DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 4
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 8

39.1K 2K 18
By aunisabiha

Loceng waktu rehat berbunyi nyaring. Semua pelajar keluar daripada kelas mereka. Kelihatan ramai figura pelajar sekolah itu sudah berpusu-pusu ke kantin bagi mengisi perut yang sudah bernyanyi kelaparan.

Lagu rock kapak barangkali sedang berdendang di perut masing-masing kerana raut wajah mereka itu umpama singa kelaparan. Jika makanan yang terhidang nanti tidak sedap dan menepati citarasa mereka, memang makcik kantin itu akan dibaham oleh mereka.

Satu per satu anak tangga dituruni oleh Isyraf Nazran. Hatinya sedikit tercuit rasa hairan. Mengapa tiada seorang pun pelajar yang berada dekat dengannya atau cuba melintasi dirinya? Kesemua pelajar itu bahkan cuba menjauhkan diri darinya.

'Asal dengan budak sekolah sini?'

'Buat biasa sudah lah, obvious sangat kut korang semua sekarang ni.'

'Tak faham aku.'

Sedang dia bersama dengan tanda tanya, tiba-tiba tubuhnya itu dirempuh kasar oleh seseorang dari arah belakang. Dirinya terdorong beberapa tapak ke hadapan. Mujur sahaja dia tidak jatuh tersembam dek perlakuan orang itu ke atas dirinya.

Isyraf Nazran terkejut. Dia lantas sahaja berpaling tubuh bagi melihat gerangan yang telah melanggarnya. Kelibat seorang pelajar lelaki menjadi santapannya tika ini. Dia berhenti melangkah. Dia memandang pelajar lelaki itu tanpa berkerdip.

"Dah ah blah, semak je!"

Firas Ishak terus menolak kasar bahu pelajar lelaki itu supaya memberinya laluan. Jadi, ini rupanya pelajar lelaki yang dikecohkan oleh satu sekolah sebentar tadi? Tak adalah kacak mana. Dia 10 kali ganda kacak dari pelajar ini.

Terdorong pelajar lelaki itu beberapa anak tangga ke belakang akibat tolakannya. Lalu, pandangan di antara mereka dua bersatu.

"Kau tutup laluan aku, anjing."

"Jadi, tolong ketepi."

Telinga kiri pelajar lelaki itu lantas dibisiknya dengan sinis.  Entah mengapa, hatinya ini rasa terpanggil untuk menguji kesabaran pelajar lelaki itu.

Isyraf Nazran sudah hilang sabar. Penumbuk mula dikepalnya sehingga menimbulkan urat jantan di pergelangan tangan. Tubuh Firas Ishak pantas ditarik agar menghadap dirinya dengan lebih dekat. Kolar baju lelaki itu dicengkamnya kuat. Serta-merta tubuh kecil itu terangkat sedikit kerana cengkaman yang kuat ke atas dirinya.

"Kau bahasakan anak orang, anjing?"

Mata mereka berdua bertemu. Peraduan panahan anak mata lantas sahaja berlangsung buat sementara waktu.

Jujur, dia masih boleh bersabar jika pelajar lelaki ini tidak sengaja melanggar dirinya. Namun apabila digelarkan dengan perkataan anjing, siapa je yang mampu bersabar? Mahu atau tidak, dia harus memberi pengajaran pada lelaki ini. Biar lelaki ini lebih berwaspada dalam menutur kata selepas ini.

"Aku tanya kau, kau bahasakan anak orang, anjing?"

Firas Ishak kaku. Tubuhnya bagai sedang dirantai daripada berbuat apa-apa. Dia hanya mampu merenung gugup sepasang mata yang sedang meredup itu.

"Me.. me.. memang aku panggil kau anjing. Aa.. aa.. asal?"

Isyraf Nazran sudah tersenyum senget. Hatinya digeletek dengan rasa lucu tatkala mendengarkan pelajar lelaki itu yang tergagap-gagap membalas kata. Muka itu juga, lantas sahaja berubah menjadi pucat.

Malas mahu memanjangkan cerita, Isyraf Nazran pantas melepaskan pegangan kejapnya dari kolar baju sekolah itu. Dia terus berlalu pergi tanpa berpaling ke arah Firas Ishak lagi. Kantin sekolah itu seakan sedang memanggil-manggil dirinya.

Niatnya adalah untuk mengacah pelajar lelaki itu sahaja, jauh sekali dia ingin memukul pelajar lelaki itu. Masakan tidak,hari ini merupakan hari pertamanya bersekolah di sekolah baharu ini. Tidak ada angin, tidak pula ada ribut untuk dirinya membuat masalah di hari pertamanya di sini.

"Kau tunggu budak."

"Memang mati kau kejap lagi."

"Nak tunjuk taiko dengan aku."

"Silap besar lah kau."

Firas Ishak bengang. Imej gengster yang selama ini dijaga rapi olehnya bagaikan sudah tercalar kesan dari torehan pelajar baharu itu yang cukup berani.

Dia terus berlalu pergi bersama rancangannya. Dia tidak akan mudah melepaskan pelajar baharu itu. Dia tidak akan membiarkan pelajar baharu itu bersenang-senang di hari pertama persekolahannya. Tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal direncanakannya itu.

Terjengket-jengket kaki itu mencari tempat duduk bagi dirinya menjamu selera. Sepasang mata bundarya mula meliar memerhatikan sekeliling ruang kantin itu. Anak matanya masih tidak letih dari melila ke kiri dan ke kanan. Semua meja makan di kantin itu nampaknya telah penuh diduduki oleh pelajar lain.

"Balik-balik mesti Biebre Gurls duduk kat port biasa Suha. Macam lah takde tempat lain nak makan!"

"Tempat makan tu jugak lah nak duduk pun. Ish, memang menduga betul lah."

Ilya Nasuha berang. Masakan tidak, tempat makan kebiasannya sudah diambil oleh sekumpulan gadis itu. Kumpulan para gadis yang terkenal dengan gaya gedik dan menggoda mereka. Pirahhh!

10 minit telah berlalu.

Ilya Nasuha masih berdiri memerhati sekeliling kantin yang makin galak dipenuhi oleh pelajar. Lantas kakinya mula mengorak langkah dengan perlahan. Meja yang paling hujung sedikit, tersorok di belakang dinding menjadi destinasinya.

"Korang lama lagi ke?"

"Eh tak tak, duduklah. Kita orang dah sudah makan dah, kau duduklah."

"Oh okay, terima kasih."

"Sama-sama."

Nasi lemak serta ais lemon tea yang ditatang oleh Ilya Nasuha di dalam dulang diletakkan di atas meja. Tangan ditadah dan dia mula membaca doa makan. Lengan baju disinsing sedikit tinggi sebelum dia mula mengisi perut yang sedari tadi bergendang kebuluran.

"Bismillah."

Sedang dia asyik mengunyah nasi lemak itu, kerusi kosong dihadapannya itu terus sahaja diduduki oleh seseorang. Makanan yang berada di dalam dulang milik empunya badan dihentakkan kuat ke atas meja. Ilya Nasuha tersentak. Dia lantas mendongak bagi melihat empunya dulang yang bersikap biadab itu.

"Tak kelakar tau hentak makanan macam ni."

"Makanan tu rezeki. Re... ze... ki..."

Isyraf Nazran hanya memberi pandangan kosong pada gadis itu. Lalu, dia duduk dengan selamba di hadapan gadis itu. Dia terus menjamu selera tanpa menghiraukan gadis itu yang sedang memandangnya dengan pandangan aneh.

"Isy.."

Lunak suara gadis dihadapannya itu menghentikan dirinya buat seketika. Nasi goreng yang disumbat ke dalam mulut, mula terbantut. Pandangannya diangkat dan dihalakan tepat ke wajah manis itu. Wajah gadis itu masih sama seperti pertemuan mereka kali pertama. Dia sedikit terpesona dengan kecantikan itu.

"Doa? Tak baca?"

Isyraf Nazran buat tidak endah. Selang dua minit kemudian, dia mula mengangkat tangan dan membaca doa makan. Doa makan diaminkannya dengan pantas. Sejurus itu, dia kembali menyambung semula makanannya yang tergendala dek teguran itu.

Ilya Nasuha hanya menggeleng kepala melihat telatah itu. Air ais lemon tea itu diteguknya perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa haus. Perutnya sudah mula membuncit dengan makanan yang sudah selesai dijamahnya.

Setelah selesai menjamah makanan, Isyraf Nazran terus bangun dari duduknya. Dia tidak mahu berlama dengan gadis itu lagi. Dia ingin berlalu pergi, namun langkahnya mati tatkala seseorang menjerit namanya dengan kuat.

"Isyraf Nazran!!!"

'Eh, tu nama aku?'

'Tapi asal panggil aku macam tu?'

Dia hairan. Mengapa pelajar lelaki itu harus terpekik terlolong di kantin sekolah ini semata-mata untuk memanggil dirinya?

"Kau silap besar."

"Kau dah pegang anak buah aku."

"Jangan kau nak berlagak samseng kat sekolah ni lah, sial!"

Pandangannya terus dihalakan ke arah datangnya suara itu. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang memegang pemukul besbol menuju ke arahnya. Salah seorang daripada ahli itu adalah budak tadi. Budak yang mencari gaduh dengannya di tangga sebentar tadi.

Walaweh, dari mana budak-budak samseng ini merembat pemukul besbol itu? Adakah mereka telah memecah masuk ke bilik stor peralatan sukan? Terasa bagaikan dirinya ini sedang feeling seperti sedang berada di dalam movie Train To Busan buat seketika.

Dan bagaimana budak-budak samseng ini boleh sebegitu berani ingin menggertak dirinya ini di tengah-tengah orang ramai di kantin ini? Sekolah ini tidak punya undang-undang kah? Jika tidak punya undang-undang yang ketat, Isyraf Nazran dengan rela hati ingin melanggarnya.

Tanpa berfikir panjang, langkah kakinya terus sahaja diaturnya bagi meloloskan diri. Dia terus melarikan diri dari kantin sekolah itu. Dia tidak mahu bergaduh di kantin kerana bakal mengganggu pelajar lain untuk menjamu selera. Sempat lagi dirinya ini berfikir buat pelajar di sekolah ini. Namun begitu, budak-budak samseng itu terus menerus mengejarnya tanpa lelah.

Tanpa diketahuinya, langkah kaki Ilya Nasuha juga turut serta bersama lariannya itu. Setiap laluan koridor dilintasi oleh mereka berdua tanpa sebarang halangan. Sehingga akhirnya mereka berdua menemui jalan mati iaitu pintu gelanggang bola keranjang yang berkunci.

Nafas yang seakan termengah-mengah dan tersekat di kerongkong itu cuba ditarik oleh Isyraf Nazran.Sedang dirinya leka menarik nafas, dia mula berasa pelik. Seperti ada satu bayangan seseorang yang sangat dekat dengan dirinya sekarang ini.

'Siapa pulak ni?'

Dia mengalihkan pandangan ke arah belakang. Kelihatan kelibat seseorang sedang bersembunyi di sebalik locker yang membelakangi dirinya. Dengan perlahan-lahan, dia menghampiri locker itu. Dia ingin melihat siapakah gerangan yang sedang bersembunyi itu.

"Kau?!"

Suaranya lantas meninggi saat wajah gadis itu menjadi santapan matanya. Tubuh gadis itu yang menggigil ketakutan dipandangnya tanpa lepas. Mungkin gadis itu takut melihatkan pemukul besbol dan budak-budak samseng sebentar tadi

"Asal kau kat sini?!"

Dia berang. Anak matanya tajam menikam sebujur wajah itu yang seakan pucat lesi tidak bernyawa. Mengapa gadis itu boleh berada di sini bersama dirinya? Bukankah sebentar tadi gadis itu elok menjamah selera di kantin sekolah?

Ilya Nasuha hanya membalas pertanyaan lelaki itu dengan gelengan lemah. Kedua belah tangannya digenggamnya erat. Dia sangat takut sekarang ini. Entah mengapa, langkah kakinya ini turut sama mengikuti larian lelaki itu hingga ke jalan mati ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia sanggup melibatkan dirinya di dalam hal ini.

Dia bukan seperti watak Jack dan Rose di dalam filem Titanic, You Jump I Jump. Jika lelaki itu hendak bergaduh bertumbuk sebentar lagi, dia ingin segera melarikan diri. Dia tidak sanggup untuk turut serta di dalam pergaduhan itu. Dia bukan bersemangat waja seperti Rose yang sanggup untuk mati bersama Jack.

"Suha ta.... takut." Ucapnya dalam keadaan gagap. Dia tidak berani untuk beradu mata dengan remaja lelaki itu sekarang ini. Dari caranya pun sudah dia ketahui yang remaja lelaki itu akan memarahi dirinya lagi.

"Takut apa?"

"Dia kejar aku, bukan ka...."

Belum sempat Isyraf Nazran hendak menghabiskan setiap katanya itu, jerkahan daripada seseorang terus sahaja mematikan perbuatannya. Dia terus berpaling. Anak matanya itu terus meredup pada wajah seorang lelaki yang menjerkahnya sebentar tadi.

Jadi, lelaki inilah yang sedari tadi menjerkah dirinya bagai hendak putus anak tekak?

"Kau ke yang sentuh budak aku?"

Pandangan mereka bersatu. Mungkin pelajar lelaki itu merupakan ketua gengster di sekolah ini, andainya? Yuk, kita tengok siapa lagi gengster.

Segera senyuman manis dihadiahkan oleh Isyraf Nazran pada pelajar lelaki itu. Kepalanya dianggukkan sedikit bagi mengiyakan apa yang diperkatakan oleh pelajar itu padanya. Tangan kirinya terus memegang erat pergelangan lengan Ilya Nasuha. Gadis itu segera ditariknya agar berselindung di belakang tubuhnya.

"Kau ni memang nak mati ke?!"

Nada suara itu tidak dapat dibendung lagi. Nada suara itu begitu kuat dan menakutkan sekali di cuping telinga Ilya Nasuha. Jika cermin yang berada disekitarnya itu boleh pecah, pasti kini sudah hancur berderai dek penangan jeritan batin itu.

"Berani kau sentuh budak aku. Kau belum kenal lagi aku siapa."

"Memang mati kau kejap lagi."

Isyraf Nazran masih lagi tersenyum. Kepalanya dianggukkan lagi buat kali kedua tanda dirinya ini benar-benar sudah bersedia untuk mati. Dia cuba mencabar kesabaran pelajar itu walaupun tanpa sepatah bicara. Pelajar lelaki itu mendengus kuat lalu menapak ke arahnya dengan laju.

Langkah kakinya juga turut ditapak kehadapan beberapa langkah. Dia lantas sahaja bersemuka dengan pelajar lelaki itu. Dengan pantas satu tumbukan dilepaskan oleh pelajar lelaki itu ke arah rahangnya yang terdedah.

Isyraf Nazran pantas sahaja mengelak perbuatan tersebut supaya tidak mengenai dirinya. Segera tubuh kecil gadis itu ditolaknya agar menjauh daripada dirinya. Isyarat tangan diberi, menyuruh gadis itu agar berlari jauh meninggalkan dirinya berseorangan. Semasa dalam keadaan seperti ini, bahaya jika ada gadis bersama dirinya sekarang.

"Pergi."

"Selamatkan diri."

Ilya Nasuha mengangguk mengerti. Langkah kakinya terus dibuka dengan luas dan dia terus berlari. Dia tidak mahu dirinya menjadi mangsa.

Sedang dirinya berlari, lantas sahaja langkahnya itu mati. Bayangan lelaki itu tiba-tiba sahaja menyinggah ke dalam fikirannya. Tanpa berfikir panjang, segera dirinya berpatah balik ke gelanggang bola keranjang semula. Tempat di mana dia meninggalkan lelaki itu seorang diri.

"Luqman Afif, berhenti!" Jeritnya kuat. Matanya mencerlung ke arah Luqman Afif tanpa sebarang bentuk ketakutan.

Pergerakan Luqman Afif serta-merta terhenti. Kayu besbol yang berada ditangannya itu terus sahaja dijatuhkan ke lantai. Dia terpaksa beralah apabila niatnya itu ditahan oleh Ilya Nasuha. Belum sempat hayunan itu hendak dilepaskan pada Isyraf Nazran yang berada dihadapannya ketika itu.

"Kalau awak nak pukul dia jugak, saya bagitahu cikgu!"

Mengapa ada sahaja manusia yang mahu mengacau perbuatan jahatnya itu? Luqman Afif mula berasa tercabar dengan Ilya Nasuha yang berani bersuara dihadapannya. Langkah kakinya terus diaturkan laju dan dia mula menapak ke arah gadis itu.

"Kau nak bagitahu cikgu?"

"Apa sebab kau tu pengawas, kau rasa kau ada ticket untuk mengadu dengan cikgu?"

"Nak bagitau, silakan."

"Dasar pengadu."

Kata-kata dari Luqman Afif sedikit membuatkan Ilya Nasuha rasa ditampar dengan kenyataan. Adakah dirinya dianggap sedemikian rupa oleh pelajar lelaki itu?

Kini, pelajar lelaki itu telah berdiri betul-betul dihadapannya. Tiada sedikit pun ruang yang memisahkan mereka berdua.

Dengan tidak semena-mena tubuhnya telah ditolak kasar oleh pelajar lelaki itu sehingga dirinya melekap ke dinding. Lalu, dagu runcingnya itu diangkat menggunakan jemari. Kini, anak matanya sedang beradu pandang dengan anak mata pelajar lelaki itu.

"Berani ke kau nak bagitahu lagi?"

Anak mata gadis itu direnung oleh Luqman Afif lama sebelum dirinya tertawa sinis. Telinga gadis itu yang dibaluti dengan tudung sekolah menjadi sasarannya untuk berbisik.

"Kau nak ganti tempat dia ke? Kalau nak ganti tempat dia, boleh je. Kau jadi bohsia aku, nak?"

"Kalau kau nak, dengan rela hati aku lepaskan budak tu. Deal bohsia?"

Ilya Nasuha geram. Sungguh dia tidak menyangka kata-kata itu akan dilontarkan padanya. Dengan tidak semena-mena, dia terus menampar Luqman Afif kerana kelancangan lelaki itu dalam menuturkan kata. Kata-kata itu, membuatkan maruah dirinya sebagai seorang perempuan seperti dicincang hingga lumat.

"Biadap!"

Wajah Luqman Afif berkalih. Lidahnya dijulurkan dan dia mengesat sedikit permukaan tepi lidahnya yang seakan pedih. Kesabarannya semakin menipis, lalu tumbukan terus sahaja dilayangkan tepat ke arah wajah gadis itu.

Ilya Nasuha terkedu. Dia tidak sempat untuk mengelak tumbukan itu. Kedua belah matanya lantas dipejam erat tanda dia sudah cukup redha dengan ketentuan Ilahi ini. Mungkin ini balasannya kerana dia dengan berani hendak beradu tenaga dengan ketua gangster di sekolahnya itu?

Namun, kenapa tiada sebarang tumbukan? Kenapa tiada sebarang kesakitan? Bukankah Luqman Afif sebentar tadi tepat menyasarkan tumbukan ke mukanya?

Matanya perlahan-lahan dibuka. Alangkah terkejut dirinya ini apabila tumbukan dari lelaki itu sedang ditahan oleh Isyraf Nazran.

"Jangan sentuh dia."

Isyraf Nazran sudah mula naik gila. Dia mencampakkan jemari lelaki itu yang berada digenggamannya ke bawah. Terus sahaja, Luqman Afif yang berada di hadapannya itu dipukul hingga lelaki itu lemah-longlai. Pelajar lain yang turut ingin memukulnya juga dibelasah dengan teruk.

Ilya Nasuha hanya kaku memerhati keadaan tersebut. Jika dia ingin menghalang pelajar lelaki itu dari terus berlawan, dia sudah tiada kudrat untuk menghalangnya. Akhirnya, dia memilih untuk diam tidak berkutik.

Isyraf Nazran terus memukul dan memukul sehingga tiada seorang pun yang berdaya untuk berdiri lagi. Hatinya ini sangat berang sekali tatkala pelajar lelaki itu ingin menumbuk Ilya Nasuha. Bukankah gadis itu harus dilindungi? Mengapa lelaki itu boleh terfikir untuk menumbuk gadis selembut ini?

Loceng tamat waktu rehat kedengaran begitu nyaring sekali di cuping telinga mereka berdua. Tanpa berlengah lagi, dia terus berlari meninggalkan gelanggang bola keranjang itu, sambil tangan kirinya kejap memegang lengan Ilya Nasuha.

Genggaman erat di lengan gadis itu dierat dan dibawa lari bersama . Terasa hangat cinta yang mengalir selari dengan larian mereka .

Continue Reading

You'll Also Like

2M 90.4K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...
10.7M 469K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
1.1M 56.2K 54
" Tak sangka di taman perumahan elit ni juga jodoh kita bertemu . " *smirk* - Qaz Aldine ft Raiya Hana - " you're sweet talker badboys that i love y...
671K 25.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...