DIA SI PEMBEKU CINTA : C

By aunisabiha

2.8M 141K 3.4K

Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat... More

SINOPSIS
DSPC : 1
DSPC : 2
DSPC : 3
DSPC : 5
DSPC : 6
DSPC : 7
DSPC : 8
DSPC : 9
DSPC : 10
DSPC : 11
DSPC : 12
DSPC : 13
DSPC : 14
DSPC : 15
DSPC : 16
DSPC : 17
DSPC : 18
DSPC : 19
DSPC : 20
DSPC : 21
DSPC : 22
DSPC : 23
DSPC : 24
DSPC : 25
DSPC : 26
DSPC : 27
DSPC : 28
DSPC : 29
DSPC : 30
DSPC : 31
DSPC : 32
DSPC : 33
DSPC : 34
DSPC : 35
DSPC : 36
DSPC : 37
DSPC : 38
DSPC : 39
DSPC : 40
DSPC : 41
DSPC : 42
DSPC : 43
DSPC : 44
DSPC : 45
DSPC : 46
DSPC : 47
DSPC : 48
DSPC : 49
DSPC : 50
DSPC : 51
DSPC : 52
DSPC : 53
DSPC : 54
DSPC : 55
DSPC : 56
DSPC : 57
DSPC : 58
DSPC : 59
DSPC : 60
DSPC : 61
DSPC : 62
DSPC : 63
DSPC : 64
DSPC : 65
DSPC : 66
DSPC : 67
DSPC : 68
DSPC : 69
DSPC : 70
DSPC : 71
DSPC : 72
DSPC : 73
DSPC : 74
DSPC : 75
DSPC : 76
DSPC : 77
DSPC : 78
DSPC : 79
DSPC : 80
DSPC : 81
DSPC : 82
DSPC : 83
DSPC : 84
DSPC : 85
DSPC : 86
DSPC : 87
DSPC : 88
DSPC : 89
DSPC : 90
DSPC : 91
DSPC : 92
DSPC : 93
AUTHOR NOTES ♡
DSPC : 94 ( FINAL )
AUTHOR NOTES ♡

DSPC : 4

50.5K 2.3K 27
By aunisabiha

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi.

Kesyukuran pada yang Esa mewarnai sanubari mereka semua. Kapal terbang yang dinaiki oleh mereka berempat sebentar tadi sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi. Penerbangan itu hanya mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja.

Mereka berempat mula berpusu-pusu keluar dari perut kapal terbang bersama para penumpang yang lain. Senyuman pramugara dan pramugari di dalam kapal terbang itu saling bertukar ganti. Dalam kadar segera, mereka bertempat mula menuju ke  ruangan bagasi bagi mengambil beg bagasi kepunyaan masing-masing sebelum dikebas orang.

"Suha ikut Isyraf ambil beg kita ya?"

"Kamu jangan salah ambil beg orang lain pula, kang merana orang tu nanti beg dia hilang. Kamu ambil beg kita berdua je, tau sayang."

Sempat lagi Puan Amelia berceloteh. Wajah anaknya yang berada di belakang dirinya ditoleh sekilas sebelum isyarat tangan diberikan agar anaknya segera berlalu bagi mendapatkan Isyraf Nazran.

Ilya Nasuha yang membuntuti langkah mamanya dari arah belakang lantas memberi isyarat jemari 'OK' tanda faham. Dia terus mengejar remaja lelaki itu yang sudah berada jauh di hadapan di dalam kesesakan orang ramai.

"Mana dia ni?"

"Tak nampak pun dia dari tadi."

"Ish, takkan hilang kot!"

"Ke sebenarnya aku yang dah hilang?"

Ilya Nasuha panik. Anak matanya semakin membulat besar bagi mencari kelibat remaja lelaki itu. Kakinya pula sudah terjengket-jengket di tengah orang ramai. Akibat genetik keluarga yang sedikit rendah, ia telah menyukarkan dirinya agar terus bergerak. Tapi jika hendak membahas tentang genetik keluarga, Iman Naim, abangnya itu elok sahaja tinggi melangit.

"Ish, mana dia ni?" Rungutnya.

Dalam masa yang sama, hatinya mula berdebar. Bagaimana jika dia hilang dari pantauan mama? Bagaimana jika dia tidak berjumpa dengan remaja lelaki itu? Adakah selepas ini dia akan hidup merempat di bumi Langkawi? Fikirannya itu sudah jauh melalut.

Dengan tidak semena-mena, kedua belah bahunya itu dipegang erat lalu ditarik kasar dari arah belakang. Setapak dan seterusnya beribu tapak Ilya Nasuha berjalan mengundur mengikut tiap pergerakan tersebut.

Dia hanya mengikut sahaja genggaman erat yang sedang membawanya keluar dari kesesakan manusia yang makin memenuhi kawasan mengambil bagasi. Mungkin orang yang memperlakukan dirinya sedemikian adalah remaja lelaki itu, andainya.

Genggaman di bahunya semakin terasa erat. Tubuh kecilnya itu lantas dibalikkan. Kepalanya terus sahaja didongak bagi memandang seraut wajah itu. Anak mata mereka berdua terus sahaja bertembung lama. Perlahan-lahan remaja lelaki itu melepaskan pegangan kejap pada bahunya.

Kini, Ilya Nasuha mula mengenali remaja lelaki itu sedikit demi sedikit melalui perwatakannya. Apa yang dia dapat simpulkan sekarang ini adalah remaja lelaki ini lebih bersifat introvert dan tidak terbuka. Dia dapat mentafsirkan perkara ini setelah dirinya ini meneliti gaya lelaki ini, senyap lelaki ini, perwatakan kasar lelaki ini dan senyuman manis dari bibir mungil lelaki ini.

'Eh Suha.. wait a minute!'

'Bila masa dan ketika pula yang kau nampak dia senyum? Mamat ni tak pernah lagi senyum depan kau, tau.'

Kepalanya digeleng seraya jari-jemarinya menepuk kepalanya beberapa kali. Dia masih belum melihat senyuman remaja lelaki itu. Bagaimana dia boleh memasukkan senyuman itu di dalam senarainya sebentar tadi?

Isyraf Nazran hairan. Badan tinggi lampainya itu membongkok sedikit bagi merenung gadis itu. Kepalanya disengetkan sedikit. Pandangan pelik lantas diutarakannya tatkala terlihat gadis itu yang sudah tergeleng-geleng di tengah orang ramai sambil sepasang matanya tertutup rapat.

'Asal dengan minah ni?'

'Takkan tengah-tengah orang ramai macam ni, kau boleh angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk?'

Jari-jemarinya lantas dihayunkan di hadapan wajah gadis itu ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Dia ingin gadis itu segera sedar dari angan-angan mat jenin dan segera membantunya bagi mengangkat beg bagasi ini.

Disebabkan gadis itu berangan, tidak semena-mena beg bagasi kepunyaan mereka semua diangkat oleh Isyraf Nazran berseorangan diri. Mujur ingatannya ini kuat dalam mengingati beg bagasi kepunyaan mereka. Jika hendak diharapkan pada gadis itu, alamatnya beg kepunyaan mereka sudah terpusing-pusing di rail pengambilan bagasi ini.

Dia berang. Gadis itu masih tidak punya tanda-tanda untuk sedar dari berangannya. Beg kepunyaan gadis itu yang berada di pegangannya terus dihentaknya kasar ke atas troli. Tersentak gadis itu dengan riak wajah terkejut akan perilakunya.

'Sedar pun kau.'

'Ingatkan nak terus berangan lagi.'

Sempat lagi dia mendengus kuat tanda dia bengang. Tanpa berkata apa-apa, dia terus berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang masih berkutik untuk cuba memahamkan apa sebenarnya yang berlaku.

'Puas hati aku.'

Dua buah troli yang dibiarkannya tidak berusik itu direnung oleh Ilya Nasuha silih berganti. Adakah remaja lelaki itu menyuruh dirinya ini untuk menolak dua buah troli bagasi ini sekaligus? Gila kentang!

"Eh awak, troli kita ni macam mana?"

Remaja lelaki itu sedikit pun tidak menoleh malah semakin laju menapak pergi meninggalkan dirinya. Pertanyaan dari dirinya juga bagaikan angin lalu.

"Awak.. awak memang nak biarkan troli kita macam ni je ke? Awak jangan buat lawak macam ni lah, tak kelakar tau. Saya tak gelak okay."

"Takkan saya nak tolak dua-dua troli ni sendiri? Sumpah lah?!"

Pertanyaannya itu bagaikan angin berlalu. Melihatkan remaja lelaki itu yang semakin jauh meninggalkan dirinya, dia terpaksa juga akur. Mahu atau tidak, dia haruslah melakukannya seorang diri. Jika lelaki itu boleh mengangkat beg bagasi ini seorang diri, dia, Ilya Nasuha pasti berjaya menolak dua buah troli bagasi ini sekaligus. Dia pantang mundur kecuali operasi, zero!

"Okay fine!"

"Saya boleh lah tolak sendiri."

"Setakat dua troli, sepuluh troli pun saya boleh tolak lah sekarang ni."

"Wait and see!"

Dengan susah payahnya, Ilya Nasuha menggagahkan jua dirinya ini untuk menolak kedua-dua troli bagasi itu sekaligus. Jika dia hendak membiarkan troli bagasi yang dipenuhi beg kepunyaan remaja lelaki itu dan rakan mamanya, nampak tidak baik pula. Sudahlah remaja lelaki itu membantu dirinya bagi mengambil beg kepunyaannya dan mama. Masakan dia tidak mahu membalas budi baik lelaki itu.

"Tarik balik lah kata-kata tadi. Nak cakap besar pun tak bertempat. Padan dengan muka kau Suha."

Sesekali keluhan terlepas jua di bibirnya tanda lelah. Sungguh mustahil jika dia hendak menolak dua buah troli bagasi itu sekaligus. Bahunya yang terasa lenguh itu ditepuknya berkali-kali. Dia sudah tiada kudrat untuk menolak dua buah troli ini dengan lebih jauh lagi. Hatinya ini mula terbit rasa menyesal kerana dia sempat lagi berangan di saat genting seperti itu.

Isyraf Nazran pantas mengatur langkah bagi mendapatkan gadis itu semula. Dia sengaja membiarkan gadis itu buat sementara waktu untuk melihat reaksi gadis itu terhadap perlakuannya. Sejujurnya, dia mahu gadis itu belajar akan kesilapan. Jika hendak membantu, buat cara membantu. Bukan berangan siang buta begini.

Jemari gadis itu yang masih erat memegang pemegang troli kepunyaannya pantas dileraikan. Memang mustahil badan kecil seperti itu mampu untuk menolak dua troli bagasi sekaligus. Dirinya ini juga tidak mampu sekiranya harus menolak troli bagasi itu dalam waktu yang sama. Dia lantas menolak troli bagasi yang berisi beg miliknya dan mama lalu berlalu pergi terlebih dahulu.

"Belajar dari kesilapan Ilya Nasuha."

Segera troli bagasi yang berada di pegangan Ilya Nasuha dieratkan. Langkah kakinya turut sama dilajukan bagi seiring dengan remaja lelaki itu. Mereka berdua akhirnya berjalan bersama hingga ke kawasan luar yang menempatkan kereta.

Enjen kereta jenama Nissan latio sudah panas sementara menunggu ketibaan mereka berdua. Mujur Aunty Sherlina cekap dalam mengendalikan pengurusan sewa kereta. Tidaklah mereka berempat ini mati kutu apabila sampai di bumi Langkawi. Setidaknya, mereka boleh bersiar-siar menggunakan kereta sewa ini.

Beg bagasi mereka berempat yang berada di atas troli bagasi itu diangkat oleh Isyraf Nazran satu per satu. Beg itu segera dimasukkan lalu disusun ke dalam bonet kereta.

Setiap pergerakan remaja lelaki itu diperhatikan oleh Ilya Nasuha tanpa lepas. Dia sungguh asyik merenung remaja lelaki itu, sama seperti dia merenung remaja lelaki itu di shopping kompleks kelmarin.

'Dah kenapa renung tak lepas ni?'

Dia mula berasa tidak senang hati. Mengapa gadis itu asyik sekali merenungnya sedari tadi? Apa gadis itu tidak pernah melihat lelaki hensem dan bergaya sepertinya ini mengangkat beg?

'Eh, sudahlah tu renung anak orang. Malu tahu tak?'

Pergerakannya sedari tadi lantas sahaja berhenti. Beg kepunyaan gadis itu yang berada di pegangannya digenggam lama. Dia memandang tepat anak mata gadis itu.

Jari telunjuknya lantas sahaja menunjukkan ke arah pintu kereta dan menyuruh gadis itu untuk masuk ke dalam perut kereta dengan kadar segera. Dia kekok apabila gadis itu sedari tadi setia memandangnya tanpa lepas. Elok dia sumbat beg sahaja ke dalam bonet kereta, silap-silap dengan gadis itu sekali disumbatnya pula.

Selesai sahaja memasukkan beg ke dalam kereta, pintu tempat duduk belakang terus dibukanya. Anak matanya terus sahaja melirik jatuh pada Ilya Nasuha yang sudah melabuhkan duduk di hujung sana. Walaupun dia berasa janggal dengan situasi ini, dia terus sahaja melabuhkan duduk bersebelahan gadis itu.

Kereta Nissan latio itu laju membelah jalan raya dan tidak lain dan tidak bukan pastilah mamanya, Aunty Sherlina yang memandu. Boleh dikatakan Langkawi ini seperti rumah kedua bagi Aunty Sherlina kerana dia punya ramai saudaramara di sini. Jadi, tidak hairanlah jika dia terlihat juara di negeri ini.

Namun begitu, Isyraf Nazran tidak pernah berjumpa dengan saudara mara yang dimaksudkan oleh mamanya itu kerana mama tidak pernah membawanya ke sini. Dan, dia sendiri tidak mahu mengambil tahu sedalamnya.

"Kita singgah Dataran Lang, nak tak?" Tanya Aunty Sherlina pada semua. Jika hendak difikirkan, mereka masih punya masa yang banyak untuk diluangkan. Mengapa perlu tergesa-gesa untuk pulang ke hotel dan melepet di katil semata-mata?

"Boleh juga Lina." Balas Puan Amelia seraya bersetuju. Anak matanya mengerling pada Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran yang sedang duduk di tempat duduk belakang penumpang.

"Isy dengan Ilya okay tak dengan cadangan ni? Or, you guys ada nak kemana-mana?"

Pertanyaan dari Aunty Sherlina hanya dibalas dengan anggukan dari anaknya semata-mata. Ilya Nasuha pula sudah menjerit riang tanda dia benar-benar okay dan bersetuju dengan ajakan rakan mamanya itu. Dia sendiri tidak tahu dimana tempat menarik yang ada di Langkawi ini. Oleh itu, dia hanya memilih untuk bersetuju sahaja dengan ajakan itu.

"Kalau semua setuju, ayuh kita!"

Aunty Sherlina sudah berasa tidak sabar untuk memuat turun gambar mereka berempat di Dataran Lang di dalam aplikasi Facebook. Dia mahu memberitahu pada dunia bahwa dia sedang bercuti bersama rakan karibnya ini. Pasti rakan-rakannya yang lain akan meninggalkan komen di ruangan komen mengenai percutiannya ini.

Akhirnya, kereta yang dipandu oleh Aunty Sherlina sebentar tadi dipakirkannya apabila mereka berempat sudah tiba ke destinasi yang ingin dituju. Dataran Lang yang menempatkan replika burung helang yang menjadi mercu tanda serta kebanggaan penduduk di Langkawi itu sudah terbentang luas di hadapan mata mereka berempat.

Hati tuanya begitu teruja sekali kerana dia sungguh tidak menyangka bahwa dia dapat berkongsi pengalaman ini bersama dengan rakannya, anak rakannya serta anak kandungnya sendiri. Beberapa keping gambar mula dipotretkannya sebagai kenang-kenangan.

Ilya Nasuha sudah berlari-lari anak sambil menghirup udara segar yang berada di atmosfera Dataran Lang itu. Tingkahnya sekarang ini sudah tidak lari jauh dengan tingkah kanak-kanak ribena. Keindahan bumi Langkawi itu menjadi santapan matanya namun ia lebih indah apabila keindahan itu dapat dilihat bersama remaja lelaki yang disukainya itu. Heee, gatal!

"Ambil gambar depan patung helang ni je ke? Bosannya."

Isyraf Nazran bosan. Dia tidak faham mengapa pengunjung di sini begitu taksub untuk mengambil gambar di replika burung helang ini. Mamanya yang sedang memotretkan beberapa keping gambar itu dikerling sekilas sebelum dia berlalu pergi. Bukankah mama sudah selalu ke sini? Mengapa mama sengaja membuat dirinya seperti orang asing di negeri ini?

"Dengan panas teriknya lagi. Entahlah, tak faham aku."

Headphone putih yang tergantung di leher terus disarungkan ke kepala. Dia terus menguatkan lagu yang dimainkannya itu di spotify hingga semaksimum mungkin. Agaknya 20 tahun akan datang, confirm pekak bin badak Isyraf Nazran ini.

Ilya Nasuha yang sedang leka memotret beberapa keping gambar yang dia rasakan menarik terus berpaling ke arah munculnya suara itu. Terkejut dirinya apabila dia dengan jelas mendengari setiap butir bicara remaja lelaki itu. Ingin sahaja dia menjerit seperti orang histeria kerana suara itu tidak henti-henti menjadi alunan muzik di cuping telinganya.

Namun begitu, dia sedikit tidak bersetuju dengan kata-kata itu. Mengapa remaja lelaki itu mengatakan bergambar di hadapan patung burung helang ini merupakan suatu hal yang membosankan? Tidakkah remaja lelaki itu faham tentang konsep kenangan dan memori? Gambar itulah yang akan menjadi kenangan untuk dikenang nanti.

Setelah lebih 30 minit mereka berempat menghabiskan masa dengan berposing sakan dan menikmati cuaca panas terik di Dataran Lang, mereka mula menjelajah bumi Langkawi ke tempat menarik yang lain pula.

Sepanjang perjalanan ke Makam Mahsuri di Padang Maksirat, kedengaran suara Puan Amelia dan Aunty Sherlina semakin rancak berbual. Dari satu topik ke satu topik mereka bualkan dan ada kalanya mereka berdua tergelak besar. Kedua-dua anak mereka sepertinya tidak berada di dalam perut kereta itu kerana masing-masing hanya diam membisu.

Sesampai sahaja di perkarangan Makam Mahsuri, Isyraf Nazran mula berjalan berseorangan diri. Dia ingin memberikan mamanya masa untuk diluangkan bersama rakannya itu.

Dari kejauhan dia merenung setiap gerak geri gadis itu. Adakalanya mimik muka gadis itu tampak ceria, adakalanya tampak sedikit muram dan yang paling melemahkan jiwanya tatkala melihat akan senyuman gadis itu.

Segera diraup wajahnya beberapa kali tatkala dia tersedar yang dirinya mulai hanyut dengan gadis itu. Dia beristighfar di dalam hati moga dijauhi segala godaan syaitan yang mula hendak memusnahkan diri.

"Ya Allah."

"Apa aku buat ni?"

"Kenapa aku boleh leka tengok dia?"

Lensa kamera itu dihalakan ke kiri dan ke kanan. Imej indah di segenap ruang itu dipotretkan oleh Ilya Nasuha tanpa lepas. Sebuah rumah lama yang berada di Makam Mahsuri itu menjadi objektif utamanya lalu difokuskan pada lensa kameranya. Jari telunjuknya sudah siap sedia untuk menekan punat kamera.

Pada masa yang sama, Isyraf Nazran yang tidak mengetahui apa-apa berlalu di hadapan gadis itu sambil tersenyum manis ke arah mamanya. Dan sungguh tidak sangka, gambar itu yang dapat dipotretkan oleh Ilya Nasuha. Hampir kecut saluran ardenalin apabila remaja lelaki itu sedang merenungnya dengan pandangan tajam. Mungkin dia menyedari bahawa Ilya Nasuha baru sahaja memotretkan gambarnya.

Serta-merta Ilya Nasuha mengalihkan pandangnya lalu mencari kelibat mamanya, namun Puan Amelia sudah jauh meninggalkan dirinya. Belum sempat dia mahu mencabut lari, tiba-tiba bahunya terasa memberat apabila ada tangan yang melekap padanya dan memaksa dirinya untuk berjalan bersamanya ke muzium.

"Kau ambil gambar aku ke?"

Pertanyaan itu membuatkan Ilya Nasuha terkedu. Lambat-lambat dia mengerling memandang remaja lelaki di sebelahnya itu.

Apa yang perlu dijawabnya sekarang ini? Adakah dia harus jujur atau sebaliknya? Jika dia jujur, adakah dia akan disuruh untuk membuang gambar itu?

"Eer haaa, tak, tak. Mana ada saya ambil gambar awak." Terketar-ketar Ilya Nasuha membalas kata-kata itu.

Jika dia jujur, pasti remaja lelaki itu akan menyuruh dirinya ini untuk membuang gambar itu. Mungkin lebih baik dirinya itu tipu sunat, andainya.

Remaja lelaki itu hanya mengangguk mengerti. Langkah kakinya terus diaturkan agar segera mendapatkan kedua ibu mereka yang sudah berada jauh di hadapan. Tiada lagi perbualan di antara mereka berdua selepas itu. Hanya degupan jantung yang menjadi perbicaraan.

Lawatan terakhir kembara cinta hari ini hampir tiba di penghujungnya. Saat-saat yang terakam indah bersama remaja lelaki itu segera dipahatkan oleh Ilya Nasuha di dalam memori kerana ia akan menjadi kenangan indah untuk dirinya renungi suatu hari nanti.

Puan Amelia dan Aunty Sherlina mengerling memandang anak-anak mereka yang mula hendak rapat. Senyum bahagia meniti di bibir masing-masing. Mungkin mereka boleh berbesan kemudian hari, siapa yang tahu.

"Mari pulang anak-anak. Rasa macam hotel dah memanggil-manggil kita semua dah ni."

Hari sudah semakin senja. Keletihan jelas sekali terpancar dari wajah mereka semua. Kereta yang dipandu oleh Aunty Sherlina semakin laju membelah jalan raya. Dia ingin pulang ke hotel bagi meluruskan pinggang. Sudah lelah dirinya ini terus menerus memandu seharian di bumi Langkawi ini.

Kedua-dua anak mereka kelihatan sudah terlentok lena diulit mimpi sepanjang perjalanan pulang ke hotel, tempat mereka berempat bakal menginap di bumi Langkawi ini. Kelihatan Ilya Nasuha tidur dengan begitu lena berlandaskan bahu Isyraf Nazran. Kedua ibu tua itu hanya tersenyum penuh makna.

"Mungkin kita boleh jadi besan?"

"Bukan mungkin, tapi pasti kita akan berbesan satu hari nanti."

Kereta yang dipandu Aunty Sherlina makin menderu laju membelah jalan raya yang mula sunyi dengan pacuan beroda. Kedua anak mereka yang masih lena di alam mimpi dibiarkannya sepi.

Mungkin percutiannya ini bakal memberikan sinar perkenalan di dalam diri anak-anak mereka. Dan, mereka berharap bahwa persahabatan mereka ini akan diakhiri dengan kekeluargaan suatu hari nanti.

Biar waktu berhenti , biar cinta disemai di dalam hati , biar rasa yang mula membenih ini terus kekal di dalam jiwa yang hampir mati .

Continue Reading

You'll Also Like

154K 16.8K 64
[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not...
673K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
483K 24.3K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...