ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 2

7K 372 112
By WafaAriffin

DUA pasang mata ralit memerhati lelaki yang sedang sibuk meneliti kertas kerja di ruang tamu. Dengan tubuh yang kecil, muat-muat saja tubuh mereka bersembunyi di belakang sofa yang diduduki oleh lelaki itu. 

"Dhani" seru lelaki itu.

"Little Dhanis" panggilnya lagi apabila tiada sebarang balasan daripada adik-adiknya. Perlahan-lahan mereka mengeluarkan kepala mereka. Hanya separas mata saja yang kelihatan.

"Yes, along" jawab mereka serentak. Tengku Danish tersenyum nipis. 

"Kenapa duduk belakang tu. Duduk dekat sofa sana" tegur Tengku Danish lembut tanpa menoleh ke belakang. Telinganya masih dapat mendengar mereka yang saling berbisik. Beberapa saat kemudian barulah mereka keluar dari tempat persembunyian mereka.

Tengku Danish meletakkan helaian kertas yang dipegangnya ke atas meja. Dia melihat adik kembarnya yang berusaha memanjat sofa di hadapannya. Lawak pula bila tengok kaki comel tu struggle nak panjat. Apabila si abang sudah berjaya naik, terus dibantu adiknya pula. Tengku Danish tersenyum lucu melihat adik-adiknya yang tersandar lelah pada sofa empuk itu.

"Along" panggil si abang, Tengku Faiq Dhani setelah nafaskan kembali teratur.

"Ye, nak apa?" Tengku Danish memandang adiknya dengan pandangan lembut.

"Paiq ngan Paid nak keluar jalan-jalan. Along leh bawakkan tak? Kitowang nak gi pleygound je" ujar Tengku Faiq. Adik kembarnya, Tengku Faid Dhani mengerdipkan matanya memandang Tengku Danish. Tengku Danish tersenyum lucu apabila mendengar cara sebutan Tengku Faiq.

"Playground, sayang. Bukan pleygound" Tengku Faiq terkebil-kebil memandang alongnya.

"Pleyy--gound..pleygound" Tengku Faiq cuba membetulkan sebutannya walaupun lidahnya seakan mahu terbelit ketika menyebut. Dia memandang adiknya disebelah.

"Pleeyyyygound" sebut Tengku Faid pula apabila disuruh abangnya. Dia menyebut dengan wajah yang confident dan sedikit slowmo. Tengku Danish menekup mulutnya menahan diri daripada tergelak.

"Pleygound pleygound..orang playground lah" tegur Tengku Darwisy yang tiba-tiba muncul dari ruangan dapur. Si kembar itu berdiri di atas sofa sambil memegang penyandar sofa.

"Tul la Paiq ngan Paid syebut pleygound. Nyah tu yang tak dengar" balas Tengku Faiq dengan nada meluat. Tengku Faid terangguk-angguk setuju dengan abangnya. Tengku Darwisy membesarkan matanya sambil bercekak pinggang. Kecik

"Nyah kau panggil aku kecik. Angah lah" Kecik besar je dia tengok adik kembarnya.

Si kembar menjelirkan lidah mereka. Tengku Darwisy menjeling sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Si kembar menutup mulut mereka apabila Tengku Danish menegur.

"Petang nanti along bawa pergi playground okey? Sekarang tak boleh sebab along ada kerja yang nak kena siapkan. Boleh?" soal Tengku Danish. Si kembar tersenyum lebar sebelum mereka menganggukkan kepala. Tengku Danish tersenyum juga. Dia menyuruh si kembar naik ke bilik mereka. Hilang sahaja kelibat kedua adiknya itu, dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tekun sekali dia menyemak fail-fail kerja yang melambak di hadapannya. Sesekali dia mengurut pelipisnya dengan wajah yang berkerut sambil meneliti e-mail yang terpapar pada skrin komputer riba. Tengku Seri yang baru saja keluar dari ruang dapur memandang ke arah anak sulungnya. Dengan langkah yang perlahan, Tengku Seri menghampiri Tengku Danish.

"Banyak lagi kerjanya?" soal Tengku Seri. Dia melihat kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Sakit pula matanya, tapi dia tahu anak sulungnya itu macam mana. Selepas buat kerja mesti anaknya itu akan kemas semula barang-barangnya. Lainlah anak keduanya itu, tak reti nak kemas langsung. Dibiarkan saja fail-fail pejabat bersepah di ruang tamu tanpa dikemas terlebih dahulu. Bila sudah dimarahi Tengku Danish baru tangannya bergerak mahu mengemas. Risau dokumen penting syarikat hilang.

"Tak lah, sikit je ni" jawab Tengku Danish. Tengku Seri mengangguk perlahan. Melihat Tengku Danish yang sibuk itu, Tengku Seri meminta diri untuk naik ke atas melihat anak kembarnya. Tengku Danish senyum sedikit ke arah umminya.

BUKU-BUKU novel di dalam kotak diambil satu-satu dan disusun pada rak buku. Setiap buku dia belek dan sinopsis yang terdapat dibelakang buku dibaca sedikit sebelum diletakkan pada rak. Siap susun satu kotak. Dia mengambil sekotak lagi buku novel. Dia berjalan sedikit laju menuju ke arah rak yang berlabel novel fiksyen. Berat. Nak tercabut tangannya kalau tiap hari kena angkat kotak-kotak buku tu sendiri.

Kerjanya diteruskan tanpa ada sebarang gangguan. Semua pelanggan yang datang untuk membeli buku dilayan oleh pekerja lain. Kedai buku ini mempunyai pekerja yang ramai. Cukup untuk melayan pelanggan yang ramai. Keluasan kedai yang cukup besar ini dapat menempatkan pelbagai jenis buku dan menjadi perhatian ramai orang memandangkan kedai ini terletak di dalam mall.

Syira yang baru selesai melayan pelanggan terus mengatur langkah ke arah gadis kecil yang kusyuk menyusun buku seorang diri. Dia duduk bersila disebelah gadis itu lalu tangannya membantu rakan sekerjanya menyusun sekali. Bahu gadis sebelahnya dicuit dengan buku. Gadis itu memandang Syira dengan kedua keningnya terangkat.

"Jom pergi cafe bawah lunch nanti nak?" ajak Syira. Gadis itu diam memikir sebelum tersenyum sambil menggeleng.

"Tak nak" Wajah cemberut Syira dipandang sekilas.

"Alaa weyyy..jomlahhh" Gadis itu buat endah tak endah saja. Syira menggoyangkan lengan gadis itu. Cuba untuk memujuk, sehinggakan badan gadis itu turut bergerak sekali disebabkan lengannya digoyang dengan sedikit kuat.

"Apa nii? Tak nak tak nak" ujar gadis itu mahu mengusik Syira.

"Eeyyy Aairaa. Jomlahhhh. Pleaseee" rayu Syira seakan mahu menangis. Aaira tergelak melihat perangai rakannya itu.

"Tak nak. Nanti mesti aku lunch sorang-sorang lagi. Kau pulak duk menggatal dengan Taufiq tu" ujar Aaira. Syira yang tadinya cembeng terus tersengih kambing. Suka bila mendengar nama crushnya meniti dibibir rakannya.

"Tak lah. Kalini aku janji aku teman kau makan, okey? Key key key??" ujar Syira sambil memeluk lengan halus Aaira. Aaira memutarkan bebola matanya.

"Okey" balas Aaira ringkas.

Kotak yang sudah kosong dia tolak tepi sebelum berdiri. Dibiarkan Syira yang masih tersenyum-senyum. Matanya melilau melihat keadaan kedai yang masih sarat dengan pelanggan. Alhamdulillah, dia berpeluang untuk bekerja di sini setelah beberapa bulan dia keluar dari pusat anak yatim. Dia bersyukur semua pekerja disini menerimanya dengan baik dan sudi untuk memberi tunjuk ajar sepanjang dia bekerja.

Syira merupakan pekerja lama tapi disebabkan mereka seumur, mereka boleh akrab dalam masa yang singkat dan gadis itu terus mengajak Aaira untuk tinggal bersamanya di rumah sewa miliknya. Memandangkan Syira tinggal seorang, Aaira tanpa berfikir panjang setuju sahaja. Pejam celik pejam celik sudah lima bulan lebih dia bekerja di sini.

Kotak-kotak buku yang sudah kosong tadi dia ambil untuk dibawa ke store belakang. Boleh dia bantu rakan-rakan sekerjanya yang lain melayan pelanggan. Syira yang baru saja berdiri sudah dipanggil oleh beberapa pelanggan. Bila difikirkan semula, harini hari minggu. Patutlah ramai semacam. Tanpa berlengah lagi, laju dia selesaikan kerjanya tadi sebelum masuk waktu lunch.

PUNGGUNGNYA dilabuhkan ke tempat duduk batu yang tersedia di kawasan taman itu. Matanya tak lari dari melihat ke arah adik kembarnya yang sedang bermain tak jauh dari tempatnya. Segala pergerakan adik-adiknya dipantau. Takut hilang pula nanti. Petang ni pun boleh tahan ramai juga yang datang beriadah di taman itu.

Tengku Danish abaikan sahaja pandangan daripada pengunjung lain tetapi lama kelamaan Tengku Danish mula rimas. Tadi masa dia mula-mula duduk sini takde pulak yang nak lalu lalang. Dia sengaja bawa adik-adik dia main di tempat yang tak ramai orang. Bebas sikit pandangannya. Tapi sekarang ni tiba-tiba ramai orang dah kenapa.

Dia menjeling sedikit ke arah beberapa orang remaja perempuan yang tersenyum-senyum memandangnya.

"Alonggg" panggil Tengku Faiq sambil berlari ke arahnya. Tangan kecilnya bertaut erat dengan jemari Tengku Faid. Mereka berlari dengan wajah cemberut. Tengku Danish terus menegakkan tubuhnya apabila adik-adiknya masing-masing menyentuh kedua lututnya.

"Kenapa? Hmm?" soal Tengku Danish lembut. Tengku Faiq mendongak memandang wajah abang sulungnya sebelum menoleh ke tempat dia dan adiknya bermain tadi. Tengku Danish turut mengikut arah pandangan adiknya. Terdapat dua perempuan muda yang berdiri di tempat adik-adiknya bermain tadi. Pandangan terus dialihkan.

"Jomlah balik. Amai owang kacau laa" adu Tengku Faiq. Adiknya mengangguk dengan wajah cemberut. Tengku Danish tersenyum nipis, tetapi tak lama sebelum senyumannya pudar tatkala dua perempuan tadi mula bergerak ke arah mereka. Bahu adik-adiknya yang menyembamkan wajah ke pehanya dipaut. Sebelah alis matanya terangkat. Wajahnya tenang sahaja memandang kedua perempuan itu.

"Errr.. encik ni abang kepada kembar ni ke?" soal salah seorang perempuan itu.

"Yes, aku abang diorang. Have any problem with that?" soal Tengku Danish semula. Dapat dia lihat kedua perempuan dihadapannya itu sudah tersengih-sengih. Tengku Faiq dengan Tengku Faiq tercebik mendengar suara gedik perempuan itu.

Tiba-tiba riak wajah Tengku Faiq berubah apabila matanya tertancap pada seseorang di belakang kerusi yang Tengku Danish duduk. Dia tersenyum sambil memandang adiknya. Tengku Faid yang tidak faham dengan pandangan abangnya itu terus menoleh ke belakang alongnya. Senyuman lebar terukir dibibir kecilnya apabila akalnya dapat tangkap maksud abangnya itu. Tanpa berlengah lagi, Tengku Faiq dan Tengku Faid terus berlari ke arah seorang gadis yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"Akak! Akak!" panggil si kembar itu. Langkah gadis itu terhenti serta-merta apabila terdapat dua kanak-kanak kecil yang tiba-tiba muncul di hadapannya.

"Akak, please help us" bisik Tengku Faiq sambil memeluk lutut gadis itu. Tengku Faid mengangguk laju dengan wajah comel. Gadis itu terkebil-kebil sebelum melepaskan tangan kecil itu daripada terus memeluk kakinya. Dia duduk melutut. Tengku Danish memandang dari jauh. Wajahnya kelihatan sedikit terkejut namun cepat-cepat dia tenangkan raut wajahnya.

"What can I help you?" soal gadis itu lembut.

"What is your name, sis?" Soalan gadis itu Tengku Faiq balas dengan soalan.

"Aaira Hessa"

Tanpa membuang masa lagi, Tengku Faiq dan Tengku Faid terus menarik tangan Aaira untuk mengikut mereka ke tempat Tengku Danish duduk. Dua orang perempuan tadi masih tidak berganjak.

"Along alongg.. girlfwend along dah sampai. Jom jalan-jalan" ujar Tengku Faid riang. Aaira tercengang mendengar ujaran si kembar itu. Matanya melirik ke arah lelaki yang digelar 'along' itu. Sekali lagi dia terkedu tatkala mata mereka bertembung. Dia ingat lelaki itu. Lelaki yang dia langgar dekat pasar!

Tengku Danish tersenyum sinis. Bijak betul adik-adiknya itu. Dia terus bangun dan merapat ke arah Aaira. Perempuan tadi sudah terkaku selepas mendengar ujaran Tengku Faid.

"Kenapa lambat sangat? Penat saya tunggu" ujar Tengku Danish lembut. Aaira meramas jari jemari sendiri. Gugup mahu menjawab.

"Sorry " balas Aaira ringkas sambil menunduk. Pipinya memerah apabila suara lelaki itu betul-betul di sebelah telinganya. Tengku Faiq dan Tengku Faid tersenyum-senyum melihat gelagat Aaira dengan abang sulung mereka itu. Memang tak salah lagi, wajah gadis itu sama dengan gambar yang mereka nampak dalam bilik kerja along mereka.

"Pegang lengan baju aku" bisik Tengku Danish ke telinga Aaira. Gadis itu menoleh sedikit. Hampir sahaja hidung mereka berlaga. Melihat mata itu tajam memanah ke arah matanya, laju dia memegang kain lengan baju Tengku Danish.

"So, miss? Anything else?" soal Tengku Danish dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kedua adik kembarnya berdiri di hadapan Tengku Danish dan Aaira sambil berpeluk tubuh dengan wajah ketat. Acah acah ganas.

"Err.." Perempuan itu seperti sudah hilang kata. Lidahnya kelu untuk berbicara.

"Kalau tak ada apa-apa, kitorang gerak dulu" ujar Tengku Danish ringkas sebelum mengajak Aaira dan adik-adiknya pergi ke tempat lain. Aaira yang terkebil-kebil di situ menunduk sedikit kepalanya ke arah dua orang perempuan tadi. Laju langkahnya mengikut Tengku Danish dengan tangannya yang masih memegang lengan baju lelaki itu.

Tengku Faiq sempat menjelirkan lidahnya ke arah perempuan itu sebelum mengikut alongnya. Tengku Faid juga tidak ketinggalan turut menggoyangkan bontot kecilnya sedikit sebelum terkinja-kinja berlari bersama abang kembarnya itu. Muka terkejut serupa beruk kedua perempuan tadi diabaikan.

Mereka tergelak-gelak mengejar langkah Tengku Danish dan Aaira. Tangan Tengku Danish dicapai oleh Tengku Faiq manakala tangan Aaira dicapai oleh Tengku Faid. Mereka berjalan seperti sebuah keluarga bahagia.

Aaira tersenyum kecil melihat Tengku Faid yang riang disebelahnya sebelum dia mendongakkan kepala memandang lelaki tinggi disebelah kirinya pula. Adehh, dia dikelilingi lelaki.

"Erm.. awak" tegur Aaira perlahan. Dia menarik sedikit lengan baju lelaki itu. Tengku Danish menghentikan langkahnya seraya memandang ke arah Aaira.

"Saya nak pergi dekat kawan saya" ujar Aaira. Dia memandang sekejap anak mata lelaki itu sebelum dia melarikan pandangannya ke arah lain.

"Okey" balas Tengku Danish ringkas. Aaira terkebil-kebil. Itu je?

"Erm okey, ni.. adik awak" Aaira menarik tangan kecil itu lembut ke arah Tengku Danish. Tengku Faid melepaskan tangan Aaira lalu mencapai tangan Tengku Danish. Aaira menunduk sedikit sebelum berlalu ke tempat kawannya menunggu.

"Tengkiyuu kakak cantikk" ucap Tengku Faiq kuat. Tengku Faid pula melambai tangannya dengan laju. Aaira tersenyum ke arah mereka. Tangan turut dilambaikan.

Apabila tubuh gadis itu sudah jauh, Tengku Danish menundukkan kepala melihat wajah adik-adiknya itu. Mahu bertanya sesuatu.

"Little Dhanis, kenal ke akak tadi tu?" tanya Tengku Danish. Tengku Faiq menggeleng manakala Tengku Faid mengangguk. Berkerut dahi Tengku Danish.

"Mana satu ni?" soalnya lagi meminta kepastian.

"Kenal"

"Tak kenal"

Tengku Danish duduk melutut di hadapan adik-adiknya.

"Faid kenal. Faiq tak kenal?" soal Tengku Danish.

"Tak. Paid pun tak kenal" nafi Tengku Faiq pantas. Mata dibesarkan ke arah adiknya. Tengku Faid berkerut tak faham.

"Apa pulak? Kan kita ada tengok gam--" Tengku Faid terus menutup mulutnya apabila tersedar sesuatu. Dia melihat ke arah abangnya yang sudah menepuk dahi. Tengku Danish memandang si kembar tajam. Gambar? Dia terfikir sesuatu.

"Dhani masuk bilik kerja along ke?" Tanya Tengku Danish. Melihat riak wajah si kembar yang sedikit takut itu sudah memberi jawapan kepada soalannya tadi.

"Sowwy along. Kitowang tak usik pun barang along. Kitowang ternampak je" terang Tengku Faiq. Adiknya mengangguk sedikit sambil menunduk ke bawah. Tercebik-cebik bibir mereka. Tengku Danish menghela nafasnya perlahan. Tak sampai hati nak marah. Lagipun dia rasa adik kembarnya itu bercakap jujur.

"Takpelah. Along tak marah pun. Jom beli aiskrim nak? Along belikan" pujuk Tengku Danish lembut. Terus terangkat laju wajah adik kembarnya dengan raut wajah yang ceria. Sekejap je berubah mood diorang.

"Nak nak. Paid nak pewisa cokelat" minta Tengku Faid terlompat-lompat.

"Paiq nak pewisa vanillaa" Tengku Danish tersenyum nipis melihat keterujaan adik-adiknya.

"Okey okey. First, Dhani kena janji dulu dengan along. Jangan masuk bilik kerja along ikut suka hati. Kalau nak masuk, ketuk pintu dulu. Panggil along kuat-kuat. Kalau along tak menyahut, maksudnya along takde dalam bilik tu. Faham?" Tanya Tengku Danish.

"Faham!" balas mereka serentak. Tengku Danish mengangguk tanda berpuas hati. Dia memegang tangan kecil adik-adiknya sebelum berdiri untuk pergi ke tempat penjual aiskrim.

– Wafa Ariffin –

ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

96.8K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
146K 13.1K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
931K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...