π‹π€π•π„ππ“π€π‘πˆππ„ [𝐂]

By ilightraes_

16.9K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE πŠπ„π–π”π‰π”πƒπ€π π˜π€ππ† πƒπˆπŒπ€π“πˆπŠπ€π S Μ€A Μ€F Μ€Y Μ€N Μ€A Μ€ Μ€N Μ€A Μ€D Μ€D Μ€A Μ€ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 35
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 36

141 19 0
By ilightraes_

Bunyi jam berdering mengejutkan Safyna daripada tidurnya. Kelopak mata perlahan-lahan dibuka, tangan naik menggosok-gosok mata. Kepala berpaling ke tepi, mahu melihat sudah pukul berapa.

6:45

Hampir terjatuh kerusi Safyna dibuatnya. Macam mana dia boleh bangun lewat ni? Ini mesti sebab buat live semalam, badan dah penat lepastu paksa diri tak tidur. Jadi burung hantu sampai pukul 4 lebih. Haduh.. masak lah kena tadah telinga nanti.

Tanpa melengah lagi, badan terus bangkit dari perbaringan. Rumah macam biasa, sunyi. Orang tua itu entah ke mana melesapnya pepagi buta ni. Tapi dia tak kesah, tak balik langsung pun tak apa. Kaki terus menapak ke bilik air, mahu mandi. Nasib hari ni hari Rabu, tak payahlah tergopoh-gapah dia nak sarung baju sekolah.

Jarak rumah ke sekolah mengambil masa yang agak lama kalau berjalan. Tak terlalu lama, tak terlalu sekejap. Cukup-cukup. Tapi kalau buat larian pecut rasanya sempat kut sampai sebelum pak guard tutup pagar. Maklumlah hari ni dia pekena seluar, nampak lah juga peluang kelip-kelip tu.

"Hah nasib sempat sampai, kalau tak jadi beruk lah kamu nak panjat pagar ni" ujar pak guard yang baru menyentuh pagar besi.

Dalam tercungap-cungapnya Safyna angguk kepala. Sempat dia berterima kasih sebelum berlalu masuk ke kawasan sekolah. Hiruk-pikuk suasana di dataran perhimpunan, mengalahkan pasar bisingnya. Akibat masa yang suntuk, Safyna hanya meninggalkan beg hitamnya di tepi tiang sekolah. Cepat-cepat dia panjang leher untuk mencari barisan unit pengakap.

"Weh, asal kau lambat? Nasib baik kitorang tak gerak lagi" ujar Hannah separa kuat.

"Aku bangun lambat. Semalam live asmr sampai pukul 4 pagi, plus sebelum tu aku dah penat sangat-sangat" tangan naik mengurut-urut bahu yang terasa sengal.

Hannah geleng kepala, simpati dengan nasib sahabatnya yang terpaksa melawan rasa penat melampau.

"Lain kali tak payahlah live sampai pukul 4 pagi, kau dah penat buat lah sekejap je. Orang tua tu pun sekor, harap nak duit je. Kesannya kau yang tanggung. Biul betul" mencanak naik baran di dalam diri.

Safyna mengeluh, alkisahnya semalam memang dia dah layan lena sebelum on live. Tak sampai beberapa minit badan tiba-tiba kena tarik, buka mata nampak wajah berang Pak Zail kirim salam.

Suara guru bertugas meredakan hiruk-pikuk dataran perhimpunan. Arahan supaya diam telahpun diberi tapi seperti biasa, masih ada cekadak yang gatal nak buka mulut. Penting sangat agaknya mesyuarat tingkap mereka tu.

"Aku dengar Cikgu Hayyan yang iring kita nanti. Akhirnya aku boleh ratah muka cikgu puas-puas!" Suara pertama.

"Ye ke? Ok lah tu. Aku pulak ada dengar yang cikgu jadi guru kelas 3RK1. Untung dowh budak kelas situ!" Suara kedua.

Safyna dan Hannah yang mendengar hanya menunjukkan riak menyampah. Dasar penjilat Hayyan Eskandar! Gatalitis! Kenapa lah sekolah ni bersepah budak-budak gedik? Bernanah telinga mendengarnya. Hannah pandang Safyna, mahu memastikan si sahabat tidak diserang panic attack.

"Safyna.. kau okay tak ni? Mestilah tak, kan?" Hannah menyoal.

"Eh, aku okay je" masih cuba menafikan. Riak muka yang pucat jelas menunjukkan betapa gemuruhnya cik jantung.

Hannah pandang Safyna atas bawah atas bawah, budak ni try hard betul tak nak tunjuk perasaan.

Unit pengakap diarah untuk berada di dataran perhimpunan sahaja. Pecah kepada beberapa barisan supaya telinga senang nak tangkap maklumat. Lebih bagus kalau masing-masing ada bawa buku catatan.

Suara garau yang cukup dibenci mula bergema di sekitar dataran. Safyna rasa mahu tekup telinga sahaja, malas nak dengar. Tak pasal-pasal dia buat dosa kering pagi-pagi ni hanya kerana suara seseorang.

Pandangan melana ke tempat lain, kalau teleng sampai cabut kepala pun tak apa, asalkan mata tak jamah seinci wajah orang yang dia benci. Indah hari dia bila mamat tu 2 hari tak jejak kaki kat sini. Bila dah tunjuk batang hidung, pelbagai kejutan dia hadiahkan. Meluat!

"Hmm.. saya rasa barisan tepi tu, mula dari Safyna, sila buat barisan baru kat depan saya ni. Nanti awak berdua tak dengar, kesian pula kan?" Cukup berhemah suaranya mengarah.

Lamunan Safyna terganggu, dia pandang ke depan dan ke belakang. Dengar tadi macam ada orang seru nama dia. Kepala toleh ke Hannah.

"Weh apa tadi?" Berdegup-degup cik jantung menunggu jawapan. Bagai ada bala mahu tindas je ni.

"Bohsia tu nak kenakan kau. Suruh buat barisan baru. Siut lah.." bahas Hannah, mata menjeling Cikgu Hayyan sekilas. Terbuntang mata Safyna mendengarnya, barua ni serius lah?

Lambat-lambat Safyna dan Hannah melaksanakan arahan. Duduk berdekatan dengan Cikgu Hayyan. Tidak terlalu dekat tapi kalau ambil batu kecil lepastu lancar ke depan rasanya kena lah sasaran.

"Bagus. Berbalik kepada kemeja.." dia menyambung bebelan.

Safyna mendengus, buku lima digenggam erat. Ini tunggu masa nak layang dekat muka orang je. Nafas turun naik turun naik setiap kali mata terpandang wajah hauk itu. Muka kambing lagi elok kalau nak dibandingkan dengan muka orang di hadapannya.

Usai mesyuarat pengakap berakhir, kesemua pelajar kembali berdiri untuk masuk ke kelas masing-masing. Safyna dengan rasa terujanya yang berkobar terus angkat panggung lalu menyusun langkah.

"Ehem, saya nak Safyna sorang saja tinggal di sini. Yang lain masuk kelas cepat, jangan ada sesiapa yang melilau-lilau lagi" mendatar serius suara Cikgu Hayyan memberi arahan.

Mati terus keterujaan Safyna, baru dia nak angkat kaki dah kena tarik balik. Dia pandang Hannah, berkerut-kerut dahinya sebagai tanda dia enggan. Perempuan itu ketap rahang kuat, berbakul-bakul makian dihamburkan.

"Hah Hannah, awak buat apa lagi kat sini? Tak reti nak balik kelas?" Dengan gaya tangan berpeluk tubuh dia bertanya. Apa, ingat hensem?

Hannah jeling lagi, depan-depan cikgu dia berani jeling. Nak kata biadap, hah katalah. Orang macam Cikgu Hayyan tu tak layak dihormati langsung.

"Hah cikgu, kenapa suruh Safyna sorang je jumpa cikgu? Kenapa tak suruh murid lain?" Mata dikecilkan, dia cuba mengesan rancangan jahat yang sedia termaktub dalam kepala otak lelaki itu.

"Jaga sikit percakapan awak tu. Ingat, awak tu dah banyak kali kena tindakan disiplin. Nak rasa kena gantung sekolah ke?" Sinis renungan Cikgu Hayyan.

Malas nak bertekak, Hannah angkat kaki. Sempat dia suruh Safyna kawal pernafasannya.

"Cakap sikit nak terasa. Ingat dia tu helok sangat, Hilman aku lagi bagus. Dasar pedo" gumam Hannah perlahan.

Kini tinggallah Safyna dan Cikgu Hayyan berdua-duaan. Safyna buang pandang ke tempat lain, isi perut nak lancar mogok setiap kali melihat kehaukan wajah lelaki itu. Macam mana lah spesies ni boleh dapat pasangan?

Lebih baik tenung padang, nampak segar dan indah dengan kehijauannya. Indah betul ciptaan Tuhan. Belum sempat mata menjamah pemandangan, lengannya direntap lalu ditarik kasar. Safyna terjerit kecil. Dia dibawa ke sebuah tempat yang agak terpencil.

"Apa cikgu ni?!" Safyna cuba menepis pegangan jijik Cikgu Hayyan. Mata melaser tepat ke anak mata lelaki itu.

Cikgu Hayyan meletuskan tawa bebas.

"Apa kau ingat aku panggil kau sebab urusan sekolah je? Tak sayang, kau dah dinaik taraf sebagai kekasih aku. Sebab tu aku nak kau selalu dibawah pemerhatian aku, selalu.. shouldn't you be proud?" Senyuman versi penggoda gatal diukir. Safyna terkedu.

"Orang tua gatal, cikgu jangan ingat cikgu boleh apa-apa kan saya. Saya terima ni pun bersebab."

"Sebab apa? Cinta?"

"Tak. Uphold justice!" Ketawa Cikgu Hayyan meletus kuat. Lucu dengan tindakan Safyna.

"Semuanya dah jatuh dekat tangan aku, sayang. Kau dah tak ada apa-apa. Kau hanya ada aku sorang je. Sepatutnya kau kena berterima kasih dekat aku, sebab aku sanggup bagi kasih sayang dan cinta dekat kau. Mak dah meninggal, ayah buang, biar jelah aku kutip anak lorong macam kau" hujung hidung Safyna dicuit sakan. Renungan gadis itu didalamkan bagai mahu kasi tembus.

Berasap telinga. Rasa mahu lari mencanak naik. Tak silap dia, bini barua ni baru je bersalin anak yang keberapa entah. Sebab tu tak datang 2 hari, kesian pula dekat si isteri. Dalam diam suami main kayu tiga. Oh jangan risau, suatu hari nanti pecahlah tembelang mamat ni.

"Saya ada Hannah. Saya tak perlukan cikgu. Kesian isteri cikgu dapat suami main kayu tiga. Muka dengan perangai.. sama-sama naik hauk! Menjijikkan! Saya doa satu hari nanti hidup cikgu jatuh sejatuh-jatuhnya! Orang macam cikgu layak kena seksa dalam neraka!" Tepat di depan muka Safyna hamburkan.

Muka Cikgu Hayyan bertukar berang kerana dihina, terus tangannya mencekup leher Safyna lalu ditolak rapat ke dinding. Perbuatan keji dilampiaskan ke gadis itu. Safyna melawan, mereka saling berbalas serangan.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 42.8K 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal...
351K 30.8K 69
Aidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai y...
1.1M 61.9K 63
[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING] ⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE Tengku Khalid, Nama seindah tuannya. Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di...
116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...