nama adik siapa?" Lembut dia bertanya.

"Au.. aun.. auni.. Yas.. sh.. yasmin.." dia menjawab persoalan Safyna meskipun masih lagi tidak lancar dalam berkata-kata.

Safyna angguk kepala. Dapat tangkap jugalah. Kanak-kanak comel bernama Yasmin itu tanpa segan-silu terus melabuhkan punggung ke atas peha Safyna. Dia menyandarkan tubuhnya dan langsung sambung bermain dengan teddy bear kepunyaan.

Terkedu Safyna, tidak pernah dia diperlakukan sebegini. Jujur, dia bukannya tipe orang yang sukakan budak. Ramah layan budak. Seketul Safynadda ni jauh sekali ye teman-teman. Budak pandang dia, dia pandang budak pun dah macam musuh bersedia mahu masuk gelanggang MMA. Rezeki kau lah dik kalau aku layan kau elok-elok.

"Akak, akak! Tantik tak? Tomel kan?" Dia mendongak keatas menghadap Safyna sambil menunjukkan teddy bear coklatnya.

"Aha.. comel, cantik. Macam Yasmin" senyum kekok.

"Hahaha, ni ibu beli. Ibu bagi Yashmin sebab beday Yashmin" ujarnya lagi dalam nada comel. Hidung keras teddy bear itu dipicit-picit.

"Wahh.. mesti Yasmin suka, kan?"

"Shuka angat-angat!" Kepala Yasmin laju mengangguk sambil tersengih keriangan. Barisan gigi putih kecilnya kelihatan.

Dia mula berbual kosong bersama Safyna, gadis itu pula hanya melayan meskipun tindak-tanduknya kelihatan kekok. Oh Tuhan, nak tukar lampin bayi pun aku tak reti! Ni kan pula mahu layan karenah budak!

"Auni Yasmin!" Lantang suara seorang wanita.

Sejurus itu, kedua-dua kepala tersebut berpaling. Kelihatan dua figura dewasa berlainan jantina sedang berdiri terpacak di muka pintu bersama seorang budak lelaki di sisi. Yang perempuan sedang menyerlahkan bengisnya, dia meratah wajah Safyna.

"Yasmin! Apa kamu buat dekat sini?" Tanya si ibu sambil mencekak pinggang.

"Err.. Yash.. Yasmin.. nak main dengan kakak" polos jawapan anak kecil itu.

Dia menggeleng kepala. "Kamu mari sini dekat ibu! Jangan dekat dengan betina tu!" Arah dia tegas.

Yasmin geleng kepala. Teddy bear didakap erat ke dalam pelukan. Dia mengecilkan diri di dalam pelukan Safyna.

"Tak nak! Yashmin nak dengan kakak!"

"Kamu jangan degil! 'Kakak' kamu tu orang jahat! Dia pembunuh! Nak dia bunuh kamu ke?! Dah lah dia tu jijik" sekali kejian dihadiahkan.

Yasmin kerut dahi. Bergilir-gilir dipandang Safyna dan ibunya, Arla.

"Tapi.. kakak baik.." bergetar nada suara kecilnya.

"Ibu cakap jangan, maksudnya apa? Jangan! Dah dah mari sini" mata dijegilkan.

Pak Zail yang setia menjadi pemerhati terus geleng kepala. Lantas kakinya dihayunkan ke arah Yasmin lalu tubuh kecil itu didukung cermat.

"Sayang.. jangan dekat dengan kakak tu. Ikut cakap ibu, okay? Kakak tu bahaya. Lagi-lagi untuk orang macam sayang" lembut suara Pak Zail memesan. Bibirnya mendarat ke rerambut Yasmin, dengan langkah perlahan dia menuju ke pintu.

"Jom kita keluar pergi jalan-jalan. Pergi shopping. Yasmin nak beli apa? Mainan? Barbie? Teddy bear baru? Ayah belikan. Semuanya untuk Yasmin." Cup! Sekali lagi ciuman dihadiahkan.

"Yashmin nak! Yashmin nak!" Sorak anak kecil itu.

"Abang pun nak apa-apa, minta je dekat ayah. Nak kereta mainan, motorsikal mainan baru? Cakap je, petik jari dah ada!" Senyum girang dilontarkan kepada anak kecil lelaki di sebelahnya.

"Wahhh!! Airil nak lah juga! Airil nak dinosaur, pistol, kereta kebal macam askar tu.." dia menyatakan setiap hasratnya sehingga melompat keriangan.

"Beres! Dah, jom kita gerak. Nanti Airil dan Yasmin boleh beli apa-apa je! Satu kedai mainan tu pun boleh!" Mendengarkan ucapan itu terus bersorak-sorai kedua-dua beradik tersebut. Arla yang melihat hanya tergelak kecil.

Sejurus itu, Pak Zail berlalu pergi bersama dua orang kanak-kanak yang gembira tahap terlebih gula. Meninggalkan Safyna dan Arla berdua-duaan.

"Aku nak keluar. Ingat, kau jangan nak goyang kaki masa kitorang tak ada. Bersihkan satu rumah ni, biar tak ada secebis habuk pun" sempat dia meninggalkan pesanan. Jelingan tajam diberi sekilas sebelum tubuh berpusing ke belakang.

"Lagi satu, kau jangan sentuh ataupun dekat dengan anak aku. Diorang tak layak kena sentuh dengan kulit jijik berdarah pembunuh macam kau!" Ujarnya lagi.

Safyna ditinggalkan dalam keadaan yang tidak boleh dikata apa. Gadis itu memilih untuk berdiam diri sejak tadi. Nak acah berani, makan diri juga nanti. Tambah pula bukannya dia buta atau pekak untuk menyaksikan tingkahlaku manusia-manusia itu. Wah, tampak kosong tapi tajam ye.

Aneh.. bagaimana sekujur tubuh yang dicipta sama dapat melunyaikan rakan ciptaannya sendiri.

Lupa, setiap orang berbeza. Setiap orang juga ada dosa dan kesalahan. Yang membezakannya hanyalah mereka bangga atau tidak. Rela tenggelam daripada berenang.

Continue Reading

You'll Also Like

560K 3.8K 8
❝You dah tak laku ke hmm...?❞ Stella pandang bekas teman lelakinya geram. Dia STELLA HAILEY ROSE Tercabar apabila bekas teman lelakinya mengatakan y...
1.8M 62.6K 90
[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB...
2.4M 91.1K 82
Puteri Arisha - seorang gadis yang pendiam dan introvert walaupun merupakan seorang painting artist dan seorang model. Seorang gadis yang memendam pe...
456K 21.5K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...