ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 4

5.3K 316 26
By WafaAriffin

TENGKU DANISH mengetuk pintu bilik Tengku Darwisy yang berada disebelah biliknya perlahan. Tak sampai beberapa saat, pintu itu terbuka dari dalam dan wajah Tengku Darwisy bersama riak kosongnya memenuhi ruang mata Tengku Danish. Kedua alis matanya terangkat seolah bertanya 'apa' kepada abangnya.

Tengku Danish hanya menghulurkan tangan kanannya ke arah Tengku Darwisy. Meminta sesuatu. Darwisy merenung tangan Tengku Danish dengan wajah berkerut. Dah kenapa hulur-hulur tangan kat dia. Nak cendol?

Dengan wajah blur, dia meletakkan tangannya di atas tangan abangnya. Tengku Danish mengetap bibirnya sebelum menjentik dahi Tengku Darwisy menyebabkan Tengku Darwisy terundur ke belakang sambil menekup dahi dengan tangan.

"Aduhh..sakit lah alongg" Rengekkan Tengku Darwisy dihiraukan malah tangan dihulur semula.

"Apa?" Soal Tengku Darwisy pelik. Dia mengerdipkan matanya tatkala abangnya itu memandangnya dengan tatapan tajam.

"Pendrive yang Zein suruh kau bagi dekat aku mana?" Tengku Darwisy senyap buat beberapa saat untuk memproses apa yang abangnya maksudnya. Kerutan pada keningnya hilang apabila teringat sesuatu. Dia tersengih melihat wajah beku abangnya itu.

"Jap, aku ambik" ujar Tengku Darwisy seraya berpusing untuk bergerak ke meja belajar. Beg yang terletak elok di atas kerusi dicapai sebelum dicari pendrive yang Zein titipkan padanya siang tadi. Alisnya berkerut sedikit. Dipunggah barang-barang yang ada dalam beg itu keluar.

Tengku Danish bersandar di tepi pintu bilik seraya memerhati Tengku Darwisy yang kelihatan sedikit gelisah. Dia seperti dapat mengagak sesuatu apabila melihat kelakuan adiknya itu.

"Mana, Darwisy?" Soalnya mendatar. Tengku Darwisy menggaru kepalanya yang tak terasa gatal. Dia berfikir di mana dia letak pendrive itu. Takkan tercicir pulak. Bila dia perah semula ingatannya, dia teringat yang dia seperti terdengar sesuatu ketika dia bergerak meninggalkan bus stop siang tadi selepas dia memujuk teman wanitanya yang merajuk.

Dia pasti bunyi tu mesti bunyi barang yang jatuh dan sudah pasti itu ialah pendrive yang Zein beri. Tapi macam mana dia nak bagitau abangnya itu. Tak pasal-pasal kene penumbuk sulung sebab cuai.

"Along, aku rasa kan.." Tengku Danish senyap menunggu Tengku Darwisy untuk menghabiskan kata-katanya.

"Aku rasa pendrive tu tercicir dekat bus stop lah" ujarnya perlahan sambil tersenyum kekok. Tengku Danish menarik nafas panjang, cuba untuk bersabar. Tubuhnya yang bersandar tadi ditegakkan semula lalu dia melangkah ke arah biliknya. Meninggalkan adiknya yang terpinga-pinga.

"Aku tunggu dekat bawah. Kau lambat, kau kena" pesan Tengku Danish seiring dengan langkahnya menuju ke bilik untuk mengambil kunci kereta. Dompet serta telefon miliknya turut diambil sebelum dia bergerak ke lif.

Tiba di tingkat bawah, Tengku Danish ditegur oleh Tengku Seri yang kebetulan mahu masuk ke dalam lif.

"Along nak keluar ke?" Soal Tengku Seri. Tengku Danish mengangguk sebagai jawapan.

"Dengan angah"

Tengku Seri mengangguk. Sempat dia pesan kepada anaknya itu supaya tidak pulang terlalu lewat memandangkan sekarang sudah hampir pukul 10 malam. Tengku Danish hanya mengangguk seraya memberi laluan untuk umminya masuk ke dalam lif. Dia terus bergerak ke arah pintu utama, panaskan enjin kereta dulu sementara menunggu Darwisy.

AAIRA mencapai beg sandangnya setelah selesai menyiapkan kerjanya. Kak Anis yang sedang bersembang dengan beberapa orang rakan sekerjanya yang masih belum pulang dihampiri.

"Kak Anis, Aaira balik dulu tau. Bahagian Aaira dekat belakang Aaira dah siap kemas" beritahu Aaira sopan. Kak Anis tersenyum sambil mengangguk membenarkan Aaira pulang dahulu. Aaira melambai kepada rakan sekerjanya yang lain seiring dengan langkahnya keluar dari kedai.

Kedai-kedai lain yang sama tingkat dengan tempatnya bekerja juga sibuk mengemas kedai. Dia mempercepatkan langkahnya supaya dia boleh keluar dari bangunan itu segera. Takut dah tak ada teksi pula. Dah lah dia lambat balik harini dari hari kebiasaan. Sepatutnya dia bekerja sampai petang saja tetapi disebabkan ramai yang cuti, terpaksa lah dia kerja lebih masa.

Punggungnya dilabuhkan di atas bangku yang terdapat di bus stop tidak jauh dari mall. Dia meramas jarinya sambil matanya melilau memandang jalan raya. Dia tak nampak pula teksi dengan bas lalu. Aaira melepaskan keluhan berat. Macam mana dia nak balik kalau tak ada teksi. Sejak Syira cuti, dia balik naik teksi sahaja tapi sekarang dah malam.

Aaira menahan debar di dada apabila matanya menangkap beberapa orang lelaki yang menaiki motosikal berhenti berhampiran dengan bus stop. Tali beg sandang digenggam erat. Bersedia untuk lari kalau lelaki-lelaki itu berniat untuk mengapa-apakan dia.

Dari hujung mata, dia melihat lelaki-lelaki itu berbisik sambil menjeling ke tempatnya. Aaira semakin risau. Kalau dia lari agak-agak kena kejar tak? Otak dia dah tak boleh berfungsi dengan baik sekarang ni. Aaira sudah gelabah bila lelaki itu sudah berjalan menghampiri tempatnya. Baru saja dia mahu bangun untuk melarikan diri, sebuah kereta mewah tiba-tiba berhenti di hadapannya menyebabkan langkah lelaki tadi terhenti.

Aaira terkebil-kebil memandang kereta itu. Dia mengerling ke arah lelaki tadi yang acah-acah duduk sambil bermain telefon bimbit. Aaira mengalihkan pandangannya ke kereta dihadapannya semula apabila pintu dibahagian pemandu dan sebelahnya terbuka serentak.

Berkerut dahinya apabila melihat wajah itu. Lelaki haritu! Kenapa dia ada dekat sini. Dia masih dapat mengecam wajah itu biarpun kawasan di situ sedikit gelap. Tengku Darwisy melihat abangnya yang saling berbalas pandangan dengan gadis di hadapannya.

Tengku Danish memandang Aaira tajam sebelum menjeling ke arah lelaki yang duduk berhampiran mereka. Tak jauh dari tempat mereka, ada seorang lagi lelaki yang duduk di atas motor. Dia kembali memandang ke arah Aaira.

"Aaira" panggil Tengku Danish mendatar. Aaira menggigit bibir sebelum dia perlahan-lahan bangun dari duduk. Langkah diatur menghampiri Tengku Danish sambil diperhatikan oleh seorang lelaki yang dari tadi memandangnya pelik. Dia tak kenal lelaki tu, tapi dia ingat Tengku Danish walaupun tak tahu namanya. Ehh tapi macam mana lelaki tu tau nama dia. Sedangkan haritu dia cuma beritahu nama dia pada si kembar sahaja.

"Awak" Aaira menyorokkan sedikit tubuhnya daripada pandangan lelaki yang mencurigakan tadi dengan tubuh tegap Tengku Danish.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Tengku Danish tunak merenung ke mata bundar gadis itu.

"Saya baru balik kerja, tunggu teksi tapi satu pun takde yang lalu kat sini" jawab Aaira perlahan. Tengku Danish mengangguk sedikit. Dah malam macam ni memang la tak ada teksi lalu.

"Aku hantar kau balik" Suaranya masih mendatar. Dia memberi tatapan tajam kepada lelaki tadi menyebabkan lelaki itu bangun dan pergi ke arah kawannya. Aaira melepaskan nafas lega apabila kedua lelaki itu sudah menaiki motor mereka dan bergerak ke tempat lain.

"Angah" Tengku Danish menegur adiknya yang terkulat-kulat memandang mereka.

"Cari pendrive" Tengku Darwisy terus teringat tujuan mereka ke sini. Rasa peliknya tadi dia ketepikan dulu, sekarang dia kena cari pendrive yang Zein bagi sebelum dia dapat penumbuk abang sulungnya itu.

Aaira masuk ke dalam kereta tatkala Tengku Danish membuka pintu belakang untuknya. Dia melihat lelaki itu masih berdiri di luar. Mungkin mahu menunggu lelaki tadi.

Selang beberapa minit, Tengku Danish dan Tengku Darwisy masuk ke dalam kereta.

"Nah" Pendrive di tangan dihulurkan kepada abangnya. Tengku Danish memandang pendrive di tangan Tengku Darwisy. "Cuai" Dia mengambil pendrive tersebut lalu disimpan ke dalam poket seluarnya. Tengku Darwisy tercebik. Tengku Danish kerling wajah Aaira di belakang melalui pantulan cermin sebelum anak matanya dialihkan apabila mata mereka bertemu. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan pemanduannya.

Tengku Darwisy menoleh ke belakang untuk melihat gadis tadi. Dia memberi senyuman manis tatkala gadis itu berpaling memandangnya. Aaira membalas senyuman lelaki yang tak diketahui namanya.

"Hai, saya Tengku Fahrin Darwisy. Panggil Darwisy je" ujar Darwisy mencuba nasib. Aaira terdiam sekejap mendengar nama lelaki itu.

"Saya Aaira Hessa" Ringkas dia memperkenalkan diri. Tengku Darwisy ohh saja. Di jeling abangnya sedikit.

"Macam mana awak kenal abang saya?" Ramah sahaja Darwisy menyoal gadis itu. Aaira terdiam sekali lagi. Abang? Maksudnya lelaki yang sedang memandu ni berpangkat tengku juga ke?

"Err..abang?"

"Iye, abang saya ni. Tengku Danish" Aaira meramas jemarinya. Macam mana dia nak jelaskan. Dah la dia baru tahu lelaki tu seorang tengku.

Tengku Danish memandang sekilas Aaira yang tergagap mahu menjawab soalan adiknya. "Pandang depan Darwisy. Tak yah kacau dia" Tegurannya itu membuatkan bibir Tengku Darwisy tercebik ke depan. Nak tanya sikit pun tak boleh. Tapi dia peduli apa, mati tanam.

"Awak single? Dah ada boyfriend?" Berkerut dahi Tengku Danish melihat perangai adiknya. Aaira tersenyum sebelum menggelengkan kepala. Tengku Darwisy terpana seketika melihat senyuman Aaira. Wow, ada lesung pipit.

"Awak ni comel la. Apa kata awak jadi girlf--auchh alongg!! Sakit lah!" Jerit Tengku Darwisy sambil tangan menekup dahi. Dia memandang abangnya tajam tetapi lelaki itu hanya membuat wajah tak bersalah.

Aaira menekup mulutnya menahan gelak. Kelakar tengok raut wajah Tengku Darwisy yang menahan sakit. Melihat wajah selenge abangnya itu, Tengku Darwisy membetulkan kedudukannya dengan kasar. Dihentak-hentak kakinya.

PAKK

"Alongg!!" Nak je dia terajang abangnya ni. Pukul peha orang dengan telefon tu fikir tak sakit ke. Tengku Danish menjeling adiknya sekilas. Telefonnya diletakkan semula di atas dashboard kereta.

"Yang kau hentak-hentak kaki tu kenapa?" Aaira masih melihat pergaduhan adik-beradik dihadapannya itu. Sedaya upaya dia menekup mulutnya daripada meletuskan tawa sehingga menyebabkan pipinya memerah sedikit.

"Ishh..tak nak lah kawan along" ujar Tengku Darwisy bersama duck face.

"Sape kesah?" Bidas Tengku Danish dengan nada biasa. Wajah cemberut adiknya dijeling. Darwisy berdecit geram, malas nak bergaduh dengan abangnya, dia keluarkan telefon bimbit. Baik dia layan media sosial, boleh dia usya awek cun dekat Instagram.

TENGKU DANISH memperlahankan kereta apabila tiba di kawasan rumah taman dan menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa yang ditunjuk Aaira. Tengku Darwisy memandang garaj rumah yang kosong tetapi dihiasi sedikit bunga ditepinya.

Tengku Darwisy menoleh ke belakang untuk melihat Aaira. Dahinya berkerut apabila tiada kelibat gadis itu. Apabila dia kembali menoleh ke tingkap semula, wajah Aaira sudah terpacak ditepi tingkap kereta membuatkan Tengku Darwisy termelatah sedikit. Cepat betul gadis itu keluar dari kereta.

Dah la gelap kawasan tu, lepastu boleh pulak dia muncul tiba-tiba. Ingat lembaga manalah tadi. Mujur cermin kereta abangnya ni gelap. Kalau tak mesti Aaira dah nampak muka terkejut dia tadi.

Tengku Danish memerhati kawasan rumah di situ dan berhenti pada nombor rumah sewa Aaira. Dia menurunkan cermin tingkap ditempat sebelah pemandu apabila Aaira mengetuk cermin kereta perlahan.

"Terima kasih aw.. err tengku, hantarkan saya balik" Ucap Aimi sedikit tersasul. Dia tersenyum ke arah Tengku Danish yang hanya memandangnya dengan riak wajah yang kosong. Lelaki itu menjatuhkan kepala sedikit.

"Bye Aaira, jumpa lagii" Aaira membalas lambaian Tengku Darwisy sambil tergelak kecil sebelum kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumah taman. Aaira melepaskan nafas lega. Rasa nak pukul je mulutnya tadi. Sikit je lagi nak tersasul panggil lelaki itu awak. Haih..

Baik dia masuk rumah cepat. Badan dah melekit dan tak selesa, nak mandi dulu baru masak sikit untuk dia makan. Dia harap kejadian tadi adalah kali terakhir dia terserempak dengan lelaki bergelar tengku itu. Tak nak jumpa lagi, dia terasa seperti semut saja bila duduk dalam kereta mewah tadi. Tak layak untuk berkenalan dengan orang yang tarafnya berbeza dengannya.

Sementara Tengku Danish yang sedang fokus memandu, masih teringatkan Aaira. Dia kurang senang apabila gadis itu sudah menukar cara panggilannya kepada Tengku Danish. Kalau boleh, dia mahu simpan gelaran tengku itu daripada pengetahuan Aaira.

Tengku Danish berdecit geram, dah kenapa pula dia kena fikir macam tu. Aaira tu bukan sesiapa pun bagi dia, kenapa dia perlu serabutkan kepala fikir pasal gadis itu. Jarinya sesekali mengetuk stereng kereta bersama wajah yang berkerut. Tengku Darwisy menjeling abangnya sekilas. Apa lagi masalah abang dia tu, malas nak tanya. Baik dia lelap kejap. Boleh dia mimpikan Aaira. Hew hew hew..

– Wafa Ariffin –

ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

118K 2.7K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
852K 85.2K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
566K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...