š‹š€š•š„šš“š€š‘šˆšš„ [š‚]

By ilightraes_

17K 2.1K 109

#1st Story LAVENTARINE šŠš„š–š”š‰š”šƒš€š š˜š€šš† šƒšˆšŒš€š“šˆšŠš€š S Ģ¤A Ģ¤F Ģ¤Y Ģ¤N Ģ¤A Ģ¤ Ģ¤N Ģ¤A Ģ¤D Ģ¤D Ģ¤A Ģ¤ S... More

DISCLAIMER
THE LAVENTARINE RXF
Laventarine - Prologue
Laventarine - 1
Laventarine - 2
Laventarine - 3
Laventarine - 4
Laventarine - 5
Laventarine - 6
Laventarine - 7
Laventarine - 8
Laventarine - 9
Laventarine - 10
Laventarine - 11
Laventarine - 12
Laventarine - 13
Laventarine - 14
Laventarine - 15
Laventarine - 16
Laventarine - 17
Laventarine - 18
Laventarine - 19
Laventarine - 20
Laventarine - 21
Laventarine - 22
Laventarine - 23
Laventarine - 24
Laventarine - 25
Laventarine - 26
Laventarine - 27
Laventarine - 28
Laventarine - 29
Laventarine - 30
Laventarine - 31
Laventarine - 32
Laventarine - 33
Laventarine - 34
Laventarine - 36
Laventarine - 37
Laventarine - 38
Laventarine - 39
Laventarine - 40
Laventarine - 41
Laventarine - 42
Laventarine - 43
Laventarine - 44
Laventarine - 45
Laventarine - 46
Laventarine - 47
Laventarine - 48
Laventarine - 49
Laventarine - 50
Laventarine - 51
Laventarine - 52
Laventarine - 53
Laventarine - 54
Laventarine - 55
Laventarine - 56
Laventarine - 57
Laventarine - 58
Laventarine - 59
Laventarine - 60
Laventarine - 61
Laventarine - 62
Laventarine - 63
Laventarine - 64
Laventarine - 65
Laventarine - 66
Laventarine - 67
Laventarine - 68
Laventarine - 69
Laventarine - 70
Laventarine - 71
Laventarine - 72
Laventarine - 73
Laventarine - 74
Laventarine - 75
Laventarine - 76
Laventarine - 77
Laventarine - 78
Laventarine - 79
Laventarine - 80
Laventarine - 81
Laventarine - 82
Laventarine - 83
Laventarine - 84
Laventarine - 85
Laventarine - 86
Laventarine (THE END)
Side Chapter : The Truth (Long)

Laventarine - 35

143 21 3
By ilightraes_

Kaki dirapatkan ke dada, lantai kosong dipandang lama. Sekarang ni dia tak tahu lah berapa banyak sakit yang perlu ditanggung. Luka dan parut baru masih tersemat di belakang badannya. Terlalu sakit sampai dia sendiri dah tak rasa apa-apa. Rasa kosong sahaja. Tindakan berani matinya berjaya menggugat sisi amarah si nangka busuk dan orang tua gila itu.

Mengingatkan perihal tersebut, ketawa bebas dihamburkan. Lucu apabila teringat muka tenuk tercekik panadol itu, tahu pun nak marah. Biarpun mukanya habis digesel tapi Safyna berasa puas. Rasa bangga pula. Kini dia berseorangan, di dalam rumah semestinya. Selepas perut menerima penangan padu Pak Zail, mereka meninggalkan Safyna begitu sahaja. Keluar entah melesap ke mana.

"Haih.. Zail, Zail.. Kau pecahkan lah muka aku sekalipun, aku tetap tak akan mengalah. Kalau kau boleh replace isteri sendiri dengan cara kotor, jadi tak salah kan kalau aku replace nyawa kau dengan cara kotor juga? What was given is what you're gonna received" ujar Safyna berseorangan. Pisau di tangan ligat dipusing-pusingkan. Mungkin sedang membayangkan bagaimana rupanya ketika menyiat kulit orang yang pernah mengkhianati.

Tiba-tiba kedengaran tingkap diketuk daripada luar, menganggu lamunan Safyna. Gadis itu mendongak ke atas, badan perlahan-lahan bangun dan kepala meninjau ke luar. Iris bulatnya melihat seseorang sedang melambai, anak siapa pula yang main lambat-lambai tangan ni? Mata dikecilkan.

"Safyna! Safyna! Bukak pintu ni! Aku nak masuk!" Jerit satu suara dari luar.

Ini macam suara.. Hannah! Terus mengalahkan pelesit Safyna memulas tombol pintu. Daun pintu dikuak besar dan anak mata dijamah dengan sebuah figura perempuan. Hannah dengan senyuman lebarnya, bersertakan beg baju dibahu, sedang melambai ke arah Safyna. Mereka saling membalas senyuman.

"Masuk lah" jemput Safyna.

Hannah terus menapak masuk setelah dipelawa, pintu kayu itu ditutup kembali. Mereka menyusun langkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kenapa kau datang balik ke sini? Macam mana kalau Pak Zail tu nampak kau? Tak ke teruk jadinya. Lagi-lagi bila dia dah bagi warning. Kau ni, Hannah.." kata Safyna, dahinya berkerut. Tak sanggup dia mahu melihat sahabat sendiri kena bedal dengan orang tua tu.

"Alah tak apa, dia belasah aku, aku belasah lah dia balik. Benda senang buat apa kita susahkan? Yang kena risaunya sekarang ni, kau tu. Eh apa si kodok tu dah buat dekat kau? Mesti dia balik lepastu pukul kau, kan? Eh meh sini aku scan kau jap" Hannah segera membelek-belek tubuh Safyna.

"Ish tak ada apalah. Kalau aku kena pukul pun, benda biasa kut. Aku dah tak ambil kesah sangat. Apa yang nak jadi, jadi lah. Apa yang dia nak buat, buat lah. Biar je. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang" kata-katanya hanya sekadar mahu menyedapkan hati Hannah. Tak mahu perempuan tu risau, gelabah sangat.

Hannah pandang dia atas bawah, dua kali. Tak percaya nampaknya.

"Iyew lah tu.. Kalau betul kau tak ambil kesah, mesti kau tak ambil kesah kalau aku suruh kau buat free show badan kau, kan? Jangan travel, aku datang sini bukannya lenggang kangkung, aku datang sini sebab nak rawat luka kau" Hannah senyum, mata coklatnya dikelip-kelip kan.

"Kepala bahulu kau lah! Lambat lagi aku nak tayang bodi. Bukannya cantik pun, penuh dengan parut je. Corak abstrak haa.. kau hado? Tak ada, hmph lemmmah. Slebew!" Akhir katanya Safyna ketawa, jenaka sendiri digelak kuat. Mengundang ketawa janggal Hannah serta kening yang berkerut.

Tangan Hannah menepuk kuat peha Safyna, dia sendiri tak tahu sama ada mahu gelak atau kesian. Ditenung dalam Safyna yang sedang ketawa sehingga hampir jatuh kerusi, ini.. Safyna ke? Tak mungkin selepas ketakutan yang melampau, emosinya tiba-tiba berubah hyper?  Apapun dia gembira apabila melihat keadaan si sahabat yang masih boleh ketawa, harap lah senyuman dan gelaknya itu tidak terpadam. Hannah ketawa kecil.

"Kau ni.. apa kena hah? Semacam je aku tengoknya."

"Apa apa apa? Aku tengah gelak lah. Kau nampak apa lagi? Hadeh.." balas Safyna disela-sela tawanya. Entah kenapa hatinya bagai digeletek teruk.

"Dah, cepat buka baju! Aku nak tengok luka mana yang perlukan khidmat rawatan Dr. Haneul Adira. Cepat, sebelum aku yang bukakan" arah Hannah berbaur amaran tetapi disertakan dengan gurauan.

"Yelah.. suruh orang buka baju macam nak rogol aje gayanya" perlahan oktaf suara Safyna ketika berkata-kata. Baju ditarik ke atas dan pandangan Hannah serta-merta jatuh pada badan Safyna yang dipenuhi dengan parut dan luka.

"Kalau ye pun tergamam, behave lah sikit. Seriau lah aku tengok, macam nak terkam aku pula" kedua belah tangan disilangkan untuk menutupi bahagian dada, badan dipusingkan ke belakang. Ringan saja tangan Hannah kembali mendarat pada bahu kanan Safyna. Ada pula macam tu..

"Teruk sangat lah aku tengok. Ni kalau bawak pergi jumpa doktor, konpem 7 hari 7 malam kau bertapa dekat sana. Eh kita pergi hospital jom!"

"Kau jangan buat perangai, Hannah. Itu tempah maut namanya!" Bangkang Safyna, kalau bawa pergi hospital mahu cekik darah dia kena interviu dengan doktor.

Hannah melepaskan tawa. Tahu pun takut. Mata kembali meneliti setiap parut dan luka yang tersemat di badan sahabatnya, ada parut panjang, parut kecil, parut besar, parut pendek, parut timbul dan sewaktu dengannya. Api kemarahannya mula membara, macam mana lah Safyna boleh bertahan sejauh ini? Sungguh dia tabik.

Zip beg dibuka, tangan mengeluarkan beberapa peralatan untuk merawat.

"Kau tahan sikit, boleh? Nak meraung.. buat je lah. Sebab benda pedih, kan? So no wonder" ucap Hannah, jari-jemarinya ligat menyusun dan mengeluarkan peralatan yang diperlukan.

"Ok.." pendek balasan Safyna. Dia cuba.

Sebaik sahaja ubat diletakkan pada luka, rasa mahu meraung kian meningkat. Pedih mat! Safyna kemam bibirnya kuat, kalau dia menjerit nanti rasa macam dramatisitis sangat.

"Safyna, kau tahu tak pasal minah gediks dua ekor tu?" Hannah memulakan modal perbualan mereka. Salah satu teknik untuk mengurangkan sakit.

Safyna geleng kepala.

"Aku dengar diorang lesbian do." Terbatuk-batuk Safyna mendengarnya. Dia pandang tepat ke arah Hannah. Dalam banyak-banyak topik kenapa mesti ini yang harus dia cerita?

"Kau jangan main cakap je, Hannah. Kalau salah boleh jatuh fitnah."

"Fitnah apanya? Dah owner sendiri yang mengaku. Ini pun Zahra yang bagitahu, siap screenshot status minah tu."

Mata Safyna dikecilkan. Otaknya cuba membayangkan bagaimana rupa dua ketul itu menjadi sepasang kekasih.

"Weh- aku bukan nak judge, tapi serius lah? Macam mana do.. Tak terpancar imej bayangan aku"

"Itulah pasal, siap mengaku hubungan diorang dah lama. Tapi lantak lah, karang kita menentang diorang marah ye dok? Tak apalah, biar je lah. Asalkan bahagia.."

Ayat Hannah berjaya membuatkan Safyna meletuskan tawa besar. Habis badannya tidak boleh duduk diam dan ditegur oleh Hannah. Amboi, kemain gosip tapi last-last 'asalkan bahagia'.

"Lagi satu Safyna, minggu depan, minggu depan lagi bapak aku ada buat majlis makan-makan dekat hotel 5 bintang tu."

"Dah astu? Kau nak suruh aku datang?" Safyna tahan lucu.

"Iye lah cik kak oi!"

"Tak payah lah Hannah, karang aku datang jadi rusa masuk bandar. Orang kat sana pakai cantik-cantik, aku datang sana nak balut guna apa? Daun pisang? Tema flora dan fauna katanya" bangkang Safyna. Tak salahkan kalau dia menolak tawaran tersebut. Ada alasan kukuh.

Hannah geleng kepala.

"Jangan nak mengada. Aku suruh kau datang, kau datang. Nak baju, nak siap bagai kau serahkan dekat aku."

"Alah tak nak lah.. mesti ramai orang, kan? Aduh aku tak bolehlah tengok manusia berkelompok banyak ni" Safyna mengeluh. Sifat gemuruhnya terhadap manusia sememangnya tidak boleh dijangka.

"Kau ikut je aku, tahu lah apa yang aku nak buat."

"Tema apa? Flora dan Fauna?" Soal Safyna ingin tahu.

"Tak. Vintage katanya, ala-ala zaman kerabat diraja dulu-dulu. Klasik. Kau tahu kan dress kepuk-kepuk tu, hah tu lah" Hannah cuba memberi bayangan.

"Ouh- nanti kau tolong bagi contoh. Aku lupa langsung. By the way, aku rasa aku dah jumpa mak aku." Kata-kata Safyna membuatkan perbuatan Hannah terhenti. Dia terkaku seketika.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 57.8K 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella...
1.4K 140 26
Katanya Mr Ego, Dingin, pembengis dan berwajah ketat setiap masa dan setiap waktu. Namun, Sisi penyayang yang sentiasa menyerlah, itulah yang mero...
37.6K 1.8K 34
"Kau..." Khaleel memandang tepat ke dalam anak mata perempuan itu. Perempuan itu mula memeluk tubuh, menutup lurah dadanya yang kelihatan dalam baju...
800K 46.9K 77
Apabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kan...